Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, September 13, 2009

Sengketa tidak selesai tanpa permohonan maaf.

Kita semua perlu sedar bahawa tiada satupun pertelingkahan yang berlaku diantara satu pihak dengan pihak yang lain boleh dianggap sebagai telah selesai hanya kerana apabila sesuatu isu itu telah reda dan semakin dilupakan tanpa adanya permohonan maaf daripada pihak yang memulakan sengketa terhadap pihak yang telah dituduh mereka dengan perkara penyebab yang tidak berasas sama sekali.

Begitu juga dengan krisis yang terbaru diantara rakyat Indonesia dengan Kerajaan serta juga dengan rakyat Malaysia secara keseluruhannya, dimana masalah timbul setelah rakyat Indonesia menuduh Kerajaan Malaysia mencuri tarian "pendet" iaitu salah satu tarian tradisi masyarakat Hindu di Bali. Setelah menuduh Kerajaan Malaysia mencuri tarian tersebut, mereka menuduh pulak lagu 'Negaraku' telah ditiru daripada sebuah lagu lama ciptaan seorang pencipta lagu dinegara mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka terus berusaha sedaya upaya untuk mencari dan menggali sesuatu benda yang ada di Indonesia jika ada persamaan dengan benda yang ada di Malaysia seperti dari segi reka bentuknya, termasuk warna, ciri-ciri sesuatu benda itu dan sebagainya. Misalnya bendera UMNO dikatakan telah ditiru dari bendera Indonesia, bangunan berkembar Petronas dikatakan ditiru dari binaan Borobudor dan mungkin selepas ini akan ada bermacam-macam lagi tuduhan liar yang akan mereka lemparkan terhadap Malaysia.

Apakah dengan kunjungan Presiden Indonesia, Tuan Susilo Bambang Yudhoyuno dalam masa yang dikatakan terdekat ini ke Malaysia diyakini akan mampu menyelesaikan kemelut ini? Saya fikir ianya mungkin tidak akan terjadi sebagaimana yang diharapkan, malah jika silap langkah kemungkinan akan meledakkan kembali api kebencian yang masih sedia meluap-luap pada diri sesetengah daripada rakyatnya terhadap negara serta rakyat Malaysia dan pasti isu itu akan menjadi lebih rumit lagi.

Dengan memiliki sikap angkuh, sombong dan malu untuk menerima hakikat yang sebenarnya serta sikap lupa diri yang masih menebal pada jiwa dan diri sesetengah rakyat Indonesia, maka saya berpendapat memang sangat sukar bagi kita untuk membawa mereka bersama kembali berdamai secara kekal atau mutlak. Selagi sikap yang merugikan itu masih terus bersarang didalam jiwa mereka maka selagi itulah harapan kita untuk melihat persefahaman sejati supaya ianya akan wujud dikalangan rakyat Indonesia dengan rakyat Malaysia adalah memang mustahil akan tercapai.

Untuk kita mendesak mereka agar memohon maaf diatas semua perbuatan yang telah dilakukan oleh mereka terhadap Negara kita yang ternyata telah meremukkan hati kita sebagaimana hancurnya bendera kita setelah dibakar oleh mereka adalah sesuatu yang sangat mustahil sekali untuk mereka turuti. Semuanya kita boleh lihat, walaupun berkali-kali usaha telah dijalankan oleh semua pihak bagi menjelaskan apa yang sebenarnya telah berlaku termasuk permohonan maaf oleh pihak "Channel Discovery" dari Singapura terhadap kerajaan Indonesia, iaitu pihak yang menjadi punca sebenarnya isu itu, namun segalanya tidak mampu juga untuk menenangkan mereka, semua usaha itu dilihat umpama mencurah air ke daun keladi, semuanya sia-sia belaka.

Sekiranya lawatan Presiden Susilo itu nanti dilihat dapat untuk menyelesaikan krisis itu, tetapi jika tidak disertai dengan satu permohonan maaf khusus secara bertulis dalam bentuk surat terbuka oleh pihak-pihak yang telah terlibat secara langsung dengan aktiviti membakar Jalur Gemilang baru-baru ini, juga pihak yang telah menceroboh pejabat kedutaan Malaysia di Jakarta serta pihak yang telah menganjurkan kempen "sweep org Malaysia" atau "ganyang Malaysia" sudah tentu sekali lawatan itu dilihat hanyalah sebagai satu usaha untuk meredakan saja dan bukannya usaha untuk menamatkan masalah tersebut daripada terus menghantui hubungan dua hala Malaysia-Indonesia.

Rakyat Malaysia keseluruhannya dan juga sesetengah daripada rakyat Indonesia yang masih sukakan perdamaian tidak boleh terus bergantung harap sepenuhnya hanya kepada kepada pemimpin masing-masing untuk mencapai kata sepakat didalam soal menyelesaikan sesuatu isu yang berbangkit melainkan rakyat itu sendirilah yang punya rasa tanggungjawab yang lebih untuk merealisasikan apa yang telah dipersetujui agar dapat dicapai dan terus berkekalan.

Yang terus menjadi masalah dalam usaha untuk ke arah itu nanti tentu sekali datangnya daripada sesetengah rakyat Indonesia itu sendiri. Tentu sangat sukar bagi mereka untuk mengaku akan kesilapan serta tuduhan palsu yang pernah mereka sendiri telah lakukan dan lemparkan sebelum ini terhadap Malaysia serta rakyatnya. Bagi mereka walaupun sudah tahu tindakan mereka telah silap, namun mereka berpendapat jika memohon maaf kepada rakyat Malaysia bermakna mereka telah tewas dan bagi mengelak perkara itu berlaku serta untuk mengelak rakyat Indonesia akan dilabel sebagai yang sedemikian maka jalan yang harus dan terpaksa mereka pilih ialah teruskan saja permusuhan dengan rakyat Malaysia walaupun sedar bahawa perjuangan mereka sebenarnya berbekalkan kesilapan.

Oleh itu, demi untuk kelangsungan hubungan harmoni dan mesra di antara Malaysia dengan Indonesia, bagi saya adalah tidak salah bagi sesetengah daripada rakyat Indonesia untuk mengorbankan sedikit sikap yang suka menyalahkan orang lain jika berlakunya sesuatu hal serta suka bermegah-megah dengan kejayaan lampau serta tidak bersedia untuk menerima hakikat yang setiap negara walaupun dahulunya mereka anggap sebagai seekor semut tetapi kini telah mampu berubah menjadi seekor harimau.

Berubahlah daripada sikap atau tabiat yang suka melayan emosi yang berlebihan kepada sifat yang inginkan kesederhanaan dalam semua perkara. Untuk maju, terus saja lihat kedepan dan jangan sering memikirkan bagaimana cara untuk kembali melangkah semula ke belakang. Yang lalu biarlah berlalu, biar ianya menjadi sejarah. Ingatlah kata Tan Sri P.Ramlee, "barang yang lepas hai janganlah dikenang, jika dikenang merana badan."

Sabtu, September 12, 2009

? Belum lagi dirogol...

Yang peliknya, ADUN Batu 3, YV Roadziah Ismail telahpun membuat satu laporan polis terhadap mereka-mereka yang didakwanya mengugut "akan" merogol beliau atas sebab yang kurang jelas tapi terang.

Menurut beliau kejadian itu berlaku ketika sessi dialog dengan penduduk Melayu dari seksyen 23 di Shah Alam pada 5hb September baru-baru ini. Tambah beliau lagi ada yang menggelarkan beliau lebih teruk dari pelacur. HAH!!!??? hehehe... hebat, hebat, hebat...

Jangan marahlah wahai YV Roadziah Ismail, sebab saya rasa itu semua kata-kata kiasan yang digunakan oleh penduduk disitu. Kalau tak percaya boleh tanya dengan Muraisyidul PAS Nik Aziz Nik Mat yang memang pakar dalam soal kias-mengkias ini. Dulu dia kata "pergi jahane dengan UMNO", lepas tu bila ditanya oleh wartawan apa maksud beliau, dia jawab perkataan itu cuma kiasan saja, haaa ingat tu... simpan baik-baik kata kiasan Nik Aziz tu dalam poket.

Yang menjadi masalahnya sekarang ini ialah apabila kejadian itu telah menjadi kes polis, maknanya telah menjadi satu kes jenayah yang tak terancang tapi kebetulan sahaja. Persoalannya ialah, bagaimana sekiranya nanti setelah polis membuat siasatan dan menyoal kesemua mereka atau penduduk seksyen 23 yang hadir pada sessi dialog itu dan tanpa diduga kesemua mereka ini terutamanya dari kalangan kaum Melayu berpakat untuk mengaku kesemua mereka bertanggungjawab mengugut dengan kata-kata sedemikian terhadap YV Roadziah sebagaimana yang telah didakwa oleh beliau ?

Bukankah nanti akan menimbulkan masalah yang besar pulak apabila jumlah yang begitu ramai akan didakwa, tidak peningkah kepala para majistret atau hakim serta polis memikirkan dimana mereka nak letak jumlah yang sebegitu banyak, takkan nak tempatkan mereka dalam satu tempat, sempit tu.

Tapi yang paling menariknya ialah kesemua mereka yang didakwa oleh YV Roadziah ini tidak dikenal pasti identiti mereka, tidak pasti juga berapa orang mereka yang akan menjadi bakal perogol dia hehehe...hancur,,,, ...jadi nak buat macamana? Takkanlah nak tuduh orang sembarangan.

Yang luar biasanya kes ini pulak ialah, mereka yang dituduh mengugut untuk merogol dia tidak pulak kita dengar berita yang mereka itu telah lari ke Pejabat Kedutaan Turki untuk mengelakkan diri dari kena bunuh seseorang sepertimana yang telah dilakukan oleh PENAsihat PKR seketika waktu dulu.

Dan... yang pasti akan menarik dalam kes ini nanti ialah, untuk membukti setiap kesalahan pihak polis tentunya akan membuat siasatan dari berbagai penjuru, atas bawah, kiri kanan, depan belakang, sana sini, itu ini, panjang pendek, besar panjang dan bermacam-macam lagi. Dan yang semestinya sebaga pelengkap ialah DNA. DNA yang terdiri daripada rambut, darah, kuku, air liur, air money, air mata mungkin tidaklah.

Jadi jika nak ambil sampel DNA, sampel daripada siapa yang hendak di perolehi. DNA lembu ? Hisssh... payah, payah... haaa itulah, kalau kes yang benar-benar telah berlaku, ianya akan memudahkan kerja polis, tetapi perkara yang belum terjadi lagi sememangnya susahlah untuk diambil tindakan. Sekiranya diambil juga tindakan terhadap mereka yang telah didakwa itu hanya berdasarkan kepada laporan yang dibuat oleh YV Roadziah tanpa siatan rapi dan teliti, maka saya berpendapat insiden 12 orang yang telah didakwa secara terburu-buru dibawah akta hasutan baru-baru ini akan berulang lagi.

Jadi jika berlaku lagi keadaan seperti ini, bagaimana keadilan yang diperjuangkan oleh semua orang politik dapat ditegakkan. Apakah slogan " keadilan sama rata, sama rasa, depan belakang sama saja"(meminjam kata-kata rakan kita Kumbang) akan dapat direalisasi dengan cara begitu?

Persoalan terakhir untuk kes ugutan terhadap YV Roadziah Ismail ini, apakah ada pihak dari PKR, DAP atau PAS mencadangkan agar satu lagi Suruhan Jaya Siasatan DiRaja akan ditubuhkan untuk menyiasat kes ini sebagaimana yang telah dibuat untuk kes berkepentingan mendiang Teoh Beng Hock ?

S. Samy Vellu : Antara pemimpin yang paling saya kagumi.

Selain daripada YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub, Tan Sri Rafidah Aziz, Tun Dr Lim Kheng Yaik, Allahyarham Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Syed Hamid Albar, justeru bekas Menteri Kerja Raya yang juga bekas Menteri Tenaga, Telekom dan Pos iaitu Datuk Seri S. Samy Vellu adalah antara mereka yang paling saya kagumi sehingga ke saat ini.

Penilaian yang saya buat adalah berdasarkan kemampuan tinggi serta luar biasa daripada mereka ketika menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Sentuhan mereka yang tersendiri dan berwibawa ketika masih berkhidmat didalam pentadbiran negara tetap meninggalkan kesan yang sangat nyata sehingga kini dihati rakyat.

Jumaat, September 11, 2009

Jalan menuju keadilan bagi Bumiputera semakin terhakis...

Gambar di atas ini memang semua orang tahu iaitu sebatang jalanraya yang telah mengalami hakisan tebing yang agak teruk. Keadaan ini memerlukan usaha yang giat untuk memperbaikinya. Jika jalan ini tidak dibaiki dengan seberapa segera bimbang ianya akan mengundang lebih banyak masalah kepada para penggunanya terutamanya penduduk disekitar kawasan itu.

Apabila saya merenung lama keadaan yang jalan yang terhakis begini, saya terus teringat dengan nasib kaum Bumiputera di Negara ini. Apakah nasib kaum Bumiputera di Malaysia akan menerima nasib yang serupa dengan keadaan jalan ini pada masa depan jika ianya juga dibaiki dengan segera ? Saya berpikiran sebegini sebab sejak akhir-akhir ini, perkembangan yang telah berlaku didalam negara kita seakan-akan memerlukan usaha yang bersepadu serta lebih gigih lagi dalam soal mempertahan hak-hak kaum Bumiputera yang kita miliki selama ini.

Masyarakat Melayu iaitu bangsa yang terbesar sekali jumlahnya dikalangan kaum dalam kelompok Bumiputera yang lainnya dan mereka sebagai majoriti seringkali kita mendapati hak-hak mereka ini cuba untuk disentuh dan dipersoalkan oleh kaum Cina dan India dari parti DAP dan PKR sendiri atau juga dari pertubuhan-pertubuhan yang tertentu.

Jika hak-hak kaum Melayu sudah mampu untuk dipertikaikan oleh masyarakat Cina dan India tanpa rasa segan silu, bagaimana pula dengan hak-hak kaum Bumiputera lainnya seperti Iban, Bidayuh, Melanau, Kedayan, Kelabit, Kenyah, Kayan, Bisaya, Sebup, Kiput, Kejaman, Ukit, Jekitan, Berawan, Murut dan lain-lain lagi di Sarawak serta kaum Kadazan, Bajau, Rungus, Murut dan lainnya di Sabah ?

Sebenarnya masyarakat kaum Bumiputera di Sarawak dan Sabah sangat memerlukan kekuatan berterusan kaum Melayu di Negara ini dalam semua perkara seperti kuasa, ekonomi serta budaya supaya dapat terus bertahan di kedudukan yang ada sekarang. Maknanya, jika kuasa orang Melayu di Negara ini lemah dan mudah untuk dipijak oleh kaum bukan Bumiputera, maka dimana lagi tempat untuk kaum Bumiputera yang lainnya menyandarkan harapan agar hak-hak keistimewaan mereka sebagai Bumiputera terus berkekalan ?

Pandangan saya mengenai perkara ini sangat terbuka kerana hakikatnya adalah memang sedemikian. Perpaduan bangsa Melayu adalah sangat penting kepada semua kaum Bumiputera lainnya yang jumlahnya kecil ataupun minoriti di Negara ini, oleh itu ketuanan Melayu di Malaysia ini adalah sangat perlu dan harus berterusan demi untuk menjaminkan kesejahteraan kaum Bumiputera yang lainnya akan kekal.

Dalam soal perpaduan Melayu saya berpendapat, adalah menjadi tanggungjawab kaum Bumiputera yang lainnya juga untuk menjayakannya. Jika mahu hak-hak mereka sebagai kaum Bumiputera minoriti terus kekal terpelihara, maka adalah wajib bagi mereka untuk bersama-sama berusaha agar perpecahan dikalangan bangsa Melayu pada ketika ini dapat disatukan kembali, biarpun mungkin akan memakan masa yang agak lama. Tetapi jika peribahasa "dimana ada kemahuan maka disitu ada jalan" dijadikan sebagai panduan, maka saya yakin sangat ianya akan berjaya juga pada akhirnya.

Mungkin ada yang bertanya, "bagaimana caranya kita nak membantu supaya orang Melayu kembali bersatu?"...jawapanya mudah saja...tolak pemimpin PAS, tolak pemimpin PKR dan tolak DAP...jangan pandang belakang ! ...terus lihat ke depan, sokong UMNO...kaum Melayu dan Islam ada disitu.

Berbalik kepada tajuk artikel "Jalan menuju keadilan bagi Bumiputera semakin terhakis"...saya sengaja memilih tajuk itu sebab bagi saya tajuk ini bersesuaian dengan masalah yang sedang berlaku terhadap penduduk Melayu di Seksyen 23 Shah Alam Selangor.

Bagi saya mungkin apa yang telah dialami oleh penduduk disitu sehingga mereka terpaksa diheret ke mahkamah atas tuduhan yang tidak masuk akal bagi saya iaitu "menghasut" serta "menghina atau menyinggung perasaan orang lain" adalah satu tanda permulaan bahawa nasib kita sebagai kaum Bumiputera didalam mempertahankan apa saja hak-hak yang kita miliki akan berdepan dengan tindakan yang serupa dengan nasib penduduk di Seksyen 23 itu suatu masa kelak.

Dalam kes itu saja saya telah melihat bagaimana tergesa-gesanya tindakan telah diambil tanpa memikirkan kesannya terhadap keyakinan masyarakat Bumiputera terhadap keadilan di negara ini. Pasti ada diantaranya yang akan bertanya, "bagaimana lagi caranya untuk kami mempertahankan apa yang kami ada? ..kami bangkit, kami bersuara, apa yang kami buat semuanya salah...harus bagaimana ?

Sebelum inipun kita selalu melihat perkara yang sama timbul dan memang sengaja dibuat oleh masyarakat bukan Bumiputera dengan tujuan untuk mencabar kedaulatan undang-undang negara tanpa mereka peduli bagaimana tergurisnya hati dan perasaan orang Melayu serta Bumiputera lain diatas perbuatan mereka itu, tetapi tiada sama sekali tindakan setegas yang telah dikenakan ke atas penduduk Melayu seksyen 23 itu oleh pihak yang sama.

Sukar untuk saya membayangkan jika suatu hari nanti jika perkara seperti ini terus akan berulang juga, apakah senjata yang sepatutnya diguna untuk melindungi diri kita dari segala malapetaka, bencana atau dari segala kemungkinan akan memakan diri kita sendiri ? Wajarkah bagi kita untuk berdiam diri sahaja apabila melihat keadaan seperti ini daripada terus berleluasa ?

Oleh itu saya sangat berharap akan ada tindakan yang adil, samarata atau seimbang dikenakan kepada semua rakyat Malaysia tanpa pilih kasih jika benar mereka ada melakukan apa-apa juga kesalahan. Jangan hanya berani bertindak terhadap masyarakat yang punya budi pekerti seperti berbudi bahasa, yang punya nilai sopan-santun yang tinggi serta bersifat lemah lembut TETAPI takut hendak bertindak terhadap masyarakat yang tidak kenal tentang sejarah negara, yang mengamalkan cara hidup "gua... gua..., lu... lu...

Khamis, September 10, 2009

Adakah Ahli-ahli Parlimen akan gubal akta baru untuk lindungi "lembu" ?

Cuba anda bayangkan jika kerajaan khususnya Ahli-ahli Parlimen bercadang untuk mewujudkan satu lagi undang-undang khas bagi membela nasib lembu atau juga jika mereka berhasrat untuk menggubal akta yang sedia ada seperti akta haiwan terlindung.

Bayangkanlah jika suatu hari nanti haiwan ini akan disenaraikan dalam spesis haiwan yang terlindung sepenuhnya. Maknanya, tidak boleh lagi untuk di sembelih, tidak boleh lagi dicucuk hidungnya, tidak boleh dikurung didalam kandang, tidak boleh dijual, tidak boleh lagi dijadikan sebagai haiwan korban bagi umat Islam dan kesimpulannya ialah tidak lagi boleh untuk dimakan.

Saya sekadar cuba membayangkan keadaan ini jika ianya akan berlaku, adakah semua ternakan ini akan dilarang untuk dimiliki oleh orang perseorangan? Adakah ladang-ladang lembu yang sedia ada dalam negara ini akan ditutup? Kepada sesiapa yang masih lagi berdegil dengan tidak menghiraukan larangan sedemikian, apakah pula hukuman yang bakal dihadapinya?

Saya baru saja tahu bahawa ada rupanya undang-undang yang telah termaktub didalam sistem perundangan Negara kita ini yang melarang perbuatan menyentuh kepala lembu atau memijaknya. Betul, saya baru dapat tahu berkenaan dengan perkara ini. Tetapi sayangnya, undang-undang yang melarang sesiapa saja daripada menggantung atau melempar kepala babi kedalam surau tempat orang Islam beribadat belum lagi diwujud. Kenapa pula begitu...?

Rabu, September 09, 2009

Adakah Dunia ini milik mutlak Indonesia ?

Apakah selepas ini, sekiranya rakyat Malaysia hendak berbuat sesuatu perlu merujuk kepada rakyat Indonesia terlebih dahulu ? Sebabnya, kita dapat lihat setiap hari apa yang telah mereka lakukan semakin hari semakin melampau. Mungkin mereka terpikir bahawa semua sesuatu yang ada di Malaysia ini adalah milik Indonesia.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, untuk mengelak perkara yang kita tidak suka daripada terus berlaku maka adalah lebih baik pada masa hadapan iaitu mulai hari ini kita perlu berhati-hati untuk meneroka tempat, membina bangunan, mencipta sesuatu, membeli apa-apa saja dan sebagainya, kerana apa saja yang ada di atas muka bumi ini mungkin semuanya adalah milik rakyat Indonesia.

Disini saya hendak meneliti sesetengah yang telah ada di Malaysia ini samada dikemudian hari nanti ianya akan dipertikai dan diakui lagi oleh rakyat Indonesia sebagai hak milik mereka. Saya nak senaraikan secara serba ringkas dibawah ini tentang sesuatu milik Negara kita pada ketika ini dan apa yang patut rakyat Indonesia harus katakan kepada dunia selepas ini.

Bermula dengan :

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur International Airport (KLIA) - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di Sarawak atau LTAK - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Lapangan Terbang Antarabangsa Miri di Sarawak - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Sabah - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Litar lumba Formula One di Sepang Selangor - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putra Jaya - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Bangunan Berkembar Petronas di Kuala Lumpur - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Stadium Putera Bukit Jalil - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Monorail yang gah di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Malaysia Super Corridor atau MSC - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP/EPF - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Amanah Saham Nasional atau ASN - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Amanah Saham Bumiputera atau ASB - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Amanah Saham Wawasan atau ASW - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Amanah Saham Sarawak atau ASSAR - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Lembaga Tabung Haji atau LTH - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Pertubuhan Keselamatan Sosial atau Perkeso - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Projek kereta Nasional Proton - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Universiti Islam Antarabangsa atau UIA - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Angkasawan pertama Negara Datuk Dr Muszaphar Shukor - Adakah beliau milik Indonesia atau dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...

Pemain Squash nombor satu Dunia, Datuk Nicole Ann David - Adakah beliau milik Indonesia atau dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...

Pemain Badminton nombor satu Dunia, Datuk Lee Chong Wei - Adakah beliau milik Indonesia atau dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...

Pesawat Kargo Boeing A320 - Adakah ianya milik Indonesia atau ianya dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...

Pesawat penumpang MAS Boeing 797, 787, 777 dan sebagainya - Adakah ianya milik Indonesia atau dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...

Kapal Selam pertama Negara Scorpene yang berharga RM3.4 billion - Adakah ianya milik Indonesia atau dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...

Gunung Kinabalu di Sabah, gunung tertinggi di Asia Tenggara dan ketiga tertinggi di Asia - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Gua Mulu di Sarawak, gua terbesar di dunia - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Pulau bebas cukai : Pulau Langkawi, Pulau Labuan serta Pulau peranginan Pulau Tioman - Adakah ianya milik Indonesia atau dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...

Hutan Belum di Perak, Tasek Kenyir di Terengganu, Cameron Highland di Pahang, Lembah Danum di Sabah, Logan Terikan dan Logan Bunut di Sarawak - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Hospital Mata Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur, Hospital pakar Norma di Sarawak, Hospital Besar Kuala Lumpur dan lain-lain lagi - Adakah semua pusat perubatan ini milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Agama Islam, agama Kristian, agama Hindu, agama Buddha yang dianuti oleh rakyat negara ini - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Baju Teluk Belanga atau baju Melayu, baju kurung, kain pelikat, baju kebaya dan sebagainya - Adakah ianya milik Indonesia atau ditiru daripada Indonesia ? Sila jawab...

Bahan asas untuk makanan dan minuman seperti beras, gula, garam, serbuk perasa atau aji-no-moto, kopi, teh, milo, vico, nestume, nespray, nescafe, susu, ikan mentah, ikan masin, ayam, daging lembu, daging kambing, daging kerbau, itik, sayur kobis, terung, timun, peria, sawi, kacang panjang, tomato, cili, lada, koko, keladi, ubi, keledek, sotong - Adakah semua itu milik Indonesia atau dicuri daripada Indonesia ? Sila jawab...

Akhir sekali saya nak minta mana-mana rakyat Indonesia yang terus tidak berpuas hati dengan rakyat Malaysia, ! adakah...

...kebanyakkan jenayah yang dilakukan oleh pendatang haram Indonesia di Malaysia ini seperti mencuri, membunuh, merogol, menyamun, menipu dan sebagainya - Adakah ianya milik Indonesia atau mereka yang melakukan jenayah itu meniru daripada negara asal mereka iaitu Indonesia ? Sila jawab...

...budaya merusuh, berdemonstrasi di jalanan yang semakin berkembang di Malaysia ini sejak tahun 1998 - Adakah ianya milik Indonesia atau di ciplak daripada budaya songsang Indonesia ? Sila jawab...

Soalan ini sengaja saya tujukan khas kepada rakyat Indonesia yang terus-menerus menghina negara Malaysia serta menuduh rakyat Malaysia dengan berbagai-bagai tuduhan. Kepada rakyat Indonesia yang lainnya saya minta maaf. Saya tahu tidak semua rakyat Indonesia yang berpendirian serupa dengan mereka yang telah bertindak diluar batasan manusia seperti yang telah berlaku di Jalan Depnogoro Jawa, Indonesia semalam.

Saya juga tahu bahawa ada rakyat Indonesia yang lebih baik daripada pemimpin-pemimpin pembangkang di negara ini. Banyak juga rakyat Indonesia yang tidak suka dengan jalan yang digunakan oleh rakan mereka dari kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai "kebal" sambil memegang buluh runcing untuk menangkap rakyat Malaysia. Namun, kita sebagai rakyat Malaysia, walau siapapun mereka...hakikatnya kita sudah sangat terluka dengan perbuatan seperti itu, perbuatan masyarakat yang tidak pernah mengenang budi.

Selasa, September 08, 2009

Kuil DiDahulukan + Kepala Lembu DiUtamakan - Mengapa?

Gambar diatas hanyalah sebagai gambar hiasan semata-mata tetapi memang ada kaitan dengan cerita dan kisah pilu penduduk-penduduk Melayu di Seksyen 23 Shah Alam Selangor Darul Ehsan, iaitu berkenaan dengan kisah pemindahan Kuil dari seksyen 19 ke seksyen 23. Cuma gambar Kuil itu saja yang tidak ada kaitan langsung dengan Kuil di Seksyen 19. Hanya sebagai penghias kepada artikel ini saja.

Sebenarnya saya bertambah menjadi semakin hairan. Bertambah menjadi bingung. Bertambah menjadi pening-pening. Ada juga rasa nak termuntah-muntah. Tapi jangan salah sangka, bukan disebabkan terkena jangkitan wabak H1N1. Ye lah, kerana sering terpikirkan akan nasib yang telah, sedang dan yang akan menimpa penduduk di Seksyen 23 Shah Alam yang terdiri daripada kaum Melayu dan Islam serta tindakan menyusul yang akan diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka. Tidak berat sebelah ke ? Saya lihat macam tak seimbang saja...

Pada asalnya kalau tak salah saya, penduduk disitu sebenarnya membantah hasrat kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dari Pakatan Haram yang mahu memindahkan tapak kuil yang sedia ada di seksyen 19 ke seksyen 23 atas desakan pihak-pihak tertentu. Berbagai usaha yang telah mereka buat untuk menemui Menteri Besar bagi membincangkan masalah itu namun tiada juga berhasil berikutan keengganan kerajaan negeri melayan keluh kesah penduduk disitu.

Sehinggalah terjadinya peristiwa tunjuk perasaan secara aman dengan membawa kepala lembu serta meletakkannya di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sambil mereka memijak-mijak kepala lembu itu yang memang dah tak boleh buat apa-apa dah, siapa-siapa saja nak cucuk hidung lembu itupun haiwan tu tak akan marah punya...macam MB Selangor juga tu.

Saya hanya melihat niat atau tujuan asal mereka membawa kepala lembu itu memang dituju khas kepada Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menunjukkan kemarahan mereka terhadap cara pentadbirannya di Selangor yang lebih memihak kepada kaum bukan Melayu manakala kaum sendiri merasa mereka semakin tersisih kebajikan mereka oleh kerajaan Pakatan Haram itu.

Oleh itu, saya sangat hairan bagaimana mereka boleh ditahan, ditangkap dan akan didakwa dibawah akta hasutan. Jadi dalam hal ini, mengapa ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengeruhkan lagi keadaan. Saya langsung tidak melihat tujuan mereka penduduk seksyen 23 yang memijak kepala lembu itu sebagai boleh digambarkan sebagai menghina kepercayaan orang-orang Hindu. Semua pihak harus rasional, tidak usah mengelabah.

Dalam masa yang tegang sebegitu, memang akan berlaku sesuatu yang akan menyebabkan mana-mana pihak yang akan terlupa tentang sesuatu perkara yang mungkin bagi pihak lain adalah sensitif manakala bagi pihak yang satu lagi ini adalah perkara yang biasa saja.

Lembu bagi kaum India atau orang Hindu setahu saya ialah hanya sebagai haiwan yang tidak boleh dimakan kerana mereka telah menganggap haiwan tersebut sebagai haiwan suci. Pengiktirafan mereka tentang lembu sebagai yang sedemikian adalah disebabkan sumber utama minuman mereka adalah datang dari susu lembu, jadi merekapun percaya yang lembu itu boleh diibaratkan sebagai ibu atau emak. Jadi bererti, adalah dilarang untuk makan ataupun membunuh haiwan itu.

Tetapi lembu bagi kaum atau bangsa lain di muka bumi ini adalah sama saja dengan haiwan-haiwan pedaging yang lainnya seperti kerbau, kambing, biri-biri, rusa, pelanduk, kijang, unta, ayam, itik dan lain-lain lagi yang boleh disembelih, dilapah dagingnya, dipanggang, dimasak, disalai, dimakan, dibuat sup tulangnya dan bermacam-macam lagi. Oleh itu mereka ini tidak pernah terpikir yang haiwan ini sebagai apa-apa hanyalah sebagai haiwan biasa saja.

Bila saya mendengar alasan yang telah diberikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang mengulas mengenai perkembangan semasa iaitu tindakan yang telah dan akan diambil terhadap mereka yang terlibat didalam perhimpunan haram atau tunjuk perasaan itu seperti tidak boleh diterima akal. Perbandingan diantara tindakan yang tidak diambil dan yang diambil terhadap pihak-pihak tertentu yang melemparkan kepala babi kedalam surau satu ketika dulu dengan insiden terbaru ini iaitu tindakan memijak kepala lembu oleh penduduk Melayu dari seksyen 23 itu telah dinyatakan.

Untuk kes mereka yang telah melemparkan kepala babi kedalam surau satu masa dahulu beliau menjelaskan bahawa tindakan tidak dapat diambil kerana tiada terdapat bukti atau tidak tahu siapa yang melakukannya. Manakala untuk kes yang memijak kepala lembu ini, tindakan dapat diambil ialah kerana semua bukti ada, rakaman video dan sebagainya cukup untuk dijadikan sebagai bahan bukti.

Jadi sebagai rakyat biasa ini, saya inginlah untuk bertanya dengan Datuk Seri Hisham selaku Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab penuh terhadap keselamatan dalam Negara.., sebelum nak tahan, tangkap dan dakwa rakyat biasa yang teraniaya seperti yang telah berlaku sekarang di seksyen 23 Shah Alam, apakah ada siasatan awal telah digerakkan bagi menyiasat punca segalanya mengapa rakyat biasa ini bertindak sedemikian rupa???

Siasatlah puncanya, carilah petunjuk. Carilah siapa yang sebenarnya yang menjadi punca keretakan hubungan kaum di Selangor dan dimana saja didalam negara sekarang. Walaupun saya tahu dan faham bahawa Kementerian Dalam Negeri memang tidak usah dan tidak perlu untuk bersuluh lagi didalam soal ini sebab punca semuanya memang terang dan jelas, namun oleh kerana yang membuat angkara itu adalah orang-orang politik maka tempias dari tindakan yang dikenakan tetap rakyat biasa juga yang terima padahnya. Rakyat biasa juga yang terus menjadi mangsa.

Kepala Lembu : Apakah nasib penduduk Melayu di Seksyen 23 akan terbela?

Isu kepala lembu yang terpaksa dihadapi secara bersendirian oleh penduduk kaum Melayu di seksyen 23 Shah Alam nampaknya semakin sukar. Apakah tiada jalan penyelesaian yang terbaik? Yang terbaru, Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail dalam kenyataannya menyebut bahawa mereka-mereka yang telah terlibat didalam demonstrasi itu akan dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh yang terdekat ini.

Saya mulanya tidak pernah terpikir yang demonstrasi mengarak kepala lembu itu akan diambil tindakan undang-undang ketat seperti itu, cuma pada pendapat saya oleh kerana tujuan sebenarnya penduduk disitu berbuat sedemikian hanyalah untuk menggambarkan kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa mereka mengganggap beliau sebagai lembu yang kena cucuk hidung, itu saja.

Pada pandangan saya memang begitulah. Sebabnya ialah lembu bagi masyarakat lain terutamanya kaum Melayu adalah sejenis binatang yang dungu, suka dicucuk hidung, ikut saja kemana arah jalan yang ditarik oleh pengembalanya. Lembu juga adalah binatang peliharaan yang dagingnya halal dan tidak ditegah untuk dimakan..jadi apa salahnya amalan memberi sedekah kepala lembu itu kepada Tan Sri Khalid untuk dibuat sup sempena bulan puasa ini?

Tetapi, ada satu peristiwa dahulu masih saya ingat juga...iaitu berkenaan dengan peristiwa perbuatan kaum tertentu yang menggantung kepala babi didepan sebuah surau dalam Negeri Melaka. Mereka yang berbuat begitu kerna membantah operasi meroboh ladang-ladang babi haram disekitar Melaka pada ketika itu. Perbuatan mereka itu juga telah dengan jelas menyinggung, melukakan hati serta menghina umat Islam dan kaum Melayu keseluruhannya.

Mengenai tindakan undang-undang terhadap pelaku perbuatan itu saya tak ingat lagi, samada pernah diambil tindakan kah ataupun didiamkan saja. Tapi apa yang sangat menghairankan saya ialah, kenapa seandainya orang Melayu bertindak setelah diri serta agama mereka sering dicabar dengan berbagai cara..maka tindakan undang-undang segera menyusul, tetapi jika kaum lain yang berbuat sedemikian terutamanya Cina dan India...mengapa tindakan begitu susah sekali untuk dikenakan terhadap mereka? Huh!...

Isnin, September 07, 2009

>>RM800<< : Sebelum itu bakar Jalur Gemilang...

Sebelum itu tuduh rakyat dan Negara Malaysia "maling" atau pencuri...tak cukup dengan itu, bendera Kebangsaan Jalur Gemilang pula menjadi mangsa sebagai tempat melepaskan amarah yang tidak terkawal disebabkan oleh perasaan syak wasangka yang bukan-bukan.

Mereka terlupa bahawa apabila bendera dinaikkan ianya akan disertai dengan nyanyian-nyanyian lagu tertentu. Bermakna setiap bendera yang telah berkibar dan dikibarkan akan mempunyai satu semangat yang manusia sendiri tidak sedari akan kewujudannya.

Apabila sesuatu bendera itu telah dimasyurkan sebagai lambang kedaulatan kepada sesebuah negara itu, maka setiap orang harus menghormatinya. Pantang bagi sesiapa jua untuk mengkhianatinya seperti membakar, mengoyak, mencincang dan sebagainya walaupun bendera itu bukan bendera milik negara-negara tertentu.

Boleh kita lihat akan kesannya, khusus di Jawa. Beberapa hari saja selepas rakyat disana membakar Jalur Gemilang kita, tempat mereka telah dilanda dengan gempa bumi besar berukuran 7.4 pada skala richter. Dua hari selepas itu satu lagi gempa bumi melanda dan telah menyebabkan banyak sekali kemusnahan yang terpaksa mereka tanggung.

Mereka harus terima hakikat bahawa setiap benda yang kita daulatkan diatas bumi ini pasti punya semangat yang tersendiri. Apatah lagi dengan bendera yang kita semua maklum adalah satu lambang kemegahan dan kebanggaan kepada sesuatu bangsa dan negara.

Apabila berlaku kejadian seperti membakar bendera yang sering diamalkan oleh masyarakat Indonesia jika berdepan dengan apa juga masalah dengan rakyat dari negara lain, mereka harus sedar saat dan ketika mereka mulai membakar bendera itu maka saat itulah semangat bendera itu akan meratap, menangis dan menyumpah sebelum ianya hangus dijilat api. Akibatnya, kita telah lihat...siapa dan daerah mana yang sengsara disebabkan musibah itu.

Diakhir tulisan ini, cuma saya nak katakan sesuatu..sedangkan rakyat tempatan di Malaysia ini sendiri begitu sukar untuk mendapatkan gaji permulaan setinggi RM800 sebulan, jadi bagaimana pula selepas perbuatan yang sangat menghiris hati dan perasaan kita dengan gelaran "maling/pencuri"..membakar bendera kita..dengan mudah saja mereka itu meletakkan harga RM800 setiap bulan gaji untuk diberikan kepada warga mereka yang bekerja hanya sebagai pembantu rumah di Malaysia. Logik kah? Munasabah kah? Patut kah? Negara Malaysia bukannya sebuah supermarket yang terdesak untuk menghabiskan stock dengan menawarkan berbagai-bagai cara pembelian kepada pelanggan..."pakai dulu kemudian bayar"..."bakar dulu kemudian minta." - Maaf!

Jumaat, September 04, 2009

MALINDO : Orang berbudi anda berbahasa...

Perbuatan masyarakat yang tidak bertamadun. Yang mempunyai akal pikiran singkat. Tergamak mempamerkan budaya yang bertentangan sama sekali dengan budaya masyarakat timur. Selagi kita hidup dan selagi kita berurusan dengan masyarakat dari negara lain maka selagi itulah kita pasti akan berdepan dengan apa jua masalah biar masalah yang kecil maupun masalah yang besar.

Walau apapun, saya tetap berpendapat bahawa tindakan yang melampau seperti membakar bendera Kebangsaan Negara Malaysia sebagaimana yang telah dilakukan oleh rakyat negara jiran negara tetangga kita yang telah kita anggap mereka adalah sebahagian daripada kita, pasti tidak akan mampu untuk menyelesaikan sebarang masalah melainkan hanya akan menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada.

Kita telah menerima berita terbaru tentang satu lagi bencana alam yang menimpa penduduk di Barat laut Ujong Kulon, Banten, Lampung Indonesia apabila kawasan itu telah digegarkan dengan gempa bumi sekuat 5.6 pada skala richter selang dua hari selepas Tasik Malaya di Jawa Tengah yang dilanda gempa berukuran 7.4 magnitud atau skala richter pada 02hb. September 2009 yang baru lalu.

Tragedi pertama itu telah mengorbankan banyak nyawa serta harta benda awam. Begitu juga dengan bencana yang terbaru ini, pasti ianya akan bertambah banyak korban apabila kerja-kerja mencari dan menyelamat akan dimulakan serta selesai dilakukan.

Kebiasaannya apabila terjadinya perkara seperti ini, Malaysia khususnya akan bersedia untuk menghulurkan apa juga bentuk bantuan jika dikehendaki, malah Malaysia akan segera menawarkan pertonlongan walaupun kadangkala tidak diminta demi semangat kejiranan yang ada pada setiap rakyat Malaysia.

Contohnya ketika kejadian Tsunami yang melanda Aceh pada 26hb. Disember 2006 yang lepas, kita melihat bagaimana rakyat Malaysia tanpa mengira usia, pekerjaan, pangkat, kedudukan, ideologi politik, bangsa dan agama telah melaksanakan tanggungjawab yang sangat mulia, secara berkumpulan ataupun secara perseorangan ikhlas menghulurkan pelbagai bentuk bantuan seperti wang ringgit, makanan asas seperti beras, gula, tepung, garam serta selimut, pakaian seperti baju, seluar, tilam, bantal dan juga telah menghantarkan pasukan mencari dan menyelamat seperti SMART ke sana disamping pakar-pakar perubatan untuk merawat mangsa yang tercedera atau terluka.

Manakala didalam negara, rakyat Malaysia yang terdiri dari berbagai lapisan masyarakat telah bertungkus-lumus menubuhkan dana-dana yang bertujuan untuk mendapatkan derma dari orang ramai bagi disumbang dan dihulurkan kepada mangsa-mangsa Tsunami Aceh di Indonesia. Dari kanak-kanak sekolah hinggalah kepada orang dewasa, semuanya dengan ringan hati turut sama menyumbangkan derma tidak mengira berapa saja jumlahnya demi untuk meringankan kesengsaraan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Aceh ketika itu.

Dalam pada itu juga, tanggungjawab Malaysia sebagai sebuah negara Islam untuk membantu rakyat Palestine yang terus ditindas dengan kejam oleh puak Zionis pernah tidak pernah dilepaskan begitu saja. Walaupun sibuk dengan kempen mengutip derma untuk membantu mangsa Tsunami di Aceh, namun rakyat Palestine juga turut terus dibantu. Dalam isu Palestine, negara yang paling lantang bersuara dan sering menghulurkan bantuan adalah Malaysia. Bantuan berbentuk material dan juga bantuan dalam bentuk galakan atau sokongan moral bagi menyuntik semangat mereka agar terus tabah dan tidak akan pernah mengalah kepada tekanan Israel.

Namun jika kita buat perbandingan diantara kedua-dua negara ini yang kita pernah memberi atau menyumbangkan sedikit bantuan dan sokongan ketika mereka ditimpa kesusahan, mana satukah negara ini yang rakyatnya lebih menghargai segala pemberian kita serta tahu mengenang budi dan jasa negara kita kepada negara serta mereka sendiri selaku rakyatnya?

Rakyat Palestine, walaupun mereka mempunyai bentuk wajah yang sangat jauh berbeza dari kita, punya budaya, bahasa, adat resam, makanan yang tidak serupa dengan kita atau berlainan sama sekali, tetapi mereka lebih tahu menghargai sumbangan yang kita berikan kepada mereka.

Mereka sangat menghargai segala pemberian oleh rakyat Malaysia biar dalam bentuk apapun, kita tahu mereka sering mengucap syukur dan terima kasih. Walaupun sebenarnya kita tidak berniat untuk sangat dihargai dengan apa jua ucapan, namun apa yang lebih penting ialah apabila kita dapat melihat mereka dapat hidup selesa di negara mereka sendiri sebagaimana kita hidup diatas bumi bertuah seperti negara Malaysia ini.


Tetapi apa yang sangat dikesali ialah, kita, rakyat kita, negara kita seumpama orang yang "melepaskan seekor anjing yang tersepit, bila anjing terlepas tapi tangan kita pula yang digigitnya." Bendera kita, Jalur Gemilang dibakar. Negara kita Malaysia digelar sebagai pencuri "Maling...bermakna mereka menuduh kita sebagai pencuri. Membakar Jalur Gemilang bermaksud untuk memusnahkan Malaysia.

Disebabkan hal-hal yang belum lagi jelas dan yang belum pasti, maka negara kita telah di labelkan sebagai pencuri. Puncanya hanya disebabkan masalah remeh-temeh, hal yang kecil, tarian "pendet." Dalam hal ini apa salahnya mereka sebagai rakyat Indonesia untuk bersabar dan menunggu atau selidiki terlebih dahulu dari mana atau siapa yang telah merekacipta papan iklan untuk tahun melawat Malaysia itu. Jangan main tibai saja.

Sekarang semua pihak sudah jelaskan siapa yang bertanggungjawab. "Discovery Channel." Pihak Discovery Channel yang berpangkalan di Republik Singapura sudahpun menjelaskan kedudukan sebenar insiden itu serta telah mengemukakan surat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Indonesia dan juga kerajaannya melalui Kementerian Pelancongan Indonesia berhubung dengan "tarian pendet" itu. Maka oleh itu, diharap rakyat Indonesia terutamanya mereka yang memulakan tuduhan itu dapat memperbetulkan semula tanggapan mereka terhadap negara Malaysia serta rakyatnya. Tidak susah, cuma minta maaf saja kepada seluruh rakyat Malaysia secara terbuka demi perpaduan kita bersama.

Kami rakyat Malaysia lebih menghargai hubungan mesra yang telah lama terjalin dengan negara serta rakyat Indonesia. Jika boleh bersamalah kita untuk meningkatkan jalinan yang sedia ada ini demi masa depan yang lebih gemilang lagi antara Indonesia dan Malaysia. Janganlah di runtuh jambatan penghubung yang telah kita sama-sama lalui selama ini. Peliharalah semangat Serumpun dan Sebangsa diantara Malaysia dan Indonesia. Lontarkanlah jauh-jauh perasaan iri hati dan dengki khianat dari dalam lubuk jiwa masing-masing. Perbalahan tidak akan membawa kita ke arah kesejahteraan.

Rabu, September 02, 2009

Inikah balasan yang kita terima dari sumbangan dan bantuan yang kita hulurkan ?

Negara kita Malaysia adalah merupakan sebuah negara walaupun kecil namun telah berjaya membangun sebagai sebuah negara maju diantara negara-negara membangun yang lain.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang sering membantu serta sering menyumbangkan segala bantuan dalam berbagai bentuk rupa kepada negara-negara jiran bilamana negara-negara jiran berhadapan dengan apa jua jenis bencana yang menimpa mereka.

Bantuan bukan hanya disumbang oleh kerajaan atau pemerintah malah lebih daripada separuh adalah sumbangan daripada semua golongan rakyat di negara. Sumbangan atau bantuan yang dihulurkan diatas tanggungjawab sebagai rakyat yang berjiran yang saling perlu memerlukan diantara satu dengan yang lain.

Rakyat Malaysia tidak kira usia, bangsa, agama, pangkat atau darjat apabila negara tetangga telah ditimpa kesusahan bencana seperti Tsunami, banjir, kebakaran dan sebagainya akan segera bersedia untuk menghulurkan apa saja bentuk bantuan seperti wang ringgit, pakaian, makanan, selimut serta keperluan asas dan juga segala jenis alat perubatan. Kerana apa? Kerana sifat prihatin, tanggungjawab sebagai rakyat negara tetangga serta atas rasa belas kasihan terhadap mangsa walaupun mereka hanyalah sekadar rakyat negara jiran.


Akan tetapi kini, kita saban hari melihat semua pengorbanan kita, sumbangan yang telah kita berikan ketika rakyat mereka mengalami segala bencana bagi meringankan segala bebanan yang terpaksa mereka tanggung ketika susah seolah-olah tidak pernah dipandang dengan ikhlas apatah lagi untuk menghargainya.

Sebagai rakyat yang sudah biasa dengan aktiviti kemanusiaan, rakyat Malaysia bukan mengharapkan apa-apa juga dari apa saja sumbangan yang telah dihulurkan, cukuplah sekadar jika rakyat negara jiran yang pernah dibantu dapat untuk menghormati perasaan rakyat Malaysia agar tidak terguris dengan tidak membuat tuduhan yang paling tidak munasabah seandainya ada terjadi sesuatu perkara kecil yang melibatkan kepentingan bersama diantara kedua negara serumpun ini.

Saya bukan berniat untuk membangkit tentang perkara remeh seperti ini, tetapi apa boleh buat setelah saya melihat begitu banyak sekali serangan terhadap negara kita walaupun bukan tanpa senjata tapi dengan cara membakar bendera kita Jalur Gemilang, memijak gambar pemimpin kita, tidak cukup dengan itu mereka menggelarkan negara kita sebagai pencuri.

Jadi sebagai salah seorang rakyat yang sangat menyayangi negara Malaysia yang berdaulat ini, maka tentu sekali saya rasa sangat terhina dan kesal dengan segala apa yang telah mereka lakukan sehingga tergamak menuduh kita sebagai pencuri. Kita boleh lihat dan baca disetiap artikel dalam blog warga mereka yang menulis tentang negara kita serta tentang rakyat kita, saya sampai tidak sanggup untuk membacanya.

Rakyat negara jiran ini bukan kesemuanya, saya tahu bahawa tidak semua rakyat Indonesia yang bersetuju dengan perbuatan sesetengah rakan-rakan mereka yang membuat angkara sebegini sebab saya mempunyai banyak rakan-rakan dari warga Indonesia baik yang berasal dari Sulawesi, Kalimantan, Jawa, Lombok dan sebagainya, haruslah ingat bahawa walaupun ada diantara mereka yang bekerja di Malaysia tidak memiliki sebagai dukomen perjalanan yang sah, namun demi berpegang kepada prinsip kawan dari negara jiran yang serumpun dan sebangsa ada juga rakyat Malaysia yang melindungi mereka dari dikesan oleh pihak berkuasa.

Tindakan seperti itu walaupun jelas menyalahi undang-undang Negara atau juga peraturan Imigresen namun oleh kerana memikirkan warganegara Indonesia adalah sebahagian dari rumpun bangsa di Malaysia maka mahu tidak mahu rakyat Malaysia terpaksa menyelamatkan rakan-rakan mereka ini dari tindakan pihak berkuasa walaupun sedar akan risiko yang terpaksa diterima jika rakyat Malaysia ini didapati bersubahat menyembunyikan warga asing.

Apakah warga Indonesia tidak sedar akan perkara ini? Bukan saja Kerajaan Malaysia yang sering memberi apa-apa bantuan kepada kerajaan Indonesia jika diperlukan malah rakyat Malaysia sendiri juga turut sama terlibat walaupun mungkin bukan dengan cara atau saluran yang betul. Mereka juga perlu sentiasa ingat, bahawa Malaysia lah negara yang pertama sekali datang membantu negara mereka jika ada apa-apa trajedi yang melanda negara dan rakyat mereka.


Apa yang membuat hati saya sangat kesal dan kecewa diatas perbuatan biadap mereka adalah sepertimana yang terdapat didalam gambar disebelah.

Samada gambar disebelah menujukkan yang membakar Jalur Gemilang itu adalah rakyat negara ini sendiri ataupun rakyat warga asing yang bekerja dinegara ini.

Jika perbuatan itu telah dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri, maka pihak Kementerian Dalam Negeri(KDN) hendaklah mengambil tindakan segera kepada mereka yang terlibat.

Jika alasan KDN sukar untuk mengesan dimanakah lokasi membakar Jalur Gemilang ini dilakukan jika benar ianya perbuatan rakyat negara ini, jadi saya rasa apa salahnya jika KDN minta kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ), Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Tanah dan Ukur(PEMETAAN) bagi menyelidiki dimana tempat letaknya tapak yang digunakan oleh mereka itu untuk membakarkan bendera Malaysia.

Dalam kes ini saya rasa, Jabatan Kerja Raya yang arif tentang gambaran tempat tersebut boleh mengesan dimanakah lokasi itu berpandukan, garisan jalanraya, lampu tiang yang dipasang tepi jalan, bahu jalan, bangunan-bangunan disekitar dan sebagainya. Dalam pada itu khidmat Jabatan Pengangkutan Jalan juga amat diperlukan sebab mungkin ada dikalangan anggota peronda JPJ ini yang kenal akan kawasan seperti yang ada dalam gambar disebelah.

Oleh itu, diharap KDN bolehlah mendapat khidmat dari empat agensi yang seperti disebut diatas bagi mengesan tempat jalan yang diguna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah membakar Jalur Gemilang itu. Diharap KDN dapat bertindak dengan menggerakkan pegawainya menyiasat perkara ini demi kesejahteraan Malaysia.


Manakala gambar ini adalah menunjukkan Jalur Gemilang, bendera kebangsaan Negara kita dibakar oleh rakyat negara jiran kita.

Apakah trend ini akan berterusan?

Adakah segala masalah akan selesai setelah bendera kita menjadi abu...?








...dan ini...












...dan ini...





















...dan ini...

















...dan ini...



















...dan ini...



















...dan juga ini.



Selasa, September 01, 2009

Membakar rumah sendiri... KDN mesti bertindak segera.




Dikala rakyat Malaysia yang lainnya sedang meraikan hari Kemerdekaan Negara, tidak diduga sama sekali terdapat perbuatan membakar bendera kebangsaan seperti yang tertera diatas ini telah dilakukan oleh rakyat Negara ini sendiri. Sangat memalukan! ...rakyat Malaysia sendiri membakar bendera kebangsaan Negara sendiri !!!...

Memang kita tidak menerima sama sekali perbuatan yang paling tidak bertamadun seperti itu. Apakah yang orang ini akan dapat dari perbuatan dia dengan membakar Jalur Gemilang?

Adakah dengan tindakan orang ini yang tergamak membakar Jalur Gemilang segala masalah dia, keluarga dia atau sesiapa saja yang bersetuju dengan tindakan biadap dia itu akan selesai serentak dengan hangusnya Jalur Gemilang itu dijilat api?

Dimanakah terletaknya tanggungjawab orang itu sebagai warganegara Malaysia terhadap negara tumpah darah sendiri?

Apakah orang ini tidak sedar, bahawa perbuatan dia dengan membakar bendera kebangsaan negara kita itu sama saja seperti dia membakar rumah keluarga tempat dia lahir, tempat dia dibesarkan, tempat dia dididikan, tempat dia berteduh, tempat dia tidur, tempat dia makan, tempat dia menyimpan segala pakaian keperluan dan sebagainya...?

Kepada Kementerian Dalam Negeri dan juga Kerajaan khasnya, tindakan harus diambil terhadap pelaku yang telah membuat perkara seperti ini. Diharapkan semoga Kerajaan, khususnya pihak yang memang berkuasa penuh terhadap keselamatan didalam Negara ini tidak akan terlepas pandang dengan kejadian seperti ini agar ianya tidak akan berulang dimasa yang akan datang.

Tindakan tegas mesti dikenakan terhadap orang itu yang jelas sekali menunjukkan kepada kita bahawa tindakan beliau itu bukan sahaja setakat untuk menghina Malaysia dengan membakar Jalur Gemilang malah sudah ada niat terpendam yang lebih jauh lagi iaitu untuk memusnahkan Negara Malaysia secara keseluruhannya...

Isnin, Ogos 31, 2009

YB Karpal Singh tenat di Hospital ?

Ahli Parlimen Bukit Gelugor yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan YB Karpal Singh dilaporkan sakit dan dikatakan berada didalam keadaan yang kritikal atau tenat dan sedang menerima rawatan disebuah hospital di Pulau Pinang.

Betul ke??? Sahih ke berita ini??? Kalau benar maka akan berlaku lagilah satu Pilihanraya Kecil...

Sumber dari http://www.malaysia-instinct.com/ , catatan jam 10:24am - 31hb. Ogos 2009...

Ahad, Ogos 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Negara ke-52.

Yang Amat Berbahagia Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman bin Yaakub
...bekas Ketua Menteri Sarawak yang ke-3
dan juga bekas TYT Yang DiPertua Negeri Sarawak yang ke-4

Yang Amat Berbahagia Allahyarham Tun Hussein Onn
...bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-3

Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
...bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4

Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud
Ketua Menteri Sarawak yang ke-4

Yang Amat Berbahagia Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Hussein
...bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-2
Yang Teramat Mulia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-haj
...bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan juga adalah
pengasas kepada kemerdekaan Negara Malaysia.
Bendera Kebangsaan Negeri Sarawak, lambang kemakmuran negeri Sarawak serta juga rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai latar belakang keturunan, agama, adat resam dan budaya sejak menyertai pembentukan Kerajaan Malaysia 45 tahun yang lalu.

Jalur Gemilang, lambang kebanggaan rakyat Malaysia yang telah hidup aman dalam satu Negara yang mempunyai penduduk serta etnik kaum yang sangat berbeza apabila memiliki kebudayaan, kepercayaan, adat resam, bahasa, wajah namun tetap dapat bergerak bersama menuju ke arah 1 Malaysia.
Selamat menyambut hari kemerdekaan negara Malaysia yang ke-52 kepada seluruh masyarakat Malaysia, jadikanlah diri kita serta jiwa kita sebagai milik salah seorang rakyat yang senantiasa tahu menghargai erti kemerdekaan, tahu menghargai segala pengorbanan yang telah dicurahkan oleh para pejuang kemerdekaan dahulu.
Bersamalah kita menjaga kedaulatan Negara kita dari sebarang anasir-anasir yang sentiasa cuba untuk menggugat kestabilan Negara ini, walaupun perjuangan kita mengikut cara kita yang tersendiri tapi yang paling penting ialah kita mempunyai semangat cintakan negara, oleh sebab itu sebagai rakyat kita tetap mempunyai hak dan tanggungjawab bersama didalam menentukan keamanan, keharmonian, kesejahteraan, kemajuan dan juga keselamatan negara yang tercinta ini.
Dan tidak lupa juga kepada seluruh rakan-rakan saya tak kira yang telah ataupun belum lagi berdaftar dengan Kelab Anak Merdeka, selamat menyambut Harijadi masing-masing esok 31hb. Ogos 2009, semoga semua kita dilanjutkan usia dan dimurahkan rezeki, hidup rukun damai didalam negara yang bertuah ini.
Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !...

Jumaat, Ogos 28, 2009

Siapa Yang Lebih Berani ?

Diantara mereka berdua ini banyak sekali jurang perbezaannya. Yang seorang wanita hanya seorang model sambilan namanya Kartika Sari Dewi Shukarnor tetapi tidak gentar sama sekali dengan sebarang hukuman yang bakal beliau terima gara-gara perbuatan sendiri malahan beliau dilihat tidak sabar-sabar untuk menjalani hukuman itu.
Manakala yang seorang lagi ini adalah seorang lelaki yang gagah perkasa, bukan calang-calang orang. Bekas Timbalan Presiden UMNO, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, bekas Menteri Kewangan Malaysia, bekas Menteri Pelajaran Malaysia, bekas Menteri Pertanian Malaysia, bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan kini adalah Penasihat Umum PKR selaku Ketua Pembangkang dalam Dewan Parlimen Malaysia. Tetapi apa masalahnya. Masalahnya ialah, dia tak seberani Kartika Sari Dewi Sukarnor. Posted by Picasa

Khamis, Ogos 27, 2009

Tahniah! kepada Datuk Seri Idris Jala

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines Datuk Seri Irish @ Idris Jala diatas perlantikan beliau sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri tanpa portfolio. Ini bermakna beliau terpaksa melepaskan semua jawatan yang dipegang oleh beliau selama ini didalam MAS.

Perlantikan Datuk Seri Idris ke jawatan baru itu diumumkan setelah mendapat perkenan daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Di samping itu juga beliau akan diberi tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU).

Sebagai rakyat Sarawak, saya sangat berbangga dengan kemampuan serta pencapaian yang sangat tinggi oleh Datuk Seri, sebagaimana yang telah dibuktikan ketika berkhidmat dengan Syarikat minyak Shell dahulu dan juga ketika menyumbangkan khidmat kepada Syarikat penerbangan MAS selama ini.

Selamat bertugas kepada Datuk Seri, berikan yang terbaik diantara yang terbaik kepada negara kita Malaysia.

Selamat maju jaya.
Posted by Picasa

Sidang Bawah Pokok Siri ke-2 : 02/09/2009.

Dengar khabar DAP, PKR dan PAS sedang merancang untuk mengadakan semula sesuatu yang dulu pernah mereka lakukan iaitu menganjurkan Sidang Dewan Undangan Negeri Perak di bawah sebatang pokok pada Rabu 02 September depan mungkin ditempat yang sama.

Biar apapun kita kena tunggu dan lihat, apakah yang akan berlaku selepas itu. Kepada pembekal bahan-bahan seperti simen, pastikan simpanan bahan-bahan tersebut mencukupi, juga kepada pemilik-pemilik farmasi yang ada disekitar Ipoh Perak, sediakan sebanyak mungkin kapas, bandage atau pembalut kaki, pengikat siku dan yang lain-lain lagi.

Tak lupa juga kepada pihak ambulan, pihak klinik serta pihak hospital di Ipoh mestilah kena bersedia awal. Pastikan juga kerusi roda serta tongkat yang beraneka jenis mencukupi bagi menampung keperluan sekiranya berlakunya perkara-perkara yang tidak kita inginkan darpada berlaku tetapi memangpun DAP, PKR dan PAS inginkan supaya ianya tetap berlaku seperti mana kes Mr. Wong Chuan How yang mengalami "kepatahan" serta YB N. Gobalakhrisnan juga mengalami masalah "kekoyakkan dan kepatahan".

Bukan apa, kita sangat perihatin dengan keadaan tubuh badan wakil-wakil rakyat dari Pakatan Pembangkang itu yang begitu sensitif dan tidak berupaya untuk berdepan dengan kejadian-kejadian yang agak mencabar seperti terjatuh ketika main kejar mengejar atau main langgar garisan polis. Jika itu terjadi, pasti jari, tangan, lutut, kaki mereka akan patah serta retak. Betul-betul lembab kan... ..tetapi kalau cicak jatuh dari atas siling rumah setinggi 7 meter pun masih mampu untuk ketawa dan tersenyum, namun tidak bagi pihak Pakatan Pembangkang.
Posted by Picasa

Rabu, Ogos 26, 2009

BN harus ada kaedah baru untuk memperkenalkan bakal calon YB kepada rakyat.

Kekalahan memalukan bagi Barisan Nasional di DUN Permatang Pasir semalam harus diambil sebagai satu iktibar dan peringatan sepanjang masa. BN mesti mencari jalan bagaimana cara untuk meyakinkan rakyat dikawasan yang tertentu tentang bakal wakil mereka ke DUN ataupun Dewan Rakyat kelak.

Terdapat beberapa kelemahan di pihak Barisan Nasional didalam menentukan calon-calon mereka yang akan diketengahkan sebagai calon yang akan bertanding atau calon wakil rakyat. Perkara ini harus diberi tumpuan khusus agar kekalahan bersiri BN dalam beberapa pilihan raya kecil sejak akhir-akhir ini tidak akan terus berulang.

Seperti kita semua sudah sedia maklum, apabila ada sahaja pilihanraya kecil akan diadakan tidak kira disebabkan oleh kematian seseorang ADUN serta Ahli Parlimen itu atau juga kerana meletak jawatan ataupun kerana DUN/Parlimen dibubarkan, biasanya mesyuarat parti memang pasti serta kerap diadakan dari masa ke masa untuk membincang berbagai perkara terutamanya dalam soal memilih bakal-bakal calon yang akan bertanding pada pilihanraya itu nanti.

Perkara yang telah menjadi kebiasaan seperti ini seolah-olah telah menjadi satu keadaan yang sangat misteri kepada rakyat yang tentunya akan timbul banyak tandatanya dikalangan rakyat dikawasan yang terbabit, ..siapakah calon wakil rakyat kita?, ..orang manakah dia?, ..baguskah dia?, ..prestasi dia macamana?, ...dan ianya telah meletakkan persoalan seperti itu secara tidak langsung akan menjadi satu teka-teki kepada rakyat sehinggalah pada hari dimana nama calon itu diketahui setelah diumumkan sebelum hari penamaan calon diadakan barulah segala teka-teki itu terjawab.

Apabila nama individu tertentu telah diumumkan sebagai calon bagi sesuatu kawasan DUN/Parlimen, maka teka-teki itu telahpun terjawab dan rakyat hanya mampu untuk menerima saja calon yang telah diumumkan sebab tidak mungkin ada ruang untuk mereka mengemukakan sebarang bantahan kepada pemimpin parti-parti tertentu terhadap seseorang yang telah dinamakan sebagai calon pada sesuatu pilihanraya itu.

Oleh itu, saya berpandangan jika Barisan Nasional betul-betul mahu berubah maka mereka harus memulakan perubahan itu bermula dari cara-cara memilih calon-calon wakil rakyat yang akan bertanding. Jika mahu berubah, maka bermula dari situlah sebaik-baik langkah pertama untuk kearah perubahan seterusnya harus digerakkan. Maknanya, perubahan tidak boleh dilakukan secara serentak tetapi secara berperingkat-peringkat iaitu harus dimulakan dari mana ianya dirasakan mesti didahulukan.

Sehubungan dengan itu saya berpendapat agar cara memilih calon-calon yang akan bertanding pada mana-mana pilihanraya selepas ini hendaklah dibuat secara terbuka dan tidak hanya dibincang didalam mesyuarat yang tertutup seperti selalu yang hanya melibat segelintir pihak yang berkepentingan saja. Rakyat juga berhak untuk mengetahui lebih awal tentang siapa individu yang hendak diletakkan sebagai calon disesuatu kawasan tersebut supaya insiden yang berlaku terhadap UMNO di Permatang Pasir tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

Saya mencadangkan agar kaedah baru harus diperkenalkan untuk tujuan itu. Adalah lebih baik sekiranya sebelum menetapkan nama-nama calon untuk bertanding pada mana-mana pilihanraya, pamerkan gambar individu-individu tak kira seramai mana mesti lengkap dengan biodata atau data peribadi mereka kepada umum dengan meletakkannya ditempat-tempat tumpuan orang ramai seperti pejabat pos, pejabat daerah, bank-bank, hospital, klinik, kedai-kedai atau di mana-mana supermarket. Sekurang-kurangnya sepuluh hari sebelum hari penamaan calon akan diadakan.

Langkah ini perlu bagi mengetahui tentang bagaimana reaksi rakyat setempat berkenaan dengan seseorang bakal calon itu. Jika dirasakan ada dua atau tiga ataupun empat nama yang layak untuk dipilih sebagai calon tetapi sukar untuk memilih salah seorang daripada mereka kerana berkemungkinan mereka itu hebat-hebat belaka, jadi kenalah guna kaedah atau cara itu dengan menyerah kepada rakyat bawahan untuk menilai mereka itu terlebih dulu sebelum keputusan muktamad dibuat.

Oleh itu jika dalam masa sepuluh hari berakhir itu pihak parti ada menerima banyak aduan tentang satu atau dua nama bakal-bakal calon yang telah dipamerkan kepada orang ramai itu, jadi ini bermakna pihak parti harus memilih hanya seorang yang nama beliau dikira bersih dari sebarang skandal apabila tiada apa-apa komplen yang diterima oleh pihak parti berkenaan dengan yang seorang ini daripada masyarakat tempatan ataupun daripada pihak parti lawan itu sendiri.

Jadi, seandainya BN memang ada hasrat benar-benar untuk berubah, maka gunakan masa yang semakin hari semakin dekat sebaik mungkin untuk memperbaiki mana-mana tempat yang perlu dibaiki. Bedah siasat untuk mengetahui punca kekalahan tidak perlu dilakukan, hanya membuangkan masa saja. Yang lebih penting ialah pertingkatkan segera segala kelemahan yang dirasa perlu, walaupun ada yang mengatakan bahawa memang adat pertandingan "ada yang kalah dan ada yang menang" tetapi harus diingatkan bahawa apabila kita bertanding, maka kemenanganlah sebenarnya yang kita kejar bukannya kekalahan.

Jadi, mengapa harus menerima kekalahan ? Kita berjuang hanya untuk mendapatkan kemenangan demi bangsa dan negara... ...oleh itu "Tingkatkan Prestasi, Kurangkan Kontroversi"...~~~MELODI~~~

Arkib Blog