Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, Mac 25, 2011

Datuk Hj Salleh Jafaruddin disebalik kebangkitan SNAP ?

Sepertimana yang diketahui oleh sesetengah rakyat di Sarawak bahawa buat pertamanya kelibat bekas Ahli Parlimen Mukah yang juga bekas ADUN Oya/Dalat iaitu Datuk Haji Salleh Jafaruddin muncul semula sewaktu menghadiri forum anjuran Pergerakan Pembaharuan Sarawak (MoCS) di Kuching beberapa bulan yang lalu adalah sebagai petanda awal bahawa beliau akan turut terlibat dalam pilihanraya umum negeri Sarawak akan datang.

Bekas Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia itu juga yang kini dikaitkan dengan kebangkitan semula secara mendadak Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) di Sarawak adalah individu yang dipercayai peyumbang utama kepada dana parti SNAP bagi menghadapi pilihanraya umum negeri yang ke-10 kelak.

Sekembalinya Datuk Salleh ke dalam kancah politik Sarawak setelah lama menyepi ekoran parti Permas yang diasaskan oleh beliau bersama-sama dengan Tun Rahman Ya'akub, Wan Madzihi Wan Mahzhar, Datuk Sri Hafshah Harun yang bertindak sebagai pembangkang kepada kerajaan BN Sarawak kini dilihat akan merancakkan lagi suasana pilihan raya negeri pada kali ini.

Datuk Salleh yang dipecat daripada parti PBB pada tahun 1982 berikutan krisis peribadi beliau dengan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Taib Mahmud yang juga pada ketika itu baru setahun mengambil-alih jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak daripada Tun Rahman adalah berikutan daripada tindakan Pehin Sri Taib yang mahu membersihkan kesemua pemimpin kerajaan terutamanya dalam kerajaan Barisan Nasional daripada terlibat dengan pemilikan saham dalam syarikat-syarikat yang ada di negeri Sarawak terutamanya syarikat pembalakan bagi mengelak mereka terjebak dalam ke dalam kegiatan rasuah.

Tiada ulasan:

Arkib Blog