Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Januari 13, 2012

Sejak bila orang PKR kenal istilah "menghina mahkamah"?

Tindakan beberapa puak-puak yang ada dalam PKR membuat laporan polis terhadap blogger Papa Gomo kononnya menurut mereka blogger berkenaan telah menghina mahkamah ekoran ulasan beliau mengenai keputusan hakim yang melepas dan membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhari Azlan 3 tahun lalu sebagai tindakan yang amat lucu dan kelakar sekali.

Sumber berita tentang AMK yang membuat laporan polis terhadap Papa Gomo kita terjah blog Blog Pemikir Politik Jerantut .

Selama prosiding kes liwat II ini berlangsung lebih 3 tahun pernah tak Anwar Ibrahim atau penyokong PKR menerima segala keputusan mahkamah? Pernah tak mereka menghormati hakim yang membicarakan kes liwat? Yang menjaja kes liwat II yang sedang dibicarakan di mahkamah sehingga keliling dunia kalau bukan Anwar Ibrahim sendiri, siapa lagi?

"Dalam kepala saya ada otak, kepala Azmin tak ada," - Tun Dr M

Jawapan bersahaja dari YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung serangan kedua oleh "jambu otai" Anwar Ibrahim iaitu Azmin Ali terhadap dirinya yang menggunakan perkataan paling tidak senonoh "kepala otak kau" pastinya akan membuat Timbalan Presiden PKR itu menjadi sasau dan gila. Ceritanya ada di Utusan Malaysia Online hari ini.

Umum memang tahu bahawa Azmin Ali adalah pasangan gay terawal Anwar Ibrahim selain Sukma Susmitatdarmawanwidjayakesumatmadjagayindonesa yang juga merupakan madu kepada Wan Azizah Wan Ismail Presiden PKR iaitu ibu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar Naib Presiden PKR.

Dalam apapun jua keadaan, kepala Azmin Ali yang sudah sarat dan berkarat dengan najis Anwar Ibrahim memang payahlah nak dicuci dan ditanggalkan lagi walau dengan bahan peluntur seperti klorex sebab bila ianya sudah sebati memang begitulah selamanya. Apa-apapun kenyataan yang mengusik Anwar Ibrahim pasti akan disambut Azmin Ali dengan perkataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin parti dan rakyat seperti dia.

Khamis, Januari 12, 2012

Peguam Negara jangan pula 'keberatan' walaupun diugut oleh Majlis Peliwat!

Kita rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan dahaga keadilan memang sangat mengharapkan supaya Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail tidak akan mengikut jejak langkah hakim Datuk Zabidin Mad Diah yang "keberatan" untuk menjatuhkan hukum ke atas Anwar Ibrahim selepas dibicarakan berhubung kesalahan meliwat pembantu peribadinya 3 tahun yang lalu.

Biarkan saja hakim berkenaan dengan sikap "keberatan"nya dalam memutuskan penghakiman beliau terhadap Anwar Ibrahim kerana itu adalah hak dan plihan beliau dan kita semua sebagai rakyat Malaysia juga tidak harus "keberatan" untuk menerima keputusan yang beliau buat itu dan dengan hati yang lapang menerima keputusan 3 minit yang beliau buat.

Oleh itu kita sangat mengharapkan agar Tan Sri Ghani Patail tidak "keberatan" menerima cadangan dari pasukan pendakwaraya untuk kes liwat II supaya memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan secepat mungkin sebelum tempoh sepuluh hari iaitu selepas keputusan dibaca pada Isnin 9 January tamat minggu hadapan.

Dan yang tidak kurang pentingnya adalah Peguam Negara tidak harus tunduk dan takut dengan desakan oleh Majlis Peliwat yang sedang berusaha untuk menggagalkan proses rayuan kes liwat II ke Mahkamah lebih tinggi. Saya setuju dengan Papa Gomo supaya Peguam Negara lebih berani dari Datuk Yusof Ketua Pendakwaraya dan tiada alasan "keberatan" lagi untuk tidak mahu membawa kes liwat II ke Mahkamah Rayuan untuk dinilai oleh 3 hakim.

Rabu, Januari 11, 2012

Liwat II: Anwar Ibrahim tersentak dengan kebangkitan bapa Mohd Saiful !


Baru saja Anwar Ibrahim serta konco-konconya berkira hendak menjelajah ke seluruh negara bagi meraikan pembebasan beliau oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lepas atas tuduhan meliwat pembantu peribadi merangkap pembancuh kopinya, tanpa pihak Anwar sangka dan duga bapa kepada Mohd Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim hari ini telah tampil menggesa pihak Peguam Negara agar memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan untuk diteliti semula semua hujah sepanjang perbicaraan kes liwat II yang berlangsung selama hampir tiga tahun serta juga menilai semula keputusan penghakiman oleh hakim Datuk Zabidin Mad Diah.

Disamping itu juga Azlan Mohd Lazim turut membidas pihak Majlis Peguam yang dilihat cuba mempengaruhi Peguam Negara terutama Tan Sri Ghani Patail berhubung dengan cadangan rayuan atas keputusan kes liwat II dimana Majlis Peguam sedang berusaha untuk menghalang kemaraan pihak Mohd Saiful dalam mendapatkan keadilan bagi diri serta keluarganya.

Walau apapun diharapkan sangat agar pihak Majlis Peguam duduk diam baik-baik dan tidak perlu cuba menghasut pihak lain untuk terpengaruh dengan permainan kotor mereka. Sebelum inipun kita sedar betapa Majlis Peguam adalah dalang atau penyokong kuat kepada dua perhimpunan haram iaitu BERSIH 2.0 dan juga Seksualiti Merdeka namun kali ini hari ini Majlis Peguam perlu menjauhkan diri mereka dari terlibat dalam mengatur pendirian yang akan dbuat oleh Peguam Negara berhubung dengan gesaan yang dibuat oleh bapa Mohd Saiful.

Majoriti rakyat Malaysia akan terus memberi sokongan padu kepada perjuangan Mohd Saiful sehingga beliau mendapat keadilan yang sewajarnya !

Liwat II: ulasan tepat Papa Gomo tentang keputusan Hakim Mee Segera !

Ada dua baris kenyataan bagi alasan penghakiman yang dibuat oleh Hakim kes liwat II yang membawa kepada pembebasan Anwar Ibrahim dari dikenakan tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan terus dipersoalkan oleh ramai orang.

Tak apa, ini negara demokrasi, kita bebas untuk memberikan pendapat masing-masing selagi ianya tidak mengancam keselamatan negara dan selagi apa yang kita nyatakan itu tidak melampaui batasan undang-undang negara.

Saya yakin pihak berkuasa akan bersikap adil dengan semua pihak. Jika selama ini puak-puak Pakatan Haram dibiarkan bebas untuk mengeluarkan bermacam-macam kenyataan menerusi media-media yang kadangkala memang keterlaluan tanpa sebarang tindakan, apa salahnya kita yang pro-kerajaan sekali-sekala diberi layanan serupa agar apa yang terbuku dikalbu dapat dikongsi bersama dengan yang lain.

Ok, berbalik kepada kenyataan atau alasan penghakiman kes liwat II, saya amat tertarik dengan ulasan yang dibuat dua kali berturut-turut oleh saudara blogger hebat Papa Gomo dimana ulasan beliau yang berkisar kepada dua alasan berikut saya dapati amat tepat sekali dan pihak berwajib perlu ambil perhatian mengenainya.

Alasan pertama;
"Mahkamah tidak dapat memastikan 100 peratus bahawa integriti sampel DNA yang dikemukakan sebagai bukti tidak terusik"

Alasan kedua;
"dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan"

Kepada Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail, tolong baca ini dan dapatkan keadilan untuk mangsa liwat Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan ! Jangan nafikan hak beliau untuk mendapat keadilan yang sebenar ! bertahun-tahun beliau memperjuangkan keadilan untuk satu kebenaran namun akhirnya cuma dalam masa 3 minit harapan itu seakan-akan telah punah...

Selasa, Januari 10, 2012

Video seks 2011 pula menyusul ? Mana janji ? Mana Peguam Negara ?

Hari ini sudah memasuki hari kedua selepas keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sebelum ini ketika satu sidang media khas oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berhubung dengan isu video seks yang turut membabitkan Anwar Ibrahim, beliau berjanji sebaik selesainya perbicaraan kes liwat II dan keputusan telah dibuat maka menyusul selepas itu pendakwaan di mahkamah terhadap Anwar akan dibuat berikutan aksi seks dalam video klip bersama dengan seorang pelacur wanita China.

Seluruh rakyat Malaysia kini tengah menunggu apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak Peguam Negara berhubung dengan laporan polis yang dibuat terhadap pelakon lelaki dalam video seks tersebut. Apakah dalam keadaan sekarang ini tatkala pencacai-pencacai Anwar masih bergembira meraikan pembebasan Anwar, Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail berani untuk mengheret Anwar Ibrahim sekali lagi ke muka pengadilan ?

Seks bebas 901: berapa Pakatan Haram beli hakim untuk lepaskan Anwar?

Sekarang kita mesti tanya balik, berapakah jumlah bayaran yang diberikan oleh pihak Pakatan Haram terdiri daripada DAP, PKR dan PAS kepada hakim yang mengadili kes liwat II sehingga terlepasnya Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat pembantu peribadinya?

Dulu sudah menjadi satu kebiasaan bagi puak-puak Pakatan Haram melempar berbagai-bagai tuduhan liar sesuka hati kepada pihak yang mereka benci seperti Polis, SPRM, Kastam, badan kehakiman sekiranya perkara yang dilakukan oleh pihak-pihak berkenaan tidak menguntungkan mereka

Contohnya kalau sesuatu keputusan melibatkan kes tertentu membabitkan puak-puak mereka dimahkamah apabila tidak memihak kepada mereka maka pasti yang akan dipersalahkan dengan bermacam-macam tuduhan serta fitnah adalah pihak kerajaan, pihak polis kononnya mengawal kebebasan hakim, mahkamah dibeli dan sebagainya.

Oleh itu, apabila semalam hakim Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan untuk membebas serta melepaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat Mohd.Saiful atas sebab tidak cukup bukti, sebelah kita pula perlu tanya kembali kepada mereka, berapa jumlah wang yang digunakan oleh pihak Pakatan Haram dalam mengaturkan keputusan kes liwat II?

Rakyat Malaysia kini sudah boleh bebas untuk bertanya.  Dari segi hak, kita memang berhak untuk bertanya apa saja dan patut tahu kedudukan sebenar dari keputusan itu dan pihak Pakatan Haram pembangkang tiada kuasa untuk menyekat kebebasan ini untuk turut sama dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia yang lain sebagaimana yang diberikan kepada mereka.

Seks bebas Anwar 901: SPRM perlu siasat Karpal Singh !

Sehari sebelum keputusan membebas dan melepaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dibuat oleh mahkamah, ketua peguambela Karpal Singh awal-awal lagi sudah meyakinkan orang ramai bahawa mahkamah tidak akan mensabitkan Anwar dengan tuduhan itu apabila esoknya, 9 January 2012 hari Isnin Hakim Datuk Mohd Zabidin Mad Diah akan melepas Anwar dari dakwaan meliwat mangsa.

Karpal Singh telah mendahului keputusan yang dibaca oleh Datuk Mohd Zabidin. Seolah-olah keputusan yang dibuat oleh mahkamah semalam ada kaitannya dengan apa yang telah dinyatakan oleh Karpal Singh sehari sebelum itu.

SHAH ALAM: DAP semalam menyatakan sokongan penuh terhadap Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri walau apapun keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kes liwat ketua pembangkang itu.

Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh berkata, DAP tidak memerlukan perdana menteri alternatif kerana yakin Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan disabitkan kesalahan. - Bernama 8 January 2012.

Isnin, Januari 09, 2012

Liwat II: undang2 rimba tidak membawa apa2 makna bagi rakyat biasa !

Walau sekuat manapun bukti dikemukan untuk sesuatu kes yang dibicarakan jika ianya datang dari mangsa kelas biasa bukan orang ternama pasti tidak akan membawa sebarang makna lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak punya sumber yang tetap pasti mereka akan terima penindasan dari segi hak.

Kalau yang tertuduh adalah mereka yang punya kekuatan luarbiasa terutama dari segi punca kewangan serta sokongan padu dari pihak asing pasti selama mana atau sekerap manapun penangguhan dibuat keputusan pasti akan tetap akan menyebelahi mereka.

Lainlah kalau kita semua sama taraf, punya nama, wang, harta serta kuasa mungkin keputusan boleh jadi seri 0-0.

Dalam rimba, puak-puak yang kuat seperti harimau, singa, beruang tetap akan menang jika beradu kekuatan dengan puak-puak seperti pelanduk, kijang, rusa dan sebagainya...

Jumaat, Disember 30, 2011

BEBAS 901: sejak bila pula masanya Anwar tidak pernah bebas?

Yang pastinya Anwar Ibrahim adalah satu-satunya pemimpin selaku warganegara Malaysia yang menikmati kebebasan sangat luarbiasa daripada pihak pemerintah yang mungkin tidak pernah sama sekali dinikmati oleh mana-mana rakyat di negara ini tak kira apapun latar belakang mereka samada mereka itu rakyat biasa, wakil rakyat, pemimpin masyarakat, bekas banduan, bakal banduan, gay, lesbian, golongan profesioal, peguam, ahli korporat, peliwat, perogol, peragut, penjenayah dan sebagainya.

Walaupun terikat dengan kes liwat II yang tertangguh sejak sekian lama di mahkamah namun Anwar Ibrahim masih terus mengecapi kebebasan yang begitu istimewa sekali malah boleh dikatakan kebebasan yang diberikan oleh pihak berkuasa kepada beliau sudah keterlaluan dan melampau had kebebasan yang tidak sepatutnya yang tidak pernahpun sebelumnya diberikan kepada rakyat biasa yang lain sehingga memperlihatkan seolah-olah beliau tidak menghadapi sebarang dakwaan salahlaku dan ini telah memberi suatu kelebihan atau ruang kepada Anwar untuk terus berbuat apa saja tindakan tanpa mengambil kira akan akibatnya selepas itu kepada sistem perundangan di negara ini.

Anwar Ibrahim tidak pernah menghadapi sebarang masalah untuk keluar masuk negara. Passport antarabangsa beliau sejak diuruskan pelepasannya daripada Jabatan Imigresen oleh YB Khairy Jamaluddin sehingga kini tidak pernah lagi ditahan oleh pihak berkuasa berkaitan selepas itu walaupun sudah banyak kali desakan telah dibuat agar passport antarabangsa beliau dirampas dan ditahan ekoran tindakan berterusan Anwar yang sering memburuk-burukkan Malaysia ketika berada diluar negara.

Malah di dalam negara, Anwar Ibrahim bebas untuk bergerak ke mana saja yang dia suka dan tidak ada sebarang halangan daripada pihak berkuasa terhadap beliau untuk berjumpa dengan orang ramai walau di mana saja, bebas berucap, bebas menabur fitnah, bebas menghasut sesiapa saja agar percaya dengan cerita yang beliau bawa, bebas bertanding sebagai wakil rakyat dan semua itu dilakukan atas nama perjuangan politik yang menjadi tiket untuk membolehkan beliau terus bebas meracuni pemikiran rakyat.

Kini apabila badan perundangan itu sendiri pula sedang berhadapan dengan asakan daripada pihak penyokong Anwar Ibrahim yang kini giat berkempen dan berusaha dalam menentukan pembebasan Anwar dari tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, apakah belum terbuka lagi mata pihak kerajaan khususnya Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) untuk melihat betapa kebebasan yang dikurniakan kepada Anwar Ibrahim oleh pihak berkuasa selama ini nyata lebih banyak mendatangkan kesan yang amat buruk daripada kebaikan.

Nga Kor Ming terima Peluru Berpandu Patriot Anti-Sekupang Dua

Kalau masa perang Teluk di Iraq dulu kita pernah dengar tentang peluru pemintas atau lebih dikenali sebagai peluru berpandu scud Iraq serta peluru pemintas maklumat iaitu peluru berpandu patriot anti-satelit milik tentera tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat bagi mematah ataupun mendapatkan setiap sumber maklumat ketenteraan antara kerajaan Saddam Hussein dengan tentera Iraq.

Tetapi lain pula halnya dengan Ahli Parlimen Taiping Perak Nga Kor Ming, sebaik saja penulis blog Sekupang Dua terima surat saman daripadanya, beliau pula telah terima peluru hidup atau mati daripada pihak yang tidak diketahui. Peluru jenis apa ye? Kalau takat peluru saja tak perlu takutlah, bukan boleh buat apapun dan lagi bukannya macam bom jangka yang boleh meletup secara tiba-tiba kalau diusik.

Macam kisah "tukar suka sama suka" lah pula keduanya, kan. Apa-apapun, syabas dan tahniah kepada bro Sekupang Duas...anda berani bertindak atas lndasan kebenaran tak macam Milo Suam yang semakin Basi,,,

Khamis, Disember 29, 2011

Gambar 98% seksi dedah aurat anak sedare Imam Mahgay !

Tergamam dengan pengisytiharan Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahgay, anak Azmin Ali yang juge anak sedare kepada Anwar telah menjadi sangat teruja dan terkejut sehingga terlucut segala pakaian yang dipakainya. Gambar ini saya perolehi dari laman rakan facebook, Mamluk Qalawun.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur tak pernahpun berpakaian macam ni tapi hari-hari teruk kena kutuk oleh puak Pakatan Haram, mereka seringkali mempertikai pakaian Datin Seri Rosmah selaku wanita pertama sebuah negara Islam tetapi apa pula kata mereka selepas ini sebaik saja melihat aksi terlampau generasi ketiga dalam Pakatan Haram,,, anak si Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR !

Nabi Am PAS & Imam Mahgay PKR serupa saja, 2X5...pembohong!

Alangkah malunya Nabi Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat selaku seoang Nabi yang baru dilantik apabila kedapatan berbohong ekoran makluman yang dibuat beliau melalui media utama parti berkenaan HarakahDaily bahawa kemelut dalaman parti PAS yang melibatkan Datuk Hassan Ali, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Mustafa Ali kini telahpun selesai berikutan permohonan maaf sesama mereka yang terlibat dalam krisis baru-baru ini.

Sumber saya dari blogger Pisau di siya.

Nampak gayanya antara Nabi Am Pas itu dengan Imam Mahgay dari PKR, Anwar Ibrahim semakin banyak persamaan..suka main sorong tarik, suka cakap berbelit-belit dan terbaru nyata berbakat dalam membuat cerita bohong kononnya Datuk Hassan Ali sudah meminta maaf padahal ianya telah dinafikan oleh empunya badan yang tegas beliau tidak sama sekali pernah memohon maaf kepada Nabi Am PAS itu.

Patutnya apabila sudah dinaikkan pangkat sebagai seorang Nabi mestilah kena bersikap jujur dan ikhlas, baru orang akan hormat...

Liwat II: perhimpunan Bebas Anwar 901 menyekat kebebasan hakim !

Dulu sekiranya terdapat kes salahlaku yang melibatkan beberapa pemimpin teritinggi daripada Barisan Nasional yang telah ataupun yang sedang dibicarakan di mahkamah tetapi mengapak sekarang pihak pembangkang yang satu ketika dulu begitu lantang sekali bersuara menuduh para hakim dikawal, disekat kebebasan mereka dalam menentukan bentuk hukuman terhadap mereka yang disabitkan dengan kes yang dibicarakan telah bertindak sebaliknya pulak apabila mereka sendiri kini sedang giat berusaha untuk mempengaruhi keputusan hakim agar melepaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat pembantu perbadinya Mohd. Saiful Azlan Bukharry?

Dalam kes yang melibatkan bekas Ketua Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, bekas Menteri Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan bekas Menteri Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam misalnya, pihak Pakatan Haram awal-awal lagi telah membuat kesimpulan dan menuduh bahawa ada campurtangan kerajaan dalam menentukan keputusan yang dibuat walaupun kes sedang dalam perbicaraan dan mendakwa kebebasan Hakim disekat serta tiada kebebasan undang-undang di negara ini.

Tetapi bagaimana pula dengan tindakan terkini oleh pihak Pakatan Haram khususnya PKR yang mahu mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 9 January 2012 depan bertujuan untuk mendesak hakim agar membebaskan Anwar dari kes liwat IInya? Mengapa mereka tidak memberi ruang kepada badan kehakiman di negara ini untuk membuat keputusan secara bebas sebagaimana yang dikehendaki ramai terutama oleh mereka sendiri sebelum ini? Mengapa harus mengawal dan menyekat kebebasan hakim?

Rabu, Disember 28, 2011

Polis di serang! ada pihak Pakatan Haram bangkit untuk membela?

Seorang pegawai polis Inspektor Mohd. Firdaus Zainal 29 telah menjadi mangsa tetakan oleh seorang lelaki penduduk kampung di Kedah yang naik berang dan tiba-tiba hilang kawalan diri sebaik mengetahui bahawa kehadiran pegawai polis tersebut ke rumahnya tengah hari semalam yang terletak di Kampung Gelam 2, Alor Pudak, Bukit Besar Yan Kedah bertujuan untuk menyerahkan satu notis saman berkaitan dengan satu perbuatan khianat yang pernah berlaku awal tahun ini melibatkan suspek. Berita lanjut di Utusan Malaysia

Difahamkan bahawa Inspektor Mohd. Firdaus yang dikatakan datang ke rumah lelaki berkenaan bersama dengan beberapa orang anggotanya tanpa membawa sebarang senjata terpaksa mempertahankan diri mereka dari menjadi serangan suspek yang ketika itu bersenjatakan parang panjang cuma berusaha melarikan diri namun gagal berbuat demikian apabila beliau dan seorang lagi anggota polis tidak sempat untuk mengelak parang yang digunakan oleh lelaki itu dari mengenai tubuh mereka.

Sekarang ini agak berlainan, jika dulu pihak polis sering menjadi bahan cacian dan maki hamun oleh pihak-pihak yang pro-Pakatan Haram apabila mereka terlibat di dalam insiden-insiden tertentu yang tidak di sengajakan ketika menjalankan tugas penguatkuasaan menjaga ketenteraman awam contohnya sewaktu berlaku kejadian tidak disengajakan menimpa seorang pelajar iaitu Aminul Rashid yang meninggal dunia setelah terkena tembakan polis gara-gara keengganan pelajar terbabit memberhentikan kereta yang dipandunya dalam keadaan yang mencurigakan untuk diperiksa.

Ekoran tragedi tersebut berbagai desakan demi desakan telah dibuat oleh pihak keluarga allahyarham Aminul Rashid dan juga oleh pihak Pakatan Haram yang meminta agar kerajaan Malaysia menubuh satu Suruhanjaya Di Raja yang bebas untuk menyiasat kejadian itu dan seperti yang diduga kerajaan menurut saja apabila bersetuju menubuhkan Tribunal bebas untuk menyiasat punca kematian Aminul.

Jadi bagaimana pula dengan kes yang ini apabila berlaku anggota polis yang telah menjadi mangsa penjenayah? Ada tak sebarang desakan dibangkit oleh pihak Pakatan Haram supaya kerajaan berbuat sesuatu untuk membela nasib pegawai polis tersebut yang kini terlantar di wad hospital akibat serangan oleh lelaki gila?

Mengapa ya? semakin tinggi mereka belajar makin bodoh pulak !

Setahu saya mereka bergelar mahasiswa yang pergi menuntut ataupun belajar ke pusat-pusat pengajian tinggi tidak kira samada swasta mahupun awam bukannya lamapun cuma untuk tempoh beberapa tahun saja dan jarang yang kita dengar sampai melebihi enam tahun.

Tetapi mengapa mereka harus mensia-siakan masa emas yang mereka perolehi itu yang sepatutnya untuk menuntut ilmu bagi bekalan untuk masa depan diri, keluarga dan bangsa dengan perkara-perkara yang nyata tidak berfaedah sama sekali seperti melakukan berbagai-bagai aktiviti protes terhadap pihak kerajaan yang selama ini telah banyak menyediakan bermacam-macam bentuk kemudahan untuk mereka mendapatkan ilmu?

Bukan semua anak-anak muda khususnya lepasan sekolah di negara ini yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi sebagaimana yang diterima oleh kebanyakkan pelajar yang sudah berjaya diterima masuk ke IPTS atau IPTA contoh seperti Adam Adli serta serta mereka yang lain yang menubuh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang kemudiannya bertindak umpama seekor anjing yang tersepit akan menggigit balik tangan orang yang telah membantu melepaskannya dari tersepit.

Di Sarawak dan di Sabah, bukan sedikit jumlahnya mereka yang telah habis belajar di sekolah menengah yang berusaha memohon untuk mendapat tempat di institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam negara ini bagi meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi lagi namun ada yang terpaksa akur dan menerima keadaan apabila gagal di terima masuk atas banyak sebab seperti gagal menerima pinjaman pelajaran dan sebagainya.

Tetapi yang peliknya mengapakah mereka yang sudah berjaya diterima masuk ke pusat-pusat pengajian tinggi telah menyalahgunakan peluang yang mereka perolehi itu untuk tujuan yang lain sehingga sanggup pula mengabaikan tujuan sebenar mereka sebelum ini iaitu sebelum menjejakkan kaki ke institusi tertentu di negara ini?

Sepatutnya apabila semakin tinggi mereka pergi untuk belajar maka semakin matang dan semakin cerdiklah cara mereka berpikir sebelum bertindak dan bukan sebaliknya...

Selasa, Disember 27, 2011

Sudah lengkap? DAP ada Khalifah, PAS ada Nabi & PKR ada Imam Mahdi !

 Setiausaha Agung Parti Tindakan Tidak Demokratik merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah diangkat dan diiktiraf sebagai seorang Khalifah setaraf dengan Khalifah Umar Abdul Aziz oleh pencacai-pencacai dalam Parti Islam Se-Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu.
 Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat merupakan salah seorang pemimpin seterusnya dari kalangan pemimpin Pakatan Haram pembangkang yang dinaikkan pangkat dari seorang Ularmak PAS kepada seorang Nabi.
Terbaru dan masih hangat!!! Penasihat Parti Keadilan Rakyat yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen Anwar Ibrahim yang sebelum ini telah diakui sendiri oleh isterinya sebagai 'anugerah Tuhan' kepada Malaysia terus mendapat pengiktirafan baru dari pengikut Pakatan Haram sebagai Imam Mahdi yang akan menjelma pada akhir zaman.

Memang gila! memang gila sudah pencacai-pencacai pemimpin Pakatan Haram di negara ini. Belum pernahpun dilakukan oleh mana-mana pemuja pemimpin politik negara lain di dunia ini seperti yang dilakukan oleh para pengikut Pakatan Haram itu. Akibat terlalu taksublah tu.

Penyokong-penyokong pemimpin Parti Republikan, Parti Demokrat, Parti Buruh di negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Australia, negara-negara Eropah mahupun negara-negara Arab sendiri juga tidak pernah taksub sampai ke tahap sehingga boleh merosakkan iman sebegitu rupa seperti yang telah dilakukan oleh para penyokong Pakatan Haram.

Kalau nak berpolitik tu maka berpolitiklah secara sihat atau sekurang-kurangnya dengan cara yang boleh diterima akal sedikit dan tak patutlah semua perkara ataupun perkara yang bukan-bukan juga mahu diheret sama ke dalam politik liar mereka.

Malaysia Boleh!!! Anwar jadi Imam Mahdi dan Nik Aziz jadi Nabi !

Rakyat negara yang mana tidak akan merasa berbangga apabila ada dikalangan pemimpin parti politik di negara mereka secara tiba-tiba telah dinaikkan pangkat sebagai seorang nabi dan selang beberapa bulan selepas itu seorang lagi turut diisytiharkan sebagai Imam Mahdi.

Umum tahu bahawa seluruh rakyat Malaysia sebelum ini gempar sebaik mengetahui yang Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat telah naik pangkat daripada seorang Mursyidul Am PAS menjadi seorang rasul atau nabi, wah hebat sesangat tu...Malaysia Boleh!!!

Tau-tau hari ini iaitu beberapa minggu selepas kejadian Datuk Nik Aziz diisytihar sebagai rasul, seorang lagi pemimpin politik Malaysia iaitu Anwar Ibrahim juga telah naik pangkat dari Penasihat PKR merangkap Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia menjadi Imam Mahdi pulak...wow!!!..betul-betul banggalah he he

Untuk seterusnya kita bersama dengan Dr Navandri atau MIM , Badrol Amin yang isytiharkan sebaik saja Anwar Ibrahim diangkat sebagai Imam Mahdi beliau akan membebaskan Masjid Al Aqsa dari cengkaman rejim Yahudi iaitu sekutu PKR sendiri...

Video: KY Jelly 1151 vs Bebas Anwar 901



Ceramah amat menarik oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru YB Datuk Zulkifli Nordin dari Kuala Terengganu, Terengganu yang berkisar dengan isu kes liwat II Anwar Ibrahim terhadap pembantu peribadinya Mohd. Saiful Azlan Bukhary.

Bekas orang kuat PKR ini sudah semestinya ada banyak rahsia yang tidak diketahui oleh kebanyakkan penyokong Anwar Ibrahim termasuklah segelintir mahasiswa-mahasiswa yang secara membabi-buta percaya dan menyokong gerakan yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang itu.

Sesetengah mahasiswa yang pro-Pakatan Haram seperti Adam Adli harus berkongsi cerita tentang siapa Anwar Ibrahim sebenarnya daripada Datuk Zulkifli yang bukan saja bekas pemimpin dalam PKR malah jauh daripada itu beliau adalah antara pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersama-sama mereka yang lain yang akhirnya bertindak meninggalkan PKR setelah tertipu dengan tipudaya Anwar Ibrahim.

Isnin, Disember 26, 2011

Siswa lain timba ilmu tapi Adam Adli timba taik Anwar !

 Saya semakin naik heran, kebebasan akademik yang macam mana lagi yang hendak diperjuangkan oleh Adam Adli serta rakan-rakan mahasiswa beliau yang pro-Pakatan Haram. Tambah hairan lagi apabila perjuangan Adam Adli itu telah mendapat sokongan kuat daripada Anwar Ibrahim, A. Samad Said dan barisan pemimpin parti Pakatan Haram yang lain.
Nak dikatakan Adam Adli itu bodoh atau bangang memang susah juga sebab dia adalah seorang mahasiswa iaitu orang yang terpelajar dan boleh dikategorikan dalam golongan mereka yang cerdik pandai, berpendidikan tinggi serta berilmu.

Masalahnya di sini ialah apabila Adam Adli sanggup bertindak keterbelakang atau lebih kurang memang tidak bertamadun ekoran tindakan bodoh dan biadapnya menurun bendera gambar wajah Datuk Seri Najib yang dikibar di bangunan PWTC baru-baru ini nyata tidak mencerminkan beliau adalah seorang yang terdidik.

Zaman ini adalah zaman IT memang mudah sangat untuk kita menyuarakan atau mengenengahkan apa jua masalah kita kepada para pemimpin negara termasuk Perdana Menteri sendiri. Tidak payahlah untuk kita bersusah payah hendak turun berarak beramai-ramai, berhujan panas di atas jalanraya semata-semata untuk menyampaikan sekeping memo kepada pihak yang berkenaan.

Seperti YAB Datuk Seri Mohd Najib, beliau telah lama memiliki akaun facebook, twitter serta laman blog sendiri yang mudah untuk dilayari oleh sesiapa saja dan kita semua boleh melayari dan menjadi rakan dalam laman sosial milik beliau tanpa perlu membayar walau sesenpun. Tetapi yang peliknya, kenapa peluang sebegini tidak digunakan oleh Adam Adli selaku mahasiswa untuk meluahkan apa saja perkara yang terpendam dilubuk hati beliau terus kepada Perdana Menteri tanpa terlebih dulu perlu melalui pihak lain.

Itulah yang anehnya tentang Adam Adli ini, di saat mahasiswa yang lainnya sedang sibuk mengejar masa untuk menimba ilmu sebanyak mana yang mungkin tetapi beliau pula asyik sibuk dengan hal lain iaitu untuk menjayakan agenda yang telah diletak Anwar Ibrahim ke atas bahunya.

Dan yang menghairankan juga tentang tindakan biadap Adam Adli baru-baru ini ialah, dikala kerajaan Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib sedang giat memperkenalkan dasar keterbukaannya dalam menguruskan pentadbiran negara, tetapi mengapakah Adam Adli seperti tidak mampu melihat akan hakikat itu apabila kumpulan mahasiswa yang dipimpinnya terus juga berarak di atas jalanraya sambil menjerit, memekik, melolong bagai orang gila dan terus melangkah sumbang dengan bermacam-macam sepanduk.

Arkib Blog