Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan YB Datuk Joseph Sallang pada Rabu lepas telah mengingatkan pihak pembangkang khususnya di Sarawak agar tidak lagi membangkitkan isu "30,000 Kitab Injil" yang kononnya telah ditahan oleh pihak berkuasa Sarawak di pelabuhan Kuching awal tahun ini.
Menurut Datuk Joseph lagi, apa yang didakwa sebagai Kitab Injil atau Al Kitab itu hanyalah berupa buku-buku doa biasa yang mudah untuk dicetak pada bila-bila masa saja. Justeru itu Datuk Joseph menyeru rakyat Sarawak terutamanya yang beragama Kristian agar tidak mudah terpengaruh dengan hasutan yang pastinya akan dibawa oleh para pemimpin Pakatan Haram pada pilihanraya negeri Sarawak untuk dijadikan sebagai model kempen mereka.
Bagi saya, jika Alkitab atau Injil sekalipun yang ditahan oleh pihak berkuasa jadi apa salahnya, sebab isunya cuma ditahan dan bukannya 'dibakar'pun sebagaimana yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Gereja tertentu di Florida Amerika Syarikat baru-baru ini yang menyaksikan bagaimana kebiadaban seorang Paderi telah merendam kitab Suci Al Quran ke dalam minyak tanah untuk selama beberapa jam yang kemudiannya bertindak membakar kitab tersebut.
Orang Kristian di Sarawak biarlah berpikiran bebas, tidak mudah diracuni dengan sebarang fitnah dan sebaik-baik janganlah membiarkan diri mudah untuk digunakan oleh pihak pembangkang bagi memenuhi hawa nafsu mereka yang ternyata semakin hari semakin gila untuk berkuasa di Bumi Kenyalang ini. Janganlah terlalu mudah sensitif dengan khabar angin yang sering dibawa oleh DAP, PKR dan PAS terutamanya dengan menjelang pilihanraya negeri ini.
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Memaparkan catatan dengan label al-kitab. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 25, 2011
Sabtu, Mac 19, 2011
Al Kitab: Islam berkembang di Sarawak sejak Taib jadi KM..
Kejayaan terbesar YAB Pehin Sri Taib yang kurang diberi perhatian khusus ialah tentang bagaimana kejayaan beliau dalam aspek pengembangan agama Islam dikalangan masyarakat bukan Islam di negeri Sarawak.
Meneruskan kesinambungan usaha yang pernah dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak yang iaitu YABhg Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'akub yang telah berjaya mengIslamkan ramai rakyat dari golongan bukan Islam maka YAB Pehin Sri Taib setelah mengambil-alih jawatan sebagai Ketua Menteri daripada Tun Rahman terus giat menyampaikan syiar Islam walaupun tidak secara terang-terangan namun melalui bentuk kepimpinan beliau yang tegas, sederhana, telus serta jujur dalam mentadbir rakyat di Bumi Kenyalang telah berjaya memikat hati ramai rakyat Sarawak yang bukan Islam untuk memahami dengan lebih dekat dan mendalam lagi mengenai Islam.
Mungkin perkara ini jarang diketahui oleh umum namun hakikatnya ialah sejak Pehin Sri Taib memimpin Sarawak beliau bukan saja dilihat telah berjaya mengubah wajah negeri Sarawak dari sebuah negeri yang mundur kepada sebuah negeri yang semakin hampir menuju sebagai sebuah negeri agak maju dalam beberapa bidang yang semestinya mampu menyediakan berbagai peluang kerja kepada rakyatnya tetapi yang paling istimewanya ialah dalam soal kemajuan serta perkembangan agama Islam di kalangan penduduk bukan Islam di Sarawak, Pehin Sri Taib telah terbukti berjaya memainkan peranan beliau selaku pemimpin Islam di negeri ini.
Walaupun mungkin dilihat langsung tidak menekan rakyat Sarawak terutama kaum Bumiputera bukan Islam untuk menerima ajaran Islam sebagai amalan hidup mereka dengan jumlah bantuan yang begitu tinggi untuk membina tempat-tempat ibadat seperti Gereja, Chappel, Tokong-tokong Cina dan sebagainya namun apabila rakyat melihat kepada kesederhanaan dan keterbukaan sikap YAB Pehin Sri Taib terhadap penganut agama lain mungkin menjadi penyebab semakin ramai rakyat di negeri ini lebih cenderung untuk mendekati agama Islam.
Saya mengambil contoh dari beberapa tempat dalam Bahagian Mukah di Sarawak, ada ketika sebuah kampung dalam Daerah Kecil Dalat yang dahulunya merupakan majoriti penduduknya adalah beragama Kristian Katholik namun kini hampir separuh daripada mereka telah memilih Islam sebagai pegangan hidup. Dan situasi seumpamanya juga telah berlaku ditempat-tempat lain di seluruh Sarawak mungkin berpunca dari masalah dalaman yang melanda pengurusan peringkat tertinggi gereja di daerah berkenaan selain ramai yang sudah terbuka hati kepada Islam setelah tertarik dengan kesederhanaan yang dipamerkan dalam bentuk kepimpinan Pehin Sri Taib selaku pemimpin nombor satu negeri ini.
Inilah maka apabila timbul semula isu Al-Kitab saya rasa ianya tidak akan memberi kesan yang sangat membebankan bagi kerajaan Barisan Nasional negeri kerana walaupun mungkin masih ada yang bercakap mengenai tetapi jumlah sebenar tidaklah sebesar manapun sebab yang lebih tahu mengenainya ialah penganut Kristian itu sendiri dan bukannya pemimpin PAS atau DAP atau PKR.

Label:
al-kitab
Rabu, Mac 16, 2011
Al-Kitab: Kristian di Sarawak jangan masuk perangkap Pakatan Pembangkang !
Bila timbul semula isu yang membabitkan hal ehwal agama Kristian di negara ini, ini adalah kerana Pilihan Raya Negeri Sarawak sudah semakin hampir. Dan isu ini terpaksa dimainkan semula oleh pihak pembangkang termasuklah oleh segelintir peminpin dalam BN sendiri yang pro-pembangkang bagi menarik perhatian masyarakat Kristian di Bumi Kenyalang khususnya.
Pihak Pakatan Pembangkang sebenarnya sudah kekurangan isu tempatan untuk digunakan sebagai modal kempen pada pilihan raya negeri akan datang dan maka itulah mereka sedaya upaya yang boleh mahu mencari mana satu perkara yang boleh dijadikan sebagai isu untuk mempengaruhi minda rakyat.
Melihat yang masyarakat Kristian adalah penduduk majoriti di negeri Sarawak, lalu pihak Pakatan Pembangkang tiada pilihan lain untuk menjadikan isu agama untuk dijadikan sebagai isu utama yang akan dibawa nanti selain daripada isu tanah NCR, isu jalan, isu bekalan air serta isu remeh-temah yang lainnya.
Menjelang pilihan raya negeri Sarawak yang akan datang, rakyat negeri ini diharap hendaklah sentiasa mengelak dari termakan umpan yang dipasang oleh pihak Pakatan Pembangkang yang kini tengah giat berusaha melihat kepada isu yang berpotensi boleh mempengaruhi rakyat Sarawak dan apabila rakyat telah mula lalai dan termakan dengan isu-isu yang dimainkan maka adalah mudah bagi pihak Pakatan Pembangkang untuk mengheret sama kerajaan Barisan Nasional ke dalam perkara yang telah mereka bangkitkan itu.
Rakyat Sarawak harus sedar dan ingat bahawa kita khususnya yang beragama Kristian sejak sama-sama berada dalam Malaysia, semua kebajikan serta kepentingan lainnya tidak pernah diabaikan oleh kerajaan Barisan Nasional yang memerintah. Kerajaan BN di Sarawak sebenarnya tidak pernah sama sekali menyekat apa juga kegiatan yang melibatkan hal ehwal berkaitan agama Kristian malahan sudah terlalu banyak bantuan serta sumbangan yang dihulurkan oleh pihak kerajaan BN Sarawak serta BN Pusat untuk mewujud serta membaik-pulih tempat-tempat beribadat serta menaiktaraf sekolah-sekolah missionary di negeri ini.
Penduduk Sarawak khasnya yang beragama Kristian wajar melihat kepada realiti dan bukannya mudah menerima apa sahaja perkara yang cuba untuk merenggangkan sokongan kita selama ini kepada sebuah kerajaan yang ternyata adil pemerintahannya terhadap rakyat. Kita masyarakat Kristian di Sarawak jangan pula cepat melatah dengan apa yang sedang berlaku terhadap isu 'Al-Kitab' yang masih berada di dalam simpanan pihak KDN kerana isu ini masih dalam peringkat menunggu keputusan pihak mahkamah dan kita semua kena faham bahawa setiap apa yang sedang kerajaan lakukan mesti ada sebabnya yang tertentu dan sebagai rakyat kita wajib untuk menghormatinya.

Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com