Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Januari 19, 2012

Keadilan untuk Saiful: perlukah perhimpunan besar-besaran di depan Pejabat Peguam Negara?


Hanya tinggal satu hari saja lagi iaitu esok tempoh untuk pasukan Pendakwaraya merayu ke atas keputusan kes liwat II berikutan pembebasan Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan oleh hakim Datuk Mohd. Zabidin Md Diah 9 January lalu.

Sehingga semalam tiada apa-apa perkembangan yang atau reaksi daripada pejabat peguam negara mengenai rayuan yang dibuat oleh bapa Mohd. Saiful yang memohon jasa baik Tan Sri Ghani Patail supaya mempertimbangkan hasrat mereka merayu untuk kes liwat II dibawa ke mahkamah yang lebih tinggi setelah Mahkamah Tinggi melepaskan Anwar Ibrahim dari kesalahan meliwat pekerjanya sendiri.

Harapan Mohd Saiful serta keluarga beliau dan juga harapan seluruh rakyat Malaysia yang mahu melihat keadilan yang hakiki untuk mangsa liwat hakikatnya memang terletak di tangan Peguam Negara dan hanya akan tercapai sekiranya Tan Sri Abdul Ghani selaku ketua pendakwaraya tidak tunduk kepada desakan daripada pihak Majlis Peguam ataupun daripada pihak peguambela Anwar Ibrahim yang membantah usaha memfailkan rayuan terhadap keputusan 9 January itu.

Apakah hari ini atau esok iaitu di saat-saat akhir tempoh rayuan masih terbuka Peguam Negara akan mengubah fikiran tidak mengendahkan ugutan oleh Majlis Peliwat(Peguam) dan akan terus ke Mahkamah Rayuan serta memfailkan rayuan demi menegakkan keadilan. Jika ini berlaku, maka harapan majoriti rakyat Malaysia untuk melihat ketelusan serta keluhuran undang-undang di negara ini pasti terlaksana.

Hanya segelintir pihak saja yang membantah usaha memfailkan rayuan terhadap keputusan kes liwat II itu. Saya percaya kalau dibuat tinjauan atau pungutan suara dari seluruh rakyat Malaysia, memang ramai sekali yang mahu agar Peguam Negara segera mengemukakan rayuan atas keputusan yang dibuat oleh Datuk Mohd Zabidin itu di mahkamah yang lebih tinggi.

Percayalah!!! Peguam Negara jangan gentar dengan pihak Majlis Peguam serta pihak Karpal Singh! suara mereka memang begitu sebab mereka lebih terdedah kepada umum tidak seperti rakyat kebanyakkan walaupun ingin bersuara mengenai sesuatu perkara namun oleh kerana terdapatnya halangan-halangan tertentu tidak memungkinkan keinginan hendak bersuara dapat dilakukan sebagaimana mereka yang punya kedudukan istimewa dalam masyarakat umpamanya pihak Majlis Peguam serta para peguam yang mewakili Anwar Ibrahim maka itulah sebabnya mengapa hanya suara mereka yang boleh didengar.

Oleh itu, dengarkanlah juga suara-suara senyap kami rakyat biasa suara majoriti rakyat Malaysia yang terus menerus mahukan keadilan yang samarata buat Mohd. Saiful Bukhari Azlan !!! Kemukakan segera rayuan keputusan kes liwat II ke Mahkamah Rayuan wahai !!! Tan Sri Ghani Patail !!!~~~

3 ulasan:

AJAI62 berkata...

Assalam Bro

Kalau AG seorang kakitangan Awam yang baik dia akan dapatkan keadilan untuk rakyat biasa seperti Saiful... kalau dia punya agenda politik yang tersirat, dia berada ditempat yang salah dan memegang jawatan yang salah... Bab ini kerajaan kena bertindak keatas AG... Kalau semua pendakwaraya yang kendalikan kes ini bersetuju untuk buat Rayuan , kenapa susah sangat untuk AG buat keputusan... Tengah bersangka baik ni Bro, semoga AG failkan Rayuan...

ark berkata...

Tolonglah AG, baru pertama kali buat rayuan, Anwar dah 55 kali dan ada lagi 54 kali boleh buat rayuan, baru sama dgn. Anwar Ibrahim. Baru fair & square.

hilbert berkata...

Ajai62 - Tugas TS Ghani Patail belum selesai walaupun Mahkamah Tinggi sudah dengan keputusannya sebab ruang untuk perjuangan seterusnya sentiasa ada.

Harap Peguam Negara ini tidak menyerah kalah sebelum waktu sebenarnya.

Ark - kita akan terus dan terus mendesak agar AG segera memfailkan rayuan,,,

Arkib Blog