Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label bumiputera. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bumiputera. Papar semua catatan

Jumaat, Jun 11, 2010

Hak Bumiputera dipertikai, hak mereka diperjuang !


Tulisan saya ini bukanlah bertujuan untuk menghasut atau cuba untuk membangkit rasa tidak senang kaum tertentu dinegara ini terhadap kaum Bumpiputera yang merupakan penduduk asal di Tanah Melayu dan juga sebahagian daripada kepulauan Borneo.

Apa yang cuba saya ingin sampaikan disini ialah ialah berkenaan dengan sikap serta kehendak sebenar sesetengah individu dari kalangan kaum yang asalnya bukanlah kaum peribumi di negara ini dan sejarah kedatangan mereka ke tanah gugusan Melayu memang sudah tercatit didalam lipatan sejarah dan ianya tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun.

Yang menarik untuk dikupas ialah mengenai tuntutan sesetengah oleh individu dari golongan kaum tersebut sejak kebelakangan ini yang dilihat semakin melampau dan bolehlah dikatakan sebagai satu usaha cuba untuk mengusik sesuatu yang telah termaktub didalam perlembagaan negara sebagaimana yang telah dipersetujui bersama sejak penubuhan Persekutuan Malaysia lagi.

Kita sebagai kaum Bumiputera semua tahu bagaimana sejak kebelakangan ini hak keistimewaan kita sebagai kaum peribumi di negara ini kerapkali cuba untuk dibangkitkan didalam mana-mana perjumpaan yang dianjurkan dengan tujuan supaya kita akan merasa terganggu dan sentiasa berada didalam keadaan yang cemas, gelisah, serba-salah dan tidak menentu.

Lihatlah sekiranya kaum Bumiputera bertindakbalas terhadap masalah yang dimulakan oleh puak-puak ini tentu sekali mereka ini akan membalasnya dengan berbagai-bagai tuntutan lagi, jelas sekali sejak kebelakangan ini mereka kuat mendesak agar apa saja yang dilihat memberi kelebihan kepada kaum Bumiputera hendaklah dimansuhkan ataupun dihapuskan terus.

Alasan mereka sangat mudah iaitu mahukan hak kesamarataan. Namun kaum ini langsung tidak mahu melihat bahawa kesamarataan yang sebenarnya tidak pernah wujudpun samasekali jika mahu disentuh terutamnya didalam bidang ekonomi antara kaum Bumiputera dengan kaum bukan Bumiputera di negara ini. Jurangnya sangat jauh.

Yang sangat pelik kita dapati ialah disebalik kesungguhan mereka untuk melihat hak keistimewaan kaum Bumiputera dinegara ini terhapus ialah terselindung satu perkara bersama mereka yaini kesungguhan yang serupa tetapi bersifat disebaliknya iaitu mahu hak mereka terus bertahan selain sentiasa menuntut sesuatu yang lain lagi agar menjadi hak mereka yang mana akhirnya kita akan dapat lihat betapa puak-puak ini akan terus menguasai ekonomi serta politik negara dikemudian hari.

Terpaksa kita untuk mengupas isu sebegini apabila ianya dilihat seakan-akan telah gagal untuk ditangani dengan berkesan oleh pihak kerajaan yang memerintah. Lazimnya apabila hak kaum mereka atau sesuatu yang ada pada kaum mereka apabila disebut, diulas ataupun disentuh maka bergegar satu dunia menuduh kaum Bumiputera sebagai bersifat perkauman dan bermacam-macam lagi dan ada yang sehingga dibawa ke muka pengadilan kononnya didakwa mengeluarkan kenyataan yang berbau perkauman walau ianya jelas berfaktakan sejarah negara.

Tetapi apabila puak-puak ini secara terang-terangan berbuat perkara yang sama malah lebih jauh lagi apabila sanggup untuk mempertikaikan perkara-perkara yang begitu besar serta yang begitu sensitif seperti hak-hak Sultan dan Raja, hak-hak kaum Bumiputera, perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam, agensi-agensi penguatkuasa seperti polis, SPRM serta Institusi Kehakiman di negara ini...lambat tindakan diambil atau langsung tiada... jadi, kita lihat mereka terlalu istimewa dalam hal yang sama berbanding dengan kita. Mengapa???

Rabu, Mac 10, 2010

Bumiputera hanya mempertahankan hak, kenapa sentiasa ditentang ?

Seingat saya apabila bermulanya isu 'keris' membabitkan YB Datuk Seri Hishamuddin dan juga seterusnya merebak kepada isu Datuk Ahmad Ismail ADUN Bukit Bendera Pulau Pinang yang sehingga menyebabkan keahlian beliau dalam UMNO terpaksa digantung selama 3 tahun termasuk semua jawatan dalam parti gara-gara ucapan beliau pada satu perhimpunan telah disalah-ertikan oleh pemimpin parti politik dari kaum bukan Bumiputera.

Kaum Bumiputera hanya memperkatakan apa yang benar mengenai latar belakang sejarah Malaysia serta bertindak betul didalam usaha mempertahankan segala hak-hak yang sememangnya menuntut kesungguhan kaum Bumiputera itu sendiri untuk memelihara serta melindunginya selaras dengan apa yang telah digaris serta termaktub didalam perlembagaan negara iaitu sejak tertubuhnya negara Malaysia.

Kaum Bumiputera tidak terlampau didalam tindakan mereka apabila menyentuh soal hak atau sesuatu yang sememangnya adalah hak-milik asal mereka sebelum wujud negara Malaysia lagi sebagaimana yang telah dilakukan oleh sesetengah kaum bukan Bumiputera sejak kebelakangan ini yang semakin berani menekan kerajaan dengan tuntutan-tuntutan yang boleh dianggap sebagai keterlaluan dan jika dituruti pasti akan mendatangkan kerumitan kepada kepada kaum Bumiputera pada akhirnya.

Tidak salah kepada saya bagi kaum bukan Bumiputera untuk membawa sebarang kemajuan demi untuk meningkatkan tahap kehidupan masyarakat mereka sendiri tetapi mereka juga harus sentiasa ingat juga bahawa jangan pula disaat mereka berjuang untuk mendapatkan hak-hak kaum mereka, terdapat juga dalam pada itu ada tangan-tangan daripada kalangan mereka yang kelihatan berusaha untuk melucutkan hak-hak istimewa sedia ada kaum Bumiputera seperti DEB dan sebagainya lagi.

Arkib Blog