
Apa yang sedang berlaku sekarang ini diantara Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ahli exco kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan YB Datuk Dr. Haji Hassan Ali dengan rakan-rakan dalam Pakatan Pembangkang di negeri tersebut hanyalah lakonan semata-mata.
Tidak usahlah nak percaya lagi dengan trick atau helah Pakatan Pembangkang ini. Memang begitulah cara yang akan digunakan oleh mereka apabila adanya sesuatu pilihanraya kecil yang akan diadakan.
Bila ada saja pilihanraya kecil akan diadakan maka timbullah bermacam-macam sengketa yang sengaja direka-reka demi untuk mendapat "undi simpati" daripada rakyat dikawasan yang tertentu.
Pilihanraya DUN Bagan Pinang akan diadakan awal bulan Oktober depan. PAS sudah menyatakan bahawa mereka pun akan serta pada pilihanraya itu nanti dengan meletakkan calon pilihan mereka. Jadi untuk menarik perhatian rakyat dikawasan tersebut maka sesuatu perkara harus dilakukan lebih awal sebelum hari penamaan calon diadakan.
Oleh itu demi untuk kemenangan bersama parti-parti yang ada didalam Pakatan Pembangkang, mereka berpendapat adalah lebih baik melakukan sesuatu perkara iaitu seperti biasa dalam pilihanraya kecil yang terdahulu maka suatu "lakonan yang berkesan" mesti dibuat dan dihasilkan agar rakyat mudah terpedaya.
Kita lihat dulu sebelum dan semasa pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir di Pulau Pinang, siapa yang paling menonjol bakat lakonannya. Semua tahu siapa artis politik itu yang telah berjaya memukau undi rakyat dikawasan berkenaan supaya memangkah PAS. Lakonan yang paling berjaya dan harus mendapat trofi berbentuk botol "beer Heineken."
Apabila rakyat telah tertipu dengan permaianan Pakatan Pembangkang seperti ini iaitu apabila timbul rasa kasihan terhadap Datuk Dr. Hassan Ali yang terus dikecam dan diminta keluar dari Pakatan Pembangkang kononnya oleh rakan-rakan sendiri maka sudah pasti rakyat yang telah tertipu akan mula rasa kesian dengan Datuk Dr. Hassan ini dan tanpa memikirkan perkara lain selain itu rakyat akan mudah untuk "memberi undi simpati" kepada calon PAS.
Kepada semua, jangan mudah percaya dengan tipudaya bersiri oleh pihak Pakatan Pembangkang ini, mereka akan sentiasa buat apa saja dan yang pasti mereka akan sanggup lakukan apa saja perkara demi untuk mendapat undi ataupun sokongan daripada rakyat.
Lihat sajalah nanti apabila pilihanraya kecil telah selesai diadakan, tiada kita akan mendengar keluh kesah atau perselisihan faham terjadi diantara DAP/PKR/PAS. Mereka akan diam saja seperti ular sawa yang sudah kekenyangan.