Perdana Menteri Malaysia ke-4 YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad memang banyak memainkan peranan beliau untuk memajukan industri pelancongan di Bumi Kenyalang ketika masih berada di tampuk kuasa. Hubungan sangat baik serta erat antara kerajaan negeri Sarawak dengan kerajaan pusat ketika itu membolehkan apa jua perancangan menjadi mudah untuk dilaksanakan jika dibandingkan hubungan antara kerajaan pusat dengan Sabah ketika diperintah oleh kerajaan PBS di bawah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
Sumbangan serta usaha gigih beliau untuk menarik sebeberapa ramai pelancong dari luar untuk berkunjung ke negeri Sarawak ketika era pemerintahannya memang tidak dapat dinafikan dan ramai rakyat Sarawak tentunya masih ingat bagaimana Tun Dr. Mahathir sudi bermalam selama dua hari dua malam di Mulu Sarawak bagi meraikan persaraannya dari jawatan Perdana Menteri Malaysia iaitu beberapa bulan sebelum pengunduran beliau dan ini sebagai tanda simbolik betapa Tun Dr. Mahathir mahu kerajaan negeri terus memajukan industri pelancongan negeri walaupun beliau sudah bersara dari kerajaan.
Apa yang jelas kini ialah selepas persaraan Tun Dr. Mahathir, seolah-olah kegiatan pelancongan negeri Sarawak seperti sudah tidak bermaya, seakan-akan tiada usaha berterusan oleh pihak kerajaan negeri atau agensi-agensi pelancongan negeri bagi memperkenal serta mempromosikan segala produk pelancongan yang ada di Bumi Kenyalang kepada pihak luar.
Sayang sekali sebab Sarawak jika dibandingkan dengan Sabah apa kurangnya walaupun memang negeri Sarawak tidak dianugerah dengan pulau-pulau cantik serta lautan yang menakjubkan namun Sarawak juga memiliki keindahan alam semulajadi seperti tasik-tasik, sungai, gunung-ganang dan lain-lain lagi selain budaya masyarakat yang berbagai-bagai.
Pihak kerajaan Sarawak khususnya agensi-agensi yang berkaitan hendaklah lebih giat melakukan sesuatu bagi membangunkan industri pelancongan negeri dan tidak hanya mengharapkan pelancong luar singgah berkunjung itupun setelah mereka tahu tentang Sarawak daripada pihak lain. Sarawak tidak boleh hanya berbangga dengan nilai budaya, alam semulajadi atau tarikan-tarikan yang lainnya tanpa adanya usaha dibuat untuk menarik minat warga asing datang melancong ke negeri ini.
Selain itu, Sarawak juga perlu melihat beberapa masalah lain yang menjadi penghalang kepada intergrasi nasional juga minat pengunjung luar terutamanya rakyat Malaysia sendiri dari negeri-negeri lain untuk datang ke Bumi Kenyalang dan kerajaan negeri perlu mengkaji semula beberapa peraturan yang kurang sesuai agar ianya selari dengan kehendak konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Datuk Seri Perdana Menteri.
Patutnya Peraturan Imigresen yang dikenakan kepada rakyat dari Semenanjung Malaysia dan juga rakyat Sabah oleh kerajaan Sarawak perlu ditukar dengan sistem yang lebih mudah dan mereka tidak perlu lagi dikehendaki menggunakan passport perjalanan seperti sebelum ini. Ini semua adalah satu cadangan bagi membantu kerajaan Sarawak dalam mempertingkatkan keupayaannya untuk memajukan industri pelancongan negeri.
Bukan juga tidak diperlukan peraturan-peraturan sedemikian demi kemakmuran dalam negeri namun saya rasa adalah sudah tiba masanya untuk kerajaan negeri melihat lebih jauh ke hadapan dan sekiranya ingin merealisasikan impian mahu negeri ini maju dalam segala bidang sama seperti negeri-negeri lain di Malaysia maka kerajaan negeri kenalah berkorban satu dua perkara dan saya rasa Sarawak tidak akan rugi apapun jika peraturan berkaitan dilonggarkan sedikit supaya ia menjadi sesuai dengan peredaran semasa.
Hakikat yang rakyat Sarawak perlu terima pada hari ini ialah negeri kita sudah terpinggir terutama dalam bidang pelancongan negara jika dibandingkan dengan Sabah. Semasa era Tun Dr. Mahathir, nama Sarawak sungguh gah di mata dunia...dan siapa yang tidak kenal Gua Mulu, Gunung Mulu, Gua Niah, Bakun dan sebagainya milik Sarawak semua usaha padu Tun Dr Mahthir yang begitu bersungguh-sungguh mahu dunia mengenali Sarawak. Tetapi kenapa kita semua tidak pernah untuk menghargai semua itu?
Apa yang mampu kerajaan Sarawak lakukan pada hari ini untuk meneruskan usaha yang telah dipelopori oleh Tun Dr. Mahathir dulu? YABhg. Tun Dr. Mahathir telah menyediakan landasan betul kepada kerajaan Sarawak bagi memajukan pelanconagan negeri tetapi sayang sekali kerana mereka yang telah diberikan kepercayaan untuk meneruskannya ternyata tidak ada keupayaan bagi menggalaskan tanggungjawab berkenaan. Seolah-olah mereka ini hanya menunggu bulan jatuh ke riba...
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Sabtu, Jun 30, 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ▼ 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan