Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, Oktober 25, 2009

Bajet 2010: Kenapa Anwar boleh terlepas dengar satu perkara ?

Apabila Ketua Pembangkang di Parlimen yang juga Penasihat Umum kepada Parti KeADILan Rakyat(PKR) YB Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh melahirkan perasaan kecewanya terhadap pembentangan Bajet 2010 oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib pada petang Jumaat 23 Oktober lalu yang didakwa oleh Anwar sebagai langsung tiada menyebut peruntukan khas untuk pasukan pertahanan maka kita sebagai rakyat lagi berhak untuk merasa kecewa dengan dakwaan Anwar itu.

Sebagai Ketua Pembangkang yang duduk bertentangan dengan YAB Perdana Menteri semasa pembentangan belanjawan sedang berlangsung didalam Dewan Rakyat adalah sangat mustahil bagi Anwar untuk tidak perasan atau mendengar tentang perkara yang beliau bangkit itu sebenarnya telahpun Datuk Seri Najib sebut semasa pembentangan itu.

Mungkin ada sesetengah daripada rakyat biasa ketika siaran langsung bajet 2010 itu disiarkan di kaca TV terdapat ada yang mengikutinya sehingga siaran tamat dan pasti ada yang sekejap mengikuti dan kemudian keluar semula kerana tuntutan masa kerja yang tidak mengizinkan dan sudah tentulah ada yang terlepas dengar atau tertinggal mengenai peruntukan-peruntukan tertentu yang diumumkan oleh PM itu tetapi perkara seperti itu tidak sepatutnya boleh berlaku terhadap Ahli-ahli Parlimen yang ada didalam Dewan sepanjang waktu pembentangan itu berlaku.

Bagaimana Anwar boleh tidak mendengar PM mengumumkan peruntukan sebanyak RM3.7 bilion khas untuk pengurusan pertahanan negara seperti RM1 bilion diperuntukan khas untuk Pasukan Polis Diraja Malaysia(PDRM), RM1.9 bilion dikhaskan untuk Tentera bagi meningkatkan berbagai-bagai perkara dan lebih RM622 juta disediakan untuk Agensi Penguatkuasaan Meritim Malaysia.

Jika betul Anwar tidak terdengar yang PM ada menyebut sejumlah peruntukan sebanyak RM3.7 bilion itu untuk pasukan pertahanan serta pasukan keselamatan negara maka saya percaya mungkin fikiran Anwar ketika sedang melayang memikirkan tarikh 03 November yang hampir mendekati beliau untuk menunjukkan jalan bagi membawa beliau ke bangunan Mahkamah.

Tetapi jika Anwar sengaja mengatakan yang beliau tidak pernah mendengar yang PM ada menyebut peruntukan yang berjumlah RM3.7 untuk polis dan tentera maka bermakna bahawa ianya menunjukan bahawa Anwar memang mempunyai motif atau muslihat yang tertentu seperti ingin mengelirukan fikiran kalangan anggota tentera dan juga anggota polis mengenai bajet 2010 itu.

Dan pada pandangan saya seandainya ada diantara segelintir anggota tentera dan polis berjaya dikelirukan oleh Anwar berkenaan dengan Bajet 2010 itu maka sudah tentu sekali hasrat beliau untuk mendapat kuasa untuk menjadi sebagai seorang Perdana Menteri adalah semakin cerah. Kelazimannya ialah golongan yang telah berjaya dikelirukan akan lebih mudah untuk diperdayakan agar terus menyokong apa saja usaha itu tanpa mereka sedari samada mereka sedang diperalatkan atau nasib mereka diperjuangkan.

Jika suatu ketika dulu Anwar telah diketahui umum dengan hasrat beliau yang berminat untuk memancing sejumlah besar kalangan Anggota Parlimen dari Barisan Nasional lebih kurang 30 orang agar melompat parti dan masuk kedalam Pakatan Haram samada dalam PKR, DAP mahupun PAS walaupun Anwar sendiri tahu bahawa tindakan atau cara itu adalah sangat bertentangan dengan amalan demokrasi berparlimen di negara ini.

Sasaran Anwar pada tarikh 16 September sebagaimana yang telah beliau tetapkan iaitu lebih setahun sudah berlalu dan jelas telah gagal namun berkemungkinan besar beliau masih berusaha dan sentiasa menyimpan hasrat untuk mencapaikan matlamat itu walaupun terpaksa menghalal sesuatu cara yang sebenarnya memang jelas salah dari segi prinsip demokrasi.

Mungkin Anwar melihat kepada peristiwa yang telah berlaku di negara Honduras baik untuk dipraktikkan dalam usahanya untuk mendapatkan kuasa sebagai Perdana Menteri iaitu dimana Presiden Manuel Zelaya telah berjaya digulingkan dengan bantuan pihak tentera, pihak berkuasa serta mendapat sokongan padu daripada pengamal undang-undang di Honduras seperti para Hakim dan juga para peguam.

4 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, begitulah bila hati sentiasa ingin mencari kesilapan orang lain, sehingga dia tidak dapat mendengar.......... sehinggakan Allah menunjukan kelemahan dirinya sendiri.......

hilbert berkata...

Ya betul tu Yanggambi... saya rasa Anwar telah gagal menjadi ketua pembangkang di Parlimen apabila telah tertinggal satu perkara yang sangat penting untuk negara...

Tanpa Nama berkata...

SLM BRO..HEHEH ANUWAR NI TGH SAKIT KEPALE ATAS BWH MEMIKIRKAN UNTUNG NASIB DIA SENDIRI. PSL PARTI, DIA DAH X PEDULIKAN SGT SBB RAMAI PENCACAI PENADAH JUBOR YG BLH GANTIKAN TMPT DIA.

SBB TU MASE PM BENTANG BAJET, KEPALE HOTAK DIA ASIK TERINGAT PALANG BESI PENJARE JEK KEHKEHKEH

hilbert berkata...

ye lah Jeffery,.. memang fikiran Anwar waktu itu melayang entah ke mana..pasal tu lah dia tak dengar apa yang PM sebut..

Arkib Blog