Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Disember 16, 2010

Jika SPRM memang telus dengan siasatannya, bagaimana pula dengan Peguam Negara?

Sebelum ini saya kurang faham mengenai cara bagaimana pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mengendalikan siasatan mereka terhadap sesuatu aduan iaitu ketika mengambil apa saja keterangan dari mereka yang terlibat bagi menentukan samada ianya ada kes untuk dikemukakan ke Mahkamah ataupun tidak.

Selama ini juga mati-mati saya berpendapat bahawa apabila pihak SPRM turun membuat siasatan ke atas mana-mana individu yang telah disyaki ada terlibat dengan kegiatan rasuah ini maka sekiranya siasatan mereka mendapati bahawa seperti ada kes tentulah orang yang disiasat ini akan terus dibawa ke Mahkamah untuk didakwa atas kesalahan yang dilakukan bagi menghadapi pertuduhan dan dibicarakan.

Namun tanggapan saya jauh meleset sebenarnya sebab saya berpendapat apabila diwujudkan satu agensi yang dikatakan sebagai bebas dari mana-mana pengaruh maka sudah tentulah agensi berkenaan memang satu badan yang benar-benar bebas didalam menjalankan tugas mereka tanpa ada lagi pihak yang menapis hasil kerja mereka.

Saya ingin mengambil keputusan SPRM yang telah menutup siasatan ke atas MB Kelantan dan menantunya sebagai contoh yang saya lihat bahawa walaupun dikatakan sebagai bebas namun pada tempat dan masa yang tertentu kelihatannya SPRM tidak juga bebas sebagaimana yang dikatakan ramai pihak. Ini boleh kita pikir sendiri, apabila pihak SPRM membuat siasatan dan mungkin dipihak mereka merasakan bahawa hasilnya ada kes yang patut untuk dibawa ke tengah tetapi malangnya mereka tidak berupaya untuk berbuat demikian kerana tugas tersebut telah diwajibkan ke atas Peguam Negara.

Maksudnya lebih kurang beginilah agaknya, apabila pihak SPRM menerima aduan dari mana-mana pemberi maklumat yang telah dirahsiakan identiti mereka maka siasatanpun akan dijalankan keatas orang yang disyaki dan setelah melalui berbagai-bagai proses siasatan seperti menahan suspek, menyoal untuk mengambil keterangan daripada pihak yang disyaki terlibat dengan rasuah dan selepas itu semua hasil siasatan yang SPRM dapat akan diserahkan bulat-bulat kepada Pejabat Peguam Negara untuk dinilai samada orang yang disiasat oleh SPRM itu boleh didakwa di Mahkamah ataupun tidak.

Saya bukanlah nak mempertikaikan sangat berkenaan dengan SPRM telah menutup siasatan mereka terhadap Menteri Besar Kelantan serta anak menantu lelakinya Ariffahmi tetapi oleh kerana serentak itu secara tiba-tiba pulak saya teringat dengan satu tuduhan serupa yang membabitkan bekas Menteri Besar Selangor DS Dr Mohd Khir Toyo dari Barisan Nasional ternyata telah menimbul satu tandatanya dalam pikiran saya adakah terdapat satu kuasa ghaib yang mempengaruhi pihak Peguam Negara ketika menilai setiap hasil siasatan yang diserahkan oleh SPRM kepada beliau bagi menentukan statusnya samada ianya ada kes ataupun tidak !?

Tiada ulasan:

Arkib Blog