Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Januari 28, 2013

Apahal Tok Guru PAS sambut Maulud di rumah Karpal Singh ?

Lihatlah kepada objek-objek yang terdapat di dalam rumah kediaman Pengerusi DAP Kebangsaan YB Karpal Singh tempat di mana Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut ulang tahun hari kelahiran beliau yang ke-82 tahun.

Salah satu objek yang jelas kelihatan di belakang Karpal Singh iaitu yang terletak di atas meja sebelah kiri adalah sebuah patung yang menyerupai dewa tertentu mengikut kepercayaan para penganut agama Hindu.

Berikutan peristiwa tersebut, hanya satu soalan yang ingin dilontarkan...apakah hukumnya bagi seseorang yang beragama Islam yang meraikan harijadi beliau di dalam rumah orang bukan Islam yang mana di dalam rumah berkenaan terdapat berbagai jenis benda atau objek yang menyerupai makhluk dan adakah perbuatan tersebut boleh mendatangkan syirik kepada orang Islam sekiranya benar mereka melakukannya?

Jumaat, Januari 25, 2013

Bakar Injil: kenyataan Tok Him telah disalah-ertikan !

Saya tetap yakin bahawa kenyataan Presiden Perkasa YB Datuk Ibrahim Ali yang didakwa mengancam mahu membakar Injil berbahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah sengaja diselewengkan hingga menimbulkan rasa salah faham di kalangan sesetengah orang-orang Kristian di negara ini.

Tetapi dalam isu ini orang-orang Kristian di negara ini hendaknya mengambil sikap bertenang dan tidak usahlah terburu-buru apabila menerima atau disorong dengan berita-berita yang tidak dikenalpasti sumbernya dan tidak perlulah bertindak balas kerana untuk mendapat kepastian haruslah mendengar dari kedua-dua pihak dan tidak hanya mendengar dari sebelah pihak saja.

YB Datuk Ibrahim Ali semalam telahpun menjelaskan bahawa beliau tidak pernah berkata untuk melakukan perkara sedemikian tetapi malangnya kenyataan beliau terlebih dahulu telah diputar belit oleh pihak tertentu dan disamping itu Datuk Ibrahim Ali juga menjelaskan bahawa maksud beliau ialah hanya merujuk kepada Injil yang diedarkan seperti yang berlaku di SMK Jelutong Pulau Pinang baru-baru ini sekira benar ianya mengandungi kalimah Allah dan bukannya Injil yang digunakan oleh para penganut agama Kristian di Malaysia.

Harap umat Kristian di negara ini faham dengan penjelasan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas itu dan sebagai seorang wakil rakyat yang berpengalaman seperti beliau kita perlu sedar tentu amat mustahil sekali bagi orang yang berusia seperti Datuk Ibrahim Ali boleh mengajak dilakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan prinsip beliau selaku seorang Ahli Parlimen apatah lagi mewakili kawasan Parlmen yang rakyatnya terdiri daripada mereka yang berbagai bangsa dan agama.

Sebagai orang Kristian saya berharap sangat supaya isu ini dapat diselesaikan dengan segera secara muktamad dan tak perlu diperpangkan lagi dan juga berharap pihak kerajaan agar bertegas terhadap mana-mana individu tanpa mengira apa jua latar belakang mereka yang cuba terus memainkan isu ini, ambil tindakan tegas dan dakwa mereka di mahkamah kerna jika dibiarkan seperti sekarang perbuatan tidak bertanggungjawab seperti itu hanya akan merosakkan perpaduan rakyat di negara ini.

Isnin, Januari 21, 2013

PAS dalam dilema, ditelan pahit dibuang sayang!!

Tekanan yang sedang dihadapi oleh para pemimpin tertinggi PAS daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Mursyidul Am sehinggalah kepada para Ulamak sungguh hebat sekali. Dalam waktu mereka berpura-pura mempertahankan kalimah Allah agar dilihat seperti benarlah mereka sebuah parti yang mendokong perjuangan Islam namun pada saat yang sama mereka juga terpaksa menerima desakan dan tekanan dari rakan sekutu dalam Pakatan Haram iaitu DAP yang mahu PAS mengkaji semula keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura pada 13 Januari lalu berkenaan dengan isu kalimah Allah.

Pemimpin DAP yang rata-rata bukan beragama Kristian seperti Karpal Singh yang beragama Hindu, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang beragama Buddha, Prof Dr P. Ramasamy juga beragama Hindu namun begitu terlalu berlagak mahu dilihat sebagai hero di kalangan masyarakat Kristian apabila cuba tampil mempertahankan kalimah Allah yang terdapat di dalam Kitab Injil atau Bible. Akibat terima tekanan daripada Karpal Singh berhubung dengan isu berkenaan Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang dan Datuk Nik Aziz gagal membuka mulut malah terus diam membisu dan membiarkan pemimpin lain keluar bersuara.

Ahad, Januari 20, 2013

Empangan Bakun membebaskan Sibu dari masalah banjir besar..

Dengan siapnya projek mega kerajaan iaitu Empangan Hydroelektrik Bakun yang terletak di Balui dalam Bahagian Bintulu di Sarawak sekurang-kurangnya telah menyelamatkan Bandar Sibu khususnya dan kawasan-kawasan rendah yang berdekatan amya dari masalah banjir besar yang sebelum ini saban tahun sering melanda bahagian tersebut terutamanya pada musim tengkujuh.

Projek Hydro Bakun pada peringkat awal cadangan dan dalam peringkat pelaksanaannya telah mendapat berbagai bantahan daripada penduduk setempat serta tentangan hebat daripada pihak pembangkang yang mendakwa kononnya projek berkenaan akan mendatangkan bencana alam yang sangat teruk sekiranya empangan tersebut pecah dan  mengakibatkan banyak penempatan penduduk di bahagian hilir projek berkenaan seperti Bintulu, Kanowit dan Sibu menerima risiko ditenggelami air deras apabila empangan berkenaan runtuh dan akan mengancam kehidupan penduduk yang terlibat.

Walaubagaimanapun kini Empangan Bakun yang telah siap sedia untuk beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun ini tidaklah sepertimana yang dituduh oleh pihak Pakatan Pembangkang selama ini malahan projek Bakun Hydroelektrik mulai dilihat sebagai penyelamat kepada keadaan terutama ketika masalah banjir besar yang seringkali melanda bandar Sibu pada setiap kali tiba musim hujan namun semenjak Empangan Bakun mula melakukan kerja-kerja penakungan air pada 13 Oktober 2011 dan kemudiannya melakukan pelepasan air secara berterusan mengikut jadual iaitu dalam jumlah 500m air bagi setiap kali operasi untuk membolehkan kenderaan air seperti bot ekspress bergerak, maka penduduk Sibu boleh melihat perkembangan berbeza kesan dari projek empangan tersebut apabila tiada berlaku sebarang banjir besar berlaku di Sibu sepanjang tahun 2012 yang lalu.

Sabtu, Januari 19, 2013

Nik Abd Aziz calon terbaru PAS untuk PM Malaysia

Para penyokong PAS sudah jelas tidak lagi yakin kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim untuk dilantik ke jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia sekiranya DAP, PKR dan PAS berjaya membentuk kerajaan pada PRU13 kelak.

Jika sebelum ini mereka begitu bersungguh-sungguh mencadangkan kepada pihak Pakatan Haram itu supaya Presiden PAS Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang diberi kepercayaan untuk menerajui kerajaan jika ketiga-tiga parti itu ditakdirkan menang dan menawan Putrajaya daripada kerajaan Barisan Nasional.

Tetapi malangnya, belum apa-apa lagi para penyokong PAS sudahpun mengubah pendirian awal mereka yang sebelum ini mahukan Datuk Seri Hadi namun kali ini mereka mahu agar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat pula dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia seandainya Pakatan Haram itu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Inilah dilema yang sedang dihidapi oleh para penyokong PAS mahupun PKR ataupun DAP, mereka kini benar-benar berada di dalam situasi yang sungguh mengelirukan, jiwa kacau, pikiran terganggu kerana tidak tahu siapa lagi antara pemimpin tertinggi di dalam parti mereka yang layak untuk diberi kepercayaan menjadi seorang Perdana Menteri Malaysia.

Kasihan dengan para penyokong PAS dan PKR kerana terpaksa berkongsi rasa serba salah sesama mereka akibat krisis kepimpinan dalam Pakatan Haram pembangkang yang sentiasa tidak pernah menemui kata putus tentang siapa sebenarnya yang paling layak menjadi Perdana Menteri andaikata nasib menyebelahi mereka pada pilihan raya itu nanti.

Jumaat, Januari 18, 2013

10 tahun kerajaan Sarawak leka dan lalai..

Saya ingin mengangkat satu berita yang dimuatkan dalam akhbar arus perdana negeri Sarawak hari ini di sini yang menyiarkan keluhan serta harapan daripada salah seorang anggota kabinet kerajaan Barisan Nasional negeri Sarawak tentang isu kemalapan industri pelancongan di Bumi Kenyalang.

Beliau adalah YB Datuk Lee Kim Shin daripada parti SUPP. Harapan beliau ialah mahu agar kerajaan pusat memberi perhatian serius kepada kerajaan Sarawak dalam membangunkan industri pelancongannya dan tidak hanya mengutamakan negeri Sabah semata-mata.

Sepatutnya kerajaan Sarawak lebih awal menyedari perkara ini sebaik saja pengunduran YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dari jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana hakikat yang perlu diketahui bahawa pelancongan negeri banyak dibantu oleh kepimpinan Tun Dr Mahathir ketika itu, beliau banyak berusaha untuk memperkenalkan Sarawak di mata dunia.

Namun sesudah beliau bersara nyata sekali industri pelancongan negeri juga turut menjadi muram dan seakan-akan sudah hilang punca sehingga tumpuan pelancong luar mula beralih dan secara beransur-ansur bertumpu ke negeri Sabah dan ini merupakan satu tamparan kepada para pengusaha pelancongan di Sarawak.

Malah yang lebih malang apabila terdapat beberapa produk pelancongan negeri Sarawak secara senyap-senyap seperti cuba untuk diperkenalkan oleh pihak tertentu di Sabah sebagai budaya negeri mereka tanpa sebarang respon dari para pemimpin di negeri ini.

Isnin, Januari 14, 2013

Majlis Syura Ulama: kenapa mereka semua lari keluar ikut pintu belakang?

Menarik untuk diulas dengan panjang lebar sikap ahli-ahli Majlis Syura Ulama PAS yang enggan ditemuramah oleh para wartawan sebaik selesai bermesyuarat pada malam Ahad 13 Januari 2013 semalam sebagaimana yang telah dilaporkan oleh blog Media Wangsa Maju yang dianggotai B.I.S, KLboyz, Suara Lensa, BN4MW, U.G, Malay Delima, Papa Gomo, Gelombang Wangs Maju, Gelombang Rakyat dan Badut Rakyat

Kita berasa hairan dan merasa sangat pelik, apa benda yang sangat ditakuti oleh mereka iaitu ahli-ahli Majlis Syura dan badan Tertinggi PAS sehinggakan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz dan timbalan beliau Datuk Dr Haron Din terpaksa keluar ikut pintu belakang bangunan, ya..lagak bagai seorang pesalah yang takut berdepan dengan pihak berkuasa.

Mereka berbincang dan memanggil mesyuarat pada malam tersebut adalah atas perkara yang sangat penting bagi umat Islam iaitu untuk mencapai kata putus berhubung dengan penggunaan Kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini samada hendak membenarkannya ataupun tidak.

Mesyuarat dilaporkan berlangsung selama dua jam yang bermula jam 9 malam dan maknanya mesyuarat berakhir pada jam 11 malam dan diluar tempat mesyuarat ramai para wartawan menuggu sidang media untuk merekod kenyataan oleh pemimpin Ulamak PAS.

Malangnya tiada sebarang kenyataan akhbar yang dibuat oleh pemimpin Ulama PAS selepas itu kerana kesemuanya sudah lari keluar dari bangunan yang terletak di Jalan Raja Laut Kuala Lumpur secara sembunyi-sembunyi dan sudah tentu yang sangat kecewa dengan tindakan pengecut pemimpin Ulama PAS itu adalah golongan wartawan yang telah banyak membuang masa menunggu untuk kenyataan rasmi daripada Datuk Nik Aziz mahupun Dr Haron Din mengenai mesyuarat berkenaan.

Walaupun hanya mendapat salinan kenyataan akbar yang diedar mengenai keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulama dan badan Tertinggi PAS yang dikatakan telah tidak membenarkan Kalimah Allah untuk digunakan oleh orang bukan Islam tetapi persoalannya disini ialah adakah mencukupi kenyataan yang bukannya keluar dari mulut Datuk Nik Aziz ataupun Dr Haron Din boleh menjaminkan keputusan itu akan kekal sekiranya kepimpinan dua sekutu PAS iaitu DAP dan PKR bersuara serta menuntut penjelasan daripada PAS tentang keputusan mesyuarat Majlis Syura itu.

Apa yang kita pikirkan sekiranya Datuk Nik Aziz terpaksa menjawab kebimbangan DAP mengenai keputusan Majlis Syura kalau mengikut kenyataan akhbar yang ditandatangani oleh Mursyidul Am PAS dan timbalannya yang menolak orang bukan Islam daripada menggunakan kalimah berkenaan adakah kita fikir Datuk Aziz mengakuinya ataupun seperti biasa beliau menafikannya dengan menuduh kenyataan beliau telah diputar belit oleh pihak tertentu dan meminta DAP usah percaya?

Saya fikir dalam isu ini Menteri Besar Kelantan itu telah memilih jalan selamat bagi dirinya sendiri biarpun terpaksa bertindak seperti seorang pengecut kerana lari dari bertemu para wartawan dan hanya menyerahkan kepada wartawan sendiri untuk membuat tafsiran tentang keputusan mesyuarat yang baru saja selesai dan sikap yang enggan menyatakan kebenaran dihadapan umum langsung tidak menggambar sikap pejuang agama yang harus berani dalam apa juga keadaan.

Ahad, Januari 13, 2013

Himpunan Shamsidar target lari jaaauuuhhh!!!

Semalam pelaburan jangka panjang pihak Yahudi di negara ini nampaknya rugi besar, mereka mengharapkan petanda yang baik datang dari Perhimpunan Shamsidar yang dianjurkan oleh Pakatan Pembangkang DAP, PKR dan PAS namun segalanya hancur musnah akhirnya apabila target mula kedatangan para penyokong adalah sejuta orang dan sekurang-kurangnya seratus ribu orang tetapi malangnya sebaik selepas perhimpunan selesai dilaporkan cuma lebih 45 ribu orang saja yang hadir memberi sokongan setelah melalui proses kira tolak, campur dan darab.

Pada perhimpunan semalam saja, kita tidak dapat menjangka berapa besar jumlah wang yang digunakan oleh pihak Pakatan DAP, PKR dan PAS untuk menganjurkan perhimpunan tersebut, dari dana asing yang mana satu, adakah IMF, adakah Amerika Syarikat, adakah Israel dan lain-lain lagi yang mahu melihat Malaysia jatuh ke tangan para pengkhianat negara seperti pemimpin gelojoh dan gila kuasa seperti yang ada dalam PR itu.

Tentunya pihak asing yang iri hati dengan kemakmuran Malaysia akan sentiasa sanggup menunaikan kemahuan pihak PR ini dengan syarat mereka tidak berputus asa dari terus menimbulkan keadaan yang huru hara di dalam negara sehingga kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat tumbang dan jatuh ke dalam tangan mereka. Pihak asing pastinya tidak teragak-agak untuk memberi modal awal kepada PR untuk tujuan itu kerana percaya sekiranya Kerajaan BN jatuh maka mereka juga tentu sekali akan dapat habuan yang lebih besar daripada kejayaan PR yang merampas kuasa secara paksa.

Apa-apapun petanda awal dari perhimpunan semalam sudahpun meresah semua pihak di dalam PR mahupun pihak-pihak yang pernah dan telah menaja kerja gila mereka selama ini. Petanda kehancuran pakatan mereka juga sudah semakin jelas dan rakyat sudah semakin ramai yang sedar cara politik yang dibawa oleh oleh Pakatan Pembangkang merupakan politik yang bermutu rendah sekali dan tidak akan mampu membawa negara ini ke arah yang lebih baik malah jika tersilap langkah boleh menjerumus Malaysia ke arah kehancuran.

Sabtu, Januari 12, 2013

Gugurkan kalimah Allah dalam Injil dan gantikan dengan 'Ilah' ataupun 'Elohim"

Sudah tiba rasanya masa untuk pemimpin-pemimpin Kristian di Malaysia untuk membuat keputusan sendiri berhubung penggunaan kalimah Allah yang sekian lama digunapakai dalam kitab Injil berbahasa Indonesia namun ianya tetap juga diguna sehingga ke hari ini oleh para penganut agama Kristian daripada kaum Bumiputera khususnya di Malaysia Timur.

Saya cuma ingin sekali berkongsi pandangan mengenai perkara ini dan bagi saya adalah lebih baik mengemukakan cadangan daripada memberi kenyataan-kenyataan yang akhirnya hanya membangkitkan rasa kurang senang di antara kedua-dua pihak yang sehingga kini sering bertelagah dan bercakaran mengenai hak ke atas Kalimah Allah itu.

Secara ringkasnya saya tujukan saja kepada pihak sebelah saya sendiri iaitu pihak Kristian. Apa kata buat saja cetakan baru untuk versi baru kitab Injil untuk kegunaan Gereja-gereja seluruh Malaysia dengan menukar setiap mana-mana perkataan "Allah" di dalamnya sebagaimana versi sebelum ini kepada perkataan "Elohim" ataupun "Ilah.

Saya dapat beberapa bukti bahawa kalimah Allah itu memang bukan satu perkataan yang asal dalam kitab Injil lama dan contoh yang boleh dijadikan fakta ialah antaranya ialah Injil Yohannes 1:1 In the beginning was the Word, and the Word was with Elohim, and the Word was Elohim (Pada mulanya adalah Firman, Firman itu bersama-sama dengan Elohim dan Firman itu adalah Elohim), namun dalam Injil berbahasa Indonesia ianya telah ditukar berbunyi seperti ini "Pada mulanya adalah Firman, Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah."

Apa-apapun untuk rujukan fakta hal yang berkaitan boleh juga dibuat di sini dan lihat juga pengakuan terbaru seorang Paderi Kristian dari Indonesia tentang perkara yang sama iaitu apabila turut bersetuju akan hakikat bahawa kalimah Allah hanya untuk Islam di sini

Bersama-samalah kita berfikir secara waras bagaimana agar keamanan serta perpaduan di kalangan masyarakat majmuk di negara dapat terus dipelihara dan tidak rosak hanya kerana beberapa perkara yang pada dasarnya boleh diselesaikan secara bermuafakat antara dua kumpulan berbeza tanpa perlu menimbulkan bermacam-macam isu sampingan yang tidak sepatutnya.

Jumaat, Januari 11, 2013

Akhir zaman: Yesus datang ke dunia sebagai seorang Islam!

"Maaf terlebih dahulu dipinta daripada saudara-saudara Kristian semua kiranya tersinggung dengan artikel yang ditulis kali ini namun atas rasa ingin tahu dan mahu mencari kebenaran tentang ketuhanan Nabi Isa a.s. atau Yesus Kristus maka saya sebagai umat Kristian juga berhak untuk mengetahuinya biar dari sumber mana sekalipun" - Anak Merdeka.

Sebelum itu sama-sama kita rujuk di sini untuk tahu lebih lanjut kisah tentang kedatangan Yesus ke dunia sebelum Hari Kiamat.

Hal pertama yang akan dilakukan Nabi Isa a.s. atau Yesus setelah turun dari langit adalah menunaikan solat sebagaimana yang dijelaskan hadis-hadis. Nabi Isa a.s. akan menjadi makmum dalam solat yang diimamkan oleh Imam Mahdi.

Adapun lokasi turunnya Nabi Isa a.s. dijelaskan oleh Rasullah SAW dalam sebuah hadis berikut: "Isa ibn Maryam akan turun di Menara Putih (Al Manaratul Baidha) di Timur Damsyik," [HR Thabrani dari Aus bin Aus]

Kedatangan Nabi Isa a.s. akan didahului keadaan dunia yang dipenuhi kezaliman, kesengsaraan dan peperangan besar yang melibatkan seluruh penduduk dunia. Setelah itu kemunculan Imam Mahdi yang akan menyelamatkan kaum Muslimin, kemudian kemunculan Dajjal yang akan berusaha membunuh Imam Mahdi. Setelah Dajjal menyebarkan fitnahnya selama 40 hari, maka Nabi Isa a.s. akan diturunkan dari langit untuk menumpaskan Dajjal.

Turunnya Nabi Isa a.s. ke Bumi mempunyai misi menyelamatkan manusia dari fitnah Dajjal dan membersihkan segala penyimpangan agama, Baginda akan berkerjasama dengan Imam Mahdi membenteras semua musuh-musuh Allah.

Salah satu tugas Nabi Isa a.s. setelah membunuh Dajjal adalah menyelamatkan umat manusia dari fitnah Yajuj dan Majuj (Gog dan Magog - edisi Injil) 

Nabi Isa a.s. akan menunaikan Ibadah Haji : "Demi Dzat yang diriku ditanganya, sesungguhnya Ibn Maryam akan mengucap tahlil dengan berjalan kaki untuk melaksanakan haji atau umrah atau kedua-duanya dengan serentak. [HR Ahmad & Muslim dari Abi Hurairah]

Nabi Isa a.s. akan wafat sebelum dunia kiamat : Janji Allah pasti akan berlaku pada semua umatnya, semua yang bernyawa pasti akan mati, begitu juga Nabi Isa a.s.

Setelah menjadi pemimpin yang adil di akhir zaman, Allah SWT akan mewafatkan Nabi Isa a.s. Hanya Allah SWT saja yang tahu bila dan dimana Nabi Isa a.s. akan diwafatkan. Setelah wafatnya Nabi Isa a.s. dunia akan mengalami kiamat.

Khamis, Januari 03, 2013

Lepas ni Datuk Nik Aziz setuju dengan Karpal Singh pulak.. tunggu & lihat sajalah!!

Lanjutan kesediaan Presiden PAS Datuk Seri Hj Hadi Awang untuk menjelaskan segala isu yang berbangkit berpunca dari amanat beliau yang mengkafirkan orang-orang UMNO pada tahun 1981 jika diberi ruang satu jam untuk muncul di dalam media elektronik milik kerajaan iaitu rtm tv1 mahupun tv2 ataupun tv swasta tv3 telah mendapat sokongan kuat daripada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat tambahan pula setelah Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim menyatakan persetujuan bagi pihak kementeriannya berhubung dengan hasrat Hj Hadi itu. Tetapi bagaimana pula nanti sekiranya sekutu mereka dalam PR seperti  Karpal Singh, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng membantah dan menentang cadangan itu? ..apakah Datuk Nik Aziz akan menarik balik sokongan beliau dan bersekongkol semula dengan DAP lalu menuding jari kembali kepada UMNO dan BN? Untuk rekod, Menteri Besar Kelantan itu bukanlah seorang pemimpin yang pernah berpegang kepada apa yang beliau perkatakan kerana suka bertukar pendirian apabila sudah terperangkap di dalam sesuatu keadaan.

Isnin, Disember 31, 2012

Hadi ke RTM & TV3 wajar bawa sekali C N Afghan, Hassan Ali & Ust Nasha !

Pihak tv samada RTM mahupun TV3 perlu menyambut baik hasrat Presiden PAS DS Hadi Awang yang mahu menjelaskan tentang Amanat Hadi yang telah membawa begitu banyak perpecahan dikalangan orang-orang Melayu dan Islam di negara ini jika ltulah sebagai syarat beliau mahu menerangkan isu yang sekian lama memudaratkan perpaduan dalam masyarakat Melayu. Namun pihak tv juga perlu letak syarat ke atas Hadi sekiranya mahu muncul di kaca tv harus bawa sekali beberapa orang mantan pemimpin atau ahli PAS seperti Datuk Dr Hassan Ali, C N Afghan ataupun mantan Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa ini bagi mengelak Hadi dari memutarbelitkan kenyataan yang beliau buat pada tahun 1981 lalu.

Jumaat, Disember 28, 2012

Gerakan mencari DS Hadi dilancarkan dan disertai Datuk Nik Aziz !

Kehilangan Presiden PAS Datuk Seri Haji Abd Hadi Awang sejak beberapa minggu yang lalu semakin merisaukan orang-orang PAS malahan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan terpaksa meninggalkan pejabat Menteri Besar di Kota Bharu untuk bersama-sama dengan pasukan mencari dan menyelamat yang baru ditubuh bagi mengesan di mana kedudukan terkini DS Hadi.

Walaupun bergerak di dalam keadaan yang masih dilanda banjir besar namun tidak pernah mematahkan semangat Datuk Nik Aziz untuk terus bersama-sama dengan yang lain mencari DS Hadi dengan harapan akan ditemui. Dengan wajah yang kelihatan sedih dan sugul, Datuk Nik Aziz tetap menggagahkan diri menaiki bot dan terpaksa dilindungi dengan payung bagi mengelak serban yang dipakai beliau basah terkena air hujan.

Ramai rakyat yang keliru sebenarnya, mereka ingat Datuk Nik Aziz turun padang untuk berjumpa rakyat yang menjadi mangsa banjir tetapi sebenarnya beliau turun untuk mencari DS Hadi yang tidak pulang-pulang selepas isu Amanat Hadi dan isu Tabung Memali kembali meletup dan kembali menjadi isu politik..

Ayuh! buka warung makanan segera di lokasi orang mogok lapar!!

Sumber gambar ini dari blog rakan Cucu Tok Selampit aka KRO dan ayuh ! anda yang tinggal berdekatan dengan kawasan mereka-mereka yang tengah buat mogok lapar 100 hari ini berpakatlah buka warung makanan berbagai jenis yang sedap-sedap seperti burger ke, sate bakar ke, panggang sayap ayam ke, air buah-buahan yang sejuk dan sedap, roti canai dan apa saja asalkan makanan yang sedap-sedap.

Dan lihatlah, adakah mereka bertahan lapar dengan dikelilingi bau-bau makanan yang berbau wangi sedap serta menyelerakan....pasti ada yang tak tertahan kan...pergi cari mesin ATM berdekatan cucuk kad atm ambik duit untuk beli makanan kerna tak tahan lapar hehehe..

Ok kawan-kawan..inilah masa nak dapat duit lebih :))

Khamis, Disember 27, 2012

Hadi & Karpal terus dihantui kenangan silam !

Nampaknya YB Karpal Singh dan juga YB DS Hadi Awang tidak dapat lari dari terus diburu oleh para pengamal media yang pastinya muncul dengan seribu satu macam soalan tentang Amanat Hadi, Tabung Memali dan juga tentang hansard Parlimen 1997.

Sejauh manapun kedua-dua mereka lari bersembunyi pasti ada waktunya nanti mereka tidak dapat untuk mengelak dari memberi jawapan kepada berbagai persoalan yang timbul berikutan isu-isu lama itu yang kini telahpun timbul semula.

Cuma yang nyata kini ekoran kebangkitan semula kedua-dua isu Amanat Hadi, Tabung Memali dan hansard Parlimen 1997 telah memberi kesan yang sangat buruk kepada perjalanan politik kedua-dua pemimpin berkenaan apabila mereka kini seakan-akan sudah terperangkap di dalam permainan politik yang dicipta sendiri.

DS Hadi Awang yang pernah mengeluarkan fatwa mengkafirkan orang-orang UMNO pada tahun 1981 iaitu lebih kurang 31 tahun yang lalu kini terpaksa pula berdepan dengan bekas-bekas ahli PAS sendiri yang mahu beliau menarik balik kenyataannya sepertimana yang terkandung di dalam amanat tersebut setelah menyedari mereka tertipu dan mahu beliau meminta maaf daripada orang Melayu dan msayarakat Islam di negara ini.

Demikian juga dengan Karpal Singh yang sebelum ini begitu beriya-iya sekali mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan haram Pembangkang menang besar pada PRU13 nanti dan keputusan Karpal yang lebih cenderung memilih Anwar berbanding DS Hadi Awang sebagai Perdana Menteri adalah amat bertentangan sekali dengan pandangan beliau sendiri pada tahun 1997 dulu yang bermati-matian mahu kerajaan memecat Anwar dari jawatannya yang ketika itu sebagai Timbalan Perdana Menteri atas alasan Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana memiliki tahap moral yang sangat rendah setelah terlibat dalam kegiatan salahguna kuasa dan juga seks bebas.

Karpal lari bersama Hj Hadi ! ..lari dari kebenaran !!

Karpal Singh dan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, dua nama besar juga dalam dunia politik di Malaysia. Datang dari dua buah parti politik yang berbeza fahaman atau ideologinya sehingga sekarang namun demi kuasa sanggup berpakat untuk berjuang bersama walaupun seringkali bertengkar dalam banyak perkara.

Sebagaimana Presiden PAS Datuk Seri Hadi, Karpal Singh juga ada hutang besar kepada seluruh rakyat Malaysia yang perlu beliau bayar sebelum berlangsungnya PRU-13 nanti. Jika DS Hadi dengan isu Amanat Hadi yang perlu ditarik balik manakala Karpal Singh juga tidak kurang hebatnya apabila ada sejarah silam dalam Parlimen Malaysia dengan ucapan penuh kontroversinya seperti yang terkandung di dalam hansard Parlimen 1997 yang mengkehendaki beliau kini menjelaskannya secara terbuka di hadapan seluruh rakyat Malaysia.

Semakin banyak desakan ke atas kedua-dua pemimpin ini agar melakukan sesuatu terhadap dua perkara yang pernah mereka buat seketika dulu di mana kedua-dua perbuatan keduanya ternyata sekali telah menjejas reputasi pihak lain, menjejas kehidupan begitu ramai orang sehingga ada yang membawa maut kepada para pengikut mereka dan satu perkara yang tidak mungkin mudah dilupa apabila perbuatan Karpal Singh yang menimbulkan isu moral Anwar Ibrahim ketika persidangan Dewan Parlimen berlangsung dalam tahun 1997 dulu sehingga membawa kepada kejatuhan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dari jawatannya.

Rabu, Disember 26, 2012

Gemparrrr!!! Sofea Putih & Ali Akhbar dalam aksi telanjang !

Seorang model, Sofea Putih telah menggemparkan negara apabila tampil bersama pasangan beliau Ali Akhbar bergambar dalam keadaan kedua-duanya bertelanjang bulat dan tidak memakai sebarang pakaian untuk menutup tubuh badan.

Wajarkah perkara seperti ini dibiarkan terus berlaku tanpa sebarang tindakan yang sepatutnya daripada pihak yang berwajib? Apa yang lebih memeranjatkan ialah kedua-dua mereka jika berpandukan kepada nama keduanya beragama Islam dan sudah tentulah kes ini di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam.

Maklumat ringkas, Sofea Putih adalah merupakan bekas pelajar SBP di Pahang dan beliau kini adalah penuntut di UiTM Puncak Alam Selangor. Seruan kepada pihak yang berwajib, bertindaklah segera sebelum perbuatan hina seperti ini berkembang menjadi ikutan mereka yang lain sehingga boleh mencemar nama baik negara kita.

'Trade in' tanah dengan jawatan Menteri Besar cara Zionis!

Urusan pertukaran jualbeli atau lebih mudah disebut sebagai "trade in" oleh sesetengah orang yang biasanya sebelum ini hanya melibatkan harta benda seperti kereta, tv, peti ais mahupun rumah dan sebagainya kini sudahpun memasuki era baru apabila kerajaan PAS Kelantan dikatakan sanggup melakukannya bersama DAP dengan menukar status tanah di negeri tersebut dengan jawatan Menteri Besar Perak.

Untuk mendapatkan jawatan Menteri Besar selepas Pakatan Pembangkang menang pada PRU12 di Perak maka PAS kena berkrompomi dengan DAP dan parti Islam SeMalaysia itu perlu melakukan sesuatu agar jawatan Menteri Besar Perak diberikan kepada mereka. Mahu tidak mahu PAS terpaksa cari tanah di negeri Kelantan untuk diberikan kepada DAP sebagai pertukaran lalu tanah yang terletak di dalam Parlimen Gua Musang dipilih dan diserahkan kepada DAP dan jawatan Menteri Besar di Perak menjadi milik PAS.

Wahhh!!! macam stail Zionis juga mereka ni kalau bab-bab untuk mendapat kuasa..sanggup membelakangkan rakyat dan Sultan Kelantan...buat sesuka hati mereka saja ke atas tanah yang sepatutnya mereka jaga dan pelihara... begitulah gambaran awal kepada pemerintahan PR ini jika mereka menjadi kerajaan pusat kelak..mereka akan sanggup serahkan mana-mana tanah yang ada dalam Malaysia kepada kuasa asing demi kuasa terus memerintah negara tanpa perlu lagi melalui proses demokrasi pilihanraya seperti kelazimannya...

Selasa, Disember 25, 2012

Abby Abadi sudah mencapai status Ulama !

Tanpa perlu terlebih dahulu belajar mahupun mendalami ajaran agama Islam di mana-manapun sekolah pondok, tidak perlu juga menuntut ilmu sehingga ke Universiti Al-Azhar di Mesir kini bekas penyanyi, bekas pelakon drama tv dan juga bekas isteri kepada Norman Hakim iaitu Abby Abadi seakan-akan telah diangkat oleh para pengikut PAS seluruh negara umpama seorang Ulama apabila tiada seorangpun daripada mereka yang mahu menegur tindakan Abby yang kebelakangan ini sangat gemar mengeluarkan beberapa kenyataan berbentuk fatwa agama.

Bagi saya tindakan Abby kebelakangan ini yang semakin suka memetik berbagai-bagai Ayat-Ayat Suci dari Al Quran dan kemudian diposkan melalui akaun twitter beliau walaupun mungkin ada yang berpendapat adalah perkara biasa namun bagi saya perbuatan beliau yang suka menunjuk-nunjuk seperti itu patut ditegur kerana apabila terlalu banyak Ayat-Ayat Suci digunakan untuk tujuan dan niat yang kurang elok seperti mahu mengenakan pihak yang tidak disukainya semata-mata dan ini tidak ubah umpama "membakul sampahkan" Ayat-Ayat Suci berkenaan apabila sikap beliau sendiri yang selalu membuat bermacam-macam kenyataan tentang kerajaan BN dalam akaun twitter miliknya juga sudah menggambarkan betapa Abby adalah seorang wanita yang hipokrit, pandai berpura-pura dan sudah tentu tidak layak untuk berlagak seperti seorang alim ulama.

Isnin, Disember 24, 2012

Apakah DS Hadi disorok oleh Orang Bunian?!!!

Beberapa minggu yang lalu dunia siber di negara ini serta masyarakat Malaysia agak gempar dengan pengakuan oleh segelintir orang-orang PAS bahawa Orang Bunian sering hadir ke majlis-majlis ceramah anjuran PAS dan semakin suka mendengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh lebai-lebai PAS.

Bukti kehadiran Orang Bunian yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia pada setiap siri ceramah PAS ialah jika semakin sedikit orang ramai(manusia) yang datang untuk mendengar ceramah-ceramah yang dianjurkan oleh penceramah PAS, itu bermakna semakin ramailah Orang-orang Bunian yang datang untuk mendengar ustaz-ustaz serta pak lebai-pak lebai PAS menyampaikan ceramah mereka.

Dan beberapa yang lalu pula kisah kehilangan Presiden PAS Datuk Seri Hj. Abd Hadi Awang pula turut memeranjatkan kalangan orang ramai serta orang-orang PAS sendiri. Mereka saling bertanya sesama sendiri, mana perginya tuan presiden kita, khabar berita tiada batang hidungpun tak nampak ! dah berapa hari dah ni !

Tapi saya rasalah, antara dua kejadian tersebut di atas memang ada kaitan di antara satu dengan yang lain. Bukan perkara yang mustahil apabila Orang-orang Bunian boleh bertindak di luar kawalan emosi dengan menangkap serta menyembunyikan Presiden PAS lalu membawa beliau pergi ke suatu tempat yang tidak boleh dikesan oleh manusia kerna mereka sudah begitu taksub untuk mendengar presiden PAS sendiri memberi ceramah setiap hari kepada mereka.

Arkib Blog