Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, Oktober 01, 2010
Menjelang PRU Negeri: Rakyat Sarawak pasti akan setia kepada BN !
Sokongan rakyat negeri ini terutamanya pengundi-pengundi dari kaum Bumiputera yang kebanyakkannya mendiami kawasan-kawasan di luar bandar terhadap Barisan Nasional boleh dijangka akan tetap teguh dan akan sentiasa meningkat. Mereka yang kebanyakkannya tinggal jauh dari sebarang kemudahan yang sudah lama dinikmati oleh pengundi-pengundi bandar-bandar utama dan pekan sudah pasti masih memerlukan perhatian sewajarnya yang berterusan daripada pihak kerajaan dan mana mungkin untuk rakyat dikawasan kampung, hulu-hulu sungai serta di penempatan-penempatan yang masih dalam perlaksanaan kemudahan infrastrukturnya oleh kerajaan BN akan beralih angin dengan menyokong parti-parti seperti DAP, PKR dan PAS yang perjuangan mereka sentiasa terumbang-ambing serta tidak jelas arah tujuannya.
Kedudukan kerusi DUN yang dimiliki oleh BN nampak sangat selesa dimana daripada 71 kerusi DUN Sarawak 62 adalah BN, 6 DAP, 1 PKR dan 2 Bebas. Yang menariknya ialah 1 daripada 2 wakil rakyat Bebas adalah pro-kerajaan iaitu ADUN Engkelili dan beliau sentiasa hadir pada mana-mana majlis yang dianjurkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebagai tanda sokongan kuat beliau terhadap BN.
Untuk makluman bersama, saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian satu senarai penuh nama-nama wakil rakyat dan kawasan DUN mereka masing-masing untuk kita menilai sendiri sejauh manakah sokongan rakyat Sarawak terhadap kerajaan BN pada PRU Negeri 2006 dan adakah ianya akan berterusan...
71 DUN Sarawak
N.01 Opar : YB Encik Ranum Mina (SUPP/BN)
N.02 Tasik Biru : YB Datuk Peter Nansian (SPDP/BN)
N.03 Tanjung Datu : YB Tan Sri Haji Adenan Haji Satem (PBB/BN)
N.04 Pantai Damai : YB Dr Abdul Rahman Julaihi (PBB/BN)
N.05 Demak Laut : YB Dr Abg Haji Abdul Rauf bin Abg Zen (PBB/BN)
N.06 Tupong : YB Datuk Ir. Haji Daud Abdul Rahman (PBB/BN)
N.07 Semariang : YB Puan Syarifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (PBB/BN)
N.08 Satok : YB Datuk Sri Abg Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abg Haji Openg (PBB/BN)
N.09 Padungan : YB Encik Dominique Ng (PKR/Pakatan Pembangkang)
N.10 Pending : YB Puan Violet Yong (DAP/Pakatan Pembangkang)
N.11 Batu Lintang : YB Encik Voon Lee San (Bebas/pro-Pembangkang)
N.12 Kota Sentosa : YB Encik Chong Chieng Jen (DAP/Pakatan Pembangkang)
N.13 Batu Kawa : YB Encik Tan Joo Phoi (SUPP/BN)
N.14 Asajaya : YB Tuan Haji Abdul Karim Rahman Hamzah (PBB/BN)
N. 15 Muara Tuang : YB Datuk Seri Mohd Ali Mahmud (PBB/BN)
N.16 Bengoh : YB Dr Jerip Susil (SUP/BN)
N.17 Tarat : YB Encik Roland Sagah (PBB/BN)
N.18 Tebedu : YB Datuk Sri Micheal Manyin (PBB/BN)
N.19 Kedup : YB Encik Federick Bayoi Manggie (PBB/BN)
N.20 Sadong Jaya : YB Datuk Haji Wan Wahab Haji Wan Sanusi (PBB/BN)
N.21 Simunjan : YB Tuan Haji Mohd Naroden Mejais (PBB/BN)
N.22 Sebuyau : YB Tuan Haji Julaihi Nerawi (PBB/BN)
N.23 Lingga : YB Puan Hajjah Simoi Peri (PBB/BN)
N.24 Beting Maro : YB Datuk Haji Bolhassan Haji Mohd Di (PBB/BN)
N.25 Balai Ringin : YB Encik Snowdan Lawan (PRS/BN)
N.26 Bukit Begunan : YB Encik Mong anak Dagang (PRS/BN)
N.27 Simanggang : YB Datuk Francis Hardin Holles (SUPP/BN)
N.28 Engkelili : YB Dr Johnical Rayong (Bebas/pro-BN)
N.29 Batang Ai : YB Encik Malcom Mussen Lamoh (PRS/BN)
N.30 Saribas : YB Dr Haji Wahbi bin Haji Junaidi (PBB/BN)
N.31 Layar : YAB Tan Sri Datuk Patinggi Amar Alfred Jabu (PBB/BN)
N.32 Bukit Saban : YB Encik Robert Lawson (PBB/BN)
N.33 Kalaka : YB Tuan Haji Abdul Wahab Aziz (PBB/BN)
N.34 Krian : YB Datuk Peter Nansian Ngusie (SUPP/BN)
N.35 Belawai : YB Datuk Haji Hamden Ahmad (PBB/BN)
N.36 Semop : YB Datuk Sri Haji Awg Mohd Asfia Awg Nassar (PBB/BN)
N.37 Daro : YB Encik Murni Haji Suhaili (PBB/BN)
N.38 Jemoreng : YB Abu Seman Jahwie (PBB/BN)
N.39 Repok : YB Datuk David Teng Lung Chie (SUPP/BN)
N.40 Meradong : YB Cik Ting Tze Fui (DAP/Pakatan Pembangkang)
N.41 Pakan : YB Datuk Sri Willian Mawan Ikom (SPDP/BN)
N.42 Meluan : YB Encik Wong anak Judat (SPDP/BN)
N.43 Ngemah : YB Encik Gabriel Adit (Bebas/pro-Pembangkang)
N.44 Machan : YB Datuk Gramong Juna (PBB/BN)
N.45 Bukit Assek : YB Wong Ho Leng (DAP/Pakatan Pembangkang)
N.46 Dudong : YB Datuk Dr Soon Choon Teck (SUPP/BN)
N.47 Bawang Assan : YB Datuk Sri Wong Soon Koh (SUPP/BN)
N.48 Pelawan : YB Encik Vincent Goh (SUPP/BN)
N.49 Nangka : YB Datuk Haji Awang Bemee Awang Ali Basah (PBB/BN)
N.50 Dalat : YB Datin Hajjah Fatimah Abdullah (PBB/BN)
N.51 Balingian : YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (PBB/BN)
N.52 Tamin : YB Encik Joseph Mauh Ikeh (PRS/BN)
N.53 Kakus : YB Encik John Sikie Tayai (PRS/BN)
N.54 Pelagus : YB Encik Larry Sng (PRS/BN)
N.55 Katibas : YB Datuk Ambrose Belikau (PBB/BN)
N.56 Baleh : YB Datuk Sri James Jemut Masing (PRS/BN)
N.57 Belaga : YB Encik Liwan Lagang (PRS/BN)
N.58 Jepak : YB Datuk Haji Talib Zulpilip (PBB/BN)
N.59 Kidurong : YB Encik Chiew Chin Sing (DAP/Pakatan Pembangkang)
N.60 Kemena : YB Dr Stephen Rundi (PBB/BN)
N.61 Bekenu : YB Puan Rosey Yunus (SPDP/BN)
N.62 Lambir : YB Datuk Aidan Wing (PBB/BN)
N.63 Piasau : YAB Tan Sri Dr George Chan (SUPP/BN)
N.64 Pujut : YB Encik Andy Chia (SUPP/BN)
N.65 Senadin : YB Datuk Lee Kim Shin (SUPP/BN)
N.66 Marudi : YB Encik Silvester Entrie Muran (SPDP/BN)
N.67 Telang Usan : YB Encik Lihan Jok (PBB/BN)
N.68 Bukit Kota : YB Dr Abdul Rahman Ismail (PBB/BN)
N.69 Batu Danau :YB Encik Paulus Gumbang (SPDP/BN)
N.70 Ba'Kelalan : YB Encik Nelson Balang (SPDP/BN)
N.71 Bukit Sari : YB Datuk Haji Awg Tengah bin Awg Ali Hassan (PBB/BN)
Mengikut Pecahan kerusi, PBB sebenarnya telah mendominasi DUN dengan memiliki 35 kerusi, SUPP 11 kerusi, PRS dan SPDP masing-masing 8 kerusi manakala Bebas yang pro-Kerajaan 1 kerusi dan yang pro-Pembangkang 1 kerusi.
Dalam andaian saya kerusi SUPP akan berdepan dengan cabaran agak getir pada PRU itu nanti terutamanya yang majoritinya terdiri daripada kaum Cina iaitu dikawasan bandar yang mana segala bentuk kemudahan telah tersedia dan juga dimana penduduk atau rakyatnya sudah hilang budaya mengenang apabila sudah terlalu selesa dengan projek-projek mega yang ada disekeliling mereka.
Tetapi mesti akan berbeza dengan nasib SUPP dikawasan yang majoritinya adalah kaum Bumiputera, SUPP tidak akan menghadapi banyak masalah dari segi sokongan kerna dikawasan luar bandar dimana penduduknya sentiasa mengharap sesuatu yang ajaib daripada kerajaan BN tentu akan sentiasa memberi sokongan tidak bebelah bagi tambahan pulak calon yang kan mewakili mereka nanti ke DUN datangnya dari kalangan kaum mereka sendiri tentu sekali sokong mudah diperolehi.
PRS dan SPDP tidak menghadapi terlalu banyak rintangan pada PRU Negeri akan datang walaupun ada masalah dalaman parti masing-masing kerana wakil rakyat dari kedua-dua parti berkenaan sentiasa mendekati pengundi mereka tidak kira hanya pada waktu dekat pilihanraya saja malah pada hari-hari biasa mereka sering turun menjenguk ke kawasan yang diwakili.
Begitu juga dengan PBB yang jarang atau belum ada lagi berdepan dengan sebarang krisis kepimpinan parti maupun masalah dalaman yang serius parti, saya jangka tidak akan terlalu tertekan dengan asakan serta serangan oleh Pakatan Pembangkang yang kini sudah jelas ketandusan isu disamping mereka sendiri kini berdepan dengan masalah dalam parti masing-masing seperti PKR yang sudah berada diambang kehancuran selain DAP yang sedang berhadapan dengan krisis kepercayaan dari orang ramai berikutan banyak isu moral yang melanda parti DAP gagal diselesaikan dengan berkesan.
PBB walaupun buat masa ini boleh dikatakan sebagai berada didalam kedudukan agak selesa ketika menghadapi PRU Negeri itu kelak, namun mereka tidak bolehlah leka dan lalai dengan semua itu kerna kelazimannya rakyat tidak boleh diabai dalam hal-hal tertentu contohnya dalam soal kebajikan, bantuan dan seumpamanya bimbang keadaan sedemikian akan membuka ruang kepada pihak Pembangkang untuk mengambil kesempatan dengan meracuni pemikiran rakyat atau pengundi.
Khamis, September 30, 2010
Lagu tema Upin & Ipin "Sahabat selamanya" suara hati Malaysia dan Indonesia
Ucapan tahniah juga untuk keseluruhan anggota kumpulan PADI dari Indonesia kerana telah terpilih sebagai artis untuk menyanyikan lagu tema tersebut.
Lagu tema yang berjudul 'Sahabat selamanya' nyanyian PADI itu membawa erti yang sangat bermakna dan mendalam terutama yang berkaitan dengan hubungan dua hala, hubungan sejarah sejak dulu lagi antara Malaysia dengan Indonesia.
Terima kasih buat kumpulan PADI juga kerana penglibatan anda semua secara langsung didalam proses menjayakan segala aktiviti membabitkan projek Upin & Ipin diharap akan dapat mengubah serba sedikit keadaan kurang selesa yang sering menghimpit hubungan diantara Malaysia dengan rakyat Indonesia.
Harap hubungan Malaysia dengan sesetengah rakyat Indonesia dapat dipulihkan semula dan mereka disana yang selama ini sering melihat Malaysia dengan tanggapan yang salah dapat memperbetulkan semula apa yang telah tersilap pada diri mereka kerana yang penting ialah masa depan kedua-dua negara ini adalah bergantung kepada tindakan kita semua pada hari ini. Terima kasih.
Rabu, September 29, 2010
S. Kotappan terlantar dalam Hospital setelah jadi mangsa demokrasi PKR...
Terlalu banyak cara-cara demokrasi telah diperaktikkan oleh PKR pada mesyuarat berkenaan untuk dicontohi oleh seluruh rakyat di negara ini. Kerusi didemokrasikan, meja didemokrasikan, kertas-kertas undi bertaburan di atas lantai setelah didemokrasikan.
Ada yang membanggkan ialah apabila ADUN Sri Andalas YB Dr Xavier Jayakumar telah mendemokrasikan calon yang menentang beliau pada mesyuarat pemilihan itu dimana Dr Xavier telah tewas kepada calon yang bernama Kotappan.
Teruja dan gembira dengan kekalahan beliau itu maka Dr Xavier telah memberi satu tanda demokrasi dimuka Kotappan yang kini sedang terlantar diatas katil wad Hospital negeri Selangor. Bukan hanya Kotappan seorang yang didemokrasi oleh Dr Xavier malah ketiga-tiga anak lelaki beliau juga telah didemokrasi oleh Dr Vavier serta samseng-samseng beliau.
Melihat kepada apa yang telah berlaku dalam PKR sekarang, maka terpulanglah kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia sendiri untuk berfikir sejenak adakah mereka boleh menerima atau tidak cara perjuangan PKR yang sudah tidak ada lagi hala tujuannya dalam politik tanahair kini.
Selasa, September 28, 2010
Lanun warga Indonesia serang kapal kargo Malaysia diperairan Miri, Sarawak.
MIRI: Dua krew termasuk kapten cedera apabila kapal kargo mereka diserang oleh empat lanun yang bertopeng dan bersenjatakan parang di perairan Sibuti, kira-kira 20 batu nautika dari Bekenu malam semalam.
Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, kapal kargo yang didaftarkan di Kuching itu membawa 10 krew dan seorang kapten dalam perjalanan dari Miri menuju ke Kuching.
Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Superitendan Ismail Idris ketika mengesahkan kejadian itu berkata, keempat-empat lanun itu dipercayai menggunakan sebuah bot kecil menghampiri kapal kargo mangsa.
Dalam kepekatan malam, kesebelasan mangsa yang terkejut tidak mampu melawan lanun-lanun ganas tersebut yang bersenjatakan parang.
"Keempat-empat lanun yang bertutur dalam bahasa Jawa itu kemudian mengarahkan mereka menyerahkan wang tunai bernilai RM2,500 dan telefon bimbit kesemuanya berharga lebih RM2,500 dan sebuah binokular sebelum melarikan diri," katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.
Manakala kapten dan seorang krew berbangsa Iban yang cuba berlawan dengan lanun turut lebam dibahagian mata dipercayai ditumbuk selain cedera dibeberapa bahagian badan terkena parang.
Mangsa kemudian berhenti di Bintulu dan membuat laporan polis di Balai Polis Bintulu dan kemudian kes tersebut dirujuk ke Balai Polis Bekenu, 12 jam kemudian.
Menurut Ismail, setakat ini belum ada tangkapan dan Pasukan Gerakan Marin(PGM) masih membuat rondaan di peairan tempat kejadian - Utusan Borneo.
Anak Merdeka;
Kejadian serangan oleh lanun-lanun ini terhadap kapal kargo tersebut jelas sekali telah berlaku didalam kawasan perairan wilayah Malaysia dan bukan terjadi berhampiran kawasan sempadan atau diperairan antarabangsa seperti yang sering berlaku sebelum ini.
Andaikata kapal kargo tersebut adalah milik negara Indonesia dan telah diserang oleh lanun yang status kewarganegaraan mereka tidak diketahui dan tambah lagi sekiranya ianya berlaku didalam wilayah Indonesia maka yang akan dituduh oleh segelintir rakyat Indonesia terutamanya puak-puak BENDERA sebagai bertanggungjawab sudah tentulah rakyat dan negara kita Malaysia.
Tetapi insiden kapal milik Malaysia yang diserang oleh lanun warga Indonesia itu telah berlaku dikawasan perairan milik mutlak negara maka sudah pasti seperti biasa kita rakyat Malaysia yang berpikiran matang tidak akan melatah dan berarak atau berdemonstrasi dijalanan sebaliknya hanya akan menyerahkan kepada pihak berkuasa seperti polis, tentera serta pihak imigresen untuk membuat tindakan susulan.
Isnin, September 27, 2010
Paderi 'lembut' hina Islam dan Nabi Muhamad. KDN patut segera bertindak !
Perbuatan oleh seorang Paderi yang berperwatakan "lembut" ini iaitu 'Father' Benjamin Stephen yang begitu celupar dan biadap sekali dengan menghina ajaran agama Islam, Kitab Suci Al-Quran serta Nabi Muhamad ketika beliau menyampaikan satu ceramah di sebuah Gereja yang terletak didalam bahagian Kuching Sarawak baru-baru ini tidak boleh diterima lagi oleh rakyat dinegara ini sebagai satu perkara yang biasa.
Dalam sesebuah negara seperti Malaysia ini, kita tidak boleh lagi hidup dengan sering cuba untuk mencetuskan sesuatu perkara yang boleh membangkitkan perasaan tidak menyenangkan diantara satu dengan yang lain. Tidak salah dan tentu sekali tidak rugi untuk kita berusaha untuk hidup dalam keadaan yang rukun damai dengan sesama kita dalam negara ini walaupun kita semua datang dari latar belakang kehidupan atau asal usul yang sememangnya berbeza.
Sebagai seorang pemimpin agama(sekiranya benar) Benjamin Stephen sewajarnya bertanggungjawab membimbing umat Kristian khususnya ke arah jalan kedamaian sesama mereka dan juga dengan semua penganut agama lain dinegara ini dan bukannya membawa mereka menuju ke jalan kehancuran dan kemusnahan. Jesus Kristus, ajaran Kristian tidak pernah menuntut mana-mana penganutnya untuk bertelagah dengan sesiapa walau dengan orang yang tidak seagama.
Dalam isu ini kita semua mahu melihat tindakan yang paling tegas dan segera harus diambil oleh pihak berkuasa terhadap Paderi 'lembut' ini bagi menghalang beliau dari terus cuba untuk menimbulkan suasana serta keadaan yang tidak tenteram dan stabil dalam negara. Kita bukan mendesak tetapi kita sangat mengharapkan supaya KDN dibawah Datuk Seri Hisham lebih bertegas didalam isu sebegini dan kita tidak mahu perbuatan seperti ini jika dibiar berlarutan akan mewujudkan keadaan yang lebih membahayakan kepada keselamatan dan keamanan negara di kemudian hari.
Rakyat Sarawak harus menjauhi PKR !
Bermula daripada Pengerusi Parti KeADILan Rakyat (PKR) Negeri Sarawak iaitu Encik Baru Bian serta Penasihat PKR peringkat negeri Sarawak Datuk Sri Hajjah Hafshah Haji Harun, Timbalan Pengerusi PKR negeri Sarawak, Ketua AMK Negeri Sarawak, Ketua Wanita PKR Negeri Sarawak serta mereka-mereka yang memegang apa jua jawatan tertentu dalam PKR Negeri Sarawak, peringkat bahagian dan juga peringkat cawangan atau cabang, maka saya selaku rakyat negeri Sarawak ini menyeru kepada anda semua yang menyokong segala pergerakkan atau dalam ertikata lainnya menyertai setiap kegiatan yang telah, sedang dan yang akan dianjurkan oleh PKR di negeri ini agar berhenti setakat ini, cukuplah !
Anda semua yang sentiasa menentang segala bentuk pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Barisan Nasional di negeri bagi membangunkan Sarawak dan memakmurkan rakyatnya tiada apa alasan yang boleh meyakinkan rakyat Sarawak untuk terus mempengaruhi mereka dengan perjuangan sia-sia PKR itu dan begitu juga anda semua ini yang kini masih lagi menebal rasa setia terhadap perjuangan PKR sudah tiada sebab-musabab untuk anda semua dari terus bersandiwara memperdayakan rakyat Bumi Kenyalang ini kata-kata yang cuma indah khabar dari rupa. Berpatah baliklah kepada perjuangan untuk membela rakyat daripada perjuangan yang tidak ada arah tujuan bersama PKR !
Melihat kepada situasi semasa pemilihan berbagai jawatan peringkat cawangan atau cabang PKR di seluruh negara sejak beberapa hari yang lalu sehingga semalam seperti yang digambarkan diatas, kita semua tentu sekali seperti tidak percaya dengan apa yang telah berlaku itu boleh terjadi didalam PKR yang selama ini begitu gah dan angkuh melaungkan slogan 'reformasi' untuk menuntut sistem demokrasi tulen diamalkan dalam pemerintahan negara kerana kononnya mengikut tuduhan PKR bahawa selama ini kerajaan Malaysia yang ditadbir oleh BN bersifat kuku besi atau diktator serta tidak demokratik..
PKR ini belum lagi membentuk dan mentadbir sebuah negara, mereka baru saja mengadakan pemilihan jawatan dalam parti sendiri tetapi demokrasi yang mereka tuntut daripada BN selama ini sudah tidak mereka pakai lagi dan yang lebih malang lagi ialah semasa dibeberapa tempat pusat penjumlahan undi semalam demokrasi tidak mereka gunakan lagi iaitu sewaktu proses pengiraan undi malah telah jauh dibuang dari landasan asal perjuangan PKR apabila terdapat beberapa calon yang telah tewas tidak sanggup menerima kekalahan mereka sehingga berlakunya pergaduhan, baling kerusi, bakar bendera PKR, tumbuk menumbuk dan sebagainya lagi.
Jadi kepada mereka semua yang nama tersebut dan tidak disebut diatas dan juga kepada seluruh rakyat Sarawak khasnya yang masih mengagung Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin idaman mereka, lihatlah kalau anda mampu melihat lalu renung dan fikirkanlah sokongan dan kerjasama yang telah dan sedang berikan kepada PKR itu boleh membawakan kebaikan kepada negeri serta rakyat Sarawak dikemudian hari. Dengan melihat kepada peristiwa yang berlaku dalam PKR semasa proses pengiraan undi semalam, apakah itu juga belum lagi cukup untuk menyedarkan anda semua bahawa perjuangan dengan PKR sepatutnya ditamatkan setakat hari ini saja dan anda semua harus memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada perjuangan Barisan Nasional dalam menyatupadukan rakyat, mempertingkatkan tahap ekonomi rakyat dan negara.
Rakyat Sarawak, jauhi dan hindarilah Parti KeADILan Rakyat (PKR) demi keharmonian dan kesejahteraan kita semua!!!
Ahad, September 26, 2010
Satu Melayu: Nazri Tak Usah Bimbang: TUN M JANJI TAK AKAN JADI ...
ulasan Anak Merdeka;
DS Nazri benar-benar telah melukakan hati YABhg Tun Dr Mahathir. Tiada apa-apa istimewanya bilamana melihat kepada kesetiaan yang sering diwar-warkan oleh DS Nazri kononnya ada pada dirinya terhadap "boss" yang dimana mereka pernah dia berkhidmat dibawah pentadbiran jika pendirian beliau akan berubah terhadap bekas ketua yang lama setelah mendapat ketua yang baru.
Sebagai seorang yang berjawatan sebagai Menteri didalam sesebuah kabinet persekutuan, DS Nazri tidak harus cepat melatah tak tentu pasal lebih-lebih lagi apabila mendapati adanya teguran apatah teguran datang dari bekas ketuanya sendiri. Teguran untuk kebaikan bukan untuk memusnahkan!
Sabtu, September 25, 2010
Kenapa KDN membiar S. Manikavasagam ganggu kerja Polis ???
Dan tuduhan membabi-buta oleh pihak Pakatan Pembangkang terhadap pihak kerajaan tidak akan berhenti disitu saja malah ianya akan terus dijadikan sebagai isu besar apabila kes yang sedang disiasat itu mulai didapati sebagai kekurangan bukti untuk dibawa ke Mahkamah dan sudah pasti kemungkinannya ia dirasa lebih memihak kepada pihak kerajaan setelah sesuatu kes ditutup kertas siasatannya oleh pihak Polis.
Tetapi kini, sejak akhir-akhir ini...kecenderungan pihak pemimpin dari Pakatan Pembangkang untuk terlibat didalam kerja-kerja siasatan polis seperti sudah tiada halangan lagi. Gelagat Ahli Parlimen Kapar Selangor YB S. Manikavasagam dari PKR misalnya didalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, beliau jelas sekali sedang giat untuk turut sama membuat siasatan kes tersebut malah dilihat sudah keterlaluan apabila sanggup mengusung isteri hartawan India S. Ushara ke hulu kehilir yang didakwa telah dibunuh oleh suspek utama pembunuh Datuk Sosilawati serta tiga rakannya.
Lebih mengejutkan lagi apabila S. Manikavasagam telah dengan bersahaja memperdengarkan perbualan telefon yang "kononnya" telah dirakam oleh isteri hartawan India itu dimana ianya mengandungi perbualan diantara suaminya iaitu hartawan terbabit dengan suspek utama disamping satu lagi "kononnya" rakaman perbualan diantara seorang pegawai polis Malaysia dengan hartawan berkenaan.
Apakah pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri(KDN) yang diterajui oleh YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak memandang serius dengan apa yang telah dilakukan oleh YB S. Manikavasagam itu ? Apakah pihak KDN hanya akan membiarkan saja YB S. Manikavasagam memperlihatkan kepada dunia betapa undang-undang dinegara ini mudah dan senang untuk diperlekehkan oleh sesiapa saja ?
Jika S. Manikavasagam dibiarkan saja untuk bertindak tanpa batasan sedemikian, jadi bagaimana pula nanti dengan pemimpin-pemimpin parti politik yang lainnya, tak kiralah mereka dari parti mana pemerintah atau pembangkang, apakah KDN hanya akan bertindak sekiranya perbuatan seperti yang telah dilakukan oleh YB S. Manikavasagam telah menjadi budaya kerja yang baru dalam negara kita dan akan menjadi ikutan pula kepada mereka yang lain ?
Jadi kepada Menteri Dalam Negeri YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein selaku seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan, ketenteraman awam, keharmonian serta kesejahteraan dalam negara ini, kami rakyat merayulah kepada YB supaya tegas dengan tugas agar apa yang telah dan sedang dilakukan oleh YB S. Manikavasagam tidak akan diikuti oleh pihak lain selepas ini selain itu juga kita berharap YB S. Manikavasagam tidak akan terus bertindak semakin jauh dari tanggungjawab sebenar beliau sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.
YB S. Manikavasagam harus sedar bahawa beliau menang sebagai Ahli Parlmen Kapar di Selangor atas tiket Parti KeADILan Rakyat adalah atas kehendak rakyat berbilang kaum disitu demi untuk menuntut perubahan "kononnya" selama dibawah pemerintahan BN hidup mereka merana, sengsara, derita, ditindas dan macam-macam lagi bentuk penderaan lebih malang dari rakyat Darfur di Sudan maka rakyat disitu mengharapkan YB S. Manikavasagam untuk memperbaiki atau menaiktaraf kehidupan mereka, kononnyalah!
Kepada YB S. Manikavasagam, kami rakyat menyeru !!! YB jalankan kewajipan dan tugas sebagai seorang wakil rakyat dan tak payah menyibuk dengan kerja polis. Kerja menyiasat sebarang kes jenayah itu kerja polis, maka biar pihak polis saja yang uruskannya, tak payah nak memandai... dan jika masih mahu, berhenti saja jadi wakil rakyat...kosongkan kerusi Parlimen Kapar, letak jawatan dan masuk kerja dalam perkhidmatan polis...
Jumaat, September 24, 2010
Untuk menang Naib Presiden PKR, Nurul cabar Tun Dr Mahathir berdebat !
Maka begitulah cara perjuangan dalaman PKR, mereka sanggup berbuat apa saja demi untuk mencapai apa saja yang dihajati walaupun mereka tahu bahawa cara yang digunakan oleh mereka kini sudah terlalu jauh terpesong dari matlamat asal penubuhan PKR sejak lebih sepuluh tahun yang lalu.
YB Nurul Izzah hanyalah seorang Ahli Parlimen biasa yang baru sepenggal menang pada pilihan raya umum ke-12 dan belum nampak apa-apa lagi sumbangan dia kepada bangsa, negara dan agama tetapi telah begitu angkuh mencabar YABhg Tun Dr Mahathir untuk berdebat mengenai 'masa depan kuasa pemerintahan orang Melayu' dinegara ini sekiranya Pakatan Pembangkang menjadi kerajaan.
Walau apapun niat atau alasan Nurul Izzah untuk mencabar Negarawan Terulung ini agar berdebat mengenai isu tersebut, saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang senantiasa menyanjung tinggi kepimpinan YABhg Tun Dr Mahathir yang sehingga kini belum ada saingannya lagi di negara ini tetap melihat cabaran oleh Nurul itu adalah semata-mata usaha terdesak beliau untuk memenangi jawatan yang akan ditandinginya dalam PKR selain sebagai sebahagian dari usaha untuk mengalih perhatian rakyat terhadap masalah sebenar kepimpinan yang sedang menghambat PKR ketika ini yang semakin busuk hari ke hari.
Kepada YB Nurul Izzah, pesan saya selaku rakyat biasa ni, lupakanlah saja hasrat gila YB itu untuk berdebat dengan YABhg Tun Dr Mahathir... adalah lebih baik jaga kawasan Parlimen Lembah Pantai YB tu elok-elok, dengar masalah rakyat kat situ, selesaikan masalah mereka...janji harus ditepati !
YB Nurul bukan lawan YABhg Tun Dr Mahathir... YB Nurul cerminkanlah diri anda sendiri dulu....pandang lama-lama wajah dalam cermin...sudah ada kedut-kedut ke di pipi,muka, bawah mata, atas dahi, bawah dagu, ditangan, dijari dan sebagainya...
Khamis, September 23, 2010
500 ahli BENDERA semakin hilang akal dan iman !!!
Mereka telah memberi tempoh selama 2 hari untuk Datuk Syed Munshe berbuat demikian dan mereka mengugut sekiranya Duta Besar Malaysia itu enggan keluar dari Indonesia maka mereka akan mengeluarkan segala bentuk barang serta apa jua benda dari dalam rumah kediaman beliau.
Kumpulan 500 orang itu berkemungkinan besar adalah ahli-ahli kumpulan BENDERA yang memang anti-Malaysia dan mereka adalah terdiri daripada komuniti kecil yang berjiwa kerdil, suka kepada perbalahan, sanggup menerima apa saja upah yang diberi walaupun tau perbuatan mereka akhirnya akan merugikan diri mereka sendiri.
Selain itu, kumpulan 500 orang rakyat Indonesia di Jakarta juga dilaporkan telah merayau-rayau disekitar gedung-gedung membeli-belah seperti di Mall, Hypermarket, Supermarket, Hotel-hotel dan dimana saja asal ada terdapat rakyat Malaysia untuk mengusir mereka keluar dari negara Indonesia.
Perkembangan terbaru ini berlaku dan tercetus berikutan terbongkarnya kes penderaan yang berlaku di Pulau Pinang yang mana seorang amah dari Jawa Timur telah didera secara fizikal dan seksual oleh majikannya.
Dan apa yang kumpulan 500 orang rakyat Indonesia ini tidak pernah ambil pusing ialah, adakah amah tersebut bekerja di negara ini mengikut prosedur yang sah atau bekerja secara haram. Apa yang dimaklumkan bahawa wanita terbabit adalah Pendatang Asing Tanpa Izin(PATI) atau dulu mudah disebut sebagai Pendatang Haram dan sudah tentu bekerja di negara tanpa sebarang dokumen yang sah !
Kalau diikutkan betul-betul, apabila PATI ini yang bekerja secara haram di negara ini telah ditindas, ditipu dan sebagainya oleh majikan masing-masing mereka sendiri harus menerima apa juga risikonya dan bila berdepan dengan kejadian seumpama itu mereka tidak patut membebankan masalah sedemikian kepada pihak kerajaan Malaysia.
Jadi kepada 500 rakyat Indonesia ini tadi, tolonglah buka mata, buka telinga dan gerakkan otak anda yang beku itu ! ..fikirlah sendiri, walaupun amah warga Indonesia itu datang bekerja secara haram ke negara ini tetapi apabila beliau menghadapi masalah serupa itu, pihak berkuasa Malaysia tidak pernah berdiam diri malah kedua-dua suspek(majikan) dalam kes dera itu iaitu sepasang suami isteri kini sudah ditahan oleh polis Malaysia untuk siasatan lanjut.
Kepada 500 rakyat Indonesia(BENDERA) sampai bila lagi anda semua akan mampu berjuang dengan cara mengamal gaya hidup manusia di zaman purba, pakai undang-undang rimba...siapa kuat akan menang siapa lemah pasti kalah !?
Ahad, September 19, 2010
Kes Sosilawati + 3 mangsa: Bila lagi DAP,PKR,PAS nak berarak???
Dulu masa kes kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock, mereka DAP,PAS dan PKR berpadu berarak atau berdemontrasi beramai-ramai disepanjang jalanraya sebagai bukti kepada rakyat bahawa mereka benar-benar ingin menunaikan apa yang pernah mereka katakan.
Dan begitu juga dalam isu kematian mendiang Kugan, seorang penjenayah yang mati ketika didalam tahanan polis. DAP,PAS dan PKR juga turut bersatu padu keluar beramai-ramai berarak dijalanraya kononnya untuk menunjukkan kepada dunia betapa mereka sangat ikhlas memperjuangkan keadilan untuk mangsa-mangsa kezaliman pihak berkuasa di negara ini.
Namun dalam kes kemalangan yang mengakibatkan seorang Askar Melayu diRaja Malaysia iaitu Mohd Salleh bin Hamdan terkorban setelah motosikal yang ditungganginya dilanggar oleh kereta mewah Mercedes Benz yang dinaiki oleh Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua dari arah bertentangan di KM 49 Jalan Johor Bahru-Mersing dekat Hutan Lipur Panti di Kota Tinggi pada 13 Mac 2010 lalu, tiada seorang pun para pemimpin atau penyokong dari PAS,DAP dan PKR yang keluar keatas jalanraya sebagaimana yang pernah mereka lakukan untuk mendiang Teoh Beng Hock dan juga mendiang Kugan. Kenapa???
Dan begitu juga sekarang berhubung dengan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati serta 3 mangsa yang lain, tiada juga apa-apa yang kita lihat tindakan yang mungkin akan diambil oleh pihak PKR,DAP dan PAS dalam usaha mereka kononnya untuk menegakkan keadilan bagi pihak mangsa.
Setakat ini PAS,DAP dan PKR belum ada tanda-tanda untuk mengadakan perarakan besar-besaran bagi menuntut keadilan bagi pihak kempat-empat mangsa tetapi apa yang jelas kini ialah mereka telah membisu seribu bahasa berkaitan kes ini dan cuma ada kedengaran ialah suara mereka yang mempersoalkan kecekapan pihak polis yang begitu cekap dan pantas menyelesaikan kes pembunuhan itu dan bukannya untuk menghargai pihak polis.
Apa-apapun kita seluruh rakyat tetap akan tunggu dan lihat apa yang akan pihak Pakatan Tak Sah itu buat selanjutnya...(gambar diatas saya ambil dari blog Ruang Bicara Faisal/rbf)... terima kasih !
Sabtu, September 18, 2010
Wan Junaidi kecewa Sarawak dianaktiri sementara Sabah diutamakan...
Mana tidaknya selepas saja pengunduran YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri dan apabila kuasa mentadbir negara telah beralih kepada YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi usaha oleh sesetengah pihak dari Semenanjung dan Sabah untuk menekan kepimpinan kerajaan negeri Sarawak di bawah YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sudah mulai nampak kocaknya.
Perkara ini seolah-olah telah menjadi barah walaupun peralihan kuasa telah berlaku dari YAB Tun Abdullah kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Ianya seakan-akan telah menular tanpa ada usaha untuk memperbetulkannya. Sebaik saja Datuk Seri Najib mengambilalih jawatan sebagai Perdana Menteri dan apabila dilaku rombakan kabinet, boleh saja dilihat pemimpin dari negeri mana yang diutamakan dan diberi jawatan-jawatan penting.
Ikutilah antara sebahagian dari keluhan yang disuarakan oleh YB Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Anggota Parlimen Santubong yang juga Timbalan Yang DiPertuan Dewan Rakyat mengenai isu ini sebagaimana yang telah disiarkan dalam akhbar Utusan Borneo hari ini 18 September 2010.
KUCHING: Sarawak sepatutnya tidak 'dianaktirikan' oleh kerajaan pusat dalam pembahagian jawatan penting termasuk jawatan menteri didalam kementerian persekutuan.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sementara Sabah kelihatan lantang melaungkan hak mereka sebagai sebuah wilayah dalam penubuhan Malaysia, Sarawak sepatutnya tidak disisihkan walaupun kelihatan berdiam diri.
"Sekarang Sabah sudah diberi hak kesamarataan dimana ramai rakyatnya dilantik jawatan penting di Semananjung Malaysia.., tetapi tidak bagi Sarawak. Saya berharap Sarawak tidak disisihkan walaupun kita berdiam diri," katanya ketika ditemui pemberita di Bandar Semariang semalam.
Beliau mengulas kenyataan tersebut ketika ditanya pemberita mengenai 20 perjanjian Sabah dan 18 untuk Sarawak yang hangat dibincangkan sekarang.
Wan Junaidi turut menambah, walaupun beliau berterima kasih dengan pihak persekutuan dalam menyediakan peruntukkan berbillion ringgit untuk negeri ini, namun beliau tidak berpuashati kerana tidak ramai yang mewakili negeri ini dalam kementerian kerajaan pusat.
"Jangan hanya memandang Sabah (dari aspek kesamarataan)...kita juga mempunyai 30(kerusi Parlimen) di Sarawak," katanya sambil menambah ramai rakyat negeri ini layak untuk menjawat jawatan tinggi diperingkat kementerian persekutuan.
Wan Junaidi turut menegaskan kerajaan pusat menyediakan kouta untuk pembahagian jawatan penting untuk Sarawak dan Sabah bagi memastikan pengagihan jawatan yang adil.
Syabas YB Datuk Wan Junaidi !!! YB sudah berjaya menghidu sesuatu yang tidak kena yang telah berlaku sejak mula YABhg Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri dan diharap Datuk Seri Najib dapat mempertimbangkan apa yang telah diluahkan oleh YB Datuk Wan Junaidi itu dengan sebaik mungkin.
Hari Malaysia : Tun Rahman terima Anugerah Tokoh Malaysia
Anugerah disampaikan mungkin berdasarkan kepada sumbangan besar beliau terhadap pembangunan negeri Sarawak dalam berbagai bidang khususnya dan Malaysia amnya.
Syabas dan Tahniah buat YABhg Tun, semoga Tun akan terus dikurniakan kesihatan yang baik.
Tapi wak paling kamei suka ien lah Tun kenah pejaan udei jgem YAB Pehin Sri, uno-uno masalah jgem anek naken dbei walau umit atau ayeng nak lah seperti hal biasa...
Kamei berdoa semoga Tun sihat-sihat selalu, lalo umor kawak selalu bak den mana-mana liko dagen Sarawak kawak Malaysia. Tun Rahman ien lah kebanggaan telo semuah.
Jumaat, September 17, 2010
Apabila Peguam 'menjenayah' siapa pula nak jadi Peguam Bela ?
Persoalan yang pasti dan tentu akan berlegar difikiran sekarang ialah siapa diantara Peguam yang duduk didalam Majlis Peguam atau pun Peguam persendirian mahu atau sanggup untuk membela ke lapan-lapan penjenayah yang kini telah ditahan reman oleh pihak berkuasa.
Apakah ke lapan-lapan penjenayah itu masih dilihat sebagai masih ada hak untuk diberi pembelaan oleh masyarakat Malaysia dari segi undang-undang di negara ini memadangkan kezaliman yang dilakukan oleh mereka yang lebih kejam jika dibandingkan dengan mana-mana haiwan ganas di muka bumi ini ?
Haiwan seganas mana pun jika ianya membunuh ia setakat membunuh atau memamah serta memakan daging lawannya tetapi tidak sampai untuk membakar mayat lawannya sehingga tinggal menjadi debu...
Dan, dalam kes ini kita mahu melihat apakah tindakan selanjutnya yang akan diambil oleh pihak Majlis Peguam dalam usaha mereka berdepan dengan karenah ahli-ahli mereka yang bermasalah di dalam pertubuhan mereka. Adakah Majlis Peguam akan menyalahkan pihak-pihak lain selepas ini atau menuntut digugurkan itu dan ini kepada pihak kerajaan...
Hukuman bentuk apakah yang wajar dikenakan kepada ke lapan-lapan penjenayah itu nanti sekira disabit dengan jenayah yang telah mereka lakukan ? Hukuman pancung ?, hukuman pasong ?, hukuman gantung ?, dicabut kuku kaki, tangan satu persatu ?, dipanggang atas bara api yang membara ?, disumbat ke dalam tong najis ?, dilempar kedalam sangkar singa, harimau dan buaya ?
Khamis, September 16, 2010
Ulang Tahun ke-2 Kerajaan Baru serba-serbi
Mereka berjaya memerintah negara ini setelah berjaya merampas kuasa daripada kerajaan Barisan Nasional dengan cara membelakangi amalan demokrasi apabila berjaya memujuk sebilangan Ahli Parlimen BN yang diercayai berjumlah seramai 30 orang untuk menyertai mereka dan keluar daripada BN. HaH!!!???
Tarikh 16hb September juga tidak sekadar akan diingati oleh rakyat negara ini sebagai Hari Malaysia bagi memperingati pembentukkan Persekutuan Malaysia apabila Semenanjung Tanah Melayu bergabung dengan Sarawak, Sabah dan Singapura malah akan terus dikenang sebagai hari "penipuan berprofile tinggi" sepanjang masa atau untuk selama-lamanya selagi ada bulan dan matahari.
Rabu, September 15, 2010
16 September: Ulang Tahun ke-2 PKR tipu DAP dan PAS...
Tarikh kemedekaan negara memang sentiasa di ingat hanya pada tarikh tersebut iaitu 31 Ogos setiap tahun dan bagi saya secara peribadi adapun tarikh yang baru sekarang iaitu 16hb September cuma sekadar usaha oleh pihak kerajaan untuk mengambil hati rakyat Sarawak dan Sabah bagi mengimbangi tekanan daripada pihak Pakatan Pembangkang yang mana merekalah sebenarnya mula-mula sekali mencetuskan tentang perlunya diadakan sambutan Hari Malaysia pada setiap 16 September bagi mengingati pembentukan negara Malaysia.
Dan Hari Malaysia mula diiktiraf sebagai hari cuti umum juga sebagai hari yang bersejarah sebaik saja keputusan Piliharan Umum tahun 2008 dilihat tidak lagi menyebelahi kerajaan Barisan Nasional kerana rakyat ketika itu sudah mulai bertukar selera dengan memberi sokongan kepada pihak Pakatan Pembangkang setelah terpukau dan terliur dengan segala jenis menu yang dihidangkan.
Bagi saya jika Hari Malaysia diraikan bagus juga dan jika tidak diadakan tidak mengapa juga kerana kita semua tidak tahu apakah dengan adanya dua perayaan yang punyai kaitan sejarah serupa yang diraikan pula dalam jangka waktu dengan jarak yang tidak sampai sebulan adakah ianya mampu mempertingkatkan semangat cintakan negara, sayangkan negara dikalangan rakyat Malaysia yang hampir separuh daripada mereka ketara semakin buta tentang sejarah negara sendiri.
Tetapi tarikh 16 September lebih senang dingati oleh rakyat Malaysia sebagai satu tarikh yang penuh dengan kisah atau siri pembohongan yang dibuat oleh Penasihat PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga adalah Ketua Pembangkang di Parlimen.
Kita semua rakyat Malaysia boleh lihat bagaimana bijak sekalipun kesemua pemimpin-pemimpin dalam DAP terutamanya YB Karpal Singh akhir dengan mudah ditipu dan diperdayakan oleh DSAI tentang rancangannya untuk merampas kuasa menuju ke Putra Jaya bagi membentuk sebuah kerajaan baru di negara ini.
Tepat pada tarikh 16hb September juga kesemua pemimpin didalam parti PAS telah ditipu hidup-hidup oleh DSAI dengan janji-janji beliau yang bersimpang-siur mengenai matlamat untuk membentuk kerajaan baru bersama DAP dan PAS.
Kes Sosilawati & 3 mangsa: Mengapa DAP,PKR,PAS,Gerakan,MCA,MIC,Hindraf dan Majlis Peguam berpeluk tubuh???
Kejadian tersebut telah menyebabkan mangsa iaitu seorang penuntut di UiTM berketurunan Melayu, Mohd Bakri Mohd Bazli koma untuk beberapa minggu didalam wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah(HTAR) setelah dilanggar kereta yang dipandu oleh ADUN Sekinchan daripada DAP iaitu YB Ng Suee Lim yang juga didapati memandu dibawah pengaruh alkohol.
Kejadian tersebut langsung tidak mendapat sebarang perhatian daripada para pemimpin Pakatan Pembangkang baik DAP,PKR,PAS,Gerakan,MCA,MIC,Hindraf dan Majlis Peguam dan tiada sebarang cadangan diusul bagi menyiasat kes kemalangan itu kerana yang melanggar adalah pemimpin DAP dan yang dilanggar pula adalah remaja Melayu bukan Teoh Beng Hock juga bukan Kugan.
Selang sebulan selepas itu berlaku satu lagi kemalangan dimana kereta mewah Mercedes Benz milik Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua (PKR) yang dipandu oleh pemandu peribadi beliau telah melanggar yang mengakibatkan kematian seorang Askar Melayu DiRaja Malaysia iaitu Mohd Salleh bin Hamdan di KM 49 Jalan Johor Bahru-Mersing berdekatan Hutan Lipur Panti di Kota Tinggi.
Kemalangan yang berlaku pada 13hb Mac 2010 jam 9:30 malam dilaporkan terjadi setelah kenderaan yang dinaiki oleh YB Tian telah memasuki lorong kanan untuk memotong kenderaan yang lain didepan sebelum bertembung dengan motosikal yang ditunggang oleh mangsa dari arah hadapan.
Kes kemalangan ini juga sebagaimana kejadian yang terdahulu menimpa adik Mohd Bakri langsung tidak mendapat tempat didalam perjuangan 'telus, adil, saksama, sama rata, berintergriti' Pakatan Pembangkang kerana yang melanggar adalah Ahli Parlimen PKR dan yang meninggal dilanggar adalah seorang Askar berbangsa Melayu bukannya Teoh Beng Hock dan tentu bukan juga Kugan.
Dan kini setelah 6 bulan berlalu, satu lagi kes berlaku dan kejadian ini adalah yang paling luarbiasa sekali dan apa-apapun kejadian ini memerlukan semua pihak untuk bersabar, bertenang dan menyerahkan tugas kepada pihak polis untuk menyelesaikan siasatan kes ini secara terpeinci dan telus.
Dan apa jua yang telah, sedang dan akan berlaku selepas ini kita semua sudah sedia maklum kini bahawa mereka yang telah terlibat didalam kejadian pembunuhan paling kejam ini mempunyai hubungan dengan kumpulan etnik yang diharamkan iaitu Hindraf serta sebuah parti yang kononnya demokratik DAP dan secara amnya suspek utama kes ini adalah penyokong kepada Pakatan Pembangkang.
Setakat ini, untuk kes yang paling tragis ini belum ada lagi sebarang suara daripada para pemimpin didalam Pakatan Pembangkang, Hindraf serta Majlis Peguam untuk mendesak atau menggesa kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional agar menubuh satu inkues awam atau Tribunal awam bagi menyiasat kes ini sehingga ke akar umbinya.
Jangkaan saya mengenai sikap kesemua para pemimpin dalam Pakatan Pembangkang kelak adalah tetap sama seperti yang diperlihat kepada dua kes kejadian yang terdahulu. Mereka hanya mengambil sikap berdiam diri kerana keempat-empat mangsa yang ditahan, dipukul, dibunuh, dibakar dan abu mayat dibuang kedalam sungai waktu kejadian tersebut bukannya Teoh Beng Hock dan bukannya Kugan.
Isnin, September 13, 2010
"Pembersihan Etnik" oleh Hindraf di Malaysia bermula ! ...Apa kata PR?
Dahulu, kumpulan Hindraf yang mendapat sokongan padu daripada DAP, PKR serta Majlis Peguam begitu ghairah mengadakan kempen memburuk-burukkan kerajaan Malaysia dengan mendakwa kononnya kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional yang dipimpin oleh kaum Melayu sebagai tulang belakang pemerintahan negara telah lama mengamalkan dasar "pembersihan etnik" terhadap kaum yang asalnya adalah pendatang di negara ini.
Hindarf tekad berkempen mengenai dakwaan palsu mereka itu sehingga ke negara asal datuk nenek moyang mereka iaitu India. Tak cukup dengan itu, Hindarf cuba mengheret pulak kerajaan Britain kedalam isu itu kononnya negara terbabit bertanggungjawab penuh terhadap semua apa yang berlaku dan menimpa keatas kaum mereka di Malaysia.
Tak cukup dengan itu, kumpulan Hindaraf juga pernah menyerbu masuk dengan cara yang paling tidak bertamadun dan tidak berbudaya, tidak beradab semasa Rumah Terbuka Aidil Fitri bekas Perdana Menteri ke-5, YABhg Tun Haji Abdullah Haji Ahmad Badawi seketika dulu sehingga menimbulkan kekecohan yang dimulakan oleh kumpulan Hindarf sendiri.
Sekarang apa yang sudah berlaku ??? ...apa yang sudah Hindraf lakukan ??? ...adakah apa yang telah dilakukan oleh pelaku dalam insiden yang membabitkan Datuk Sosilawati Lawiya serta 3 yang lain sebagai mirip kepada usaha "pembersihan etnik" sebagaimana yang Hindraf sendiri dakwa telah dilakukan oleh Kerajaan BN dahulu terhadap kaum tertentu di negara ini ???
Keempat-empat mangsa telah ditahan, dipukul, dibunuh, dibakar dan kemudian abu mayat mereka telah dibuang kedalam sungai... Kes seumpama ini adalah yang pertama kali terjadi dalam negara ini dan kerajaan Barisan Nasional di Malaysia sebelum ini tak pernah sekalipun melayan rakyatnya sebegitu kejam walaupun ada sesetengah daripada rakyatnya tidak memilih calon-calon yang diturunkannya semasa mana-mana Pilihanraya diadakan.
DAP, PKR serta Majlis Peguam janganlah lagi cuba untuk menyembunyikan belang masing-masing, jangan cuba untuk menyorok muka tebal disebalik langsir-langsir yang murah !!!
Keluarlah!!! ..nyatakan pendirian anda semua selaku rakyat Malaysia, selaku pemimpin parti politik yang kononnya berjuang ke arah keadilan, ketelusan, kesaksamarataan dan suarakan semuanya tentang tragedi yang telah menimpa Datuk Sosilawati Lawiya, Peguam Peribadi beliau, Pegawai Bank serta Pemandu peribadinya agar rakyat lebih jelas dengan perjuangan anda semua !!!
Apakah akan ada desakan daripada pihak DAP, PKR, PAS serta Majlis Peguam supaya ditubuhkan Suruhjaya DiRaja untuk menyiasat kes ini ??? ...kita tunggu dan lihat !!!
Ahad, September 12, 2010
MB Kelantan TGNA mahu orang Cina berdakwah kepada orang Melayu. hehehe!!!...
Apalah ha ha ha... lawak,lawak...
...adakah cadangan Mursyidul Am PAS YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mahu masyarakat Islam di negara ini terutamanya kaum Melayu untuk belajar mengenai agama Islam daripada kaum Cina di Malaysia tidak akan membuat kita semua mula menjadi kurang siuman.
Alasan yang Tok Guru Nik Aziz beri ialah sebab orang-orang Cina di negeri China terlebih dulu menerima Islam jika dibandingkan dengan orang-orang Melayu di negara.
Oleh itu maka Tok Guru Nik Aziz mahu supaya orang-orang Melayu dinegara ini menerima dakwah yang disampaikan oleh masyarakat Cina di negara ini dan wajib belajar agama Islam daripada kaum Cina agar tidak ketinggalan dalam semau aspek yang berkaitan dengan agama Islam.
Mungkin selepas ini Tok Guru Nik Aziz mahu YB Tuan Haji Nga Kor Ming, YB Tuan Haji Ngeh Ko Ham, YB Tuan Haji N. Gobalakrishnan meneruskan dakwah mereka kepada seluruh umat Islam di negara demi kelangsungan hayat DAP/PAS/PKR dengan agama Islam sebagai modal dan alat kempen.
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com














.png)




