Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, Julai 14, 2009

Hanya Kerana 65: Janji BN di Manek Urai Tak Mungkin Terlaksana ?

Keputusan rasmi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai telah pun diketahui.

PAS menang tipis dengan majoriti hanya 65 undi saja. Dan BN juga kalah tipis kepada PAS hanya kerana 65 undi itu lah.

Ini bermakna, gara-gara 65 orang itu yang telah tersalah pangkah dengan memangkah "bulan" semua janji yang ditawarkan oleh BN kepada penduduk Manek Urai semasa kempen terpaksa ditarik balik.

Memang wajar bagi BN untuk menarik balik semua yang telah dijanjikan. Tiada gunanya BN untuk meneruskan projek-projek sebagaimana yang telah ditawarkan jika majoriti rakyat disitu tetap tidak mahu menerima BN.

Namun kepada pengundi yang telah memberi sokongan kepada calon BN, diharap Kerajaan Barisan Nasional dapat mencari jalan dengan terlebih dahulu mengenal pasti mereka yang menyokong BN dan seterusnya mempertimbangkan serta mencari jalan bagaimana cara untuk membantu serta memberi kemudahan (terhad kepada yang menyokong BN saja) sepertimana yang dijanjikan walau dalam apa bentuk sekalipun, yang penting janji harus ditunaikan (juga terhad kepada yang mengundi BN saja).

Itu harus dilakukan, kerana berdasarkan keputusan yang telah dibuat dan diterima, bukan semua penduduk di Manek Urai menolak BN, malah jika bukan disebabkan oleh 65 undi itu sudah tentu DUN Manek Urai dalam genggaman Barisan Nasional. Diharap BN akan bertindak bijak dalam hal ini, supaya jangan dilihat seperti kata pepatah "marahkan nyamuk, kelambu dibakar".

1 ulasan:

sama2 islam berkata...

inilah rasuah yang paling besar yang orang melayu tak tahu... dasar kemlayuan kepuak2an tak abis2.. islam bukan di jalankan atas dasar melayu ke, cina ke india ke... islam untuk semua... inilah sifat yang dibawa oleh umno barisan nasional... pembangunan untuk semua, kalau da janji ape ke benda la di tarik balik.. tu namanya rasuah.. kalau tak undi tak dapat... kalau betul sebagai hadiah.. da janji kene tunaikan... ko janji nak beli makanan 2o pinggan roti canai, dari kedai mamak zambry.. pastu ko tahu mamak zambry org PAS, tarus tak jadi beli.. mamak tu da siapkan ko 20 pinggan ko buat camtu.. betul2 bukan org islam... betul bukan islam hanya untuk PAS, aku nak tanya korang, islam mana yang BN jalankan?... setidak2nya org2 yang jahil pun tau PAS nak bawa Islam.. sebab tu mereka sokong PAS, cuma Umno ni bile kurang senang org melayu sokong PAS, cina india sokong Pas.. sebuk terhegeh2 nak buat kerajaan perpaduan, sapa yang terhegeh2 taksub dan jahil tentang islam.. jangan sebab melayu la ko sokong umno woi... sudah2 la melayu tu... tak kemana korang dengan melayu.. sokong la PAS... untuk hidup korang... ingatla hidup korang bukan kat dunia sahaja... kalau pemimpin korang tak bawa islam.. sape lagi yang korang nak ikut.. islam mana aku tanya korang yang korang nak... nampaknya umno barisan yang memimpin islam.. dalam PAS, islam yang memimpin hidup org islam.. kalau setakat tgk dalam agama islam mana yang berkenan, hang dok dalam agama hindu lagi baik la... tuhan kemaluan lelaki dan perempuan pun diorang sembah.. sudah la...

Arkib Blog