Ada tak nampak imej bendera kebangsaan Jalur Gemilang yang di pasang pada bahagian atas kapal tersebut? Ini suasana menyambut perayaan tersebut di Daerah Bintangor dalam Bahagian Sarikei Sarawak bermula lewat minggu ini sehinggalah selesai pada 4 haribulan April nanti.
Saya tdak bermaksud untuk menyentuh tentang perayaan kaum ini samada ianya wajar ataupun tidak kerana setiap masyarakat itu mempunyai kepercayaan dan kebudayaan masing-masing yang harus dihormati oleh semua tetapi apa yang cuba saya bangkitkan ialah apabila bendera negara kita Jalur Gemilang turut dihanyut dan dibakar dalam upacara berkenaan.
Tidakkah mereka yang terlibat didalam perayaan ini merasakan bahawa perbuatan ini telah membuat hati ramai rakyat Malaysia yang lain menjadi sedih dan terluka apabila melihat Jalur Gemilang diperlakukan sedemikian?
Saya tidak menentang upacara seumpama itu tetapi wajarkah bagi mereka untuk meletakkan Jalur Gemilang bersama dengan wang kertas hantu itu pada replika kapal tersebut dan kemudian memusnahkannya?
Jalur Gemilang lambang kemegahan rakyat Malaysia dan tanda kedaulatan negara kita maka setiap orang daripada kita memang wajip untuk menjaga sebaik mungkin bendera kebangsaan kita dan bukannya membuat ianya sama seperti barang-barang lain.
Harap ada pihak-pihak yang berwajib mahu tampil dan ambil peduli dengan insiden ini. Bukan nak cari masalah tetapi saya mahu agar sesetengah rakyat di Malaysia yang seolah-olah tidak mahu ambil pusing tentang betapa pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara dan tidak mengambil mudah tentang perkara yang berkait-rapat dengan maruah serta kedaulatan negara.
4 ulasan:
SLM BRO..BYK2 BENDERA APSAL PLAK DIORANG PILIH JALUR GEMILANG ADOIYAIIII..BAKOR LA BENDERA ISRAEL KERR..AMERIKA KERR..ITU KAN LBEY AFDAL..HUHUHU
cis berani mereka bakar jalur gemilang.. aku bakar jugak kan mereka ini.. tu dah menghina kedaulatan negara, tak sensitif langsunglah mereka ni.. somebody di sarawak patut menegur tindakan mereka yang kurang ajar ni agar tidak berulang lagi..
termasukla yang berlaku di negeri2 lain di malaysia.. harap pemimpin2 negara kita bersikap tegas dan berani menegur perbuatan yang salah ni..
bergantungla pada maksudnya dan niat... mungkin dia nak hadiahkan jalur gemilang tu kp arwah-arwah mereka yang dah mati.... saya rasa itu bukan masalah... jalur gemilang dibakar bukan bedrtujuan kebencian..
Catat Ulasan