Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Mac 26, 2011

Porn Video: Jeffry Damien temui Nik Aziz tersesat kat Kota London

Baru sebentar tadi iaitu sebelum bermulanya kempen "padam lampu selamatkan bumi" jam 8:30 mlm disambut, rakan blogger iaitu Jeffry Damien telah berjaya menemui semula Datuk Nik Aziz yang sebelumnya dilaporkan sebagai gagal untuk muncul dikhalayak ramai semenjak isu video lucah Anwar Ibrahim meledak sehingga mengatasi isu-isu yang tidak kurang panasnya seperti kes kematian TBH dan juga kes Liwat II.

Yang peliknya ialah sebelum itu lagi saya dah ada melaporkan yang Datuk Nik Aziz sedang bertapa dalam sebuah kawasan hutan yang agak terpencil dan sunyi dikawasan pendalaman negeri Kelanatan Darul Naim serta nampak seperti berhampiran dengan kem pembalakan.

Namun selang beberapa minit selepas itu menyusul pula bro Jeffry dengan artikel terkininya melaporkan yang Datuk Nik Aziz ada sudah dan apa yang sangat menghairankan ialah kalau kita melihat berdasarkan kepada photo yang telah ditunjukkan oleh Jeffry dalam blog beliau ternyata Datuk Nik Aziz telah ditemui oleh beliau sedang riang berlari di satu lokasi yang ternyata tidak terdapat dimana-manapun dalam wilayah Malaysia ini dan ianya seakan-akan disatu tempat dalam Kota London sambil Nik Aziz memegang sekeping kertas yang jelas mengandungi tulisan berbagai maksud agaknya 'fatwa' terbaru lah tu.

Tetapi Datuk Nik Aziz bukanya tampil dengan fatwa baru sepertimana kelazimannya apabila timbul sebarang isu yang melibatkan Anwar Ibrahim cuma beliau menyatakan rasa kesal dan malu dia yang teramat sangat terhadap tindakan tiga individu yang dikenali sebagai Datuk T kerana menayangkan video lucah Anwar Ibrahim untuk dipertontonkan kepada pihak lain seperti kepada pihak media serta pemimpin-pemimpin parti politik.

Datuk Nik Aziz memang berhak untuk berasa malu serta kesal sebab itu memang sudah jadi hak dia sebagai seorang individu tetapi Datuk Nik Aziz tidak boleh melabel orang yang telah menayangkan video lucah Anwar dengan pelacur China kepada pihak media baru-baru ini sebagai perbuatan orang yang tidak bermoral.

Kalau soal bermoral atau tidak seseorang itu Datuk Nik Aziz sepatutnya melihat kepada pelakon yang beraksi didalam video klip berkenaan adakah pelakon yang dinyatakan sebagai mampu melakukan dua sessi pancutan hanya dalam tempoh masa 20 minit dan oleh itu Datuk Nik Aziz tidak wajar untuk menghukum pihak yang mendedahkan kandungan video lucah tersebut sebagai orang yang tidak bermoral serta tidak tahu malu.

Tanpa berselindung Datuk Nik Aziz dalam nada malu mempersoal akan tindakan 3 individu yang telah membocorkan rahsia jenayah seksual Anwar Ibrahim kepada umum yang menurut beliau telah membuatnya menjadi sangat malu kepada orang bukan Melayu apabila kes mengenai video lucah berkenaan kembali membabitkan pemimpin-pemimpin Melayu.

Tak apalah kalau mahu malu kepada sesama manusia sebab manusia bukannya boleh buat apapun kerana sifatnya sebagai insan yang sememangnya lemah dimuka bumi ini maka oleh itu adalah lebih baik bagi Datuk Nik Aziz untuk malu kepada hanya Tuhan Yang Esa dan bukannya mesti malu kepada Lim Kit Siang, Lim Guan Eng atau malu kepada Karpal Singh yang nyata tidak berintergriti.

3 ulasan:

PUTRA MERDEKA berkata...

wakakaka
lu tak masuk syurga wally selipor ni bro..
wakakaka...
jumpa semasa prn sarawak bro!

Tanpa Nama berkata...

SEB BAIK JUMPE. INGATKAN DIA TERJUN LOMBONG. KWN DAH INFOM ANUWAR DIA KAT SANA. DGR CITER ANUWAR NK JEMPUT DIA NEK FLIGHT PKL 2 PAGI. HEHEH

hilbert berkata...

ok PM,
..kecil sayap burung kenyalang..sayap burung rajawali kami rakyat Sarawak tadahkan untuk sambut kedatangan rakan2 dr Semenanjung dan Sabah :-)

Bro Jeff,
agaknye Wall Terompah tu ada jumpe dgn RPK tak he he..bawa surat utusan pulak tu

Arkib Blog