Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Rabu, Disember 15, 2010

Syabas ! buat pasukan muda bolasepak negara atas kemenangan 2-0 menentang Vietnam

Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah buat pasukan muda bolasepak Malaysia yang telah berjaya menjaringkan 2 gol tanpa balas yang menewaskan pasukan dari negara Vietnam pada aksi perlawanan Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Kemenangan ini dharap dapat menaikkan semula semangat para pemain negara untuk terus membawa harapan seluruh rakyat negara ini yang sentiasa ingin mahu melihat nama Malaysia tersenarai semula sebaris dengan nama-nama pasukan bolasepak dari negara lain di Asia sebagai antara yang terhebat sebagaimana yang pernah Malaysia kecapi di zaman kegemilangan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dulu.

Di atas bahu mereka juga turut diletakkan satu harapan tinggi warga Malaysia yang mahu nama Malaysia dijulang sebagai yang terbaik di peringkat antarabangsa apabila harapan selalu untuk menang sebagai juara sentiasa tersemat kemas bersama-sama dengan harapan yang tinggi menggunung mahu melihat Malaysia diiktirafkan sebagai yang terhebat dikalangan yang terbaik.

2 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Ini baru permulaan pertama yg mantap. Seterusnya ujian yg sebenar menantikan mrk di Vietnam pula. Semoga ini menjadi petanda yg baik buat skuad bola sepak negara

Arkib Blog