Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, Mac 19, 2011

Al Kitab: Islam berkembang di Sarawak sejak Taib jadi KM..

Kejayaan terbesar YAB Pehin Sri Taib yang kurang diberi perhatian khusus ialah tentang bagaimana kejayaan beliau dalam aspek pengembangan agama Islam dikalangan masyarakat bukan Islam di negeri Sarawak.

Meneruskan kesinambungan usaha yang pernah dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak yang iaitu YABhg Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya'akub yang telah berjaya mengIslamkan ramai rakyat dari golongan bukan Islam maka YAB Pehin Sri Taib setelah mengambil-alih jawatan sebagai Ketua Menteri daripada Tun Rahman terus giat menyampaikan syiar Islam walaupun tidak secara terang-terangan namun melalui bentuk kepimpinan beliau yang tegas, sederhana, telus serta jujur dalam mentadbir rakyat di Bumi Kenyalang telah berjaya memikat hati ramai rakyat Sarawak yang bukan Islam untuk memahami dengan lebih dekat dan mendalam lagi mengenai Islam.

Mungkin perkara ini jarang diketahui oleh umum namun hakikatnya ialah sejak Pehin Sri Taib memimpin Sarawak beliau bukan saja dilihat telah berjaya mengubah wajah negeri Sarawak dari sebuah negeri yang mundur kepada sebuah negeri yang semakin hampir menuju sebagai sebuah negeri agak maju dalam beberapa bidang yang semestinya mampu menyediakan berbagai peluang kerja kepada rakyatnya tetapi yang paling istimewanya ialah dalam soal kemajuan serta perkembangan agama Islam di kalangan penduduk bukan Islam di Sarawak, Pehin Sri Taib telah terbukti berjaya memainkan peranan beliau selaku pemimpin Islam di negeri ini.

Walaupun mungkin dilihat langsung tidak menekan rakyat Sarawak terutama kaum Bumiputera bukan Islam untuk menerima ajaran Islam sebagai amalan hidup mereka dengan jumlah bantuan yang begitu tinggi untuk membina tempat-tempat ibadat seperti Gereja, Chappel, Tokong-tokong Cina dan sebagainya namun apabila rakyat melihat kepada kesederhanaan dan keterbukaan sikap YAB Pehin Sri Taib terhadap penganut agama lain mungkin menjadi penyebab semakin ramai rakyat di negeri ini lebih cenderung untuk mendekati agama Islam.

Saya mengambil contoh dari beberapa tempat dalam Bahagian Mukah di Sarawak, ada ketika sebuah kampung dalam Daerah Kecil Dalat yang dahulunya merupakan majoriti penduduknya adalah beragama Kristian Katholik namun kini hampir separuh daripada mereka telah memilih Islam sebagai pegangan hidup. Dan situasi seumpamanya juga telah berlaku ditempat-tempat lain di seluruh Sarawak mungkin berpunca dari masalah dalaman yang melanda pengurusan peringkat tertinggi gereja di daerah berkenaan selain ramai yang sudah terbuka hati kepada Islam setelah tertarik dengan kesederhanaan yang dipamerkan dalam bentuk kepimpinan Pehin Sri Taib selaku pemimpin nombor satu negeri ini.

Inilah maka apabila timbul semula isu Al-Kitab saya rasa ianya tidak akan memberi kesan yang sangat membebankan bagi kerajaan Barisan Nasional negeri kerana walaupun mungkin masih ada yang bercakap mengenai tetapi jumlah sebenar tidaklah sebesar manapun sebab yang lebih tahu mengenainya ialah penganut Kristian itu sendiri dan bukannya pemimpin PAS atau DAP atau PKR.

Tiada ulasan:

Arkib Blog