Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, Februari 13, 2012

Hari Kasih Berbunga: DAP dan PAS saling mengata sesama sendiri !!!

Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat berpendapat orang Islam boleh menyambut Hari Kekasih atau Valentine's Day satu perayaan yang sinonim dengan orang-orang Kristian tetapi dalam pada itu Datuk Nik Aziz mahu supaya nama perayaan itu ditukar daripada Hari Kekasih kepada Hari Suami Isteri dan tarikh perayaan kekal pada 14 February setiap tahun.

Pada dasarnya, walaupun mulanya Menteri Besar Kelantan itu macam tidak setuju perayaan tersebut diraikan oleh orang-orang Islam dan kesimpulannya beliau seakan-akan menerima perayaan berkenaan sebagai boleh disambut oleh umat Islam cuma mahu namanya saja diubah bagi menyesuaikan dengan Islam, itu agaknya maksud beliau lebih kurang.

Begitu juga dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nashruddin Hassan Tantawi, beliau juga seirama dan senada dengan Datuk Nik Aziz Nik Mat. Tetapi Ustaz Nashruddin telah menetapkan beberapa syarat kepada umat Islam sebelum bercadang mahu menyertai perayaan Valentine's Day itu misalnya mesti membawa seorang yang muhrim ketika meraikan perayaan itu dan tidak boleh duduk berdua-duaan di tempat yang sunyi atau gelap.

Namun lain pula dengan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Aziz apabila bertegas dengan pendirian beliau tidak bersetuju dengan umat Islam yang masih berkeras mahu turut serta dalam perayaan 14 February itu nanti. Tidak seperti ayahnya Datuk Nik Aziz serta Ustaz Nashruddin Hassan, Nik Abduh tetap berpendapat bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram untuk disambut oleh pasangan-pasangan Islam sehingga memaksa beliau berani memintas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan YB Karpal Singh yang menuduh PAS melanggar hak asasi manusia berhubung isu Valentine's Day itu.

Karpal Singh mahu Datuk Nik Aziz khususnya PAS secara keseluruhannya agar menghormati prinsip serta hak-hak asasi orang lain yang mahu merayakan perayaan Hari Kekasih itu tetapi desakan Karpal Singh itu segera disanggah oleh anak Menteri Besar Kelantan itu yang mahu Ahli Parlimen Bukit Gelugor belajar menghormati agama serta kepercayaan orang lain dan tidak seharusnya bertindak memaksa agar pihak lain tunduk ataupun akur dengan kehendak DAP semata-mata.

Sabtu, Februari 11, 2012

Projek Kerajaan Pusat yang bermasalah dalam DUN Dalat Parlimen Mukah !!!

 Projek jalan kampung kerajaan Barisan Nasional untuk sebuah penempatan penduduk dalam kawasan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak N.50 Dalat dan juga dalam kawasan Parlimen Mukah yang sudah terbengkalai sejak beberapa bulan lalu.

Projek yang dianggar bernilai RM180,000.00 itu untuk fasa pertamanya telahpun dilaksanakan oleh satu kontraktor sebagaimana nama yang terdapat pada gambar pada papan tanda di atas. Kontraktor terbabit hanya bertanggungjawab memulakan kerja menyediakan tapak serta membina parit di sepanjang kedua-dua belah jalanraya.

Dan mengikut perjanjian, sebaik saja kerja kontraktor yang pertama selesai maka tugas seterusnya akan diambilalih oleh kontraktor yang kedua. Kontraktor yang seterusnya ini diberi tanggungjawab untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan jalanraya ini mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya sebelum berakhirnya tahun 2011.

Untuk itu, kontraktor berkenaan dikehendaki menyiapkan kerja mereka sesuai dengan klafikasi yang telah ditetapkan. Proses yang pertama mereka perlu memastikan kerja-kerja menembok jalanraya dengan ukuran ketebalan pasir harus padat sekurang-kurangnya 0.5 meter tebal di atas permukaan tanah sebelum melakukan kerja berikutnya seperti menembok dengan batu dan seterusnya kerja menyimen atau mentar jalanraya.
 Tetapi malangnya apabila kontraktor yang kedua ini telah tidak amanah didalam kerja-kerja mereka. Adakah patut untuk menjimatkan kos tergamak mereka menggunakan bahan-bahan mudah reput sebagai ganti kepada pasir iaitu bahan asas yang utama dalam setiap projek melibatkan jalanraya.

Kulit pokok rumbia atau "ruyung sagu" telah digunakan oleh kontraktor ini untuk kerja-kerja mereka bagi menggantikan pasir. Kulit rumbia ini sangat mudah reput atau buruk tetapi bagaimana pihak pemaju projek untuk jalanraya ini sanggup menipu pihak kerajaan semata-mata mahu mengurangkan kos pembinaan serta mengaut keuntungan yang lebih bagi pihak mereka.
 Sudahlah menggunakan bahan-bahan yang tidak sepatutnya untuk melaksanakan projek yang diperolehi daripada kerajaan, projek yang sepatutnya siap penghujung tahun 2011 lalu sudah beberapa kali tertangguh dan ini telah mendatangkan rasa tidak puas hati kepada penduduk setempat.
Sangatlah diharapkan agar wakil rakyat bagi Parlimen Mukah YB Datuk Sri Dr. Muhammad Leo Toyad atau ADUN Dalat, YB Datuk Hjh Fatimah Abdullah dapat turun padang melihat sendiri mana-mana projek yang telah diluluskan pembinaannya dan pastikan supaya pihak kontraktor juga harus mematuhi setiap perjanjian sepertimana sebelum mereka berjaya mendapatkan projek tertentu daripada kerajaan.

Pastikan setiap projek tidak kira daripada kerajaan pusat mahupun oleh kerajaan negeri berjalan dengan lancar dan rakyat yang memilih kerajaan sedia ada boleh menikmati segala kemudahan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan dengan selesa tanpa sebarang rungutan. Oleh itu rayuan kepada Ahli Parlimen Mukah, pantaulah projek-projek yang bermasalah di dalam kawasan parlimen anda.

Jumaat, Februari 10, 2012

Valentine's Day: digugur dari Kristian tetapi mengapa pula diboleh dalam PAS?





Ketua Dewan Pemuda PAS Ustaz Nashruddin Tantawi beberapa hari lepas ada menegaskan bahawa sambutan Hari Kekasih atau Valentine's Day yang sering dikaitkan dengan budaya orang Kristian boleh juga diraikan oleh orang-orang Islam tetapi harus mematuhi berbagai syarat ataupun yang tidak menyimpang dari ajaran Islam.

Jika dulu, jangankan Valentine's Day...jika bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk memerintah negara walau dalam bentuk apapun sudah dikira haram oleh orang-orang PAS dan bagi PAS setiap apa yang berkaitan dengan orang Kristian pasti itu semua haram dan jijik.

Tetapi mengapa kini sejak PAS menjadi talibarut kepada DAP segalanya berubah? Apakah PAS ingat DAP tu pejuang agama Kristian, Hindu, Buddha ataupun Kong Fu Tze?

Perlu kita semua ingat serba sedikit tentang sejarah keberadaan atau wujudnya Valentine Day itu adalah berkaitan dengan seorang pemimpin Kristian yang lebih dikenali sebagai Saint Valentine. Valentine diingatkan sebagai seorang yang amat penyayang didalam Kristian maka itulah sehingga kini masih ada kalangan masyarakat dunia tanpa mengira bangsa serta agama tetap terus mengingati tarikh 14 February setiap tahun bagi tujuan khusus.

Valentine's Day diwujudkan pada tahun 496 Masehi oleh pemimpin tertinggi Roman Katholik ketika itu iaitu Pope Paul VI namun telah diharam ataupun digugur dari kepercayaan orang Kristian khusunya dari mazhab Katholik pada tahun 1969 oleh Pope Gelasius kerana sukar untuk menerima ia sebagai satu cabang kepercayaan bagi umat Kristian tambahan pula ianya tidak pernahpun disebut atau terdapat didalam ajaran Kitab Injil.

Hari Kekasih atau Valentine;s Day yang disambut setiap tahun pada tarikh 14 February bukanlah satu perayaan wajib orang Kristian namun setiap orang kini tanpa mengira latar belakang agama mahupun budaya mereka tidak pula dilarang untuk merayakannya melainkan jika setiap pemimpin mana-mana agama tegas terhadap pengikut agama masing-masing maka mereka perlu pastikan bahawa tidak akan berlaku sesuatu yang boleh mencemar maruah agama sendiri tanpa perlu memburuk-burukkan agama orang lain.

Khamis, Februari 09, 2012

BR1M Sarawak tersasar dari hasrat asal Datuk Seri Mohd. Najib !

Perlaksanaan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Hj Abdul Razak merupakan satu inisiatif yang sangat murni dan baik sekali dalam usaha kerajaan untuk meringankan sedikit sebanyak beban rakyat yang berpendapatan rendah di negara ini serta yang kurang berkemampuan.

Tetapi malang sekali apabila sesuatu yang telah dirancang sebegitu baik sekali untuk rakyat namun di sebalik itu ia jelas amat merugikan bagi pihak kerajaan sendiri apabila BR1M tidak dapat dilaksanakan sebaik mungkin sebagaimana yang diharapkan oleh kerana agensi yang dilantik iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah gagal sebenarnya dalam mengenal pasti individu-individu yang benar-benar layak untuk menerima pemberian tersebut.

Di Sarawak misalnya, ramai sekali golongan yang bekerja sendiri, yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau golongan yang mempunyai pendapatan jauh dibawah RM3000 sebulan merungut apabila nama mereka tercicir dari senarai penerima yang berkelayakan. Tetapi yang peliknya ada golongan yang punya hartanah bernilai ratusan ribu ringgit serta yang memiliki tanah beratus-ratus ekar telah diluluskan permohonan untuk bantuan rakyat 1Malaysia itu.

Jadi bagaimanakah caranya pihak LHDN dalam menjalankan tugas mereka untuk mendapat maklumat secara terpeinci sebelum meluluskan permohonan daripada seseorang pemohon BR1M itu adakah pihak mereka hanya bersandarkan kepada seseorang yang tidak berpendapatan tetap semata-mata tanpa mengambil kira soal harta terkumpul individu terbabit yang ada di antara mereka sebenarnya datang dari keluarga yang berada atau keluarga yang memiliki harta yang banyak.

Apakah pihak LHDN juga tanpa sedar telah meluluskan permohonan BR1M yang dikemukakan oleh mereka yang tidak sepatutnya sehingga mengenepikan permohonan yang dibuat oleh golongan yang sememangnya disasarkan di bawah program bantuan rakyat 1Malaysia itu?

Jumlah bantuan sebanyak RM500 bagi mereka yang punya harta seperti tanah, ladang dan sebagainya tidaklah sebesar manapun tetapi lain bagi mereka yang benar-benar memerlukan serta yang layak ianya mempunyai nilai yang sungguh bermakna sekali namun apabila permohonan diketepikan pasti ianya menjadi sesuatu yang amat memeritkan sekali untuk diterima.

Dengan tarikh PRU-13 yang semakin mendekat, apakah kerajaan Barisan Nasional tidak pernah meletakkan kebimbangan tentang tahap sokongan rakyat terhadap kerajaan BN berikutan ramai sebenarnya golongan yang benar-benar wajar diberi bantuan BR1M itu namun permohonan mereka telah ditolak oleh pihak LHDN atas beberapa sebab yang kurang jelas?

Di Sarawak, penduduk dari daerah pendalaman, bukan mudah bagi mereka untuk bergerak dalam masa sehari suntuk semata-mata untuk mendapatkan pemberian daripada pihak kerajaan sebanyak RM500. Tambang ulang-alik dari tempat kediaman ke pusat bandar atau daerah pentadbiran tertentu saja telah memakan belanja yang bukan sedikit dan sudah tentu tidak berbaloi bagi mereka jikalau hendak menerima RM500 itu mereka terpaksa mengeluarkan sendiri belanja tambang bagi kenderaan pengangkutan dan berapa ringgit saja lagi wang lebih untuk kegunaan harian mereka.

Rakyat Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Datuk Seri Mohd. Najib atas usaha beliau yang tidak putus-putus untuk membantu seluruh rakyat Malaysia, akan tetapi tentang BR1M ini, rakyat Sarawak mungkin juga di Sabah serta di Semenanjung Malaysia ada yang ditolak permohonan mereka selepas itu meayu lagi tetapi tetap juga gagal DAN harap kejadian ini boleh mendekatkan lagi pihak LHDN dengan masyarakat di bawah dan tidak hanya kenal kepada pembayar cukai yang punyai pendapatan bulanan yang tetap tetapi kenalilah juga rakyat bawahan yang punya harta-benda tanah berekar-ekar di negeri ini.

Jumaat, Februari 03, 2012

Ang Pau: ada apa pada warna...apahal kecoh-kecoh?

Warna kadangkala membawa berbagai maksud dan kekadang tidak. Namun setiap kepercayaan kalau diterjermahkan kedalam kehidupan seharian kita sebagai masyarakat majmuk di negara ini mungkin boleh membawa lebih makna kepada kita.

Kalau kita boleh percaya kepada sensitiviti kaum lain maka sudah pasti kaum lain juga akan lebih tahu menghormati apa sensitiviti yang ada pada kita. Tetapi selalunya dulu, ada tak mereka ini pernah hirau akan sensitiviti masyarakat Islam, Melayu atau Bumiputera di negara ini apabila seringkali membangkitkan isu-isu yang sudah lama termaktub di dalam Perlembagaan Negara? Tiada kan...

Tetapi kalau hanya kerana sampul warna putih (ang pau CNY 2012) yang diagih-agihkan oleh Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali mahu dijadikan sebagai satu isu besar, harap puak-puak ini kena selidiki dululah...apa sebabnya dan tak payah nak buat tuduhan melulu.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PERKASA juga telah menjelaskan bahawa "sampul warna merah" juga digunakan pada mulanya namun ianya telah kehabisan jadi kenalah pihak mereka gunakan sampul warna lain termasuk warna putih.

Jadi sekurang-kurangnya ada sopan sikit memberi sesuatu itu didalam satu bungkusan atau sampul walau apapun warnanya berbanding kalau diberi suatu pemberian itu sehingga orang lain nampak jelas nilai apa yang kita terima. Tindakan Datuk Ibrahim Ali lebih berhemah dan beradab sebenarnya.

Khamis, Februari 02, 2012

Tiada faedahnya kami orang Kristian berdoa untuk pembebasan Anwar !!!



Doa orang beragama Kristian tidak mungkin membawa apa-apa kesan ataupun keberkatan kepada mereka yang bukan Kristian dan Anwar Ibrahim tidak harus mengheret agama Kristian ke dalam isu pembebasan beliau oleh Mahkamah Tinggi 9 January bulan lalu daripada pertuduhan meliwat pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhary Azlan.

Sebabnya ialah Tuhan orang Kristian tidak sama dengan Tuhan orang Islam. Harap maklum. Dan diharapkan juga agar orang Kristian tidak akan terpengaruh dengan dakwaan Anwar Ibrahim bahawa pembebasan beliau dari tuduhan meliwat oleh hakim Datuk Zabiidin Md Diah tempoh hari kerana berpunca dari doa yang dibuat oleh orang Kristian.

Pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi awal bulan lalu adalah satu keputusan bebas yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan jika Anwar masih berkeras untuk menyatakan bahawa antara sebab pembebasan beliau itu adalah kerana doa orang Kristian maka kami orang Kristian akan menolaknya sama sekali.

Dakwaan seumpama itu adalah satu penghinaan kepada pihak Mahkamah dan sekiranya ada diantara orang Kristian yang turut bersetuju dengan dakwaan sedemikian maka mereka juga boleh disifatkan sebagai telah menghina mahkamah. Saya menyeru supaya orang Kristian di seluruh Malaysia janganlah kita terkeliru dengan pengakuan "pelik" Anwar Ibrahim itu. Terima Kasih!

Rabu, Februari 01, 2012

Kem UMNO juga 'ter'bela ~parasit~ ke ?

 Sepatutnya UMNO sentiasa mengawasi pintu keluar masuk kemnya bagi memastikan tiada sebarang unsur-unsur luaran yang bolos serta berjaya menyelinap masuk yang kalau tidak diawasi pasti boleh memudaratkan perjuangan parti. The Unspinners dalam blog mereka pada bulan Mac 2011 pernah mengingatkan sebarang kemungkinan yang boleh timbul jika perkara ini dibiarkan tanpa tindakan daripada pihak UMNO sendiri.
 Dan peringatan yang pernah diberikan oleh The Unspinners hampir setahun yang lalu itu mengenai kemungkinan berlakunya perkara yang tidak terduga jika pihak UMNO masih lagi leka serta bersikap ambil mudah memang ada kesahihannya. Papa Gomo menyusul membangkit perkara yang sama. Harap UMNO pasang Detektif Conan dalam parti selepas ini.
Lihatlah bagaimana aksi parasit sedang mengawan dengan pasangannya !

Muzikalrama "Jangan Main Belakang" karya blogger 1Peluru & Wali Band juara Anugerah Skrin 2011

Selasa, Januari 31, 2012

Profesor Abdul Aziz Bari gugur...

KUALA LUMPUR 30 Jan - Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu. Untuk seterusnya sila layari Media Perdana Utusan Online.

Isnin, Januari 30, 2012

APCO: apakah yang sedang bermain dalam fikiran Anwar saat ini ?

 Dulu mereka ini pernah buat kecoh di dalam Dewan Rakyat hingga terbawa-bawa ke luar Dewan sambil masing-masing seorang daripada mereka membawa sekeping kertas yang ditulis dengan berbagai perkataan menuduh kerajaan BN kononnya ikut telunjuk Israel melalui syarikat APCO.






Namun sekarang, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sendiri secara terbuka telah memberitahu bahawa beliau sedia memberikan jaminan terhadap keselamatan pihak Israel. Kini bukan saja keselamatan Israel diberi jaminan malahan APCO yang sebelum ini cuba mereka kaitkan dengan kerajaan Malaysia juga akan turut dilindungi oleh Penasihat PKR ini.

Azmin Ali nak cakap apa lagi sekarang? Mahfuz Omar? Dr. Zulkifli? Salahuddin Ayub? dan yang lain-lainnya....bila lagi agaknya anda semua nak tunjukkan bantahan macam kalian pernah buat satu ketika keluar masa Dewan Rakyat bersidang sambil memekik "APCO! APCO! APCO!!! kepada kerajaan BN?

AJL 26: Tahniah Hafiz, Datuk M. Nasir & Budi !

Hafiz, penyanyi kelahiran Sarawak yang menyampaikan lagu 'Awan Nano' ciptaan Komposer hebat Datuk M. Nasir serta lirik oleh Budi Hekayat telah dipilih sebagai juara pada temasya Anugerah Juara Lagu AJL ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil malam semalam.

Disertakan dengan lirik lagu yang mantap telah melayakkan Hafiz menerima hadiah wang tunai berjumlah RM35,000 serta sebuah trofi juara.

Sementara itu, dalam kategori Vokal Terbaik sekali lagi penilaian yang dibuat oleh 30 juri mengiktiraf Hafiz sebagai pemenangnya dan untuk kategori tersebut Hafiz membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 beserta satu trofi kemenangan.

Syabas dan Tahniah Hafiz !!!

Selain cermerlang di dalam bidang sukan, anak-anak Sarawak juga nampaknya semakin diterima pada peringkat nasional di dalam bidang seni.

Malah tanpa gimik yang mengejutkan penonton namun hanya memakai pakaian biasa semasa di pentas, Hafiz akhirnya berjaya juga muncul sebagai pemenang untuk dua kategori sekaligus.

Untuk Hafiz, kekal itu semua sebagai diri anda yang sebenar kerana anda punya bakat besar di dalam bidang seni suara, vokal memang bagus. Tahniah atas kemenangan anda di AJL ke-26 ! kami turut berbangga !

Ahad, Januari 29, 2012

Gagal jadi PM: selain Karpal, punca utamanya kerana Anwar sendiri jugalah!!!

Mungkin ada sesetengah daripada kita masih ingat dan masih percaya bahawa kegagalan Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia bagi menerajui kepimpinan negara pada tahun 1998 dulu adalah disebabkan oleh pendedahan Karpal Singh di dalam Dewan Rakyat mengenai aduan yang beliau ketahui membabitkan masalah moral bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Tetapi bagi saya dan juga mungkin ada yang lain tentu masih ingat tentang apa berlaku seterusnya di sebalik isu buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM Malaysia" tulisan Allahyarham Khalid Jeffrey di mana ketika itu isu tersebut begitu hangat dan panas sekali di dalam negara.

Anwar yang pada mulanya hanya berdiam diri mengenai isi kandungan buku berkenaan namun mula bertindak apabila semakin banyak pendedahan oleh pihak lain menyusul yang mana kalau tidak dihalang dengan kadar sebeberapa segera memang akan meranap segala impiannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5 mengganti Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila semakin banyak rahsianya terbongkar.

Hanya tinggal satu anak tangga saja lagi untuk Anwar Ibrahim melangkah naik dan duduk di singgahsana sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia di mana pendedahan oleh Karpal Singh telah berlaku di Dewan Rakyat pada tahun 1997 di mana apa yang didedahkan oleh Karpal itu selain daripada surat "akuan bersumpah" Umi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar semuanya bersangkutan dengan apa yang terkandung di dalam buku tulisan Khalid Jeffrey mengenai Anwar Ibrahim.

Demi untuk membuktikan bahawa beliau tidak sepertimana yang digambar dalam buku tersebut dan juga untuk menepis dakwaan oleh surat 'akuan bersumpah' berkenaan, Anwar Ibrahim telah membuat satu laporan polis walaupun telah dinasihati oleh Tun Dr Mahathir Mohamad supaya abaikan saja perkara sedemikian yang menganggap surat berkenaan cumalah 'surat layang' yang sengaja diada-adakan bertujuan untuk memburuk-burukkan nama baik Anwar dan ianya tidak perlu untuk dilayan.

Namun Anwar Ibrahim masih berdegil dan tidak mahu mendengar nasihat daripada Tun Dr, Mahathir apabila beliau tetap dengan keputusan untuk membuat laporan polis mengenai buku "50 Dalil" tersebut serta "surat layang Umi Hafilda dan Azizan" dan akhirnya Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir terpaksa akur dengan tindakan yang diambil oleh bakal pengganti beliau itu.

Malahan Ketua Polis Negara ketika itu Ybhg Tan Sri Abdul Rahim Nor sendiri juga pernah mengingatkan Anwar Ibrahim yang bakal dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia seterusnya bagi menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad akan segala risiko yang harus beliau tanggung ekoran hasil siasatan kelak sekiranya pihak polis menyiasat secara menyeluruh ke atas laporan yang beliau buat itu.

Kata nasihat Tan Sri Rahim Nor kepada Anwar Ibrahim lebih kurang berbunyi begini; "Tuan, tuan adalah bakal Perdana Menteri yang seterusnya dan akan menjadi pemimpin kepada seluruh rakyat Malaysia, apakah tuan pasti dengan keputusan tuan ini dan apakah nanti tuan tidak akan rasa terganggu sekiranya siasatan menunjukkan hasil yang positif, ermmm... maksud saya seandainya dakwaan dalam buku tu terhadap tuan berkemungkinan memang benar?"

Dan jawapan Anwar Ibrahim terhadap kerisauan yang dinyatakan oleh Tan Sri Rahim Nor itu juga agaknya lebih kurang berbunyi begini; "ada aku kisah!!! tak apa, jangan bimbang, jalankan saja siasatan tetapi apa yang penting sekali ialah harus maklumkan sentiasa kepada saya dari masa ke semasa apa juga hasil siasatannya, ok!." Itulah agaknya jaminan yang Anwar berikan kepada Tan Sri Rahim Nor kerana beliau yakin mudah baginya untuk mengubah hasil siasatan kiranya pihak polis berjaya menghidu sesuatu yang tak kena pernah beliau lakukan.

Demi menurut kemahuan Anwar maka pihak polispun bertindaklah dengan meneruskan siasatan berhubung semua dakwaan yang terkandung di dalam buku tulisan Allahyarham Khalid Jeffery itu dan sebagaimana arahan Anwar maka setiap hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak polis akan segera dipersembahkan kepada Anwar dari masa ke semasa. Oh! lupa pulak...siasatan itu diketuai oleh Tan Sri Musa Hassan yang ketika itu adalah Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, jawatan tertinggi polis yang beliau sandang sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara dan seterus sebagai Ketua Polis Negara sehingga bersara.

Nak dijadikan satu cerita, siasat punya siasat maka akhirnya pihak polis berjaya mendapat suatu kesimpulan bahawa apa yang ditulis dalam buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri Malaysia" lebih banyak menunjukkan bukti ianya memang benar dan bukan satu rekaan dan perkara itu segera dimaklum serta diberitahu kepada Anwar Ibrahim oleh Tan Sri Musa Hassan selaku ketua penyiasat yang dipertanggungjawab dalam misi penysiasatan terhadap kandungan buku "50 Dalil" itu.

Tersentak dan terperanjat dengan apa yang telah dimaklumkan oleh Tan Sri Musa Hassan itu bahawa apa yang ditulis dalam buku Khalid Jeffery itu lebih 90% ada kebenarannya, Anwar Ibrahim yang ketika itu sedang menikmati sarapan kuih karipap serta teh tarik hampir jatuh pengsan kerana tidak menyangka bahawa polis begitu cekap dalam tugas mereka hinggakan perkara yang beliau jangka boleh terlepas dari siasatan berjaya juga dirungkai dan ditemui oleh pihak polis.

Anwar Ibrahim menjadi serba salah. Duduk salah berdiripun salah. Sekejap pergi bilik air sekejap keluar bilik pejabat. Sekejap dia suruh pembancuh kopinya buatkan kopi, sekejap suruh bancuhkan teh, sekejap suruh buatkan nescafe, sekejap suruh buatkan milo. Tan Sri Musa Hassan yang masih berada di situ mulai naik pening melihat gelagat Anwar Ibrahim yang nampak resah gelisah semacam saja ketika itu. Sekejap Anwar buka tali leher, sekejap dia pasang tali kasut. lepas tu buka tingkap bilik pejabat sambil tengok Bangunan Kedutaan Turki yang nun jauh di sebelah.

Akhirnya Tan Sri Musa Hassan bersuara, "Tuan, macam mana ini tuan? Kami polis tidak mahu membuang masa lagi...

Dan Anwar segera menjawab, "Ok, ok, ok...macam ni, macam ni, tutup saja siasatan dan saya akan tarik balik laporan polis yang saya buat pasal buku tu, ok"

Tan Sri Musa Hassan terkejut dengan permintaan Anwar Ibrahim itu seraya berkata, "mana boleh tuan, itu sudah menjadi satu kesalahan, kami polis tidak boleh lagi berpatah balik dalam soal siasatan kes seperti ini dan tuan tidak berhak menghalang kami dari meneruskan siasatan kes ini tambahan pula isu ini sudah diketahui umum, nanti apa pulak kata orang ramai atau parti pembangkang"

Anwar Ibrahim tidak berputus asa dalam mempengaruhi Tan Sri Musa Hassan yang nampak semakin tegas, "Ok kira macam nilah, saya Timbalan Perdana Menteri dan tak lama lagi akan jadi Perdana Menteri dan sudah tentu jawatan Menteri Dalam Negeri saya yang pegang dan pihak polis berada dibawah arahan saya, oleh itu saya jamin tidak akan berlaku apa-apa. Bolehkan, hentikan saja siasatan ini??? desak Anwar kepada Tan Sri Musa Hassan.

Namun Tan Sri Musa Hassan tetap tegas dengan pendirian beliau lalu berkata kepada Anwar, "Mana boleh tuan, perbuatan macam tu jelas menyalahgunakan kuasa dan amat tidak baik kepada seseorang yang bakal menjadi pemimpin sesebuah negara."

Anwar terpinga-pinga malu sebaik mendengar alasan yang diberikan oleh Tan Sri Musa Hassan yang terus bertegas bahawa siasatan tidak akan dihentikan bagi mencari kebenaran dan sekiranya pihak polis menurut arahan Anwar supaya menghentikan siasatan tersebut itu bermakna pihak polis sengaja menempah bala kerana pasti kecaman hebat terhadap polis oleh pihak pembangkang terutama sekali daripada Karpal Singh tentu akan memburukkan nama baik serta imej polis di mata masyarakat.

Itulah, kalaulah dulu Anwar Ibrahim mendengar nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad, nasihat daripada Tan Sri Rahim Nor sudah tentu lama sudah dia dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tun Dr. Mahathir melarang beliau supaya jangan buat laporan polis tapi terus berdegil konon untuk membuktikan beliau tidak bersalah. Betapa sayangnya Tun Dr. Mahathir kepada Anwar ketika itu, bagaikan menatang minyak yang penuh.

Keyakinan serta kepercayaan Tun Dr. Mahathir terhadap Anwar Ibrahim untuk menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri adalah seratus peratus. Malahan seluruh rakyat Malaysia juga berperasaan sedemikian termasuklah saya juga. Memang ramai kalangan rakyat Malaysia yang percaya bahawa Anwar memang layak dan sesuai sekali menggantikan Tun Dr. Mahathir dan ramai sekali yang memuji beliau.

Tun Dr. Mahathir merupakan orang yang paling kecewa sekali dengan keputusan Anwar Ibrahim apabila tidak mendengar nasihat supaya membiarkan saja apa orang kata dan tidak payah membuat laporan polis. Rakyat Malaysia juga turut kecewa dengan tindakan Anwar yang enggan mendengar nasihat daripada Tun Dr. Mahthir itu. Hanya tinggal selangkah saja lagi untuk Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi kesilapan yang beliau lakukan itu gara-gara tidak mendengar nasihat Tun Dr. Mahathir telah memusnahkan harapan Tun Dr. Mahathir, harapan beliau sendiri dan juga harapan seluruh rakyat Malaysia.
Kalaulah dulu Anwar Ibrahim sudi mendengar kata nasihat daripada pihak lain terutamanya daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga nasihat daripada Tan Sri Rahim Nor agar berpikir banyak kali sebelum membuat laporan polis pasti untuk menjadi seorang Perdana Menteri tidak memerlukan beliau mengadakan berkali-kali perhimpunan haram, demonstrasi liar sehingga mendatangkan kecederaan yang tidak sepatutnya beliau alami di ketika usia emas yang semakin lanjut seperti dalam gambar di atas.

Dan pastinya peralihan kuasa daripada Tun Dr. Mahathir kepada beliau dulu akan berjalan dengan lancar tanpa perlu adanya pertubuhan haram seperti Hindraf, Bersih 1.0, Bersih 2.0, Bersih 3.0, Seksualiti Merdeka dan sebagainya merusuh di atas jalanan untuk menyatakan sokongan kepada beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tetapi mengapa Anwar Ibrahim harus memilih jalan itu untuk berkuasa ?

Salah siapa??? mengapa sekarang Anwar Ibrahim menyalahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, UMNO serta BN atas kegagalan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia? Lihatlah dulu, imbas kembali peristiwa dimana punca sebenar yang menyebabkan beliau tidak boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tun Dr. Mahathir telah begitu bersusah payah mengasuh beliau untuk menjadikannya seorang pemimpin hebat negara ini namun semuanya telah disia-siakan oleh Anwar Ibrahim apabila beliau kini adalah Penasihat Umum PKR serta Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia sekarang ini.

Sabtu, Januari 28, 2012

T/kasih DS Ahmad Zahid Hamidi ! drpd penduduk Daerah Dalat Sarawak...

Pangkalan laut akan dibangunkan di Dalat

KUCHING 28 Jan - Pangkalan laut pertama di Sarawak akan dibangunkan di Dalat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, projek yang sepatutnya dibina di Kampung Buntal, dibatalkan kerana tanah tidak sesuai untuk pemibinaannya. "Selepas pemeriksaan lengkap, didapati tanah (di Kampung Buntal) tidak sesuai. Perbincangan dengan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud memutuskan ia akan dibina di luar Kuching iaitu di Dalat," katanya ketika ditemui semasa kunjungan rumah terbuka Tahun Baru Cina di kediaman Berry Tan di sini, malam kelmarin.

Ahmad Zahid menjelaskan, pangkalan laut yang melindungi wilayah timur Malaysia perlu ditempatkan di kawasan strategik bagi kegunaan pemantauan perairan.

Tambahnya, memang ada keperluan untuk mewujudkan pangkalan laut di Sarawak. "Pangkalan terdekat terletak di Teluk Sepanggar di Sabah dan Labuan dan ia agak jauh sekali gus menyukarkan  pemantauan di perairan negeri ini," ujarnya.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata, perancangan pembinaan projek tersebut bergantung kepada peruntukan yang diberikan daripada Belanjawan 2013.

"Kita sudah mengemukan permohonan peruntukan dan berharap ia (projek) termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). Untuk RMK10, ia tidak dinyatakan dalam bajet berikutan beberapa pelan strategik perlu dikenal pasti kementerian," tambahnya - Utusan Borneo (Akhbar)

Bagi kami penduduk yang merupakan anak kelahiran Daerah Dalat ini adalah satu berita yang amat membanggakan serta akan sentiasa ditunggu-tunggu. Pengumuman tentang pembinaan pangkalan laut tersebut sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Menteri Pertahan Malaysia itu bagaikan satu hadiah tahun baru 2012 yang paling berharga buat seluruh penduduk Daerah Dalat khususnya dan penduduk Bahagian Mukah amnya.

Dalat merupakan satu kawasan penempatan penduduk yang berdekatan dengan pesisir pantai di mana Daerah Kecil Oya yang berada dibawah urustadbir Majlis Daerah Dalat sebenarnya satu daerah yang berkongsi pesisiran pantai yang panjang dengan Daerah Mukah serta Daerah Kecil Igan. Maka amat tepatlah Dalat dipilih sebagai lokasi pangkalan laut bagi pertahanan negara kerana Daerah Dalat juga terletak di kawasan tengah Sarawak.

Penduduk Dalat pastinya akan menerima khabar ini dengan rasa penuh kesyukuran kerana sejak sekian lama Daerah Dalat walaupun ia sebenarnya bukanlah satu daerah yang terletak di kawasan pendalaman yang menyulitkan sebarang bentuk projek-projek kerajaan persekutuan ditempatkan tetapi jika dibandingkan dengan beberapa daerah tertentu di Sarawak, Dalat masih terpinggir dari segi pengiktirafan oleh kerajaan pusat.

Adalah amat diharapkan agar apa yang telah dinyatakan oleh YB Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan dipersetujui oleh Kerajaan Persekutuan dan lokasi pembinaannya yang memilih Dalat sebagai kawasan paling sesuai adalah satu keputusan yang muktamad dan diharapkan supaya tidak akan dipindahkan ke kawasan lain lagi selepas itu sebab jika terlaksananya projek itu nanti pasti untuk jangkamasa panjang ia mampu mengubah wajah Dalat dari satu daerah yang tersisih akan berubah menjadi satu kawasan tumpuan ramai.

Terima kasih Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atas pemilihan Dalat sebagai tapak atau pangkalan pertahanan laut baru negara, pertama di Sarawak. Tiada kata lain yang dapat kami berikan kepada Datuk Seri selain daripada ucapan jutaan terima kasih, terima kasih dan terima kasih dan semoga apa yang sedang dirancang pasti akan menjadi kenyataan...

Jumaat, Januari 27, 2012

Syabas & Tahniah! Negarawan Agung Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad

BANGKOK 27 Jan - Bekas Perdana Menteri, YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad dianugerah doktor kehormat sains politik oleh Universiti Naresuan di sini hari ini.

Pengerusi Majlis Universiti Naresuan Prof. Dr. Krasae Chanawongse dalam ucapan penghargaan berkata, pemberian itu sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan sepanjang hayat Dr. Mahathir untuk mewujudkan semangat keperibadian nasional dan bangga terhadap negara di kalangan rakyat Malaysia.

Ia sebagai mengiktiraf kedudukan beliau yang merupakan seorang pemimpin luar biasa diperingkat Asia Tenggara, katanya.

Presiden Universiti itu, Prof. Dr. Suhjin Jinahyon menyampaikan anugerah kehormat tersebut kepada Dr. Mahathir di satu majlis penyampaian di sebuah hotel di sini.

Ini merupakan pertama kali universiti itu yang mempunyai kampus utama di Phitsamlok, memberikan anugerah tersebut kepada seorang rakyat Malaysia - BERNAMA

Disaat sesetengah rakyat Malaysia sendiri seringkali merendah-rendahkan keunggulan YABhg. Tun Dr.Mahathir Mohamad sebagai seorang tokoh pemimpin hebat di negara ini namun sebaliknya bagi sebahagian besar rakyat dari negara luar, mereka tetap menyanjung keupayaan Tun Dr. Mahathir ketika menerajui pentadbiran negara ini dan mereka juga amat menghargai akan jasa serta pengorbanan beliau untuk masyarakat antarabangsa.


Malaysia sebenarnya amat bertuah kerana memiliki seorang tokoh pemimpin yang hebat, yang turut dikagumi corak kepimpinannya oleh rakyat antarabangsa.


Syabas dan tahniah YABhg Tun, semoga terus dikurniakan dengan tahap kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia dan sentiasa bersama rakyat Malaysia menyaksikan negara ini bergerak pantas atas landasan yang luas menuju wawasan 2020 sebagai sebuah NEGARA MAJU...

NFC: apa pula kata Bung Mokhtar Radin selepas ini ?

Setelah 3 bulan isu NFC mewarnai politik negara, barulah Ketua Jabatan Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang membuka mulut memberi kenyataaan bahawa timbul salah faham sebenarnya dipihak beliau mengenai status audit yang mereka lakukan terhadap syarikat National Feedlot Corporation (NFC) yang terletak di Gemas Negeri Sembilan.

Menurut Ambrin, fokus utama audit yang pihak mereka lakukan adalah mengenai pencapaian projek NFC sejak mula penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya berkenaan dengan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) sebagai sebuah syarikat.

NFCorp adalah sebuah syarikat yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mana Kemeneterian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1. Sumber berita selanjutnya di sini

Setelah kebenaran dalam isu NFC semakin banyak memihak kepada Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, apakah Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin akan tetap mahu agar Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatan dari kabinet sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seperti yang pernah beliau buat beberapa kali sebelum ini?

Khamis, Januari 26, 2012

Eh?! kan dulu Saiful dilarang merayu tapi kenapa Karpal Singh boleh pula ?

Kes hasutan: Karpal fail rayuan

KUALA LUMPUR 26 Jan - Peguam Karpal Singh hari ini memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan beliau membela diri atas tuduhan mengeluarkan perkataan berunsur hasutan terhadap Sultan Perak.

Notis tersebut difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Karpal yang ditemui pemberita di sini memberitahu, kes itu dibawa ke peringkat mahkamah tertinggi, Mahkamah Persekutuan atas alasan Mahkamah Rayuan telah salah arah dan bertindak melampau apa yang sepatutnya mahkamah lakukan. Selanjutnya di Utusan Online

Hari tu bukan main Majlis Peguam bising pasal Mohd Saiful dan pihak Pendakwaraya mahu kemukakan fail rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi yang telah melepas serta membebaskan Anwar Ibrahim dari terbabit dalam kes liwat II tetapi kenapa dalam kes hasutan yang dihadapi oleh Karpal Singh pihak Majlis Peguam tutup mata, diam seribu bahasa?

Bukankah tindakan Karpal Singh menuduh hakim Mahkamah Rayuan sebagai telah salah arah dan melampau dalam menjalankan tugas mereka sebagai satu penghinaan berat terhadap Mahkamah dan tidakkah perbuatan Karpal itu dilihat sebagai satu perbuatan 'menghina mahkamah?'

Rabu, Januari 25, 2012

Video: gelagat buaya merah dikelilingi kumpulan ramai Harimau Malaya !!



Lucu juga nampaknya apabila melihat gelagat KM Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika menghadiri majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang...

Orang lain bergembira menyanyi beramai-ramai menyanyikan lagu rasmi Barisan Nasional tetapi Lim Guan Esok kejap tunduk, kejap tersengih macam tersipu malu tak tau nak buat apa he he...

Apa-apapun beliau mempunyai sikap yang jauh lebih terbuka daripada bapanya Lim Kit Siang, saudara DAP yang lain seperti Datuk Nik Aziz, Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang dll yang sejak dulu kelihatan lebih suka mengelakkan diri daripada bersama para pemimpin BN dalam sesuatu majlis...

Tiap kali ada majlis yang melibatkan kepentingan Pulau Pinang LGE nampak akan sentiasa berusaha mahu datang meraikan kehadiran PM DS Najib Tun Razak serta pemimpin-pemimpin kerajaan pusat yang lain.

Selasa, Januari 24, 2012

Karpal Singh orang pertama membuka aib Anwar Ibrahim di Parlimen Malaysia !

 Sepatutnya dulu lagi Anwar Ibrahim mengemukakan cadangan agar dipinda undang-undang termasuk peruntukkan dalam Seksyen 377(b) dan Seksyen 377(c) Kanun Keseksaan yang kononnya digunakan untuk mengaibkan seseorang iaitu sewaktu beliau masih berada dalam kerajaan dan masih jadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
 Tetapi kenapa baru sekarang iaitu setelah beliau jatuh tertiarap akibat aib yang didatangkan oleh Karpal Singh terhadap beliau pada tahun 1997 semua sedia ada hendak diubah, dipinda dan dihapuskan? Bukankah lebih elok tatkala ada kuasa ditangan maka saat itulah buat sesuatu agar beliau boleh menutup mulut Karpal Singh daripada terus-menerus mendedah rahsia serta membuka aib beliau dalam Parlimen sehingga tersebar ke pengetahuan umum.
 Karpal Singh tanpa menghiraukan perasaan Anwar Ibrahim ketika itu mula membangkitkan isu surat akuan bersumpah yang dibuat oleh Umi Hafilda Ali dan Azizan Abu Bakar ketika berlangsungnya Mesyuarat ke-3 Penggal ke-3 Parlimen ke-9 pada 22hb November 1997.
 Walaupun ditegur beberapa kali oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat ketika itu supaya cukup dengan isu tersebut yang terus dibangkit, namun Karpal Singh masih berkeras mahukan penjelasan mengapa tiada tindakan yang diambil oleh pihak Peguam Negara terhadap aduan yang dibuat mengenainya yang melibatkan Anwar Ibrahim yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
 Suasana semakin kecoh di dalam Dewan Rakyat dan Karpal Singh terus mendesak agar Anwar Ibrahim sendiri bersuara mengenai perkara berkenaan.
 Walaupun sedar tindakannya itu boleh mendatang aib yang bukan kepalang kepada Anwar Ibrahim namun Karpal Singh tidak memperdulikan semua itu kerana hasrat dan niat DAP untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dari kerusi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya menggagalkan impiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5 perlu diteruskan biar dengan apa cara sekalipun.
 Bagi Karpal Singh inilah peluang terbaik bagi DAP untuk membunuh kerjaya politik Anwar Ibrahim secara perlahan-lahan dan apa saja bahan yang boleh dijadikan sebagai modal dan boleh dikaitkan dengan beliau maka ianya harus digunakan sebaik mungkin bagi memastikan agar Anwar Ibrahim tidak mendapat kuasa untuk memerintah negara Malaysia.
Oleh itu, tidakkah Anwar Ibrahim sedar siapa sebenarnya yang menjadi punca kepada keruntuhan dan juga kemusnahan segala impian politiknya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sehingga memaksa beliau kini merangkak semula dari bawah kalau bukan Karpal Singh yang waktu ini adalah ketua peguambela beliau.

Kalau bukan kerana desakan dan hasutan daripada Karpal Singh yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Jelutong yang mahu tindakan segera diambil terhadap aduan yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sudah pasti cita-cita Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-5 sudah lama menjadi kenyataan.

Tetapi kenapa perlu bagi Anwar Ibrahim menuding jari ke arah pihak Barisan Nasional atas kegagalan beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sedangkan orang yang bertanggungjawab menganiaya serta mengaibkannya di saat-saat kemasyuran beliau ketika dalam perjalanan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak lain dan tidak bukan adalah Karpal Singh, Pengerusi DAP Kebangsaan !

Isnin, Januari 23, 2012

! Anwar Ibrahim - Pakatan Haram saja yang berhak aibkan orang !!!

 Dulu puak-puak PKR serta Pakatan Haram pembangkang sedaya upaya mereka cuba untuk menggagalkan Datuk Seri Mohd. Najib dari dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 sehingga sanggup mendatangkan aib besar kepada legasi Tun Abdul Razak itu apabila dituduh dan dkaitkan dengan pembunuhan kejam serta tragis seorang wanita model warga Mongolia Altantunya Shaaribu.
 Fitnah serta tuduhan tidak berasas mereka itu terhadap Datuk Seri Mohd. Najib menjadi semakin kuat dengan munculnya beberapa keping gambar yang memperlihatkan betapa intimnya bakal Perdana Menteri ke-6 itu dengan Altantunya namun akhirnya segala fitnah dan pembohongan yang dibuat oleh puak-puak Pakatan Haram terbongkar sebaik ramai pihak yang menyedari bahawa sebenarnya gambar itu telah diubahsuai, diolah serta dijana dengan kepakaran teknologi komputer yang cukup canggih (superimpose).
 Masih tak berpuashati, puak-puak Pakatan Haram sekali cuba untuk melakukan fitnah namun kali ini terhadap isteri Perdana Menteri YBhg Datin Seri Rosmah Mansor apabila mereka cuba membuat fitnah kononnya Datin Seri Rosmah memiliki sebentuk cicin bernilai jutaan ringgit. Namun fitnah mengenainya gagal kerana cincin berkenaan sebenarnya digunakan oleh sebuah syarikat aksesori atau perhiasan luar negara untuk tujuan pameran kepada orang ramai di mana isteri Perdana Menteri juga pernah berkunjung ke situ.

Ketika mengiringi Datuk Seri Mohd. Najib yang menghadiri Persidangan Ketua-ketua Negara Komanwel di Australia tahun lepas, sekali lagi keluarga Perdana Menteri menjadi bahan fitnah oleh puak-puak Pakatan Haram apabila menuduh anak perempuan Datuk Seri Mohd. Najib berbelanja jutaan ringgit ketika membelah di Australia iaitu kononnya sewaktu turut serta dalam rombongan Perdana Menteri itu walhal anak perempuan pasangan Najib dan Rosmah itu sebenarnya didalam negara dan tidak pernahpun mengikut keduanya ke Australia ketika itu sepertimana yang didakwa oleh puak-puak dalam Pakatan Haram pembangkang.
Isu yang pernah menggemparkan negara suatu ketika dulu, isu rogol gadis bawah umur yang kejadiannya telah dikaitkan oleh DAP dengan Ketua Menteri Melaka ketika itu. DAP sengaja mereka-rekakan cerita mengenai gadis berkenaan sehingga akhirnya memaksa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka serta semua jawatan lain di dalam UMNO.

Tan Sri Abdul Rahim terpaksa akur dan berundur dalam keadaan beliau yang telah diaibkan sebegitu rupa oleh DAP namun mengapa ketika itu Anwar Ibrahim saat beliau masih ada kuasa di dalam kerajaan serta UMNO tidak pernahpun mencadangkan kepada Parlimen Malaysia agar dipinda beberapa undang-undang contohnya pada Seksyen 377(B) dan juga Seksyen 377(C) Kanun Keseksaan bagi memastikan agar tidak berlakunya perbuatan mengaibkan pihak lain oleh pihak-pihak tertentu.

Dan yang terbaru, isu fitnah yang disebar oleh puak-puak Pakatan Haram terhadap National Feedlot Corporation yang akhirnya menyaksikan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah mengemukakan saman fitnah sebanyak RM100 juta kepada Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli dan juga terhadap Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin kerana sengaja menimbulkan fitnah yang mengaibkan keluarga Datuk Seri Shahrizat.

Mengapakah semua perkara yang sebegini yang dilakukan oleh ramai puak-puak dalam Pakatan Rakyat tidak dilihat oleh Anwar Ibrahim sebagai satu kerja untuk mengaibkan pihak lain tetapi kenapa hanya baru sekarang Anwar Ibrahim mahu berjuang menghapuskan undang-undang yang dikatanya sudah lapok dam tidak lagi relevan.

Anwar tetap cadang pinda undang-undang aibkan seseorang

KLANG 22 Jan - Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya sebelum ini yang mahu undang-undang kononnya digunakan untuk mengaibkan seseorang dipinda termasuk peruntukan dalam Seksten 377(A) dan 377(C) Kanun Keseksaan.

Pendirian itu dinyatakan dengan alasan bahawa undang-undang sedia ada itu tidak boleh dikekalkan kerana kononnya ia bersifat zalim dan terdedah kepada amalan fitnah oleh pihak-pihak tertentu.

"Saya kata, undang-undang yang ada (Seksyen 377(b) dan 377(c) Kanun Keseksaaan), saya tidak pertahankan. Ia undang=undang zalim, fitnah dan undang-undang inilah saya mask penjara," katanya ketika berucap di Taman Sri Kerayong Kapar yang dihadiri kira-kira 250 orang penyokongnya disini semalam.

Seterusnya Baca di Utusan Online

Ahad, Januari 22, 2012

Bakal Maharaja Indonesia jauh lebih kaya daripada bakal PM Malaysia !!!

Kamal Ashnawi (gambar) mendakwa beliaulah merupakan individu terkaya di dunia dengan memiliki aset harta bernilai 5 trilion Euro bersamaan dalam mata wang Malaysia RM20 trilion.

Anak kelahiran negeri Perak ini juga mendakwa beliau berasal dari keturunan raja Jawa di Indonesia dan akan ditabal sebagai Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi. Kalu tak caya bacalah kat sini di Utusan Online pagi minggu he he he

***Parah betullah kalau macam ni, ingatkan Anwar Ibrahim saja yang mengidap masalah kekeliruan serta mengelirukan sebegini tetapi rupanya ada juga yang lain ;-))

Arkib Blog