Mengikut penghayatan saya mengenai penolakan oleh DAP selama ini terhadap usaha PAS untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam ianya kalau dilihat dari berbagai sudut tidak juga kelihatan yang DAP bersungguh-sungguh mahu menentang Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Pada dasarnya Malaysia memangpun adalah sebuah negara Islam yang dinaungi oleh Raja Melayu, ditadbir oleh pemimpin yang beragama Islam sejak negara ini terbentuk pada 16 September 1963. Dan semua ini telahpun disedari dan diterima oleh seluruh rakyat sejak tertubuhnya Persekutuan Malaysia malahan sehingga kini seluruh pemimpin negara luar mengakui serta mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam sederhana dan maju.
Jika benarlah DAP mahu menentang habis-habisan sebarang usaha oleh mana-mana pihak yang mengiktirafkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam sudah tentulah setiap kali kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin besar dunia seperti ucapan tahniah oleh Presiden Barrack Obama, Perdana Menteri China, Perdana Menteri India, Perdana Menteri Britain dan lain-lainnya yang nyata mengakui bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam contoh akan disusuli oleh tindakbalas DAP menyerah nota bantahan di Ibu Pejabat Kedutaan negara berkenaan.
Terbaru dalam lawatan negara selama empat hari Presiden Republik Guinea di mana beliau juga turut mengeluarkan kenyataan serupa dengan memuji Malaysia sebagai sebuah negara Islam terbaik dan mahu mempelajarinya dari pengalaman Malaysia dan ini secara langsungnya memberi pengiktirafan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam yang terus diakui oleh dunia tetapi kenapa DAP membisu seribu bahasa apabila pihak luar mengisytihar Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan tidak meminta mereka langkah mayat Karpal Singh terlebih dahulu sepertimana DAP mengugut PAS sebelum ini?
Apa yang ditakuti oleh DAP terhadap konsep Negara Islam yang dibawa oleh PAS sebenarnya ialah tentang penampilan pemimpin PAS itu sendiri yang menggambarkan ketidakadilan pasti akan berlaku jika mereka melaksanakan hukum hudud di Malaysia kelak dan kesimpulannya mudah, DAP menolak negara Islam yang cuba dicorak oleh PAS dan tiada apa-apapun bantahan DAP terhadap nilai-nilai Islam yang sekian lama telah diterap oleh UMNO dalam pentadbiran negara malah ramai orang bukan Islam dinegara ini yang menerima secara terbuka konsep Islam yang dibawa oleh UMNO dalam pemerintahan Malaysia.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Rabu, Julai 04, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
1 ulasan:
Setuju dengan pandangan yang diutarakan. DAP setuju nak kerjasama dengan PAS pun sebab nak pergunakan parti songsang tu untuk kutip undi. Sebab tu awal2 lagi Karpal dah suruh langkah mayat dia bila dia mati. No hudud dalam Buku Jingga, tapi masih mahu berpegang dgn perlembagaan negara yang UMNO buat. Tapi parti hamPAS tak sedar diri, masih dengan ego sebesar serban di kepala, masih lagi nak cakap pasal negara Islam dan hudud. Mentah2 PAS masih nak kelentong penganutnya. Nak cerita lebih2 pasal 'Negara Berkebajikan' pun tak boleh, nak tunjuk contoh di Kelantan pun sungguh memalukan. Modal yang ada bagi Parti Islam Songsang ini hanyalah mencari kelemahan dan kesilapan UMNO/BN dan menjaja modal itu semampu yang boleh.
Catat Ulasan