Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Ogos 25, 2009

DUN Permatang Pasir : BN kalah lagi...

Keputusan rasmi untuk Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir telahpun diketahui. Barisan Nasional kecundang lagi ditangan PAS. Mengapa ?

Mengapa separuh daripada rakyat Permatang Pasir lebih suka kepada populariti daripada prestasi ? Huhhh!!!...sedih dengan keputusan sebahagian daripada rakyat Permatang Pasir yang sukar untuk menerima perubahan...

...tetapi mengapa mereka lebih gemar untuk memilih jalan ke arah kemunduran daripada kemajuan...?

Isnin, Ogos 24, 2009

Semut-semut Yang Pelupa...

Semut adalah sejenis serangga yang biasa kita lihat ada dimana-mana. Semut juga mempunyai banyak jenis dengan bentuk rupa serta warnanya yang berbeza-beza diantara satu dengan yang lain. Cuma satu saja tabiat yang dapat kita lihat bahawa semut tetap juga semut iaitu tabiat ataupun sifat "pelupa" yang seperti sudah menjadi sifat semulajadi serangga ini.

Kalau kita sabar untuk memerhatikan bagaimana kita dapat mengetahui sifat "pelupa" semut ini ialah, kita perhatikan saja ketika semut ini berjalan dalam rantaian yang panjang masyarakat semut ini, kita akan dapat melihat semut-semut ini begitu sibuk sekali berjalan secara tergesa-gesa seolah-olah ada sesuatu yang mahu dipercepatkan dan dalam pada itu juga kita akan dapati ada hampir setiap dari semut-semut ini akan berpatah balik setiap kali berjumpa dengan kawan-kawan yang datang dari arah depan seperti ada benda yang tertinggal atau terlupa untuk dibawa.

Namun bagi para pengamal perubatan tradisional, mereka percaya bahawa sarang semut yang banyak terdapat diatas pokok terutamanya pokok rhu ataupun diatas pokok kandis ianya mampu untuk menyembuh mata yang rabun-rabun ayam atau mata yang kabur. Ini berdasarkan kepada satu sifat semut ini yang mempunyai deria penglihatan yang begitu terang dan jelas sekali walaupun didalam keadaan yang paling gelap tanpa kehadiran sedikit cahaya pun.

Semut juga tidak memerlukan sebarang alat lampu suluh ataupun lilin untuk ia bergerak kesana kesini didalam lubang yang maha gelap. Mungkin juga semut ini dapat melihat kawan-kawan mereka ini yang telah terlebih dulu mati, dimana tempat semut ini berada samada di "Syurga ataupun di Neraka".

Sarang semut berbentuk seperti sebiji buah durian belanda, cuma setiap daripada buah sarang semut ini mempunyai akar yang tumbuh dibuntutnya seperti ekor dibelakang seekor lembu. Cara mendapatkan buah sarang semut ini juga sama seperti cara kita untuk mendapat benda yang lain juga, "dimana ada usaha maka disitulah ada kejayaan".

Cara penyediaannya sebelum digunakan ada dua cara, pertama kalau kita mahu minum air rebusan sarang semut ini segar terus dari ladang, kita boleh berbuat demikian juga dan khasiatnya juga lebih baik...minum sementara masih panas. Cara kedua kalau kita mahu bekalan berterusan, kita kena hiris nipis-nipis buah sarang semut ini, lepas itu jemur dan selepas itu simpan didalam bekas. Jika hendak minum air rebusan semula maka kita buatlah seperti biasa.

Namun kesan-kesan sampingan yang ketara apabila kita selalu mengambil atau mengamalkan meminum air rebusan sarang semut ini ialah kita sering mengalami keadaan yang lupa-lupa tak ingat. Iyalah, ianya sama dengan tabiat sang semut itu sendiri yang selalu lupa-lupa ingat. Huh...bahaya tu... boleh menyebabkan penyakit Alzhemier.

Kita lupakan sementara pasal cerita semut-semut yang lupa ini. Kita mesti mahu ingat semula ketika isu Kerajaan Perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden PAS YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang satu ketika dulu. Cadangan beliau itu juga telah menyaksikan perbalahan telah berlaku didalam parti PAS terutamanya diantara beliau dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan berlarutan pula dengan Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Pada 17hb. Jun 2009, Datuk Nik Aziz telah mencabar Ustaz Nasha supaya meletakkan semua jawatan beliau didalam PAS yang sedang disandang beliau serta sebagai Anggota Parlimen kawasan Bachok di Kelantan ekoran daripada tindakan Ustaz Nasha yang menyokong cadangan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO/BN oleh YB Datuk Seri Abdul Hadi itu. Pada ketika itu juga Ustaz sedang menjalani rawatan kanser usus di sebuah hospital kerajaan di Kota Bharu Kelantan. Dan pada masa itu juga kempen untuk PRK di Manek Urai sedang berlangsung.

Pada 22hb. Ogos 2009, Datuk Nik Aziz telah membidas sesetengah pemimpin UMNO dan juga BN yang beliau sifat sebagai tidak menghormati orang yang sedang sakit iaitu ADUN Galas dari PAS iaitu YB Che Hashim Sulaiman yang kini sedang menjalani rawatan diluar negara dengan mendesak YB Che Hashim supaya meletak jawatan. Nik Aziz telah menyatakan bahawa beliau sangat berdukacita dengan perkara seumpama itu.

Nik Aziz berkata, sepatutnya semua pihak mendoakan supaya kesihatan orang yang sedang sakit itu, terutamanya wakil rakyat agar dapat kembali berkhidmat kepada rakyat. "Ini tidak, menambah lagi beban mereka yang menderita dengan penyakit yang dihidapinya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Takzirah Ramadan di Masjid Kota Darulnaim.

Menurut Mursyidul Am PAS/DAP itu, sebagai umat Islam, kenyataan-kenyataan seperti itu adalah tidak baik dan sewajarnya mereka mendoakan agar kesihatan mereka yang ditimpa musibah itu kembali pulih dan menjalankan tugas seperti biasa.

Fuhhh... Tau tak apa Nik Aziz ni... yang dulu dia kutuk-kutuk serta memaki hamun Ustaz Nasharuddin tu sebegitu teruk sekali hanya disebabkan Ustaz Nasha menyokong idea Kerajaan Perpaduan iaitu perkara yang baik dan mulia macamana pulak ??? ...Siap dengan gelaran "sampah" pula tu. Baik ke begitu wahai Nik Aziz , tak berdukacita ke ???

Ok, kita tinggalkan dulu cerita dukacita Nik Aziz tu. Kita lihat gambarajah diatas yang mempamerkan dimana dan bagaimana seseorang pengidap penyakit Alzhemier atau pelupa dapat dikesan. Saya bukan pakar perubatan, tetapi saya gunakan teori saja pasal benda-benda macam ni. Lihat, betapa banyaknya urat-urat yang ada di sekitar tengkok kita, di otak kita juga yang mempunyai fungsi yang tersendiri juga. Ada urat yang berfungsi untuk memikirkan bagaimana nak membela negara, bangsa dan agama. Ada juga urat yang fungsinya hanya untuk memutar belitkan kata-kata, untuk menipu rakyat pun ada...mana satu urat disana, kurang pasti juga saya.

Ya, kepada pengidap-pengidap Alzhemier atau pelupa ini ataupun kepada mereka yang bakal mewarisi penyakit Alzhemier ini, lihat gambar diatas. Ubat pencegah yang dicadangkan. Bukan ISA. Tapi ubat khas untuk mereka yang telah, sedang dan akan menjadi pengidap Alzhemier. Sangat baik untuk pemimpin-pemimpin parti yang selalu lupa kepada perkara yang mereka sendiri buat dan yang selalu menudingkan setiap kesalahan kepada pihak lain.

Oleh itu, kepada sesiapa yang ada mempunyai simptom-simptom Alzhemier, segeralah mendapatkan rawatan awal dari mana-mana agensi perubatan, jangan biarkan...nanti rakyat yang menjadi mangsa. Juga jika mereka ini mendapati yang diri mereka tergolong didalam kalangan yang mengidap Alzhemier adalah dilarang sekali untuk mengamalkan meminum rebusan air sarang semut, supaya tidak menambahkan lagi penyakit lupa-lupa tak ingat itu.
Posted by Picasa

Ahad, Ogos 23, 2009

N.34 Lunas : UMNO/BN harus tunggu dan lihat...

Keputusan mengejut yang telah dibuat oleh wakil rakyat DUN Lunas dari Parti PKR Yang Berhormat Mohd. Radzhi Salleh yang mana beliau juga adalah salah seorang daripada exco kerajaan negeri Kedah untuk keluar daripada PKR dan akan menjadi seorang wakil rakyat bebas.

Dalam pada itu juga Mohd. Radzhi telah memaklumkan kepada media bahawa tetap akan kekal untuk menjawat jawatan sebagai seorang exco kerajaan negeri.

Susulan daripada perkembangan terbaru ini saya berpendapat adalah lebih sekiranya pihak UMNO dan juga Barisan Nasional dapat untuk tidak selalu kerap mengulas atau menyentuh perkara ini agar tidak terperangkap dengan permainan kotor Pakatan Pembangkang.

Masih terlalu awal untuk kita membuat sebarang pengakuan yang ahli-ahli PKR ini memang ikhlas untuk meninggalkan parti itu. Mana tahu dalam masa 48 jam keputusan itu akan ditarik balik setelah mereka-mereka yang telah mengumum keluar dari PKR akan membatalkannya semula apabila terpukau dengan pujukan Anwar nanti.

Pandangan saya lebih terarah kepada usaha Anwar untuk memenangkan calon PAS saudara Salleh Man di DUN Permatang Pasir. Anwar akan sanggup buat apa saja untuk mencapai niatnya biarpun ianya akan menyebabkan PKR akan dilihat oleh masyarakat sebagai parti yang semakin teruk walaupun pada hakikatnya PKR memangpun sebuah parti yang paling teruk.

Biar apapun, saya akan mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Mohd. Radzhi Salleh jika beliau benar-benar ikhlas untuk meninggalkan PKR tanpa takut akan kehilangan jawatannya didalam kabinet negeri Kedah. Ini juga akan petanda awal yang menunjukkan bahawa lama-kelamaan PKR akan terpaksa gulung tikar juga akhirnya...

Jumaat, Ogos 21, 2009

Selamat Menyambut 1 Ramadhan 1430 Hijrah...

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam, selamat menyambut awal Ramadhan Al Mubarak serta selamat menjalani Ibadah Puasa semoga apa saja yang dilakukan dengan niat yang ikhlas dan jujur dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini juga senantiasa akan diberkati oleh yang maha esa.

Juga tidak dilupakan kepada semua rakan-rakan blogger ataupun pengendali blog yang beragama Islam seperti Kumbang, Huh, Pokok, 300, Joyah, AIDC, Panglima Perang Cyber, GOMO, Waris Pahang, Jeffery Damien(Dimensi), Yang Gambi, Ustaz Said, Datu Sulaiman, Kelambu Harimau, AntiPKRSarawak, Revolusi Pedang Srikandi, Cucu Tok Selampit, Pisau Net, Putra Merdeka, Apai Ngelai, Mamak Penang, Gerakan Anti PKR, anak2merdeka serta seluruh ahli Blogger Pembela Negara(BPN) juga para penyokong BPN, selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak serta selamat mengerjakan ibadah puasa.

Khamis, Ogos 20, 2009

Harga Simen dan peralatan kecemasan mungkin akan naik mendadak.

Perhatikan betul-betul saudara-saudari sekalian gambar yang menunjukkan benda yang akan mengalami kenaikan harga pada bila-bila masa saja dari sekarang. Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan hendaklah memantau secara berterusan akan perkembangan yang kurang sihat ini.

Simen adalah komoditi asas yang sangat diperlukan didalam bidang pembinaan. Jadi sekiranya harga bahan ini tidak dapat dikawal maka yang terpaksa menanggung bebannya adalah kontraktor-kontraktor bumiputera yang baru berjinak-jinak didalam bidang ini. Simen juga bukan saja sekadar untuk digunakan sebagai bahan untuk pembinaan semata, tetapi simen juga sememangnya digunakan oleh para pengamal perubatan seperti doktor atau pihak hospital sebagai sebahagian daripada bahan keperluan untuk digunakan kepada para pesakit mereka yang mengalami patah tangan, patah kaki, patah tengkok, patah leher, patah jari kecuali patah hati.

Dalam pada itu juga adalah difahamkan bahawa perkakas-perkakas atau alat kecemasan seperti kerusi roda, tongkat biasa, tongkat berbagai guna, mangkuk tandas mudah alih dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan risiko kecemasan semuanya juga akan turut naik harga berikutan kenaikan harga simen. Bila harga simen naik, tentu sekali kos untuk pengangkutan bertambah jadi ianya tetap akan naik secara seiringan.

Fenomena kenaikan harga barangan ini selalunya dikaitkan dengan perkembangan dipersekitaran. Jadi setelah tinjauan dibuat sejak beberapa tahun, bulan dan hari yang lalu sebab musabab kenaikan harga barangan ini berlaku adalah kerana permintaan tanpa diduga secara tiba-tiba daripada sesetengah para pengguna sejak kebelakangan ini.

Perkara ini hanya disedari berlaku sejak beberapa hari yang lalu walaupun sebenarnya ia telah berlaku sejak dari tahun 1998 lagi dimana ia melibatkan seorang pelakon paling popular di Malaysia, tak payahlah saya sebut nama beliau, pasti semua orang kenal siapa dia, artislah katakan. Baru-baru ini kes seorang mangsa pertama atau entah yang dijangkiti wabak maut "InCrocodile A" iaitu saudara Wong Chuan How telah menyebabkan semuanya terdedah kepada umum. Selepas itu mangsa kedua iaitu Anggota Parlimen Padang Serai YB N. Gobalakhrisnan. Dan mungkin ada lagi mangsa selepas ini memandang Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir baru saja bermula dan masih banyak masa lagi untuk wabak ini merebak kepada orang lain pulak. (Dengar khabar DUN Kota Seputeh di Kedah masih kelabu asap...bagaimanakah nasib wakil rakyatnya nanti).

Memandangkan jumlah kerusi yang dikuasai oleh Pakatan Pembangkang agak besar di Dewan Parlimen dan DUN serta dicampur-campur lagi dengan jumlah penyokong tegar DAP/PKR/PAS, jadi saya tidak menolak kemungkinan permintaan untuk barangan tersebut juga akan menjadi lebih besar serta berlipat berpuluh kali ganda lagi. Bayangkan seandainya wabak tersebut menyerang lebih separuh daripada mereka ataupun kesemua mereka...mana mau digali benda ini. Nak import dari negara luar, jika kapal yang membawa benda ini kena rampas lanun Somalia...nak buat camna? Aduiiiiii....
Posted by Picasa

Rabu, Ogos 19, 2009

Dunia Politik Dunia Gusti, Ada Perbezaan Ada Juga persamaan...

Yang memakai serban tu tak payahlah nak diperkenalkan lagi, semua orang pasti tahu dan kenal akan siapa dia. Tok Guru. Dia juga Ulamak. Dia juga Menteri Besar Kelantan Darul Naim dan dia juga Mursyidul Am PAS merangkap DAP juga. Dia juga kononnya memang tahu dimana terletaknya roh-roh orang yang telah mati atau bahasa lembutnya orang yang telah meninggal dunia ditempatkan samada di Syurga ataupun di Neraka.

Maknanya serba-serbi atau segalanya hanya dia sajalah yang paling tahu TETAPI dalam pada itu belum pernah lagi saya terdengar Nik Aziz memberitahu kepada orang lain seandainya suatu hari nanti apabila tiba pula giliran dia pula untuk ke arah yang PASTI itu...dimana pula roh dia akan ditempatkan. Takkan lah hanya kedudukan roh orang lain saja yang dia tahu tetapi dimana roh dia dia sendiri nanti akan ditempat, janganlah nak berahsia pulak. Tak aci lah kalau macam tu.

Sementara gambar sebelah itu yang tengah memegang tempayan yang berisi debu mayat namanya ialah Paul Bearer. Beliau adalah bekas pengurus kepada seorang ahli gusti yang paling terkenal iaitu The Undertacker. Ketika perlawanan gusti berlangsung tentunya yang melibatkan The Undertacker, peranan Paul Bearer bukan hanya sekadar sebagai seorang pengurus saja tetapi lebih berperanan sebagai seorang yang mengawal jasad seorang yang telah mati dengan menggunakan kuasa roh yang tersimpan didalam bekas tempayan yang sering dibawa oleh beliau.

Biasanya ketika perlawanan diadakan, The Undertacker yang digambarkan sebagai satu jasad orang yang telah mati tetapi masih dapat bergerak, melawan serta berfungsi seperti seorang manusia biasa yang masih hidup hanya dengan kemampuan Paul Bearer mengawal tempayan tersebut bagi memastikan roh dan jasad saling memerlukan diantara satu sama lain walaupun telah terpisah.

Didalam situasi dimana sekiranya The Undertacker dilihat hampir tewas ataupun semakin lemah digasak oleh lawannya ketika bertarung, kita akan dapat melihat bagaimana lagak bersahaja Paul Bearer ini menjulang beberapa kali bekas temayan itu sambil bibir beliau tergerak-gerak bagaikan gaya seorang ahli sihir yang sedang membaca jampi serampah ataupun sebuah mentera.

Tiba-tiba kita akan dapat melihat The Undertacker mampu bangkit semula dengan wajah pucat seperti mayat sambil mata beliau terbeliak tajam memerhatikan musuh walaupun telah dibelasah dengan begitu teruk sekali namun memang telah diduga beliau kembali bertindak dan berkira-kira untuk menghapuskan seteru beliau dengan kuasa yang ada didalam bekas tempayan yang sedang dipuja oleh Paul Bearer.

Begitulah serba sedikit catatan saya mengenai dua dunia yang penuh dengan penipuan ini yang mungkin jika dilihat secara sepintas lalu memang kelihatan sangat berbeza namun sekiranya kita perhatikan betul-betul maka kita akan dapat melihat banyak sekali persamaan diantara kedua-dua dunia ini iaitu diantara bidang sukan gusti dan juga bidang politik. Jika didalam sukan gusti kita memang selalu melihat tiada wujud sama sekali erti "kesetiaan sejati atau kekal" dan begitu juga didalam bidang politik kadangkala kawan jadi lawan serta lawan menjadi kawan balik.

Jadi ertinya sukan gusti dan dunia politik walaupun tak sama tetapi serupa. Kutuk mengutuk, hina menghina, cabar mencabar sudah menjadi asam garam dalam sukan gusti ini. Jadi, adakah perkara seperti ini berlaku didalam dunia politik atau adakah juga terdapat pada sesetengah ahli-ahli politik ???
Posted by Picasa

Karpal Singh Peguam baru Anwar ?

Berita terbaru. Betul ke YB Karpal Singh telah dilantik oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peguam baru bagi menghadapi dakwaan kes liwat bekas pembantu beliau? Apakah Karpal Singh akan mengambil tempat yang telah ditinggalkan oleh Sulaiman Abdullah?

Jika iya..., maka Karpal Singh juga terlebih dulu harus bertaubat sebelum menjadi peguam bela bagi mewakili Anwar Ibrahim, sebab Anwar Ibrahim belum lagi bertaubat...kan ! ...Jika tidak kedua-duanya nanti pun akan jadi sama-sama "tidak bermoral"...kan !

Sama-sama kaki saman pulak tu... !!! dunia, !!! dunia...
Posted by Picasa

Selasa, Ogos 18, 2009

Mangsa kedua wabak "InCrocodile A" masuk wad.

Wabak baru atau virus baru. Hati-hati dengan penyakit ini. Penyakit ini jika seseorang yang telah dijangkiti akan membuatkannya bersikap seperti orang yang kena sawan babi. Tetapi ada bezanya.

Orang yang kena serang sawan babi ini biasanya memang mahu dikawal oleh orang lain seperti mesti dipegang tangan juga kaki agar kesakitan yang dihadapi dapat dikurangkan.

Tetapi tidak kepada mereka-mereka yang kena serangan penyakit terbaru ini iaitu "InCrocodile A" atau dalam bahasa tempatan disebut sebagai "selsema buaya", seboleh-bolehnya mereka mahu mengelak daripada disentuh oleh sesiapa, apa sebab semuanya masih dalam kajian.

Gambar tertera diatas yang ditandakan dengan nombor 1 adalah merupakan individu pertama yang terkena jangkitan penyakit tersebut. Ianya telah mula dikesan pada 14hb. Ogos lepas. Penyakit ini juga dipercayai mudah merebak dengan cepat ke tempat lain disekitar tubuh yang telah didapati terkena jangkitan awal dan mampu melumpuhkan segala anggota tubuh badan mereka yang yang telah dijangkiti.

Mangsa pertama ini juga bersikap seperti orang yang telah kehilangan akal sambil berlari-lari apabila didekati. Mungkin fobia. Apabila berjaya ditahan, didapati wabak itu telah menyerang dibahagian kepala lutut beliau dan terus dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Sampai di klinik, wabak itu dengan cepat telah didapati menyerang hampir keseluruhan kaki beliau hingga memaksakan pihak klinik membalutkannya dengan simen bermutu rendah. Fuhhhh...waduh,waduh,waduh...

Sementara gambar yang bertanda dengan nombor 2 diatas adalah mangsa kedua. Orang ini diserang virus berbahaya tersebut pada siang hari Isnin 17hb. Ogos semalam iaitu tiga hari selepas mangsa pertama dikesan. Tindakbalas mangsa kedua terhadap wabak baru ini juga sama dengan kelakuan pelik mangsa pertama iaitu menjerit-menjerit, melolong tak tentu pasal, berlari-lari dan akan bertindak ganas apabila cuba untuk ditahan.

Mangsa kedua ini juga lagi teruk, mulanya wabak itu dikesan terdapat di bahagian kaki beliau, tetapi kenapa pulak sampai merebak begitu cepat sampai ke tangan...hissh betul-betul bahaya wabak baru ini. Tak cukup dengan itu, wabak itu juga telah merebak tidak mengira tempat...sampaikan seluar orang ini pun kena belasah wabak "InCrocodile" ini...maka sesuailah wabak baru ini dinamakan sebagai sedemikian atau dalam bahasa yang bukan PPSMInya "selsema buaya"...ganas.

Manakala gambar kecik yang terdapat disebelah bawah sikit, itulah punca sebenar penyakit ini. Buaya... iya...buaya, buaya tembaga. Jadi persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu untuk kita ambil bagi mengekang virus ini daripada terus menular dan menjangkiti masyarakat kita dan bagaimana cara untuk membolehkan kita semua dapat bersama untuk mengatasi wabak ini dari terus menjadi duri dalam daging kepada Negara ???

Sebarang cadangan boleh dikemukakan kepada Pusat Khidmat DAP/PKR/PAS yang berdekatan... tiada bayaran dikenakan malah air paip percuma akan diberikan. Sumbangan juga boleh diberikan kepada pusat-pusat khidmat ini...tetapi perkara yang sumbang-sumbang saja akan diterima sebagai syarat utama sekiranya mahu sumbangan yang dihulurkan akan diterima.
Posted by Picasa

Pertandingan suara serak-serak basah...

Ini adalah satu pertandingan yang baru diperkenalkan. Kepada sesiapa yang ingin turut serta didalam pertandingan ini hendaklah mendapatkan borang pertandingan terlebih dulu daripada mana-mana kedai yang ada menjual arak. Syarat untuk mendapatkan borang-borang tersebut adalah seperti berikut, jika anda membeli satu atau dua botol beer maka borang akan diberi percuma dan setelah itu anda diminta mengisi semua data-data peribadi dan setelah lengkap diisi anda dikehendaki menghantarkan borang ini sendiri ke Pusat Khidmat yang terdekat.

Macammana anda berminat??? Jika anda rasa anda ingin untuk menyertainya, jangan berlengah lagi...jom! ...perolehilah borang-borang itu hari juga...

Hadiah??? ...hadiahnya...menginap dalam bilik istimewa satu minggu...atau lebih berdasarkan kepada mutu suara anda. Yang sebelah tu jangan ceriter lah...memang mengerikan.
Posted by Picasa

Isnin, Ogos 17, 2009

Syabas dan Tahniah PDRM Pulau Pinang kerana tegas.

Video ini saya muaturun dari blog Penghuni Gua. Setelah saya menyaksikan tindakan oleh YB Padang Serai N. Gobalakhrisnan yang paling bertentangan sekali dengan undang-undang negara serta arahan yang telah diberikan oleh pihak polis, maka saya berpendapat PDRM Pulau Pinang telah menjalankan kewajipan mereka dengan begitu sempurna dan baik sekali. Syabas !

Saya sebenarnya baru faham kenapa kerajaan Negeri Sarawak pada 24hb. Disember 2008 yang lepas telah melarang serta menghalang YB Gobalakhrisnan ini daripada memasuki negeri ini. Beliau telah diusir keluar hari itu juga dan digesa balik semula ke Semenanjung dengan pesawat yang lain. Tindakan serupa juga turut dikenakan terhadap Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa pada 14hb. February 2009 kerana mempunyai tujuan yang tidak jelas sebab-sebab keperluan mendesak untuk beliau masuk ke dalam negeri Sarawak.

Setelah melihat bagaimana cara serta kelakuan YB-YB Pakatan Pembangkang ini yang seolah-olah telah kembali kepada zaman kuno atau zaman batu, maka saya bersetuju sangat dengan langkah bertanggungjawab kerajaan Sarawak yang telah ataupun akan mengenakan tindakan seperti itu terhadap mana-mana ahli politik pembangkang sekiranya mereka berhajat untuk memasuki negeri ini.

Saya tidak bermaksud untuk bersetuju dengan semua tindakan yang menghalang orang luar daripada datang ke negeri Sarawak tanpa sebab tetapi sekiranya niat mereka terutamanya pembangkang(DAP/PKR) adalah sekadar untuk memecahbelahkan perpaduan sedia ada dikalangan masyarakat di negeri ini serta menghasut rakyat di Sarawak agar menentang Kerajaan yang sedia ada, maka saya sangat bersetuju supaya larangan serupa harus digunapakai demi keharmornian dan keselamatan rakyat di negeri Sarawak tetap terjamin dan terpelihara.

Bila pulak Nik Aziz mati hidup balik???

Tak sudah-sudah orang tua ini membuat cerita karut. Terbaru ini pulak dia mengatakan ahli-ahli UMNO tidak akan masuk ke syurga. Bila pulak masanya dia pergi ke alam baqa, pakai apa dia ke sana ? Tau-tau saja dia...

Yang sudah tu sudahlah wahai Nik Aziz, tak perlulah buat cerita lawak-lawak macam tu lagi... Ni pun dah dekat nak sambut buat bulan Ramadhan, oleh itu eloklah banyakkan buat amal ibadat yang mulia jika tidak untuk orang lain untuk diri sendiri pun memadailah dari terus menerus membuat kenyataan yang semakin menambah kekeliruan rakyat. Jangan menganggap diri sebagai Tuhan yang Maha Mengetahui segala-galanya...INSAFlah Wahai Nik Aziz...kita ini hanyalah makhluk Tuhan yang punya kelemahan tersendiri...maka, BANYAKKANLAH AMALAN YANG MULIA, KURANGKAN DOSA-DOSA YANG ADA ! ...

Saya tak faham tentang Nik Aziz ni...jadi kalau saya hina dia teruk-terukpun tak apa...pasal saya bukan Nik Aziz.
(sama seperti DAP hina Islam, Nik Aziz kata tak apa...sebab DAP bukan Islam).
Posted by Picasa

Ahad, Ogos 16, 2009

Festival Filem Pakatan Pembangkang ke-1 (16 September)

Dunia perfileman di negara kita akan menganjurkan satu temasya yang mungkin gilang-gemilang pada satu tarikh yang belum pasti, tapi jika menurut tarikh yang tertera di poster iaitu 16hb. September mungkin tahun ini atau tahun depan atau tahun yang lain lagi segalanya kurang pasti. Biarpun disitu mereka taruh tahun 2009, mana boleh dipercayai...kalau angka 9 tu terbalik jadi angka 6 pulak, jadi 2006...hidup-hidup kita ini pasti tertipu.

Pedulikan tahun bila mereka nak anjur festival itu apa yang penting ialah ianya harus diadakan juga kerana tanpa festival seumpama itu diadakan bagaimana usaha untuk memartabatkan seni tipudaya di negara kita ini akan dapat berkembang

Begitu juga, jika tidak dilangsungkan majlis sedemikian bagaimana peminat seni penipuan dapat menilai bakat atau prestasi seseorang pelakon tertentu dengan para pesaing dari kalangan sesama mereka. Tentu sukarkan, tapi bila ada pesta terbuka seperti itu diadakan maka senanglah bagi para peminat masing-masing untuk memilih mana satu yang bijak berlakon.

Difahamkan bahawa pada festival kali ini berbagai kategori filem akan dipertandingkan dengan menampilkan beberapa muka baru disamping masih menyenaraikan juga nama-nama mereka yang agak senior didalam arena lakonan ini untuk turut sama akan berentap bagi merebut pelbagai anugerah, hadiah serta trofi yang telah disediakan.

Hadiah-hadiah yang disediakan untuk festival itu nanti adalah seperti berikut ;

(a) : Sebuah banglo mewah yang masih didalam pembinaan dan mungkin siap menjelang Aidilfitri nanti berserta satu paket ubat urut cap buah pala serta segelas air sejuk dari dari air paip percuma.

(b) : Tiket penerbangan pesawat AirAsia pergi balik Malaysia-Australia, Selangor-Medan Indonesia, Malaysia-India serta Kuala Lumpur-Taipei Taiwan. Juga akan diberi satu kotak besar minyak urut cap buah pala serta air paip percuma.

(c) : 50 kotak beer serta special brew setiap seorang dari berbagai jenis jenama seperti Heineiken, Guinness Stout, Stella, Pig Eye, Gordon Dry Gin, Tanduay, Martell, Shing-tou dan lain-lain lagi serta turut disertakan dengan hamper yang berisi beberapa kotak minyak urut cap buah pala. Air paip percuma tidak diberikan, sebab jika beer atau special brew diminum serentak dengan air sejuk...dikhuatiri kekuatan alkohol itu kan berkurangan didalam tubuh.

Antara filem-filem yang telah disenarai pendek setakat ini untuk menyertai festival itu nanti adalah seperti berikut ;

Filem yang dikategorikan sebagai filem seram atau misteri adalah seperti berikut :

[1] - RPK dimanakah dikau,

[2] - Hilmi kembalilah,

[3] - Menjejak Bala & Akuan Sumpah.

Filem yang dikategorikan dalam kelompok filem komedi adalah sebagai berikut :

[1] - Ku lari ke Duta,

[2] - Memory 16 September,

[3] - Bubar DUN!!!..ikat reben,

[4] - Minum arak jual arak,

[5] - Hangat-hangat tahi ayam Hassan Ali,

[6] - Kakiku patah-patah,

[7] - Sakit tulang belakangku,

[8] - Lebam mataku lebam,

[9] - Nik Aziz VS Nasha.

Manakala untuk filem yang mengandungi kisah-kisah berunsur jenayah adalah seperti berikut :

[1] - Tingkat 14 Tingkat 5,

[2] - Jolok buah pala di Desa Buah Pala,

[3] - Tendang pintu bukan bola,

[4] - Gobalakrhrisnan menampar polis,

[5] - Kuari batu-batu kerikil,

[6] - Korek pasir jual pasir,

[7] - Lembu korban ku,

[8] - Invoice misteri invoice Wong,

[9] - Misteri 4000 rumah urut.

Kepada semua yang berminat untuk mengikuti perkembangan seterusnya mengenai penipuan cerita ini bolehlah mengikutinya di PAStv.

Posted by Picasa

Buaya Jadian mengganaz di Selangor...

Kalau di sebut "harimau jadian" orang biasa dengar. Bila disebut juga orang akan terfikir akan peristiwa yang pernah berlaku dikalangan masyarakat tertentu di negara ini sejak dari zaman berzaman.

Tapi kisah ini lain dari yang lain iaitu "buaya jadian". Mulanya orang ramai nak jinakkan saja buaya ni untuk ditangkap dan dibawa ke zoo negara. Biasalah buaya, orang bagi dia makan...apa saja dia akan ngap!!! ..orang bagi dia makan bangkai ayam dia ngap, bangkai lembu dia ngap, bangkai kapal terbang saja dia tak nak ngap...pasal harga besi lusuh sekarang belum stabil lagi.

Kita sambung balik cerita buaya jadian ni, setelah puas dia melahap makanan yang disuap orang dengan menggunakan hujung dahan kayu pokok pala, dia pun dah hampir kekenyangan maka tibalah masanya untuk buaya ini di bawa ke zoo negara. Tapi malangnya, tetiba saja buaya ini berubah menjadi ganaz sehingga terdengar bunyi buaya ini mendesis dan meraung...no, no, no, help me, help me, help me,..don't touch me, don't touch me, don't touch me...haiyaaaaa...touch n go laaaa...

Berbagai usaha dan cara dibuat oleh orang untuk menangkap buaya ni, tapi seringkali gagal...sampai dikejar-kejar lah lagi...nasib baik buaya ini tak sempat lari ke pejabat kedutaan Turki...kalau tak, mahu tak heboh satu cakerawala dibuatnya. Namun akhirnya berjaya juga buaya ini ditangkap...tetapi tiba-tiba pulak dia terjatuh hampir pengsan-pengsan cicak.

Apabila keadaan sudah dapat dikawal...tiba-tiba saja buaya ini bertukar imej lalu menjelma menjadi seorang manusia yang normal lengkap berpakaian serta mengenakan cermin mata. Masa tu juga makhluk jelmaan ini mendakwa kaki sebelah kanan dia cedera dan terus dihantar ke klinik, keluar saja dari klinik >>>ALAMAK<<<..PaTaH rupanya..tak sangka ya...huh!!!... Mana tak nya, siap berbalut dengan bandage jadi maknanya disimen lah tu...PATAH, ya mungkin KePaTaHaN. Pandai betul berlakon... Dapat cuti sakit 5 hari lah lagi...SOCSO tu nanti nak tuntut daripada siapa ye??? Berapa jumlah jahitan kelukaan yang dipaksa ditanggung anda Mr. Wong ...aduhaiiiiiii... bijak, bijakkk... berkat minum susu segar terus dari ladang lah tu...khasiat minum susu Enfagrow... /...bunge.., ..orkid..; ...bunge.., ..orkidlah; ,,,pandainye !!!
Posted by Picasa

Sabtu, Ogos 15, 2009

SPRM - Tindakan yang tepat atau silap atau juga sekadar untuk menguji...

Terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) mengenai keputusan badan penyiasat bebas itu bahawa berkuatkuasa serta-merta mulai hari ini Sabtu, 15hb. Ogos 2009 pihak SPRM tidak akan lagi membuat sebarang siasatan terhadap semua kes yang dilaporkan sekiranya laporan itu ada membabitkan orang-orang politik.

Kalau dilihat dari segi kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh pihak SPRM untuk memperolehi kerjasama daripada mereka yang didakwa terlibat dengan gejala itu seperti insiden yang berlaku di DUN Sungai Pelik semalam, mungkin ada logiknya juga untuk mereka mengambil langkah yang agak drastik seperti itu.

Tambahan pula, jika kita melihat segala tindakan yang tidak bertanggungjawab terutama sekali oleh pihak Parti Pakatan Pembangkang terhadap badan itu sejak kebelakangan ini yang berterusan menyerang Suruhanjaya tersebut dengan berbagai-bagai fitnah serta kata maki hamun, maka bagi saya eloklah juga SPRM mengambil langkah ini untuk sementara waktu bagi membolehkan badan bebas ini untuk bernafas semula setelah lemas dengan segala kata nista, kutukan serta fitnah oleh DAP/PKR/PAS.

Namun bagi saya, seandainya tindakan ini sudah dikira sebagai satu keputusan yang muktamad dan tidak boleh dibincang lagi, dari sudut lain pula saya melihat ada satu kerugian yang pasti wujud daripada tindakan terburu-buru ini. Rugi jika kes-kes rasuah yang dilakukan oleh jerung-jerung besar dalam Pakatan Pembangkang misalnya, akan terlepas begitu saja tanpa sebarang tindakan yang diambil bagi mengatasinya.

Jika langkah untuk membekukan siasatan terhadap semua kes-kes yang melibatkan seluruh ahli politik ini bukan bersifat sementara, jadi adakah ada cara lain lagi selain SPRM yang dapat digunakan bagi memerangi gejala rasuah ini dari terus menguasai serta mempengaruhi setiap keputusan oleh mereka yang mengamalkan kegiatan rasuah ini?

Tetapi sekiranya tindakan mengejut oleh pihak SPRM ini hanyalah sebagai salah satu cara bedah-siasat bagi pihak mereka untuk mengenalpasti dimana terletaknya kelemahan gaya pengurusan SPRM sehingga gagal meyakinkan orang ramai terutamanya Pakatan Pembangkang terhadap ketelusan SPRM dalam menjalankan tugas.

Kemungkinan juga SPRM terpaksa membuat keputusan ini adalah semata-mata untuk melihat serta menguji sejauhmana peranan SPRM masih diperlukan dan juga sejauh mana lagi kepercayaan orang ramai terutamanya pihak pembangkang seperti DAP/PKR/PAS terhadap kemampuan SPRM didalam menjalankan kewajipan utama mereka sebagai sebuah badan bebas yang tidak terikat dengan mana-mana pihak.

Dan yang paling penting ialah kemungkinan besar SPRM hanya ingin melihat adakah Pakatan Pembangkang ini betul-betul serius untuk mengambil bahagian dalam menyokong usaha kerajaan Barisan Nasional memerangi kegiatan rasuah ini secara besar-besaran. Jika Pakatan Pembangkang benar-benar mahu rasuah dihapuskan, sepatutnya merekalah yang terlebih dulu tampil untuk memujuk Pengarah Siasatan SPRM itu agar menarik balik arahan membekukan segala siasatan terhadap mana-mana ahli politik yang didapati terlibat dengan rasuah tanpa mengira parti mana yang mereka jadi anggotanya.

Bagi pihak Barisan Nasional, pasti keseluruhan daripada pemimpinnya kecewa dengan keputusan SPRM itu, tetapi bagi pihak Pakatan Pembangkang kemungkinan mereka akan merasa lega dan puas kerana tiada lagi pihak yang akan mengambil tindakan terhadap mereka walaupun "menghapuskan rasuah" adalah antara janji mereka kepada rakyat ketika PRU-12 lalu dan slogan anti-rasuah terdapat didalam manifesto Pakatan Pembangkang ketika itu.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat, adakah ini juga merupakan sebuah permainan untuk memerangkap kelicikan DAP/PKR/PAS yang sering mempermainkan undang-undang negara. Nak tengok siapa yang lebih bijak membuat drama... Apakah drama Datuk Dr Hassan Ali muntah arak akan ada pesaingnya selepas ini?
Posted by Picasa

Jumaat, Ogos 14, 2009

PAS dalam Selangor Guinness Book of Record.

Alunan ombak menghemPAS pantai... Tiada terhenti percintaan itu... Hadiran bayangmu menyejukkan... Dengan alunan suara kerinduan... Suara kekasih...yang memanggil daku,.. suara kekasih yang menyejukkanku... Terdengar suaramu yang suci... ku terjaga dari mimpi... Ku yakinkan suara itu, yang memanggil daku dengan harapannn... suara kekasih yang menyembuhkanku...

Haiya!!!!! Apa dah jadi dengan kata-kata Datuk Dr Hassan Ali sebelum ini pasal arak dan beer? Berapi-api bagai bunyi halilintar berdentum-dentam dilangit. Bukan main lagi, hari tu kata dah bersedia untuk menghadapi sebarang tindakan termasuk dilucut jawatan sebagai exco kerajaan negeri demi mempertahankan perjuangannya menentang sebarang kegiatan penjualan arak di negeri Selangor. Tapi sekarang apa dah jadi???

Tidak sampai 48 jam, dah berbaik-baik balik lagilah dengan si Ronnie Liur tu...siap bertepuk-tepuk bahu lah lagi...haiyaaa.... macam gaduh budak-budak umur 1,2,3,4,5 tahun kan...sekejap gaduh lePAS tu baik lagi...lePAS tu gaduh lagi...

Budak-budak biasalah, memang sifat semulajadi kanak-kanak begitu, kalau bukan begitu bukan budaklah namanya... mula-mula gaduh, memang...tapi bila dah disogok dengan makanan yang seDAP-seDAP, lePAS tu baik lagi lah mereka, malah berpakat pula nak main sembunyi-sembunyi. Tapi kalau bagi orang tua, sepatutnya sifat sebegini janganlah lagi nak dibawa hingga ke dewasa atau tua sebab bagaimana orang lain hendak membezakan samada kita masih mentah ke ataupun sudah matang. Kan begitu?
Posted by Picasa

Khamis, Ogos 13, 2009

Hina Islam: Barat ditentang, DAP direstui... Mengapa oh mengapa Nik Aziz?

Gambar kecil disudut sebelah atas adalah gambar anak muda dari negara tetangga kita Indonesia yang turun ketika turut menyertai jutaan rakyat negara itu bagi memprotes tindakan sebuah akhbar dari negara Denmark yang menyiarkan berulang-kali karikatur imej yang bertujuan untuk menghina Nabi Muhamad S.A.W pada awal tahun 2008 masehi.

Manakala gambar yang disebelah bawahnya pula adalah wajah Ahli Parlimen negara Belanda atau Holland dalam bahasa PPSMInya, iaitu Geert Wilders dimana beliau telah menghasilkan sebuah filem yang bertajuk "Fitna". Filem tersebut mengundangkan kontroversi hangat diseluruh dunia terutamanya di negara-negara Islam termasuk di Malaysia. Disebabkan filem ini yang sengaja dihasilkan bertujuan untuk menghina agama Islam maka hasilnya juga telah menyebabkan hubungan diantara negara Belanda dengan negara-negara Islam seluruh dunia menjadi tegang.

Dan disebelah itu pula gambar wanita yang agak besar sikit saiznya adalah Ketua Parti Freedom Austria iaitu Susanne Winter yang pernah dikenakan tindakan undang-undang oleh negara Austria kerana kenyataan terbuka beliau yang juga telah menghina Nabi Muhamad SAW sehingga telah menyebabkan keadaan tegang di negara itu apabila rakyat yang beragama Islam di negara itu bangkit menentang. Susanne Winter telah dijatuhi hukuman penjara selama 2 tahun serta didenda sebanyak €24,000 euro.

Disamping itu juga, didalam negara kita tindakan serupa juga turut dikenakan kepada tiga akhbar yang berpengaruh iaitu NST, Sarawak Tribune dan GungMing Daily kerana telah mengikut jejak akhbar dari negara Denmark dengan menyiar semula gambar-gambar kartun Nabi Muhamad SAW itu didalam artikel terbitan mereka. Bukan itu saja, banyak tindakan-tindakan lain turut menyusul bagi membantah penyiaran gambar kartun itu. Ada pihak yang membuat demonstrasi, berhimpun didepan pejabat kedutaan Belanda bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak duta dan seterusnya menuntut penjelasan daripada kerajaan Belanda.

Tidak ketinggalan juga pemimpin-pemimpin politik tanpa mengira fahaman politik mereka turut sama menyertai rakyat biasa bagi mengemukakan bantahan. Ada yang membuat laporan polis terhadap akhbar-akhbar yang menyiarkan semula gambar-gambar kartun itu. Dalam bulan February 2006 Ketua Pemuda PAS YB Salahudin Ayub dan Presiden MAPAN Datuk Dr Maamor Osman telah membuat laporan terhadap mereka-mereka ini yang telah menghina Nabi Muhamad SAW serta agama Islam.

Ya, itu kisah dulu-dulu. Yang dicetuskan oleh orang-orang barat atau orang putih dan disambut pula didalam negara kita oleh pemilik-pemilik akhbar di negara kita. Tetapi nasib baik, kerana perbuatan mereka ini segera diambil tindakan oleh pihak yang berkuasa.

Tetapi hari ini, perkara yang sama berulang lagi. Yang melakukannya bukan orang luar tetapi warganegara Malaysia sendiri iaitu DAP dan dipersetujui pula oleh Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat. Yang peliknya, jika perkara ini dilakukan oleh pihak barat dan akan mendapat kutukan masyarakat antarabangsa tentu sekali Nik Aziz inipun akan turut sama mengecam pihak yang terbabit tetapi kenapa apabila pihak DAP yang melakukannya...kenapalah pulak Nik Aziz kata "tak apa"???

Alasan Nik Aziz ialah sebab orang-orang DAP ini bukan Islam dan sudah semestinya mereka tidak tahu tentang Islam, jadi biarlah DAP ini hina Islam sampai puas. Tapi Nik Aziz seola-olah tidak sedar bahawa orang-orang DAP ini sudah berapa lama sudah duduk dalam negara Malaysia dan memang kesemua mereka ini juga telah lahir sebagai warganegara serta ketika di sekolah pasti tiap-tiap hari ada menyanyikan lagu "Negaraku" serta setiap hari juga diajar menyebut RUKUNEGARA, dan tidak masuk akal sama sekali jika mereka ini tidak memahami sedikitpun tentang apa itu Islam.

Jadi persoalannya disini ialah, jika pihak barat yang melakukan seperti menghina Islam serta Nabi Muhamad SAW pemimpin-pemimpin PAS termasuklah Nik Aziz sanggup pulak turun berarak menentang serta membantah tetapi apabila DAP yang melakukannya mengapa pula Nik Aziz mengambil masa yang begitu lama untuk bersuara??? Tetapi malang sekali, apabila saja beliau muncul dan sudah pasti diikuti oleh kenyataan-kenyataan baru yang tidak sepatutnya terkeluar dari mulut seorang yang bergelar Tok Guru Tokoh Agama.
Posted by Picasa

Rabu, Ogos 12, 2009

Senada Seirama - Tiada Bezanya...

Apa bezanya? Yang satu orang ini janggut sudah putih serta panjang pulak tu...tetapi tindakan Tok Janggut ini langsung tidak menggambarkan imej sebenar yang sedang dibawanya melalui gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan kepada beliau.

Apabila sudah bergelar Sasterawan Negara, sepatutnya Tok Janggut ini lebih tahu memahami bahasa-bahasa mudah yang orang lain guna...bukan sebaliknya apabila Tok Janggut ini pulak yang seolah-olah tidak mengerti. Pelikkan...

Bila Kementerian Pelajaran Malaysia sudah bersetuju dengan desakan kumpulan Tok Janggut ini supaya PPSMI dimansuhkan, kenapa pula Tok Janggut ini tidak reti-reti nak sabar menunggu tarikh ianya akan dimansuhkan sepenuhnya sebagaimana yang sudah diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin baru-baru ini.

Apalagi yang Tok Janggut serta rakan-rakan beliau tiak berpuas hati, nak berarak lagi diatas jalanraya? Tak serik-serik lagi dengan tindakan yang telah diambil terhadap penganjur Gerakan Anti-ISA tempoh hari? Apa Tok Janggut ini tidak faham ke atau pura-pura tidak faham dengan wabak H1N1 yang sedang melanda negara kita, masih lagi ada hati nak himpun orang ramai berkumpul di tempat awam?

Kerajaan sudah mengeluarkan arahan supaya tidak diadakan sebarang aktiviti luar seperti perhimpunan di tempat terbuka bagi mengelakkan merebaknya virus ini dikalangan masyarakat tetapi gayanya peringatan oleh Kerajaan seperti tidak dihiraukan oleh Tok Janggut ini...

Manakala yang satu orang lagi ini...tak payahlah saya nak bagitau, seluruh duniapun sudah tahu tentang kisah "penentang KeADILan" ini. Perjuangannya hampir sama dengan perjuangan Tok Janggut iaitu demi kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan orang lain disekeliling mereka.

Jika Tok Janggut mahu PPSMI dihapus dengan kadar segera, maka Anwar Ibrahim juga mahu tuduhan liwat keatas beliau digugurkan secepat mungkin. Jadi kesimpulannya, kedua-dua pejuang ini hanya mahu memuaskan tuntutan kata hati mereka saja tanpa mereka sedar yang tindakan mereka sebenarnya telah menafikan hak pihak lain untuk mendapatkan kemajuan dan juga keadilan.

Semoga negara kita Malaysia yang tercinta ini terlepas dari segala maha bahaya. Kita mesti tentang habis-habisan pengkhianat bangsa dan negara, jangan sampai negara kita ini hancur dan musnah gara-gara tuntutan daripada segelintir manusia yang mempunyai sejuta muslihat tersembunyi yang memperjuangkan sesuatu untuk kepentingan diri serta keluarga mereka sendiri.
Posted by Picasa

Isnin, Ogos 10, 2009

YB Pakatan Pembangkang melanggar "sumpah taat setia".

Sebelum pilihanraya diadakan tak kira umum ataupun kecil pemimpin-pemimpin parti politik terutamanya parti politik pembangkang sibuk merancang serta menyediakan strategi. Memerah otak memikirkan siapa yang layak untuk diletak sebagai calon dikawasan-kawasan tertentu. Mengurangkan waktu tidur semata-mata untuk menciptakan senarai serta tajuk manifesto yang boleh menarik sokongan pengundi dan sebagainya lagi.

Semasa berkempen, terutamanya pakatan pembangkang...menabur seribu janji kepada rakyat entahkan terlaksana entahkan tidak.

Semasa hari pembuangan undi dijalankan, calon-calon serta wakil mereka menggunakan sebarang kesempatan untuk meraih undi daripada rakyat.

Sementara menunggu keputusan undian diumumkan, setiap calon serta juga parti-parti politik yang bertanding berdebar-debar untuk mengetahui samada mereka tewas ataupun menang. Dalam pada itu juga telah mula memasang angan-angan tersendiri, "kalaulah aku menang, aku nak.... kalaulah aku menang, aku nak.... kalaulah aku menang, aku nak....

Setelah keputusan diumumkan, ada yang gembira dan tentu sekali ada yang kecewa...hampa...merana... Yang menang tentulah gembira sebab mereka akan dapat merealisasikan angan-angan mereka tadi. Manakala yang sedih dan kecewa adalah mereka yang kalah dan sudah pastilah angan-angan mereka tadi tu pun sama turut hancur berkecai.

Sesudah itu, untuk mengesahkan kemenangan mereka yang menang tadi tu sebagai Ahli Yang Berhormat(Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri), maka majlis "angkat sumpah" Anggotan Dewan Rakyat dan Anggota Dewan Undangan Negeri yang baru akan diadakan mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan Setiausaha Dewan ataupun mereka yang arif berkenaan dengan upacara sedemikian.

Dalam tempoh upacara Majlis Angkat Sumpah sedang berlangsung, biasanya kita akan mendengar mereka yang telah terpilih sebagai Yang Berhormat atau wakil rakyat akan memulakan lafaz ikrar taat setia tidak berbelah-bahagi kepada Malaysia serta akan mengakhiri lafaz sumpah itu seperti yang berikut :

"Dengan menyebut nama Allah,
Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Amat Belas Kasihan" (bagi yang beragama Islam).
Saya ........................................................... setelah dipilih [1]sebagai Ahli Dewan Rakyat(ahli Parlimen),
[2]sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)
Dengan sesungguhnya bersumpah,
Bahawa saya, akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya,
sebagai yang sedemikian, dengan segala daya upaya saya.
Bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenarnya kepada Malaysia,
dan akan memelihara, melindungi serta mempertahankan perlembagaannya.

Tetapi setelah itu, apa yang kita lihat tiada seorangpun YB-YB daripada Pakatan pembangkang yang dapat ataupun cuba untuk memahami apa yang telah dilafaz ketika mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai wakil rakyat malah apa yang lebih teruk lagi ialah mereka mula bertindak menentang apa yang terkandung didalam sumpah yang mereka sendiri lafazkan itu. Maknanya mereka telah melanggar sumpah yang telah dipersetujui yang lengkap dengan tandatangan mereka sendiri ketika upacara mengangkat sumpah itu selesai.

Jadi persoalannya disini ialah, apakah masih sah lagi sumpah taat setia mereka itu??? ...atau tidak kah secara sendirinya jawatan yang mereka sandang itu terlucut dengan sendirinya apabila sudah jelas bahawa mereka telah melanggar perjanjian atau sumpah yang dibuat sebagai tanda tanggungjawab yang telah diterima???
Posted by Picasa

Ahad, Ogos 09, 2009

Anwar boleh jejak kaki ke Bumi Kenyalang, tetapi dengan syarat !

Menjelang pilihanraya umum negeri Sarawak yang akan datang, peringatan harus diberikan kepada Penasihat Parti KeADILan Rakyat iaitu YB Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau boleh bebas masuk ke Sarawak jika bertujuan untuk meningkatkan tahap keyakinan dikalangan rakyat di negeri ini. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin pembangkang lain seperti Penasihat DAP YB Lim Kit Siang, Presiden PAS YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP YB Karpal Singh, Mursyidul Am PAS YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat dan mereka yang sedarah sedaging dengan DAP dan PKR.

Namun sekiranya tujuan beliau serta mereka yang tersebut diatas hendak berkunjung ke Bumi Kenyalang dengan niat semata-mata untuk mengelirukan rakyat dengan dakyah-dakyah serta cerita-cerita palsu pembangkang, membawa budaya tidak sihat seperti merusuh, merosakkan harta benda awam, mengadakan demonstrasi dijalanan, berbaring diatas jalanraya dan sebagainya, maka kehadiran mereka memang tidak dialu-alukan malah mungkin mereka juga akan dihalang daripada memasuki negeri Sarawak serta akan diusir keluar sepertimana yang pernah dikenakan terhadap Ahli Parlimen Padang Serai YB N. Gobalakrishnan serta beberapa orang lagi pemimpin pembangkang setelah mereka didapati cuba untuk menghidupkan budaya yang sangat bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran kepada penduduk di negeri ini.

Sekiranya kehadiran Anwar Ibrahim ke negeri Sarawak hanya untuk mendatangkan perpecahan dikalangan penduduk Bumi Kenyalang yang telahpun utuh tali perpaduan dikalangan sesama rakyat yang berbilang keturunan ini, maka eloklah Anwar Ibrahim lupakan saja niat beliau kearah itu. Beliau dan sesiapa saja boleh datang untuk melihat perkembangan yang telah berlaku di Sarawak sejak dibawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional, mempelajari apa yang patut sebagai contoh, memberi khidmat nasihat yang baik kepada penduduk di negeri ini dan bukannya datang ke Sarawak untuk mengajar mereka bagaimana cara untuk menentang apa sahaja pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional serta mengajar rakyat di negeri bagaimana cara untuk menyebarkan budaya fitnah-memfitnah terhadap orang yang tidak sebulu dengan parti pembangkang.

Peringatan seperti ini juga telah disuarakan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Anggota Parlimen kawasan Santubong YB Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam dimana beliau menegaskan walaupun negara ini sebagai sebuah negara demokrasi serta mengamalkan cara pentadbiran demokrasi namun semuanya ada had tertentu yang harus difahami oleh semua pihak. Demokrasi bukan bermaksud sesiapa sahaja boleh bertindak sesuka hati tanpa dikawal oleh undang-undang. YB Datuk Dr Wan Junaidi diminta mengulas berkenaan dengan kehadiran Anwar Ibrahim, Chua Jui Meng dan David Yeoh ke Sarawak malam semalam.

Oleh itu, kepada para pemimpin parti politik Pakatan Pembangkang tiada salah bagi mereka daripada memasuki negeri ini jika tujuan mereka bertandang ke negeri Sarawak adalah murni serta tidak menyimpang dari garis panduan dan dari segi peraturan juga undang-undang yang telah termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.
Posted by Picasa

Sabtu, Ogos 08, 2009

"Pelampau bukan Islam" semakin bermaharajalela di Malaysia. Kebalkah mereka?

Jika dahulu kita dapat lihat apa yang terpaksa ditanggung oleh penulis novel kontroversi "Satanic Verses" iaitu Salman Rushdie apabila beliau terpaksa berdepan dengan tekanan demi tekanan oleh negara Islam seluruh dunia serta dalam pada itu juga beliau terus diburu untuk ditangkap dan dibunuh ekoran banyak tulisan beliau didalam novel tersebut telah didapati menghina agama Islam sehinggakan menyemarak api kemarahan yang meluap-luap dikalangan umat Islam di seluruh dunia termasuklah di Malaysia.

Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei telah menawarkan wang berjumlah melebihi jutaan dollar Amerika sebagai ganjaran kepada sesiapa yang dapat menangkap Salman tidak kira hidup ataupun mati. Begitu besarnya impak atau kesan yang timbul akibat perbuatan yang paling tidak bertanggungjawab oleh Salman sebagai seorang yang beragama Islam. Walaupun Salman lebih dikenali sebagai Islam sekular iaitu Islam yang mengamal gaya hidup dengan cara orang barat didalam kehidupan sehariannya, namun sebenarnya beliau masih mempunyai satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan selaras dengan diri beliau sebagai umat Islam, iaitu mempertahankan agama Islam dari sebarang percubaan untuk menodai kesucian agama Islam bukannya bertindak disebaliknya.

Itu peristiwa yang telah berlaku suatu ketika dulu yang menyaksikan kebangkitan umat Islam bagi membantahkan keterlajuran yang telah di buat oleh Salman Rushdie. Tetapi kita di Malaysia sekarang ini terus berdepan dengan satu cabaran yang serupa walaupun pendekatan yang digunakan dilihat kekadang halus dan adakalanya terlalu biadap serta berbeza dengan cara yang dilakukan oleh Salman yang dilakukan dengan hanya menulis tetapi tujuannya memang sama iaitu untuk menghina serta mempersendakan agama Islam.

Baik, kita merujuk kepada perbuatan yang pernah dilakukan oleh YB Nga Kor Ming yang menggunakan ayat-ayat suci Al Quran untuk menyampaikan ceramah politik mereka baru-baru ini. Begitu juga dengan kes terbaru dimana perbuatan YB Ronnie Liu, YB Jeff Ooi telah jelas cuba untuk menghina agama Islam sehingga mengguris hati dan perasaan orang Melayu serta umat Islam keseluruhannya.

Dalam soal ini saya pasti, seandainya perbuatan yang dilakukan oleh Nga, Ronnie dan Jeff Ooi ini mereka lakukan di negara seperti Sudan, Nigeria, Iran, Maghribi dan negara Islam lainnya tentu sekali mereka ini akan berdepan dengan tindakan keras daripada pihak pemerintah seperti kena pancung ataupun juga akan direjam dengan batu sampai mati. Tetapi di Malaysia mereka bernasib baik kerana tiada peruntukan undang-undang sedemikian di kenakan bagi mereka yang melakukan kesalahan seperti itu.

Persolannya, sampai bila perkara ini hendak dibiarkan? Apakah pihak yang mempunyai tanggungjawab tentang agama Islam tidak berani berbuat apa-apa bagi menghalang "pelampau-pelampau bukan Islam" ini dari terus mengembangkang kegiatan mereka? Mengapakah perkara ini hanya diserahkan kepada umat Islam dari kalangan rakyat biasa untuk bertindak?

Perkara ini tidak akan berjaya diselesai dengan cara hanya membuat bantahan didepan pejabat-pejabat tertentu, membuat demonstrasi jalanan, melaungkan kata-kata dengan pembesar suara tanpa adanya campur tangan daripada JAWI, MAIWP, Majlis Ulama, MUIS, JAKIM dan sebagainya yang berkaitan dengan pembangunan agama Islam itu sendiri.

Yang lebih penting ialah pihak kerajaan seharusnya berani mengambil tindakan lebih tegas terhadap "pelampau bukan Islam" ini dari terus-menerus menjalankan aktiviti yang akhirnya pasti mengundang banyak lagi masalah kepada keselamatan negara serta keharmonian rakyat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Jadi sementara sesuatu yang lebih parah akan berlaku, maka eloklah mulai sekarang "pelampau bukan Islam" ini diambil tindakan sebelum mereka meneruskan misi mereka untuk terus menggugat kestabilan di Malaysia. Jangan sampai "lebam" menjadi barah, jangan pula sampai barah akan menjadi nanah. "Cegah sebelum parah!!!". Mencegah lebih baik daripada mengubatinya.
Posted by Picasa

Jumaat, Ogos 07, 2009

Sesumpah: Drama khas untuk Permatang Pasir

Inilah rupa bentuk reptilia yang lebih dikenali sebagai 'sesumpah' dikalangan masyarakat tempatan di negara ini. Haiwan ini sebenarnya bukan hanya dikenali dengan sifat pemarah semulajadinya yang secara "spontan" akan bertukar warna dari asal hijau kepada warna lain apabila merasakan keselamatan dirinya tergugat, tetapi mungkin masih ada orang yang tidak tahu bahawa ada terdapat satu jenis lagi reptilia dari species ini yang mempunyai sayap dan mampu untuk terbang. Rupa bentuknya juga sama saja cuma yang membezakan diantara keduanya ialah yang satu jenis bersayap manakala yang jenis satu lagi tidak. (serba sedikit keterangan mengenai haiwan ini)

Sebenarnya saya ingin menulis berkenaan dengan drama-drama terbaru yang dihasilkan oleh Pakatan Pembangkang sejak beberapa hari yang lalu iaitu hasil sentuhan tangan pengarah serba-serbi boleh iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibantu oleh pelawak "cawat" Datuk Seri Abdul Haji Hadi Awang serta pelakon komedi "surat khabar lama" Lim Kit Siang.

Fokus saya kepada satu drama baru mereka yang dibuat khas untuk rakyat di DUN Permatang Pasir yang akan turun mengundi buat kali kedua dalam tempoh 18 bulan selepas PRU-12 yang lalu. Seperti sebelumnya, drama ini juga penggambarannya banyak dibuat di Negeri Selangor Darul Ehsan dan yang selebihnya dilakukan di Pulau Pinang dengan lokasinya di Kampung Buah Pala.

Jika di Pulau Pinang kita sudah tahu dimana tempatnya, jadi di Selangor Darul Ehsan kawasan yang dipilih adalah sekitar Majlis Perbandaran Shah Alam(MPSA) dan penggambaran ada juga dibuat di tempat lain untuk babak-babak yang memerlukan suasana yang agak berbeza sedikit.

Sebenarnya jika diteliti secara menyeluruh, drama ini dilihat lebih kepada sebuah dokumentari khas yang bertujuan untuk menyelamatkan sesuatu benda hidup daripada terusik oleh tangan-tangan yang tidak bertanggunjawab. Jika dokumentari yang di khaskan hanya untuk memaparkan haiwan umpamanya reptilia hijau iaitu "sesumpah" maka itu bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang perlunya memelihara sesuatu habitat tersebut daripada terus mengalami kepupusan.

Jadi begitu juga dengan drama bersiri terbaru oleh Pakatan Pembangkang ini, ianya dihasilkan semata-mata untuk menyelamatkan kerusi DUN Permatang Pasir terlepas ke tangan UMNO ataupun Barisan Nasional pada pilihanraya kecil disitu kelak.

Mulanya kita lihat dengan apa yang diperkatakan oleh Anwar selang berapa hari selepas ADUN Permatang Pasir meninggal dunia. Reaksi Anwar ialah, beliau memberitahu DUN itu mungkin akan diwakili oleh calon daripada PKR pada pilihanraya kecil itu nanti dan bukannya PAS. Apa sebenarnya tujuan kata Anwar itu ? ...tujuannya cuma satu iaitu supaya sokongan pengundi PAS disana akan bertambah semakin kuat kepada PAS apabila mereka menentang hasrat PKR untuk bertanding di kawasan itu. Jadi PAS mendapat markah awal disitu dan Anwar pun tidak peduli walaupun dengan cara itu akan menambahkan lagi maruah PKR tergadai demi perjuangan bersama Pakatan Pembangkang, janji DUN Permatang Pasir tetap dalam genggaman mereka.

Yang baru berlalu, apabila Dr. Hassan Ali yang membuat desakan dan disusuli pula oleh desakan demi desakan oleh Dewan Pemuda PAS Selangor terhadap MB Selangor yang mahu agar Tan Sri Khalid Ibrahim memecat ataupun menarik balik portfolio yang sedang disandang oleh Ronnie Liu dari dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(Exco) Selangor. Apa sebenarnya tujuan Dr Hassan Ali itu ? ...tujuannya juga sama, iaitu mereka tentu sekali berpendapat bahawa apabila helah itu digunakan, maka orang Melayu dan Islam di Permatang Pasir akan melihat PAS sebagai sebuah parti Islam memang benar-benar memperjuangkan Islam dan Melayu apabila bangkit menentang DAP berkenaan dengan perkara yang menyentuh tentang kesucian Islam. Semua itu cuma sementara saja, apabila sudah selesai Pilihanraya DUN Permatang Pasir nanti, semuanya akan berubah serta-merta sama juga seperti tabiat "sesumpah".

Berkenaan dengan reaksi daripada KM Pulau Pinang berhubung dengan desakan daripada berbagai pihak agar Lim Guan Eng mempengaruhi Jeff Ooi supaya menarik balik kenyataannya yang telah mengguris hati dan perasaan umat Islam dan orang Melayu, ternyata Lim Guan Eng telah mengambil kesempatan dari kekeruhan itu dengan meminta Jeff Oii menarik balik kesemua kenyataan beliau yang telah menyinggung perasaan orang Melayu. Jadi yang mendapat untung dari situasi itu ialah KM Lim Guan Eng yang masih dibelenggu dengan isu Kampung Buah Pala dan sedikit sebanyak Lim Guan Eng telah mendapat semula point dia yang telah banyak hilang akibat dari permasalahan yang wujud di Kampung Buah Pala sejak beberapa bulan yang lalu. Maknanya jika Lim Guan Eng berjaya memujuk Jeff Oii untuk meminta maaf daripada masyarakat Melayu, maka secara tidak langsung maruah beliau yang sudah begitu teruk sekali tercalar gara-gara makan buah pala, akan sedikit kembali terubat apabila ada lagi segelintir Melayu PAS yang akan menghargai jasa beliau itu.

Sebenarnya diantara ketiga-tiga kisah ini walaupun terdapat perbezaan jalan ceritanya namun pada penghujungnya tetap akan sama dan tentu sekali akan saling membantu demi kemenangan mereka di DUN Permatang Pauh nanti. Jadi kepada rakyat disana, berhati-hatilah jika memilih bakal wakil rakyat...kerana jika tersalah pilih...sengsaralah yang menunggu didepan dan bukannya bahagia. Ambillah perkembangan yang sedang berlaku di dalam kerajaan negeri Selangor sekarang ini sebagai satu iktibar kepada semua.

Khamis, Ogos 06, 2009

Anti-ISA: Pengguna jalanraya juga berhak menuntut gantirugi.


Apa yang telah kita semua sedia maklum sekarang ialah, para peniaga yang terjejas teruk perniagaan mereka akibat daripada perhimpunan haram serta demonstrasi jalanan yang diadakan oleh Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) itu, telahpun bertindakbalas dengan menuntut gantirugi daripada GMI serta dalang-dalang kepada perhimpunan haram itu.






Sehubungan dengan itu, para pengguna jalanraya yang telah mengalami sebarang kesulitan ketika hendak menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional itu juga berhak untuk menuntut apa-apa juga gantirugi daripada GMI serta daripada pemimpin-pemimpin parti PKR/DAP/PAS atas semua kerugian masa serta kewangan yang terpaksa mereka tanggung setelah terperangkap untuk beberapa jam akibat daripada tindakan penganjur juga dalang-dalang perhimpunanan serta pengikut mereka menyalahgunakan tempat yang telah dikhaskan oleh kerajaan hanya untuk laluan kenderaan bergerak.









Kepada penganjur khasnya dalang-dalang demonstrasi anti-ISA itu mereka tidak lagi boleh menyalahkan sesiapa kecuali diri mereka sendiri apabila telah berdepan dengan tuntutan beratus ribu ringgit oleh para peniaga yang banyak mengalami kerugian akibat daripada kedegilan GMI, DAP, PKR dan PAS yang masih mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun tanpa permit.

Perkembangan ini adalah salah satu pengajaran yang paling baik bagi mereka yang ada keinginan untuk cuba menggugat ketenteraman awam di negara ini. Sebelum bertindak kumpulan ini haruslah memikir akan buruk-baiknya tindakan sedemikian selepas itu dan bukan hanya tahu membuat masalah, tetapi apabila timbul masalah lain maka mereka hanya bertindak lepas tangan dengan menuding jari kepada pihak lain pula sebagai yang bertanggungjawab.

Rabu, Ogos 05, 2009

I.S.A: DAP/PKR/PAS - Melanggar Hak Asasi Manusia, SUHAKAM Harus Bertindak.

Mungkin ramai yang tidak sedar atau mungkin juga kurang setuju dengan pandangan saya mengenai apa yang telah berlaku pada hari Sabtu 01hb. Ogos 2009 yang baru saja berlalu, iaitu suatu perhimpunan haram, perarakan atau demonstrasi jalanan bagi mendesak kerajaan agar menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).






Bagi saya, perhimpunan haram serta perarakan yang di anjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang juga didalangi oleh pemimpin-pemimpin parti Pakatan Pembangkang terdiri daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Mustaffa Ali, Mahfuz Omar, Tian Chua, Saifuddin Nasution, Muhamad Syabu, Salehuddin Ayub dan ramai lagi telah melanggar hak asasi manusia secara total.



Alasan yang boleh kita kaitkan diantara perhimpunan serta demonstrasi haram itu dengan pelanggaran hak-hak asasi manusia ialah apabila tindakan "pendemonstrsi" yang terang-terang dan jelas sekali telah menafikan hak-hak para peniaga disekitar kawasan yang terbabit daripada menjalankan perniagaan harian mereka.

Disamping itu juga, akibat daripada tindakan penganjur perhimpunan itu yang telah menggunakan kemudahan awam seperti jalanraya sebagai laluan mereka untuk berarak telah mengakibatkan beribu-ribu pengguna jalanraya lain terperangkap sehinggakan memaksa banyak urusan-urusan penting dibatalkan, lewat sampai ke pejabat, tertinggal pesawat dan sebagainya.

Jadi, dalam insiden demonstrsi haram itu saya berpendapat adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk bertindak terhadap penganjur perhimpunan haram anti-ISA itu serta pihak-pihak yang menjadi dalang di sebalik perarakan haram itu.

SUHAKAM juga harus bertindak mengikut peruntukkan kuasa yang ada pada suruhanjaya itu, bagi melindungi hak-hak sesiapa saja daripada dicabuli.

Ahad, Ogos 02, 2009

MB Selangor-Khalid salahguna masa ketika MMRR-218 di Kuching, Sarawak.

Nak dijadikan satu cerita, apabila Menteri Kemudahan Awam Sarawak, YB Datuk Amar Awang Tengah bin Awang Ali Hassan mendakwa ketika dalam tempoh selama lima hari berturut-turut bahawa Menteri Besar Selangor Darul Ehsan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim seringkali tidak hadir didalam majlis-majlis rasmi yang melibatkan Raja-Raja diadakan.

Yang menjadi persoalannya ialah, dalam tempoh selama lima hari itu sememangnya Tan Sri Khalid telah berada di Bandaraya Kuching bagi mengiringi KDYMM Sultan Selangor untuk ke setiap majlis yang akan dihadiri oleh Baginda sebagai yang telah ditetapkan. Namun untuk beberapa kali majlis diadakan kesemua Menteri-menteri Besar serta Ketua-ketua Menteri lainnya sentiasa hadir untuk menemani Raja-Raja dan juga TYT-TYT negeri masing-masing tetapi malangnya Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid seringkali ponteng.

Anda nak tau dimana tempat Tan Sri Khalid berada dalam tempoh waktu tertentu itu...? Menurut YB Datuk Amar Awang Tengah lagi, Tan Sri Khalid telah menyalahgunakan masa yang telah dipertuntukkan dikhaskan hanya untuk majlis yang berkaitan dengan Majlis Mesyuarat Raja-Raja yang ke-218, tetapi telah digunakan oleh Tan Sri Khalid untuk tujuan yang lain. Maknanya ketika berada di Bandaraya Kuching, beliau telah mengambil kesempatan ataupun menggunakan waktu itu untuk untuk berkempen bagi Parti KeADILan XRakyat (PKR).

Jika diambil kira nilai masa yang diberikan itu adalah masa untuk majlis yang sangat penting, tetapi malangnya masa itu juga telah diselewengkan untuk diguna bagi perkara yang tidak bersangkut-paut dengan tujuan asal Tan Sri Khalid datang ke Sarawak. Perbuatan Tan Sri Khalid Ibrahim itu sebenarnya telah menggambarkan kepada umum bahawa beliau kurang beradab dan tidak menghormati Raja-Raja sepanjang berlangsungnya Mesyuarat Majlis Raja-Raja baru-baru ini.

Ketika beliau didapati jarang kelihatan bersama-sama dengan KDYMM Sultan Selangor di majlis-majlis rasmi yang tertentu, sebenarnya beliau menghadiri beberapa "majlis-majlis kilat" yang dianjurkan oleh PKR Sarawak. Disanalah beliau mula cuba untuk memperkenalkan benih-benih "buah pala" yang tidak subur di Pulau Pinang dan juga berjanji untuk membekalkan baka-baka "lembu" yang pernah beliau korbankan masa Hari Raya Korban dulu di Selangor untuk ditanam serta dibiakkan di negeri Sarawak.

Tan Sri Khalid rupa-rupanya tidak tahu bahawa buah pala tidak akan berjaya ditanam di negeri Sarawak kerana tanah-tanah di sini tidak sesuai untuk tumbuhan seperti itu, manakala Sarawak juga langsung tidak mempunyai "padang rumput" yang sesuai untuk diberikan kepada "baka-baka lembu" itu sebagai bahan makanannya. Jadi sekiranya lembu-lembu itu tidak ada bekalan makanan yang sesuai, sudah pasti ianya akan mengakibatkan kebuluran serta menyebabkan lembu-lembu itu akan mati. Jadi tak payahlah Khalid, lupakan saja semua itu...

Modal kempen yang bakal PKR gunakan sekiranya pilihanraya DUN Sarawak yang akan datang menurut Khalid ialah 'air'. Tan Sri Khalid telah cuba membohongi rakyat Sarawak dengan mengatakan bahawa jika PKR berjaya mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Barisan Nasional, maka mereka juga akan memberikan air percuma atau 'bekalan air bersih percuma' kepada penduduk di negeri Sarawak sebagaimana yang Pakatan Pembangkang "letak perangkap percuma" di negeri Selangor.

Sehubungan dengan itu, YB Datuk Amar Awang Tengah telah mengajak rakyat Sarawak sendiri bertanya kepada MB Selangor itu tentang "air percuma" yang Tan Sri Khalid war-warkan itu iaitu sejak pelaksanaan bekalan air percuma berapa banyak rumah yang sudah diputuskan bekalan airnya. Menurut Awang Tengah lagi, rakyat Selangor fikir ia benar-benar percuma jadi air itu digunakan sembarangan, tidak ditutup pili air pun tidak apa dan ini menyebabkan jumlah penggunaan air terlalu tinggi.

Tambah Datuk Awang Tengah lagi, pengguna air di Selangor tidak dikenakan bayaran selagi penggunaan air tidak mencecah 20 meter padu dan sekiranya selepas penggunaan air melebihi tahap itu maka caj yang dikenakan adalah tiga kali ganda. Caj penggunaan air di Sarawak menurut beliau jika dibandingkan dengan sistem yang digunakan di Selangor masih amat rendah.

Tan Sri Khalid khususnya PKR mungkin berpendapat bahawa rakyat Sarawak tidak mengetahui dengan apa yang sedang berlaku di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah sekarang. Sedarlah wahai Khalid dan juga pemimpin PKR yang lainnya, letaklah dulu semua pemimpin Pakatan Pembangkang tak kira DAP, PAS dan PKR didepan cermin dan lihat diri sendiri terlebih dulu sebelum membuka mulut untuk mengatakan BN Sarawak itu ini lah, begitu begini lah, macam itulah macam inilah.

Arkib Blog