Sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum bahawa Amerika Syarikat dalam hubungannya dengan negara-negara yang ada atas muka bumi ini adalah antara 5 negara kuasa besar yang memiliki kuasa khas yang disebut sebagai kuasa veto di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatui iaitu satu kuasa yang boleh membatalkan keputusan walaupun ianya dibuat oleh negara lain yang lebih banyak jumlahnya dari negara-negara yang memiliki kuasa pembatal itu.
Tetapi malang sekali apabila kerajaan Amerika Syarikat ternyata gagal untuk menggunakan kuasa veto yang ada padanya untuk menghalang kemaraan ribut Sandy dari memusnahkan hampir sebahagian besar negara Amerika Syarikat serta menyelamatkan penduduk yang terlibat dari bencana berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan