Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, September 14, 2008

PKR Mengejar Pelangi ke Taiwan

Langkah Penasihat Parti KeAdilan Rakyat(PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar 5 wakil parti ke Taiwan di lihat sebagai satu usaha sia-sia sahaja, walaupun berbagai alasan dikemukakan tentang misi mereka ke sana kononnya untuk memeriksa bagaimana cara ahli-ahli BNBBC menggunakan perbelanjaan disana, namun tujuan sebenar memang sudah jelas dan tidak payah untuk memberi alasan lain, perkara ini umpama "sudah terang lagi bersuluh", mereka ke Taiwan adalah bagi memujuk ahli-ahli Parlimen BN yang sedang berada di situ untuk menyertai Pakatan Pembangkang. Pemimpin PKR seolah-seolah tidak sedar, bahawa ahli-ahli Parlimen BN yang menyertai rombongan sambil belajar ke Taiwan itu ada mereka yang terdiri dari kelab penyokong Kerajaan, jadi jika dilihat dari sudut ini memang sangat mustahil bagi mereka(PKR) akan dapat memikat ahli-ahli BN ini. Usaha-usaha seperti ini adalah tidak ubah seperti seseorang yang ingin mendekati pelangi, semakin dia ingin dekat semakin jauh pula pelangi itu beredar. Apa yang PKR dapat dari tindakkan yang tidak matang ini?? Ahli-ahli Parlimen BN sudah melangkah pergi terlebih dahulu ke Hong Kong meninggalkan wakil-wakil PKR ini tersangkut dan terkapai-kapai di Taipei, Taiwan. Ini semua seolah-olah dilihat seperti secara kebetulan,ketika itu juga Taufan menyerang Taipei, semua jenis penerbangan pergi-balik Taipei dengan Kuala Lumpur dibatalkan. Mungkin juga "pelangi" telah berlalu "taufan" pun tiba. Jika di imbas kembali, tindakkan menghantar wakil PKR ke Taiwan untuk memujuk ahli-ahli Parlimen BN supaya menyertai Pakatan Rakyat, walaupun andaikata ianya berjaya ataupun tidak, kedua-dua hasilnya akan memalukan semua pihak juga pada akhirnya. Misal kata pemergian wakil PKR ini berjaya menemui ahli-ahli Parlimen BN ketika sampai di Taiwan serta berhasil memujuk ahli-ahli Parlimen BN ini.,dan seterusnya berjaya membentuk kerajaan hasil daripada tindakkan ahli-ahli Parlimen BN ini melompat ke Pakatan Rakyat tentu sekali kerajaan yang dibentuk nanti tidak akan diiktiraf oleh majoriti rakyat yang memilih kerajaan terdahulu dan juga oleh sesetengah negara lain yang sama mengamalkan demokrasi sebenar, dan memang ada yang beranggapan kerajaan yang dibentuk ini tidak sah dan perlu dibubar semula. Lebih memalukan, jika kerajaan yang akan dibentuk nanti di samakan pula dengan kerajaan hasil rampasan kuasa, tiada bezanya..iaitu merampas hak rakyat yang telah memberi kuasa kepada kerajaan sedia ada untuk mentadbir negara. Keduanya; andaikata wakil-wakil PKR ini gagal di dalam semua misi mereka ini, sementara tarikh kerajaan baru yang akan bakal dibentuk sepertimana yang dijanjikan terutama kepada rakyat yang memihak kepada Pakatan Rakyat sudah semakin hampir menjelma, jadi persoalannya disini..apakah mereka-mereka yang telah menerima janji bahawa pada 16hb. September (tahun ?) kerajaan baru akan ditubuhkan akan menunggu dengan harapan yang tinggi melangit, tetapi kalaulah keadaan akan menjadi sebaliknya.,Bagaimana? Siapakah yang akan mendapat malu? Malu kepada rakyat sendiri, malu kepada rakan-rakan dari parti gabungan Pakatan Rakyat, malu kepada masyarakat luar, malu kepada mereka-mereka yang telah banyak memberi sokongan. { jadi, pikir-pikirkanlah }.

Sabtu, September 13, 2008

Selamat Kembali Semula YABhg.Tun Dr. Mahathir

Pada pertengahan bulan Mei 2008 yang lalu, saya sangat terkejut dengan satu pengumuman yang tidak pernah diduga daripada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, apabila mengistiharkan bahawa beliau serta isterinya YABhg. Tun Dr.Siti Hasmah Mohd. Ali keluar dari parti UMNO. Dan berita itu memang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia, tambahan lagi ianya berlaku ketika keadaan dan suasana politik dalam negara yang tidak begitu baik dan selesa. Namun kita harus bersandar kepada harapan, supaya Tun Dr. Mahathir mempertimbangkan semula keputusan beliau itu, biarpun untuk jangkamasa yang agak lama. Tidak dapat disangkalkan bahawa keputusan beliau itu tetap akan mewujudkan suasana sedih kepada seluruh rakyat Malaysia terutama dikalangan orang-orang UMNO itu sendiri. Walau bagaimanapun kita sangat-sangat berharap agar peristiwa itu akan menjadi sejarah yang juga harus dikenang apabila Tun Dr. Mahathir sudi menyambut pelawaan dari para pemimpin UMNO supaya kembali semula ke pangkuan parti itu. Ini mungkin juga adalah dari berkat doa rakyat keseluruhan yang inginkan supaya Malaysia kembali semula kepada suasana, aman, tenteram, makmur, maju serta kuat, disegani dan dihormati diseluruh dunia sepertimana masa Tun Dr. Mahathir mentadbir negara ini dulu. Walaupun nanti dengan adanya Tun Dr. Mahathir di pihak pemerintah tanpa apa-apa peranan yang khusus, kita sebenarnya sangat mengharapkan agar idea-idea beliau yang sangat bernas, kata-kata nasihat serta pandangan mendalam beliau nanti dapat membantu didalam usaha memperbaiki semula kelemahan, ketidaktentuan cara mentadbir. Oleh itu kita sangat berharap, sekiranya nanti Tun Dr. Mahathir ada memberikan buah pikiran bagaimana cara-cara untuk menangani, mengatasi masalah ataupun mengurus kerajaan dengan cekap dan berkesan, semua pihak haruslah menerimanya dengan hati yang terbuka dan janganlah terus menolak mentah-mentah. Kita semua harus ingat, beliau telah memerintah Malaysia ini selama lebih dari 22 tahun dengan begitu berjaya sekali, sehingga Malaysia muncul sebagai sebuah negara paling maju diantara negara-negara membangun dan menjadi contoh kepada negara membangun yang lain. Biarpun dalam jangkamasa 22 tahun mentadbir Malaysia, beliau memang tidak dapat lari dari sebarang masalah yang datang dari berbagai bentuk rupa didalam negara, tetapi beliau telah berjaya mengatasinya dengan cara dan kaedah yang betul, sesuai serta selari dengan peruntukkan undang-undang semasa dan sedia ada.

Jumaat, September 12, 2008

KONSPIRASI - Rancangan Siapa ?

Perkataan "Konspirasi" sering di sebut oleh Penasihat Parti
Keadilan Rakyat
yang
juga Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua
Pembangkang
di
Dewan Parlimen
YB Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila ada
masalah
atau pun
kes yang melibatkan
diri beliau diketahui
oleh
umum.
      • Yang menjadi mangsa "konspirasi" pada hakikatnya ialah kerajaan, bukannya
        Anwar.
        Pada pandangan saya sebelah kerajaan memang tiada adalah istilah
        "konspirasi".
        Saat ini kerajaan berdepan dengan begitu banyak masalah
        yang
        dicetuskan oleh
        Datuk Seri Anwar. Apa sahaja usaha yang
        dilakukan
        oleh
        Kerajaan, baik untuk
        menangani permasalahan
        rakyat
        ataupun apa saja
        masalah
        semasa negara sering
        sahaja
        diperlekehkan
        oleh beliau.

Khamis, September 11, 2008

Membentuk Kerajaan Dengan Cara Yang Tidak Sah, tetap SALAH !

Jika hasrat dan impian ketua pembangkang yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kuasa memerintah negara dengan berbagai cara, termasuk memujuk Ahli-ahli Parlimen daripada Barisan Nasional supaya menyertai Pakatan Rakyat ataupun melompat kepada pembangkang ingin diteruskan juga, andai kata ianya akan menjadi kenyataan kelak, maka pada pendapat saya sebagai rakyat biasa, itu menandakan sistem demokrasi yang kita amalkan sejak daripada Malaysia mencapai kemerdekaan dulu lagi sehingga sekarang akan mula lenyap secara beransur-ansur. Jika kita kita sering membaca kenyataan-kenyataan beliau didalam akhbar-akhbar ataupun mendengar di television juga di radio, beliau selalu menyebut tentang" ingin menegakkan" demokrasi, negara demokratik, pemimpin adil dan bermacam-macam lagi. Tetapi beliau tidak sedar, jika cara yang cuba diguna oleh beliau seperti yang saya sebutkan pada permulaan tadi dipraktik untuk memperoleh kuasa maka cara itulah yang akan membunuh demokrasi itu sebenarnya. Walaupun nanti setelah ada kuasa, usaha untuk menghidupkan semula demokrasi tentu akan menjadi lebih sukar. Mana tidaknya, jika pihak yang ditumbang dengan cara sebegitu, tentu akan berusaha untuk mendapatkan kuasa dengan cara sedemikian juga. Seandainya beliau ingin menjadi Perdana Menteri, seelok-eloknya lah gunakan lah sistem demokrasi yang sedia ada. Tunggulah tempoh mandat yang diberi oleh rakyat kepada kerajaan semasa ini tamat, ianya tidak lama, hanya lima tahun sekali. Kembalilah kepada kuasa rakyat, rakyat boleh memilih, jangan membelakangkan kuasa rakyat. Sistem demokrasi yang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin di negara ini sebenarnya bertambah subur dan hidup, dan ini amat berkesan sekali. Bukti yang jelas tentang demokrasi sentiasa bernafas di Malaysia ini adalah membabitkan soal Datuk Seri Anwar sendiri. Ini berlaku dan tidak dapat dinafikan, pilihanraya kecil di Permatang Pauh baru-baru ini contoh yang terbaik, walaupun beliau masih terikat atau terbabit dengan dengan kes-kes tertentu di mahkamah, tetapi beliau masih bebas untuk bertanding, bebas berkempen, berucap dikhalayak ramai, memberi kenyataan-kenyataan di media massa dan elektronik tanpa halangan dari kerajaan yang memerintah ataupun pihak polis. Passport antarabangsa beliau pula tidak ditahan, ini sangat berbeza sekali dengan layanan yang diterima oleh rakyat biasa yang seandainya mempunyai kes-kes yang sama sepertimana yang sedang dihadapi oleh Datuk Seri Anwar .Cuba cari sistem demokrasi yang seumpama ini di negara lain, saya pikir mungkin jawapannya "tiada". Negara Malaysia telah mengamalkan sistem demokrasi dengan baik sekali, dan pemimpin-pemimpinnya senantiasa berusaha menambahbaikan sistem yang sedia ada ini supaya Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang paling demokratik di dunia. Oleh itu, tiada alasan lagi bagi Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan usahanya untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Apa yang lebih baik sekarang, setelah menang dalam pilihanraya kecil yang lepas, beliau haruslah memberikan tumpuan sepenuh kepada pembangunan dan masalah rakyat di kawasan Parlimen beliau dan berusaha untuk menjadi seorang Ketua Pembangkang yang terbaik di Parlimen dengan mengemukakan idea-idea yang bernas serta menegur kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan semasa jika ada. Jika diambil pandangan dari pelbagai sudutpun, tindakan memujuk Ahli-ahli Parlimen daripada BN ini,supaya melompat ke pembangkang ianya tetap dilihat sebagai tidak wajar dan tidak demokratik dan adalah sangat bertentangan dengan amalan demokrasi itu sendiri dan seolah-olah kuasa rakyat turut ditolak. Oleh itu, jika hendak menjadi pemimpin yang baik, gunakanlah saluran yang betul dan sah. Apa-apapun kejayaan yang diperolehi dengan cara yang tidak sah, ianya tetap akan salah.

Rabu, September 10, 2008

Politik Yang Tidak Bermusim

Hujan, panas, kemarau, tengkujuh dan sesetengah jenis pokok buah-buahan mempunyai musim yang tersendiri mengikut peredaran bulan-bulan tertentu sebagaimana kelazimannya. Misalnya, jika musim hujan turun, maka bermulalah musim tengkujuh dan sudah pasti ada di tempat-tempat tertentu yang akan mengalami banjir. Begitu juga jika musim panas berpanjangan, sudah tentu musim kemarau akan bermula. Begitu juga dengan pokok buah-buahan, ia akan mula mengeluarkan bunga-bunga dan kemudian buah-buah, kesemua ini pasti akan berlaku menurut jenis pokok-pokok tersebut dan juga sudah menjadi lumrah alam. Tetapi apa yang ingin saya nyatakan disini, bukanlah berkenaan dengan semua itu, ia nya hanya sebagai contoh. Sebenarnya saya ingin menyingkap seketika tentang urutan atau perjalanan politik semasa di Malaysia ini. Malaysia memang telah mengamalkan sistem demokrasi yang sangat baik, dengan sentiasa mengadakan Pilihanraya Umum setiap lima tahun sekali apabila mandat terdahulu yang telah diberikan oleh rakyat sudahpun berakhir. Ini sekaligus akan membuka ruang luas-seluasnya kepada kesemua parti-parti politik untuk bertanding bagi merebut kerusi-kerusi yang ingin ditandingi. Masa dan tarikh untuk menamakan calon-calon dan juga masa berkempen telah ditetapkan dan kesemua mereka yang bertanding memang sudah sedia maklum berkenaan dengan prosedur-prosedur pilihanraya dan juga masa tamat berkempen kebiasaannya akan tamat tepat jam 12.00 tengah malam, malam sebelum keesokkan harinya rakyat akan keluar mengundi. Ini bermakna, setiap calon-calon dan para pekerjanya tidak dibenarkan lagi untuk menarik sokongan atau berkempen sepertimana sebelum masa berkempen selesai. Masa untuk mereka menabur janji, menyatakan komitmen masing-masing kepada rakyat dikira sudah mencukupi. Tetapi, apa yang kita saksikan pada masa sekarang adalah sebaliknya, ada sesetengah daripada mereka ini menjalankan kempen secara terus menerus tanpa menghiraukan peraturan dan undang-undang. Mereka berkempen sepanjang masa, tanpa memperdulikan pandangan daripada pihak-pihak lain. Jika ditegah, mereka akan lebih berani lagi mencabar peraturan-peraturan dengan mengadakan berbagai-bagai cara tentangan. Pada pandangan saya, mereka ini seolah-olah tiada masa untuk berbakti kepada masyarakat yang memilih mereka sebagai wakil rakyat setempat. Bagaimana cara mereka untuk menyelesaikan masalah rakyat yang mereka wakili, sedangkan pada masa yang sama mereka sendiri sering menimbulkan banyak masalah, bukan hanya setakat masalah dilingkungan kawasan yang mereka wakili, malah sehingga melibatkan masalah dikawasan lain yang sepatutnya tidak payah untuk mereka campurtangan dan ianya seperti cuba diperbesar-besarkan. Kepada mereka-mereka yang berkenaan, cukuplah sudah dan tumpukan saja kepada usaha untuk membangun kawasan-kawasan yang diwakili masing-masing, tidak kira mereka ini dari parti pemerintah atau pembangkang. Rakyat sudah memberi kuasa untuk bekerja dan jalankan kewajipan itu sebaik mungkin. Masa terus berlalu, oleh itu..jangan membazirkan masa untuk sesuatu yang belum pasti. Lima tahun yang akan datang, rakyat mungkin mempunyai pandangan yang berbeza dengan masa sekarang. Dari itu, gunakan lah sebaik mungkin sisa-sisa masa yang masih ada untuk terus menabur jasa kepada rakyat, mungkin untuk tempoh jangkamasa yang akan datang, mana tau rakyat mungkin akan memilih semula.

Selasa, September 09, 2008

Perpaduan antara kaum dan sesama kaum

Perpaduan antara kaum di negara ini yang sentiasa diperjuang sesetengah pemimpin mungkin tidak akan tercapai sepenuhnya sekiranya halangan-halangan semulajadi yang sedia ada masih melintang di depan dan tidak diatasi dengan bersungguh-sungguh terlebih dulu. Pada peringkat pemimpin itu sendiri, perpaduan antara kaum dilihat sangat akrab dan mesra terutama ketika sambutan perayaan agama juga kepercayaan seperti pada sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Thaipusam, Weesak, Pesta Gawai Dayak, Pesta Tadau Keamatan dan juga Hari Krismas. Mereka kelihatan sangat mesra dan gembira semasa menikmati juadah dalam suasana meriah dan duduk semeja. Tetapi pada peringkat masyarakat bawahan iaitu rakyat biasa atau rakyat kebanyakkan, suasana seumpama itu jarang berlaku dan mungkin juga ada yang tidak pernah terjadi dan mungkin juga ada yang tidak pernah mengunjungi atau dikunjungi jiran-jiran sebelah-menyebelah rumah yang diduduki jiran-jiran yang terdiri daripada mereka yang berlainan bangsa atau kaum pada hari sambutan perayaan masing-masing dan mungkin alasan yang diberi, tidak kenal. Di tempat kerja juga perkara seumpama ini memang wujud, contohnya seperti di sesetengah syarikat-syarikat perusahaan, perkilangan, perladangan atau perkapalan dan sebagainya. Ketika waktu bekerja atau menjalankan tugas, pekerja-pekerja yang terdiri daripada mereka yang berbilang kaum ini memang kelihatan bersama-sama membuat kerja didalam kumpulan tertentu, tetapi apabila tiba waktu rehat atau waktu masa makan, kita dapat lihat mereka ini akan duduk di satu meja masing-masing dengan kumpulan kaum mereka sendiri. Seperti mereka tidak selesa bila duduk makan bersama satu meja dengan rakan-rakan sekerja mereka yang bukan dari golongan kaum sendiri. Jadi jelas disini, bahawa sifat perkauman masih menebal sebenarnya didalam jiwa dan sanubari masyarakat majmuk di negara ini dan mungkin sukar untuk mengikis sikap seperti ini dari diri mereka. Apa yang lebih meresahkan lagi ialah, masalah perpaduan yang sukar untuk direalisasikan ini bukan hanya wujud dikalangan antara kaum semata-mata, tetapi telah menjalar kepada sesama kaum itu sendiri yang mula merebak seperti barah. Masalah seperti ini datang dari mereka yang giat ataupun aktif dalam berpolitik dan ianya timbul adalah kerana fahaman politik yang berbeza diantara mereka walaupun parti-parti yang disertai adalah bertunjang kepada kaum yang sama, ini akan menjarakkan lagi hubungan sesama kaum itu apabila mereka begitu taksub dengan slogan pemimpin-pemimpin mereka, dan keadaan seperti ini akan menambahkan lagi kesukaran untuk memperjuangkan semangat perpaduan rakyat berbilang bangsa supaya menjadi kenyataan. Ini tidak dapat dinafikan, apabila sesetengah daripada mereka ini mendapat pula sokongan daripada rakyat yang bukan hanya dari kaum mereka sendiri untuk parti yang disertai, malah dari kaum-kaum yang lain juga. Oleh itu, sekiranya perpaduan antara kaum ingin hendak dicapai secara total, maka perkara-perkara seumpama inilah yang yang mesti diatasi terlebih dahulu. Bila budaya berpolitik menguasai pemikiran masyarakat, lebih parah lagi bagi mereka yang emosional dan sensitif, bila timbul saja isu yang belum tentu kesahihannya telah diputar belit dan dan seolah-olah sengaja digembar-gemburkan pula sehingga menjadi isu nasional yang sangat menakutkan, dan sudah semestinya usaha kearah untuk menjadikan rakyat Malaysia yang bersatupadu, berbudi, penyayang, mesra dan sebagainya yang baik-baik agak mustahil untuk menjadi kenyataan.

Ahad, September 07, 2008

Turun Padang

Kita memang sudah biasa mendegar ungkapan ataupun perkataan "padang". Padang bererti tanah yang lapang serta luas. Kita juga sering mendengar orang menyebut perkataan "turun padang", ianya membawa maksud berlainan kepada kepada mereka yang berbeza. Misalnya, jika lembu atau kerbau turun padang, tujuan dia adalah untuk meragut rumput. Jika pemain bolasepak, mereka mempunyai tujuan lain, iaitu untuk mengadakan latihan atau bermain. Ahli politik pula jika mereka turun padang, membawa makna yang sangat besar dan dengan tujuan tertentu. Misalnya, ketika berkempen untuk meraih undi penduduk yang bakal diwakili mereka kelak( itupun jika menang ), mereka sanggup turun padang tidak kira siang ataupun malam, hujan, panas, banjir semua itu sanggup ditempuh. Buat janji sana-sini,.nak buat itu, nak buat ini. Ini kisah masa kempen dan belum lagi mendapat kuasa dan pangkat. Dan selepas itu, jika telah ditakdirkan untuk menang dan sudah memperolehi kuasa, perkataan "turun padang" entah dilempar ke mana. Tetapi bukan semua yang bersikap sedemikian..ia hanya segelintir sahaja, tetapi jika dikira kurang dari separuh. "Turun padang" bagi ahli politik ataupun wakil rakyat yang benar-benar ikhlas untuk membangun dan menaiktaraf kehidupan penduduk kawasan yang beliau wakili, bermaksud meninjau dari masa ke masa permasalahan rakyat disitu dan berusaha sedaya upaya membawa setiap masalah yang dibangkitkan semasa dia "turun padang" berjumpa dengan rakyat dia, untuk dibawa ke pengetahuan pihak kementerian atau pun dibincang didalam Parlimen. Tetapi, jika ada wakil rakyat yang enggan turun ke padang, misalnya ketika rakyat dia ditimpa musibah alam..walaupun sejuta alasan yang diberikan, itu adalah sangat malang sekali, dimana ketika itulah rakyat sangat memerlukan bantuan dan simpati.

Memburu Kuasa Dalam Adegan "LOMPAT"

Sejak pilihanraya 8hb. Mac 2008 berakhir, dan semua keputusan sudahpun diketahui, tetapi masih ada lagi sesetengah pihak yang enggan menerima keputusan yang telah dibuat oleh rakyat majoriti. Dan bermula dari saat itu, kelihatan seolah-olah tiada lagi ketenangan apabila berbagai masalah timbul dan dengan tepat lagi memang sengaja ditimbulkan,mungkin bertujuan untuk menghuru-harakan suasana didalam negara. Perkara yang sudah termaktub sekian lama didalam Perlembagaan Negara yang kesemuanya telahpun dipersetujui secara bersama oleh tiga kaum terbesar di Semenanjung, serta penduduk peribumi di Sabah dan Sarawak sebelum menubuhkan Persekutuan Malaysia mula dipertikaikan. Hak-hak kaum tertentu mula diungkit, kepercayaan agama, budaya, rukun negara, lagu negaraku, bendera Malaysia mula dipersoalkan dan seolah-olah dipermainkan. Semua ini dilakukan adalah mungkin kerana dari rasa tidak puas hati sesetengah pihak yang bilamana mereka gagal mencapai apa yang di hajati. Setelah semua ini gagal untuk melemahkan Pentadbiran yang sedia ada, maka timbul pula isu "lompat parti". Perkataan "lompat" sering dikaitkan dengan katak. Katak juga sering dikaitkan dengan tempurung..(peribahasa; 'seperti katak di bawah tempurung') peribahasa tersebut bagi mereka yang hanya tahu keadaan di persekitarannya sahaja, tidak peka dengan perkembangan dunia luar. Lebih teruk lagi, apabila katak ini dikaitkan dengan ular, apa saja jenis ular. Biasa katak makan nyamuk dan sejenis belalang yang halus, ataupun lebih dikenali dengan panggilan kalkatu. Mengikut cerita dongeng dahulu-kala, "Ketika katak melompat dari satu tempat ke satu tempat,.dia berhenti di satu tempat untuk menunggu nyamuk muncul, namun dia tidak perasan yang tempat dia bergayut adalah ekor ular, kaki katak itu berpijak dihujung ekor ular,manakala tangan ular tersebut berpaut ditepi bibir ular",dalam hati ular berkata,..makanan aku.."pucuk dicita,ulam mendatang". Itu lah sedikit kisah dan nasib katak. Perkataan "lompat" ini juga, jika diamati betul-betul, ia bermaksud yang di atas terjun ke bawah atau melompat ke bawah. Jadi yang di bawah mustahil akan dapat terjun ataupun melompat ke atas, jika mampu pun tidak akan bertahan lama. Contoh paling sesuai, seseorang atlet lompat tinggi, walaupun dia berjaya dan dinobatkan sebagai juara..tetapi pada hakikatnya, dia tidak mampu bertahan lama diatas, walaupun untuk dua saat. Dia hanya berjaya mencapai sasaran, namun untuk bertahan tidak. Selepas berjaya mencapai ketinggian lompat yang ditetapkan, dia akan jatuh semula juga ke bawah. Itu lah serba sedikit berkenaan dengan perkataan lompat. Apabila perkataan "lompat" ini gunakan pula oleh orang-orang tertentu kepada pihak yang lain, ianya agak nakal bunyinya. Walau apa-apa pun kita tidak dapat mengelak dari mengguna perkataan itu, kerana tiada ada perkataan lain yang sesuai untuk mereka-mereka yang ada niat ke arah itu. Dalam pada itu, kita perlulah bersikap tunggu dan lihat apakah yang akan berlaku selepas ini. Jika benar dakwaan mengatakan ada yang akan melompat, bermakna individu tersebut adalah pengkhianat dan telah menodai kepercayaan rakyat yang diwakilinya. Puluhan ribu rakyat yang memilih dia, mungkin puluhan ribu juga rakyat akan menolak dia. Tidak mungkin rakyat merestui orang yang telah mereka pilih melalui sistem demokrasi, menjadi pemimpin mereka melalui cara yang salah. Rakyat pun bijak memilih.

Sabtu, September 06, 2008

Datuk Ahmad Ismail - ADUN Bukit Bendera, P.Pinang

Saya telah mengikut dengan baik setiap perkembangan yang berlaku melibatkan Datuk Ahmad Ismail, berkaitan ucapan beliau semasa kempen Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini melalui media massa dan juga media elektronik. Pada pandangan saya, kes Datuk Ahmad Ismail ini sengaja diperbesar-besarkan oleh sesetengah pihak untuk kepentingan tertentu. Jika akan ada pemilihan jawatan pada setiap perhimpunan agung tertentu, maka setiap calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding untuk sesuatu jawatan, sudah pastilah mereka ini berusaha untuk meraih sokongan daripada para perwakilan dengan pelbagai cara. Ada yang mencari isu yang remeh-temeh untuk diperjuangkan, dan ada juga yang sengaja memperbesarkan isu yang sangat sensitif tanpa sedar akan kesannya kepada masyarakat umum. Semua ini adalah semata-mata usaha mereka untuk mendapatkan perhatian dan juga untuk menarik sokongan daripada para perwakilan yang hadir. Hakikatnya ialah, apa yang diucap oleh Datuk Ahmad Ismail pada waktu itu adalah mengenai perkembangan yang berlaku semasa sebelum Malaysia merdeka iaitu sejarah, bukannya mengenai keadaan pada masa kini atau sekarang. Apa yang di sebut beliau hanyalah menyentuh tentang permulaan sejarah Tanah Melayu, malangnya ucapan beliau telah disalah-ertikan dan diambil kesempatan oleh mereka yang berkepentingan untuk dijadikan sebagai bahan kempen. Lebih malang lagi, beliau telah dilontar dengan pelbagai tuduhan, maki-hamun dan bermacam-macam lagi..ada yang meminta gelaran Datuk yang diterima beliau ditarik balik. Apa-apapun saya yakin, Datuk Ahmad Ismail berada di pihak yang benar.

Ahad, Ogos 31, 2008

Beijing 2008

Pada temasya sukan berprestij Olimpik 2008 di Beijing yang baru lalu, Negara kita telah menghantar atlit yang kebanyakkannya adalah berpontensi untuk mendapat beberapa pingat, tetapi malangnya mereka tidak mampu. Tetapi jika dibandingkan dengan atlit-atlit yang datang dari negara yang belum lagi berstatus negara membangun dan ada juga dari negara yang keadaan politiknya masih kucar-kacir, kita jauh ketinggalan dari segi pencapaian pingat dan mereka lebih hebat. Apakah sebabnya dan dimanakah silapnya ? Apakah semangat kebangsaan dikalangan atlit kita sudah rapuh ataupun tiada apa yang dapat membakar semangat mereka, walaupun telah ditawarkan dengan ganjaran yang begitu lumayan sekali untuk satu-satu pingat yang diperolehi mengikut warna pingat..?

Sabtu, Ogos 30, 2008

Kemerdekaan ke-51, adakah lagi yang ke-52 ?

1. Memikirkan perkembangan yang berlaku sejak akhir-akhir ini, timbul kebimbangan dan kegelisahan yang sangat kritikal dihati saya, apakah yang akan terjadi seterusnya kepada negara Malaysia ini jika hasrat dan impian golongan yang tidak pernah mengenal erti bersyukur menjadi kenyataan pada satu tarikh yang telah ditetapkan..? 2. Malaysia akan menyambut hari kemerdekaannya pada setiap 31hb. Ogos tiap tahun..dan pada tahun ini adalah yang ke 51, jadi apakah peranan kita untuk menjamin supaya perayaan hari merdeka disambut berterusan tanpa noktah.

Arkib Blog