Utusan Malaysia Online - Kartun
Betul ke? Kalau pasal Balai Polis bergerak tu memang sudah ada di negara ini dan begitu juga dengan Klinik bergerak 1Malaysia juga sudah ada di Sarawak.
Tapi kalau pasal kedai arak bergerak yang didakwa sudah wujud di negeri Selangor iaitu sebuah negeri yang dipimpin oleh Pakatan Haram... memang satu perkara yang agak ganjil sangat...
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Isnin, Julai 25, 2011
Pencerobohan PPP ke Sarawak hanya mengundang masalah baru...

Perpecahan sedia ada akibat daripada ideologi parti politik yang berbeza hanya akan merugikan masa depan masyarakat di Sarawak ini sendiri yang baru saja berjumlah sekitar 2 juta lebih penduduk. Dan apabila semakin banyak perpecahan berlaku dikalangan mereka maka beerti semakin lemahlah perjuangan yang hendak dibawa. Manakan tidak, apabila satu kumpulan hendak membawa sesuatu yang baru demi kebaikan negeri ini pasti akan ada satu, dua, tiga atau empat kumpulan lain yang menekan dan membantah sehingga menyebabkan banyak peluang akan terlepas begitu saja.
Kita tidak bermaksud menentang kedatangan mereka ke negeri ini sekiranya nampak jelas ia akan membawa kebaikan tetapi apa yang kita bantah ialah jika kehadiran PPP ke Bumi Kenyalang semata-mata untuk menghangatkan suasana politik di negeri ini yang akhirnya hanya akan menimbulkan keadaan yang tidak stabil kepada negeri ini apabila berlaku pertelagahan pendapat dikalangan pemimpin sesama pemimpin yang mengakibatkan rakyat turut menjadi mangsa keadaan.
Label:
ppp
Ahad, Julai 24, 2011
Sudahlah masuk menceroboh, PPP berani pula mengugut BN Sarawak !!!

PPP pimpinan presidennya Datuk M.Kayveas yang masuk menceroboh ke negeri Sarawak melalui pintu belakang tanpa segan silu telah menyerahkan sikap sebenar pemimpin parti itu yang memang tidak tahu erti bagaimana untuk menghormati adat resam serta budaya masyarakat Sarawak dan juga tidak mahu mempedulikan sentimen para pemimpin kerajaan di Bumi Kenyalang ini.
Dengan membelakangi semangat setiakawan sesama anggota dalam komponen Barisan Nasional, Datuk M. Kayveas, Presiden PPP yang memang terkenal dengan sikap keras kepalanya itu kini semakin berani bertindak melangkaui prinsip Barisan Nasional yang harus dipegang bersama oleh semua parti yang bernaung didalamnya apabila terbaru beliau tampil mengugut BN Sarawak sekiranya PPP tidak diberikan sebarang kerusi DUN mahupun Parlimen di Sarawak, beliau bertegas akan tetap meletakkan calon bebas bagi menentang BN dan juga pembangkang.
Saya pikir apabila kemasukan PPP ke Sarawak yang awal-awal lagi sudah mendapat tentangan daripada berbagai pihak di negeri ini, adalah satu perkara yang tidak mustahil apabila dengan kehadiran parti Datuk M. Kayveas itu kelak hanya akan menambah lagi berbagai-bagai masalah perpecahan dalam masyarakat di Sarawak yang kini sudahpun nampak ketara tanda-tanda ke arah itu sejak kedatangan DAP, PKR dan PAS.
Dan, jika tiada sebarang usaha diambil oleh pihak di Sarawak untuk menyekat lebih awal berkenaan dengan kemasukan PPP ke Bumi Kenyalang ini maka bermakna rakyat Sarawak pada akhirnya nanti juga tidak akan mampu untuk menolak serta mengelak perpecahan dari berlaku dan seterusnya hanya akan memusnahkan perpaduan kaum yang telah lama wujud di negeri ini.
Pikirkanlah, kehadiran PPP tidak akan membawa sebarang kebaikan untuk rakyat di Sarawak khususnya bagi kaum Bumiputera. PPP pasti tidak akan menyumbang sesuatu yang berfaedah untuk Sarawak keseluruhannya kecuali perpecahan dan PPP bukanlah pilihan yang terbaik buat kaum Bumiputera di negeri ini sebab lihatlah golongan dari kaum mana yang awal-awal lagi telah menguasai PPP Sarawak walaupun ianya diumumkan sebagai masih baru bertapak di Bumi Kenyalang.
Label:
ppp
Sabtu, Julai 23, 2011
Amanah: Ku Li tubuh parti baru ?
![]() |
| Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen UMNO Gua Musang, Kelantan |
Pagi tadi saya baca satu artikel terkini dari blog saudara Azli Shukri - Tengku Razaleigh Hamzah : satu nama yang dilupakan dan juga lalu pada satu pautannya di Harakah Daily dimana ianya memuat berita mengenai penubuhan satu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang baru dikenali sebagai Angkatan Amanah Merdeka atau singkatannya Amanah oleh Tengku Razaleigh Hamzah.
Amanah, dengan Tengku Razaleigh sendiri yang berperanan selaku pengerusinya manakala Amanah juga telah melantik enam orang timbalan presiden atau pengerusi serta tujuh orang naib presiden. Mereka yang dilantik dalam kedua-dua jawatan timbalan presiden dan naib presiden Amanah adalah bekas ahli politik Sarawak, bekas menteri kerajaan pusat, Presiden Majlis Peguam serta bekas pegawai kerajaan.
Struktur jawatan dalam Angkatan Amanah Merdeka(Amanah) adalah seperti berikut;
Presiden Amanah :
YBM Tengku Razaleigh Hamzah
Timb. Presiden Amanah :
(1) - Datuk Sri Daniel Tajem ... bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak
(2) - Datuk Seri Ong Tee Keat ... bekas Menteri Pengangkutan Malaysia/bekas Presiden MCA
(3) - Tan Sri Abdul Kadir Sheik Fadzir ... bekas Menteri Penerangan Malaysia
(4) - Datuk Subramaniam
(5) - Datuk Seri Wilfred Bumburing ... ahli politik negeri Sabah
(6) - Datuk Bujang Ulis ... bekas menteri dalam kabinet kerajaan Sarawak
Naib Presiden Amanah :
(1) - Wan Saiful Wan Jan
(2) - Dr. Patau Rubis ... bekas menteri kabinet Sarawak/bekas Presiden Parti STAR
(3) - Ong Hock Siew
(4) - Datuk Mohd Azmi Razak
(5) - Ragunath Kasavan ... Presiden Maljis Peguam Malaysia
(6) - Tan Sri Simon Sipaun ... bekas Pegawai Perkhidmatan Awam Sabah
(7) - Mohd Lukhman Ghani
Melihat kepada senarai nama-nama mereka yang berjawatan penting dalam Amanah iaitu dari jawatan presiden, timbalan presiden serta naib presiden, kebanyakan daripada mereka berlatarbelakangkan politik dan adalah sesuatu yang sukar bagi kita untuk menolak sebarang andaian umum sekiranya pertubuhan Amanah itu adalah sebuah parti politik kerana akhirnya nanti ia tetap akan menjadi sebuah pertubuhan berasaskan politik serta menjayakan agenda politik dan teori mengenainya diperkuatkan lagi dengan kenyataan awal Tengku Razaleigh yang lebih banyak menyentuh tentang corak pentadbiran negara dibawah kepimpinan YAB DatukSeri Mohd Najib Tun Razak yang digambarkannya sebagai tidak betul.
Label:
Ku Li
Jumaat, Julai 22, 2011
Mat Syabu dalam filem Madu Tiga...
Dialog menarik bermula di minit 8:05...
Cik Hasnah : Eh bang?! kalau Nah tak salah luka abang kelmarin sebelah sini...
Encik Jamil : Aaah eleh...entah ada datanglah kau tu...memang sebelah sini...!!!
Cik Hasnah : Ye ke bang ?
Encik Jamil : Memang sebelah sini...sebelah sini!!!..kalau tak percaya tanya mak, tanya mak!
Cik Hasnah : Oklah, Nah telefon mak...
!bunyi telefon!!!(((((((((((((((((((((((0))))))))))))))))))))))))!!!
Ibu Cik Hasnah : Hello...!
Cik Hasnah : Itu mak yeaaa... mak, mak... aaa...luka abang Jamil di sebelah mana mak? ...disebelah kiri ke sebelah kanan? ...alaaa...macam inipun mak tak boleh ingatlah...! ...baiklah mak... itu saja yang Nah nak tau...
Cik Hasnah : Bang Jamil.., mak bilangpun mak tak tau...bang!
Encik Jamil : Eaahh...memang sebelah sini..., sebelah sini...
Cik Hasnah : Eh? eh? ...tadi sebelah sini, kenapa sebelah sini pulak bang?
********************************************************************
Baru-baru ini Timbalan Presiden PAS Mat Syabu mendakwa bahawa kemalangan yang menyebabkan tempurung kepala lutut dia pecah berkecai akibat dilanggar secara berdepan oleh sebuah trak atau Land Rover Polis tetapi setelah pembohongan dia terbongkar hari ini Mat Syabu tukar balik cerita kononnya dia telah dilanggar oleh kereta peronda Polis dari jenis Proton Waja dan bukannya oleh Lad Rover Polis.
Baguslah kalau begitu. Jadi selepas ini mungkin Mat Syabu akan tukar lagi cerita kononnya dia telah dilanggar oleh kereta mercedes benz milik Tian Chua atau mungkin juga dilanggar oleh kereta yang dipandu YB Ng Swee Lim...boleh pusing-pusing, pusing macam main roda impian...
Keluarga TBH sudah keterlaluan serta melampau !!!

Semalam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz telah mengumumkan hasil siasatan oleh Suruhanjaya Siasatan DiRaja berhubung dengan misteri kematian mendiang Teoh Beng Hock yang mayatnya telah dijumpai terdampar di koridor tingkat 5 Plaza Shah Alam Selangor 16 Julai 2009 selepas mendiang memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor yang berada di tingkat 14 plaza yang sama.
Hasil siasatan suruhanjaya berkenaan sebagaimana yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Nazri dimana kematian mendiang Teoh Beng Hock adalah berpunca daripada membunuh diri dan bukannya dibunuh sepertimana yang telah didakwa pihak tertentu sebelum ini. Pengumuman mengenai hasil siasatan oleh suruhanjaya tersebut telah disambut baik oleh kebanyakkan rakyat Malaysia namun tidak bagi pihak keluarga mendiang sendiri terutamanya ibu Teoh Beng Hock yang nyata tidak mahu menerima keputusan berkenaan.
Apa yang kita perlu tahu serta maklum berkaitan dengan penubuhan suruhanjaya siasatan Di Raja itu ialah ianya telah menggunakan wang rakyat. Kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang bukan sedikit nilainya semata-mata untuk mencari kebenaran di sebalik kematian misteri Teoh Beng Hock yang dipenuhi dengan seribu satu persoalan.
Tindakan kerajaan yang telah menggunakan wang rakyat untuk tujuan itu hampir serupa dengan yang pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini iaitu semasa dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu bagi tujuan pembayaran Ex-gratia kepada enam orang bekas hakim yang dipecat sewaktu zaman Tun Dr Mahathir dulu dimana pentadbiran Tun Abdullah Badawi telah memperuntukkan wang rakyat sebanyak RM10.5 juta untuk tujuan berkenaan.
Tetapi didalam kes Teoh Beng Hock ini agak berlainan dan ada kemungkinan rakyat tidak terlalu memersoalkan sangat akan kewajaran pihak kerajaan untuk menggunakan wang rakyat bagi tujuan menyiasat kematian Teoh Beng Hock itu kerana perasaan simpati rakyat terhadap keluarga serta ibunya yang ditinggalkan oleh mendiang telah mengatasi semuanya.
Rakyat Malaysia yang terkenal dengan sikap mudah bersimpati apabila berada di dalam keadaan yang tertentu memang tidak terlalu berkira sangat dalam soal sedemikian kerana demi rasa simpati terhadap mereka yang ditimpa sebarang masalah maka apa juga bantuan akan segera dihulur apatah lagi jika ianya melibatkan masalah besar seperti yang menimpan mendiang Teoh Beng Hock itu.
Namun apa yang pasti akan membuat kita semua menjadi mulai mual dan meluat terhadap pihak keluarga mendiang Teoh Beng Hock itu adalah kerana sikap ibu, tunang serta keluarga mendiang itu sendiri. Mereka seolah-olah tidak menghargai usaha pihak kerajaan Malaysia yang telah terpaksa membelanja wang rakyat yang bukan sedikit jumlahnya hanya kerana mahu mendapatkan kebenaran dan menegakkan keadilan sepertimana yang mereka tuntut sebelum ini.
Perasaan simpati kita kepada mereka sebelum ini pasti akan berubah menjadi benci. Kita tidak akan benci kepada keluarga mendiang hanya kerana melihat mereka seperti telah menjadi perkakas kepada pihak Pakatan Haram DAP, PKR dan PAS tetapi kita menjadi semakin benci kepada mereka setelah merasakan kerajaan seolah-olah sudah teraniaya, turut akur dengan kemahuan mereka apabila bersetuju untuk menubuh satu suruhanjaya Di Raja bagi tujuan siasatan dengan mengorbankan wang rakyat tetapi malangnya apabila pihak suruhanjaya sudah ada keputusan hasil dari siasatan yang berbulan-bulan lamanya, keluarga Teoh Beng Hock pula telah menolak dan tidak mahu menerima keputusan berkenaan.
Kita tidak tahu, apakah muslihat sebenar keluarga Teoh Beng Hock seterusnya dalam isu ini. Apakah sebab mereka sehingga sanggup untuk mempermainkan kerajaan Malaysia sebegitu rupa? Kalau mereka mahukan keadilan sudah tentu juga kerajaan Malaysia, SPRM, Polis dan sebagainya juga mahu lebih keadilan bagi pihak mereka.
Dan jika ibu, keluarga atau tunang Teoh Beng Hock tidak mahu menerima keputusan suruhanjaya itu yang menyebut bahawa mendiang Beng Hock sebenarnya mati kerana membunuh diri, jadi pihak mana lagi yang disyaki oleh keluarga pihak mendiang telah sengaja membunuh Teoh Beng Hock ? Apakah mereka mahu satu lagi suruhanjaya untuk menyiasat ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat ???
Label:
teoh beng hock
Video KHP121: Mat Serbu rempuh bahu jalan. Mat Serbu pembohong!!!
Nampaknya pembohongan yang dilakukan oleh Mat Serbu tidak bertahan lama apabila pihak PDRM semalam berjaya mendedahkan tuduhan yang tidak bertanggungjawab oleh Mat Serbu ke atas pihak PDRM semasa perhimpunan haram Bershit 2.0 pada 9 Julai lalu memang tidak berasas sama sekali.
Jika sebelum ini Mat Serbu mendakwa motosikal yang dibonceng beliau telah dilanggar oleh kenderaan yang dinaiki anggota PDRM namun semuanya ternyata bohong dan tipu belaka apabila rakaman CCTV yang ditayangkan oleh pihak PDRM semalam menunjukkan motosikal yang dibonceng Mat Serbu sebenarnya telah melanggar bahagian tepi bahu jalan lalu terbalik dibelakang Land Rover Polis.
Tahniah dan Syabas kepada PAS kerana punya seorang pemimpin yang kuat menipu dan berbohong sama juga macam seorang lagi sahabat dia dari parti PKR yang memang pakar dalam mengolah jalan cerita untuk drama-drama yang terbaru. Syabas PAS!!!
Khamis, Julai 21, 2011
Punca kematian TBH bunuh diri, dan punca lain TBH membunuh diri???

KUALA LUMPUR 21 Julai - Kematian Teoh Beng Hock, pembantu Khas seorang Exco kerajaan Negeri Selangor, dikenalpasti berpunca daripada bunuh diri.
Keputusan mengenai punca kematian Beng Hock itu terkandung dalam laporan penuh prosiding Suruhanjaya Menyiasat kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum hari ini.
Laporan setebal 124 muka surat itu merupakan keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panel suruhanjaya berkenaan yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong.
Beng Hock 30, Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat 5 Plaza Masalam, Shah Alam Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 plaza berkenaan.
Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 January lepas, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.
Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di kompleks mahkamah disini sejak 14 February dan berakhir pada 10 Mei lalu - Bernama
ULASAN;
Punca kematian mendiang Teoh Beng Hock telahpun diketahui sebab-sebabnya dan antara sebabnya ialah kononnya akibat sessi soalsiasat yang agresif dan keterlaluan oleh pegawai penyiasat SPRM.
Selain itu tentu sekali kita semua percaya bahawa ada sebab lain yang mendorong mendiang Teoh Beng Hock yang nekad untuk terjun membunuh diri dari Bangunan SPRM itu tetapi sayang sekali sekiranya tiada lagi usaha seterusnya untuk menyiasat punca lain selain membunuh diri.
Dan akan ada lagi isu selepas ini yang akan menjadi persoalan kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kematian mendiang Teoh Beng Hock iaitu mengenai kos perbelanjaan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dengan menggunakan wang rakyat untuk penubuhan suruhanjaya berkenaan.
Rakyat tentu akan bertanya dan mahu tahu berapakah jumlah keseluruhan wang rakyat yang dibelanja oleh pihak kerajaan untuk menegakkan keadilan serta kebenaran bagi pihak keluarga mendiang Teoh Beng Hock?
Label:
teoh beng hock
Video: Nik Aziz hina Nabi Muhamad saw !
Apalah yang tak kena dengan orang tua ini, sampaikan unsur-unsur yang ada dalam Islampun boleh membuatkan dia tidak senang duduk dan tidak senang berdiri. Kalau pasal PPSMI, ISA, SPR, SPRM, Polis dan lain-lainnya tak mengapalah juga, tetapi kalau sudah sampai ke Perayaan Maulud Nabi juga mahu dihapuskan...apakah hak Nik Aziz Nik Mat ke atas perkara tersebut???
"Rasulullah saw adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia diatas muka bumi ini entah berapa puluh ribu trillion manusia, ada seorang manusia atas dunia namanya Muhamad bin Abdullah saw.
"Beliau(patutnya Nik Aziz sebut "Baginda") telah dilantik menjadi Nabi bila umur dia(patutnya Nik Aziz sebut "Baginda") 40 tahun. Waktu dia(patutnya Nik Aziz sebut "Baginda") beranak, jadi 40 tahun dulu, beerti Nabi ini waktu dia(patutnya Nik Aziz sebut "Baginda") diberanak bonda dia(patutnya Nik Aziz sebut "Baginda") mak dia(patutnya Nik Aziz sebut "Baginda") Siti Aminah pun tak tahu anak dia diangkat menjadi Nabi."
Yang sedihnya lagi apabila dalam ceramah tersebut, Nik Aziz telah samakan kelahiran Nabi Muhamad saw serupa dengan kelahiran budak biasa di kampung-kampung...dan itulah agaknya sebab mengapa PAS dibawah nasihat Nik Aziz mahu perayaan Maulud Nabi agar tidak perlu dirayakan oleh umat Islam...
Anwar sebenarnya cuba membunuh dirinya sendiri dan bukannya orang lain !!!
Kalau sesiapa yang biasa masuk ke dalam hutan tak kiralah samada ianya sebuah hutan paya atau hutan yang berbukit pasti akan biasa terjumpa dengan lintah iaitu sejenis hidupan di hutan yang hanya memburu darah untuk mengekalkan hayatnya.
Dan misalkata kita sedang berjalan didalam satu kawasan hutan ataupun belukar lalu kita dapati dikaki kita telah ada seekor dua atau lebih lintah melekat sambil menghisap darah pada bahagian kaki dan dalam masa yang sama pula kita telah melepaskan lintah itu tadi dari kaki kita serta membunuhnya dengan mengerat lintah berkenaan kepada beberapa bahagian dan selepas itu apa yang kita dapat lihat ?
Kita akan dapat lihat sesuatu yang pelik dan ganjil sedang berlaku pada lintah itu yang telah kita kerat-kerat tadi. Kalau kita potong dua, lintah tersebut akan hidup balik dan menjadi dua ekor. Begitu juga kalau kita potong lintah itu kepada beberapa bahagian misalnya kita kerat menjadi lima ke atau enam bahagian maka sudah tentulah lintah tersebut akan hidup menjadi enam ekor pula.
Maka itulah yang tengah saya lihat bagaimana beberapa kali dakwaan bunuh kononnya dirancang ke atas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebelum ini seperti gagal untuk dilaksanakan apabila Anwar Ibrahim sejak dari dulu lagi sehingga kini tetap sama, tidak berubah dari segi kesihatan malahan semakin sihat dan segar bugar lagi. Bebas pula keluar masuk Malaysia seolah-olah dia tiada apa-apa kes lama yang tertunggak dalam mahkamah di negara ini.
Dulu tuduhan Anwar Ibrahim diracun dengan serbuk arsenik, sehingga saat ini Anwar Ibrahim semakin ligat pula. Kemudian datang pula dakwaan kononnya masa dalam penjara Anwar Ibrahim disuntik dengan viru HIV/AIDS.tapi dia makin bertenaga malah boleh lagi buat projek raksekseks baru.
Lepas tu timbul pula tuduhan besar konon nyawa Anwar Ibrahim dalam bahaya dan ada rancangan untuk membunuh dia sehingga menyebabkan Anwar bersembunyi selama 2 hari 2 malam dalam pejabat Kedutaan Turki di Ibu Negara pada tahun 2008, tapi sehingga kini dia bebas saja bergerak kesana kemari dalam Malaysia.
Seterusnya, baru-baru ini timbul satu lagi dakwaan bunuh terhadap Anwar Ibrahim konon kenderaan Mercedes Benz miliknya yang dipandu oleh pemandu peribadinya telah disabotaj bertujuan untuk membunuh Punaisihat PKR itu, tetapi lepas tu..boleh lagi Anwar Ibrahim menjelajah ke Jawa Timur sambil menyanyi-nyanyi lagu 'Bengawan Solo'... mana ada matinya !
Ini lagi, ada cerita baru direka. Pihak Polis dituduh hendak bunuh Anwar sewaktu dia bersama yang lain berarak menyertai perhimpunan haram BERSHIT 2.0 hari Sabtu 9 Julai lepas. Kononnya Anwar 99.99% hampir mati jika serpihan kelongsong peluru gas pemedih mata terkena di kepala Anwar. Itu dakwaan peguam bidan terjun PKR, N. Suresdran.
Siapa yang nak bunuh Anwar Ibrahim sebenarnya kalau bukan diri dia sendiri. Anwar sudah tidak adil kepada diri beliau sendiri dan Anwar sudah menipu diri sendiri termasuk isteri, anak-anak, rakyat Permatang Pauh serta rakyat Malaysia keseluruhannya. Anwar tidak pernah memberi peluang kepada dirinya untuk berubah malah Anwar lebih suka jika segala peluang yang terbentang luas akan lekas-lekas ditutup dan dihapuskan. Tiada siapa lagi yang boleh membantu Anwar Ibrahim sebenarnya kecuali diri dia sendiri. Amin! Amin! Amin!!!
Dan misalkata kita sedang berjalan didalam satu kawasan hutan ataupun belukar lalu kita dapati dikaki kita telah ada seekor dua atau lebih lintah melekat sambil menghisap darah pada bahagian kaki dan dalam masa yang sama pula kita telah melepaskan lintah itu tadi dari kaki kita serta membunuhnya dengan mengerat lintah berkenaan kepada beberapa bahagian dan selepas itu apa yang kita dapat lihat ?
Kita akan dapat lihat sesuatu yang pelik dan ganjil sedang berlaku pada lintah itu yang telah kita kerat-kerat tadi. Kalau kita potong dua, lintah tersebut akan hidup balik dan menjadi dua ekor. Begitu juga kalau kita potong lintah itu kepada beberapa bahagian misalnya kita kerat menjadi lima ke atau enam bahagian maka sudah tentulah lintah tersebut akan hidup menjadi enam ekor pula.
Maka itulah yang tengah saya lihat bagaimana beberapa kali dakwaan bunuh kononnya dirancang ke atas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim sebelum ini seperti gagal untuk dilaksanakan apabila Anwar Ibrahim sejak dari dulu lagi sehingga kini tetap sama, tidak berubah dari segi kesihatan malahan semakin sihat dan segar bugar lagi. Bebas pula keluar masuk Malaysia seolah-olah dia tiada apa-apa kes lama yang tertunggak dalam mahkamah di negara ini.
Dulu tuduhan Anwar Ibrahim diracun dengan serbuk arsenik, sehingga saat ini Anwar Ibrahim semakin ligat pula. Kemudian datang pula dakwaan kononnya masa dalam penjara Anwar Ibrahim disuntik dengan viru HIV/AIDS.tapi dia makin bertenaga malah boleh lagi buat projek raksekseks baru.
Lepas tu timbul pula tuduhan besar konon nyawa Anwar Ibrahim dalam bahaya dan ada rancangan untuk membunuh dia sehingga menyebabkan Anwar bersembunyi selama 2 hari 2 malam dalam pejabat Kedutaan Turki di Ibu Negara pada tahun 2008, tapi sehingga kini dia bebas saja bergerak kesana kemari dalam Malaysia.
Seterusnya, baru-baru ini timbul satu lagi dakwaan bunuh terhadap Anwar Ibrahim konon kenderaan Mercedes Benz miliknya yang dipandu oleh pemandu peribadinya telah disabotaj bertujuan untuk membunuh Punaisihat PKR itu, tetapi lepas tu..boleh lagi Anwar Ibrahim menjelajah ke Jawa Timur sambil menyanyi-nyanyi lagu 'Bengawan Solo'... mana ada matinya !
Ini lagi, ada cerita baru direka. Pihak Polis dituduh hendak bunuh Anwar sewaktu dia bersama yang lain berarak menyertai perhimpunan haram BERSHIT 2.0 hari Sabtu 9 Julai lepas. Kononnya Anwar 99.99% hampir mati jika serpihan kelongsong peluru gas pemedih mata terkena di kepala Anwar. Itu dakwaan peguam bidan terjun PKR, N. Suresdran.
Siapa yang nak bunuh Anwar Ibrahim sebenarnya kalau bukan diri dia sendiri. Anwar sudah tidak adil kepada diri beliau sendiri dan Anwar sudah menipu diri sendiri termasuk isteri, anak-anak, rakyat Permatang Pauh serta rakyat Malaysia keseluruhannya. Anwar tidak pernah memberi peluang kepada dirinya untuk berubah malah Anwar lebih suka jika segala peluang yang terbentang luas akan lekas-lekas ditutup dan dihapuskan. Tiada siapa lagi yang boleh membantu Anwar Ibrahim sebenarnya kecuali diri dia sendiri. Amin! Amin! Amin!!!
Label:
kes liwat
Rabu, Julai 20, 2011
PKR buat drama baru, kisah Anwar cuba terjun dari tingkap !
"Mereka (polis) mensasarkan tembakan itu ke arah kepala dan jika ia terkena boleh terbunuh. Kami mahu perkara ini diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh," kata Naib Presiden PKR, N. Surendran yang menemani pengawal peribadi Anwar, Fayyadh Afiq Albakqry membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini
Bodoh betul bunyi alasan yang diberikan N. Surendran itu. Apakah dia tak ingat yang sebelum inipun sudah berapa puluh kali sudah dakwaan yang serupa telah dijatuhkan oleh pihak PKR ke atas bahu pihak lain yang mereka tuduh sesuka hati mahu membunuh Anwar Ibrahim. Kalau benarlah dakwaan begitu bahawa ramai pihak yang nak bunuh Anwar Ibrahim, apa juga perlunya untuk mereka yang punya niat sedemikian menunggu waktu seperti pada hari Sabtu 9 Julai lalu semata-mata untuk tujuan tersebut.
Tuduhan yang mengatakan Anwar diracun dengan arsenik, Anwar disuntik dengan kuman HIV, Anwar lari dan bersembunyi dua hari dua malam di Pejabat Kedutaan Turki kononnya takut dibunuh dan bermacam-macam lagi tuduhan liar namun apa yang N. Surendran tidak nampak adalah Anwar yang terus sihat walafiat segar bugar bebas keluar masuk negara kehulu kehilir menabur fitnah dan pembohongan.
Label:
BERSHIT 2.0
Disebabkan kesilapan Pak Lah dan kelesuan Hishamuddin, inilah MHI !!!
Dua watak utama sebagai punca atau faktor kenapa keadaan ketenteraman di dalam Malaysia ini senantiasa kucar-kacir malahan sudah semakin hampir untuk meruntuhkan kedaulatan negara ini secara perlahan-lahan. Yang seorang sudahpun bersara dari dalam kerajaan manakala yang seorang lagi masih lagi bertahan dan duduk dalam kerajaan di meja yang nyata tidak sesuai dengan perwatakannya yang terlalu lembik dan hanya mengeluarkan amaran demi amaran.
Lihat dan renung-renungkanlah hasilnya di bawah ini apabila Malaysia yang seketika dulu pernah ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang gagal serta silap dan juga yang tidak berpandangan jauh ditambah pula apabila masih ada lagi seorang menteri dikekalkan dalam kabinet di bawah Perdana Menteri yang baru lalu telah di letaklah pula menteri itu ke jawatan yang sama sekali dengan tahap kemampuan menteri berkenaan;
ANWAR BINA RANGKAIAN DI INDONESIA ? - Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR 19 Julai : Anwar Ibrahim dipercayai kini giat membina rangkaian dan memperkukuhkan hubungannya dengan Republik Indonesia yang bertujuan memberi tekanan antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia.
Menurut sumber dari Indonesia, ini dibuktikan apabila Ketua Pembangkang itu mengadakan siri jelajah dan dialog bersama rakyat negara jiran tersebut baru-baru ini.
Katanya, malah Anwar popular di Indonesia kerana dianggap tokoh reformasi, agama, bahasa selain pandai memenangi hati rakyat negara tersebut.
"Kumpulan sasarannya adalah segenap lapisan masyarakat terutama dari kalangan rakyat yang bertaraf hidup rendah, mahasiswa, pertubuhan bukan bukan kerajaan (NGO), menteri-menteri dan bekas ahli politik.
"Anwar giat memperluaskan pengaruh "Anwarisme" terutama kumpulan sasaran politik iaitu 70 peratus rakyat yang bertaraf hidup sederhana dan miskin.
"Kumpulan sasaran politik itu sangat memerlukan perhatian pemerintah, namun mereka dijadikan sasaran manipulasi dan dieksploitasi politik," kata sumber itu ketika menghubungi Utusan Malaysia semalam.
Sumber itu memberitahu, Anwar dipercayai mengambil peluang tersebut kerana memahami budaya politik negara berkenaan yang perlu dilihat sebagai prorakyat untuk mengekalkan populariti.
"Beliau mendapat sokongan daripada beberapa menteri dan bekas menteri yang popular dalam kalangan rakyat republik tersebut.
"Antara strateginya setiap kali menyampaikan ceramah di sana ialah menjanjikan perkara-perkara asas kehidupan yang bukan berbentuk material seperti keadilan, hak asasi dan kebebasan.
"Hakikatnya, dia sudah mewujudkan beberapa rangkaian antarabangsa termasuk di negara Barat bagi memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia," jelasnya.
Beliau turut berpendapat, cara menangani pengaruh Anwar di Indonesia ialah dengan menggerakkan sumber kerajaan sedia ada untuk bersama memperkukuhkan rangkaian sedia ada di negara itu serta mewujudkan sistem pertahanan Malaysia di republik tersebut - Utusan Malaysia.
Kita kesal. Ya, kita sangat kesal dengan keadaan ini. Bukan mudah untuk YAB Datuk Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri Malaysia mengembalikan semula sesuatu yang sangat berharga apabila ianya telah dirosakkan sebegitu rupa oleh pemimpin yang sebelumnya sesudah negara dikejutkan dengan keputusan kerajaan waktu itu yang membuka seluas-luasnya ruang kebebasan untuk bersuara kepada mana-mana rakyat Malaysia tanpa memikirkan risikonya di kemudian hari.
Di tambah lagi dengan corak kepimpinan Datuk Seri Hishamuddin yang menerajui Kementerian Dalam Negeri dengan cara berlembut yang melampau serta keterlaluan. Nak tunggu badai datang melanda baru mahu bertindak. Ambabiga sebenarnya sudahpun berjaya merintis jalan serta membuka lorong kepada mana-mana puak di negara ini untuk membolehkan mereka seterusnya mengikut jejak langkah para pengkhianat serta petualang negara untuk menghuru-harakan ketenteraman di dalam negara.
Memang Bershit 2.0 gagal tetapi Ambabiga telah berjaya. Kalau Ambabiga tak berjaya mana mungkin dia begitu bersungguh-sungguh hendak membukukan peristiwa pada 9 Julai 2011 lalu apabila dia telah mengerahkan seramai 365 orang penganut agama Roman Katholik di Malaysia untuk menurunkan tandatangan mereka bagi diserahkan kepada Pope Benedict XVI sebagai tanda protest mereka terhadap layanan yang kononnya "buruk" kerajaan Malaysia kepada peserta demonstrasi haram Bershit 2.0 Sabtu minggu lalu.
Label:
paklah
Video pelarian politik Bershit 2.0 yg diselamatkan oleh PDRM...
Layanan baik yang diberikan oleh pihak PDRM terhadap pelarian politik tajaan Pakatan Haram yang merusuh dan membuat kecoh di Ibu Negara 9 Julai lalu sepertimana yang dirakam dalam video klip di atas oleh saudara Yuseri Yusoff, itulah yang cuba disangkal oleh puak-puak yang cuba berlakon sebagai pejuang Bersih 2.0 konoonya hendak menuntut pembaharuan bagi sistem pilihanraya bersih, telus dan adil di Malaysia.
Nasib baik ada polis datang menyelamat "pelarian politik" berkenaan, kalau tidak entah kemana lagi mereka akan hanyut, entah ke Thailand, ke Vietnam, ke Laos, ke Kemboja atau ke Myanmar. Walauapapun, "pelarian politik" yang ditahan itu hendaklah membantu menjaga nama serta imej polis yang kini sedang dicalar oleh puak-puak dalam Pakatan Haram DAP,PKR dan PAS.
Mereka kalau tau erti bersyukur atau berterima kasih, kalau memang rasa diri tidak teraniaya semasa dalam tahan pihak PDRM, hendaklah jujur mengaku yang mereka selama dalam tahanan dilayan dengan baik oleh pihak Polis dan tak usahlah nak memutarbelitkan kenyataan pula.
Selasa, Julai 19, 2011
A. Samad Said nak buat apa jika kediamannya dipecah masuk perompak ?
Kebencian A. Samad Said terhadap polis bermula apabila perarakan haram BERSHIT 2.0 menemui kegagalan yang sama sekali tidak dijangka oleh Pakatan Haram 3 Parti akan berlaku. Belum lagi reda rasa kebencian A. Samad Said yang meluap-luap terhadap pihak polis, kini beliau menambah satu lagi rasa benci didalam jiwa dan sasaran dia kali ini ialah kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, semuanya gara-gara BERSHIT 2.0 yang gagal mencapai objektifnya pada 9 Julai lalu.
Kalau A. Samad Said setakat mahu membenci kerajaan, saya tak heran sangat sebab orang lainpun sudah biasa dah buat perkara macam tu sejak dulu-dulu lagi. Dia nak benci ke atau nak kutuk kerajaan Malaysia itu dia punya hak. Tetapi apa yang menjadi satu persoalan disini ialah andaikata rumah kediaman A. Samad Said dipecah dan dimasuki pencuri dan perompak, apakah tindakan yang bakal A. Samad Said akan ambil?
Adakah A. Samad Said akan membuat laporan polis serta memohon pihak polis untuk mengesan kedudukan perompak yang telah menyamun segala harta benda milik beliau yang tersimpan didalam rumahnya? Tetapi saya yakin bahawa A. Samad Said tidak akan melakukannya kerana perasaan benci dia terhadap polis takkan mudah terpadam dengan begitu saja walaupun dia sedang berada didalam keadaan yang sangat terdesak.
Sekurang-kurangnya A. Samad Said terlebih dulu akan membuat aduan kepada Ambiga Sreenavasan, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan untuk dia membuat laporan kepada pihak polis adalah sesuatu yang sangat mustahil hendak dilakukan kerana mana mungkin orang yang sangat membenci polis sanggup pula untuk sujud dikaki polis merayu bantuan serta pertolongan.
Label:
a. samad said
Anwar jadi 'Pengerusi Mesyuarat Tingkap' ketika di Sarawak !
Wira Kenyalang dan blog Apai Ngelai mengenai mesyuarat tingkap PKR itu.
Sementara tetamu yang turut bersama Anwar di dalam ruang rumah duduk selesa tetapi tentu mereka terasa janggal dengan keadaan sedemikian dan rasa terpinggir disaat Anwar sedang berucap kepada tetamu yang dibawah sambil membelakangi mereka yang berada di atas dan selanjutnya, apa pula perasaan para hadirin yang berada di luar rumah apabila Anwar berucap kepada mereka melalui tingkap rumah?
Tidak terpikirkah mana-mana ahli PKR Sarawak yang hadir pada malam itu bahawa yang perbuatan seperti itu seakan-akan Anwar telah mempersendakan mereka yang berada di bawah? Kenapa tidak pohon permit polis untuk berhimpun? Kenapa perlu menyusahkan diri sendiri serta para jemputan lain datang ke majlis yang terdesak seperti itu? Kalau polis tanya, untuk apa tujuan perhimpunan diadakan, jawab saja nak elak "mesyuarat tingkap" agar semua yang hadir akan dilayan sama rata, sama rasa, depan belakang sama saja.
Label:
anwar
Diplomatik antara Vatican dgn Malaysia: Pakatan Haram mulai resah !
| Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib menyampaikan cenderahati kepada Pope Benedict XVI ketika kunjungan beliau bersama rombongan kerajaan Malaysia ke Vatican City, Rome. |
Syabas buat Datuk Seri Mohd Najib kerana telah mengambil keputusan ini walaupun ianya nanti mungkin akan mendapat tentangan dari segolongan pihak dalam negara namun apa yang lebih penting ialah kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO yang mewakili kaum Melayu dan Islam di negara ini namun tidak pernah mengamalkan sikap permusuhan dengan mana-mana masyarakat Malaysia yang mempunyai pegangan agama berbeza sebagaimana yang sering ditohmah oleh pihak Pakatan Haram terhadap kerajaan Malaysia sebelum ini.
Di pihak orang-orang Kristian dalam Malaysia ini pula, anda semua boleh lihat bagaimana kesungguhan yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib dalam mewujudkan hubungan mesra, aman dan jujur dengan semua pihak dalam negara ini tanpa mengira siapa mereka walaupun sering berdepan dengan bermacam cabaran seperti apa yang telah dilakukan oleh sekumpulan pengkhianat negara iaitu BERSIH 2.0 baru-baru ini, tetapi semua itu bukanlah satu penghalang buat kerajaan Barisan Nasional untuk meningkatkan apa yang sudah dicapai kepada peringkat yang jauh lebih tinggi lagi.
Dengan keputusan pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib untuk mengadakan hubungan dua hala secara formal dengan kerajaan Vatican maka diharaplah masyarakat Kristian di Malaysia ini walaupun bukan kesemuanya mempunyai pandangan serong terhadap kerajaan Malaysia, namun apa yang diharapkan daripada keputusan itu akan membukan lebih luas ruang kepada kumpulan berkenaan untuk melihat, menilai dan berfikir bahawa kita dalam Malaysia ini sebenarnya adalah bebas untuk mengamalkan pegangan hidup masing-masing tanpa tekanan daripada pihak pemerintah asalkan tindakan yang kita lakukan tidak melanggar undang-undang negara serta sentiasa terkawal sesuai dengan prinsip rukun negara yang kita sanjung selama ini.
Label:
Vatican n Malaysia
Isnin, Julai 18, 2011
Hadi bina sempadan pemisah antara orang2 PAS dengan orang2 DAP.
| "Bukan... Ini bukan kerana Karpal Singh. Kita tidak tunduk kepada DAP. Kita membetulkan peraturan salah yang dibuat oleh UMNO. UMNO tidak ada sempadan antara hak orang bukan Islam dengan Islam itu sendiri, sebalik kita membuat sempadan, ia (sempadan) perlu ada. "PAS mengambil jalan terbaik dalam isu ini yang tidak boleh diselesaikan oleh UMNO. Hak orang bukan Islam kita tidak boleh ganggu, walaupun hak itu diharamkan oleh Islam, tetapi diizinkan oleh agama mereka," - Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang. |
Molek sungguh usaha Hadi tu yang mahu agar sempadan antara DAP dan Parti Kebajikan SeMalaysia itu dibentuk dengan kadar segera, seboleh-bolehnya sebelum menjelangnya bulan Ramadhan nanti. Bermula dari dalam kelab-kelab atau pusat hiburan, sempadan pemisah yang akan memisahkan antara orang-orang Islam dengan puak-puak DAP besar kemungkinan akan diperluaskan ke kawasan-kawasan yang lain pula seperti kedai, hotel, sekolah, hospital, klinik, taman permainan, pantai, bank-bank dan lain-lain lagi.
Berita lanjut mengenai kisah "sempadan: antara PAS dengan DAP, Bro Jinggo ada butirannya.
Label:
DAP n PAS
Apa sumbangan rakyat Malaysia yg bermastautin di negara lain terhadap pembangunan negara ini ?
Video ini memaparkan bagaimana sikap biadap dan kurang ajar segelintir rakyat Malaysia yang tinggal dan yang mungkin bekerja di luar negara terhadap pemimpin negara sendiri yang berkunjung ke negara di mana mereka sedang menetap. Insiden berlaku ketika lawatan empat hari Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke Britain serta England baru-baru ini.
Langsung tidak mencerminkan sikap sebagai seorang rakyat Malaysia yang pernah hidup di dalam kelompok masyarakat timur yang asal-usul budaya mereka adalah penuh dengan nilai sopan santun, lemah lembut dan yang berbudi pekerti mulia apabila sanggup meniru tingkahlaku masyarakat Barat yang kurang ajar dan sungguh melampau seperti aksi mereka didalam video di atas.
Mereka itu sudah bertahun-tahun duduk bersenang-lenang dan ada di antaranya yang telah hidup mewah di rantau orang sehingga ada pula yang sanggup memohon status kerakyatan sebagai warga kepada negara tempat mereka tinggal serta tergamak juga untuk menggugurkan status kerakyatan mereka sedia ada sebagai warganegara Malaysia semata-mata mahu diiktiraf sebagai rakyat Britain, Amerika Syarikat, Italy, Perancis, Jerman dan sebagainya.
Golongan ini memang tidak lagi layak untuk memperjuangkan apa-apa isu yang timbul di Malaysia dan mereka juga tidak layak sama sekali untuk bangkit menimbulkan sebarang isu bagi menarik perhatian dunia terhadap isu yang mereka ketengahkan sebab tanggungjawab mereka untuk tujuan apa sekalipun sudah tidak ada nilainya lagi sebab mereka adalah pengkhianat bangsa dan petualang negara yang bukan lagi sebagai sebahagian daripada warga Malaysia.
Sebarang isu atau masalah dalam negara ini adalah hak serta tanggungjawab rakyatnya yang masih setia tinggal sebagai warga negara di dalam Malaysia ini, yang masih tinggal dalam Malaysia, yang masih mengekal dan mempertahankan status kewarganegaraan mereka sebagai rakyat Malaysia walaupun sedang berada diluar negara atas urusan kerja dan sebagainya.
Apa sumbangan atau jasa kelompok petualang negara ini terhadap pembangunan dalam Malaysia selama ini ? Dari segi ekonomi misalnya, apakah yang telah mereka lakukannya untuk Malaysia ? Adakah selepas tamat pengajian di luar negara sesetengah daripada mereka akan kembali semula ke Malaysia untuk berbakti dan mencurahkan jasa kepada negara yang tercinta ini ?
Yang lebih malangnya, ada pula sesetengah daripada kelompok berkenaan yang pengajian mereka keluar negara adalah atas tajaan agensi-agensi kerajaan yang tertentu seperti MARA dan sebagainya, yang sedihnya sedihnya pula ialah apabila sudah selesai pengajian ada yang enggan pulang ke tanah air untuk berkhidmat kepada negara jauh sekali mahu melunas kembali biasiswa berbentuk pinjaman yang telah diberikan.
Dan yang sangat-sangat menyedihkan, sudahlah ada diantara mereka yang telah berjaya diluar negara, mengelak pula untuk membayar balik kos tajaan yang di terima, lebih parah lagi apabila ada lagi yang bersikap bagaikan "melepaskan anjing yang tersepit, tangan yang membantu pula yang digigit," dan apabila sudah berjaya, mereka lupa daratan, lupa asal-usul dan mudah lupa darimana mereka bermula sanggup lagi bersekongkol dengan pihak asing untuk memburuk-buruk pemimpin negara sendiri serta mencalar imej negara di mata masyarakat dunia.
Demo menuntut pilihanraya BERSIH sambil buat dosa & maksiat !!!
| Protes jalanan, satu perarakan kononnya mahu menuntut SPR mengadakan suatu pilihanraya yang bersih, telus dan adil di negara ini. Terpampang didalam gambar dua wajah wakil rakyat daripada PKR, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin & Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail mengetuai sekumpulan puak sewaktu perarakan haram BERSHIT 2.0 pada 9 Julai lalu di Ibu Negara. Nampak jelas di situ anggota tubuh keduanya yang bukan pasangan muhrim saling bersentuhan diantara satu sama lain malah tangan YB Azan kalau dikira sejauh perarakan berlangsung maka selama itulah tangan wakil rakyat Indera Mahkota akan merasa tersentuh buah dada Zuraida Kamaruddin yang sudah nampak stim dan khayal. |
Adakah Mursyidul Am PAS waktu ini sedang berusaha untuk mengeluarkan satu fatwa baru dalam masa yang terdekat ini khusus untuk menepis sebarang kemungkinan akan timbulnya tanggapan yang negatif daripada masyarakat berikutan kelakuan yang telah ditunjukkan oleh dua orang wakil rakyat daripada PKR iaitu sekutu kuat PAS dalam Pakatan Haram selain DAP ?
Label:
pas n PKR
Ahad, Julai 17, 2011
PAS Kedah tumpas lagi ditangan Karpal Singh dan DAP !
Kerana masih keliru dengan dasar perjuangan PAS Baru yang telah beralih kepada konsep negara berkebajikan dan mungkin ingat yang PAS Baru masih lagi kekal seperti PAS Lama yang memperjuangkan Islam maka itu agaknya yang telah menyebabkan Menteri Besar Kedah Darul Aman YAB Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyampaikan hasratnya mahu melaksanakan larangan ke atas 13 jenis pusat hiburan di negeri tersebut bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan nanti.
Belumpun lagi larangan tersebut dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kedah, sudah kecoh satu Malaysia apabila Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh yang sebelum ini hanya mampu duduk di atas kerusi roda telah naik berang dengan hasrat Menteri Besar Kedah itu dan dengan serta-merta bangun berdiri berlari ke arah Datuk Seri Azizan lalu memberi kata dua kepada Pesuruhjaya PAS Baru Kedah itu agar menarik balik larangan berkenaan atau beliau akan menerima nasib yang serupa pernah dikenakan oleh PAS Selangor kepada Datuk Hassan Ali baru-baru ini.
Nampaknya Datuk Seri Azizan lebih sayangkan jawatan Menteri Besar yang beliau sandang ketika ini daripada mempertahankan kesucian bulan Ramadhan yang bakal tiba apabila sanggup sujud dan terpaksa akur terhadap tekanan yang dikenakan oleh Karpal Singh dan DAP yang mahukan beliau menarik semula larangan tersebut. Dan PAS Baru yang diterajui oleh YB Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden parti dikatakan telah membentuk satu jawatankuasa khas bagi membincangkan masalah yang telah ditimbulkan oleh Datuk Seri Azizan antara PAS Baru Kedah dengan DAP.
Belumpun lagi larangan tersebut dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kedah, sudah kecoh satu Malaysia apabila Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh yang sebelum ini hanya mampu duduk di atas kerusi roda telah naik berang dengan hasrat Menteri Besar Kedah itu dan dengan serta-merta bangun berdiri berlari ke arah Datuk Seri Azizan lalu memberi kata dua kepada Pesuruhjaya PAS Baru Kedah itu agar menarik balik larangan berkenaan atau beliau akan menerima nasib yang serupa pernah dikenakan oleh PAS Selangor kepada Datuk Hassan Ali baru-baru ini.
Nampaknya Datuk Seri Azizan lebih sayangkan jawatan Menteri Besar yang beliau sandang ketika ini daripada mempertahankan kesucian bulan Ramadhan yang bakal tiba apabila sanggup sujud dan terpaksa akur terhadap tekanan yang dikenakan oleh Karpal Singh dan DAP yang mahukan beliau menarik semula larangan tersebut. Dan PAS Baru yang diterajui oleh YB Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden parti dikatakan telah membentuk satu jawatankuasa khas bagi membincangkan masalah yang telah ditimbulkan oleh Datuk Seri Azizan antara PAS Baru Kedah dengan DAP.
Label:
dap vs pas
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com


