Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Sabtu, November 06, 2010

Pemimpin negara patut elak dari duduk semeja dengan pihak pembangkang !

Sebaik-baiknya pada masa depan semua pemimpin-pemimpin dalam kerajaan dari Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri kabinet serta juga timbalan-timbalab mereka harus mengambil langkah berwaspada selalu ketika menghadiri sesuatu majlis jamuan samada ianya jamuan rasmi ataupun sebalik demi untuk mengelak sebarang perbuatan khianat berlaku.

Bukanlah satu perkara yang salah sekiranya menjemput mereka daripada pihak pembangkang untuk sama-sama memeriahkan sesuatu majlis itu tetapi dalam banyak hal maka keselamatan makanan serta minuman yang akan dihidang dan disajikan kepada para pemimpin negara apabila sudah sampai didepan mereka benar-benar terjamin tahap kebersihan tanpa ada unsur-unsur yang meragukan.

Semua kita sudah nampak dengan jelas bagaimana pihak pembangkang terutamanya pemimpin mereka sanggup melakukan apa saja demi untuk mendapatkan kuasa. Mereka sanggup untuk membelakangkan undang-undang asalkan cita-cita politik mereka akan tercapai. Mereka juga tidak mudah takut untuk melanggar apa-apa juga peraturan atau larangan yang dikenakan selagi apa yang mereka hajati belum dipenuhi.

Saya bukanlah hendak menuduh sesiapa atau hendak menakutkan mana-mana pihak dari mendekati para pemimpin pembangkang namun dalam perkara-perkara yang tertentu adalah perlu ada sikap berhati-hati atau berjaga-jaga terhadap sebarang kemungkinan apabila bersama dengan mereka di dalam majlis-majlis jamuan makan yang diadakan.

Akhir sekali, saya mendoakan supaya Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala dan seterusnya cergas memimpin Malaysia ke mercu kejayaan...

Tiada ulasan:

Arkib Blog