Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Mac 21, 2011

2 DUN di utara Sarawak kurang selamat bagi Barisan Nasional

 N. 64 Pujut yang diwakili oleh YB Andy Chia Chu Fatt pada pilihan raya negeri kali ini mungkin agak sukar untuk BN mempertahankannya ataupun jika menang sekalipun majoriti yang menyokong adalah terlalu rendah.

DUN Pujut yang sebahagian besar daripada kawasannya berada didalam lingkungan Bandaraya Miri dan kebanyakan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, jalanraya serta infrasruktur lainnya bolehlah dikatakan sebagai sudah tidak menjadi satu masalah sangat kepada penduduknya. Mereka dikira sudah agak selesa dengan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan berbanding dengan sesetengah rakyat di kawasan lain.

Majoriti pengundi di kawasan N. 64 Pujut adalah terdiri daripada kaum Cina dan selebihnya adalah mereka yang daripada kaum Bumiputera seperti Melayu, Melanau, Kedayan, Iban, Kayan, Kenyah, Kelabit serta Orang Ulu yang lainnya.

Masalahnya ialah apabila timbul isu harga barang naik seperti minyak masak, gula, bawang, beras, petrol, diesel dan sebagainya maka apabila ini telah dimainkan pihak pembangkang iaitu DAP yang akan bertanding disitu  sehingga menjadi satu isu besar pula kepada rakyat seolah-olah kerajaan tidak mampu untuk menanganinya.

Rakyat yang mudah dipengaruhi fikiran mereka dengan perkara-perkara yang mendesak seperti itu kebanyakkan akan cepat lupa kepada kebaikan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk mereka selama ini sebaliknya mereka akan cepat menerima dan mempercayai sesuatu yang baru yang belum lagi pasti samada ianya benar ataupun tidak.
 Namun lain pula dengan DUN di N. 67 Telang Usan Baram yang diwakili oleh YB Encik Lihan Jok. YB ini walaupun kelihatannya sering dilihat turun ke kawasan namun ramai yang mengeluh dengan mutu perkhidmatan beliau yang dikatakan terlalu lemah sehingga ada yang mendakwa bahawa masalah-masalah yang sepatutnya boleh diselesaikan oleh beliau sendiri tanpa perlu campurtangan daripada pihak lain namun sayang sekali apabila semua itu tidak dapat dielakkan.

Lebih merumitkan lagi keadaan apabila berlaku penduduk di rumah panjang asal YB Lihan Jok sendiri di Long Bedian yang sepatutnya bersatu menyokong beliau kini dikatakan telah berpecah dua iaitu satu pihak adalah penyokong YB Lihan manakala yang satu lagi menentang beliau.
Lebih menyukarkan lagi Barisan Nasional untuk mempertahankan kerusi DUN Telang Usan sekiranya YB Lihan Jok masih dikekalkan di situ ialah dengan kemunculan semula bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib iaitu Encik Kebing Wan yang akan turut bertanding atas tiket SNAP menentang calon Barisan Nasional.

Kebing Wan yang bertanding pada pilihanraya ke-9 sebagai calon Bebas hampir berjaya menewaskan YB Lihan Jok pada PRN Sarawak tahun 2006 dulu dan kini beliau sekali lagi akan mencuba nasib dan kali ini beliau bersama SNAP untuk merampas kerusi DUN Telang Usan daripada tangan Barisan Nasional.

Masih mempunyai pengaruh yang kuat terhadap masyarakat Orang Ulu di Baram terutamanya kaum Kayan, Kebing Wan dilihat mampu untuk memberi saingan yang paling sengit kepada Barisan Nasional nanti. Oleh itu untuk kedua-dua kerusi DUN ini diharap Jentera Pilihanraya BN dapat mempertingkatkan lagi cara berkempen mereka supaya BN tidak terlepas dua kerusi yang tidak kurang juga pentingnya kepada BN.

Tiada ulasan:

Arkib Blog