Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label PRN Sarawak 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRN Sarawak 2011. Papar semua catatan

Sabtu, Mei 07, 2011

Tembak menembak terus berlaku dalam Kabinet Bayangan Sarawak

Rasa tidak puas hati sesama mereka dalam Pakatan Pembangkang di Sarawak nampaknya tidak pernah redan malah semakin tegang pulak sama tegangnya dengan tali jam Omega yang hilang.

Bakal Ketua Menteri yang diwar-warkan oleh Pakatan Pembangkang dalam DAP, PKR dan PAS sebelum pilihanraya umum negeri Sarawak ke-10 lalu iaitu YB Baruk Bian sejak pengumuman Kabinet Bayangan mereka sudah beberapa kali melepaskan tembakan mengguna peluru getah ke kepala bakal Ketua Menteri Sarawak idaman DAP iaitu YB2X Ho Ho Leng.

Namun telah dibalas oleh YB2X Ho Ho Leng dengan tembakan menggunakan peluru hidup walaupun YB Baruk Bian cuba berselindung disebalik perisai "utap" buatan Orang Ulu namun peluru dapat juga menembusi dan terkena atas dahi bulat YB Baruk Bian.

Dari belakang perisai "utap" YB Baruk Bian menggelar YB2X Ho Ho Leng sama macam ketam batu dan dari depan perisai "utap" yang sama YB2X Ho Ho Leng pula kata YB Baruk Bian lagi teruk sama seperti ketam nipah.

YB2X Ho Ho Leng mempertikaikan kemampuan YB Baruk Bian untuk menjadi seorang Ketua Menteri, cepat lupa..belum lagi jadi Ketua Menteri Sarawak sudah cepat hilang ingatan. Pasal mesyuarat boleh lupa???

YB Baruk Bian tidak senang bila dikatakan cepat lupa walaupun memang dia adalah kacang yang lupakan kulit lalu YB Baruk Bian kata Kabinet Bayangan yang diilhamkan Pengerusi DAP Sarawak YB Wong Ho Leng atau lebih suka dipanggil YB2X Ho Ho Leng tidak mencerminkan kepelbagaian kaum dan tidak mencontohi kabinet BN Sarawak yang dianggotai oleh pemimpin dari semua kaum yang ada dalam negeri Sarawak.

Kesimpulannya YB Baruk Bian bermaksud yang Kabinet Bayangan Pakatan Sarawak sangat teruk jika dibandingkan dengan Kabinet Realiti BN Sarawak yang ternyata sangat bagus, lemak berkrim disukai ramai.

 Ini satu lagi Jeneral keluar dari pertapaan. "Pedih amai begulai enggau sida Pakatan Pembangkang tu" katanya...."maneh meh kita pancut aja ari PR nadai meh reti, nadai meri untung nama-nama ngagai SNAP" tambahnya lagi. Baru sedar yang SNAP dah awal-awal memang dah kena tipu oleh DAP dan PKR, lagi juga mahu makan sepinggan dan berkongsi minum dengan gelas yang sama.

Kalau rakyat Singapura sudah kata "Tak Tahan Lagi" dengan PAP bapa kepada DAP, apakah SNAP "Masih Tahan Lagi" dengan DAP?

Jumaat, Mei 06, 2011

Lebih 60% wilayah di Sarawak telahpun dikuasai oleh kaum Lim Kit Siang

60 peratus adalah anggaran saya, mungkin lebih lagi dari itu memang iya namun jika dikatakan peratusannya kurang dari itu belum tentu iya. Telah dikuasai maksud saya bukanlah bermakna tanah itu telah dimiliki oleh kaum Lim Kit Siang kerana ianya tetap akan masih menjadi milik kerajaan negeri Sarawak cuma mereka hanya diberi kuasa ke atas tanah itu.

Sebahagian besar tanah di Bumi Kenyalang ini telahpun diberi hak oleh kerajaan BN Sarawak kepada begitu banyak syarikat-syarikat untuk diusahakan bagi tujuan yang pelbagai seperti untuk kawasan pembalakan, perladangan, perkapalan, perkilangan, perindustrian, perumahan dan sebagainya.

Selain daripada kawasan di bandar yang hampir 100 peratus memang dikuasai oleh kaum Lim Kit Siang ini, kawasan hutan atau pendalaman seperti bekas kawasan pembalakan terus menerus dikuasai oleh kaum Lim Kit Siang ini dengan keizinan kerajaan negeri untuk dimajukan sebagai kawasan penanaman kelapa sawit ini memang jelas mana-mana kawasan di Sarawak tanpa mengira ianya dibandar maupun di luar bandar akan terus dikuasai oleh kaum Lim Kit Siang dan kaum Bumiputera hanya mampu menelan air liur sehingga ke akhir hayat mereka.

Keadaan seperti ini sebenarnya telah menyebabkan banyak penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan tanah yang diterokai oleh syarikat-syarikat yang mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri langkah atau laluan mereka menjadi terbatas kerana ada kawasan-kawasan yang sebelum ini yang biasa dilalui oleh penduduk-penduduk berkenaan sudah disekat dan jika terdapat mana-mana penduduk yang masih melalui jalan dalam kawasan yang telah diisytihar sebagai kawasan larangan maka penduduk itu pula akan dianggap sebagai penceroboh walhal mereka adalah penduduk asal dikawasan berkenaan.

Itulah yang saya sebut sebagai kuasa telah diberi kepada kaum Lim Kit Siang oleh kerajaan Sarawak. Mereka diberi kuasa untuk melarang atau menghalang mana-mana penduduk berhampiran masuk ke dalam kawasan tersebut. Inilah yang juga saya sudah nampak, belum lagi mendapat kuasa mutlak untuk memerintah Sarawak, kaum Lim Kit Siang ini sebenarnya sudahpun menguasai lebih separuh daripada wilyalah-wilayah di Sarawak berbanding dengan kaum Bumiputera.

Belum lagi menjadi sebuah kerajaan untuk memerintah negeri Sarawak namun dari segi penguasaan ekonomi dan penguasaan wilayah di Sarawak kaum Lim Kit Siang lah yang lebih jauh ke depan berbanding dengan kaum Bumiputera dan oleh kerana kelebihan yang ada pada kaum Lim Kit Siang inilah yang telah menjadi asas persetujuan kerajaan negeri dalam menyerahkan kawasan-kawasan tertentu dalam Sarawak untuk dibangunkan serta dikuasai oleh kaum Lim Kit Siang.

Saya cuma hendak membayangkan nasib rakyat daripada kaum Bumiputera di Sarawak ini dikemudian hari sekiranya DAP dan PKR menjadi sebuah kerajaan, apakah perkara yang telah berlaku terhadap rakyat kaum Bumiputera di Pulau Pinang dan Selangor akan berlaku pula di Negeri Sarawak? Kaum Bumiputera akan disisih, dibeza dan diketepikan dalam semua hal...

Isnin, Mac 21, 2011

2 DUN di utara Sarawak kurang selamat bagi Barisan Nasional

 N. 64 Pujut yang diwakili oleh YB Andy Chia Chu Fatt pada pilihan raya negeri kali ini mungkin agak sukar untuk BN mempertahankannya ataupun jika menang sekalipun majoriti yang menyokong adalah terlalu rendah.

DUN Pujut yang sebahagian besar daripada kawasannya berada didalam lingkungan Bandaraya Miri dan kebanyakan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, jalanraya serta infrasruktur lainnya bolehlah dikatakan sebagai sudah tidak menjadi satu masalah sangat kepada penduduknya. Mereka dikira sudah agak selesa dengan kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan berbanding dengan sesetengah rakyat di kawasan lain.

Majoriti pengundi di kawasan N. 64 Pujut adalah terdiri daripada kaum Cina dan selebihnya adalah mereka yang daripada kaum Bumiputera seperti Melayu, Melanau, Kedayan, Iban, Kayan, Kenyah, Kelabit serta Orang Ulu yang lainnya.

Masalahnya ialah apabila timbul isu harga barang naik seperti minyak masak, gula, bawang, beras, petrol, diesel dan sebagainya maka apabila ini telah dimainkan pihak pembangkang iaitu DAP yang akan bertanding disitu  sehingga menjadi satu isu besar pula kepada rakyat seolah-olah kerajaan tidak mampu untuk menanganinya.

Rakyat yang mudah dipengaruhi fikiran mereka dengan perkara-perkara yang mendesak seperti itu kebanyakkan akan cepat lupa kepada kebaikan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan untuk mereka selama ini sebaliknya mereka akan cepat menerima dan mempercayai sesuatu yang baru yang belum lagi pasti samada ianya benar ataupun tidak.
 Namun lain pula dengan DUN di N. 67 Telang Usan Baram yang diwakili oleh YB Encik Lihan Jok. YB ini walaupun kelihatannya sering dilihat turun ke kawasan namun ramai yang mengeluh dengan mutu perkhidmatan beliau yang dikatakan terlalu lemah sehingga ada yang mendakwa bahawa masalah-masalah yang sepatutnya boleh diselesaikan oleh beliau sendiri tanpa perlu campurtangan daripada pihak lain namun sayang sekali apabila semua itu tidak dapat dielakkan.

Lebih merumitkan lagi keadaan apabila berlaku penduduk di rumah panjang asal YB Lihan Jok sendiri di Long Bedian yang sepatutnya bersatu menyokong beliau kini dikatakan telah berpecah dua iaitu satu pihak adalah penyokong YB Lihan manakala yang satu lagi menentang beliau.
Lebih menyukarkan lagi Barisan Nasional untuk mempertahankan kerusi DUN Telang Usan sekiranya YB Lihan Jok masih dikekalkan di situ ialah dengan kemunculan semula bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib iaitu Encik Kebing Wan yang akan turut bertanding atas tiket SNAP menentang calon Barisan Nasional.

Kebing Wan yang bertanding pada pilihanraya ke-9 sebagai calon Bebas hampir berjaya menewaskan YB Lihan Jok pada PRN Sarawak tahun 2006 dulu dan kini beliau sekali lagi akan mencuba nasib dan kali ini beliau bersama SNAP untuk merampas kerusi DUN Telang Usan daripada tangan Barisan Nasional.

Masih mempunyai pengaruh yang kuat terhadap masyarakat Orang Ulu di Baram terutamanya kaum Kayan, Kebing Wan dilihat mampu untuk memberi saingan yang paling sengit kepada Barisan Nasional nanti. Oleh itu untuk kedua-dua kerusi DUN ini diharap Jentera Pilihanraya BN dapat mempertingkatkan lagi cara berkempen mereka supaya BN tidak terlepas dua kerusi yang tidak kurang juga pentingnya kepada BN.

Arkib Blog