Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Oktober 19, 2011

Batasan MALINDO: ada sebab lain mengapa Indonesia tak setuju isu sempadan ke ICJ

 Semalam Ketua Umum Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Republik Indonesia Mohamad Taufik Kiemas serta rombongan telah membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib serta turut mengunjungi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Lawatan tersebut dilihat sebagai ada hubungkaitnya dengan isu-isu berbangkit antara dua negara Malaysia-Indonesia sejak akhir-akhir ini. Terbaru hubungan dua hala kedua-dua negara telah dihangatkan dengan tuduhan oleh pihak Indonesia yang mendakwa pihak Malaysia telah mengambil lebih 1,400 hetktar tanah dalam wilayah Camar Bulan Kalimantan Barat dan juga 800 hektar kawasan garis pantai di Tanjung Datu.

Pada sidang media selepas bermesyuarat dengan wakil Malaysia yang diketuai oleh Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Mohamad Taufik Kiemas dalam pada itu telah meminta pihak media kedua-dua negara lebih bertanggungjawab dalam laporan mereka terutama yang melibat kepentingan antara dua negara.

Mohamad Taufik dalam sidang media itu juga turut menjelaskan bahawa kerajaan Indonesia tidak mampu untuk berbuat apa-apa terhadap media di negara mereka sebab media Indonesia adalah bersifat bebas dan adalah sukar untuk pihak berkuasa di sana mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka sekiranya ada laporan yang mereka akan menyebabkan tercetusnya berbagai konflik antara Malaysia dengan Indonesia.
Sementara itu, Timbalan beliau pula, Hajriyanto Yassin Thohari yang turut serta dalam rombongan itu memberitahu bahawa kerajaan Indonesia belum bersedia untuk membawa isu sempadan antara kedua negara ke Mahkamah Timbang Tara di The Huge Belanda terutamanya yang melibatkan sempadan darat antara wilayah Kalimantan-Sarawak serta sempadan laut di Ambalat di Sabah sebagaimana yang dicadangkan oleh Malaysia kerana menurutnya Indonesia masih percaya bahawa masih ada ruang bagi kedua-dua belah pihak untuk menyelesaikannya dengan cara rundingan melalui semangat serumpun dua negara bersaudara.

Jika menurut maklumat rasmi daripada pihak kerajaan Malaysia, rundingan serta mesyuarat yang diadakan untuk tujuan berbincang bagi menyelesaikan masalah dua hala yang seringkali berbangkit termasuklah tentang isu sempadan kedua negara telahpun berlangsung sebanyak lapan belas kali tetapi kejayaan yang diharapkan daripada pertemuan itu nyata tidak membuahkan sebarang hasil malah pihak Malaysia bukan saja setakat sekali dua telah menjadi mangsa provokasi pihak tidak bertanggujawab di Indonesia tetapi sudah lebih berbelas kali.

Sudah banyak kali Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menjadi sasaran penunjuk perasaan di Indonesia, begitu juga dengan bendera kebangsaan Jalur Gemilang yang dibakar, dipijak dan dikoyak semuanya dilakukan oleh rakyat Indonesia sebagai menunjukkan kepada dunia betapa mereka sangat membenci Malaysia iaitu sebuah negara yang menjadi lubuk kepada ratusan ribu warga Indonesia yang mencari rezeki bagi menampung kehidupan keluarga mereka yang ditinggalkan di Indonesia.

Bagi saya, alasan yang dikemukakan oleh Ketua Umum MPR-RI Mohamad Taufik bahawa kerajaan Indonesia tidak mampu berbuat apa-apa terhadap pihak media negara mereka yang sengaja menerbitkan berita tidak benar serta suka mensasikannya sehingga menimbulkan suasana tegang dalam hubungan Malaysia-Indonesia hanya kerana media mereka bersifat bebas adalah sesuatu perkara yang tidak masuk akal sama sekali.

Sebagai sebuah kerajaan yang mendapat mandat yang sah melalui sistem demokrasi, sudah tentulah sesebuah kerajaan yang ditubuh itu sudah memiliki kuasa dalam menentukan cara bagaimana mereka harus memastikan agar keamanan, kedaulatan negara serta hubungannya dengan negara lain terus terpelihara. Dan sesebuah kerajaan itu memang bertanggungjawab penuh terhadap apa yang dilakukan oleh mana-mana warganya termasuklah para pengamal media kerana walau mereka dikatakan bebas namun tetap tertakluk dibawah undang-undang negara.

Di sinilah saya nampak betapa peliknya, bagaimana kerajaan Indonesia dikatakan telah tidak berupaya untuk bertindak ke atas para pengamal media di negara berkenaan terutama media yang sering menyebarkan berita palsu atau yang berbentuk hasutan, yang sengaja membuat fitnah serta memburuk-burukkan negara lain didalam laporan mereka, yang menghasut rakyatnya untuk menyerang mana-mana kepentingan negara yang dimusuhi di negara mereka sehingga menimbulkan keadaan yang sungguh tegang.

Dan begitu juga dengan pengakuan yang dibuat oleh Timbalan Ketua MPR-RI iaitu Hijriyanto Yassin Thohari yang percaya dan mengaku bahawa masih ada ruang-ruang untuk negaranya serta Malaysia melalui jalan rundingan dalam mencari apa jua cara penyelesaian berhubung dengan isu-isu yang berbangkit antara keduanya tanpa memerlukan campur tangan pihak ketiga seperti Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang ada di The Huge Belanda.

Seperti apa yang kita semua sudah sedia maklum ialah, sudah banyak kali juga rundingan demi rundingan diadakan oleh kedua-dua pihak Malaysia dengan pihak Indonesia mengenai masalah yang tertentu tetapi kenapa sering saja rakyat sebelah pihak Indonesia seolah-olah tidak pernah menghargai segala usaha yang telah dilakukan oleh kedua negara berjiran ini dan mereka seperti memang sengaja untuk menimbulkan masalah diantara Malaysia dengan negara mereka.

Apakah kerajaan Indonesia hanya menutup mata dengan apa yang dimulai oleh rakyat mereka sendiri? Kenapa kerajaan Indonesia seperti cuba untuk memperlekehkan dengan menyatakan bantahan mereka terhadap usaha oleh kerajaan Malaysia yang mahu masalah antara keduanya dibawa ke hadapan Mahkamah Timbang Tara di Belanda sebagai jalan penyelesaian yang terbaik dalam usaha menamatkan masalah yang membelenggu kedua-dua negara selama ini?

Apakah perkara yang ditakuti oleh pihak Indonesia atau apakah ada sesuatu yang hendak disembunyikan oleh mereka dari pengetahuan masyarakat umum sehingga menyatakan ketidaksediaan pihak mereka Indonesia merujuk kes membabitkan isu sempadan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa?

Apakah pihak Indonesia bimbang akan ada perkara lain yang akan menyusul selepas itu sekiranya masalah atau isu sempadan Malaysia-Indonesia terutama isu sempadan di Sarawak dengan Kalimantan diketahui masyarakat dunia sebaik terdedahnya kedudukan ekonomi serta kebajikan warga Indonesia yang menetap disepanjang sempadan Sarawak dengan Kalimantan?

Lady DaDa: LKS rayu DS Najib tarik balik pemansuhan Akta ISA !



Taupun takut. Penasihat Parti DAP, Lim Kit Siang merayu dan memohon agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan juga timbalan beliau Tan Sri Muhyiddin menimbang semula keputusan kerajaan Barisan Nasional yang baru-baru ini tegas untuk menamatkan undang-undang ISA seawal pada tahun hadapan. Lim Kit Siang mahu PM dan TPM bertindak ke atas para blogger mesra UMNO yang baginya telah mencalar maruah keluarga beliau berikutan isu ramas buah dada.

Sepatutnya DAP atau Lim Kit Siang sekeluarga berasa senang hati dan gembira dengan keputusan kerajaan BN itu kerana ianya akan memberi lebih banyak kebebasan kepada rakyat Malaysia untuk bersuara, menyuarakan pendapat, mendedahkan sesuatu perkara yang wajar didedah dan bukannya mahu kembali menyekat kebebasan yang telahpun diberikan oleh pentadbiran DS Najib kepada masyarakat Malaysia.

Itulah, kalau dah benda tu jatuh ke atas batang tubuh sendiri mulalah nak melibas orang sekeliling yang ada di kiri kanan. Menuduh dan memfitnah orang lain buat fitnah terhadap keluarga mereka apabila ada kalangan anggota keluarga sendiri didakwa terlibat dengan kes perlanggaran moral. Tetapi kalau pihak BN yang berdepan dengan situasi sedemikian, adakah bahasa yang sama juga Lim Kit Siang akan guna...

Selasa, Oktober 18, 2011

LGE suruh anak lelaki dia buat sumpah laknat tak ?

Untuk membuktikan yang anak lelaki dia memang tidak melakukan "gangguan seksual" ke atas gadis rakan sekolahnya, Lim Guan Eng sepatutnya meminta anak beliau berbuat sesuatu yang lebih sopan dan bukannya dia sebagai seorang bapa bertindak ikut sedap mulut dia saja menyifatkan blogger-blogger pro-UMNO yang melaporkan kejadian itu sama seperti binatang ekoran terbongkarnya rahsia anaknya itu.

Lim Guan Eng boleh menasihati anak lelakinya untuk bersumpah bagi menyangkal tuduhan itu. Pilihan banyak boleh dia buat, samada dia mahu anak dia bersumpah ikut cara Buddha, cara Hindu, cara Kong Fu Tze, cara Yahudi, cara Majusi, cara Kristian, cara Islam, cara Taliban, cara Abu Sayyaf, cara Jemaah Islamiyah, cara Al Qaeda, cara PAS atau cara Anwar Berahim...hai mambang tanah, mambang air, mambang laut...mambang angin !!!

Seorang pengembara Jerman mati dimakan puak kanibal Perancis !

 Seorang pengembara yang berlabuh menaiki kapal layar dengan teman wanitanya di sebuah pulau Pasifik yang terpencil dikhuatiri telah dimakan oleh puak orang Asli di pulau itu semalam.

Jasad yang dipercayai milik seorang warga Jerman, Stefan Ramin, 40, dijumpai di dalam sebuah bekas unggunan api di pulau itu.

Stefan dipercayai telah dikerat kepada beberapa bahagian sebelum dipanggang oleh puak tempatan walaupun mereka mendakwa telah berhenti menjadi kanibal sejak beberapa dekad yang lalu.

Ujian DNA akan dilakukan ke atas tulang, rahang, gigi dan beberapa logam cair dipercayai adalah tampalan gigi.
 Semua itu dijumpai dalam debu sejuk api di sebuah pulau Polinesia Perancis, Nuku Hiva, 930 batu Timur Laut Tahiti.
Stefan dan teman wanitanya Heike Dorsch, 37, yang sedang mengembara mengikuti satu ekspedisi pelayaran sejak 2008, berhenti di pulau berkenaan pada 16 September lalu. Untuk selanjutnya, boleh juga lihat di sini 

Anak Merdeka;
!!!uuuihhh,,,,!!! seram juga.., bagaimana boleh manusia tergamak mahu makan daging sesama manusia...kebulur sangat ke?

Biasa dengar, mausia dagang manusia, manusia seludup manusia dan lain-lain lagi pelakuan yang pelik-pelik...tetap kejadian seperti ini, manusia memakan manusia yang lain tak patut lagi berlaku pada zaman ini...kalu zaman dulu-dulu oklah juga...zaman purba dan zaman batu..tamadun manusia belum ada lagi.

Kolej swasta di Malaysia jadi sarang penjenayah ?

KUALA LUMPUR 17 Okt - Betapa mudahnya pelajar warga asing khususnya dari benua Afrika untuk masuk ke negara ini, seterusnya menjalankan kegiatan berunsur jenayah dan seolah-olah dilindungi pula oleh kolej swasta tempat mereka belajar.

Modus operandinya, pelajar itu hanya perlu mendaftarkan diri di kolej terbabit tanpa diwajibkan menghadiri kelas. Mereka hanya perlu menduduki peperiksaan apabila tiba masanya.

Jika gagal, mereka akan dibantu pihak kolej untuk memperbaharui visa kemasukan dan pas pelajar bagi menyambung pengajian sekaligus tinggal di negara ini. Malah terdapat pelajar asing yang cuba memperbaharui dukomen mereka lebih daripada sekali. Selanjutnya boleh baca di sini

Sedikit kupasan;
Bagaimana pihak berkuasa di negara ini boleh terlepas pandang mengenai perkara ini ? Apakah ini menunjukkan betapa sistem kawalan dalam negara kita sangat lemah, longgar sehingga begitu mudah perkara sebegini terjadi ?

Kedaulatan negara kita sangat terdedah dengan berbagai ancaman sekiranya tiada tindakan segera diambil untuk mengekang kegiatan tidak bertanggungjawab oleh pihak kolej swasta di negara ini jika benar ianya berlaku.

Isnin, Oktober 17, 2011

Suara disebalik isu anak LGE meraba buah dada gadis bawah umur !

Tiga sahabat, lebih kurang macam dalam filem Nasib Do Re Mi lah agaknya...

DS Haji Abd Hadi Awang: eh Guan Eng, betul ke lu punya anak yang terlibat dalam kes meraba buah dada amoi di sekolah kat Pulau Pinang tu?

Lim Guan Eng: eh!! tak de, tak de...itu semua cerita bohong..itu kerja murahan parti UMNO dan BN untuk jatuhkan saya !

Anwar Ibrahim: oh! ye ke? betul ke? eh, anak ko yang mana satu tu Guan Eng? yang laki ke atau yang pompuan?

DS Haji Abd Hadi Awang: ceh! apalah ko ni Anwar, melalut ke situ pulak..tentulah yang lelaki...mana yang perempuan nak meraba buah dada perempuan...apalah bengap sangat...

Anwar Ibrahim: Ye tak ye juga...kalu adapun agaknya dunia dah nak terbalik.pompuan gasak pompuan,  laki pulak gasak laki...

Lim Guan Eng: bukan, bukan..itu bukan anak gua tapi itu cucu wa punya bapa lor..., apa lah lu ni Anwar, kata dulang paku serpih, mengata orang lu pulak yang lebih...

DS Haji Abd Hadi Awang: janganlah pulak anak lu nak buat hal Guan Eng...ini kami dalam PAS tengah sibuk nak buat hukum hudud..tak pasal-pasal nanti lu punya anak jadi mangsa pertama...

Vokal bukan sekadar rupa: Datuk Ahmad Jais adalah pelopornya...



Bisikan keluhan hasrat hati
Diakhir jambangan kisah sedih
Katakan padanya aku pergi
Membawa derita sendiri

Rayuan suara hati hamba
Mengiring sesalan tak terhingga
Meratap menangis tiada guna
Yang lalu tak usah ditanya

*Tulisan terbaik sebagai mengenang perginya seorang Biduan Negara allahyarham Datuk Ahmad Jais ke pangkuan Ilahi oleh wartawan Utusan Malaysia saudara Mohd. Rasdan Ahmad

Ulasan saudara Mohd. Rasdan Ahmad mengenai sebahagian kisah penyanyi tersohor itu amat menarik sekali dan saya turut berkongsi pandangan yang sama bahawa kehebatan Datuk Ahmad Jais sebagai seorang penyanyi adalah mengatasi kehebatan Seniman Agung Negara allahyarham Tan Sri P. Ramlee dari segi kekuatan vokalnya.

Ahad, Oktober 16, 2011

Dosa tak tertanggung: Ariel Sharon kini sudah jadi bangkai hidup !!

Kelihatan Ariel Sharon sedang bergurau dengan seekor lagi syaitan, George Bush yang menjadi duri kepada keamanan dunia.
 Penjenayah paling kejam dan paling zalim yang bertanggungjawab dalam peristiwa 16 September 1982 iaitu kejadian penyembelihan Sabra dan Shatila kini dilaporkan masih berada didalam keadaan yang koma dan sungguh mengaibkan. Beliau yang telah koma sejak 5 tahun lepas dikatakan berkeadaan tidak ubah seperti bangkai bernyawa yang hidup segan mati tak mahu.
Mayat anak-anak kecil rakyat Palestine yang menjadi korban kekejaman tentera yang dipimpin oleh Ariel Sharon dalam peristiwa Sabra dan Shatila
 Peristiwa kekejaman oleh pasukan tentera Yahudi pimpinan Ariel Sharon itu telah meragut begitu ramai nyawa anak-anak kecil serta orang dewasa warga Palestine. Tanpa rasa perikemanusiaan mereka bertindak dengan lebih kejam lagi apabila tergamak menyembelih mangsa-mangsa yang masih dalam keadaan bernyawa.

Keadaan Ariel Sharon ketika mula jatuh sakit serta koma lima tahun lalu, tubuh dia masih berisi.
  Walau sekuat mana dan sehebat manapun Ariel Sharon sebagai seorang Yahudi yang kejam, tetapi Tuhan lagi Maha Kaya, Adil dan Maha hebat. Tuhan ingin menunjukkan kepada semua pemimpin-pemimpin Yahudi bahawa kekejaman yang dilakukan oleh Ariel Sharon terhadap rakyat Palestine terutama sekali dalam peristiwa Sabra dan Shatila adalah satu perbuatan yang sangat zalim, terkutuk dan keji yang tidak wajar sama sekali dilakukan oleh seorang manusia terhadap manusia yang lain.
Keadaan terkini Ariel Sharon dengan berat badannya yang kini hanya seberat 15 Kilogram dan doktor yang merawat beliau memberitahu bahawa Sharon akan terus koma untuk 90 tahun lagi dan bermakna pada usia yang ke-172 samada dia akan pulih atau nyawanya akan dicabut dari jasad.
Usianya kini adalah 82 tahun namun doktor yang ditugaskan untuk memantau keadaan beliau memberitahu bahawa Ariel Sharon akan terus berada didalam keadaan yang tidak sedarkan diri untuk selama 90 tahun lagi. Jika dicampur dengan usia dia yang 82 tahun sekarang dengan 90 akan datang maka jangka hayat beliau bertahan selama 172 tahun.

Apakah usia manusia akan kekal bertahan selama itu? Mustahilkan. Tetapi itulah haikatnya, kerana disebabkan dosa besar yang tidak terampun maka Ariel Sharon harus menerima segala pembalasan atas kezaliman yang beliau lakukan ke atas rakyat Palestine dulu. Bumi dan alam kubur sudah jelas tidak mahu menerima jasad beliau. Ariel Shaon tidak perlu mati dan Ariel Sharon juga tak perlu hidup, doakan agar Tuhan membiarkan Ariel Sharon dalam keadaan sedemikian sehinggalah munculnya hari kiamat.

Saya juga bersetuju dengan ulasan blogger Putra Merdeka mengenai keadaan yang sedang dialami oleh bekas Perdana Israel itu waktu ini. Bagi saya adalah mudah saja, jika kuasa yang dianugerahkan telah disalahgunakan, maka terima saja akibatnya. Kuasa yang diberi untuk memimpin manusia dan dunia ke arah kebaikan serta kekesejahteraan bukannya digunakan untuk saling berbunuhan sesama manusia.

Maaf, orang Hindu tidak boleh tuntut cuti Deepavali di Bumi Kenyalang !!!

Kerajaan negeri Sarawak tidak perlu lagi untuk melayan sebarang tuntutan dikemukan oleh pihak Kuil yang terdapat di negeri ini di mana mereka mahu perayaan Deepavali diisytiharkan sebagai cuti umum di Sarawak sempena dengan sambutannya pada 26 Oktober ini.

Jumlah orang Hindu yang sejarah kewujudan mereka di Sarawak adalah sama dengan kaum Cina yang berstatus sebagai pendatang di negeri ini hanya cuma sekitar ribuan orang sahaja tetapi dah mula bertegas nak menuntut itu dan ini daripada kerajaan negeri.

Kalau kerajaan Sarawak meluluskan juga permohonan serupa itu, jadi bagaimana pula dengan kaum asal iaitu Bumiputera di Sarawak seperti kaum Bidayuh, Melanau, Kedayan, Bisaya, Kelabit, Kayan, Kenyah ? Mereka ini juga ada perayaan yang diwarisi oleh kaum masing-masing dan tentu sekali mereka juga mempunyai hak yang perlu diutamakan.

Jika orang Hindu diberikan hak itu, pasti kaum Bumiputera seperti yang tersebut di atas akan menuntut hak yang sama untuk kaum masing-masing dan jika semua tuntutan dituruti maka akan berlakulah banyak hari cuti umum di negeri Sarawak.

Untuk muncul sebagai sebuah negeri maju, Sarawak harus perlu bergerak lebih pantas dari negeri lain di Malaysia tanpa perlu banyak berehat dan jika terlalu banyak cuti diberikan maka sudah tentulah banyak kegiatan yang akan tergendala yang akhirnya hanya akan merencat pertumbuhan ekonomi negeri.

Oleh itu kepada kaum Hindu yang ada di Bumi Kenyalang ini, jika mahu menjadi warga Sarawak yang bertanggungjawab maka mereka mestilah sama-sama turut serta dalam mengembangkan hasil pendapatan negeri tanpa perlu untuk menuntut perkara-perkara yang jelas sekali tidak munasabah dan apa yang perlu dilakukan pada hari perayaan Deepavali itu kelak ialah mereka boleh ambil cuti sendiri dan tidak payahlah nak memaksa semua sektor di negeri Sarawak ini untuk memberhentikan operasi pada hari berkenaan.

Sabtu, Oktober 15, 2011

Laskar Merah Putih & TB Hasanuddin sungguh memalukan Indonesia !

 Satu gerakan baru rakyat Indonesia telah ditubuhkan pada 10 Oktober 2000 dan ia dinamakan sebagai Laskar Merah Putih bersempena dengan warna pada bendera kebangsaan negara berkenaan. Gerakan tersebut yang diketuai oleh Eddy Hartawan diwujudkan selepas terpisahnya wilayah Timor Timur atau sekarang lebih dikenali sebagai Timor Leste daripada Persekutuan Indonesia.

Matlamat asal penubuhan Laskar Merah Putih adalah bertujuan untuk menaik serta membangkitkan semangat nasionalisme dan juga roh patriotisme dikalangan rakyat Indonesia terhadap kedaulatan negara mereka yang dikatakan semakis hilang sehingga terlepasnya wilayah Timor Leste dari penguasaan Indonesia di samping itu juga pembentukan Laskar Merah Putih kononnya adalah bermatlamat untuk mempertahankan maruah serta jati  diri bangsa Indonesia yang dilihat semakin menipis dan mencair.

Tetapi itu adalah sebahagian daripada cerita lama berkenaan dengan Laskar Merah Putih pada waktu mula kewujudannya dan selepas 11 tahun tertubuhnya gerakan berkenaan, kini langkah serta arah perjalanan Laskar Merah Putih nampak jelas telah terpesong dari tujuan asalnya dan semakin sesat setelah niat asal mereka yang menubuhkan gerakan itu tidak tercapai apabila mereka pula telah diperguna dan diperalatkan oleh ahli-ahli politik tertentu di Indonesia yang sedang kemaruk kuasa untuk menjadi pemerintah.
Tuduhan yang melulu tanpa asas oleh Naib Ketua Komisi I Dewan Perwakilan Rakyat-Republik Indonesia, TB Hasanuddin dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) terhadap kerajaan Malaysia yang didakwanya telah merampas lebih 1, 000 hektar tanah di wilayah Camar Bulan serta 800 meter pada garis pantai di Tanjung Datu terus disambut dengan tanpa usul periksa oleh gerakan Laskar Merah Putih yang kemudiannya segera bertindak mengarahkan semua anggotanya untuk keluar menyerbu, mengepung dan menyerang Pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Tindakan yang sangat tidak bertamadun dan sangat tidak bertanggungjawab oleh gerakan Laskar Merah Putih itu bukan sahaja telah menjatuhkan maruah perjuangan mereka sendiri malahan turut memburukkan lagi maruah negara serta maruah rakyat Indonesia secara keseluruhannya yang selama ini memang sudah tercalar gara-gara tindakan terburu-buru dalam banyak perkara akibat daripada perasaan hasad dengki yang tidak berkesudahan terhadap Malaysia.

Sangat mengaibkan bagi satu perjuangan yang berprinsip atas harga diri dan sungguh memalukan dalam sejarah perjuangan sesebuah gerakan apabila mereka sanggup bertindak hanya berlandaskan kepada emosi, ada mata tidak digunakan untuk melihat, ada telinga tidak digunakan untuk mendengar dan ada otak tidak digunakan untuk berfikir dan itulah yang terjadi terhadap perjuangan Laskar Merah Putih yang nyata sudah terpesong dari asas sebenar tertubuhnya pergerakan berkenaan.

Apabila Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI) Jeneral Agus Suhartono mengesahkan dalam Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) semalam bahawa tidak benar sama sekali dakwaan oleh TB Hasanuddin yang menuduh Malaysia telah merampas sejumlah besar tanah di Kalimantan Barat yang terletak di Camar Bulan serta sebahagian tanah pantai di Tanjung Datu dan Agus Suhartono turut menyangkal segala tuduhan pencerobohan oleh pihak Malaysia ke atas wilayah yang dibangkitkan. Dan beliau menegaskan bahawa Malaysia tidak pernah menceroboh apatah lagi merampas tanah hak Indonesia.

Oleh itu, bagaimana kini gerakan Laskar Merah Putih yang dipimpin oleh Eddy Hartawan boleh diterima sebagai sebuah pertubuhan yang kononnya untuk mengembalikan jati diri serta menebus kembali maruah bangsa Indonesia yang semakin tercemar di mata dunia ekoran tindakan melulu gerakan itu sendiri sebelum ini dalam banyak hal terutama apabila melibatkan isu antara Malaysia dengan Indonesia sedangkan tindakan serupa itu dengan sendirinya telah menambahkan lagi kerosakan terhadap maruah serta martabat bangsa Indonesia.

Bagi saya, gerakan Laskar Merah Putih sudah tidak layak lagi untuk bercakap tentang maruah, harga diri ataupun martabat bangsa apabila dengan begitu mudah perjuangan mereka dijual beli hanya dalam nilai yang begitu rendah sekali. Mereka menyambut tuduhan yang dilemparkan oleh TB Hasanuddin terhadap Malaysia tanpa sebarang keraguan dan tanpa syak wasangka apabila terus saja menceroboh kawasan Kedutaan Malaysia ibarat tentera Yahudi yang mengepung kediaman rakyat Palestine. Menerima sedikit upahan daripada Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan, gerakan Laskar Merah Putih sanggup mengetepikan soal prinsip perjuangan. Betapa murahnya nilai perjuangan Laskar Merah Putih !!

Jumaat, Oktober 14, 2011

Malaysia juga setiap hari berdepan risiko kehilangan tanah, bukan hanya Indonesia !

 Setiap negara yang dikelilingi oleh lautan pasti akan terdedah dengan masalah kehilangan tanah dan tiada satupun negara yang mempunyai pantai akan terkecuali dari berdepan dengan keadaan sedemikian apabila setiap pesisir pantai sesebuah negara itu dipukul oleh gelombang besar maka setiap masa tentu beberapa sentimeter tanah akan ditarik keluar ke tengah lautan oleh ombak yang ganas dan setiap itu juga akan berlaku hakisan tanah yang mustahil untuk dipertahankan walau dibina dengan benteng konkrit sekalipun.

Lainlah bagi negara-negara yang kedudukannya jauh dari lautan serta dikelilingi pula oleh sempadan negara jiran seperti negara yang berada dalam benua Asia (Nepal, Laos, Mongolia, Afghanistan, Jammu & Kashmir, Tajikistan, Kyrgyzstan, Uzbekistan, Jordan), benua Eropah (Belarus, Hungary, Austria, Slovakia, Republik Czech), di Afrika (Nigeria, Chad, Mali, Ethiopia) dan di benua Amerika (Bolivia dan Paraguay).

Negara-negara ini tidak mungkin akan berdepan dengan masalah hakisan yang akhirnya menyebabkan kehilangan tanah dalam wilayah sempadan dan jika berlakupun masalah membabitkan sempadan antara negara tertentu maka adalah tidak mustahil telah berlakunya pencerobohan ke atas sempadan oleh sebelah pihak dan memang wajarlah setiap rakyat sesebuah negara itu untuk bangkit mempertahankan kedaulatan negara mereka dari penceroboh.
Tetapi keadaan ini sangat berbeza sama sekali dengan Indonesia dan juga Malaysia. Kedua-dua negara ini lebih 90 peratus kawasannya dikelilingi oleh lautan malahan Malaysia dan Indonesia juga turut berkongsi laut yang sama yang terletak di selat Melaka dan Laut China Selatan selain Laut Sulawesi di utara Sabah. Dan dalam keadaan yang tertentu, pantai Malaysia yang panjang mengadap Laut China Selatan bermula dari Kelantan hinggalah ke Johor dan begitu juga dari Kuching Sarawak sehinggalah ke Sabah ianya sepanjang masa sentiasa berdepan dengan pukulan ombak yang menyebabkan kawasan daratan menjadi semakin susut apabila hakisan tebing berlaku akibat pasir dipantai dalam jumlah yang banyak ditarik oleh ombak secara perlahan ke tengah laut.

Keadaan ini sememangnya berlaku sepanjang hari dan ini dibuktikan dengan kewujudan serta terbentuknya beberapa buah pulau baru di perairan negara dan perairan bersama anatara Malaysia dengan Indonesia. Mungkin rakyat Indonsia sendiri tidak tahu bagaimana boleh wujudnya beberapa buah pulau terdapat diluar pantai wilayah Kalimantan Barat terutama di perairan Kecamatan Paloh seperti Pulau Merudung yang sudah bersaiz besar, Pulau Serasan, Pulau Padjang, Pulau Seraja dan juga Pulau Subi Besar.

Manakala yang berdekatan dengan wilayah Sarawak pula, telah muncul beberapa buah pulau baru diluar pantainya iaitu di Tanjung Datu Kuching seperti Pulau Mida, Pulau Lagong, Pulau Batang, Pulau Sedanau, Pulau Salor, Pulau Natuna-besar, Pulau Seluan dan Pulau Laut dan tidak jauh dari Pulau Tioman Pahang beberapa buah pulau baru didapati seperti Pulau Aur, Pulau Pemanggil, Pulau Anambas, Pulau Jemaja, Pulau Siantan, Pulau Telaga, Pulau Matak, Pulau Mubur, Pulau Bajau, Pulau Airabu dan Pulau Repong sementara di perairan Sabah juga terdapat Pulau Mantanani Besar serta Pulau Balambangan.

Dan sebuah lagi pulau baru yang wujud diluar pantai negeri Sarawak iaitu terletak tidak jauh dari pantai Kuala Baram dalam Bahagian Miri. Pulau itu mula terbentuk pada akhir tahun 1990-an dan ianya semakin membesar dari masa ke semasa sehingga kini. Dikala pulau yang belum diberi nama itu semakin membesar dan juga telahpun ditumbuhi oleh berbagai spesis tumbuhan liar seperti pokok rhu dan lainnya sejak beberapa tahun yang lepas, namun keadaan di sebelah daratannya pula hampir sepanjang masa kerap mengalami hakisan yang semakin teruk dan nyata sukar untuk dibendung oleh pihak kerajaan.

Berbagai usaha dan langkah telahpun diambil oleh pihak berkuasa untuk mengawal keadaan dari terus bertambah menjadi buruk. Dihadang dengan batu-batan yang dililitkan dengan bahan konkrit seperti dawai tahan karat  serta kalis air masin tetapi semua usaha tidak membuahkan sebarang hasil. Sia sia saja. Bongkah batu yang diletak di sepanjang tepi pantai bagi menahan serangan ombak dari laut bukan saja tidak mampu untuk menahan pukulan ombak malah lebih teruk apabila batu-batan yang dijadikan sebagai penghadang tidak mampu bertahan lama apabila turut tenggelam ke bawah sebaik saja pasir lenyap hilang ditarik ombak ke tengah dimana tempat terkumpulnya pasir yang telah membentuk menjadi sebuah pulau yang besar di Kuala Baram.

Keadaan ini juga pastinya melanda mana-mana gigi pantai sesebuah negara di mana mereka tidak boleh terlepas dari bencana yang mampu melenyapkan hakisan tepi pantai akibat serangan ombak yang sukar dikawal. Begitulah saya fikir keadaan berlaku di wilayah Barat Kalimantan Indonesia iaitu di Camar Bulan. Kawasan tersebut terletak tidak jauh dari pantai dan sangat terdedah kepada risiko tanah runtuh serta tanah terhakis. Apabila kejadian yang berlaku itu diluar kemampuan kita untuk mempertahankannya pasti ianya akan berlaku juga.

Dan apabila pihak Naib Ketua Komisi 1, Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), T. B. Hasanuddin mendakwa bahawa Indonesia telah kehilangan lebih 1, 000 hektar tanah di Camar Bulan, mengapa terus menunjukkan kepada Malaysia sebagai puncanya? Mengapa tidak terlebih dahulu gunakan otak untuk berfikir bagaimana keadaan itu boleh terjadi? Harusnya mendapatkan jawapan yang pasti dan bukannya sesuka hati menuduh pihak Malaysia yang bertanggungjawab ke atas kehilangan hak-hak yang patut mereka jaga. T. B. Hasanuddin harus bijak berfikir, kalau tepi pantai terhakis akibat pasir yang dibawa keluar oleh ombak...makna saiz tanah didaratan juga menjadi semakin kecil...bukan hanya setakat 1, 000 hektar malah mungkin lebih daripada itu.

Malaysia juga menghadapi serupa malah mungkin lebih teruk lagi daripada Indonesia, tetapi Malaysia dalam hal seperti itu tidak pernah menyalahkan pihak atau negara lain yang bertanggungjawab tetapi sentiasa berusaha dan mencari ikhtiar bagaimana untuk mengatasi masalah yang melibatkan kepentingan wilayah negara...

Khamis, Oktober 13, 2011

Jakarta abai rakyat Indonesia di sepanjang sempadan Kalimantan-Sarawak

Punca mengapa semakin hari semakin selalu kita dengar keluhan rakyat Indonesia yang mendiami kawasan sepanjang sempadan antara Kalimantan dengan negeri Sarawak iaitu mengenai tahap pembangunan di tempat mereka adalah disebabkan oleh sikap tidak peduli kebanyakkan pemimpin kerajaan Indonesia yang berpusat di Jakarta terhadap kebajikan rakyatnya yang tinggal jauh di bahagian pendalaman seperti itu.

Ramai penduduk Indonesia yang tinggal berjiran dengan rakyat Sarawak yang berhampiran sempadan sering mempersoalkan akan kebajikan mereka jika dibandingkan dengan nasib rakyat Sarawak yang mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak kerajaan Malaysia namun nasib mereka pula adalah sebaliknya pula apabila jelas terpinggir dari arus pembangunan atau dalam erti kata lainnya telah diabaikan oleh kerajaan Indonesia yang menguasai kuasa pemerintah dari Pulau Jawa.

Kepada para pemimpin pembangkang di Indonesia tidak perlulah mereka sering untuk menyalahkan kerajaan Malaysia apabila berlakunya rungutan daripada warganya sendiri yang menghuni kawasan sempadan dengan Sarawak jika ada diantara mereka lebih menyenangi kerajaan Malaysia jika dibandingkan dengan kerajaan Indonesia sendiri malah ada yang menaruh harapan agar suatu hari nanti wilayah yang mereka duduki kini menjadi sebahagian wilayah Malaysia.

Bagaimana keadaan hidup penduduk warga Indonesia yang tinggal di kawasan sempadan dengan Sarawak yang jarang sekali diberi perhatian oleh pihak kerajaan Indonesia dan ini mereka boleh lihat sendiri bermula dari kawasan yang dipertikaikan iaitu di Camar Bulan di Kalimantan Barat hinggalah ke kawasan Sungai Sekayan, kawasan Danau Sentarum, kawasan Hulu Kapuas, Senaning, Badau, Kelayam, Long Betaoh di Kalimantan Tengah dan seterusnya di Kalimantan Timur seperti di Long Temunyat, Long Ampung, Long Sungai Barang, Lo Nawang, Dian Dian, Long Peliran, Gura Moyang, Pow-a-pan, Long Bawan, Malinau dan lain-lainnya.
Ramai golongan belia dari kawasan-kawasan tersebut telah berhijrah melalui jalan tikus ke Sarawak semata-mata untuk mencari rezeki. Mereka berkerja dalam sektor perladangan serta pembalakan. Malah ada yang telah tinggal di Sarawak untuk tempoh yang begitu lama dan berkahwin dengan penduduk tempatan dan mereka ini tidak pernah terfikir lagi untuk pulang ke tempat asal mereka di wilayah Indonesia. Untuk kembali semula ke tanah asal adalah agak mustahil kerana tiada peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan Indonesia kepada mereka.

Jadi kepada pihak Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) khususnya T. B. Hasanuddin yang telah mencetuskan isu baru antara Indonesia dengan Malaysia, diharap orang ini buat penyelidikan dengan cermat mengenai garis sempadan antara Kalimantan dengan negeri Sarawak dan bukannya hanya berdasarkan kepada andaian semata. Tidak mungkin bagi kerajaan Malaysia untuk bertindak sebodoh itu dengan mengubah garisan sempadan yang telah dipersetujui bersama pada tahun 1978 dulu.

Dan apa yang lebih penting ialah agar pihak DPR atau saudara T. B. Hasanuddin sendiri berusahalah mencari puncanya mengapa sejak-sejak akhir ini semakin kerap kedengaran para penduduk warga Indonesia di sepanjang kawasan sempadan lebih condong kepada Malaysia dan mereka mahu wilayah mereka menjadi sebahagian daripada wilayah Malaysia. Adakah itu semua kesalahan kerajaan Malaysia? Rakyat Indonesia dipendalaman khususnya dikawasan sempadan Kalimantan-Sarawak sebenarnya telah lama terpinggir dan kebajikan mereka telah sekian lama diabaikan !

Adalah sangat diharapkan agar pihak DPR serta saudara T. B. Hasanuddin sendiri wajar dan lekas dalam mencari jalan bagi mengatasi keadaan itu dan bukannya cuba melaga-lagakan kerajaan Malaysia dengan rakyat di Pulau Jawa yang tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku di wilayah Pulau Borneo ini. Betapa bodohnya pemimpin yang suka dengan jalan singkat seperti apa yang dilakukan oleh saudara T. B. Hasanuddin itu, apakah dia tidak boleh berfikir bahawa penghakisan pantai akibat dipukul ombak sepanjang masa juga adalah penyumbang besar kepada berlakunya kehilangan tanah di daratan...

Pejabat Kedutaan Malaysia kena serang lagi !!!


Kerajaan Malaysia dituduh merampas 1,000 hektar tanah di Kalimantan Barat Indonesia yang bersempadanan dengan Bahagian Pertama Kuching, Sarawak.

Lebih memburukkan lagi keadaan apabila isu ini telah dipolitikkan oleh Parti Pembangkang di Indonesia. Keadaan bertambah tegang apabila isu itu sengaja dicetus oleh Naib Ketua Komisi 1, Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), T. B. Hasanuddin yang mendakwa, Indonesia kehilangan 1400 hektar tanah di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu. Seterusnya di sini
Semalam, lebih 650 orang penunjuk perasaan telah berkumpul dan menyerang Ibu Pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta. Mereka melakukan serangan serupa sepertimana yang pernah dilakukan oleh kumpulan BENDERA sebelum ini.

Harap rakyat Indonesia yang terlibat dalam tunjuk perasaan itu hendaknya sedar diri dan cerminkanlah diri sendiri...serta bertaubatlah !!!

Rabu, Oktober 12, 2011

Video: KJ membuat Anwar, Saifuddin, Yusmadi, Tony Pua & Azan sesak nafas di Parlimen !



Saya telah melihat video ini sehingga ke penghujung dan bangga melihat kemampuan agak luarbiasa Ahli Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin atau KJ dalam membidas serta mempertikaikan sikap hipokrit para pemimpin Pakatan Haram Pembangkang berhubung dengan Bajet 2012 yang baru saja dibentang oleh Perdana Menteri pada Jumaat 7 Oktober lalu.

Saya tertarik dengan ucapan bersahaja Wakil Rakyat Rembau itu yang saya kira sudah cukup untuk membuat pihak Pakatan Haram Pembangkang tidak senang duduk dan tidak senang berdiri. Semua seperti jadi serba salah. Lihat bagaimana Anwar bangun duduk, bangun duduk untuk mempertahankan kenyataannya namun dengan mudah dipatahkan oleh KJ. Syabas YB !

Bukan sekadar Anwar saja, malah Yusmadi Yusof, Saifuddin Nasution, Tony Pua dan Azan Ismail juga sentiasa kelihatan berdiri, duduk, berdiri duduk dan nampak semakin gelisah saat KJ sedang membahaskan Belanjawan 2012 terutama ketika Ketua Pemuda UMNO itu mempersoalkan tentang Buku Jingga serta juga Bajet Pakatan Haram Pembangkang yang diumumkan tiga hari sebelum Bajet kerajaan BN diusulkan minggu lepas.

Harapan agar lebih ramai pemimpin muda dalam BN yang berani seperti KJ apabila berdepan dengan puak-puak pembangkang. Berani mempertahankan dasar-dasar kerajaan sedia ada serta cekap memperjelaskan apa jua isu yang sedang berbangkit sebagaimana yang telah dilakukan oleh YB Khairy Jamaluddin.

Syabas YB Khairy !!

Selasa, Oktober 11, 2011

Datuk Ahmad Jais meninggal dunia... salam takziah

11 Oktober 2011 - Penyanyi veteran yang terkenal dengan lagu "Selamat Hari Raya" Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Datuk Ahmad Jais meninggal dunia pada jam 9:20 pagi tadi di Pusat Perubatan Darul Ehsan di percayai komplikasi paru-paru. Berita seterusnya di sini

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham dan semoga rohnya akan dicucuri dengan rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh serta beriman.

Isnin, Oktober 10, 2011

Ada apa dengan keluang ?

Tabiat pelik sang keluang ialah mengenai deria rasanya yang nyata berbeza mengikut jenis pokok buah-buahan terutama sekali ketika datangnya musim berbunga ataupun semasa musim berbuah.

Pada musim durian mengeluarkan bunga dan seterusnya apabila bunga durian mulai mekar, nyata sekali pada waktu malam amat mudah untuk kita melihat keluang akan berterbangan dan hinggap di setiap pokok durian yang sedang berbunga untuk menghisap manisan dari bunga yang baru keluar dari kelopak.

Namun, keluang akan menjauhkan diri dari pokok durian setelah bunga-bunga mula menghasilkan bibit-bibit yang seterusnya membesar sehinggalah menjadi buah durian yang telah matang dan sedia untuk gugur.

Tetapi berlainan pula keadaannya tatkala tiba musim rambutan berbunga. Keluang tidak tertarik untuk keluar ketika pokok rambutan sedang berbunga namun tarikan kepada keluang ialah setelah pokok rambutan mengeluarkan buahnya dan menjelang malam, keluang telah bersedia untuk menyerbu setiap pokok rambutan yang sudah masak buahnya.

Itu yang peliknya, keluang hanya akan tertarik kepada pokok durian ketika pokok tersebut sedang berbunga namun meninggalkannya setelah pokok berkenaan mulai berbuah tetapi berbeza dengan pokok rambutan, keluang hanya akan datang hinggap di pokok rambutan ketika buahnya sudah mulai masak tetapi tidak menghiraukannya ketika pokok rambutan sedang berbunga.

Blue Film: Semalaman membongkok di Bangkok !



Tumpang sekaki untuk menyiarkan video terbaru keluaran PKR Film Production...

Ahad, Oktober 09, 2011

BERSHIT 2.0: angkara Ambabiga & Pas Samad, mengapa polis pula yg dipersalahkan?

KUALA LUMPUR 8 Okt - Polis memberi jaminan akan mengambil tindakan disiplin ke atas anggotanya jika didapati anggota itu bersalah melakukan lontaran bom asap dikawasan Hospital Bersalin Cina (CMH), Jalan Pudu ketika bertugas menyuraikan perhimpunan haram pada 9 Julai lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh berkata, anggota yang telah dikenal pasti itu berpangkat Koperal. Namun beliau berkata, pihaknya masih mengumpulkan bukti bagi menyiasat kesahihan dakwaan bahawa anggota berkenaan bertindak diluar garis panduan operasi polis (SOP) semasa melaksanakan tugas.

"Kita akan ambil tindakan disiplin dan tatatertib di peringkat IPK (Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur) jika siasatan mendapati perkara itu benar," - Datuk Mohamad Salleh.

Sikit ulasan;
Kalau bukan disebabkan kedegilan pihak Ambabiga dan A. Samad Said yang tetap berkeras menganjurkan perarakan serta perhimpunan haram Bershit 2.0 pada 9 Julai lalu walaupun sudah banyak kali dinasihatkan oleh pihak berkuasa agar membatalkan niat mereka, sudah pasti banyak kejadian yang tidak diingini akan dapat dielakkan daripada berlaku.

Tetapi sayang seribu kali sayang, segala nasihat yang diberi oleh pihak polis serta pandangan dari banyak pihak juga telah tidak dihiraukan malah telah diketepikan begitu saja oleh kumpulan Ambabiga dan A. Samad Said apabila mereka tetap dengan pendirian untuk terus dengan niat asal mereka mengadakan perhimpunan walaupun tanpa permit.

Namun apabila berlaku tindakan polis yang sedikit tersasar dari yang sepatutnya, apakah itu bermakna pihak penganjur Bershit 2.0 seperti Ambabiga, Mat Syabu, A. Samad Said, Anwar Ibrahim, Tian Chua dan lain-lain lagi secara dengan sendirinya atau secara otomatik telah terlepas dari diambil tindakan undang-undang hanya disebabkan pihak polis yang bertugas mengawal keadaan ketika itu telah melanggar "garis panduan operasi polis" (SOP) ?

Perlu mereka ingat juga, jika bukan kerana kedegilan pihak penganjur Bershit 2.0 yang mengadakan perhimpunan haram itu, mana mungkin pihak polis sengaja untuk membazirkan masa bertugas mereka tidak tentu pasal pada hari dan tarikh berkenaan namun semuanya dilakukan demi untuk menjaga keselamatan orang ramai serta memastikan ketenteraman awam terus terjaga sebaik saja kumpulan Ambabiga, Mat Syabu dan A. Samad Said menolak tawaran supaya perhimpunan haram diadakan di dalam stadium.

Jadi, apabila berlaku sedikit keterlanjuran dari sebelah pihak polis, apakah wajar kesilapan seumpama itu terus diletakkan ke atas bahu pihak polis secara bulat-bulat manakala pihak penganjur Bershit 2.0 yang menjadi punca polis bertindak itu pula yang terlepas dari tindakan dan ini boleh kita lihat apabila pihak polis tidak semena-mena seakan-akan telah dipertanggungjawabkan ke atas apa yang telah berlaku pada 9 Julai lepas ?

Senang cerita, seandainya pihak penganjur Bershit 2.0 sanggup menghormati undang-undang negara dengan membatalkan rancangan gila mereka pada hari tersebut, nescaya banyak masalah yang tidak sepatutnya timbul boleh dihindari dengan baik dan selamat. Duit yang sebegitu besar jumlahnya (RM2 juta) boleh digunakan untuk tujuan kebajikan rakyat dan bukannya dileburkan sebegitu mudah untuk belanja mengawal perhimpunan haram Bershit 2.0 anjuran Ambabiga, A. Samad Said, Mat Syabu, Anwar Ibrahim, Zuraida Kamruddin, Tian Chua, PKR, DAP dan PAS !

Bajet 2012: Anwar mati pucuk - PM

Dr Thomas Hoogland juga telah bersetuju dengan Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya sudah mati pucuk.

Pembentangan Belanjawan 2012 petang Jumaat lalu sebagai bukti. Anwar telah menolak beberapa cadangan yang dicadangkan oleh kerajaan BN dalam pengumuman Bajet tersebut dan itu maknanya Anwar Ibrahim memang dah mati pucuk. Bacalah di sini ;-)

Manakala ramai Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Pembangkang yang menyokong Bajet 2012 terutama dalam bab-bab menguntungkan pihak mereka umpamanya elaun wakil-wakil rakyat tetapi Anwar Ibrahim masih menolak... dia banyak duit tak apa tapi bagaimana pula dengan rakan-rakan beliau yang lain,,,

Sabtu, Oktober 08, 2011

Selamat berangkat ke Tanah Suci Mekkah., Husin Lempoyang & rombongan

 Ucapan selamat pergi dan selamat kembali kepada sahabat blogger Tuan Husin Lempoyang serta semua ahli keluarga yang akan turut bersama berangkat ke Tanah Suci Kota Mekkah hujung minggu ini bagi mengerjakan ibadat haji.

Ketika di hadapan Kaabah, panjatkan doa untuk kesejahteraan berterusan negara Malaysia serta rakyatnya, doakan juga agar bajet 2012 yang dibentangkan oleh PM Datuk Seri Najib akan diluluskan dengan jayanya di Parlimen kelak.

Dan seterusnya panjatkan juga doa ketika disana supaya pada PRU-13 akan datang Barisan Nasional akan menang besar melebihi 2/3 majoriti agar kerajaan menjadi lebih kuat dan tidaklah terlalu takut sehingga kelihatan sering tunduk kepada desakan Pakatan Pembangkang.

Pembangkang desak hapuskan PPSMI, kerajaan BN turuti... pembangkang desak mansuhkan ISA, kerajaan BN akur... pembangkang desak agar SPR dibersihkan, kerajaan BN lagi menurut dan banyak lagilah! Mana jadi kalau berterusan begitu, maka doakan dari Tanah Suci Kota Mekkah agar BN bangkit dan kuat semula laksana zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dulu...
Berbanyak-banyak terima kasih atas pemberian buku ini "A History Of God" kepada Anak Merdeka menjelang Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak ke-10 yang lalu. Dan dengan iringan doa yang tulus dan ikhlas semoga sdra Husin Lempoyang, keluarga serta rombongan haji Malaysia yang lainnya akan memperolehi haji yang mabrur dan mudah-mudahan semuanya akan selamat kembali dalam keadaan yang sihat sejahtera !

Arkib Blog