Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, November 05, 2009

Apa tujuan undang-undang digubal, dipinda ?

Melihat kepada kes liwat yang sedang dihadapi oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Penasihat Parti KeADILan Rakyat(PKR) serta juga Ketua Pembangkang di Parlimen YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah beberapa kali ditangguhkan disebabkan permohonan diatas permohonan oleh Anwar iaitu sudah semacam lapisan pelangi seakan-akan turut membawa kita untuk mencari satu persoalan yang mungkin boleh dijawab oleh pihak yang bertanggungjawab didalam menggubal undang-undang yang sedang digunapakai oleh pihak mahkamah ketika ini.

Pada mulanya apabila sesuatu akta-akta serta undang-undang dan juga disamping peruntukan undang-undang khas hendak dilluluskan oleh semua Anggota Dewan Rakyat, ianya seperti biasa pasti akan melalui berbagai-bagai proses sebelum sesuatu undang-undang yang seumpamanya akan disahkan boleh diterima pakai untuk digunakan oleh mahkamah bagi urusan seperti menjatuhkan hukum, mengenakan denda, mendengar hujah-hujah, menerima rayuan, menolak rayuan, menangguh prossiding dan bermacam-macam lagi. Segalanya akan dibahas didalam Dewan Rakyat setelah sesuatu usul mengenai perkara itu berjaya dibentangkan bagi mendapatkan pandangan samada bantahan ataupun sokongan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat.

Diantara peruntukkan undang-undang khas yang sudah dilluluskan oleh Dewan Rakyat ialah seperti apa yang telah kita lihat dalam kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim dimana peruntukkan undang-undang khas itulah yang sebenarnya telah menjadi barah dalam undang-undang dalam negara kita. Anwar Ibrahim telah menggunakan seboleh mungkin undang-undang yang telah memperuntukkan seseorang yang telah didakwa dalam kes yang tertentu sebagai harus dituruti segala kemahuan beliau memohon penangguhan demi penangguhan tanpa memikirkan akan akibat serta nasib pihak yang satu lagi.

Mahkamah serta para Hakim sebenarnya tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi apabila peruntukkan undang-undang seumpama itu iaitu yang membolehkan sesiapa sahaja untuk menggunakannya sebagaimana yang telah Anwar Ibrahim lakukan demi untuk mengelak beliau daripada dibicarakan berhubung dengan kes liwat itu dimana beliau didakwa dengan tuduhan telah meliwat bekas pembantu peribadi beliau iaitu Mohd. Saiful Bukhari bin Azlan. Anwar dalam perkara ini sudah tentu sekali akan berikhtiar sedaya upaya beliau agar kes liwat ini akan terus ditangguh sampai bila-bila selagi masih ada undang-undang yang membenarkan beliau untuk berbuat sedemikian.

Apabila keadaan seperti ini seolah-olah terus berlarutan sehingga kita semuapun tidak tahu sampai bilakah kes liwat ini akan mula dibicarakan, jadi apakah tiada jalan atau cara lain ataupun undang-undang lain lagi selain daripada yang digunakan sekarang ini untuk digunakan bagi menyelesaikan kekalutan yang sedang dihadapi oleh kedua-dua pihak dalam kes ini yang jelas kelihatan semakin hari semakin berserabut malah semakin sukar untuk dirungkaikan.

Sepatutnya apabila sesuatu undang-undang itu digubal serta diwujudkan, tujuannya ialah untuk memudahkan segala proses yang melibatkan soal yang berkaitan dengan urusan dimahkamah dan bukannya untuk menyulitkan mana-mana pihak. Tetapi didalam kes liwat ini, kita boleh nampak dengan jelas dan nyata hanya pihak yang berkepentingan sahaja yang mendapat keuntungan dengan adanya peruntukkan undang-undang tertentu itu sepertimana yang telah kita ketahui selama ini namun tidak bagi rakyat biasa ataupun bagi kalangan orang kebanyakkan.

Oleh itu, adakah dari kalangan profesional yang pakar dalam soal undang-undang sedar bahawa harus dilakukan sesuatu walaupun dengan apa cara sekalipun agar dikaji semula mana satu undang-undang yang menyusahkan satu pihak tetapi dalam waktu yang sama menguntungkan satu pihak yang lain. Dan jika didapati ianya perlu untuk dihapuskan, maka eloklah ianya dihapus atau dimansuhkan ataupun sekurang-kurangnya harus dipinda semula demi keadilan yang sama rata sesuai dengan konsep 1Malaysia.

Tiada ulasan:

Arkib Blog