Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Ahad, November 25, 2012

Harimau Malaya tanpa sentuhan TS Annuar Musa mungkin gagal ulangi sejarah!

Pesta bola piala Suzuki AFF untuk musim 2012 sudah bermula namun agak malang bagi pasukan Harimau Malaya kerana pada kali ini mereka akan beraksi tanpa sentuhan Timbalan Presiden FAM YBHG Tan Sri Annuar Musa yang digantung dari tugas oleh Lembaga Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia.

Saya walaupun kurang berminat dengan sukan bolasepak ini tetapi selagi ianya membabitkan maruah negara tentu sekali saya akan sentiasa mengikuti perkembangan sukan nombor satu ini dan tidak ketinggalan untuk turut mendoakan agar pasukan bolasepak negara terus mempamerkan persembahan yang terbaik dan menang ke atas pasukan lawan.

Tetapi pada musim kali ini saya tidaklah menaruh harapan yang terlalu tinggi kepada pasukan Harimau Malaya untuk mengulangi kejayaan yang pernah mereka ukir pada kejohanan sebelum ini kerana banyak sebab yang mungkin akan menjadi penyumbang kepada kemorosotan mutu permainan skuad negara itu nanti sekiranya mereka masih gagal menguasai permainan sepertimana yang dipertontonkan ketika bertemu pasukan Bangladesh, Hong Kong baru-baru ini.

Ketiadaan Tan Sri Annuar Musa dalam barisan pimpinan FAM juga saya nampak antara faktor yang boleh menyebabkan para pemain hilang tumpuan bermain kerana bagi saya kebangkitan Harimau Malaysia hingga berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2011 tidak dapat dinafikan banyak dibantu oleh keupayaan Tan Sri Annuar Musa dalam menentukan corak permainan para pemain negara.

Antara masalah lain yang saya nampak adalah berhubung dengan tawaran yang terlalu lumayan kepada seorang dua pemain yang tentu sekali amalan sebegini boleh melunturkan semangat berpasukan para pemain. Apabila tawaran bermain sudah mencecah sehingga ke jutaan ringgit kepada pemain tertentu jadi bagaimana pula dengan pemain yang lain yang turut bermain di dalam pasukan yang sama?

Apa-apapun saya doakan supaya pasukan negara Harimau Malaya terus fokus dengan kejayaan dan lupakan sejenak tekanan sekiranya ada... Hidup Harimau Malaya ! Malaysia Boleh!!!

Khamis, November 22, 2012

Bintang Scorpio semakin hampir dengan Bumi !

Pada pagi ini jam 5:30am...saya melihat ke langit seperti biasa mahu memerhati bintang-bintang dan alangkah terkejutnya saya apabila mendapati sekumpulan 8 bintang yang membentuk seakan-akan seekor kala jengking (Scorpions) serta menyerupai kepala seekor singa (Leo) yang sebelum ini biasanya kelihatan sangat jauh dari kita tetapi bagaimana pada pagi ini tadi hari Khamis 22 November 2012 ianya kelihatan sangat dekat dan boleh dilihat dengan lebih jelas barisan ketiga-tiga bintang yang terletak di tengah-tengah serta dikellilingi oleh 5 bintang yang lain dan dikenali sebagai Raja Bertiga (Buruj) yang menjadi panduan kepada orang-orang Islam dalam menentukan arah Kiblat mengikut kepercayaan agama mereka.

Pagi ini tadi bintang Scoprio ini letaknya di sebelah selatan atau berada di kedudukan sebelah selatan jam 5 pagi. Harap kepada sesiapa yang berminat memerhati kejadian alam bolehlah bersama-sama berjaga untuk pagi seterusnya esok dan jika cuaca baik mungkin kita semua akan berkesempatan untuk melihat semakin banyak perubahan dari sehari ke sehari pada dunia ini..

Rabu, November 21, 2012

Isu 3 anggota PDRM: jangan sampai jadi seperti isu video ketuk ketampi!

Semua orang tentu masih ingat lagi dengan isu "video ketuk ketampi" yang heboh dan hangat sekitar tahun 2006 apabila didakwa bahawa pihak polis kononnya telah menyiksa dan mendera seorang wanita warga negara China dengan memaksanya berbogel dan melakukan ketuk ketampi di dalam sel tahanan dan lebih teruk lagi apabila aksi telah dirakam menggunakan kamera video dan dan disebarkan di internet.

Kejadian itu juga telah memaksa kerajaan Malaysia menebalkan muka apabila menghantar wakil ke China bertujuan untuk meminta ampun dan maaf daripada kerajaan China kerna kononnya Malaysia dan PDRM khususnya telah melanggar hak asasi manusia terhadap warga negara tersebut walaupun kes itu sebenarnya masih lagi di dalam siasatan pihak berkuasa di negara ini dan belum pasti lagi samada ianya benar melibatkan warga China ataupun sebaliknya.

Setelah siasatan selesai dijalakan oleh pihak Polis ternyata wanita berkenaan bukannya warga China tetapi sebaliknya adalah wanita rakyat tempatan iaitu warga Malaysia sendiri yang terlibat di dalam kes tertentu.

Oleh itu, apabila mengikuti isu tiga anggota polis di Pulau Pinang yang dituduh kononnya telah merogol seorang wanita Pendatang Tanpa Izin (PATI) dari Indonesia, maka saya teringat kembali kepada isu video ketuk ketampi yang pernah menggemparkan negara seketika dulu dan saya tidak menolak kemungkinan ada unsur-unsur yang sama berlaku dalam isu yang melibatkan pihak PDRM ini namun apa-apapun biarlah siasatan menemui jawapannya.

Maksud saya mungkin ketiga-tiga polis itu sebenarnya yang menjadi mangsa, mangsa keadaan...sebab sekarang ini semakin ramai warga asing yang berani bertindak merogol undang-undang negara kita. Hidup PDRM !!!

Selasa, November 20, 2012

K.O BNBN K.O persis jampi manusia zaman purba !

Kalau kita tengok berulang kali video perbuatan melampau yang kononnya sebagai doa oleh orang-orang PAS yang memohon agar Tuhan membinasakan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional, kelakuan mereka ketika itu tidak ubah seperti tingkahlaku manusia pada zaman dahulu-kala yang memohon sesuatu perkara hanya daripada makhluk halus, jembalang dan juga jin dengan menggunakan bacaan jampi serapah mereka.

Perbuatan seperti kebudak-budakkan itu langsung tidak mencerminkan PAS yang dilaung-laungkan sebagai sebuah parti yang berteraskan Islam malah perbuatan mereka yang mendoakan kebinasaan kepada pihak lain amat bertentangan sama sekali dengan ajaran Islam itu sendiri yang menuntut semua umatnya sentiasa berbuat baik terhadap sesama mereka dan juga penganut agama lain.

Al Quran mempertahankan Yesus !

Jika dalam kepercayaan agama Kristian, Yesus Kristus telah mati dibunuh dan disalibkan tetapi dalam Al Quran pula sebaliknya malah mempertahankan bahawa Yesus tidak mati dibunuh atau disalibkan. Surah An Nissa Ayat 157 - Ayat 158 terbukti menjelaskan http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Isa_a.s.

Kalau boleh semua orang perlu melihat ini dengan jiwa, minda serta pikiran yang terbuka...kita wajar mencari kebenaran...selain kita nak tahu Yahudi ini siapa...rupa-rupanya Yahudi adalah pengikut Dajjal...dan pada akhir zaman kelak Yesus akan turun ke bumi sesudah Imam Mahdi dan Dajjal yang turun untuk membunuh Imam Mahdi..

Selasa, November 13, 2012

Bob Lokman mangsa terbaru konspirasi jahat UMNO & BN !

Berita terbaru yang kami dengar, seorang ahli baru syurga PAS, Bob Lokman telah diserang oleh seekor gajah besar ketika dalam perjalanan dengan menggunakan kereta melalui Lebuh Raya Utara dekat Grik.

Marilah sama-sama kita nantikan apakah agaknya kenyataan yang bakal dikeluarkan oleh pihak-pihak dalam PR berhubung kejadian itu. Tentu sekali mereka akan menuding jari ke arah UMNO sebagai pihak yang mengarah gajah itu bertindak ganas terhadap Bob Lokman..

Isnin, November 12, 2012

Salam Deepavali 2012 !

Esok negara kita akan menyambut satu lagi perayaan yang dirayakan oleh masyarakat Hindu di negara ini dan ini menunjukkan kepada dunia bahawa kebebasan mengamal adat kepercayaan masing-masing mengikut kaum terus subur dan kekal terpelihara dan terjamin di negara ini walau Islam telah diisytihar sebagai agama rasmi Malaysia di samping orang Melayu yang menjadi tonggak utama dalam sistem pemerintahan negara.

Suasana sebegini juga pastinya akan terus berkekalan sekiranya rakyat dari berbagai lapisan kaum dan agama tetap memberi sokongan padu kepada kerajaan yang sedia ada untuk mentadbir negara ini dan juga sekiranya perasaan syak-wsangka antara satu dengan yang lain dapat dihapuskan demi perpaduan kaum yang berkekalan.

Selamat Menyambut Hari Deepavali 2012 kepada mereka-mereka yang merayakannya !

Jumaat, November 09, 2012

Hasil balak & minyak Sarawak sebelum pembentukan Malaysia ?

Kegiatan pembalakan haram di Sarawak sudahpun bermula sejak di bawah penjajah serta di bawah pemerintahan keluarga Rajah Brooke lagi iaitu beratus-ratus tahun sebelum terbentuknya negara Malaysia lagi hasil dari pergabungan Sarawak, Sabah dan juga Semenanjung Tanah Melayu pada 16 September 1963 iaitu lebih kurang 49 tahun yang lalu.

Begitu juga dengan kegiatan mencari gali minyak yang dilakukan di luar pantai Sarawak ianya telah bermula sejak awal tahun 1900 lagi iaitu berpuluh-puluh tahun sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia dan sejak dari saat itu tiada sesiapapun di kalangan rakyat Malaysia tahu ke mana hasil minyak itu pergi dan tiada seorangpun daripada rakyat Sarawak yang bertanya berapa peratus dari hasil minyak yang dipulangkan kepada negeri ini.

Demikian juga dengan hasil balak serta beberapa sumber hasil lain yang dikeluar dari negeri Sarawak ketika itu, tiada seorangpun rakyat negeri ini yang berani mempertikaikan cara pembahagian kekayaan hasil bumi negeri ini oleh pihak penjajah pada masa itu sepertimana yang dilakukan sekarang oleh segolongan kecil rakyat yang kini menggelarkan kumpulan mereka sebagai Sarawak Sabah Keluar Malaysia atau SSKM.

Perjuangan SSKM hanya berlandaskan kepada dakwaan kononnya banyak hasil makhsul Bumi Kenyalang telah dilarikan ke Semenanjung Malaysia oleh kerajaan pusat iaitu semenjak Sarawak bersama-sama dengan Semenanjung Tanah Melayu dan juga Sabah membentuk negara Malaysia 49 tahun yang lalu. Oleh yang demikian, maka SSKM berpendapat untuk menyelamatkan harta serta sebarang kepentingan negeri ini dari terus dibawa keluar adalah dengan membawa Sarawak keluar daripada persekutuan Malaysia.

Cuma di sini saya mahu mana-mana pihak daripada SSKM agar membuktikan jika benar dakwaan seumpama, maka buktikanlah andaikata benar dalam masa 49 tahun Sarawak bersama Malaysia banyaknya kekayaan negeri di bawa keluar dan nyatakan satu persatu apa dia, tampilkan bukti dengan nilai-nilai serta jumlah kesemuanya sekali. Jika tiada, janganlah kelirukan rakyat Sarawak dengan dakwaan yang tidak berasas seperti itu.

Semua pihak di Sarawak juga perlu sedar, dalam waktu kita asyik mendakwa kononnya dalam tempoh 49 tahun Sarawak dalam Malaysia, kita telah hilang begitu banyak hasil negeri kononnya akibat dibawa lari keluar oleh kerajaan pusat tetapi adakah kita semua sedar semasa Sarawak beratus-ratus tahun berada di bawah pemerintahan kerajaan Kesultanan Brunei, di bawah pemerintahan kerajaan keluarga James Brooke, ketika di bawah penjajahan Jepun dan kemudian di bawah jajahan British...kemanakah kesemua hasil-hasil negeri kita di bawa?

Rakyat Sarawak janganlah mudah terpengaruh dan dikelirukan oleh pihak yang menggelar kumpulan mereka sebagai SSKM ini kerana sebagai rakyat yang bertanggungjawab terhadap negara kita harus akui akan hakikat bahawa hanya setelah Sarawak bersama-sama dengan Semenanjung Tanah Melayu dan Sabah menubuhkan negara Malaysia barulah hasil kekayaan negeri ini dapat dikongsi serta dinikmati bersama oleh rakyat di negeri ini melalui berbagai-bagai bentuk pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Khamis, November 08, 2012

Kenyataan Nurul Izzah bakal undang konflik agama di Malaysia !

Kenyataan tidak bertanggungjawab Nurul Izzah Anwar tentang kebebasan memilih agama  bagi setiap individu di negara ini kalau dilihat dari segala sudut tentunya bukan ditujukan kepada orang Melayu dan Islam saja malah turut disasarkan juga kepada semua penganut agama lain di negara ini.

Sebagai seorang wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen yang juga sebagai seorang pemimpin kanan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak wajar sama sekali bagi Nurul Izzah untuk mengeluarkan kenyataan seumpama itu kerna walaupun sehingga sekarang hanya sebahagian besar orang-orang Melayu dan Islam yang bangun dan bangkit menyuarakan bantahan mereka terhadap kenyataan terbuka Nurul Izzah itu tetapi bukanlah menjadi satu perkara yang mustahil selepas ini sekiranya orang bukan Islam khususnya orang-orang Kristian juga akan turut bangkit membantah kenyataan celupar Nurul Izzah itu.

Tentu sekali mana-mana agama di atas muka bumi ini tidak pernah merestui barangsiapapun antara pengikut mereka keluar dari agama masing-masing dan kemudian masuk serta menganut lain namun sebagai menghormati hak seseorang, maka pihak gereja terpaksa akur dan menyerahkan keputusan untuk dibuat sendiri oleh mereka yang berhajat untuk memeluk agama lain.

Tetapi seandainya kenyataan oleh Nurul Izzah itu suatu hari nanti akan menjadi kenyataan dan berkuatkuasa, tidakkah kita melihat bahawa akan berlaku pertembungan yang amat tidak sihat di antara berbagai agama yang ada di negara ini. Tentu sekali siapapun juga akan merasakan diri mereka bebas untuk menentukan agama mana yang patut mereka pilih dan berapa lama mereka akan berada dalam agama berkenaan dan jika rasa tidak serasi maka mereka bebas memilih samada mahu keluar dari agama yang sedang dianuti dan balik serta masuk agama lain pula.

Jika ini berlaku sudah tentu banyak juga perkara lain yang akan turut timbul dan apa yang pasti nanti ialah pertentangan antara agama di negara ini mungkin tidak akan dapat dielakkan lagi daripada berlaku apabila masing-masing cuba mempertahankan hak serta fahaman agama mereka. Mungkin pada forum tersebut Nurul Izzah merasakan bahawa kenyataan beliau itu adalah bertujuan bagi menyedapkan hati para peserta serta ahli panel yang beragama Kristian, tetapi dia tidak dapat menjangka kesan buruk yang wujud dari kenyataan beliau itu terhadap hubungan antara agama yang terdapat di dalam negara ini.

Rabu, November 07, 2012

"Sandy" pembalasan Tuhan terhadap golongan LGBT - Paderi Kristian Amerika Syarikat

Di sebalik usaha oleh orang-orang bukan Islam sendiri khususnya oleh para pemimpin agama Kristian di beberapa buah negara dalam menentang kegiatan tidak bermoral seperti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) namun yang peliknya timbul pula usaha oleh pihak tertentu di negara ini yang cuba menjadi pendekar kepada kumpulan songsang itu.

Kalau pemimpin agama Kristian di Amerika Syarikat sendiri boleh melihat bahawa apa yang sedang negara mereka hadapi ketika ini seperti bencana alam dasyat dan yang terbaru apabila negara mereka dibadai oleh Taufan Sandy adalah disebabkan oleh perbuatan tidak bermoral rakyat mereka sendiri yang mengamal cara hidup yang lebih teruk daripada haiwan tetapi yang anehnya apabila ada pihak di Malaysia yang terus mendokong perjuangan golongan LGBT itu. Jika haiwan masih boleh kenal jantina lawan tapi golongan LGBT pula sebaliknya.

Sila baca kenyataan beberapa pemimpin agama di Amerika Syarikat tentang amalan LGBT sehingga mengundang bencana Sandy di negara mereka >>> Utusan Malaysia

Selasa, November 06, 2012

LGE jual ubat penat kepada penduduk Melanau di kawasan pendalaman Sarawak



Sungguh manis kata-kata Lim Guan Eng di hadapan para penduduk di sebuah perkampungan terpencil kaum Melanau iaitu di Kpg Bungan Kecil Btg Igan Sarawak sewaktu kempen PRK Parlimen Sibu seketika dulu yang menyaksikan calon DAP Wong Ho Leng menentang Robert Lau Hui Siew calon Barisan Nasional.

Wong Ho Leng menang, tapi sehingga ke hari ini segala janji-janji yang ditaburkan pada kempen PRK tersebut belum juga ditunaikan oleh DAP, jika adapun itu semua adalah projek-projek yang datangnya daripada kerajaan Barisan Nasional

Sabtu, November 03, 2012

Anwar berjanji akan selalu "minum kopi" di Kanowit jika...

Itulah antara janji-janji Anwar. Selain terus berjanji akan menurunkan harga petrol dalam masa 24 jam selepas PR menang menawan Putrajaya, itupun jika PR menang.

Tapi ada satu janji yang paling kelakar Anwar berikan kepada penduduk Rumah Panjang di Kanowit iaitu beliau berjanji "tidak akan berbohong lagi" sekiranya PR berjaya menubuhkan kerajaan baru di Malaysia.

Lihat seterusnya di Utusan Borneo Sarawak

Jaminan masa depan, masa "belakang" bagaimana? !

Hehehehe...siaplah budak-budak tu bila mereka meningkat remaja nanti...sudah bersediakah mereka untuk masa depan yang suram disebabkan masa belakang mereka dulu yang kelam penuh sejarah hitam masing-masing...

Rabu, Oktober 31, 2012

Kuasa Veto gagal selamatkan Amerika Syarikat dari taufan Sandy !

Amerika Syarikat merupakan negara yang memang dikenali sebagai sebuah negara kuasa besar, negara maju, negara perindustrian terbesar dunia dan dalam erti kata lainnya Amerika Syarikat memiliki segala-galanya yang ada antara tiada pada negara-negara lain namun kesemuanya ada pada negara Uncle Sam itu.

Sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum bahawa Amerika Syarikat dalam hubungannya dengan negara-negara yang ada atas muka bumi ini adalah antara 5 negara kuasa besar yang memiliki kuasa khas yang disebut sebagai kuasa veto di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatui iaitu satu kuasa yang boleh membatalkan keputusan walaupun ianya dibuat oleh negara lain yang lebih banyak jumlahnya dari negara-negara yang memiliki kuasa pembatal itu.

Tetapi malang sekali apabila kerajaan Amerika Syarikat ternyata gagal untuk menggunakan kuasa veto yang ada padanya untuk menghalang kemaraan ribut Sandy dari memusnahkan hampir sebahagian besar negara Amerika Syarikat serta menyelamatkan penduduk yang terlibat dari bencana berkenaan.

Bandar Miri turut terima tempias taufan "sandy" semalam !

Agaknya Jabatan Kajicuaca gagal mengesan lebih awal kehadiran puting beliung telah menyebabkan banyak pihak di Bandar Miri mengalami kerugian khususnya para pemilik kereta yang meletak kenderaan mereka di tempat yang berdekatan dengan pokok-pokok.

Jika berjaya dikesan lebih awal, tentu terdapat tanda amaran awal dapat diberi agar semua pihak yang dijangka akan terlibat terutamanya mereka yang tinggal di kawasan berdekatan lokasi segera berada di dalam keadaan berjaga-jaga dan berwaspada. Gambar2 tragedi di Utusan Borneo

PKR ada bas, DAP ada treler dan terkini PAS baru beli Helikopter !

Nampaknya saham PKR dan DAP dalam Pakatan Pembangkang jatuh menjunam apabila saingan mereka PAS mampu memiliki sebuah pesawat helikopter bagi kegunaan parti pada PRU13 nanti.

Jika sebelum ini PKR berbangga dengan bas Jelajah MerdekaRakyatnya, manakala DAP pula dengan lori trelernya dan kini PAS tentunya akan mendabik dada kerana memiliki sebuah helikopter jika dibanding dengan PKR dengan DAP, sudah tentu rakyat melihat PAS jauh lebih hebat dari kedua-duanya.

Kalaulah ada berlaku sebarang kecemasan, DAP dan PKR bolehlah menumpang heli milik PAS untuk segera sampai ke tempat yang dituju..

Selasa, Oktober 30, 2012

Taufan Sandy: Amerika Syarikat terima hukum karma !

Sikap pilih kasih serta layanan berat sebelah dan juga ketidakadilan oleh kerajaan Amerika Syarikat terhadap negara-negara Islam khususnya negara di sebelah Asia Barat seperti Palestine, Iraq, Iran, Syria, Libya dan beberapa buah negara Islam yang lainnya selama ini kini seakan-akan mula mendapat pembalasan daripada Tuhan Yang Maha Esa.

Antaranya dengan tindakan kerajaan Amerika Syarikat selama ini dalam memberikan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada pencerobohan serta penaklukan rejim pengganas Zionis ke atas wilayah rakyat Palestine, menzalimi penduduk Palestine, merampas tanah dan juga meroboh rumah kediaman penduduk Palestine, menyiksa serta membunuh rakyat Palestine yang menentang mereka seolah-olah telah mendapat restu daripada kerajaan Amerika Syarikat.

Apakah selepas dibadai taufan ganas Sandy akan menyedarkan kerajaan Amerika Syarikat bahawa selama ini kerajaan mereka sebenarnya telah silap dalam mempertahankan satu dasar yang tidak adil kepada masyarakat dunia, dasar luar yang nyata menindas pihak yang lemah dan bersubahat dengan pengganas seperti Israel yang terbukti kejam serta zalim.

Taufan dasyat Sandy yang kini sedang melanda dan menyerang beberapa buah negeri di Amerika Syarikat seperti New York, New Jersy dan lain-lain lagi sepatutnya akan membuka hati dan mata kerajaan Amerika Syarikat betapa perbuatan mereka yang berdekad-dekad sanggup bersekongkol dengan rejim Zionis menganiaya dan menzalimi rakyat Palestine perlu menerima pembalasan yang berlipat kali ganda dari apa yang telah mereka lakukan ke atas penduduk Palestine.

Ibadah korban: Abby Abadi kena tegur dalam siaran Salam Baitullah 2012

Seperti biasa setiap malam bermula 10 Oktober 2012 jam 9 hingga 10 malam saya akan ikuti rancangan Salam Baitullah musim ke-3 yang diterbitkan siarannya oleh RTM TV1. Semalam, 29 Oktober adalah malam terakhir bagi seluruh krew Salam Baitullah yang bertugas dalam menjayakan rancangan berkenaan baik di dalam negara mahupun yang membuat liputan secara terus dari Tanah Suci Kota Mekkah.

Pada malam 27 Oktober, Salam Baitullah yang dikendalikan oleh Prof Madya Dr Mohd Reedhuan Tee Abdullah telah mengundang bekas Mufti Perlis YBhg Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ke studio bagi mengupas satu topik yang disediakan oleh TV1 iaitu "Kembali Fitrah."

Saya mengikuti program Salam Baitullah ini adalah kerana atas dasar minat terhadap rancangan tersebut sama seperti rancangan lain seperti Forum Perdana Ehwal Islam juga terbitan RTM dan juga siri Jejak Rasul terbitan TV3 yang mana bagi saya ianya merupakan racangan ilmu yang paling sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat di negara ini.

Berbalik kepada siaran pada malam 27 Oktober 2012 itu, tajuk yang dipilih "kembali fitrah" seperti tepat sekali rasanya apabila di akhir rancangan Dr Mohd Reedhuan Tee telah bertanya tentang pendapat daripada Datuk Dr Mohd Asri atau Dr Maza berhubung dengan kenyataan yang dibuat oleh bekas pelakon drama Gerak Khas Abby Abadi tentang perihal ibadah korban yang dilakukan oleh umat Islam setiap kali menjelang hari raya korban pada setiap tahun sepertimana yang disebut dalam akaun twitter milik pelakon berkenaan.

Dr Mohd Asri secara peribadi menasihatkan Abby Abadi sekiranya beliau benar-benar ingin berubah demi agama maka beliau haruslah terlebih dahulu belajar serta mendalami ilmu agama daripada mereka yang betul-betul pakar dalam bidang agama sebelum mengeluarkan kenyataan yang begitu dangkal sekali mengenai hukum-hakam agama.

Yang lucunya iaitu pada suatu ketika apabila Dr Mohd Asri secara sepontan turut menyelar kenyataan Abby Abadi itu sebagai orang yang tidak tahu membeza antara bangkai haiwan dengan daging sembelihan. Menurut Dr Mohd Asri, daging ternakan yang melalui proses penyembelihan adalah halal untuk dimakan manakala daging haiwan ternakan yang dibunuh disembelih ikut hukum agama Islam adalah haram dagingnya untuk dimakan.

Ahad, Oktober 28, 2012

Kroni seberang lautan nampak, Nepotisme depan mata tak nampak !

Ini peribahasa baru khas buat Pakatan Haram Pembangkang sebab perangai serta kebiasaan mereka yang suka melihat kepada kesilapan dan kesalahan orang lain tanpa usul periksa lalu menggembar-gemburkannya sesuka hati mereka.

Buat tuduhan melulu, tabur fitnah yang bukan-bukan terhadap kerajaan sudah menjadi asam garam dalam kerjaya politik mereka. Cerita bohong, palsu serta rekaan sudah menjadi lumrah bagi mereka demi mencapai cita-cita untuk memerintah negara ini.

Kesilapan di pihak kerajaan walaupun belum tentu sah cerita sebenarnya begitu cepat mereka nampak lantas menyebarkannya ke seluruh pelusuk tanah air tetapi bila ianya berlaku di dalam kalangan mereka sendiri, berlaku di depan mata mereka sendiri telah membuatkan pandangan mereka menjadi kabur dan buta.

Kerana asyik melihat kepada kesilapan orang lain, sehinggakan segala yang tidak betul berlaku dalam pakatan itu sendiripun telah turut gagal untuk dilihat oleh para penyokong mereka..

Jumaat, Oktober 26, 2012

SCORPENE: DS Anwar Ibrahim luluskan pembeliannya pada 1995 !

Cadangan untuk membeli kapal selam Scorpene bagi tujuan pertahanan negara mula dibincangkan dalam kabinet Malaysia dalam tahun 1991.

4 tahun kemudian iaitu pada tahun 1995, setelah melalui banyak perbincangan mengenainya oleh Jemaah Menteri, kerajaan Malaysia akhirnya mengambil keputusan untuk membeli kapal selam berkenaan selepas mendapat kelulusan daripada Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Namun perjanjian untuk pembelian Scorpene hanya ditandatangani pada tahun 2000 dan Malaysia mula menerima kehadiran kapal selam tersebut dalam tahun 2010. Lihat seterusnya di sini

Arkib Blog