Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Mei 03, 2011

Keganasan tidak akan lenyap selagi puncanya tidak dihapuskan !

Filem "Osama Bin Laden" sebuah filem berat Barat yang diilhamkan oleh negara pengganas utama iaitu Amerika Syarikat telah berakhir semalam dengan episod terakhirnya dipaparkan kepada masyarakat seluruh dunia mengisahkan seorang yang kononnya pelampau Islam bernama Osama bin Laden sudah terkorban didalam serangan sengit tentera elit Amerika Syarikat di Islamabad Pakistan.

Biasanya kalau bab hero-hero sesebuah filem Amerika Syarikat tidak pernah kita lihat yang watak utama dalam sesebuah filem itu mati contoh seperti dalam filem Rambo, Rambo I, Rambo II, Rambo III, Buck Rogers, Rick The Greatest American Hero dan lain-lain lagi memang watak akan terus hidup walaupun jelas kelihatan hero mereka bertempur menghadapi musuh yang jauh lebih ramai.

Tetapi untuk kali ini nampak sangat berbeza dari segi jalan cerita dimana seorang hero yang diburu sekian lama dan tidak hero yang memburu seperti kebiasaannya dalam mana-mana filem digambarkan sebagai telah mati dan sebabnya ialah watak Osama bin Laden adalah tentang seorang pejuang Islam dan diakhir kisah heronya dikehendaki kecundang serta tewas ditangan pihak lawan dan nampaknya banyak orang Islam sendiri di seluruh dunia yang bersetuju dengan pembohongan pihak Amerika Syarikat.

Pengumuman Presiden Barrack Obama mengenai kematian Osama bin Laden yang "tidak pernah wujud" adalah semata-mata untuk menutup penipuan yang telah dicipta oleh bekas presiden Amerika Syarikat yang terdahulu George W. Bush yang semakin lama menyebabkan kemampuan tentera Amerika Syarikat mulai diragui dalam mengesan lokasi-lokasi atau kedudukan suspek sekiranya memang benar Osama bin Laden itu wujud. Maka demi untuk menyelamatkan maruah negara Amerika Syarikat, mahu tidak mahu Obama terpaksa menamatkan jalan cerita dalam filem berkenaan juga dengan cara berbohong dan menipu masyarakat dunia keseluruhannya.

Dari segi "DNA" yang kononnya sepadan dengan DNA milik Osama bin Laden oleh pakar forensik Amerika Syarikat juga dakwaan pihak Amerika Syarikat sendiri bahawa jenazah Osama yang dikatakan telah dikubur dengan cara dibuang ke dalam laut di utara Mesir sehingga mendapat bantahan pemimpin-pemimpin Islam di Mesir adalah satu lagi bentuk pembohongan oleh negara pengganas itu yang masyarakat dunia tidak perlu lagi untuk mempercayainya.

Dengan menamatkan sandiwara filem "Osama bin Laden" oleh Amerika Syarikat maka ramai pemimpin dunia yang percaya yang keganasan akan dapat dihapuskan tetapi mereka sudah lupa yang dulu bahawa YAB Tun Dr Mahathir Mohathir pernah mengingatkan selagi punca keganasan sebenar tidak ditangani dengan bersungguh-sungguh maka selagi itulah usaha untuk melihat keamanan menyeluruh di muka bumi ini tidak akan tercapai.

Tun Dr Mahathir sering merujuk kepada Rejim Israel iaitu sekutu Amerika Syarikat sebagai negara pengganas sebenar yang patut dihapuskan terlebih dahulu sekiranya mahu keganasan dunia ditamatkan.

Tiada ulasan:

Arkib Blog