Kelakar dan sungguh memalukan!!! bagaimana di usia yang sebegini tua masih ada juga rupanya warganegara Malaysia yang belum mendaftar diri sebagai pengundi dan sekaligus tidak pernah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang rakyat Malaysia untuk memilih sebuah kerajaan yang sah mentadbir negara.
Kepada Pak Samad, segeralah ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang terdekat sebelum terlambat sebab tarikh akhir untuk mendaftar adalah 31 Ogos ini bagi membolehkan mereka yang telah berdaftar untuk mengundi pada PRU-13 nanti. Barang siapa yang mendaftar selepas tarikh itu tidak mereka belum layak untuk mengundi sebab SPR akan menggunakan senarai nama mereka yang telah mendaftar sebelum 31 Ogos.
Ayuh Pak Samad, jom ramai-ramai ke pejabat SPR yang terdekat...Pejabat Pos pun ok, Pejabat Daerah...jangan lepaskan peluang untuk mengundi :))
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, Ogos 03, 2012
Khamis, Ogos 02, 2012
Adakah agama Kristian RC semurah ini ? Tidak !

Untuk bukti gambar ini telah disiarkan dan sekali pandang macam pelancong dari negara China dan orang Barat yang sedang sesat tidak tahu jalan. Gambar juga menunjukkan mereka yang bergerak secara berkumpulan masing-masing berjalan sambil menggalas sebuah yang dipercayai mengandungi risalah-risalah agama Kristian untuk diedarkan kepada masyarakat Islam.
Jika benar, kenapakah sampai begitu terdesak sekali pemimpin agama Kristian khususnya dari golongan Roman Catholic apabila terpaksa keluar jauh ke kawasan-kawasan yang tidak sepatutnya untuk mengembangkan agama Kristian padahal dalam ajaran Kristian sendiri amat dilarang untuk berbuat demikian kepada mereka-mereka yang ternyata sudah ada kepercayaan sendiri.
Saya masih ingat lagi bagaimana seorang paderi yang telah begitu lama berkhidmat di daerah kami iaitu Rev. Father Henry Vollenberg warga Belanda menjelaskan kepada kami yang ketika itu baru menerima Sacramentum Baptisme dan menjadi umat Kristian RC yang baru sekitar tahun 1980an di mana beliau memberitahu bahawa menjadi satu kesalahan besar menyebar ajaran agama Kristian kepada orang Islam atau mereka-mereka yang sudah menganut agama lain.
Penjelasan itu beliau nyatakan kepada kami berikutan sebelumnya pihak gereja enggan menerima kami dari satu kampung untuk diBaptiskan sebagai orang Kristian walau telah beberapa kali mengundang pihak gereja untuk datang ke perkampungan kami. Alasan pihak gereja ialah mereka tidak akan sesekali menerima orang Islam untuk belajar agama Kristian. Tidak sama sekali. Titik!
Untuk makluman, kedudukan perkampungan yang kami duduki sebenarnya berada di dalam lingkungan masyarakat yang beragama Islam. Orang Islam adalah penduduk majoriti di kampung yang kami tinggal dan kami adalah kumpulan minoriti. Oleh itu, maka pihak gereja menganggap kami yang minoriti ini merupakan orang Islam juga dan itulah alasan yang diguna oleh pihak gereja untuk menolak permohonan kami penduduk di situ hendak memeluk agama Kristian.
Banyak perkara berlaku di sebalik kemasukan kami ke dalam agama Kristian RC ketika itu. Perbalahan sesama pemimpin gereja tercetus apabila seorang paderi iaitu Reverand Father Henry Vollenverg memarahi salah seorang mubaligh RC rakyat tempatan, mendiang Philip Rooby yang beliau dakwa sengaja mencari masalah apabila sanggup mengajar ajaran agama Kristian kepada orang Islam.
Pertengkaran terus berlaku namun mendiang Philip tetap bekeras dan memberitahu Rev. Father Henry bahawa kami bukan Islam dan belum ada agama sebab sebagai penduduk tempatan mendiang Philip lebih kenal kami daripada orang luar. Untuk sekian kalinya, kami akhirnya diterima juga belajar agama Kristian RC dan kemudiannya lulus untuk diterima menjadi seorang Kristian, diBaptis dan seterusnya diberi kelulusan untuk menerima Sacramentum Confirmation daripada Arch. Bishop Dominic Su.
Father Henry menjelaskan kenapa pihak gereja sebelum itu berkeras untuk tidak mahu menerima kami belajar dan seterusnya Membaptiskan kami sebagai orang Kristian adalah disebabkan pihak mereka berpendapat yang kami adalah orang Islam dan lebih dari itu kerana sangat menghormati undang-undang negara ini serta tidak mahu menimbulkan sebarang suasana yang tidak elok dalam negara ini apabila sengaja melakukan pelanggaran terhadap undang-undang negara malah ianya juga tidak selari dengan tuntutan agama Kristian itu sendiri.
Saya sengaja selitkan serba sedikit kisah lalu berkenaan dengan kemasukan kami ke dalam agama Kristian Roman Katholik suatu ketika dulu adalah bagi memberi jawapan kepada perbuatan misteri serta tidak bertanggungjawab oleh beberapa kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai mubaligh Kristian yang didakwa ke hulu ke hilir mengedar segala risalah tentang ajaran agama Kristian...dan mereka-mereka ini harus sedar bahawa perbuatan mereka itu bukan saja menyalahi undang-undang Malaysia malah sangat bertentangan dengan ajaran agama Kristian.
Apakah juga kumpulan-kumpulan mubaligh sesat ini jelmaan daripada parti-parti politik pembangkang? Mereka semacam ada agenda berbaur politik, cuba menggugat ikatan perpaduan masyarakat majmuk di negara ini. Lebih-lebih lagi apabila ada anasir asing turut serta di dalam gerakan mereka itu. Oleh itu saya merayu kepada pihak gereja seluruh negara agar bertindak terhadap golongan berfahaman sempit ini, perbuatan mereka jika tidak disekat pasti akan mengundang berbagai masalah baru dalam hubungan masyarakat Islam dengan orang Kristian di negara ini nanti.
!!! Siasat juga bagaimana kumpulan "mubaligh" ini boleh menyalahgunakan nama gereja tertentu untuk kepentingan sempit mereka ... tindakan kumpulan itu juga saya rasa telah menghina agama Kristian dalam keadaan yang sedar apabila berlagak umpama pengemis dan kutu rayau menyebar risalah ajaran Kristian kepada orang ramai. Kumpulan ini sebenarnya telah meletakkan nilai agama Kristian di tahap yang paling rendah, semurah selipar dan barangan lelongan lainnya...!!!
Label:
kristian
Selasa, Julai 31, 2012
Kes jenayah berat mulai melanda Bahagian Miri

Seorang ahli perniagaan yang berusia 48 tahun telah menjadi mangsa tembakan penembak curi ketika beliau sedang berhenti di lampu isyarat berhampiran Jalan Bendahara di tengah bandar Miri di mana tembakan dilepas hingga menembusi cermin kereta yang dipandu mangsa dan mengena bahagian leher serta kepala sebelah kanan beliau.
Untuk seterusnya bolehlah KLIK di sini dan berita ini sungguh menggemparkan penduduk Miri.
Label:
jenayah
Punyalah ramai TPM dan KM negeri2 jika Anwar jadi PM

Di Sabah sebelum ini contohnya, Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee telah membawa partinya keluar daripada Barisan Nasional dan kemudian menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Haram Pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. Yong Teck Lee dijanjikan dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan juga sebagai Ketua Menteri Sabah jika Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya.
Kemudian Datuk Zaid Ibrahim, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri terpaksa keluar daripada UMNO demi mencapai cita-cita untuk dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Tak lama selepas itu, Tan Sri Kadiq Sheikh Fadzir bekas Menteri Penerangan pula ikut jejak Zaid Ibrahim keluar UMNO untuk bersama-sama menentang kerajaan Barisan Nasional setelah termakan dengan janji jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Sebelum itu juga, bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Chua Jui Meng masuk PKR kerana percaya dengan janji serupa yang dibuat Anwar iaitu akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri jika impian mereka untuk menawan Putaraya tercapai.
Selepas Mat Syabu menang menewaskan YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa pada Muktamar PAS yang ke-57, Mat Syabu juga ditawarkan dengan jatawan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan sehingga kini Mat Syabu terus berkhayal mengenai janji-janji Anwar itu.
Terbaru apabila seorang Timbalan Menteri yang sedang bertugas dalam kabinet kerajaan yang diterajui Datuk Seri Mohd. Najib akhirnya terpaksa akur dan menyerah kalah sebum berjuang apabila tergamak meninggalkan UMNO dan BN semata-mata percaya dengan janji akan ditabal sebagai Timbalan Perdana Menteri selain jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Wilfred Boom Boring pula terpaksa meninggalkan BN hanya kerana percaya dengan janji akan dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah dan sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Anwar dan Pakatan Pembangkang berjaya menumbang Barisan Nasional serta mengambilalih pusat pentadbiran negara di Putrayaja.
"Lajim, kalau kau keluar UMNO dan BN, saya janji saya akan beri jawatan paling kanan dalam kerajaan kepada awak setelah menyertai kami ," - Anwar Ibrahim.
"Bolehhh... tapi aku enda mau dikasi jawatan menteri biasa sebab kalau boleh bagilah jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia atau sekurang-kuranya sebagai.Ketua Menteri Sabah" - Lajim Hj Ukin.
Label:
TPM
Isnin, Julai 30, 2012
Lajim & Bumbu Ring; dua biji bisul yang pecah awal sebelum PRU13 !

Tindakan PM melewat-lewatkan pembubaran Parlimen serta DUN dilihat bagi memberi ruang sepenuhnya kepada mana-mana wakil rakyat khususnya dalam komponen BN untuk menunjukkan kepada rakyat akan kesetiaan mereka terhadap dasar dan juga perjuangan parti.
Ini memang perlu juga dilakukan agar tidak akan berlaku mereka yang mengkhianati parti apabila sudah tiba masanya pilihan raya diadakan. Ini juga bagi mengelak berlakunya calon-calon parti BN yang buat kejutan di saat akhir dengan menyertai Parti Pakatan Pembangkang menentang kerajaan sedia ada.
Belumpun Parlimen dan DUN Semenanjung serta Sabah dibubarkan, sudah seperti tidak tertahan-tahan Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Lajim Hj. Ukin mencabar UMNO dan Barisan Nasional yang diwakilinya selama 18 tahun dengan meletak semua jawatan dalam parti dan juga Wilfred Bumbu Ring apabila bertindak keluar daripada UPKO dan Barisan Nasional hanya kerana termakan dengan janji Anwar Ibrahim.
Cuba kita bayangkan, misal kata mereka berdua ini Lajim dan Bumbu Ring melakukan khianat terhadap Barisan Nasional selepas Parlimen dibubarkan apabila nama mereka dicalon semula oleh parti bagi mewakili Barisan Nasional untuk sepenggal lagi, tentu menggelabah pemimpin tertinggi BN untuk menyelesaikan perkara yang tidak terduga boleh dilakukan oleh calon-calon BN sendiri yang nama mereka telah didaftar mewakili parti berkenaan.
Ini setelah kedua-dua mereka ini keluar parti dan kembali bertanding mewakili pembangkang bagi menentang calon daripada BN, maka secara tidak langsung ini akan memudahkan lagi kerja Barisan Nasional untuk mempertahankan lagi kedua-dua kerusi Parlimen Beaufort juga Parlimen Tuaran dengan meletakkan calon muda yang lebih bertenaga jika dibanding dengan kedua mereka yang sudahpun berumur dan sudah menjadi "Ayam Pencen" makin tua makin murah harganya.
Label:
pru13
Ahad, Julai 29, 2012
Rakyat Sarawak usah biarkan diri dikelirukan oleh Dr. Jeffery Kitingan !

Bagi mereka yang mudah percaya dengan dakyah sedemikian sudah pastilah mereka akan menyokong setiap kenyataan yang dibuat tentangnya oleh pihak-pihak yang memang suka melihat perpaduan rakyat di negara ini terus bergelora, berkocak dan tidak tenang sepanjang masa.
Namun saya yakin bahawa masih ramai rakyat di Sarawak ataupun di Sabah yang percaya dengan dakwaan sedemikian dan rasanya masih ramai juga yang belum mengerti tentang tanggungjawab setiap satu negeri yang bergabung dalam Persekutuan Malaysia terhadap negara ini.
Daripada 13 negeri yang berada dalam Malaysia setiap satunya mempunyai tanggungjawab yang serupa untuk Malaysia dan dalam beberapa perkara seperti menyumbang hasil keluaran dalam negara kasar untuk Malaysia, cukai dan sebagainya. Itu antara yang saya fahami, dan saya tidak percaya dengan dakwaan kononnya banyak hasil-makhsul dari kedua-dua negeri di Malaysia Timur telah dibawa ke Malaysia Barat hingga menyebabkan Sarawak dan juga Sabah hilang banyak hasil bumi untuk rakyatnya.
Mana-mana rakyat kedua-dua negeri Sarawak serta Sabah yang terdidik, yang punya pelajaran atau yang arif tentang perjalanan semasa pentadbiran Malaysia iaitu sejak Persekutuan Malaysia wujud hasil pergabungan antara Tanah Melayu dengan Sarawak dan Sabah padab 16 September 1963, boleh kiranya golongan ini mengadakan sessi penerangan kepada rakyat teramai di seluruh pelusuk kedua-dua negeri ini bagi menangkis tuduhan tidak berasas pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja menggunakan isu berkenaan untuk menjayakan agenda politik kotor mereka.
Kerajaan Sarawak perlu memantau setiap siri ceramah Datuk Dr. Jeffery Kitingan di negeri ini agar beliau tidak terus diberi kebebasan tanpa hadnya sehingga dibenarkan pula untuk membangkitkan perkara-perkara yang tidak betul tentang Malaysia di mana akhirnya dikhuatiri akan meracuni pemikiran generasi muda. Rakyat Sarawak tidak boleh menerima dasar perjuangan yang dibawa oleh Dr. Jeffery Kitingan itu yang bukan saja banyak bertentangan dengan dasar kerajaan sedia ada malah perjuangan beliau seringkali dilihat sengaja mahu menimbulkan pertelingkahan antara Semenanjung Malaysia dengan Sarawak/Sabah.
Label:
dr. jeffery kitingan
Khamis, Julai 26, 2012
Dr. Jeffery Kitingan giat sebar sentimen anti-Semenanjung di Sarawak !

Mungkin menyedari pengaruh politiknya di Sabah tidaklah semegah dulu atau semakin ditolak oleh rakyat Sabah, kini Dr. Jeffery kelihatan cuba beralih arah ke Sarawak pula.
Mengutip parti STAR yang telah dibakulsampahkan oleh bekas menteri kabinet negeri Datuk Dr. Patau Rubis, beliau dilihat cuba mempengaruhi rakyat Sarawak berbekalkan isu-isu yang sama yang pernah beliau gunakan satu masa dulu dalam menarik sokongan rakyat Sabah terhadap perjuangannya yang kini nyata semakin gagal.
Untuk beberapa hari sewaktu berada di Sarawak, Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah/Sarawak Dr. Jeffery Kitingan merangkap Pengerusi Yayasan Warisan Borneo mulai meniup perasaan kebencian rakyat Sarawak kepada pihak-pihak di Semenanjung Malaysia khususnya UMNO yang beliau dakwa bertindak bagaikan penjajah di negeri Sabah.
Sambil mengingatkan pihak tertentu yang hadir pada perjumpaan dengan beliau terutamanya rakyat Sarawak betapa pentingnya rakyat negeri ini mempertahankan Perjanjian 18 Perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan agar mereka tidak menerima nasib serupa dengan yang menimpa rakyat serta negeri Sabah yang menurutnya semakin hilang beberapa perkara dari Perjanjian 20 Perkara antara Sabah dengan kerajaan Pusat sebaik saja UMNO bertapak di Negeri Di Bawah Bayu itu.
Selain itu, Dr. Jeffery juga memberi amaran kepada Barisan Nasional serta Pakatan Pembangkang DAP, PKR dan PAS yang berpusat di Semenanjung Malaysia tidak mengganggu kerusi-kerusi Parlimen parti tempatan di kedua-dua negeri Sarawak dan Sabah. Merujuk kepada bilangan kerusi Parlimen di negara ini yang kesemuanya telahpun berjumlah 222 kerusi, Dr. Jeffery tidak mahu BN dan PR Pusat mencampuri urusan pemimpin tempatan untuk 56 kerusi Parlimen yang selebihnya iaitu 31 kerusi di Sarawak dan 25 di negeri Sabah.
Namun demikian, Dr. Jeffery tidak sedar bahawa Sarawak sebenarnya tidaklah sama sepertimana Sabah yang boleh dikatakan sebahagian besar jumlah kerusi Parlimennya terdiri daripada parti-parti politik yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia seperti UMNO, MCA dan juga Gerakan sedangkan Sarawak hanya Ahli Parlimen Pembangkangnya saja dari parti yang berasal dari Semenanjung iaitu DAP tetapi parti kerajaan PBB, PRS, SPDP dan SUPP parti tempatan yang mendapat dokongan kuat daripada rakan gabungan BN di Semenanjung Malaysia.
Apa yang saya lihat dari kehadiran Dr. Jeffery Kitingan yang kerap ke negeri Sarawak adalah semata-mata untuk membina pengaruhnya dikalangan pengundi walaupun terpaksa menggunakan pendekatan yang terlalu asing bagi rakyat Sarawak apabila beliau cuba mengajar rakyat negeri ini tentang hak-hak mereka dalam Malaysia namun dalam pada itu juga beliau turut menyemai semangat anti-Semenanjung di kalangan penduduk Sarawak sambil mendakwa Sabah kini umpama di bawah penjajahan pihak dari Semenanjung.
Apa pula pandangan pihak kerajaan negeri Sarawak tentang perbuatan Dr. Jeffery Kitingan ini, adakah perlu dikenakan tindakan dihalang memasuki negeri ini menggunakan Akta Imigresen kerana secara halus cuba menghasut penduduk Sarawak agar membenci Kerajaan Persekutuan dan jika kerajaan negeri gagal bertindak awal, apabila sentimen anti-Semenanjung telah meresapi pemikiran penduduk negeri ini adakah saat itu baru kerajaan negeri sedar bahawa kedatangan Dr. Jeffery Kitingan ke Bumi Kenyalang sebenarnya membawa bersamanya racun yang boleh memusnahkan semua apa yang telah dibina bersama selama ini.
Label:
dr. jeffery kitingan
Rabu, Julai 25, 2012
Mat Syabu "call" Rais Yatim jam 1:21 pagi. Apa kes?
Ketika jarum jam menunjuk tepat 1:21 pagi, tiba-tiba telefon bimbit yang diletak atas meja kecil sebelah katil berbunyi dengan nada dering lagu "Semalam di Malaysia."
DS Maznah: bang! bang!...handphone tu, ada pemanggil...
DS Rais: hheerrrmmmmmm...siapa ling?
DS Maznah: manalah I tau bang..
DS Rais: meh sini handphone tu ling...
DS Maznah: ini dia bang...
DS Rais: makasih ling. Hello...! siapa ni?
Si Pemanggil: selamat malam Datuk Seri...ini saya ni..Mat Syabu...maaf Datuk Seri, ganggu orang tengah-tengah malam macam ni hehehe..
DS Rais: malam apanye, sudah pagi lah...awak call saya dari mana ni? haaa..apa pulak mimpi awak call saya pagi-pagi buta macam ni Mat?
Mat Syabu: alaaa maaflah Datuk Seri hehehe, saya kat Hotel Perdana Kota Bharu ni... ini saya ada hajat besar ni Datuk Seri..
DS Rais: hajat besarrr? hajat besar apa Mat.., awak nak pinang anak gadis saya pagi-pagi kelat macam ni?
Mat Syabu: eh! bukanlah Datuk Seri...sebenarnya...hermmm... sebenarnya, sebenarnya saya nak minta jasa baik Datuk Seri kalau boleh RTM mainkan semula drama Gerak Khas kat TV1 atau TV2...
DS Rais: pelik juga...biasanya orang-orang PAS tidak sukakan RTM, apesal pulak tetiba saja awak yang beriya-iya nak minta RTM ulang tayang drama tu..
Mat Syabu: iya..betul Datuk Seri..itu dulu tapi sekarang, sejak dua menjak ni saya entah kenapa minat sangat dengan program-program kat RTM tu..
DS Rais: ...ada-ada sajalah awak ni Mat...oklah, nantilah saya fikirkan..ni, nak tidor dulu...
Mat Syabu: hehehe..ok, ok..terima kasih Datuk Seri...selamat malam dan saya doakan moga Datuk Seri menang PRU13 nanti...muuuaaahhh...muaah..
Datuk Seri Utama Rais Yatim kelihatan masih kebingungan dengan permitaan daripada Timbalan Presiden PAS itu. Sebelum berbaring untuk kembali masuk tidur, DS Rais sempat melontarkan persoalan mengenai hajat Mat Syabu itu kepada isterinya yang tersayang, DS Maznah Rais.
DS Rais: Ling, rasa macam pelik juga abang dengan permintaan Mat Syabu tu tadi...
DS Maznah: aa..aa..aalah bang..buang tabiat agaknya orang tua tu... eh bang!..jangan, jangan Mat Syabu dah syok dengan Inspektor Aleeza dalam drama tu tak?
DS Rais: Ohhhhyaaa... ya tak ya juga...Inspektor Aleeza...Abby Abadi ! ...baru abang faham ling...

gerak khas
Isnin, Julai 23, 2012
Ariel Peterpan bebas dan pasti akan kembali popular..!

Reaksi segera daripada para peminat terhadap pembebasan Ariel itu bukan saja sebagai satu dorongan semangat untuk beliau kembali berkarya dalam dunia seni yang terhenti semenjak beliau ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia tetapi lebih sebagai petanda bahawa pembebasan beliau bukan saja dilihat akan kembali mengubati kerinduan peminatnya malahan populariti beliau sebagai penyanyi berkumpulan akan lebih menyerlah dan digemari ramai.
Rasanya tentu ramai peminat yang tidak peduli dengan isu yang pernah menyelubungi Ariel sehingga membawanya ke penjara sebab kalangan mereka lebih suka melihat kepada bakatnya sebagai seorang penghibur. Dan bagi mereka apa yang berlaku ke atas Ariel itu adalah masalah peribadinya yang tidak harus dicampur aduk dengan aktiviti seni yang beliau ceburi.
Perkara sebegini juga pernah berlaku dalam dunia politik di Malaysia apabila terdapat beberapa tokoh politik yang pernah terlibat dengan skandal tertentu malah siap dengan video seks masing-masing namun tetap juga menjadi pilihan sesetengah orang contoh seperti Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, Mat Syabu dan lain-lain lagi.
Datuk Seri Chua walaupun pernah menimbulkan kontroversi ekoran video seksnya dengan seorang serta telah mengaku bahawa individu di dalam video itu adalah dirinya namun pada pemilihan MCA beliau tetap menang setelah sebahagian besar para perwakilan pada perhimpunan agung MCA memilihnya untuk menjadi Presiden MCA yang baru selepas menewaskan Datuk Seri Ong Tee Kiet. Sebilangan besar perwakilan tidak kisah dengan isu video seks Datuk Seri Dr. Chua kerana mereka lebih suka melihat kepada kesungguhan bekas Menteri Kesihatan itu bekerja untuk parti dan rakyat.
Jadi apabila perkara seperti itu yang turut melibatkan penggiat seni seperti Ariel, sudah pasti para peminatnya meletak perkara yang telah dilakukan oleh penyanyi itu dulu ke tepi dan apa yang mereka utamakan adalah bakatnya sebagai seorang penyanyi yang punya pengaruh tersendiri dikalangan peminat setianya bukan saja di Indonesia tetapi juga di Malaysia, Brunei Darussalam serta Singapura. Selamat kembali kepada Peterpan !
Label:
ariel peterpan
Ahad, Julai 22, 2012
Satu demi satu pemimpin negara Islam gugur angkara kekejaman Barat !
Pengasas Hamas, Asyahid Sheikh Ahmed Yassin dibunuh oleh tentera Israel ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai solat Subuh pada pagi 22 Mac 2004. Sheikh Yassin menjadi sasaran pihak Barat dengan bantuan rejim Israel bagi mematahkan pengaruh besar beliau yang nyata berjaya meniup semangat juang rakyat Palestine dalam menentang penaklukan rejim Zionis serta pembebasan tanahair mereka.
Bekas Presiden Iraq, Allahyarham Saddam Hussein yang menyokong kuat perjuangan rakyat Palestine untuk melepaskan negara mereka daripada cengkaman negara pengganas Israel turut menjadi buruan Barat. Difitnah dengan tuduhan memiliki senjata pemusnah besar-besaran maka pihak Barat sudah ada alasan untuk menyerang Iraq yang dipimpin Saddam.
Pada 20 Mac 2003, Iraq telah diserang oleh tentera bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat serta Britain setelah Presiden Bush berjaya meyakinkan pihak Majlis Keselamatan PBB bahawa Iraq menyembunyikan senjata pemusnah di satu lokasi yang dirahsiakan.
Dengan itu, untuk membuktikan yang dakwaannya benar maka Iraq diceroboh dan diserang dari pelbagai penjuru hingga memaksa Saddam Hussein bersembunyi yang kemudiannya berjaya ditangkap oleh tentera penceroboh pada 8 January 2004 kemudiannya dibicarakan lalu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Boneka Barat pada 30 Disember 2006 namun bukti senjata pemusnah milik Saddam seperti yang didakwa oleh Bush dan Blair masih gagal untuk dibuktikan sehingga ke saat ini.
Begitu juga dengan apa yang dihadapi oleh bekas pemimpin Libya, Allahyarham Muammar Al-Ghadafi apabila beliau juga akhirnya berjaya diguling serta dibunuh oleh kuasa Barat menerusi pemberontak rakyat tempatan tajaan Amerika Syarikat. Kelantangan dan keberanian Ghadafi membidas kuasa Barat terutama berkaitan isu Palestine memang amat tidak disenangi oleh Amerika Syarikat serta rejim Israel.
Pemimpin negara Barat seakan berpesta sebaik saja berita tentang penangkapan Presiden Muammar Ghadafi pada 20 Oktober 2011 diketahui dan bagi mereka adalah satu kemenangan apabila Ghadafi telah maut ditangan rakyatnya sendiri yang telah menembak tepat di kepala pemimpin berkenaan ketika beliau diarak keliling bandar sejurus berjaya di tangkap dari tempat persembunyiannya.
Mana-mana pemimpin negara Islam yang berani mengkritik atau membidas negara kuasa Barat terutamanya Amerika Syarikat telah dikira sebagai musuh yang harus dihapuskan. Bekas Presiden Tunissia, Zine El Abidine Ben Ali adalah antara pemimpin yang telah menjadi mangsa kezaliman Barat apabila beliau kini berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah negaranya sendiri atas desakan Amerika Syarikat dan negara sekutunya.
Syria, yang diperintah oleh Presiden Bashar Al-Assad sebuah lagi negara Islam yang memang tidak disukai oleh Barat dan bagi memaksa Syria agar tunduk kepada segala kemahuan ataupun sentiasa mengikut acuan Barat dari segi pemerintahan maka presidennya perlu ditangani terlebih dahulu.
Amerika Syarikat yang memusuhi Assad sejak beliau mengambilalih jawatan Presiden Syria kerana pendiriannya yang sering menentang dan tidak menyebelahi Barat terutama dalam isu Palestine-Israel telah membuat pemimpin negara kuasa Barat sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan Assad walau dengan apa jua cara sekalipun.
Kini pihak Barat nyata semakin berjaya dengan agenda keji mereka untuk menjahanamkan seberapa banyak yang boleh negara Islam dan negara Syria merupakan satu lagi negara Islam yang sedang dalam proses itu. Presiden Bashar Al Assad yang kini masih diketahui kedudukan beliau dijangka akan menerima nasib serupa dengan keadaan yang ditempuhi oleh Saddam Hussein, Muammar Ghadafi, Hosni Mubarak, Zen El Abidine selama mereka bersembunyi dari buruan para pemberontak tajaan Barat.
Inilah yang terpaksa umat Islam, pemimpin-pemimpin serta negara-negara Islam seluruh dunia harus hadapi sekiranya terus gagal untuk bersatu padu. Pertentangan pendapat dikalangan pemimpin negara-negara Islam sendiri memudahkan lagi musuh-musuh Islam untuk masuk mempengaruhi serta menghasut rakyat agar bangkit menentang kerajaan mereka sendiri dan niat kotor Barat akan menjadi lebih mudah untuk dicapai dengan kerjasama pengkhianat yang bersedia untuk bangun memberontak terhadap kerajaan yang memerintah negaranya sendiri.

negara Islam
Sabtu, Julai 21, 2012
Nahas heli, Naib Pengerusi PKR Sarawak maut. Salah BN lagi?

Pesawat model Eurocopter EC 120 itu dikendalikan oleh juruterbang Riko Steger warga Jerman turut membawa bekas calon PKR untuk kerusi DUN Tarat, Peter Ato Mayau menentang calon Barisan Nasional YB Roland Sagah pada PRN ke-10 tahun lepas namun tewas dan sehingga nahas berlaku beliau adalah Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Sarawak.
Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim seketika dulu adalah sahabat baik kepada Datuk Seri S'ng Chee Hua tetapi sejak anak lelaki beliau bekerja dalam kabinet kerajaan Sarawak sewaktu masih menjadi ADUN Pelagus hubungan beliau dengan Anwar semakin dingin ini mungkin disebabkan projek yang beliau perolehi dari kerajaan lebih bernilai jika dibandingkan persahabatannya dengan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang nyata tidak boleh memberi apa-apa projek berimpak besar.
Pada PRU-13 nanti besar kemungkinan Peter Ato Mayau akan bertanding dan pastinya atas tiket Parti PKR di kawasan yang rasanya juga diidamkan oleh Parti Pekerja Sarawak (SWAP) bertanding. Untuk menang di situ SWAP akan menentang calon parti PRS dari komponen BN tentulah SWAP tidak mahu bertembung dengan calon-calon parti pembangkang lain. Dan oleh itu maka SWAP perlu lakukan sesuatu lebih awal agar cita-cita SWAP untuk meranap PRS akan berjaya tanpa sebarang halangan dari mana-mana pihak.
Peter Ato adalah seorang jurutera. Selain beliau dalam penerbangan itu adalah Siti Khuzaimah Anwar seorang juruukur bahan serta seorang arkitek Hnery Loh. Destinasi Helikopter yang dipandu oleh Riko Steger menuju ke Nanga Merit di Kapit dalam misi untuk melakukan pemeriksaan ke atas satu projek pembinaan sekolah dan tentulah ini satu projek di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang dibiayai oleh Kerajaan Barisan Nasional dan bukannya projek Pakatan Pembangkang.
Syarikat Sebiro Holding banyak dapat manfaat dari projek-projek yang diperolehi daripada kerajaan negeri mahupun projek-projek kerajaan pusat maka inilah sebabnya mengapa SWAP seringkali menyatakan kepada rakyat Sarawak bahawa mereka tidak berniat untuk menentang kerajaan Barisan Nasional tetapi mereka akan tetap melawan Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang diterajui oleh YB Tan Sri James Massing walaupun sedar bahawa PRS berada di dalam gabungan BN Negeri dan juga BN Pusat.
SWAP tetap beri jaminan bahawa mereka mesra BN tetapi benci PRS. Ramai pemimpin BN Negeri yang gelisah dengan kewujudan SWAP ini terutama sekali mereka dalam team Tan Sri James Masing. Bagi mereka yang telah disingkir oleh Tan Sri James dari PRS, dengan adanya SWAP mereka kini telah ada pilihan lain selain hanya menjadi wakil rakyat Bebas yang berjawatan Menteri di dalam Kabinet Negeri. Dalam Kabinet Pehin Sri Taib kini ramai menterinya yang duduk di kerusi DUN Bebas setelah masing dipecat dari dua parti bermasalah iaitu SPDP dan PRS.
Kenapa juruterbang Riko Steger meneruskan juga penerbangan menuju ke Nanga Merit walaupun sedar cuaca sangat buruk dan tidak berpatah balik. Helikopter dalam keadaan apa jua keadaan adalah agak mudah untuk dikendalikan dan tidak sama dengan pesawat lain seperti Twin Otter ataupun Fokker 50 dan sebagainya Sekiranya Riko Steger ingin mendaratkan helikopter itu ditempat yang agak terhad keluasannya maka beliau bolehlah menggunakan kepakaran menurunkan helikopter dengan selamat dan tidak perlu menunggu arahan dari pusat kawalan jika keadaan sudah terlalu mendesak. Lihat saja filem Barat kan. Atas bumbung rumah pun boleh.
Yang peliknya mengapa hanya Riko Steger yang terselamat? Peralatan keselamatan seperti jaket kecemasan dan sebagainya tak cukup ke dibawa dalam helikopter itu? Kalau helikopter terhempas di darat memang sangat sukarlah bagi mereka yang didalam untuk bertindak menyelamatkan diri tetapi ini terhempas dalam sungai adalah sukar untuk dipercayai mereka boleh terperangkap hingga tidak mampu untuk membuka pintu pesawat. Adakah Riko seorang yang tidak bertanggungjawa kerana tidak membantu penumpang lain menyelamatkan diri atau apakah Peter Ato, Siti Khuzaimah serta Henry Loh tidak tahu berenang atau tidak sempat mengenakan jaket keselamatan?
PKR ada tak cadangan kepada pihak Kerajaan Malaysia untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat kemalangan ini yang turut membabitkan ahli parti mereka? Atau kemudiannya PKR ada idea untuk mengaitkan kerajaan BN dengan trajedi tersebut baru nak desak ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja?
Label:
heli
Jumaat, Julai 20, 2012
Salam Ramadhan 1Malaysia !

Tak ketinggalan juga kepada semua rakan-rakan blogger pro-Kerajaan...selamat berpuasa kepada anda semua.
Label:
ramadhan
Khamis, Julai 19, 2012
Sungguh sesat!!! bila pula masanya Nik Abduh berjumpa dengan Allah?
Sungguh terkejut dengan video ini, bagaimana seorang manusia sanggup berbohong demi kuasa politik bahawa Allah telah mengarahkan PAS untuk merampas Putrajaya daripada kerajaan Barisan Nasional yang sah yang dipilih rakyat secara demokrasi.
Nampaknya semakin hari semakin jauh sesatnya pemimpin PAS ini dalam membawa parti mereka bersama dengan DAP dan PKR untuk merampas Putrajaya sehingga sanggup pula menyekutukan Allah dengan perjuangan politik kotor mereka.
Ini sudah masuk kes sesat tahap kronik...sudah parah kesesatan PAS ini!!!
Selasa, Julai 17, 2012
"Diskriminasi kaum" punca rusuhan pekerja di SIP Bintulu Sarawak !
Sikap sesetengah majikan ataupun pemilik syarikat swasta di Sarawak yang lebih mementingkan kaum sendiri dalam memberi layanan kepada pekerja mereka pasti akan mengundang masalah tertentu yang akhirnya akan menyusahkan semua pihak.
Contohnya seperti apa yang telah berlaku pada petang Ahad lalu (15 Julai) di Samalaju Industrial Park Bintulu iaitu kawasan dalam Koridor Tenaga Boleh Diperbahurui Sarawak (SCORE), apabila pekerja rakyat tempatan dari kaum Bumiputera yang bergabung dengan pekerja Indonesia merusuh dan menyerang pekerja-pekerja warga China.
Menurut maklumat, tindakan pekerja Bumiputera serta pekerja Indonesia yang berpakat menyerang pekerja warga China adalah disebabkan rasa tidak puas hati mereka dengan layanan berat sebelah pihak majikan yang lebih mengutamakan pekerja warga China berbanding mereka.
Ini berlaku apabila amalan pilih-kasih oleh pihak majikan terhadap pekerja mereka berhubung dengan penyediaan tempat tinggal pekerja, kenaikan gaji serta pangkat yang berbeza mengikut kaum dan ini semua sudah pasti menimbulkan rasa tidak puas hati bagi pekerja Bumiputera.
Walaupun tidak semua syarikat atau majikan yang bersikap sedemikian terhadap pekerja-pekerja mereka namun jika ianya dibiarkan dan tidak diatasi serta tanpa campurtangan pihak kerajaan negeri nescaya amalan ini besar kemungkinannya akan menjadi suatu kebiasaan bagi semua majikan dan yang terus teraniaya adalah pekerja dari kaum Bumiputera.
Di Sarawak sejak dulu lagi amalan sesebuah syarikat yang mengutamakan kaum masing-masing dalam menaikkan gaji, menaikkan pangkat seseorang pekerja dan juga dalam memberi tempat tinggal yang selesa tidak dinilai atau diukur berdasarkan pengalaman, prestasi kerja atau kemampuan mereka bekerja tetapi adalah dinilai melalui asal usul kaumnya.
Dan begitu jugalah halnya dengan apa yang telah berlaku di SIP Bintulu tempoh hari apabila majikan gagal berlaku adil terhadap pekerja mereka yang datang dari berbagai bangsa. Untuk muncul menjadi sebuah syarikat yang berdaya saing atau dalam kata lainnya sebuah syarikat yang maju, para majikan perlu mengikis sikap perkauman dan mereka perlu utamakan tahap kemampuan serta kualiti kerja pekerja mereka tanpa mengira latar belakang bangsa dan keturunannya.
Tetapi jika majikan yang tertentu yang tebal sikap perkaumannya masih lagi tidak bersedia untuk berubah ke arah yang lebih adil kepada semua pekerja masing-masing yang berbeza keturunan, mereka ini harus bersedia sepanjang masa menghadapi risiko menjadi sebuah syarikat yang paling tidak stabil dari segi pengurusan pekerja yang berbilang bangsa.
Kes kejadian rusuhan ini masih dalam siasatan polis Daerah Bintulu.

rusuhan
Isnin, Julai 16, 2012
Liwat III: Anwar kena liwat dengan Mahasiswa buat laporan polis !!!
Kita berlintas langsung dengan Papa Gomo dari perkarangan bangunan Pejabat Kedutaan Turki di Ibu Negara :)
Atas cuma gambar hiasan jer...tak ada kena mengena dengan sesape baik yang hidup ataupun yang kurang sihat dan kiranye ada persamaan anggaplah semuanye sebagai kebetulan sahaja ;-)
Atas cuma gambar hiasan jer...tak ada kena mengena dengan sesape baik yang hidup ataupun yang kurang sihat dan kiranye ada persamaan anggaplah semuanye sebagai kebetulan sahaja ;-)
Label:
liwat III
Ahad, Julai 15, 2012
Kes perceraian meningkat sejak Abby Abadi masuk PAS !
Jika ianya berlaku dikalangan para penyokong atau ahli parti biasa itu merupakan perkara biasa apabila terdapat antaranya yang meninggalkan PAS kerana telah sedar bahawa perjuangan PAS sudah semakin terpesong dari landasan perjuangan asal parti.
Tetapi apabila kes perceraian berlaku di kalangan pemimpin mereka ini sudah tentu menimbulkan berbagai persoalan mengapa dan kenapa harus berlaku perceraian kerana yang sepatutnya PAS yang kononnya berjuang atas nama agama wajib menyeru orang Islam kepada perpaduan dalam rumahtangga serta keluarga dan bukannya mengajak umat kepada jalan perceraian.
Persoalan yang boleh ditimbulkan ialah apakah dengan kemasukan beberapa kerat artis wanita ke dalam PAS akan terus meningkatkan lagi kes-kes perceraian dalam PAS apabila semakin ramai yang ingin memperisterikan artis-artis wanita yang telah berjaya ditawan masuk ke dalam perangkap mereka?
Label:
abby abadi
TV2 sabotaj ucapan DS Najib di majlis Hari Koperasi Negara 2012 !??
Semalam ketika di majlis pelancaran Hari Koperasi Negara sangat jelas PM seperti tidak ceria, lemah dan tidak bersemangat malah apa yang lebih mengejutkan ialah sepanjang ucapan beliau banyak sangat perkara yang tidak kena dan antaranya apabila terdapat perkataan-perkataan yang disebut oleh Datuk Seri Najib terputus-putus dan ketika jua ucapan beliau seperti menjadi alunan lagu-lagu. Dan yang menjadi lebih musykil lagi apabila suara Datuk Seri Najib yang kadangkala tenggelam timbul, sekejap seperti suara orang lain sekejap balik seperti suara beliau sendiri dan ini berlaku sehingga selesai ucapan PM.
Saya tertanya-tanya...eh paesal ni...PM tdak sihat ke... kemudian saya periksa TV tak ada juga yang rosaknya... lantas saya berpikir mungkin ini satu usaha untuk mensabotaj segala usaha murni PM dalam memperjuangkan hak rakyat negara ini. Dalam kerajaan sendiri juga ramai yang menjadi "musang berbulu ayam" lalu saya terpikir juga apalagi kalau dalam TV2 yang dikhususkan untuk siaran berbahasa Cina dan Tamil tentulah lagi ramai musang-musangnya yang berbulu ayam...ini cuma gerak hati saya selaku rakyat biasa yang menyanjung kepimpinan Datuk Seri Mohd. Najib.
Label:
PM Malaysia
Sabtu, Julai 14, 2012
Lanun sesat dari Tanah Besar China terdampar di Tanah Melayu !
Lain pula dengan kaum kerabat Kit Siang kerena mereka datang ke Tanah Melayu dan bukannya Raja-Raja Melayu yang datang ke Tanah Besar China. Tetapi bagaimana Kit Siang boleh menjadi begitu buta sehingga tergamak menghina Raja-Raja Melayu sebagai lanun yang merompak wang rakyat.
Kaum kerabat Kit Siang boleh hidup dengan serba selesa di Malaysia ini malah kaum mereka banyak melahirkan individu-individu terkaya dan ini semua berkat dari negara Malaysia dinaungi oleh Raja-Raja Melayu serta KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong...
Label:
lanun
Jumaat, Julai 13, 2012
2 kejadian luarbiasa berlaku pada malam akhir Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa ke-54
Malam ini tadi saya sebenarnya mengikut siaran langsung upacara majlis berkenaan melalui saluran RTM TV1. Pada pertengahan majlis berlangsung sebaik saja giliran perserta dari negara Nigeria kalau tak silap saya beliau telah naik ke atas pentas untuk menerima sijil penyertaan serta hadiah saguhati daripada Yang di-Pertuan Agong di mana selepas bersalam dengan Baginda Yang diPertuan Agong peserta tersebut terus merapatkan tubuhnya ke arah Yang di-Pertuan Agong lantas memeluk Baginda yang kelihatan terkejut dengan perbuatan individu berkenaan.
Sambil memeluk Yang di-Pertuan Agong, peserta dari negara Nigeria itu juga turut menepuk belakang bahu Baginda Tuanku Abdul Halim seolah-olah beliau sedang meraikan kemenangan bersama-sama dengan para sahabatnya. Kejadian itu juga turut memaksa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri (MB) Jamil Khir Baharom dua kali mencuba untuk melepaskan tangan peserta Nigeria itu dari terus memeluk Yang di-Pertuan Agong namun tidak dihirau oleh peserta tersebut.
Kejadian seperti ini dapat dihindar sekiranya mereka yang terlibat di dalam penganjuran majlis tersebut telah bersedia lebih awal dengan memberi taklimat secukupnya kepada seluruh peserta mengenai peraturan ketika majlis berlangsung. Semua peserta sewajarnya diterangkan tentang perjalanan majlis dari awal sehingga majlis selesai. Bagitau mereka tentang bagaimana menjaga adab ketika berhadapan dengan Yang di-Pertuan Agong di hadapan para hadirin yang lainnya.
Kejadian yang kedua juga tidak kurang memalukan penganjur majlis ketika giliran Raja Permaisuri Agong menyampaikan sijil serta hadiah kepada peserta Qariah. Bagaimana tudung seorang peserta yang baru hendak bersalam dengan Raja Permaisuri Agong boleh terlepas dari kepalanya sehingga memaksa beliau berlari dengan pantas kembali turun ke bawah pentas untuk mendapatkan tudungnya. Kejadian ini telah mengundang suasana riuh dengan gelak ketawa mereka yang hadhir dan nyata Raja Permaisuri Agong sendiri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Datuk Seri Jamil Khir Baharom malahan Yang di-Pertuan Agong juga tidak dapat menahan untuk turut tertawa.
Apakah dua kejadian ini akan menjadi satu permulaan bagi apa yang disebut sebagai "Transformasi" untuk majlis-majlis seumpamanya pada musim yang seterusnya ataupun jika sudah tentu ini bukan satu gimik yang sengaja dirancang oleh pihak penganjur majlis maka apakah yang akan diperjelaskan oleh kedua-dua menteri yang bertanggungjawab ke atas majlis yang telah menimbulkan dua kejadian yang tidak sewajarnya berlaku apatah lagi apabila ianya melibatkan Yang di-Pertuan Agong.
Label:
tilawah al-quran
RALAT: "akan berhenti meliwat jika berjaya tawan Putrajaya pada PRU13"
Namun yang sebenarnya beliau ingin katakan bahawa andaikata Pakatan Pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU13 nanti beliau mahu rakyat percaya yang beliau akan berhenti meipu, membohongi rakyat dan lupa juga akan meninggalkan kegiatan suka meliwat. "Bersara" maksud beliau maka itulah.
Berjanji sebelum berkuasa memang begitulah. Tapi apabila kuasa sudah ada dalam genggaman semua janji yang terdahulu akan diketepikan. Janji untuk bersara cuma untuk mengaih simpati para penyokong beliau tetapi sehingga kini tiada seorangpun dari kalangan penyokong mahupun pengikut Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan mengenai hasrat beliau itu.
Label:
kes liwat II
Rabu, Julai 11, 2012
Liwat II: Baruk Bian terus mengipas Anwar Ibrahim yang sedang kepanasan !
Seolah-olah sedar bahawa Anwar Ibrahim selaku Penasihat PKR sedang kepanasan dengan perkembangan terbaru kes liwat II Ahli Parlimen Permatang Pauh itu maka Pengerusi PKR Sarawak yang juga ADUN Ba'Kelalan YB Baruk Bian terus memulakan langkah demi menyelamatkan keadaan dan demi untuk menyejukkan hati Anwar Ibrahim, YB Baruk Bian yang sebelum ini agak pendiam, kurang bercakap sudahpun mula belajar berbohong kepada rakyat Sarawak. Beliau mula cuba menipu rakyat Sarawak dengan berbagai andaian serta teori yang terdesak.
Baruk Bian kata ramai dah wakil-wakil rakyat BN Sarawak sudah mula berjinak-jinak dengan Pakatan Haram Pembangkang PKR, DAP dan PAS. Kata Baruk Bian mereka memang semakin ramai yang menunjukkan minat untuk menyertai Pakatan Haram Pembangkang pada PRU-13 nanti. Tetapi apabila ditanya siapakah mereka wakil rakyat BN yang beliau maksudkan, Baruk Bian enggan memberitahu namun mahu mahu orang yakin kononnya ramai sudah wakil-wakil rakyat BN yang pernah berjumpa dengan beliau untuk tujuan itu.
Nampaknya penyakit pembohong serta penyakit penipu yang ada pada Anwar Ibrahim kini telahpun menular hampir kepada keseluruh para pemimpin yang masih terpedaya dengan PKR. Kalau dulu Anwar Ibrahim sudahpun terkenal dengan isu penipuan 60 Ahli Parlimen kononnya akan melompat menyertai Pakatan Haram Pembangkang, kemudian tentang pembohongan 16 September 2008 kini tugas untuk menipu rakyat Sarawak telahpun digalas oleh Baruk Bian pula.
Harap rakyat Sarawak tidak tertipu dengan pembohongan Baruk Bian ini dan kalau benarlah apa yang dikatanya pernah berlaku pertemuan antara beliau dengan kumpulan wakil-wakil rakyat BN maka beliau kena buktikan dakwaannya benar dan tunjukkan kepada rakyat Sarawak siapakah wakil rakyat yang mahu berpaling tadah itu dan kalau perlu Baruk Bian kena melakukan "Sumpah menggunakan Bible" di mana-mana Gereja yang ada di Bumi Kenyalang ini demi menyatakan bahawa apa yang beliau katakan itu benar dan bukannya hanya rekaan semata-mata.
Label:
baruk bian
Rabu, Julai 04, 2012
DAP tidak membantah Malaysia Negara Islam tapi hanya menolak Negara Islam PAS!

Pada dasarnya Malaysia memangpun adalah sebuah negara Islam yang dinaungi oleh Raja Melayu, ditadbir oleh pemimpin yang beragama Islam sejak negara ini terbentuk pada 16 September 1963. Dan semua ini telahpun disedari dan diterima oleh seluruh rakyat sejak tertubuhnya Persekutuan Malaysia malahan sehingga kini seluruh pemimpin negara luar mengakui serta mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam sederhana dan maju.
Jika benarlah DAP mahu menentang habis-habisan sebarang usaha oleh mana-mana pihak yang mengiktirafkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam sudah tentulah setiap kali kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin besar dunia seperti ucapan tahniah oleh Presiden Barrack Obama, Perdana Menteri China, Perdana Menteri India, Perdana Menteri Britain dan lain-lainnya yang nyata mengakui bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam contoh akan disusuli oleh tindakbalas DAP menyerah nota bantahan di Ibu Pejabat Kedutaan negara berkenaan.
Terbaru dalam lawatan negara selama empat hari Presiden Republik Guinea di mana beliau juga turut mengeluarkan kenyataan serupa dengan memuji Malaysia sebagai sebuah negara Islam terbaik dan mahu mempelajarinya dari pengalaman Malaysia dan ini secara langsungnya memberi pengiktirafan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang terus diakui oleh dunia tetapi kenapa DAP membisu seribu bahasa apabila pihak luar mengisytihar Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan tidak meminta mereka langkah mayat Karpal Singh terlebih dahulu sepertimana DAP mengugut PAS sebelum ini?
Apa yang ditakuti oleh DAP terhadap konsep Negara Islam yang dibawa oleh PAS sebenarnya ialah tentang penampilan pemimpin PAS itu sendiri yang menggambarkan ketidakadilan pasti akan berlaku jika mereka melaksanakan hukum hudud di Malaysia kelak dan kesimpulannya mudah, DAP menolak negara Islam yang cuba dicorak oleh PAS dan tiada apa-apapun bantahan DAP terhadap nilai-nilai Islam yang sekian lama telah diterap oleh UMNO dalam pentadbiran negara malah ramai orang bukan Islam dinegara ini yang menerima secara terbuka konsep Islam yang dibawa oleh UMNO dalam pemerintahan Malaysia.
Label:
negara Islam
Isnin, Julai 02, 2012
Boros, antara punca MAS terus dilanda krisis kewangan !

Contoh yang paling jelas ialah apabila sesebuah pesawat penumpang MAS tak kiralah apa kelasnya melakukan penerbangan dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak mahupun ke Sabah sekiranya bermalam maka semua kakitangan MAS bermula daripada juruterbang, peramugari serta peramugaranya akan ditempatkan di hotel-hotel bertaraf 3 dan 5 bintang dengan diberi masing-masing sebuah bilik.
Jika sebuah pesawat MAS mempunyai 10 kakitangan, bayangkan kalau setiap hari MAS terpaksa mengeluarkan beratus-ratus ribu ringgit semata-mata untuk membiayai perbelanjaan para pekerjanya yang bertugas dalam pesawat yang lain di tempat-tempat tertentu baik bagi penerbangan domestik mahupun penerbangan antarabangsa.
Apa salahnya jika MAS berani berbuat sesuatu demi memulihkan semula sistem kewangan mereka dan bukan perkara yang sangat sukar untuk melakukannya bermula dengan staf-staf, biasakan mereka untuk berkongsi 2 orang ataupun 3 orang bagi sebuah bilik hotel dan selain itu juga MAS patut bertukar jika sebelumnya sudah sangat selesa dengan hotel-hotel mewah yang berbintang-bintang apa kata selepas ini pilih saja hotel-hotel kelas ekonomi yang agak murah.
Sepatutnya pihak pengurusan MAS perlu bijak berbelanja serta berjimat-cermat ketika syarikat mereka sedang berdepan dengan masalah ekonomi dan bukannya terus berbelanja seperti selalu tanpa memikirkan akan kemampuan kewangan mereka.
Untuk menyelamatkan Syarikat Penerbangan negara ini dari terus dilanda masalah yang tak sudah-sudah, maka kerajaan dan juga rakyat Malaysia perlu juga ke depan untuk sama-sama membantu walaupun bukan dalam bentuk wang ringgit tetapi memadai beri mereka cadangan apa yang patut demi kelangsungan syarikat MAS yang sekian lama telas sama-sama turut menyumbang yang terbaik buat negara ini sebelum munculnya Air Asia.
Label:
MAS
Sabtu, Jun 30, 2012
Industri pelancongan Sarawak terus muram selepas persaraan Tun Dr M
Perdana Menteri Malaysia ke-4 YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad memang banyak memainkan peranan beliau untuk memajukan industri pelancongan di Bumi Kenyalang ketika masih berada di tampuk kuasa. Hubungan sangat baik serta erat antara kerajaan negeri Sarawak dengan kerajaan pusat ketika itu membolehkan apa jua perancangan menjadi mudah untuk dilaksanakan jika dibandingkan hubungan antara kerajaan pusat dengan Sabah ketika diperintah oleh kerajaan PBS di bawah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Sumbangan serta usaha gigih beliau untuk menarik sebeberapa ramai pelancong dari luar untuk berkunjung ke negeri Sarawak ketika era pemerintahannya memang tidak dapat dinafikan dan ramai rakyat Sarawak tentunya masih ingat bagaimana Tun Dr. Mahathir sudi bermalam selama dua hari dua malam di Mulu Sarawak bagi meraikan persaraannya dari jawatan Perdana Menteri Malaysia iaitu beberapa bulan sebelum pengunduran beliau dan ini sebagai tanda simbolik betapa Tun Dr. Mahathir mahu kerajaan negeri terus memajukan industri pelancongan negeri walaupun beliau sudah bersara dari kerajaan.
Apa yang jelas kini ialah selepas persaraan Tun Dr. Mahathir, seolah-olah kegiatan pelancongan negeri Sarawak seperti sudah tidak bermaya, seakan-akan tiada usaha berterusan oleh pihak kerajaan negeri atau agensi-agensi pelancongan negeri bagi memperkenal serta mempromosikan segala produk pelancongan yang ada di Bumi Kenyalang kepada pihak luar.
Sayang sekali sebab Sarawak jika dibandingkan dengan Sabah apa kurangnya walaupun memang negeri Sarawak tidak dianugerah dengan pulau-pulau cantik serta lautan yang menakjubkan namun Sarawak juga memiliki keindahan alam semulajadi seperti tasik-tasik, sungai, gunung-ganang dan lain-lain lagi selain budaya masyarakat yang berbagai-bagai.
Pihak kerajaan Sarawak khususnya agensi-agensi yang berkaitan hendaklah lebih giat melakukan sesuatu bagi membangunkan industri pelancongan negeri dan tidak hanya mengharapkan pelancong luar singgah berkunjung itupun setelah mereka tahu tentang Sarawak daripada pihak lain. Sarawak tidak boleh hanya berbangga dengan nilai budaya, alam semulajadi atau tarikan-tarikan yang lainnya tanpa adanya usaha dibuat untuk menarik minat warga asing datang melancong ke negeri ini.
Selain itu, Sarawak juga perlu melihat beberapa masalah lain yang menjadi penghalang kepada intergrasi nasional juga minat pengunjung luar terutamanya rakyat Malaysia sendiri dari negeri-negeri lain untuk datang ke Bumi Kenyalang dan kerajaan negeri perlu mengkaji semula beberapa peraturan yang kurang sesuai agar ianya selari dengan kehendak konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Datuk Seri Perdana Menteri.
Patutnya Peraturan Imigresen yang dikenakan kepada rakyat dari Semenanjung Malaysia dan juga rakyat Sabah oleh kerajaan Sarawak perlu ditukar dengan sistem yang lebih mudah dan mereka tidak perlu lagi dikehendaki menggunakan passport perjalanan seperti sebelum ini. Ini semua adalah satu cadangan bagi membantu kerajaan Sarawak dalam mempertingkatkan keupayaannya untuk memajukan industri pelancongan negeri.
Bukan juga tidak diperlukan peraturan-peraturan sedemikian demi kemakmuran dalam negeri namun saya rasa adalah sudah tiba masanya untuk kerajaan negeri melihat lebih jauh ke hadapan dan sekiranya ingin merealisasikan impian mahu negeri ini maju dalam segala bidang sama seperti negeri-negeri lain di Malaysia maka kerajaan negeri kenalah berkorban satu dua perkara dan saya rasa Sarawak tidak akan rugi apapun jika peraturan berkaitan dilonggarkan sedikit supaya ia menjadi sesuai dengan peredaran semasa.
Hakikat yang rakyat Sarawak perlu terima pada hari ini ialah negeri kita sudah terpinggir terutama dalam bidang pelancongan negara jika dibandingkan dengan Sabah. Semasa era Tun Dr. Mahathir, nama Sarawak sungguh gah di mata dunia...dan siapa yang tidak kenal Gua Mulu, Gunung Mulu, Gua Niah, Bakun dan sebagainya milik Sarawak semua usaha padu Tun Dr Mahthir yang begitu bersungguh-sungguh mahu dunia mengenali Sarawak. Tetapi kenapa kita semua tidak pernah untuk menghargai semua itu?
Apa yang mampu kerajaan Sarawak lakukan pada hari ini untuk meneruskan usaha yang telah dipelopori oleh Tun Dr. Mahathir dulu? YABhg. Tun Dr. Mahathir telah menyediakan landasan betul kepada kerajaan Sarawak bagi memajukan pelanconagan negeri tetapi sayang sekali kerana mereka yang telah diberikan kepercayaan untuk meneruskannya ternyata tidak ada keupayaan bagi menggalaskan tanggungjawab berkenaan. Seolah-olah mereka ini hanya menunggu bulan jatuh ke riba...

Sarawak berwarna-warni.
Khamis, Jun 28, 2012
Siapakah antara ketiga mereka ini bakal dilantik jadi KM Sarawak ke-5?
YB Datuk Sri Abang Hj Johari Tun Abang Hj Openg merupakan Timbalan Presiden II Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk sayap Bumiputera (Melayu, Melanau & Kedayan) manakala untuk sayap Pesaka (Dayak Iban, Orang Ulu & Lun Bawang) masih disandang oleh YAB Tan Sri Alfred Jabu juga sebagai Timbalan Presiden Parti PBB.
Beliau juga antara pemimpin Barisan Nasional yang paling senior dalam kerajaan negeri Sarawak dan kurang dikaitkan dengan sebarang isu-isu kronversi. Agak tidak gemar menonjolkan diri namun beliau seorang pemimpin yang mengutamakan tugas serta rajin turun padang menemui rakyat. Datuk Sri Abang Jo juga adalah seorang pemimpin yang sangat setia kepada perjuangan parti dan tidak pernah mengkhianati Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai ketuanya.
Menteri Perancangan Sumber Negeri Sarawak, YB Datuk Sri Hj Awang Tengah Hj Ali Hassan memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Daerah Dalat untuk tempoh masa yang agak lama sebelum beliau dibawa oleh Pehin Sri Taib untuk terlibat di dalam politik negeri Sarawak.
Awang Tengah juga seringkali diberi kepercayaan oleh Pehin Sri Taib untuk mewakilinya hadir ke majlis-majlis tertentu seperti ke Majlis Mesyuarat Raja-raja yang diadakan pada setiap tahun dan juga hadir ke majlis-majlis lain. Ini seolah-olah memberi gambaran bahawa Pehin Sri Taib sedang melatih Awang Tengah agar tidak kekok apabila mengambil alih jawatan daripada beliau nanti sebagai Ketua Menteri Sarawak.
Bekas ADUN N.44 Dalat (sekarang selepas persempadanan semula N.50 Dalat) Datuk Seri Mohd. Effendi Norwawi mungkin sandaran akhir Pehin Sri Taib bagi menggantikan beliau nanti. Walaupun tiada jawatan khusus dalam Parti PBB dan bukan lagi sebagai wakil rakyat BN, namun bukan mustahil beliau akan dipilih untuk menerajui kepimpinan kerajaan negeri Sarawak selepas persaraan Pehin Sri Taib kelak.
Effendi Norwawi yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Rejang (kini Parlimen Tanjung Manis) besar kemungkinan akan menggantikan Pehin Sri Taib di kerusi DUN N.51 Balingian yang akan bersara selepas menjadi Ketua Menteri Sarawak selama 31 tahun. Usia Pehin Sri Taib kini telah menjangkau 76 tahun dan pada usia yang semakin meningkat bagi seseorang pemimpin seperti beliau itu adalah kurang bijak bagi rakyat Sarawak sekiranya mereka tidak mahu mengharapkan pembaharuan demi masa Barisan Nasional di Bumi Kenyalang.
Rakyat Sarawak harus berani menerima hakikat bahawa setiap pemimpin kita pasti akan ada yang datang dan tentu ada yang akan pergi namun parti BN juga harus akan kekal memerintah negeri ini. Pemimpin yang tua akan digantikan dengan pemimpin yang muda agar setiap perjalanan kerajaan negeri menjadi kuat dan cergas. Bukannya bermakna kita perlu menolak mana-mana pemimpin yang sangat banyak berjasa kepada negeri Sarawak tetapi apa yang kita perlukan ialah kesinambungan kepimpinan yang baik dan telus akan berterusan tanpa dirosakkan oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai demokrasi.
Beliau juga antara pemimpin Barisan Nasional yang paling senior dalam kerajaan negeri Sarawak dan kurang dikaitkan dengan sebarang isu-isu kronversi. Agak tidak gemar menonjolkan diri namun beliau seorang pemimpin yang mengutamakan tugas serta rajin turun padang menemui rakyat. Datuk Sri Abang Jo juga adalah seorang pemimpin yang sangat setia kepada perjuangan parti dan tidak pernah mengkhianati Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai ketuanya.
Menteri Perancangan Sumber Negeri Sarawak, YB Datuk Sri Hj Awang Tengah Hj Ali Hassan memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Daerah Dalat untuk tempoh masa yang agak lama sebelum beliau dibawa oleh Pehin Sri Taib untuk terlibat di dalam politik negeri Sarawak.
Awang Tengah juga seringkali diberi kepercayaan oleh Pehin Sri Taib untuk mewakilinya hadir ke majlis-majlis tertentu seperti ke Majlis Mesyuarat Raja-raja yang diadakan pada setiap tahun dan juga hadir ke majlis-majlis lain. Ini seolah-olah memberi gambaran bahawa Pehin Sri Taib sedang melatih Awang Tengah agar tidak kekok apabila mengambil alih jawatan daripada beliau nanti sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Effendi Norwawi yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Rejang (kini Parlimen Tanjung Manis) besar kemungkinan akan menggantikan Pehin Sri Taib di kerusi DUN N.51 Balingian yang akan bersara selepas menjadi Ketua Menteri Sarawak selama 31 tahun. Usia Pehin Sri Taib kini telah menjangkau 76 tahun dan pada usia yang semakin meningkat bagi seseorang pemimpin seperti beliau itu adalah kurang bijak bagi rakyat Sarawak sekiranya mereka tidak mahu mengharapkan pembaharuan demi masa Barisan Nasional di Bumi Kenyalang.
Rakyat Sarawak harus berani menerima hakikat bahawa setiap pemimpin kita pasti akan ada yang datang dan tentu ada yang akan pergi namun parti BN juga harus akan kekal memerintah negeri ini. Pemimpin yang tua akan digantikan dengan pemimpin yang muda agar setiap perjalanan kerajaan negeri menjadi kuat dan cergas. Bukannya bermakna kita perlu menolak mana-mana pemimpin yang sangat banyak berjasa kepada negeri Sarawak tetapi apa yang kita perlukan ialah kesinambungan kepimpinan yang baik dan telus akan berterusan tanpa dirosakkan oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai demokrasi.
Label:
bn sarawak
Rabu, Jun 27, 2012
Anwar, perkakas terakhir DAP !
Majlis Peguam sudah jauh menyimpang dari niat asal penubuhannya apabila lebih banyak memberi ruang kepada ahli-ahlinya berpolitik serta menentang pihak pemerintah. Badan ini sah menjadi perkakas kepada Pakatan Pembangkang sejak ianya diterajui oleh S. Ambiga lagi.
Sementara itu, Suara Rakyat Malaysia atau SUARAM pada mula kewujudannya berbekalkan matlamat lain tetapi kini ia juga telahpun menjadi perkakas kepada pihak Pakatan Pembangkang untuk mencapai cita-cita mereka menawan Putrajaya.
Sama seperti Majlis Peguam dan juga SUARAM, Adam Adli pergi ke Universiti dengan niat dan tujuan untuk menimba ilmu sebanyak mungkin bagi mengubah hidup masa depannya, namun entah bagaimana beliau boleh menjadi perkakas kepada PKR serta pihak Pakatan Pembangkang.
Pengerusi BERSIH 1.0, 2.0 dan 3.0, S. Ambiga sedar yang dia memang telah menjadi alat serta perkakas kepada PKR, DAP dan juga DAP. Ambiga juga tahu bahawa kerja dia akan menjadi lebih mudah apabila bekerjasama dengan ketiga-tiga parti berkenaan. Ambiga ada muslihat terselindung di sebalik dirinya sebagai Pengerusi Pertubuhan Haram BERSIH.
Orang tua ini, A. Samad Said memang rela dijadikan sebagai alat dan perkakas kepada PKR dan juga DAP serta PAS. Dia sering kelihatan di mana-mana lokasi pihak Pakatan Haram Pembangkang mengadakan bantahan terhadap apa jua projek kerajaan yang berimpak tinggi seperti dalam isu bantahan terhadap projek Lynas di Gebeng Kuantan Pahang di mana A. Samad Said turut serta berdemo.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz sama juga seperti A. Samad Said, rela diri diperkuda dan dijadikan sebagai perkakas oleh Anwar Ibrahim serta konco-konconya dalam Pakatan Pembangkang. Bukan setakat itu saja, Nik Aziz juga rela agama yang beliau anuti dipergunakan oleh pihak DAP dalam tujuan meraih undi sewaktu dalam pilihanraya.
Anwar Ibrahim pula, yang sering menuduh Utusan Malaysia, TV3 dan lain-lain media sebagai perkakas kepada UMNO dan juga Barisan Nasional tidak sedar yang dirinyalah yang sebenarnya telah menjadi perkakas kepada DAP dalam mencapai matlamat besar mereka untuk berkuasa di negara ini.

perkakas
Ahad, Jun 24, 2012
Mandailing: jika sayangkan Malaysia, usah perjuangkan budaya asal bangsa !

Rakyat Indonesia yang sebahagian besarnya memang terkenal dengan sikap cepat melatah tanpa usul periksa terus menuduh kerajaan Malaysia mahu mengambil kedua-dua nilai budaya berkenaan sebagai budaya mutlak negara ini namun mereka tidak sedar bahawa berapa ramai sudah suku kaum Mandailing dan juga kaum Batak telah diterima sebagai warganegara Malaysia dan mereka ini tentunya berhak untuk mengamalkan adat budaya bangsa asal di negara ini sebagaimana masyarakat pendatang lain seperti kaum Cina dan India.
Bagi kerajaan Malaysia khususnya pihak yang mahu supaya budaya tersebut dihidupkan di negara ini adalah lebih baik batalkan saja hasrat itu dan untuk menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab serta berguna kepada negara ini dan juga anak bangsa tidak semestinya kita perlu membawa perkara-perkara yang cuma mendatangkan kemudaratan kepada negara ini. Andai apa yang hendak kita buat namun mendapat tentangan hebat dari rakyat negara asal budaya itu adalah elok lupakan saja demi hubungan harmoni tidak akan terus digugat.
Kepada Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi YB Datuk Seri Utama Rais Yatim kita cadangkan walaupun pada dasarnya hasrat beliau itu murni iaitu untuk memberi ruang kepada budaya suku kaum Maidailing dan juga Batak di negara ini yang sekian lama mengharapkan agar adat budaya mereka boleh diiktiraf di negara ini boleh sekiranya menasihatkan wakil untuk kedua-dua suku kaum berkenaan bahawa untuk menjadi warganegara Malaysia bukanlah satu syarat memasukkan kebudayaan asal mereka tetapi cukuplah dengan kesetiaan kepada Raja-raja Melayu serta turut menghormati prinsip 5 Rukun Negara.
Kepada rakyat Indonesia di seberang sana tu...harap anda berpikir secara munasabahlah sedikit...anda kena faham betul-betul isu ini..kena tahu siapa yang mula menimbulkan perkara ini kalau bukan mereka-mereka yang dulunya datang berhijrah dari Indonesia ke bumi Malaysia dan setelah mereka ini menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia makaya apabila mereka-mereka ini sudah lama menduduki negara ini tentulah keinginan timbul untuk turut mengetengahkan adat budaya mereka di negara ini tanpa paksaan daripada kerajaan Malaysia.
Label:
Mandailing
Jumaat, Jun 22, 2012
BN Sarawak ! bantulah kami penduduk yang tidak ada bekalan air bersih !!!

Masih banyak lagi kampung-kampung serta rumah-rumah panjang di negeri ini yang tidak mendapat kemudahan air bersih sepertimana yang dinikmati oleh sesetengah penduduk di tempat lain. Tangki air untuk menyimpan air hujan memang ada diberikan oleh pihak kerajaan namun jika hari tidak hujan sehingga sebulan, apa cerita?
Di kampung saya sendiri dalam DUN N.50 Dalat yang diwakili oleh Datuk Fatimah Abdullah, dalam kawasan Parlimen Datuk Sri Dr. Muhd. Leo Toyad, saluran paip sudah lama tersedia dah dekat hampir setengah tahun namun entah apa sebab sehingga ke hari ini YB kami gagal memberi sebab kenapa air bersih beluim dapat juga disalurkan ke rumah-rumah.
Ketua Menteri YAB Pehin Sri Abdul Taib sendiri pernah menyatakan bahawa masalah air yang berlarutan selama lebih 40 tahun di kampung saya akan dapat diatasi sepenuhnya penghujung tahun 2011 serta awal tahun 2012. Kini sudah bulan Jun, setengah tahun sudah...kami penduduk kampung mengajukan pertanyaan kepada YB kami dia suruh kami tanya dengan Pegawai Daerah.
Bila ditanya kepada Pegawai Daerah Dalat, dia pula kata tanya dengan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR atau Jangan Kerja Rajin) Dalat. Bila saya pergi ke pejabat Jabatan Kerja Raya, boss mereka bagitau dengan saya itu masalah kontraktor, kontraktor belum menyerahkan segala resume-resume yang mencatat segala kerja berkaitan kontrak memasang paip serta lainnya kepada pihak JKR Dalat. Apalah banyak punya birokrasi?
Takkanlah masalah satu kampung iaitu kampung kami yang terletak hanya di tengah-tengah kampung bersebelahan yang penduduknya beragama Islam yang sudah diberikan kemudahan berkenaan itupun wakil rakyat kami masih gagal untuk menyelesaikannya. Apalah punya pemimpin Barisan Nasional kalu sudah begini, pilih bulu...penduduk beragama Kristian tidak dihiraukan manakala yang Islam lebih diutamakan!
Saya sungguh kesal dengan kepimpinan wakil rakyat Barisan Nasional seperti ini..sudahlah peruntukan untuk membina jalan kampung di kampung kami yang sepatutnya berturap namun telah diselewengkan oleh pihak pemaju serta konraktor apabila jalan kampung kami hanya disapukan dengan simen murah bergred 16 yang jelas tidak mengikut spesikasi serta tender yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Banyaklah lagi penyelewengan yang berlaku terhadap projek-projek kerajaan pusat bukan saja di daerah Dalat malahan jika didedahkan semuanya di mana-mana dalam Sarawak juga pasti ada berlaku perkara sedemikian.
Berbalik kepada masalah air bersih yang dihadapi oleh kebanyakan penduduk negeri waktu ini, apakah kerajaan Barisan Nasional Sarawak hanya akan bertindak apabila Parlimen sudah dibubarkan? Apa, nak gunakan masalah rakyat bagi memancing undi dengan projek-projek yang sepatutnya sudah lama siap kenapa perlu mempermainkan rakyat?
Label:
bn sarawak
Ahad, Jun 17, 2012
KDYMM Paduka Baginda Sultan Johor terus dihina di facebook :(
Pemilik akaun Facebook Wann Rezz ini turut memberi komen yang sungguh biadap dalam ruangan facebook rakannya apabila tergamak menggelarkan Sultan Johor Darul Takzim dengan sesuatu yang sangat diharamkan dalam agama Islam.
Harap KDN (Kekura Dalam Negeri: Kura-kura ini tabiat dia suka menyembunyikan kepala dalam tempurung bila rasa diri terancam) yang diterajui oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bertindak dengan segera dan tegas terhadap pihak-pihak yang semakin giat hendak menyakiti hati dan perasaan rakyat negeri Johor.
Bagaimana pihak kerajaan hendak bertindak? Adakah kerajaan hanya akan membiar perbuatan seumpama ini terus menjadi ikutan pelampau yang lain selepas ini tanpa sebarang tindakbalas untuk membenteras agar perkara sebegini tidak terus berulang di belakang hari?

www1
SISMEP 3.0: PKR pasang alat pengesan hanturaya di Sarawak !
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin lepas masuk ke Sarawak namun pembantu khas Azmin iaitu Hilman Idham tidak dibenarkan masuk dan telah ditahan oleh pihak Imigresen pada pagi Jumaat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching lalu diarahkan untuk meninggalkan Bumi Kenyalang dengan sebeberapa segera.
Kehadiran pemimpin PKR itu ke Sarawak adalah bagi tujuan untuk melancarkan satu sistem baru di negeri Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dan sistem itu dkenali sebagai Sistem Menang Piliharaya 3.0 atau nama singkatannya SISMEP 3.0.
Sistem ini menurut Azmin Ali mampu mengesan dengan kadar segera tentang kehadiran hantu-hantu yang tak diundang di kawasan-kawasan mengundi yang tertentu dan tambah beliau lagi di Sarawak buat permulaannya di DUN Asajaya SISMEP 3.0 telahpun berjaya mengesan kewujudan 850 hanturaya-hanturaya di kawasan DUN berkenaan.
Rakyat Sarawak kini mana yang mudah tertipu serta terpengaruh dengan pembonhongan bersiri oleh pemimpin PKR seperti Azmin Ali, Baruk Bian, Zuraidah Kamaruddin berkenaan dengan perkara ini pastinya akan terus mempercayainya namun bagi yang mampu untuk berpikir sendiri maka mereka sudah tentunya akan menolak dakwaan sedemikian.
PKR yang sudah biasa menipu serta memperdayakan rakyat, adakah mereka nanti mampu untuk memmastikan rakyat bahawa Sarawak yang bekerja berselerak di seluruh ceruk pelusuk Bumi Kenyalang yang akan pulang ke kawasan mengundi masing-masing pada PRU-13 untuk mengundi tidak dianggap sebagai pengundi hantu?
Untuk menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia pada setiap kali PRU diadakan sudah pasti sebilangan besar rakyat Sarawak yang bekerja jauh di luar kawasan mereka mendaftar sebagai pengundi akan balik untuk mengundi dan adalah satu perkara yang sangat menyedihkan apabila kepulangan mereka ini nanti ke kawasan masing-masing terpaksa melalui proses yang boleh dianggap sebagai melanggar hak asasi manusia apabila pihak PKR terlebih dahulu akan menentukan samada mereka itu pengundi sah ataupun sebaliknya.
Rakyat Sarawak janganlah lagi kita mudah ditipu dengan pihak-pihak PKR ini terutama sekali dalam soal pengundi yang mereka dakwa wujud pengundi hantu. Kalau memang ada pengundi hantu, bagaimana Baruk Bian sendiri boleh memenangi PRN Sarawak ke-10 di kerusi DUN Ba'Kelalan tahun lepas dan bagaimana DAP boleh mencapai banyak kemenangan pada piliharaya umum Sarawak itu jika benarlah pihak Barisan Nasional terbukti menggunakan taktik kotor untuk terus berkuasa di negeri ini. Hidup BN!

SISMEP 3.0
WWW1: Haziq jangan samakan budaya Barat dengan Timur !

Apakah maksud pelajar ini apabila orang Barat seperti yang beliau sentuh dalam komennya di facebook, mempertikaikan setiap tindakan Raja mereka secara terbuka perlu menjadi ikutan juga kepada rakyat Malaysia?
Jika masyarakat di Barat telah menjadikan amalan tidak menghormati raja apatah lagi pemimpin-pemimpin yang dipilih secara demokrasi sebagai perkara biasa bagi mereka, apakah itu juga yang mahu Haziq serta rakan-rakan beliau jadikan sebagai sebahagian budaya baru rakyat di Malaysia?
Kalau budaya Barat membolehkan pasangan belum berkahwin tinggal serumah malahan sebilik, sekatil serta sebantal apakah Haziq sebagai seorang Muslim juga akan menyeru kepada msyarakat negara ini agar menurut gaya hidup tidak sihat ini?
Begitu juga dengan rakyat di Brtitain, mungkin mengkritik secara terbuka Queen Elizabeth serta kaum kerabat keluarga Di Raja England itu telah menjadi perkara biasa di kalangan mereka namun budaya itu tidak sesuai bagi masyarakat di Malaysia kerana walaupun kita sedang mengejar kemajuan tetapi masih ada ciri-ciri yang wajib dipertahankan agar matlamat tidak tersasar di kemudian hari.
Dengan mengambil amalan hidup kurang bermoral masyarakat di Barat sebagai kunci untuk membolehkan kita berbuat apa sahaja termasuk bersikap kurang ajar serta biadap terhadap Raja serta para pemimpin negara bukan saja tidak akan membantu ke arah kebaikan malah menjadikan ianya lebih parah lagi.
Komen yang dibuat oleh Haziq Abdullah berkaitan isu pembidaan nombor plet kenderaan WWW1 terhadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor adalah kes yang amat berat sekali dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang warganegara Malaysia.
Setiap warganegara Malaysia tertakluk di bawah undang-undang negara ini dan setiap tindakan mereka juga sentiasa terikat kepada semua peraturan yang telah digunapakai. Lima prinsip Rukun Negara jelas mengenai perkara ini dan warganegara Malaysia dilindungi dan juga melindungi oleh lima prinsip ini.
Lima prinsip dalam Rukun Negara adalah tali untuk rakyat Malaysia berpaut baik dalam waktu yang susah mahupun di kala keadaan negara kita aman namun sentiasa terancam. Jadi mana-mana warganegara Malaysia yang telah terpesong tindakan mereka dari lima prinsip ini perlulah mereka untuk ditarik semula ke atas landasan agar tidak semakin ramai yang turut tergelincir sama.
Label:
www1
Sabtu, Jun 16, 2012
WWW1: kerajaan Sarawak perlu tegas dan bertindak terhadap Haziq !
Saya kurang jelas dengan latar belakang budak hingusan ini tetapi menurut beberapa blog, budak ini berasal dari negeri Sarawak serta ada jawatan di dalam gerakan solidariti mawasiswa (SMM) yang terjerit-jerit dan terpekik-pekik ketika gerakan itu bergerak di atas jalanraya.
Apa yang membuat saya terpanggil untuk menulis tentang dia ini adalah berikutan perbuatan beliau yang jelas cuba mengeruhkan lagi keadaan berhubung isu penderhakaan yang telah dilakukan oleh bekas Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Nizar Jamaluddin terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor Tuanku Ibrahim.
Kepada Haziq, cukup-cukuplah...usahlah anda mengejar publisiti murahan dengan cara yang begitu kurang ajar sekali. Jika anda seorang yang terpelajar, patutnya anda lebih bijak daripada orang lain untuk menilai perkara mana yang buruk dan mana yang baik dan nyata perbuatan anda untuk turut masuk campur dalam isu yang dicetuskan oleh Nizar Jamaluddin itu memang sengaja menempah bala.
Jika benarlah Haziq Abdullah bin Abdul Aziz ini rakyat Sarawak, maka sukalah saya merayu kepada kerajaan negeri pimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud untuk segera mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap budak ini demi hubungan yang mesra selama ini antara Johor Darul Takzim dengan Sarawak Bumi Kenyalang dapat dipertahankan.

haziq
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com