Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, September 25, 2009

Dua Singa Asia Barat mengganas di PBB.

Syabas ! dan Tahniah ! kepada Pemimpin Libya Muammar Gaddafi yang telah bertindak berani dengan mengejutkan badan dunia iaitu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) daripada terus tertidur lena.

Pada Perhimpunan Agung PBB yang ke-64, Muammar Gaddafi telah sudi untuk menghadirkan diri setelah lebih 40 tahun tidak menjejakkan kaki ke bangunan pertubuhan badan dunia itu. Kehadiran beliau pada perhimpunan agung PBB itu memang dialu-alukan pada mulanya kerana kebanyakkan delegasi yang turut serta tidak menjangkakan sesuatu akan berlaku atau akan dilakukan oleh pemimpin Libya itu.

Semasa hendak mengakhiri ucapannya, Muammar Gaddafi dilihat tiba-tiba mengoyakkan buku piagam PBB dan setelah itu tanpa diduga beliau bersahaja bertindak melemparkan buku piagam tersebut ke arah podium yang terletak di sebelah atas belakang tempat beliau memberikan ucapan(lihat gambar,..berani kan!) bagi menunjukkan rasa tidak puas hati beliau terhadap pentadbiran PBB yang dilihat semakin lemah dan tidak bermaya.

Tindakkan Muammar Gaddafi itu telah mendapat berbagai-bagai reaksi daripada para delegasi yang hadir. Tentu sekali komen daripada pihak Israel dan Amerika Syarikat yang sedang ditunggu apakah reaksi atau tindakbalas daripada kedua-dua negara penjenayah itu terhadap tindakan Gaddafi itu.

Reaksi awal daripada Israel menerusi Perdana Menterinya Benjamin Netanyahu yang segera membidas pihak pengurusan di PBB kerana telah membenarkan Muammar Gaddafi untuk memberikan ucapan. Mungkin Benjamin Netanyahu "terasa" bahawa tindakan Muammar Gaddafi itu bermaksud merujuk kepada sikap pilih kasih PBB atau lebih tepat lagi PBB telah gagal berfungsi sebagai sebuah badan dunia dalam menangani konflik berpanjangan di Asia Barat khususnya antara Israel dan Palestine.

Selang beberapa ketika selepas itu, giliran Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad mengambil tempat untuk berucap. Kegelisahan telah mulai mewarnai wajah para delegasi terutamanya mereka dari Amerika Syarikat, Israel serta sesetengah negara dalam kesatuan Eropah.

Belumpun sampai separuh ucapan Mahmoud Ahmadinejad berjaya disampaikan sudahpun kelihatan seorang demi seorang para perwakilan atau delegasi dari negara-negara seteru kepada Iran mula angkat kaki dan keluar dari dalam dewan kerana tidak tahan mendengar kebenaran yang cuba diperkatakan oleh Mahmoud Ahmadinejad itu.

Begitulah sikap pemimpin negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat dan sekutunya Israel. Mereka akan berusaha sedaya upaya agar kebenaran tidak perlu ditegakkan jika ianya hanya akan merugikan pihak mereka namun dalam pada itu mereka terus berbohong kepada dunia bahawa merekalah pejuang keadilan sebenar kepada seluruh penduduk didunia ini.

Selepas itu tiba giliran Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu untuk memberi ucapannya. Dalam ucapannya itu beliau dilihat lebih kepada untuk mempertahankan tindakan kejam Israel daripada terus diperdebatkan. Ternyata Benjamin terlalu bergantung kepada teks ucapan yang telah disediakan yang mencatitkan serba sedikit fakta sejarah berkaitan dengan Israel bagi menangkis kenyataan yang terdahulu oleh Muammar Gaddafi dan Mahmoud Ahmadinejad.

Tidak kurang hebat juga ucapan yang bersalutkan penuh dengan sindiran dan gurauan daripada musuh lama Washington iaitu Presiden Venezuela Hugo Chavez yang telah menyatakan beliau sangat berharap agar tiada peluru sesat akan ditujukan kepada Presiden Barrack Obama sebagaimana yang pernah dialami oleh bekas Presiden John F. Kennedy yang telah mati ditembak.

Ketika itu juga Hugo Chavez bergurau mengatakan tiada lagi bau belerang(merujuk kepada bekas bekas presiden Amerika iaitu George W. Bush) didalam dewan PBB itu dan kelihatan beliau cuba untuk mendapatkan baunya tetapi agaknya telah hilang sambil menyatakan bahawa ada satu harapan didalam dada Barrack Obama.

Merenung kepada semua perkembangan ini maka sentiasa teringatlah, alangkah baiknya jika semua itu berlaku ketika YABhg. Tun Dr. Mahathir masih lagi sebagai Perdana Menteri. Tentu sekali Tun Dr. Mahathir banyak rakan-rakan yang berani berkata-kata ketika berhimpun didalam bangunan PBB. Tentu sekali akan riuh-rendah dalam dewan PBB dan pasti sekali akan membuat pihak Amerika Syarikat dan Israel menjadi risau, resah gelisah dan runsing.

Tiada ulasan:

Arkib Blog