Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Julai 29, 2009

1 Panas, 2 Basi Kisah Pakatan Pembangkang Di Sarawak.

Kita mulakan dengan satu berita yang semakin hangat di Sarawak dan dua berita basi.

1. Hadi didesak mohon maaf : PRS hantar surat minta Presiden PAS memohon maaf kepada kaum Dayak
==================== --------------------------------------------------------------------------
Oleh : Saibi Gi

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan menghantar surat meminta Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon maaf kepada komuniti Dayak berhubung isu cawat. Presiden PRS Dato Sri James Jemut Masing ketika dihubungi semalam berkata surat yang ditandatangani oleh 13 wakil rakyat daripada PRS itu dihantar hari ini.

Surat itu merupakan rentetan kenyataan Abdul Hadi mengaitkan kekalahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai ditangan Baisan Nasional (BN) kerana para pengundi di situ masih 'memakai cawat'. Antara lain, kandungan surat itu berbunyi:
"Kami mahu permohonan maaf kepada Dayak di Sarawak secara amnya, dan Iban di Batang Ai khususnya dan kami menyarankan agar anda (Abdul Hadi) datang ke sini untuk melawat rumah panjang Iban di Sarawak."

NST Online semalam melaporkan Abdul Hadi mengaku menggunakan perkataan 'cawat' tetapi tidak berniat untuk menjatuhkan maruah masyarakat Dayak. Sehubungan itu, Masing berkata para pemimpin Pakatan Pembangkang khususnya berketurunan Dayak yang memberi reaksi terhadap isu berkenaan disifatkannya sebagai 'tipikal'. Tipikal kerana kenyataan mereka senada yang jelas mempertahankan Abdul Hadi meskipun hakikatnya mereka terguris.

Masing seterusnya dalam mempertahankan keputusan para pengund di Batang Ai berkata mereka adalah bijak kerana memilih organisasi politik yang mempunyai kredibiliti seumpama BN. "Mereka bijak kerana tidak memilih calon daripada parti pembangkang yang sudah diketahui akan gagal mengotakan janji," katanya.

Abdul Hadi dipetik menerusi portal berita Malaysiakini pada 11 Julai lepas dengan menyatakan para pengundi di Batang Ai yang majoritinya adalah berketurunan Iban, tidak tahu mengundi. Beliau dipetik sebagai berkata: "Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti nak undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS."

Dalam pilihanraya kecil DUN Batang Ai pada 7 April lepas, Jawah Gerang daripada PKR tewas di tangan Malcolm Mussen Lamoh daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS). Mussen memperoleh majoriti 1,854 undi.

Ulasan saya: Abdul Hadi harus meminta maaf daripada masyarakat Dayak terutamanya kaum Iban demi keharmonian kaum di negara ini. Abdul Hadi mesti bertanggungjawab terhadap apa jua perkara yang akan berlaku selepas ini jika kedegilan beliau untuk meminta maaf daripada tuai-tuai rumah serta masyarakat Dayak keseluruhannya. Maka, oleh itu...berani buat berani tanggung !!!.
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Dibawah ini pula cerita tentang angan-angan "Mat Jenin" Khalid Ibrahim jika PKR berjaya menawan Sarawak pada pilihan raya negeri kelak.

2. PKR terap sistem pentadbiran Selangor jika tawan Sarawak.
-------------------------------------------------------------------------------------------
KUCHING: Parti Keadilan Rakyat [PKR] Sarawak akan menerap sistem pentadbiran kerajaan negeri Selangor sekiranya PKR berjaya menawan negeri ini dalam pilihanraya akan datang. ( gambar dibawah bukan berlaku di Sarawak, hanya sekadar gambar hiasan sahaja ).

Ahli Majlis Tertinggi PKR yang juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata impian itu bukannya diibaratkan sebagai cerita dongeng, sebaliknya ia akan menjadi kenyataan jelas apabila tiba masanya PKR bertapak di Sarawak.

Malah menurutnya, sekiranya rakyat Sarawak memberi peluang kepada PKR, parti itu akan menunjukkan keupayaan sebenar untuk membela nasib rakyat yang dahagakan kemajuan.

Ulasan saya: Jangan nak bermimpilah Khalid Gagap, ada hatilah konon nak tawan negeri Sarawak. Bagaimana pula dengan nasib rakyat dan negeri Selangor sekarang yang dah semakin huru-hara sejak dibawah pentadbiran PKR, DAP dan PAS ??? ...nak tawan Sarawak konon???..pergi jahanamlah dengan PKR,DAP dan PAS !!!
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =

Manakala gambar dibawah ini juga adalah sekadar gambar hiasan sahaja, tetapi memang berkaitan langsung dengan PKR, DAP dan PAS baik bagi mereka yang masih hidup ataupun yang sudah tiada lagi dimuka bumi ini ataupun yang sudah meninggalkan ketiga-tiga parti itu.

Ceritanya berhubung dengan pertikaian atau perebutan kerusi DUN di Sarawak antara PKR, DAP dan PAS bagi menghadapi Pilihanraya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dijangka akan diadakan lebih kurang pada tahun 2011 nanti.

3. DUN Padungan kekal diperuntukkan kepada PKR.
------------------------------------------------------------------------------------------------
KUCHING: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan secara prinsipinya akan kekal dperuntukkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali yang berkata demikian bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ia akan diberi kepada parti lain dalam pakatan pembangkang.

"Walaupun kita berpegang kepada prinsip itu, jika dipersetujui oleh PAS (Parti Islam SeMalaysia), DAP (Parti Tindakan Demokratik) dan PKR serta ia adalah untuk manfaat semua, ia mungkin dilakukan dengan berpandukan prinsip menang-menang," katanya dalam satu sidang media pada konvensyen PKR di sini semalam.

Menurut beliau buat masa ini tidak ada keputusan muktamad tentang peruntukkan kerusi di DUN Sarawak telah dicapai oleh jawatankuasa khas dalam Pakatan Pembangkang. Beliau diminta mengulas mengenai hasrat DAP yang mahu meletakkan calon di DUN Padungan dalam pilihanraya negeri akan datang. Hasrat itu dimaklumkan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng kepada media kelmarin.

Kerusi DUN Padungan disandang Dominique Ng daripada PKR selepas menewaskan Lily Yong daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dalam pilihanraya negeri 2006. Pengekalan PKR di kerusi Padungan juga dilihat berdasarkan prinsip 'apa yang dimiliki sekarang akan dikekalkan'.

Menurut ahli jawatankuasa khas itu, Jimmy Donald, parti-parti dalam Pakatan Pembangkang akan mengadakan perbincangan pada 7 Ogos depan berhubung pengagihan kerusi dalam pilihanraya negeri akan datang.
"Perbincangan akan dilaksanakan secara berterusan dan tiada keputusan muktamad tentang pengagihan kerusi pada ketika ini," katanya.

Mengenai jawatan Ketua Perhubungan PKR Sarawak, Syed Husin berkata ia akan diberikan kepada pemimpin PKR dari Sarawak secepat mungkin. "Perlantikan Mustaffa (Kamil Ayub) adalah untuk sementara kerana dia adalah penyelaras terbaik. Apabila kita dapat pemimpin tempatan yang sesuai kita akan letak beliau di jawatan itu".

Ulasan saya: Itulah pembangkang. Sementara parti-parti dalam BN selepas pilihanraya sibuk buat kerja dan memberi khidmat kepada rakyat dan masyarakat tetapi Pakatan Pembangkang tak ada kerja lain sibuk dengan agenda basi mereka saja. Tiap-tiap hari politik, tiap-tiap hari politik juga tiap-tiap hari menabur janji palsu kepada rakyat.

Jadi secara umumnya kepada seluruh rakyat Malaysia dan khasnya kepada rakyat Sarawak yang sudah matang sudah biasa dengan suasana politik dan pandai menilai baik buruknya pemimpin, marilah kita sama-sama lap, nyahkan Pakatan Pembangkang dari Bumi Kenyalang.

Semua berita diatas kecuali ulasan saya adalah adalah dari sumber: Akhbar harian Sarawak - Utusan Borneo.
Posted by Picasa

Sarawak Regatta Sempena Majlis Mesyuarat Raja-Raja ke-218 Di Petra Jaya, Kuching Sarawak.

Kepada mereka yang tidak berpeluang untuk sama-sama memeriahkan temasya perlumbaan perahu panjang atau bidar yang terdiri daripada berbagai peringkat mengikut bilangan pengayuh untuk sesebuah perahu itu dan sebagainya, serta juga diadakan perlumbaan boat laju dengan enjin berkuasa kuda yang telah dikategorikan mengikut kelajuan enjin boat masing-masing sempena dengan Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu yang ke 218 di Sungai Sarawak pada 27 Julai 2009 yang baru lalu.

Selain itu, terdapat juga berbagai-bagai jenis permainan lain seperti sukan rakyat serta sukan-sukan riadah khas untuk pengunjung turut diadakan sebagai sebahagian daripada acara gilang-gemilang bagi meraikan kehadiran rombongan Di Raja dan juga para kenamaan, tetamu jemputan, para pelancong luar negara dan dalam negara ke Sarawak Bumi Kenyalang.

Oleh itu saya berusaha untuk mendapatkan video klip bagi acara tersebut, maka setelah itu saya bersyukur kerana telah dapat memperolehinya setelah saya berjaya mencari satu laman web di www.sarawakregatta.com di google yang ada menyediakan video klip terkini berkenaan dengan Sarawak Regatta itu khas untuk Majlis Mesyuarat Raja-Raja ke 218 lalu 'menDOWNLOAD' kannya untuk tatapan semua. Selamat menonton !

Selasa, Julai 28, 2009

Pemuda PRS Batang Ai tangguh bakar bendera PAS, tunggu permit Polis.

Selasa , 28 Julai 2009 - Utusan Borneo.
====================================

KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Batang Ai menangguhkan niat mereka untuk membakar bendera Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Timbalan Ketua Pergerakan itu, Edwin Raoh semalam berkata rancangan asal untuk mengadakan bantahan pada Ahad lepas ditangguhkan sementara menunggu permit perhimpunan daripada polis.

Bagaimanapun mereka masih menuntut permohonan maaf daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengaitkan kekalahan Parti KeADILan Rakyat (PKR) dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai pada April lepas.

Kekalahan itu menurut beliau adalah kerana para pengundi di kawasan berkenaan 'masih pakai cawat' seperti yang dilaporkan Malaysiakini baru-baru ini.

"Memang kami berniat untuk membakar bendera PAS sekarang tetapi dalam masa yang sama setiap tindakan perlu berpandukan undang-undang. "kita masih marah dengan Hadi dan kini menunggu kelulusan permit perhimpunan daripada polis. "kami meminta dia (Abdul Hadi) meminta maaf secara terbuka. Kenyataannya seolah-olah merendahkan martabat kaum Iban." katanya lagi.
.............................................................................................................................................................................................

Begitulah keadaan apabila sesetengah pemimpin terutamanya Pakatan Pembangkang yang tidak peka dengan sensitiviti kaum lain apabila dengan sewenang-wenangnya telah membuat kenyataan umum berkenaan dengan kepentingan sesuatu kaum itu. Apabila terjadi kekusutan yang telah mengundangkan rasa marah masyarakat Dayak akibat daripada kenyataan menghina oleh Abdul Hadi, maka beliau dengan mudah pula telah menyalahkan BN Sarawak dalam masalah ini serta telah menuduh Barisan Nasional Sarawak pula yang menjadi punca segalanya. Senangnya Abdul Hadi nak melepaskan diri.

Pelik, bagaimana perkataan yang telah keluar daripada mulut beliau sendiri semasa berkempen di Manek Urai, Kelantan baru-baru ini telah diputar-belit pula dengan mengatakan bahawa kebangkitan kaum Iban menentang isu 'cawat' yang beliau sendiri timbulkan adalah disebabkan oleh pemimpin BN Negeri Sarawak.

Walau apapun alasan yang telah dan akan dikemukakan oleh Abdul Hadi untuk mempertahankan kenyataan beliau itu, namun apa yang penting kini adalah beliau harus bertanggungjawab sepenuhnya untuk berdepan dengan kemaraan kaum Iban serta masyarakat Dayak dan juga rakyat Sarawak keseluruhannya bagi mendapatkan penjelasan secara terbuka daripada beliau berhubung isu perkataan 'cawat' yang digunakannya sebagai merujuk kepada kekalahan PKR di DUN Batang Ai pada April lepas.
Posted by Picasa

Isnin, Julai 27, 2009

Sejarah Dan Perkembangan Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Pada hari ini dengan satu tarikh keramat dan paling bersejarah iaitu hari Isnin 27 Julai 2009 telah tercatat satu lagi lakaran sejarah bagi negeri Sarawak khasnya untuk rakyat Bumi Kenyalang apabila KBDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin telah berkenan untuk menyempurnakan perasmian Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak yang baru yang terletak di atas sebuah bukit berhampiran dengan di tepi sungai Sarawak.

Upacara perasmian Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak yang mempunyai ketinggian setinggi sembilan tingkat itu telah selamat disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong lebih kurang jam 11.25 minit pagi 27hb Julai 2009 dengan disaksikan oleh Sultan-sultan serta para wakil-wakil dari negeri Perlis Indera Kayangan, Perak Darul Ridzuan, Kedah Darul Aman, Kelantan Darul Naim, Terengganu Darul Iman, Negeri Sembilan Darul Khusus, Pahang Darul Makmur, Selangor Darul Ehsan dan Johor Darul Takzim serta juga Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri dari Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, Yang Di Pertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob, Yang Di Pertua Negeri Sabah Tun Ahmad Shah Abdullah dan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Haji Muhammad Sallahuddin bin Abang Barieng.


Sumber berita dari Utusan Borneo :
Oleh - Sandy Mark Luna (23.07.2009)
-----------------------------------------------
KUCHING: Sejarah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bermula pada 8 September 1867 apabila Majlis Umum (General Council) mengadakan mesyuarat pertama mereka di sebuah pondok di Bintulu.

Badan Perundangan Negeri, mula-mula dikenali sebagai Majlis Umum sehingga tahun 1903. Selepas itu ia dinamakan Majlis Negeri sehingga tahun 1976 dan seterusnya dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri sehingga kini.

Majlis Umum mengadakan mesyuarat kedua mereka di Fort Brooke, Sibu pada 15 June 1868. Mesyuarat itu merupakan mesyuarat yang terakhir diadakan di daerah kecil apabila mesyuarat ketiga diadakan di Astana Kuching pada 11 Oktober 1870.

Seterusnya, pada 22 Julai 1918, Majlis Umum telah mengadakan mesyuarat di tempat keempat iaitu di Mahkamah Lama Kuching.

Majlis Negeri mengadakan mesyuarat yang ke-106 di lokasi kelima iaitu di Dewan Pembangunan Tun Abdul Razak pada 28 Disember 1973.

Tiga tahun kemudian, Kompleks Majlis Negeri tiga tingkat telah dirasmikan oleh Yang Di Pertuan Agong Tuaku Yahya Petra pada 17 Ogos 1976. DUN yang bertapak di tanah seluas 90 ekar yang indah dengan lanskap dan taman siap sepenuhnya pada tahun yang sama.

Majlis Negeri telah mengadakan mesyuarat di bangunan baru tersebut untuk julung kalinya pada 16 dan 17 Disember 1976 dan menjurus kepada penukaran nama kepada DUN dengan keahlian yang meningkat kepada 48 orang.

Persidangan-persidangan DUN yang diadakan sejak 33 tahun, telah banyak menyumbang kepada pembangunan Sarawak. Selepas tiga dekad kompleks yang memuatkan 48 ahli itu dibina, keahlian DUN telah bertambah kepada 71. Hal ini menyebabkan DUN kini semakin sesak kerana tidak mampu menampung kapasiti yang semakin bertambah.

Menurut bekas setiausaha DUN Lim Kian Hock, kompleks ini menjalani pengubahan yang besar pada tahun 1992.

Kompleks DUN baru, setinggi sembilan tingkat dan tersergam indah di atas bukit di tebingan Sungai Sarawak mampu menampung 108 ahli DUN dan turut mempunyai kemudahan pejabat persendirian.

Speaker Dewan Undangan Negeri Dato Sri Asfia Awang Nassar berkata kos pembinaan seni bina agung yang menggabungkan elemen kebudayaan dan warisan Sarawak dengan sistem automatik terkini, kemudahan komunikasi media dan bercirikan mesra alam adalah berjumlah RM296.5 juta.

"Ia juga memberi ciri seni kontemporari yang indah dengan latar belakang Malaysia kepada reka bentuk terakhirnya. Ia turut dilengkapi dengan Dewan Santapan yang memuatkan 1,000 orang, tempat letak kereta untuk 315 kenderaan dan padang kawad seluas 172 ekar di tebing Sungai Sarawak," katanya dalam sidang media.

Di tingkat satu, terdapat dewan yang direka dengan 160 tempat duduk dan galeri untuk 224 orang. Pejabat DUN juga berada di tingkat yang sama. Tingkat atas menempatkan Dewan Santapan, dewan seluas 75 kaki kali 120 kaki merangkumi galeri awam, bilik penterjemah dan radio.

Di sekitar dewan adalah pejabat untuk speaker, kerani DUN, bilik rehat untuk ahli dan perpustakaan. Pejabat-pejabat untuk Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, menteri-menteri lain, bilik mesyuarat dan persidangan, pusat media, kafeteria dan pejabat DUN terletak di tingkat dua. Di sebelah anjung barat tingkat dua pula adalah galeri gambar.

Dinding dalaman, lantai dan siling kebanyakkanya diperbuat daripada kayu tempatan manakala dewannya dilengkapi dengan sistem bunyi dan sistem kelui yang canggih. Manakala kemasan luarannya pula kebanyakannya adalah daripada jubin kaca pada dinding dan bumbung.

...demikianlah serba sedikit penjelasan ringkas mengenai sejarah bagaimana bermulanya DUN Sarawak dan juga gambaran ringkas tentang reka bentuk, struktur dalam dan luar Kompleks DUN baru negeri Sarawak sebagaimana yang telah ditulis oleh Sandy Mark Luna - wartawan Utusan Borneo.
Posted by Picasa

Ahad, Julai 26, 2009

PKR Sarawak Restui Haji Hadi menghina Dayak Sarawak.

Belumpun reda kemarahan masyarakat Dayak terhadap kenyataan oleh Presiden PAS YB Datuk Seri Haji Hadi Awang yang telah menghina kaum tersebut terutamanya mereka yang dari etnik Iban, maka timbul pula kenyataan yang jelas menyokong kata-kata yang dilemparkan oleh Haji Hadi itu daripada pemimpin-pemimpin PKR di Sarawak sendiri.

Yang sangat dikesali ialah kenyataan menyokong itu datangnya daripada Penasihat PKR Sarawak iaitu Dato Sri Hajjah Hafsah Haji Harun yang ternyata menyetujui apa yang telah disebut oleh Haji Hadi mengenai kekalahan PKR pada Pilihanraya Kecil DUN Batang Ai baru-baru ini dimana Haji Hadi telah mengaitkan kekalahan Pakatan Pembangkang kepada BN yang menurut beliau adalah disebabkan oleh para pengundi disitu tidak tahu mengundi yang membawa maksud tidak bijak menilai calon dan parti.

Lebih buruk lagi, apabila Haji Hadi telah mempersenda pengundi-pengundi di Batang Ai yang kebanyakkannya berketurunan Iban, sebagai kuno dan tidak bertamadun apabila beliau dengan sinisnya cuba menggambarkan bahawa penduduk disitu masih menggunakan cawat maka itulah sebab pembangkang kalah jika dibandingkan dengan penduduk ditempat beliau yang memilih Pakatan Pembangkang kerana mereka berpakaian kemas dan terkini.

Antara lain petikan dari kenyataan yang dibuat oleh Dato Sri Hajjah Hafsah sebagaimana yang telah disiarkan didalam akhbar Utusan Borneo bertarikh pada Ahad 26 Julai 2009,
[catatan akhbar: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Dato Sri Hafsah Harun berkata beliau percaya Abdul Hadi bukan berniat untuk merendahkan martabat kaum Dayak. Beliau berkata perkataan 'cawat' yang digunakan bermakna di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai masih mempunyai mentaliti orang lama apabila masih menyokong Barisan Nasional (BN)].

"Kadang-kadang laporan dalam akhbar, pemberita yang membuat liputan di satu-satu majlis atau sidang media tersalah petik ucapan. "Ada kemungkinan dalam kes ini ia membabitkan kesilapan dilakukan oleh pemberita," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau mungkin ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan sokongan pembangkang dikalangan rakyat. Beliau turut mencadangkan agar pemimpin PAS di Sarawak menjelaskan kepada rakyat apa maksud sebenar Abdul Hadi apabila menggunakan perkataan 'cawat' agar pengundi tidak terpengaruh dengan agenda BN. "Bagi kita di PKR, kita akan terus berjuang untuk memenangi hati rakyat meskipun ada pihak yang cuba mengalih perhatian," katanya.

Nah ! ...cuba kita lihat apa yang telah cuba diperjelaskan oleh Dato Sri Hafsah seperti yang terdapat didalam maklumbalas beliau seperti yang diatas, sangat-sangat mengelirukan. Dia cuba mempertahankan kenyataan Haji Hadi itu, namun beliau sendiri tidak menyedari dengan apa yang telah cuba beliau terang sebenarnya juga telah turut sama menyumbangkan kepada persetujuan Hajjah Hafsah sendiri kepada kata-kata Haji Hadi yang dipertikaikan itu.

Bagaimana agaknya Hajjah Hafsah boleh membayangkan yang kenyataan Haji Hadi itu hanya bermaksud untuk mengatakan bahawa pengundi di Batang Ai sebagai orang yang mempunyai fikiran masih ditakuk lama yang beerti mereka belum lagi berubah, sebab itulah mereka menolak pembangkang. Apa bezanya kenyataan yang dibuat oleh Haji Hadi yang menyebut "cawat" untuk merujuk kepada masyarakat Dayak dengan kenyataan Hajjah Hafsah yang menyebut tentang "mentaliti orang lama" juga merujuk kepada cara berfikir kaum Dayak.

Jika Hajjah Hafsah bertujuan untuk menjernihkan keadaan yang telah mula keruh kepada keadaan yang tenang dan aman semula, sebaik-baiknya beliau sendiri harus mempunyai fikiran yang lebih terbuka dan jangan terus mengaitkan Barisan Nasional dalam isu 'cawat' ini. Sebagai seorang yang pernah duduk berkhidmat didalam kerajaan Barisan Nasional suatu ketika dulu yang juga pernah memegang jawatan sebagai menteri penuh didalam Kabinet Negeri, sepatutnya beliau lebih memahami keadaan ataupun situasi kehidupan sebenar rakyat di Bumi Kenyalang ini.

Walaupun beliau kini berjuang bersama dengan pemimpin-pemimpin PKR dari luar Sarawak, adalah lebih baik untuk beliau memastikan terlebih dahulu perkara penting iaitu tentang perpaduan yang telah sedia wujud diantara kaum dalam negeri Sarawak supaya terus berkekalan. Oleh itu, agar isu 'cawat' ini tidak akan berpanjangan, adalah sangat diharapkan agar Dato Sri Hajjah Hafsah sendiri mendesak Presiden PAS untuk memohon maaf kepada masyarakat Dayak di negeri ini berhubung dengan isu 'cawat' ini.

Hajjah Hafsah harus sedar bahawa isu ini jika tidak ditangani dengan segera, kemungkinan ianya akan menjadi isu besar yang akhirnya hanya akan merugikan semua pihak. Hajjah Hafsah juga perlu tahu bahawa telah ada dikalangan pemimpin masyarakat Dayak sudah tidak menganggap isu ini sebagai isu politik tetapi mereka telah meletakkan isu ini sebagai isu perkauman. Hajjah Hafsah tentu faham hal ini.
Posted by Picasa

Nik Aziz Mudah Lupa ! Mungkin Ada Udang Di Sebalik Bulan.

Apa pulak drama yang akan dibuat oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat kali ini.

Tetiba saja dia cakap nak lupakan sengketa diantara PAS dengan UMNO. Boleh percaya ke...?

Dia mungkin boleh lupa sekejap, ingat sekejap...tetapi bagaimana pula denga orang-orang UMNO yang lainnya, apakah mereka akan dapat melupakan akan kata-kata yang memang tidak elok seperti mana yang pernah dihamburkan oleh Nik Aziz terhadap UMNO suatu ketika dulu serta juga baru-baru ini ?

Sehinggakan beliau sanggup menyamakan UMNO sama dengan Komunis, Ayah Pin dan bermacam-macam lagi. Walaupun setelah beliau dikritik hebat atas tuduhan beliau itu, namun beliau tidak mahu untuk memohon maaf kepada UMNO sebaliknya beliau ingin melepaskan diri dengan mengatakan bahawa apa yang beliau katakan adalah "satu kiasan". Bohong kan...

Apa yang saya lihat dengan perkembangan terbaru ini adalah hanya satu usaha daripada Nik Aziz untuk mengalihkan perhatian atau tumpuan masyarakat daripada isu "Nizar pegang lilin" kepada perkara lain. Segala itu adalah satu tipu muslihat yang telah dirancang bersama PAS, PKR dan DAP untuk memperdayakan UMNO dan BN.

Kita jangan lupa tentang satu idea daripada Presiden PAS YB Datuk Seri Hadi Awang baru-baru ini yang mencadangkan untuk mewujudkan "kerajaan perpaduan" dengan UMNO dan juga BN, tetapi apa yang berlaku...? ...BN yang tertipu dan berjaya diperdayakan oleh Pakatan Pembangkang ini.

Untuk kali ini, UMNO dan BN kalau tidak mahu tertipu lagi, usah layan kemahuan dibalik tabir Datuk Nik Aziz itu, beliau serta rakan-rakan dalam Pakatan Pembangkang memang sudah ada perancangan awal untuk mengenakan UMNO dan BN sekali lagi,..PERCAYALAH... SEGALANYA MUNGKIN !

Sabtu, Julai 25, 2009

Antara Kenyataan Hadi Dalam Malaysiakini 11 Julai 2009.

Nasha berkempen di Manek Urai - Malaysiakini

Shared via AddThis

Isu Cawat: Haji Hadi Berdepan Tuntutan Masyarakat Dayak Sarawak.

Selang beberapa hari selepas Presiden PAS YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan yang dianggap sebagai menghina masyarakat Dayak di Sarawak khasnya dari kalangan kaum Iban sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini pada 11 Julai 2009 yang baru lalu, saya ada mengulas mengenainya didalam artikel yang saya terbitkan pada 13 Julai baru-baru ini.

Walaupun perkara tersebut yang disiarkan oleh akhbar berkenaan telah memasuki minggu kedua iaitu sudah lebih kurang dua minggu yang lalu, namun hanya baru sekarang pemimpin-pemimpin daripada masyarakat itu menyedari tentang kenyataan Haji Hadi itu. Hal ini juga turut diberi perhatian oleh beberapa blogger dari Sarawak apabila ada diantaranya menyanggah kenyataan Haji Hadi itu didalam blog masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB), YAB Tan Sri Datuk Patinggi Alfreb Jabu anak Numpang yang tersinggung dengan kenyataan Haji Hadi telah meminta penjelasan daripada beliau berhubung dengan perkara itu serta menggesa Haji Hadi supaya memohon maaf daripada kaum Iban serta masyarakat Dayak keseluruhannya.

Manakala Presiden Parti Rakyat Sarawak(PRS), YB Datuk Sri James Jemut Masing didalam reaksinya ketika diminta mengulas mengenai tuduhan Haji Hadi itu oleh wartawan akhbar tempatan mempunyai pendirian yang sama dan senada dengan Tan Sri Jabu, iaitu mahu Haji Hadi menjelaskan kepada masyarakat Dayak serta rakyat Sarawak keseluruhannya tentang apa tujuan sebenarnya kenyataan yang dibuat oleh beliau menjelang hari pengundian di DUN Manek Urai, Kelantan lalu.

Ketika temuramah dengan wartawan sewaktu berkempen di DUN Manek Urai kemungkinan diantara 10-11 Julai 2009 sebagaimana yang
disiarkan dalam akhbar akhbar Malaysiakini, Haji Hadi telah membuat kenyataan "...semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat pakai yang molek, undi PAS," katanya.

Menurut Haji Hadi beliau bukan bermaksud untuk menghina apabila bercakap tentang perkara itu. Tetapi dia silap sebab dia fikir masyarakat Dayak boleh terima bulat-bulat kenyataan dia itu. Dia tidak sedar bahawa kenyataannya pada perenggan yang terakhir itu sudah jelas menunjukkan yang beliau memang bertujuan untuk menghina kaum Iban serta masyarakat Dayak kerana tidak memberi kemenangan kepada calon PKR iaitu Jawah Gerang ketika pilihanraya kecil DUN Batang Ai, di Sarawak yang baru lalu.

Apa yang terbaik untuk dilakukan oleh Haji Hadi sekarang ialah, beliau harus menjelaskan hal ini secara terbuka dan terpeinci serta harus memohon maaf daripada masyarakat Dayak di Sarawak supaya perkara ini tidak akan berpanjangan serta agar ianya tidak akan menjadi isu yang akan mengeruhkan hubungan diantara kaum di negara ini.
Posted by Picasa

Jumaat, Julai 24, 2009

Ada Dua Golongan Dalam Parti: Yang Setia Kepada Parti & Yang Setia Kepada Pemimpin.

Didalam mana-mana parti politik tidak kira ianya sebuah parti politik daripada pihak pemerintah ataupun parti politik daripada pihak pembangkang terdapat didalamnya dua golongan yang berbeza. Kemungkinan ada juga yang sedar ataupun tidak tentang perkara ini, namun jika ianya diperhalusi atau dibincangkan secara mendalam, maka memang itulah hakikatnya.

Mari kita fokus kepada perkara ini dan bahagikan penyokong sesebuah parti itu kepada dua kumpulan yang berbeza pendapat. Bukan mereka berbeza ideologi, tetapi cuma mereka berbeza pandangan. Kita ambil satu parti untuk dijadikan sebagai contoh iaitu Parti Islam SeMalaysia ataupun PAS. Didalam PAS sendiri kita telah dapat melihat bagaimana para pengikutnya gagal memahami peranan sebenar mereka terhadap parti PAS. Mereka masing-masing tidak tahu akan kedudukan serta tanggungjawab mereka sebagai ahli parti didalam PAS.

Oleh itu kita kena lihat perkara ini dari satu sudut dimana letaknya pengikut yang dikategori sebagai pengikut setia. Pengikut setia ataupun penyokong tidak bermakna dia telah meletakkan secara keseluruhan dirinya didalam satu kumpulan yang akan menyokong kepada apa sahaja tindakan ataupun keputusan yang dibuat oleh pemimpin atasan.

Pengikut setia parti bermakna dia juga adalah pejuang kepada dasar-dasar asal parti yang dianggotainya. Sebagai pejuang parti individu itu tidak harus terikat kepada suatu kelaziman didalam berpolitik iaitu tidak semesti setia kepada pemimpin atasannya, seperti Presiden Parti, Timbalan Presiden Parti, Naib Presiden Parti dan sebagainya lagi.

Maknanya ialah, apabila Presiden Parti, Timbalannya ataupun Naibnya ada melakukan kesilapan misalnya melanggar etika parti seperti membuat keputusan yang bertentangan dengan dasar parti, cuba membawa pemikiran ahli-ahli partinya yang lain kepada perkara yang boleh merosakkan masa depan dan sebagainya, maka ahli-ahli parti itu sendiri yang masih lagi waras hendaklah membantah dan menegur tanpa melihat akan kedudukannya sebagai Presiden atau jawatan yang tinggi didalam parti.

Sekiranya ada diantara daripada ahli-ahli parti yang sanggup mengenepikan perasaan lebih mementingkan pemimpin-pemimpin parti daripada parti itu sendiri, maka ahli-ahli parti yang sedemikianlah boleh dianggap sebagai ahli parti yang sejati dan pengikut parti yang setia. Sebabnya ialah, demi menjaga parti daripada dirosak oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab, maka ahli-ahli parti ini sanggup untuk berdepan dengan berbagai risiko.

Manakala bagi ahli-ahli parti yang hanya sanggup untuk menjadi tukang angguk kepada apa sahaja perkara yang dibentangkan oleh pemimpin mereka tanpa ada sedikitpun suara untuk mempersoalkannya, maka sewajarnya ahli-ahli parti seperti itu patut diletakkan didalam golongan yang setia hanya kepada pemimpin saja dan bukannya kepada parti.

Berbalik kita semula kepada Parti PAS. Jika kita terus-menerus mengikuti tentang perkembangan yang telah berlaku didalam parti itu sejak dari dahulu lagi, sudah pasti kita akan mendapat lebih banyak bahan yang boleh dijadikan sebagai ukuran untuk kita membezakan dasar perjuangannya dengan parti-parti lain dinegara ini.

Apabila kita bercakap tentang dasar yang diperjuangkan oleh PAS pada mulanya, ianya dilihat seperti tidak banyak beza dengan dasar perjuangan UMNO. Tetapi dasar itu kini semuanya telah lenyap sama sekali dari perjuangan PAS sejak wujudnya kerjasama diantara PAS/DAP/PKR. Jadi yang malangnya ialah para pengikut setia parti PAS yang telah keliru. Mereka telah terkeliru akan kedudukan sebenar mereka didalam parti PAS. Mereka bingung. Namun yang untung dalam hal ini ialah para ahli parti yang hanya setia kepada pemimpin mereka dan bukannya setia kepada parti.

Kumpulan yang setia hanya kepada pemimpin mereka ialah, mereka akan menurut sahaja apa juga yang telah dilakukan oleh pemimpin mereka tanpa menimbulkan sebarang persoalan walaupun jelas kelihatan perbuatan pemimpin mereka sangat bercanggah dengan amalan serta ajaran yang dituntut didalam Islam.

Sementara bagi golongan yang boleh disifatkan sebagai penyokong setia kepada Parti, walaupun telah timbul kesedaran untuk menentang tindakan cara pemimpin mereka membawa haluan parti, namun mungkin oleh kerana kesedaran dikalangan mereka yang tergolong sebagai ahli-ahli yang setia kepada parti masih berada ditahap yang rendah tentang perkara ini, justeru untuk mereka bertindak telah memaksa mereka untuk berfikir banyak kali dan jalan yang diambil ialah berdiam diri.

Inilah dilema yang sedang dihadapi oleh ahli-ahli parti khususnya bagi parti-parti yang pada asalnya ditubuhkan untuk tujuan yang murni namun setelah sekian lama selepas itu berubah kepada perjuangan untuk memenuhi kepentingan politik orang tertentu semata. Yang rugi tentu sekali adalah ahli-ahli parti biasa, rakyat, bangsa yang tiada sebarang jawatan apa-apapun didalam parti.

Khamis, Julai 23, 2009

Datuk Seri Najib: Selamat Harijadi Ke-56


Doa dan harapan, semoga Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak terus diberi kesihatan yang baik demi untuk terus membawa Negara Malaysia terus ke kemuncak kejayaan yang lebih tinggi, maju dan cemerlang lagi.

Kepada YAB Datuk Seri Mohd Najib, selamat menyambut ulang tahun hari kelahiran yang ke 56.
Posted by Picasa

Rabu, Julai 22, 2009

Tidak Terjejaskah Akidah Umat Melayu Jika Berterusan Begini?

Tidak mahu mengulas panjang mengenai kesesatan yang telah dilakukan oleh para pemimpin Melayu Islam dalam PAS, PKR dan DAP sejak kebelakangan ini. Cuma saya teringat bahawa dahulu puak-puak inilah yang telah tergamak mengkafirkan pemimpin Melayu dalam UMNO hanya disebabkan oleh kerjasama terjalin diantaranya dengan MCA, MIC dan lain-lain parti kompanen didalam Barisan Nasional.

Seingat saya, belum pernah pemimpin Melayu dari UMNO yang bertindak membelakangi kepentingan agama Islam walaupun UMNO bergabung dengan parti yang bukan berasaskan kepentingan Melayu dan Islam sebagaimana yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu dari Pakatan Pembangkang seperti perbuatan bekas Menteri Besar Perak Darul Ridzuan YB Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar bin Jamaluddin serta rakan beliau.

Sementara gambar disebelah bawah ini, dengan jelas kita semua dapat melihat kelibat Penasihat PKR YB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim, ADUN Gombak YB Azmin bin Ali, Ahli Parlimen Kubang Kerian YB Sallehudin Hj Ayub dan ramai lagi. Apakah mereka memang tidak tahu atau memang sengaja tidak mahu tahu bahawa perbuatan yang mereka ikut lakukan seperti yang tergambar dibawah ini adalah salah besar disisi agama Islam serta sangat bertentangan sama sekali dengan nilai-nilai murni yang yang ada didalam Islam itu sendiri.
Cuba kita perhatikan betul-betul, apa benda yang diletakkan diatas meja sehingga membuatkan pemimpin-pemimpin Islam PKR, PAS dan segelintir Melayu DAP tunduk atau menundukkan kepala masing-masing apabila mendekati meja itu. Yang jelas ada diatas meja tersebut ada sebotol "arak", lilin serta kayu colok yang telah dinyalakan dengan api, kuih muih dan juga bahan-bahan lain dengan tujuan untuk dipersembahkan kepada roh si mati.

Hanya pertanyaan yang ingin saya kemukakan disini berhubung dengan perkara yang telah terjadi, apakah Datuk Seri Anwar, Azmin Ali, Mohd. Nizar, Sallehuddin Ayub dan yang lain lagi selaku pemimpin-pemimpin tidak akan kembali semula kepangkal jalan dan adakah mereka ini akan terus sesat lebih jauh lagi ???

Kepada semua pemimpin tertinggi PAS, PKR sendiri dan juga sesetengah Melayu dalam DAP dimanakah tanggungjawab mereka didalam soal ini ??? Jika agama Islam melarang umatnya daripada memasuki premis perjudian seperti Sport TOTO, Magnum, Lottery, melarang umatnya minum dan makan dikhalayak ramai semasa dalam bulan Ramadan dan jika ada diantaranya melanggar segala larangan itu, maka tindakkan tegas pasti diambil.

Dan apakah tiada tindakkan akan diambil terhadap mereka-mereka seperti diatas ini yang ternyata telah mencemarkan kesucian Islam apabila sanggup untuk turut serta dalam upacara sedemikian yang secara langsung telah mengelirukan fikiran serta memesongkan akidah para pengikut mereka sendiri dengan perbuatan yang jelas sekali bercanggah dengan amalan yang dibenarkan didalam Islam. Apakah pihak yang berwajib didalam hal ehwal agama Islam hanya duduk diam saja dalam perkara ini tanpa berbuat sesuatu agar perkara seperti ini tidak akan berterusan dan supaya ianya tidak akan berulang lagi ???
Posted by Picasa

Selasa, Julai 21, 2009

Filem Baru Pakatan Pembangkang: "Gali Lobang Tutup Lobang"

Lagu ini berjudul "Gali Lobang Tutup Lobang" nyanyian Raja Dangdut terkenal dari Indonesia iaitu Haji Rhoma Irama. Lagu ini sangat sesuai untuk dijadikan sebagai sebuah lagu tema ataupun dalam bahasa filemnya sebagai lagu latar untuk filem terbaru terbitan syarikat perfileman tempatan iaitu Pakatan Goyah Film Production Sdn. Bhd.

Tajuk filem itu juga ada persamaan dengan judul lagu ini. Lagu ini mengisah tentang apa yang berlaku didalam kehidupan masyarakat pada masa kini terutamanya sikap masyarakat yang gemar menyembunyikan sesuatu perkara serta menutup hal tertentu itu dengan perkara yang lain. Sebagaimana drama yang terdahulu, filem ini juga memilih negeri Selangor Darul Ehsan sebagai tempat lokasi penggambarannya. (semua ini adalah kiasan semata)...

Jika kita melihat kepada senario yang sedang berlaku didalam kerajaan negeri Selangor pada masa ini yang diterajui oleh Pakatan Pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS, kita merasakan bahawa kitapun seperti mempunyai tanggungjawab bersama dengan rakan-rakan kita di sana untuk berbuat sesuatu kepada Negeri Selangor bagaimana kita dapat membantu dari segi untuk menyelamat negeri tersebut daripada terus-menerus ditimpa bencana.

Rakyat Malaysia harus berbuat sesuatu serta terus berikhtiar, bagaimana untuk melepaskan negeri Selangor dari terus berada didalam genggaman "tangan-tangan" pembinasa bangsa dan negara ini. Dalam kes terbaru dimana tragedi yang paling menyayat hati telah berlaku di Selangor, tak payah saya nak taipkan disini...seluruh dunia dah tahu dah...

Setiap hari kita sebagai rakyat serta masyarakat telah disajikan dengan berita ini. Setiap hari juga kita ditunjukkan dengan bermacam-macam helah daripada pembangkang untuk mengalih perhatian masyarakat umum daripada kes sebenar yang sedang disiasat oleh pihak SPRM kepada peristiwa kematian misteri mendiang Teoh Beng Hock.

Secara jelas juga kita dapat melihat, semua helah ini bertujuan untuk mengalihkan pandangan rakyat yang sedang tertumpu terhadap kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, kes mesyuarat antara exco kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor dengan kumpulan kongsi gelap atau gangster dan banyak lagi. Namun, tersusun macam mana sekalipun usaha mereka untuk menutup segala rahsia sebenar, pasti akan terbongkar jua akhirnya.

Maka, inilah yang cuba saya bawa anda untuk menilai secara perlahan perihal perkara yang telah dan sedang atau yang akan berlaku didalam negeri Selangor. Dengarkan baik-baik senikata lagu ini dan kembangkan maksudnya secara lebih meluas agar dapat kita semua menfaat daripadanya. Selamat berhibur dan berjuang !

Isnin, Julai 20, 2009

Chua & Zaid: Tiada Rotan, Akar Pun Jadilah...

Kenal tak dengan apa yang saya pamerkan seperti mana yang terdapat didalam gambar yang disebelah atas ni...? Kalau bagi orang bandar, yang memang lahir dibandar memang tak cam dengan gambar yang ukurannya agak besar sikit disebelah atas.., tapi gambar yang yang satu lagi sebelah bawahnya tentu semua orang akan kenal.

Ok, gambar yang seakan-akan seperti besi cerucuk yang dilipat itu sebenarnya adalah rotan, iaitu rotan jenis lasak. Manakala gambar agak kecil sebelah itu semua orang tahu iaitu akar tumbuh-tumbuhan. Rotan ini sangat banyak kegunaannya. Rotan telah dijadikan sebagai bahan untuk menghasilkan berbagai-bagai jenis kraftangan, seperti bakul, meja, kerusi dan lain-lain lagi.

Rotan juga biasanya telah digunakan sebagai bahan pengikat untuk sesuatu benda iaitu kaedah ini biasanya digunakan oleh penduduk-penduduk di kawasan kampung atau desa. Jika pada masa dulu, orang selalu mencari rotan untuk tujuan yang tertentu seperti untuk dijual atau untuk kegunaan sendiri. Bagi kegunaan sendiri, jika tiada rotan maka pilihan selain daripada rotan atau tali adalah akar. Tetapi akar tidaklah sekuat rotan, cuma sebagai pengganti sementara sahaja. Itulah dulu orang pernah berkata "kalau tiada rotan, akar pun berguna juga" ...itu pun bila dah terdesak.

Bagaimana pulak dengan gambar yang ada disebelah bawah ni... Semua orang pasti kenal sangat-sangat dengan dua imej yang berbeza pasti membawa kisah yang berbeza sebelum menjadi sama. Zaid Ibrahim sebelum jadi seperti dibawah ini, ada banyak kisah sebelum ini antaranya ialah telah menggunakan duit rakyat sebanyak RM10.5 juta untuk diagih-agihkan kepada pihak-pihak tertentu.
Manakala Datuk Seri Dr. Chua Jui Meng sebelum ini pula adalah bekas Naib Presiden MCA dan juga adalah bekas Menteri Kesihatan Malaysia. Disamping itu juga Dr. Chua adalah pengerusi MCA bahagian Bakri, Muar Johor. Bekas menteri kabinet kerajaan Barisan Nasional ini juga dilihat jarang sekali menimbulkan sesuatu masalah dengan rakan-rakan lain yang ada didalam Barisan Nasional ketika itu.

Tetapi kini semuanya itu mungkin akan berubah. Apakah selepas ini, sikap Dr. Chua pun juga akan turut berubah 100% mengikut gaya kepimpinan yang sangat tidak matang para pemimpin PKR sebelum ini ? Sebagai seorang yang pernah menjawat jawatan yang sangat penting ketika berkhidmat dengan kerajaan BN dulu, dimana ketika itu juga beliau pernah beberapa kali melawat mangsa-mangsa demonstrasi jalanan semasa menerima rawatan dihospital, apakah perkara itu nanti tidak akan mengganggu fikiran serta tumpuan Dr. Chua ketika berarak dan berdemonstrasi diatas jalanraya bersama dengan kaki-kaki demonstrasi PKR, DAP dan PAS, iaitu satu tindakkan yang sama sekali paling tidak digemari oleh beliau suatu ketika dahulu.

Kita tunggu dan lihat, adakah Dr. Chua akan mampu bertahan dengan suasana baru bersama dengan para pemimpin Pakatan Pembangkang nanti. Selain itu juga, Dr. Chua Jui Meng perlu ingat, bahawa Barisan Nasional khususnya tidak pernah berfikir untuk memecat beliau daripada parti kerana tiada sebab untuk berbuat demikian, kecuali hanya beliau saja yang ada hasrat untuk berpaling tadah bagi meninggalkan Barisan Nasional yang telah dan pernah memberikan kedudukkan kepada beliau didalam kabinet. Apakah semua itu belum cukup ???

Biar apapun, kita semua juga perlu tahu bahawa target(bahasa omputeh, PPSMI) atau sasaran utama PKR bukanlah kedua-dua individu yang seperti mana yang diatas. Kedua-duanya ini tiada pun didalam senarai yang telah dicatatkan oleh Datuk Seri Anwar iaitu kononnya 30 orang Ahli Parlimen BN yang dikatakan akan melompat kedalam mana-mana parti didalam Pakatan Pembangkang. Tetapi kedua-dua insan ini tak ubah seperti kata peribahasa Melayu "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong". Biarpun PKR serta Pakatan Pembangkang sentiasa mengangakan mulutnya bagaikan seekor buaya yang sambil berjemur sambil itu juga mengangakan mulutnya luas-luas untuk memerangkap lalat yang hinggap diatas lidahnya tetapi matanya juga sentiasa melilau-lilau melihat mangsa yang lebih besar lagi.

Begitu jugalah dengan Dr. Chua dan Datuk Zaid, kedua-duanya itu juga bagi PKR sama seperti lalat-lalat bagi seekor buaya, belum berjaya mendapatkan mangsa yang paling diidamkan...jika lalat yang masuk dulu kedalam mulut, ...lalat, lalat lah, peduli apa...ngap saja!!! ...janji tak kebulur... ataupun mungkin juga sang buaya pandai berfikir begini "Kalau tiada rotan.., ada akar pun boleh lah juga..."...ape-ape aje le...
Posted by Picasa

Ahad, Julai 19, 2009

Nik Aziz ! ..Mana Yang Sah, Mana Yang Tidak ?

Dahulu, semasa saudara Mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan melafazkan sumpah laknat sambil memegang Kitab Suci Al Quran bagi membuktikan bahawa beliau benar dan tidak berbohong dengan dakwaannya bahawa yang dia telah diliwat oleh bekas majikannya yang juga bekas TPM Malaysia tetapi kini sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen iaitu YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, banyak pihak termasuk para alim ulamak yang berpengetahuan tinggi serta yang mempunyai ilmu agama yang mendalam telah menegaskan bahawa sumpah yang telah dilakukan oleh saudara Mohd. Saiful adalah sah dan sesuai menurut kehendak amalan Islam.

Walaupun pada awalnya YAB MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila ditemui oleh wartawan untuk mengetahui pendapat beliau tentang sumpah laknat itu, telah menyatakan bahawa sumpah laknat yang telah dibuat oleh saudara Mohd. Saiful sebagai sah dan mengikut syariat Islam, namun pada keesokan harinya entah kenapa tiba-tiba pendirian Nik Aziz berkenaan dengan sumpah laknat Mohd. Saiful itu berubah seperti orang yang tengah memandu kereta tetiba saja membuat pusingan "U".

Nik Aziz telah mengatakan bahawa sumpah laknat yang telah dilakukan oleh Mohd. Saiful sebagai tidak sah kerana dakwa beliau perbuatan memegang Kitab Suci Al Quran semasa melafazkan sumpah adalah budaya orang Kristian. Oleh sebab itu menurut Nik Aziz, sumpah itu tidak sah disisi agama Islam, tetapi apabila didesak oleh banyak pihak supaya beliau menunjukkan cara bersumpah yang betul dan yang boleh diterima oleh Islam, sehingga ke saat inipun Nik Aziz gagal memberikan jawapan serta panduan mengenainya.


Itu adalah cerita dulu pasal sesuatu perkara yang sah dan tidak sah dalam Islam menurut pandangan YAB Datuk Nik Aziz.
Jadi bagaimana pula pandangan YAB Datuk Nik Aziz serta juga semua orang-orang PAS mengenai tragedi "Candle (dian, lilin)" sepertimana yang terdapat dalam gambar di sebelah ini ?
YAB Datuk Nik Aziz janganlah salah sangka pula apabila melihat gambar yang tertera disebelah. Mereka semua dapat dilihat termasuk bekas MB Perak YB Datuk Seri Mohd. Nizar Jamaluddin dan juga ada beberapa orang Melayu lagi disitu kelihatan memegang sebatang "candle atau lilin" setiap seorang bukannya disebabkan pejabat tempat mereka bermesyuarat itu telah mengalami gangguan elektrik atau lebih mudah disebut "black-out".


HAAA!!!... Kan Datuk Ngeh Ko Ham ada tunjuk sesuatu, kalau tak silap saya itu adalah gambar mendiang mangsa konspirasi Pakatan Pembangkang yang telah ditemui meninggal dunia dan dipercayai terjun atau terjatuh atau....atau....atau...(masih menjadi teka-teki)

Mereka itu semua tengah berdoa untuk roh mendiang. Tapi saya kurang pasti, upacara itu mengikut ajaran agama apa dan menurut mazhab apa. Jika agama Kristian, mazhab apa? Roman Katholik, Methodis, Anglikan, Mormon, Bahailluyah, S.I.B atau Protestant lainya... jika Roman Katholik tak pernahpun orang buat begitu. Tak pernah sekalipun dalam mana-mana majlis untuk orang yang telah meninggal dunia menyaksikan "semangat perpaduan' ..ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, sehidup semati..." yang mampu menjejaskan pegangan agama seseorang sehingga merosakkan akidahnya.



Nah !.. YAB Datuk Nik Aziz, apa pulak pendapat Datuk tentang perkara ini ? Apakah ianya sah disisi agama Islam ?

Apakah hukumnya dalam Islam kepada umatnya yang ternyata sudah sangat terpesong amalannya ?

Jawablah Datuk Nik Aziz................

Apakah perbuatan YB Datuk Seri Mohd. Nizar Jamaluddin turut sama memegang lilin yang sudah dinyalakan dengan api ketika rakan-rakan "belangkas" nya itu berdoa tidak memudaratkan akidah pelakunya ?

Jawablah WAHAI!!!!!!!...Nik Aziz..............

Jangan dok mencangkung lagi...bangunlah, ayuh!!! bangunlah, jawab kemusykilan ini.......Wahai !!! Tok Guru Nik Aziz....

Sabtu, Julai 18, 2009

Drama Baru DAP, PKR dan PAS.

Sebuah drama terbaru yang dihasilkan oleh pengarah berpengalaman luas telah ditayangkan untuk tontonan umum sejak beberapa hari yang lalu.

Drama ini dikatakan akan menelan belanja yang agak besar juga untuk setiap adegan yang dijayakan. Namun ada juga sumber yang mengatakan bahawa kos untuk drama ini saja mampu mencecah sehingga lebih RM50,000.00.

Keseluruhan penggambaran untuk drama terbitan untuk kali ini hampir keseluruhannya dilakukan di sekitar daerah yang terdapat di dalam negeri Selangor Darul Ehsan.

Judul untuk drama ini pula belum lagi di tetapkan secara rasmi, walaupun ianya telah dipertontonkan kepada umum. Ini juga adalah salah satu daripada strategi penerbit drama ini untuk menarik lebih ramai penonton.

Mungkin juga penerbit drama ini mahu penonton sendiri yang memberikan idea serta mencadangkan judul yang sesuai untuk drama baru itu yang telah mereka hasilkan.

Jika ada habuan atau hadiah disediakan oleh penerbit kepada penonton bertuah yang menyertai peraduan bagi menamakan drama tersebut, sudah pasti ianya secara tidak langsung akan membantu didalam mempromosi drama kepada masyarakat lainnya seandainya peraduan itu mendapat sambutan.

Bagi diri penulis, ada beberapa judul yang difikirkan agak sesuai dan juga yang kurang sesuai untuk diketegahkan, tetapi terpulanglah kepada pembaca untuk memilih judul yang bersesuaian dan juga jika pembaca sendiri ada idea yang bagus untuk drama ini... Jom! kita ramai-ramai berpakat menamakan drama hebat ini...

Antara judul yang ingin saya kemukakan adalah sebagai berikut;
'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
( 1 ) : Peristiwa Selepas PRU12
( 2 ) : Dari Permatang Pauh Ke Putra Jaya
( 3 ) : Melancong Ke Taiwan
( 4 ) : Kedutaan Turki Dalam Ingatan
( 5 ) : Projek 16 September 2008
( 6 ) : 30 BN Lompat PR
( 7 ) : Drama Dalam Drama
( 8 ) : Terjun Atau Ditendang
( 9 ) : Lompat Parti Hidup, Lompat Massalam Mati.
Posted by Picasa

Jumaat, Julai 17, 2009

Pak Lah !, I.S.A. Harus Dikekalkan.

Mengapa disaat negara dan kerajaan Barisan Nasional sedang berdepan dengan berbagai-bagai karenah daripada para pemimpin pakatan pembangkang, tiba-tiba pula bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi bersuara tentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (I.S.A) ?

Jika beliau menyuarakan pandangannya agar akta tersebut dibaiki ataupun dibuat penambahbaikan, saya rasa kebanyakan daripada rakyat yang menyokong supaya akta itu dikekalkan tidak akan tersentak atau terkejut dengan kenyataan Tun Abdullah yang meminta Kerajaan untuk mempertimbangkan desakan yang wajar agar ISA dihapuskan.


Sumber berita rujuk : www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=426079

Ulasan saya ; ...sebagai bekas Menteri Dalam Negeri dan juga bekas Perdana Menteri yang pernah diberikan dengan tanggungjawab yang paling tinggi serta bertanggungjawab penuh terhadap kenyataan, keselamatan dan keharmonian negara, kemakmuran, kesejahteraan, kemajuan dan perpaduan rakyat seharusnya beliau tidak boleh bersuara senada dengan suara para pemimpin pembangkang yang sentiasa mencari ruang untuk bertindak untuk menghentam dan menekan kerajaan Barisan Nasional.

Tun Abdullah sepatutnya sentiasa harus sedar, bahawa tidak semua rakyat Malaysia yang berjumlah melebihi 26 juta orang itu, bersetuju dengan desakan sesetengah pihak berkepentingan yang meminta kerajaan Barisan Nasional untuk menghapuskan ISA. Lebih banyak lagi sebenarnya rakyat yang mahukan supaya akta tersebut harus dikekalkan sebagai pelindung kepada ketenteraman dan keselamatan negara daripada sebarang ancaman luar dan dalam.

Seperkara lagi yang beliau harus ingat ialah, beliau pernah berjanji untuk tidak lagi mencampuri urusan pentadbiran negara selepas bersara daripada jawatan sebagai Perdana Menteri walaupun masih kekal sebagai Anggota Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang. Sebaik-baiknya, berilah ruang yang luas kepada YAB Datuk Seri Mohd. Najib dan YAB Tan Sri Muhyiddin serta menteri kabinetnya untuk menguruskan negara ini dengan cara mereka. Tanggungjawab sudah terletak diatas bahu mereka untuk memikulnya, jadi biarkanlah dulu mereka untuk menentukan arah mana haluan kepimpinan negara hendak mereka bawa.

Tapi apa yang sangat penting yang mesti beliau ingat ialah, sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia dan bekas orang nombor 1 negara, maka beliau tidak boleh meletakkan dirinya setaraf dengan rakyat biasa. Sebabnya, setiap apa jua kenyataan yang beliau buat tetap akan mendapat perhatian umum dan tetap akan diambil kira. Tetapi sangat berbeza sekali dengan rakyat biasa, biarpun berguni-guni sampai penuh kapal sekalipun laporan atau kenyataan yang kita buat, adalah memang sukar untuk mendapat perhatian daripada pemimpin apatah lagi daripada masyarakat umum.

Akhir ulasan, seharusnya kita semua mesti mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (I.S.A) sebab, disamping ianya telah terbukti sangat berkesan untuk mencegah anasir-anasir yang cuba untuk menggugatkan keselamatan dan ketenteraman negara, I.S.A juga adalah satu-satunya akta yang telah meletakkan negara terus berada dalam keadaan yang sebagaimana terdapat pada masa ini. Jika soal suspek yang ditahan tanpa bicara, itu bagi saya ianya patut dilakukan sebab apabila seseorang itu telah disyaki, bermakna orang itu harus ditahan mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan akan dilepas jika didapati tiada sebab untuk orang itu harus ditahan, tapi bagi yang memang mempunyai bukti yang kukuh dengan kegiatan mereka yang boleh memudaratkan keamanan negara, maka orang itu patut ditahan tanpa bicara untuk tempoh yang telah ditetapkan. Langkah itu memang wajar, kerana saya berpendapat, "lebih baik mencegah daripada mengubatinya" atau "membicarakannya".
Posted by Picasa

Khamis, Julai 16, 2009

Setelah PPSMI Dimansuhkan...

Apabila Kerajaan telah terpaksa tunduk kepada tekanan demi tekanan daripada berbagai pihak agar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Mathematik dalam bahasa Inggeris dihapuskan dan digantikan dengan bahasa Malaysia, jadi apakah bentuk persediaan yang telah diatur dan disusun oleh pendesak-pendesak terutamanya Gerakan Mansuhkan PPSMI(GMP) untuk meningkatkan lagi mutu serta pencapaian para pelajar didalam kedua-dua subjek setelah bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa rujukan ?
Apakah ada jaminan daripada para pendesak ini, bahawa Malaysia pada masa hadapan akan lebih mampu dan lebih berkeupayaan daripada sebelum ini untuk mengeluar pelajar atau insan yang bernilai tinggi yang berkemampuan muncul sebagai pencipta teknologi dan bukannya terus membuat kajian dari hasil ciptaan orang lain ?

Apakah juga ada jaminan kepada generasi masa depan negara daripada tokoh sastera ini, bahawa negara Malaysia akan lebih maju dan akan berjaya dalam bidang sains dengan hanya membaca sajak-sajak dengan bahasanya berbunga-bunga yang sangat sukar untuk difahami oleh ahli-ahli saintis.
Mereka ini semuanya mendakwa bahawa merekalah "pejuang bahasa" yang memperjuangkan bahasa Malaysia agar terus dimartabatkan. Jika benar mereka "pejuang bahasa" buktikan. Buktikan didalam amalan harian, buktikan didalam kehidupan seharian, buktikan juga didalam setiap tindakan umpamanya semasa berbual dan bercakap atau bergurau dengan isteri, anak-anak, cucu-cicit serta rakan-rakan tak kira kedudukan atau latar belakang mereka.
Buktikan juga kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa desakan yang mereka buat sampai berdemonstrasi sehingga berarak ke atas jalan tidak mempunyai agenda tersembunyi dengan memperalatkan bahasa sebagai alasan. Buktikan juga seterusnya bahawa tindakan mereka itu tidak menafikan hak orang lain serta kaum bumiputera lain untuk mendapat pendidikan lebih sempurna lebih tinggi dari apa yang ahli keluarga mereka sendiri perolehi.
Buktikan bahawa mereka ini tidak akan menghantar anak-anak mereka untuk menyambung pengajian ke luar negara yang sudah semestinya 100% menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaranya. Sila buktikan. Jangan hanya dengan kata-kata yang berkias-kias. Harus diterjemahkan didalam perbuatan dan juga amalan. Buktikan kepada rakyat !!!
Sudah kerajaan bagi tempoh 3 tahun sehingga 2012 untuk memansuhkan PPSMI ini sepenuhnya, kenapa puak-puak ini tidak tahu untuk bersabar ? Nak lagi minta 6 bulan dipercepatkan..., apa mereka ingat senang nak hapuskan serta-merta macam main sembur saja dengan cat hitam. BERSABARLAH !
Ingatkan ahli sastera tokoh bahasa ini berjiwa penyabar, tapi taklah rupanya. Gelojoh. Kalau baca sajak puisi boleh juga baca berjela-jela, berjam-jam...panjang mengilai pulak tu sampai 20,25,30 minit... tapi kalau saya yang baca tak juga sampai 2 minit.
Selepas ini, iaitu selepas PPSMI dimansuhkan sepenuhnya, maka bakal pelajar haruslah bersedia dari sekarang untuk berbalas pantun dengan guru-guru ketika di sekolah sebagai persediaan jika mahu menjadi seorang yang pakar didalam bidang sains dan mathematik yang mampu mencipta berbagai-bagai teknologi baru yang juga akan membawa Malaysia ke depan setanding dengan negara maju lainnya di dunia ini.


Rabu, Julai 15, 2009

Antara Kesan Sumpah Laknat: Sulaiman Abdullah Tarik Diri.

Hari ini 15 Julai 2009, ketua bagi barisan peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim yang seramai 8 orang iaitu Peguam Sulaiman Abdullah telah menarik diri dari mewakili Anwar dalam kes liwat.

Jika sebelum ini, pada 8 Julai 2009 yang baru lalu, perbicaraan kes liwat itu sepatutnya berlangsung pada hari tersebut tetapi telah ditangguh kerana Sulaiman mengadu beliau kurang sihat dan pening-pening.

Cerita lama ni... jika diambil kira dari sejarah lampau manusia, iaitu agak lebih kurang dalam tahun 1700, 1800 masehi dan awal tahun 1900 masehi, sumpah memainkan peranan yang sangat besar didalam kehidupan masyarakat pada ketika itu jika ada berlakunya sebarang pertindihan pendapat dan pandangan, umpamanya jika ada berlaku kecurian, pembunuhan, perkosaan, pergaduhan atau persengketaan dan sebagainya lagi dikalangan masyarakat setempat, maka sumpahlah jalan terakhir diambil sebagai penentu.

Pada ketika itu juga, manusia mengambil langkah untuk bersumpah sebagai salah satu daripada cara untuk membuktikan kedudukan sebenar mereka yang terlibat didalam sesuatu persengketaan samada mereka dipihak yang benar atau dipihak yang salah. Tetapi ada juga dikalangan masyarakat ketika itu menggunakan kuasa sumpah untuk mendatangkan kemudaratan kepada seseorang yang dipercayai telah menimbulkan suasana yang sangat sukar didalam kehidupan orang lain.

Jadi begitulah peranan sumpah yang dipraktik pada masa duhulu, dimana ianya akan terlihat dengan kadar segera jika sumpah itu diterima dan juga akan dapat dilihat kesan-kesan sumpah itu terhadap orang yang sudah kena sumpah secara perlahan-lahan. Misalnya, jika seseorang telah menderhaka kepada kedua orang tuanya maka keduanya akan menyumpah anak-anaknya supaya menjadi batu, pokok, pulau, bukit dan sebagainya.

Tetapi sekarang sumpah dengan kaedah itu tidak pernah lagi digunakan malahan tidak digalakkan kerana bertentangan dengan amalan agama serta dikhuatiri akan memesongkan akidah umatnya. Besar kemungkinan jika cara bersumpah orang dulu-dulu digunakan dan seandainya masih lagi berkesan...tentu ramai sekali ibu bapa yang punya anak perangai macam setan-setan dan hantu raya akan menyumpah anak-anak mereka akan jadi peti ais, TV plasma, komputer riba, kereta camry, banglo, kondominium, handphone, barang kemas dan sebagainya.

Itu cerita dulu-dulu tu... Dulu lain, sekarang lain. Sekarang pun sumpah tetap berkesan dan harus digunakan sebagai alternatif bagi menegak dan memperlihatkan kebenaran jika saluran mahkamah agak perlahan berjalan dan sering ditangguh, tangguh, tangguh dan ditangguh...

Memandang kepada apa yang telah dilalui oleh Penasihat Umum PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya yang melibatkan beliau dengan kes liwat2008 iaitu sepanjang tempoh beliau berhadapan dengan dakwaan di mahkamah atas kes liwat itu serta berdepan juga dengan "sumpah laknat" yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari bin Azlan bersabit dengan kes itu juga.

Kita semua boleh lihat, setelah beberapa ketika Mohd. Saiful melafazkan "sumpah laknat" untuk membuktikan bahawa beliau telah di liwat oleh Datuk Seri Anwar dan dalam tempoh itu sehingga kini seolah-olah telah ada persoalan semakin terjawab satu persatu, banyak rahsia yang cuba Anwar sembunyikan seperti seakan-akan semakin terdedah.

Telah begitu banyak orang yang sering bersama dengan Anwar semasa krisis 1998 sudah semakin menjauhkan diri daripada beliau, jika dikumpulkan semuanya boleh membentuk satu pasukan bolasepak. Nama-nama yang telah sedar dan telah kembali ke pangkal jalan sila rujuk di blog Mohd. Saiful http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com . Malah ada diantaranya sudah lama menghilangkan diri, seperti Raja Petra Raja Kamaruddin, Hilmy Malek dan mungkin ada lagi.

Persoalannya disini, apakah perkembangan itu semuanya ada kaitan dengan "sumpah laknat" yang telah dibuat oleh saudara Mohd. Saiful ? Dan apakah Datuk Seri Anwar telah dimakan oleh sumpah laknat itu ? Dan juga, apakah Peguam Sulaiman Abdullah tidak mahu terus dimakan sumpah bersama-sama dengan Anwar ?...dan mungkin dah cukup perit rasa beliau sakit perut selama seminggu dan terlantar di wad hospital. Mungkinkah juga disana kesedaran telah menyapa kalbu Peguam Sulaiman Abdullah, supaya jangan terlibat dengan kes liwat Anwar Ibrahim itu ?

Selasa, Julai 14, 2009

Hanya Kerana 65: Janji BN di Manek Urai Tak Mungkin Terlaksana ?

Keputusan rasmi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai telah pun diketahui.

PAS menang tipis dengan majoriti hanya 65 undi saja. Dan BN juga kalah tipis kepada PAS hanya kerana 65 undi itu lah.

Ini bermakna, gara-gara 65 orang itu yang telah tersalah pangkah dengan memangkah "bulan" semua janji yang ditawarkan oleh BN kepada penduduk Manek Urai semasa kempen terpaksa ditarik balik.

Memang wajar bagi BN untuk menarik balik semua yang telah dijanjikan. Tiada gunanya BN untuk meneruskan projek-projek sebagaimana yang telah ditawarkan jika majoriti rakyat disitu tetap tidak mahu menerima BN.

Namun kepada pengundi yang telah memberi sokongan kepada calon BN, diharap Kerajaan Barisan Nasional dapat mencari jalan dengan terlebih dahulu mengenal pasti mereka yang menyokong BN dan seterusnya mempertimbangkan serta mencari jalan bagaimana cara untuk membantu serta memberi kemudahan (terhad kepada yang menyokong BN saja) sepertimana yang dijanjikan walau dalam apa bentuk sekalipun, yang penting janji harus ditunaikan (juga terhad kepada yang mengundi BN saja).

Itu harus dilakukan, kerana berdasarkan keputusan yang telah dibuat dan diterima, bukan semua penduduk di Manek Urai menolak BN, malah jika bukan disebabkan oleh 65 undi itu sudah tentu DUN Manek Urai dalam genggaman Barisan Nasional. Diharap BN akan bertindak bijak dalam hal ini, supaya jangan dilihat seperti kata pepatah "marahkan nyamuk, kelambu dibakar".

Isnin, Julai 13, 2009

Presiden PAS Menghina Rakyat Sarawak.

Saya belum lagi berpeluang atau lebih tepat lagi tidak berkesempatan untuk membaca tentang berita yang termuat didalam Malaysiakini pada 11 Julai baru-baru ini yang ada menyiarkan berita mengenai Presiden PAS YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang dikatakan telah menghina rakyat Sarawak khususnya para pengundi di DUN Batang Air yang telah memilih calon BN sebagai wakil mereka untuk kerusi itu ke Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Namun saya telah mendapat sedikit maklumat mengenainya semasa mengunjungi dua blog iaitu Revolusi Pedang Srikandi dan juga Anti-PKR-Sarawak. Kedua-duanya telah menulis tentang perkara yang sama walaupun dengan tajuk yang berlainan. Keduanya juga ada menyelitkan ucapan Haji Hadi sebagaimana yang disiar didalam Malaysiakini pada artikel masing-masing.

Antara ucapan Haji Hadi adalah seperti berikut : "Kita adalah satu bangsa satu agama... Kita mestilah melaksanakan Islam sebagaimana(diperintahkan) dalam Al Quran dan Hadis".

Dalam ucapannya sebelum itu, Abdul Hadi(Presiden PAS) yakin PAS akan kembali sekali lagi menang di Kerusi DUN Manek Urai yang dipegangnya sejak tahun 1959 dan hanya kalah sekali kepada BN pada tahun 2004 saja.

"Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS," katanya.
SUMBER: Malaysiakini bertarikh 11 Julai 2009.

Ulasan saya: Jika pakaian yang menjadi ukuran kepada Abdul Hadi, tetapi bagaimana pulak pandangan beliau terhadap tingkahlaku bekas Menteri Besar Perak serta bekas exco-exconya selepas terguling daripada jawatan masing-masing, walaupun dilihat pakaian YB Nizar, Ngeh Ko Ham, Nga Kor Ming.. bukan main lagi "molek"...kemas, siap dengan tali leher lagi tu...tapi perangai tak ubah seperti "monyet" dalam hutan.

Abdul Hadi janganlah cakap berbelit-belit, dia kata "bukan nak hina" tetapi sudahpun dia kata "tak reti undi, pakai cawat lagi"... maknanya dia telah menghinalah. Sungguhpun rakyat Sarawak khususnya penduduk di Batang Ai telah dianggap oleh Abdul Hadi sebagai yang sedemikian, namun selagi akal yang waras masih menebal dan kesetiaan kepada BN tetap tersemat, tidak mungkin kami akan menggadaikan negeri ini kepada DAP, PKR dan juga PAS.

Abdul Hadi boleh berkata apa saja tentang rakyat Sarawak yang anti-PAS, tak apa, itu sememangnya sudah menjadi hak dia sebagai "ulama" Isketambola untuk menyuarakan rasa kecewa dia terhadap perkara tersebut tetapi yang paling penting ialah rakyat Sarawak tidak mudah diperdaya dan tidak akan mahu "ditipu hidup-hidup" oleh DAP, PKR dan PAS.

Walaupun ada segelintir di antara rakyat Sarawak yang telah terpengaruh dengan "pukau-pukau" yang digunakan oleh DAP, PKR dan PAS, tetapi mereka sebenarnya berada dalam kebingungan kerana ada diantaranya kurang tahu menilai yang "mana satu intan" dan yang "mana satu pasir" disebabkan kurangnya pendedahan tentang sesuatu peristiwa kerana jarang mendapat maklumat. Kebiasaannya apabila mereka itu dijaja dengan cerita-cerita yang karut-marut oleh DAP, PKR dan PAS, maka mereka akan terima bulat-bulat tanpa menilai kebenarannya terlebih dahulu.

Buang Flag: Demi Keselamatan Blog Anda...

Walaupun agak terlewat saya tahu tentang perlunya kita membuang "flag"(Benderakan blog) yang terletak diatas sekali pada blog kita, namun saya telah berjaya meniadakannya setelah menerima peringatan daripada rakan blogger http://revolusipedangsrikandi.blogspot.com yang memaklumkan supaya ianya harus dilakukan demi menyelamatkan blog daripada diganggu oleh pelawat-pelawat yang tidak bertanggungjawab atau pihak yang tidak senang dengan sesuatu perkara yang dicatatkan didalam blog masing-masing.

Cara-caranya mudah saja ;

Mula sekali kenalah buka dashboard(papan pemuka) dengan seperti biasa kita kena "daftar masuk" terlebih dulu, kemudian > tekan layout(reka letak) > klik - edit html > cari tulisan seperti mana terdapat dalam imej yang dipaparkan diatas. Untuk memudahkan lagi sila muat turunkan saja gambar diatas supaya lebih jelas untuk dibaca dan semuanya harus mengikut arahan yang ada pada tulisan merah dipetak sebelah kanan iaitu bagaimana dan dimana nak diletakkan kod yang sudah disalinkan itu.

Kod yang perlu disalin adalah ;

#navbar-iframe {
display: none !important;
}

Paste dibawah garisan putus-putus yang atasnya ada tulisan BLOGGER TEAM. Lepas itu Save dan siap lah... selamat mencuba!!!

Ahad, Julai 12, 2009

Nik Aziz: Ulama Islam Ataupun Ulama Politik ???

Dapat di baca tak ? Saya pasti tajuk untuk dua imej di atas adalah jelas iaitu 'Antara Dua Ulama' dan jangan keliru pula, bukannya judul filem 'Antara Dua Darjat'.

Saya rasa ada yang masih kurang jelas untuk membaca dua kenyataan yang berbeza mengenai Islam diantara Mufti Besar negeri Perak Darul Ridzuan YBhg. Datuk Seri Harussani Zakaria dan juga Menteri Besar Kelantan Darul Naim YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Tapi tak apa, bagi yang rabun-rabun ayam tu kenalah gunakan cermin mata, barulah jelas nanti. Untuk makluman, gambar ini saya perolehi setelah saya terima info terbaru di YM service saya daripada Panglima Perang Cyber berkenaan dengan photo ini. Terima kasih PPC.

Hanya menilai dari kenyataan sesingkat itu mengenai perjuangan PAS dalam Islam daripada Nik Aziz, dapatlah saya mengukur sejauh mana sebenarnya pemahaman serta ilmu agama yang ada pada diri Nik Aziz jika boleh dibandingkan dengan penampilannya sebagai seorang yang kelihatan sangat alim.

Jika direnung daripada kenyataan Nik Aziz yang sangat jauh berbeza dengan pendapat Datuk Seri Harussani dalam soal amalan hidup menurut Islam, jelaslah bahawa Nik Aziz mempunyai pengetahuan yang sangat cetek tentang ajaran yang terkandung di dalam Islam.

Yang peliknya, mengapa masih ada juga yang mahu mengagung-agungkan Nik Aziz itu sebagai Tok Guru serta menjulang dia sebagai seorang Ulama. Dimana terletaknya ciri-ciri yang ada pada Nik Aziz untuk beliau layak digelar sebagai seorang Ulama ???

Malah banyak sekali kenyataan-kenyataan politik yang dikeluarkan oleh Nik Aziz serta suku-sakat beliau kelihatan bercanggah serta tidak menepati ajaran Islam yang sebenarnya..

Berdasarkan pada dua kenyataan yang telah dibuat oleh dua tokoh Ulama sebagaimana yang terdapat pada gambar diatas, maka saya ingin timbulkan satu persoalan disini khusus ditujukan kepada pengundi di Manek Urai... ...apakah Nik Aziz Nik Mat patut terus dijulangkan sebagai seorang Ulama sedangkan amalan dia baik dari segi percakapan mahupun dari sudut tindakan, sedikitpun tidak menggambarkan bahawa beliau layak dimertabatkan sebagai seorang Ulama Agama???

Jika anda rakyat di Manek Urai tidak mahu ditipu terus menerus oleh Nik Aziz dan PAS, maka pada 14 Julai nanti...Undilah UMNO/BN dan tolak PAS ketepi, demi pembangunan berterusan di kawasan Manek Urai ada masa hadapan.



Sabtu, Julai 11, 2009

3 Lokasi Untuk Penggambaran Drama "Manek Urai".

Drama yang diberi tajuk 'Manek Urai' bakal menemui penontonnya pada 14 Julai minggu depan. Seperti biasa, drama ini bertujuan untuk mengelirukan minda serta fikiran rakyat dan juga kepada sesiapa saja yang sudi menontonnya.

Penggambaran untuk drama ini juga telah menggunakan tiga lokasi berbeza sebagai usaha untuk menguatkan lagi jalan ceritanya. Para pelakonnya juga berbeza mengikut dimana lokasi drama itu menjalani penggambaran. Namun yang pasti drama ini telah dibarisi oleh para pelakon yang hebat-hebat belaka.

Pengarah untuk drama ini(Anwar Ibrahim) memang seorang yang terkenal dengan sikapnya yang suka berpura-pura dan juga seorang yang dikenali sebagai sangat pakar dari segi memutar belitkan cerita-cerita agar setiap drama-drama yang diarahkannya terus mendapat tempat dihati rakyat.

Manakala penerbit drama ini(DAP) pula adalah sebuah syarikat yang agak lama juga berkecimpung didalam bidang berkaitan, namun sehingga kini syarikat tersebut dilihat sentiasa gagal untuk menghasilkan drama-drama yang bermutu malah sering bertelagah dengan pengarah serta pengurus berhubung dengan sesuatu isu.

Bagi memudahkan orang ramai untuk mengetahui jalan cerita dalam drama ini, dengan ini saya dengan bermurah hati akan menyelitkan serba-sedikit tentang drama ini berdasarkan setiap tiga lokasi yang dipilih untuk penggambaran.

Lokasi pertama di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang.
...untuk babak pertelingkahan diantara penduduk Kampung Buah Pala dengan DAP dan PKR. Pertelagahan itu bukanlah untuk menggambarkan kepada orang ramai mengenai isu perebutan buah pala, tetapi sekadar untuk mengalihkan perhatian umum terutamanya pengundi di kawasan Manek Urai, Kelantan daripada melihat kes liwat Anwar kepada isu lain supaya sokongan pengundi disitu terhadap calon PAS tidak terjejas atau tidak beralih kepada calon Barisan Nasional.

Di lokasi ini, lakonan dijayakan oleh Lim Guan Eng, Dr. Manshor Osman, P. Ramasamy dan Datuk Zahrin serta segelintir penduduk-penduduk Kpg. Buah Pala itu sendiri diambil sebagai pelakon tambahan untuk melengkapkan jalan cerita supaya kelihatan benar-benar terjadi dan juga agar rakyat betul-betul tertipu.

Lokasi kedua di Kpg. Berjaya, Alor Setar di Negeri Kedah Darul Iman, babak disitu menampilkan Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai pelakon utamanya manakala Thomas Su pula diberikan dengan watak yang tidak kurang juga hebatnya serta seorang wakil tunggal DAP didalam exco Kerajaan Pakatan di Kedah sebagai pelakon pembantu dan penduduk sekitar dikawasan itu juga sebagai pelakon tambahan.

Penggambaran yang dilakukan di Kedah, mempamerkan cerita di mana PAS ditonjolkan seolah-olah begitu tegas dan tidak gentar dengan ugutan dari pihak DAP dalam isu babi atau lebih tepat lagi PAS digambarkan sebagai tidak bertolak-ansur dalam hal ehwal yang membabitkan kepentingan umat Islam dan orang Melayu.

Cerita di lokasi ini sengaja direka sedemikian adalah dengan bertujuan untuk membersihkan semula imej Parti PAS serta imej para pemimpin mereka terutamanya Nik Aziz dan juga Abdul Hadi Awang yang begitu teruk sekali berikutan dengan cadangan daripada PAS sendiri untuk mewujudkan "kerajaan perpaduan" dengan UMNO. Cadangan dari PAS itu bagaimana pun telah mengundang berbagai reaksi yang berbeza-beza daripada masyarakat. Ada yang menyokong dan tidak kurang pula yang menentangnya.

Cemas dengan perkembangan itu serta khuatir undi di Manek Urai akan berpihak kepada Barisan Nasional, lantas PAS berpakat dengan DAP untuk membuat lakonan bersama dalam satu drama bagi mengelak wujudnya perasaan berbelah bagi dikalangan pengundi disitu yang telah keliru samada nak bagi undi kepada BN ataupun PAS. Demi untuk meraih simpati daripada para pengundi di Manek Urai mereka sanggup meludah, diludah dan selepas itu menjilat semula air liur yang telah diludah.

Di lokasi yang ketiga dan yang terbaru, kita semua telah sedia maklum dan akan terus mengikuti sandiwara ini sampai ke hari pembuangan undi di kawasan Manek Urai nanti. Lokasi terbaru yang dipilih adalah satu kawasan yang agak terbuka didalam negeri Selangor Darul Ehsan. Watak utama dipegang oleh Azmin bin Haji Ali serta Ronnie Liu dan di bantu oleh Tan Sri Khalid Ibrahim.

Cerita yang dimasukkan kedalam episod di Selangor itu adalah juga hampir sama dengan apa yang telah disusun dengan rapi untuk babak yang pertama dan kedua. Tujuannya ialah semata-mata untuk mengalih perhatian orang ramai daripada memikirkan kes liwat Anwar kepada perkara lain sementara tempoh kempen di Manek Urai masih lagi berjalan. PKR, DAP dan PAS memang sedar bahawa kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar sekarang sedikit sebanyak pasti akan mendatangkan risiko kepada peluang PAS untuk menang di Manek Urai.

Jadi, sebelum sebarang kemungkinan yang sekiranya tidak memihak kepada mereka, maka DAP/PAS/PKR sanggup berbuat apa saja demi untuk mendapat sokongan berterusan daripada rakyat. Mereka sanggup untuk dikutuk sesama mereka, sanggup mengutuk sesama sendiri asalkan sokongan rakyat terus berpaut kepada mereka.

Arkib Blog