Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Mac 22, 2011

Bakal KM Sarawak dari Wilayah SCORE >>>

Beliau pernah mengurus penerbangan pesawat untuk membawa balik kes melibatkan kes seorang penuntut Sarawak yang meninggalkan dunia di Australia setelah pihak Kementerian Pendidikan Tinggi menghadapi berbagai masalah dengan pihak kerajaan Australia bagi membawa pulang jenazah ke kampung halamannya yang terletak dipesisiran pantai kawasan tengah Sarawak.

Maka dengan campur tangan pemimpin ini segala urusan ke atas jenazah pelajar berkenaan telah menjadi mudah apabila beliau yang memang mempunyai rakan kenalan di negara kanggaroo itu telah berjaya membantu keluarga terbabit untuk membawa balik jenazah anak mereka dengan segera.

Pehin Sri Taib Mahmud melihat betapa pentingnya konsep pembangunan Koridor Wilayah untuk Sarawak atau SCORE yang telah dilancarkan oleh Perdana Meneri ketika itu YABhg Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 11 February 2008 diteruskan walaupun satu masa nanti beliau sudah bersara.

SCORE yang berteraskan kepada berbagai sumber tenaga yang banyak terdapat di Wilayah Tengah negeri Sarawak seperti kuasa hidro (28,000 megawatt), arang batu (1.46 billion tan) dan gas asli (40.9 trillion kaki padu persegi) harus diberi fokus utama oleh bakal pengganti beliau kelak bagi memacu pertumbuhan ekonomi negeri ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Ada 10 jenis industri utama daripada 67 jenis industri yang telah dikenalpasti untuk ditawarkan kepada pelabur tempatan dan juga pelabur asing dalam Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak atau SCORE ini iaitu (1) Industri berasaskan minyak, (2) Industri aluminium, (3) Industri berasaskan logam termasuk besi, logam dan zink, (4) Industri berasaskan kaca, (5) Industri pelancongan, (6) Industri berasaskan minyak kelapa sawit, (7) Industri berasaskan kayu termasuk kertas dan palpa, (8) Industri perternakan, (9) Industri perikanan dan akuakultur dan (10) Industri kejuruteraan marin seperti pembinaan kapal dan pembinaan pelantar minyak.

Kesemua 10 industri utama akan dipromosi dan dibangunkan secara meluas menerusi penyertaan yang lebih menyeluruh dari sektor swasta. Pembangunan 10 industri utama dan aktiviti hiliran yang berkaitan akan menjadi pemangkin utama pembangunan industri dikawasan Koridor.

Dan untuk tidak mahu melihat Koridor ini gagal diseparuh jalan maka besar kemungkinan pilihan Pehin Sri Taib untuk menggantikan tempat beliau adalah lebih terarah kepada mereka yang memang mempunyai kedudukan penting di dalam Wilayah Koridor itu sendiri bagi memastikan semua yang telah digariskan dibawah SCORE akan menjadi kenyataan pada tahun 2030 kelak.

Tiada ulasan:

Arkib Blog