Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label RTM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RTM. Papar semua catatan

Selasa, Jun 22, 2010

Piala Dunia 2010: RTM, kenapa alang-alang menyeluk pekasam???


Kata orang tua dulu-dulu, alang-alang basah biar mandi sekali. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Ertinya, kalau kita nak buat sesuatu perkara atau benda tu tak kiralah apa dia, biarlah sepenuhnya dan bukan separuh buat separuh tidak.

Oleh itu, kalau rasa nak buat, biar sepenuhnya dan kalau rasa tak nak buat maka tak payah. Mudah saja. Agar tiada pihak yang rasa kecewa.

Begitu juga dengan janji Radio Televisyen Malaysia(RTM TV1 dan TV2) yang sebelum ini pernah menyatakan bahawa pihak mereka telah mendapat hak penyiaran atau lesen bagi membawa siaran secara langsung perlawanan bolsepak Piala Dunia 2010 dari Afrika Selatan untuk tontonan seluruh peminat bolasepak di negara ini.

Tetapi malang sekali, sehingga kini dan sejak bermulanya temasya tersebut iaitu dari 11hb June 2010, berapa kali saja RTM TV1 dan kononnya TV2 mampu membawa siaran secara langsung kerana kebanyakan perlawanan yang disiarkan adalah siaran tertunda atau lebih tepat lagi siaran perlawanan yang telah dirakamkan.

Menteri yang bertanggungjawab terhadap RTM iaitu YB DS Rais Yatim sepatutnya tampil menjelaskan secara terpeinci kepada rakyat mengenai perkara ini yang telah menjadi persoalan banyak pihak.

Jika kita membuka siaran TV maka sudah tentu selang beberapa ketika di kaca TV1 dan TV2, pasti kita akan disajikan dengan iklan "Sorakan 1Malaysia 1Dunia" yang kononnya RTM akan menyiarkan siaran secara langsung untuk setiap kali perlawanan bolasepak.

Seandainya RTM masih mahu dilihat sebagai badan penyiar 'terunggul' di negara ini sepertimana slogan yang biasa kita dengar iaitu "RTM Tetap Unggul" adalah sesuatu yang terbaik bagi pihak RTM untuk berbuat sesuatu supaya perkara seperti ini walaupun mungkin dikira kecil oleh Menterinya tetapi mana tahu ianya sesuatu yang besar bagi rakyat, dikhuatir akan menjejas semula kepercayaan sebilangan rakyat terhadap kemampuan kerajaan Barisan Nasional kerana RTM adalah mata, lidah dan telinga kepada kerajaan BN.

Jumaat, Mei 01, 2009

RTM - Sekali Air Bah, Sekali Pantai Berubah.

Kekerapan badan penyiaran Kerajaan iaitu RTM dalam membuat sesuatu perubahan terhadap berbagai bentuk rancangan siarannya sejak kebelakangan ini...pada pandangan saya, jika ianya semata-mata adalah untuk menepati citarasa para penonton dan jika langkah sedemikian terus diamalkan saya percaya keyakinan penonton untuk mengikuti rancangan dari kedua-dua saluran TV1 dan TV2 pasti akan hilang dan lenyap suatu hari nanti.

Dari apa yang saya perhatikan, setiap kali Kementerian Penerangan mendapat menterinya yang baru maka setiap kali itu jugalah rancangan-rancangannya secara automatik akan bertukar-tukar, baik dari segi jadual waktu siaran, logo RTM itu sendiri, tajuk rancangannya dan yang lain-lain lagi. Sekarang saja kita boleh lihat seperti siaran berita nasional, berita wilayah dan bermacam-macam lagi jika dua tiga bulan yang lepas siaran untuk berita wilayah khas untuk Sarawak, Sabah serta negeri-negeri di Semenanjung jam 8.30 sehingga 9.00 malam, manakala untuk berita nasional jam 9.00 sampai jam 9.30 malam. Untuk berita bahasa Tamil jam 7.30 sampai 8.00 malam dan untuk berita dalam bahasa Mandarin dari jam 8.00 sehingga 8.30 malam.

Saya sebenarnya baru perasan bahawa, siaran untuk berita wilayah bagi Sarawak dan Sabah telah dialih waktu siarannya kepada jam 5.00 petang. Ini bermakna saya telah banyak kali terlepas untuk menonton siaran tersebut. Waktu untuk berita wilayah ini adalah tidak sesuai sekali, kerana pada waktu itu para penduduk bagi kawasan Sarawak dan Sabah masih bekerja dan tiada masa untuk mengikuti siaran berita yang disiarkan.

Mengenai rancangan "60 minit Bersama Menteri" saya pun memang agak keliru, apakah siaran itu telah ditamatkan atau apakah tajuk rancangannya saja yang ditukar. Tetapi jika ditukar, apakah nama baru bagi rancangan tersebut dan bilakah waktu siarannya?

Ada beberapa siaran baru yang diperkenalkan semasa YB Datuk Ahmad Sabree Cheek sebagai menterinya seperti "Di Luar Lingkungan bersama Syed Munawar", "Apa Kata Wanita", "Isu Semasa", "Blog di1". Diantara empat rancangan ini bagi saya hanya dua yang agak menarik untuk diikuti iaitu "Di Luar Lingkungan bersama Syed Munawar" tetapi host rancangan ini hanya memberi masa yang sangat terhad kepada penonton untuk memberi komen atau pendapat dalam erti kata lainnya tidak memberi peluang yang secukupnya kepada penonton untuk meluahkan apa yang ingin dijelaskan. Rancangan yang satu lagi adalah "blog di1" yang ketika ini sering disiarkan setiap malam Sabtu, dimana ianya tentu sekali menjemput blogger-blogger untuk diminta menjelaskan, menghuraikan dan sebagainya berkenaan dengan apa yang mereka telah mereka tulis dan terbitkan di dalam blog masing-masing. Bagi kedua-dua rancangan ini pula belum tentu lagi, apakah akan dikekalkan atau sebaliknya.

Sebenarnya ada sedikit persoalan yang bermain dikotak fikiran, apakah langkah-langkah yang telah dibuat oleh pihak Kementerian Penerangan dengan sering membuat perubahan terhadap program-program tertentu yang jika dikira dari segi usianya boleh dikatakan belum matang ini, adalah bertujuan untuk menarik minat penonton atau ingin menyaingi tv swasta iaitu TV3? Apakah pihak Kementerian tidak mahu menilai dahulu bagaimana penerimaan penonton terhadap rancangan-rancangan tersebut sebelum ianya ditukar ataupun dimansuhkan?

Jadi apa yang diharapkan kini ialah, apabila di bawah Menteri Penerangan yang baru yang mana kementerian ini juga telah digabungkan peranannya dengan beberapa kementerian yang dulunya mempunyai fungsi yang hampir sama, maka tiada lagilah perubahan demi perubahan dilakukan semata-mata untuk tujuan yang tidak begitu bermakna serta ianya hanya akan mengelirukan penonton sahaja. Untuk rekod, Menteri Penerangan yang baru ini iaitu YB Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika pentadbiran YABhg. Tun Dr Mahathir dulu juga pernah menjawat jawatan yang sama di kementerian ini.

Arkib Blog