Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh Azmin Ali sehingga saya memilih tajuk yang seperti diatas sebagai tajuk kepada tulisan terbaru saya ini? Melalui berita jam 1:30 dalam Buletin Utama TV3 sebentar tadi saya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang telah saya lihat bagaimana sikap paling biadap serta sangat terkutuk dan kurang ajar telah ditunjukkan oleh seorang wakil rakyat iaitu Azmin Ali serta beberapa orang wakil rakyat Pakatan Haram didalam Dewan Rakyat terhadap Yang DiPertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Ketika diri yang jelas kelihatan gagal untuk mengawal emosi ditambah pula dengan sikap panas baran beliau yang meluap-luap, Azmin Ali iaitu bini kedua Anwar Ibrahim yang juga madu kepada Wan Azizah Wan Ismail telah mencabar Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia agar segera meletak jawatan sebagai Yang DiPertua Dewan Rakyat kerana tidak berpuashati apabila beliau serta Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan R. Sivarasa telah digantung selama 6 bulan dari menghadiri persidangan dewan atas kesalahan mempersoalkan keputusan Jawantankuasa Kebebasan Hak Parlimen yang juga turut dianggotai bersama Karpal Singh dan R. Sivarasa ketika berada diluar dewan.
Saya lebih terarah kepada Azmin Ali untuk menyatakan bahawa ada percubaan daripada beberapa orang wakil rakyat daripada Pakatan Haram siang tadi yang lebih mirip kepada usaha untuk melancarkan perang dalam Parlimen yang menempatkan dua Dewan iaitu satu Dewan Rakyat dan juga satu Dewan Negara yang mana Dewan Rakyat adalah merupakan sebuah badan Perundangan Tertinggi di dalam negara ini yang merangkumi Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Tuan Yang DiPertua Dewan Rakyat bagi Ahli Berhormat yang telah dipilih oleh rakyat dan juga Tuan Yang DiPertua Dewan Negara bagi Ahli Berhormat atau Senator yang telah dilantik oleh kerajaan dan pembangkang.
Tindakan yang sungguh drastik dan langsung tidak beretika seperti yang telah dilakukan oleh Azmin Ali terhadap Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar dengan desakan dan cabaran agar Yang DiPertua Dewan Rakyat meletak jawatan kelihatan benar-benar sudah sangat melampau dan telah terkeluar dari nilai-nilai terhormat yang harus ada pada diri setiap ahli yang berhormat sejajar dengan lafaz yang mereka buat semasa mengangkat sumpah sebagai Ahli Yang Berhormat di Parlimen dan tindakan sebegini yang mengganggu-gugat ketenteraman didalam dewan adalah merupakan satu bentuk serangan yang tanpa disedari terhadap kemuliaan dewan yang mana turut menempatkan kedudukkan teratasYang DiPertuan Agong dalam Parlimen serta juga serangan terhadap ahli-ahli berhormat yang lainnya.
Jika kita dapat imbas kembali kepada satu peristiwa yang sungguh menggemparkan negara satu ketika dulu iaitu pada pertengahan tahun 2000 yang membawa kejadian hingga ke Sauk Perak iaitu di mana kumpulan pelampau Al-Maunah yang nekad telah bertindak melarikan sejumlah peralatan tentera berupa senjata api milik Angkatan Tentera DiRaja Malaysia dan sebentar jika kita bandingkan dengan apa yang cuba dilakukan oleh pihak Pakatan Haram Pembangkang dalam Dewan Rakyat hari ini tadi maka suasananya agak lebih kurang iaitu telah tercetus satu suasana yang sangat gempar, benar-benar telah mengganggu perjalanan sidang dewan dan seolah-olah perang dunia ketiga telah meletus apabila terdapat semakin ramai wakil rakyat dari DAP dan PKR bangun yang bukan saja menyerang kedudukan Speaker di dalam Dewan malah turut berbalah dengan rakan-rakan mereka daripada Barisan Nasional.
Apa yang telah berlaku didalam Dewan Rakyat siang tadi seharusnya tidak boleh lagi untuk terus dibiarkan berlaku pada persidangan dewan yang seterusnya dan kepada kejadian hari ini diharap ada satu tindakan yang paling tegas akan diambil oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Mohd Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz terhadap para pelaku kepada kekecohan yang telah mencemar suasana mulia dalam dewan hari ini tadi dan rakyat Malaysia boleh syorkan agar Azmin Ali wajar diambil tindakan yang paling tegas kerana dia telah mencabar Tan Sri Pandikar Amin sebagai Spekear yang sepatutnya sentiasa dihormati ketika berada di dalam dewan oleh semua ahli yang berhormat sesuai dengan kedudukannya sebagai Tuan Yang DiPertua Dewan Rakyat selepas Yang DiPertuan Agong...
Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Memaparkan catatan dengan label parlimen malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label parlimen malaysia. Papar semua catatan
Khamis, Disember 16, 2010
Rabu, Jun 09, 2010
Parlimen Baru?. Projek Terbengkalai DiDahulukan. Bangunan Sedia Ada DiUtamakan.

Ada ura-ura dari kabinet untuk membina sebuah bangunan baru di kawasan Putrajaya bagi menggantikan Bangunan Parlimen Malaysia sedia ada yang dulu sering menimbulkan kontroversi apabila kerap bocor sehingga menyebabkan Menteri Kerja Raya ketika itu iaitu DS Samy Vellu selalu lupa untuk menyikat rambut beliau setiap kali mahu keluar dari rumah.
Kini isu itu tak ada timbul lagi biarpun hujan turun mencurah-curah selama berminggu-minggu lamanya dan ini menunjukkan Bangunan tersebut sudah boleh digunakan lagi dan kerajaan tak perlulah nak membebankan fikiran untuk mengira berapa kos pemibinaannya nati, dari mana sumber kewangan, siapa kontraktor yang patut dilantik dll.
Dan apa yang patut dipertingkatkan mengenai Parlimen ialah sikap Anggota-anggota Parlimen itu sendiri terutamanya dari kalangan Pakatan Pembangkang seperti DAP, PKR dan PAS supaya disiplin ketika berhujah didalam Dewan Parlimen dijaga sebaiknya, jangan jadi macam budak darjah satu era tahun 1970an dulu.
Begitu juga tatkala berada dilobi Parlimen atau di ruang rehat Parlimen ahli-ahli Parlimen terutamanya dari Pakatan Pembangkang harus bersikap sebagai seorang Yang Berhormat sesuai dengan jawatan yang sedang disandang oleh mereka ketika itu dan janganlah buat perangai macam sesetengah orang awam yang apabila masalah mereka tidak pernah dilayan oleh wakil-wakil rakyat kawasan mereka.
Berbalik semula kepada hasrat kerajaan Barisan Nasional untuk membina Bangunan Baru Parlimen Malaysia di Putrajaya, saya rasa jika melihat kepada keadaan ekonomi, keadaan politik semasa, tahap sokongan rakyat kepada BN, tahap perpaduan antara kaum tidak stabil di negara ini serta pandangan berat sebelah oleh sesetengah kaum terhadap agensi-agensi penguatkuasa dinegara ini seperti menuntut kerajaan untuk kerajaan untuk berbuat sesuatu dan bukannya menuntut kerajaan sedia ada untuk membina bangunan Parlimen baru.
Jadi apa kurangnya dengan bangunan Parlimen yang ada sekarang? Sangat mendesakkah bagi kerajaan sehingga terpaksa membangunkan bangunan baru Parlimen Malaysia di Wilayah Persekutuan Putrajaya? Tidak ada perkara yang dilihat telah mendesak...
Adalah lebih baik untuk kerajaan mendahului segala projek-projek yang terbengkalai sejak sekian lama dan yang siapkan dulu projek-projek yang sangat diperlukan oleh rakyat seperti bekalan air bersih, sistem jalanraya gred 5 pun tak apa asalkan ada laluan untuk kereta nak bergerak.
Bangunan Parlimen yang sedia ada sekarang masih bagus, selagi YB Datuk Bung Mokhtar Radin, YB Datuk Ghaffur Salleh, YB Datuk Mohamed Aziz, YB Datuk Paduka Ibarhim Ali, YB Lim Kit Siang, YB Datuk Mahfuz Omar dan lain-lain lagi masih boleh bersuara maka selagi itulah Bangunan Parlimen itu tetap boleh digunakan dan tak payah nak buat yang baru...khuatir pula nanti mereka nama yang nama mereka tertulis diatas akan membisu pula bila masuk bangunan baru.
Label:
parlimen malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com
