Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, April 24, 2012

(((BOM))) di Dataran Merdeka 28 April ini ?

Apakah jaminan yang boleh diberi oleh pihak berkuasa bahawa tidak akan berulang kembali tragedi letupan bom seperti yang pernah berlaku semasa perhimpunan 901 Bebas Anwar 9 January 2012 lalu tidak akan berlaku pada perhimpunan haram terbaru yang dijangka bakal diadakan hari Sabtu, 28 April ini oleh kumpulan pengganas BARUA 3.0 pimpinan Ambiga Samad Sreenavasan Said?

Dan dimanakah asasnya apabila Menteri Dalam Negeri sendiri YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menegaskan bahawa tidak akan berlaku sebarang keganasan berlaku pada perhimpunan 28 April ini malahan Datuk Seri Hisham tanpa berselindung telah menawarkan kerjasama untuk membantu perhimpuan itu berjalan dengan lancar?

Perlu diingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia, walaupun BERSIH 3.0 bagi mereka namun bagi saya ianya adalah BARUA 3.0 merupakan sebuah pergerakan pengganas setaraf dengan Hindraft serta Tamil Tiger yang sentiasa berusaha untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan tanpa menghormati hak majoriti rakyat Malaysia lain yang cintakan kedamaian serta keamanan di negara ini.

Ambiga Samad dan Samad Ambiga adalah dua kepala pengganas, pemberontak yang memang hebat dan berani. Jika tidak masakan kedua-duanya mampu menundukkan begitu ramai pemimpin-pemimpin pembangkang tunduk serta sanggup untuk menyertai perhimpunan yang akan mereka anjurkan hari Sabtu hujung minggu ini.

Selain itu kedua-duanya Samad Ambiga dan Ambiga Samad cukup digeruni oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang sepatutnya dulu ke hadapan bagi mencegah perhimpunan haram itu daripada berlaku terpaksa tunduk sehingga sanggup pulak ke hulu ke hilir membantu mencari lokasi sesuai untuk pergerakan pengganas itu berhimpun.

Memang hebatkan, kedua-duanya boleh menunduk semua pihak... Datuk Seri Hisham yang dulu memang terkenal dengan amaran demi amarannya tetapi kini terpaksa mengalah seratus peratus. Apakah Datuk Seri Hisham sudah mengarah pegawai bawahan beliau agar melakukan pemeriksaan secara teliti di sekitar kawasan Dataran Merdeka serta di beberapa laluan menuju ke lokasi seperti yang dituntut oleh Ambiga Samad dan Samad Ambiga bagi penganjuran BARUA 3.0 mereka itu?

Pastikan pergerakan haram itu tidak menyembunyikan sebarang bahan letupan di tempat-tempat tertentu berdekatan Dataran Merdeka yang boleh mengundang pelbagai kemudaratan kepada keselamatan orang awam pada hari berkenaan.

Ais Krim: harga semua jenis ais krim akan turun jika Anwar jadi PM!

Mari semua tuan2, puan2, saudara saudari, adik2, abang2 serta kakak2 sekalian!!! pengumuman-pengumuman!!! buat para penggemar ais krim...harga semua jenis ais krim di pasaran akan diturunkan pada kadar harga yang paling rendah sekali sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia...

Ada ais krim yang berperisa durian, coklat, jagung, nangka, mangga, nenas, jambu, jambu air jambu batu, strawberry, blackberry, blueberry macam-macam berry juga ada jual!!!

Beli satu dapat satu!!! boleh tukar-tukar juga..sama macam kereta ferrari..boleh tukar juga sama itu bini atau itu laki juga hahaha...semua bisa makan ais krim ramai-ramai...

Dulu ais krim Datuk Nalla kata banyak mahal,,,beli satu harga RM200 juta...tapi kalu Anwar jadi PM harga itu ais krim banyak percuma...!!

Isnin, April 23, 2012

Seks Songsang: puak LGBT lebih keji dan hina dari anjing !

Semasa ditemuramah oleh wartawan TV3 juga oleh beberapa waratawan dari media lain, salah seorang ahli panel yang sama-sama memberi syarahan pada Wacana Kemungkaran LGBT di Dewan Besar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kampus Antarabangsa yang bertajuk "Seks Songsang Perspektif Syari'ah" di mana beliau (maaf, saya terlupa nama ahli panel berkenaan) telah memberi perumpamaan tentang pelaku kegiatan yang sungguh tidak bertamadun itu.

Ketika di hadapan para wartawan beliau memberi contoh bagaimana "anjing-anjing jantan sekiranya dicampakkan kedalam kandang yang menempatkan anjing yang sama jenis dengannya, maka mereka akan berkelahi atau bergaduh sesama sendiri sehingga salah seekor daripada anjing tersebut mengalah dan melarikan diri namun berbeza dengan lelaki gay, apabila mereka ditempatkan di dalam sebuah bilik bersama dengan lelaki yang sama nalurinya sudah pasti akan berlaku perkara yang mustahil dilakukan oleh seekor anjing jantan dengan anjing jantan yang lain iaitu bercumbu rayu, berpeluk-pelukan, berciuman dan lain-lain lagi yang pada kelazimannya dilakukan dengan pasangan yang berlainan jantina.

Program berkenaan juga turut disertai oleh Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang juga bekas Timbalan Presiden PAS dan ianya dianjurkan oleh Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) pimpinan Ustaz Ismail Mina bekas rakan rapat Anwar Ibrahim.

Biasanya kita sering mendengar orang menyebut tentang perbezaan di antara haiwan-haiwan dengan manusia. Orang akan berkata "manusia dikurniakan dengan hawa nafsu serta akal tetapi haiwan hanya dikurniakan dengan nafsu tanpa akal fikiran." Begitu juga dengan para malaikat di mana mereka hanya dikurniakan hanya akal namun tiada nafsu. Tetapi bagaimana manusia khususnya mereka yang berada di dalam kumpulan LGBT rela merendahkan darjat mereka jauh di bawah darjat haiwan-haiwan yang tidak punya akal fikiran ?

Sarang pelampau di Dataran Merdeka: saya sokong Papa Gomo !

Saya menyokong 100 peratus tulisan Papa Gomo di sini di mana saya yakin bahawa ianya ditujukan khas kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkaitan dengan kewujudan yang semakin hari semakin banyak sarang-sarang pelampau serta pemberontak kalangan segelintir Mahasiswa yang anti-PTPTN di sekitar Dataran Merdeka.

Saya juga sangat setuju bagaimana pihak DBKL hanya membiarkan kelompok pelampau ini membina sarang haram mereka di situ sedangkan kawasan berkenaan adalah antara kawasan yang sering dikunjungi oleh pelancong asing dan jika dibandingkan dengan tindakan yang sebelum ini terhadap para penjaja kecil-kecilan pasti akan dikenakan tindakan segera oleh DBKL tetapi kenapa tidak kepada kumpulan pemberontan itu?

Oleh itu, apakah pihak DBKL akan menunggu sakit menjadi barah baru nak bertindak? Kenapa tidak cegah lebih awal sebelum perbuatan pelampau mahasiswa yang sewel itu terus memudaratkan keadaan dan apakah Malaysia ini ada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, jika ada siapakah Menterinya? Pelik sungguh bila DS Hisham sendiri kata bahawa perhimpunan BARUA 3.0 sebagai tidak ganas dan bahaya...

Liwat III: Speaker Parlimen Gay Australia letak jawatan serta-merta !!!

SIDNEY 22 April - Speaker Parlimen Australia hari ini meletak jawatan selepas dituduh melakukan gangguan seksual terhadap seorang kakitangan lelaki dan menyalah gunakan peruntukkan perbelanjaan.

Peter Slipper didakwa telah membuat hubungan sulit dengan pekerja lelakinya James Ashby yang berusia 33 tahun. Seterusnya di Utusan Malaysia

Bezanya kalau di Malaysia apabila ada pemimpin yang sudah banyak kali terlibat dengan masalah salahlaku seks serta kuasa tidak berani untuk bertanggungjawab atas perbuatan sendiri namun sebalik asyik menyalahkan pihak lain pula...

Ahad, April 22, 2012

Politik Sarawak: kelahiran SWP bakal leburkan sikap keras Presiden PRS !

Sebuah lagi parti politik wujud di Sarawak iaitu Parti Pekerja Sarawak atau Sarawak Worker Party (SWP) yang diterajui oleh Presiden penajanya, Dr. Ong Lark Sai di mana sebaik saja permohonan mereka diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan [ROS] pada Selasa 17 April lalu.

Saya melihat kelahiran SWP yang seolah-olah dibayangi restu daripada Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj. Abdul Taib Mahmud bukan saja dianggap untuk menambahkan lagi kemeriahan suasana politik Bumi Kenyalang malah lebih kepada akan memberi saingan hebat kepada dua parti serpihan PBDS (Parti Bansa Dayak Sarawak) iaitu PRS dan juga SPDP.

Kewujudan SWP itu juga sebenarnya jelas terhasil daripada konflik yang berlaku di dalam PRS sendiri apabila krisis kepimpinan melibatkan Presidennya Tan Sri Dr. James Masing dengan bekas ADUN Pelagus Larry S'ng gagal diselesaikan gara-gara sikap membatu tidak bertempat Dr. James Masing yang terus menutup kepada segala bentuk rundingan damai dengan kumpulan yang diketuai oleh Larry S'ng.

Sikap keras kepala Dr. James Masing juga tidak ubah sama seperti sikap Presiden SPDP YB Tan Sri William Mawan Ikom di mana lebih berminat untuk melihat parti yang beliau pimpin menjadi cepat hancur daripada berusaha untuk menyelamatkan parti dari musnah akibat kemelut yang berpanjangan angkara tindakan sesetengah pemimpin dalam parti sendiri yang gemar melaga-lagakan pemimpin tertentu dengan pucuk pimpinan parti semata-mata hendak mengejar kuasa dan tempat di dalam parti.

Kumpulan SPDP5 yang diketuai oleh Ahli Parlimen BN Mas Gading YB Datuk Tiki Lafe contohnya, iaitu setelah kelima-lima mereka termasuk empat yang lain iaitu YB Datuk Sylvester Entri, YB Paulus Ngumbang, YB Rosey Yunus dan YB Datuk Peter Nansian disingkir daripada parti oleh Majlis Teringgi SPDP hanya merugikan parti malah tidak akan membantu parti pimpinan Tan Sri William dari segi untuk memulihkan parti dari kemelut yang melanda tetapi mungkin akan mempercepatkan lagi proses ke arah kehancuran sesebuah parti itu.

Berbalik semula kepada penubuhan SWP ini saya tetap melihat bagaimana parti ini nanti yang dinaungi oleh bekas Ahli Parlimen Julau iaitu Datuk Seri S'ng Chee Hwa bapa kepada bekas ADUN Pelagus Larry S'ng akan membalun serta memastikan parti PRS yang dipimpin oleh Tan Sri Dr. James Masing akan lenyap dari arena politik negeri Sarawak. Ini rasanya pasti akan berlaku kerana dendam politik perlu dilunaskan dan untuk menebus segalanya mungkin dalam masa yang sama sudah pasti SWP tidak mahu berlaku sebarang pergeseran dengan parti komponen lain di dalam Barisan Nasional khususnya PBB serta SUPP.

Kalau mengikut teori, SWP seboleh-bolehnya mahu memastikan agar tidak timbul apa-apa masalah antaranya dengan PBB dan SUPP iaitu dua parti tertua di negeri Sarawak kerana boleh dilihat bahawa matlamat sebenar tertubuhnya Sarawak Worker Party adalah bertujuan untuk mengajar Presiden PRS bagaimana cara untuk memimpin sebuah organisasi yang dianggotai oleh ratusan ribu pengikut, harus bersedia untuk mendengar luahan pihak lain, sedia menerima pandangan serta tahu menghormati hak bersuara dikalangan pemimpin-pemimpin di dalam parti dan tidak hanya berterusan memaksa pihak lain supaya menurut serta akur kepada kemahuan sendiri.

Menurut laporan akhbar tempatan Sarawak hari ini, lokasi pertama yang menjadi pembuka langkah sulung SWP untuk memulakan kempen politik mereka adalah dalam kawasan Parlimen Kanowit yang kini disandang oleh YB Datuk Aaron Dagang daripada PRS. Kehadiran Datuk S;ng Chee Hwa yang datang dengan menaiki sebuah helikopter peribadi miliknya bersama dengan ADUN Bebas kawasan Pelagus YB George Lagong serta beberapa kenamaan lain sudah cukup untuk menjelaskan bahawa sasaran utama SWP pada PRU-13 nanti adalah kawasan yang diwakili oleh parti pimpinan Tan Sri Dr. James Masing.

Dalam keadaan tertentu saya yakin SWP tidak akan mencabar parti PBB dan SUPP sebab sejak awal lagi iaitu sebelum kelulusan diperolehi daripada ROS mereka menyatakan bahawa tidak ada masalah dengan BN tetapi cuma dengan PRS saja dan dari situ jugalah andaian saya sekira SWP ditakdirkan untuk menang dan berjaya menewaskan calon-calon yang diletak PRS pada PRU-13 mahupun pada PRN Sarawak ke-11 nanti adalah bukan perkara mustahil berlaku apabila parti berkenaan akan diterima sebagai anggota BN Sarawak kerana dasarnya yang pro BN disamping reaksi Pehin Sri Taib Mahmud yang bernada lembut ketika ditanya berkenaan dengan kelahiran SWP dalam kancah politik Bumi Kenyalang.

Tidak seperti dengan parti-parti yang lain sebelum ini, Pehin Sri Taib bersikap jauh lebih terbuka dan seperti mengalu-alukan kehadiran SWP di atas pentas politik negeri Sarawak...

Video: Mahaseksa & Mahaseksi buat wayang percuma di Dataran Merdeka !

Ini video dulu asalnya saya muatturun dari blog Bila Harimau Sudah Menaip dan kini saya muatnaik semula di blog ini bagi meraikan perkhemahan haram sekumpulan kecil mahasiswa serta mahasiswi di Dataran Merdeka yang menuntut agar kerajaan memberi pendidikan kepada mereka... sila saksikan ;-))

Sabtu, April 21, 2012

Video BARUA 3.0: Tamrin turut menghina sejarah perjuangan ayahnya, Tun Abdul Ghafar !



Apakah Datuk Tamrin, anak kepada bekas Timbalan Presiden UMNO, bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba lupa bahawa pengunduran bapa beliau dari jawatan nombor dua dalam kerajaan serta parti pada tahun 1993 adalah kerana untuk memastikan demokrasi terus subur dalam parti disamping tidak mahu berlakunya sebarang perpecahan dalam parti berikutan sokongan yang semakin kuat diterima daripada UMNO Bahagian juga Cawangan terhadap Naib Presiden UMNO ketika itu Anwar Ibrahim yang dicalonkan bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO ketika itu.

Tamrin patut sedar bahawa sekiranya memang tiada keterbukaan ataupun tidak ada amalan demokrasi dalam kepimpinan Barisan Nasional mahupun UMNO ketika itu sehingga kini apakah tidak timbul di dalam pikiran beliau yang Anwar Ibrahim tentu sekali tidak akan berpeluang untuk mencabar kedudukan bapanya dalam UMNO serta dalam kerajaan. Dan sudah pasti Anwar Ibrahim juga akan turut kempunan untuk merasa duduk di kerusi Timbalan Perdana Menteri kerana UMNO membelakangkan amalan demokrasi.

Namun sayang seribu kali sayang kerana Tamrin telah terlupa tentang sejarah kejatuhan karier politik bapa beliau adalah disebabkan perancangan yang halus serta licik mereka yang kini mendalangi perhimpunan haram bersih 1, bersih 2 serta bersih 3 iaitu Anwar Ibrahim. Kalau bukan kerana Anwar Ibrahim tentu sekali allahyarham bapa beliau akan bersara secara terhormat daripada parti serta kerajaan dan bukannya berundur daripada jawatan TPM akibat tewas kepada tekanan daripada pihak-pihak yang menyokong pemimpin yang mendakwa kononnya beliau adalah pejuang demokrasi dan kebebasan di negara ini.

Cuba baca kisah hidup serta kisah perjuangan yang dilalui oleh Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba bersama UMNO di sini yang cuba dinafikan oleh anaknya sendiri, Datuk Tamrin Abdul Ghafar bekas Ahli Parlimen BN Kawasan Batu Berendam Melaka.

Video BARUA 3.0: Kadir SheikS Fadzir menelanjang dirinya sendiri !



Cuba kita amati semua ucapan yang dibuat oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia, Kadir SheikS Fadzir dalam video Minaq Jinggo ini...

Dia tuduh bahawa tiada langsung sistem demokrasi diamalkan dalam proses pilihanraya di negara ini serta tiada langsung kebebasan diberikan oleh pihak kerajaan terhadap media massa mahupun media elektronik.

Apa Kadir SheikS Fadzir tidak ingatkah siapa yang menewaskan beliau di Parlimen Kulim Bandar Baru pada PRU-12 dulu ? Beliau ketika itu adalah calon Barisan Nasional namun telah ditewaskan oleh calon Pakatan Haram daripada PKR iaitu YB Datuk Zulkifli Nordin(kini wakil rakyat Bebas).

Patutnya kalau diikut dakwaan oleh Kadir SheikS Fadzir itu, beliau mestinya menang besar dikawasan tersebut kerana semua keputusan ditentukan oleh kerajaan Barisan Nasional tetapi itu tidak berlaku sebalik calon pembangkang pula yang menang dengan majoriti besar.

Kalau benarlah dakwaan mengarut Kadir SheikS Fadzir bahawa tiada amalan demokrasi dalam sistem pilihanraya di Malaysia khususnya ketika kemuncak karier politik beliau pada 2008, mengapa YB Datuk Zulkifli Nordin boleh menang dan beliau tewas?

Dan banyak lagi kerusi-kerusi Parlimen serta DUN yang sebelum itu telah menjadi milik BN tetapi terlepas ke tangan pembangkang?

Satu lagi, Kadir SheikS Fadzir menuduh kerajaan melalui Kementerian Penerangan telah menyalahgunakan kuasa apabila bertindak menyekat kebebasan media terutamanya ketika menjelang PRU-12 dulu. Apakah Kadir SheikS Fadzir terlupa siapa dia Menteri Penerangan Malaysia ketika itu kalau bukan dia sendiri? Memang lancaolah bekas pemimpin macam ini!!!

Apa Kadir SheikS Fadzir tidak perasan, sejak Kementerian Penerangan diterajui oleh YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, kebebasan media serta media elektronoik milik kerajaan sendiri seperti RTM TV1, TV2 serta radio lebih jauh terbuka jika dibandingkan ketika Kadir SheikS Fadzir menjadi menterinya.

RTM baik TV1 mahupun TV2 sejak dipimpin oleh Dr. Rais Yatim memang banyak menampakkan perubahan malahan lebih berani berdepan dengan cabaran dan ini boleh saja dilihat apabila mereka sering mengundang pemimpin pembangkang bersama para pemimpin kerajaan untuk muncul ditemubual serta meluahkan pandangan mereka dalam siaran tv RTM.

Adakah keadaan seperti ini pernah berlaku ketika RTM khususnya Kemeterian Penerangan dikemudikan oleh Kadir SheikS Fadzir? Tidak adakan...namun masa PRU-12 beliau boleh kalah kepada calon PKR. Itulah, kalau betul dakwaan serong Kadir Shek Fadzir itu tentang demokrasi telah mati di negara ini, kenapa beliau boleh kalah sedangkan beliau ketika itu mewakili UMNO serta Barisan Nasional?

Kalau benar semua jenis bentuk kebebasan termasuk demokrasi di negara ini berada di dalam genggaman pemimpin Barisan Nasional, adalah satu tindakan terlalu bodoh apabila pihak kerajaan sengaja untuk menyerahkan Pulau Pinang, Selangor, Kedah serta Perak kepada Pakatan Haram Pembangkang...

Sudahlah Kadir SheikS Fadzir,,,tak usahlah anda cuba untuk menipu atau memutar belitkan kenyataan...anda kalah kepada Datuk Zulkifli Nordin pada PRU-12 dulu bukan kerana pencabar kamu itu calon Barisan Nasional dan juga bukan kerana ketika itu kamu calon PAS atau PKR ataupun DAP tetapi kerana negara kita khususnya kerajaan BN sejak dulu sehingga kini memang terbukti mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, pilihanraya yang telus dan adil sehingga banyak kerusi yang disandang sebelum itu jatuh ke tangan pihak pembangkang..

Facebook: PM Singapura turuti jejak PM Malaysia..

Singapura 21 April - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong semalam melancarkan laman sosial Facebook miliknya sendiri dalam usaha merapatkan hubungan bersama rakyat. Seterusnya di Utusan Malaysia

Jumaat, April 20, 2012

Kondom & KY Jelly bersepah di lokasi khemah haram pemberontak PTPTN !

Khemah haram percuma, nasi bungkus percuma, air minuman percuma, tidur percuma, kondom percuma, bahan pelincir KY Jelly percuma...semua percuma.

Kehadiran Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Sam Kemetot, Mamfuz Omar, Nizar Jamaluddin, Ustaz Nasharuddin Tantawi serta beberapa pemimpin Pakatan Haram pembangkang ke lokasi para pemberontak PTPTN berkhemah di Dataran Merdeka adalah semata-mata untuk membekalkan keperluan tersebut.

Benda-benda itu semua memang amat diperlukan oleh para pemberontak tersebut kerana jika tanpanya semangat mereka itu terus hidup bergelandangan dalam cuaca sejuk dingin membeku di atas Dataran Merdeka tentu akan cepat luntur.

Cuba pembaca semua bayangkan, apabila dalam satu khemah terdapat tiga ataupun empat orang yang tidur di dalamnya dan pasti ketika tidur pula mereka akan berhimpit-himpit dan bagi yang punya nafsu songsang mungkin saat sedemikian sangat digemari hehehe....apa lagi,,,,,

Patutlah setiap pagi Detektif Conan sering terjumpa dengan bekas-bekas kondom yang dibuang di sekitar kawasan mereka berkhemah,,siap dengan bekas-bekas bahan pelincir KY Jelly :-]

BARUA 3.0: mereka tuntut 8 perkara, tapi lupa 5 perkara sebelum datang 5 perkara !

 Perkara ( 1 ) : Muda Sebelum Tua. Patutnya setelah memasuki usia senja mereka perlu kembali kepada landasan hidup yang sebenar dan bukan terus hanyut dengan tuntutan hawa nafsu duniawi.
 Perkara ( 2 ) : Sihat Sebelum Sakit. Semasa masih sihat patutnya buat perkara-perkara yang dituntut oleh agama dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegah. Jangan menggadaikan maruah agama semata-mata mahu memenuhi kehendak politik dunia.
 Perkara ( 3 ) : Kaya Sebelum Miskin. Kata orang, beringat sebelum kena dan berjimat sebelum habis.
 Perkara ( 4 ) : Lapang Sebelum Sempit. Mesti kena ingat, sebelum segala apa yang kita miliki hari ini menjadi hancur musnah, adakah kita rela menyerahkan tindakan kita untuk ditentukan oleh pihak lain hanya kerana untuk mendapat kuasa memerintah.
Perkara ( 5 ) : Hidup Sebelum Mati. Mati memang pasti dan hidup insya-Allah. Adakah sebelum mati kita semua telah bertaubat serta insaf atas segala kesilapan atau keterlanjuran yang pernah dilakukan? Bila lagi nak bertaubat? Apakah mahu menunggu sehingga misai, janggut tumbuh panjang dan beruban seperti janggut Pak Samad baru terpikir hendak bertaubat?

8 perkara yang dituntut oleh BARUA 3.0;

[ 1 ] Bersihkan Senarai Undi

[ 2 ] Mereformasikan Undi Pos

[ 3 ] Gunakan Dakwat Kekal

[ 4 ] Tempoh Kempen Maksima 21 Hari

[ 5 ] Akses Media Yang Bebas Dan Adil

[ 6 ] Kukuhkan Institusi Awam

[ 7 ] Hentikan Rasuah

[ 8 ] Hentikan Politik Kotor

Bukankah perkara [ 1 ] sentiasa dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dari masa ke semasa dan perkara [ 2 ] sedang dipertimbangkan oleh SPR bagi rakyat Malaysia yang bermastautin di negara lain. Jadi apa lagi yang dimahukan oleh BARUA 3.0?

Begitu juga dengan perkara [ 3 ], kerajaan serta SPR telahpun bersetuju untuk menggunakan kaedah dakwat kekal pada PRU-13 nanti sebagaimana yang pihak pembangkang cadangkan sebelum ini, oleh itu dakwat yang bagaimana lagi puak-puak BARUA 3.0 mahu SPR gunakan nanti?

Manakala tuntutan BARUA 3.0 untuk perkara [ 4 ], [ 5 ], [ 6 ], [ 7 ] dan [ 8 ] telah lama digunapakai oleh SPR yang mendapat kerjasama baik daripada kerajaan Barisan Nasional sejak dulu lagi dan tiada nampak lagi di mana keperluan bagi pihak BARUA 3.0 untuk mengadakan pemberontakkan di Dataran Merdeka 28 April ini.

Video: Jom Balik Pulau, panjat jambu !!!



Video seorang wakil rakyat pembangkang kena persenda dalam Parlimen :-)

Khamis, April 19, 2012

BARUA 3.0: wajah-wajah pemberontak bersiri yang akan bertempur pada 28 April ini !

 Wanita Besi Berkarat, Ambiga Sreenavasan satu-satunya wanita yang terus diberi kepercayaan oleh pihak penentang kerajaan untuk mengetuai kempen menghasut orang ramai serta seluruh rakyat Malaysia bangkit memberontak serta melawan dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional. Perjuangan beliau diselang-seli dengan usahanya menyokong perjuangan kumpulan LGBT yang mendesak kerajaan supaya membenarkan budaya songsang diamalkan oleh puak-puak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual di negara ini.
 Ini orang tua yang tak sedar diri, rumah kata pergi, kubur kata mari... A.Samad Said menerusi beberapa puisi yang pernah didekliminasinya semasa perhimpunan haram BARUA 2.0 pada 9 Julai 2011 tahun lalu secara berlapik mendakwa beliau mencintai perpaduan, keamanan, kesejahteraan dan kedamaian namun dalam masa yang sama turut bersekongkol dengan puak-puak yang sedang giat untuk memporak-purandakan keadaan keselamatan dalam negara dan beliau juga merupakan antara individu yang begitu bersungguh-sungguh untuk memastikan agar kerajaan segera menghapuskan PPSMI dari sukatan pelajaran negara.
 Tian Chua, wakil rakyat PKR kawasan Parlimen Batu. Terkenal dengan tabiat menyerang serta memberontak terhadap pihak berkuasa khususnya pihak polis. Pada perhimpunan haram BARUA 3.0 yang dijangka diadakan di Dataran Merdeka 28 April ini, kemungkinan besar beliau akan menyertai perhimpunan haram tersebut, ini berdasarkan kepada sejarah pemberontakan beliau terhadap kerajaan yang tak sudah-sudah sehingga membawa menjadi satu kes di mahkamah.
 Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Ampang...Zuraida Kamaruddin atau sering menjelma menjadi hantu Mak Limah Lampir memang tidak serik-serik untuk menyertai pemberontakan tanpa mengira siapa penganjurnya, asalkan pemberontakan dilakukan untuk menentang segala rancangan serta usaha murni yang dibuat oleh phak kerajaan.
 Pada perhimpunan BARUA 2.0 tahun lepas, Mat Syabu Timbalan Presiden PAS ini juga turut serta memberontak namun ketika kehadiran polis, beliau menjadi gelabah dan kemudian cuba melarikan diri dengan membonceng motosikal yang ditunggang oleh rakan tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu melanggar trak polis yang diletakkan di tepi jalan.
 Adam Songsang, mahasiswa yang telah disingkirkan oleh pihak universiti kerana telah menjatuhkan maruah universiti tempat beliau menimba ilmu apabila menyalahgunakan masa untuk belajar kepada kegiatan yang sangat bertentangan dengan peraturan serta undang-undang universiti. Sering mengetuai sekumpulan mahasiswa yang berjaya beliau perdayakan dalam perhimpunan haram menentang kerajaan. Memberontak dan mendesak kerajaan menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sehingga kini terus menekan agar kerajaan memberi pendidika percuma kepada golongan mereka.
 Terkenal kerana sering terkencing dalam seluar, Shamsul Iskandar Akin atau lebih lebih dikenali sebagai Sam Kemetot oleh golongan blogger pro-BN. Beliau merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan PKR atau singkatannya AMK. Pernah menghasut rakyat agar bangun bersama beliau bangkit memberontak menentang kerajaan dan lakukan kekerasan sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat Mesir terhadap kerajaan pimpinan bekas Presiden Hosni Mubarak. Maknanya Sam Kemetot menyeru rakyat supaya memberontak sehingga kerajaan sedia ada menjadi lemah dan seterusnya memberi ruang kepada pihak Pakatan Haram DAP, PKR serta PAS untuk merampas kuasa.
Ini pula adalah Tamrin Abdul Ghaffar anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Allahyarham Tun Abdul Ghaffar Baba. Allahyarham juga adalah merupakan bekas Timbalan Presiden UMNO sebelum Anwar Ibrahim. Sebagai anak kepada bekas pejuang tulen bangsa dan negara, tindakan Tamrin yang sanggup bersekongkol dengan pengkhianat negara seperti S. Ambiga, A. Samad Said, Tian Chua dan lain-lain untuk turut serta dalam perhimpunan haram BARUA 3.0 pada 28 April ini adalah satu perkara yang sangat dikesali.

Sebagai anak kepada bekas pemimpin yang sangat dikagumi akan semangat kebangsaan dan juga semangat kenegaraannya, Tamrin tidak sepatutnya melibatkan diri dengan sebarang kegiatan songsang yang diterajui oleh puak-puak PAS(Parti Ambiga Sreenavasan) yang nyata boleh memudaratkan keadaan keamanan serta keharmonian di dalam negara. Beliau sepatutnya mempertahankan perjuangan murni yang pernah dilakukan oleh Allahyarham Tun Abdul Ghaffar dulu dan bukannya turut serta memberontak di jalanraya untuk memusnahkan semua hasil penat lelah perjuangan yang dilakukan oleh para pejuang yang terdahulu termasuk allahyarham bapa beliau.

Gerhana lagi ? bulan berbentuk sabit setiap 5 pagi dari arah timur..

Ada yang perasan tak berkenaan dengan rupa bentuk bulan pada setiap jam 5 pagi yang terbit dari arah timur?

Nak dikatakan gerhana tidak juga, nak dikatakan anak bulan tidak juga sebab rupa bentuknya sama saja setiap pagi bila saya perhati bermula pada 17, 18 dan pagi ini tadi 19 haribulan April jam 5 pagi hari Khamis.

Apakah petanda-petanda ini semua membawa kepada makna bahawa hari kiamat sudah semakin menghampiri kita?

Rabu, April 18, 2012

Penagih berkhemah di tengah-tengah Ibu Kota KL ?

Orang lain kalau hendak berkhemah kena pergi jauh-jauh ke dalam hutan ataupun sekurang-kurangnya pasang khemah ketika berkelah di tepi pantai, namun apa yang peliknya bagi para pemberontak PTPTN apabila mereka memilih untuk berkhemah di dalam kawasan bandar yang sepanjang masa sibuk dengan segala aktiviti manusia.

Oleh itu, saya berharap agar pihak berkuasa khususnya pihak polis boleh kiranya menyiasat apakah kegiatan yang dilakukan oleh para pemberontak pimpinan Adam Adli sewaktu mereka sedang bertapa di dalam khemah yang mereka dirikan itu, samada mereka itu sedang melayan facebook, twitter, mengulangkaji pembelajaran, bermain daun terup, buat hubungan seks bebas ataupun tengah layan ketagihan syabu..

Harap pihak berkuasa menyiasat apa yang mereka lakukan dalam khemah-khemah tu, siasat jangan tak siasat !!!

Sampai bila kumpulan Adam Adli mahu terus menyusu?

Pendidikan percuma yang dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia bermula dari darjah 1 sehingga ke darjah 6 dan seterusnya dari tingkatan satu membawa ke tingkatan 5 serta tingkatan 6.

Sejak dari sekolah rendah lagi rakyat Malaysia telahpun diperkenalkan dengan sistem pendidikan percuma oleh pihak kerajaan dan sepatutnya perkara ini diambilkira juga oleh mereka-mereka yang kini begitu giat mencabar kerajaan supaya terus menanggung kos untuk membiayai pengajian mereka di menara gading secara percuma.

Sebagai individu yang sudahpun masuk ke alam dewasa, mahasiswa-mahasiswa yang berada di dalam kumpulan Adam Adli sewajarnya sudah mampu untuk berfikir secara matang dan bersedia untuk belajar hidup "berdiri di atas tapak kaki sendiri" ataupun berdikari tanpa mengharapkan seratus peratus bantuan percuma daripada pihak kerajaan bagi menampung kos pengajian mereka.

Mengambil contoh bayi yang baru lahir kuat menyusu susu badan ibunya, selang beberapa bulan perubahan demi perubahan berlaku pada bayi di mana bayi bertukar menjadi kanak-kanak kecil yang mulai tahu mengensot kemudian mula belajar merangkak, berdiri, berjalan dan seterusnya berlari sehingga ia menjadi seorang kanak-kanak yang nakal iaitu dari seorang bayi yang minum susu ibu kepada susu botol lalu bertukar selera kepada minuman lain dan seterusnya lebih suka meneguk air biasa menggunakan cawan.

Kalau seorang bayi yang semakin meningkat usianya tahu jelak untuk meminum minuman susu secara berterusan tetapi bagaimana pula mereka-mereka yang dulunya dari kelas Tadika kemudian sekolah rendah, sekolah menengah dan kemudian ke pusat-pusat pengajian tinggi masih juga mahu dimanja dengan semua benda yang percuma.

Tidak terpikirkah mereka, bahawa sebagai pelajar yang telah bergelar mahasiswa mereka juga tentunya mempunyai tanggungjawab serupa sepertimana warganegara lain terhadap Malaysia serta rakyatnya. Tidak salah untuk mereka menuntut sesuatu yang menjadi hak mereka tetapi adalah sangat tidak wajar apabila mereka terus memaksa kerajaan tunduk mengikut segala kehendak mereka yang mahu PTPTN dihapuskan dan kemudian minta pula kerajaan beri pendidikan percuma.

Tanda2 kiamat? Gerhana bulan atau anak bulan terbit pagi dari timur?

Ini bukan gambar sebenar yang saya ambil sebab tidak cukup peralatan untuk merakam dengan jelas keadaan bulan seakan-akan gerhana namun berbentuk tidak ubah seperti anak bulan yang dapat saya saksikan sendiri waktu pagi 17 April dan pagi ini tadi 18 April iaitu dua kali berturut-turut.

Saya seperti biasa sering bangun awal jam 5 pagi tetap dan oleh kerana keadaan cuaca tidak mendung di langit, keadaan nampak sangat cerah membolehkan saya melihat kejadian agak aneh bagi saya iaitu bagaimana anak bulan boleh terbit dari arah timur lebih-lebih lagi pada waktu selepas subuh.

Pagi semalam saya mulai rasa seperti ada yang agak luarbiasa apabila bulan berada dalam keadaan sedemikian namun pagi ini saya sudah memang bersedia untuk melihat sekali lagi adakah kejadian begitu berulang semula dan nyata telahan saya tepat sebaik saya menoleh ke langit bentuk bulan sama seperti pagi semalam iaitu seolah-olah sedang mengalami gerhana juga berbentuk seperti anak bulan.

Haraplah kepada mereka-mereka yang pakar tentang fenomena yang berkaitan dengan bulan ini dapat kiranya pada pagi esok untuk sama-sama melihat apakah sebenarnya yang terjadi terhadap bulan dan mudah-mudahan cuaca baik seperti pagi semalam dan juga pagi ini bagi membolehkan kita untuk melihat dengan jelas kejadian ini.

Selasa, April 17, 2012

Adam Adli digesa pulangkan balik wang pinjaman PTPTN !

Negarawan Ulung YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan mana-mana mahasiswa yang mahukan PTPTN dihapuskan agar segera memulangkan wang yang telah mereka terima daripada perbadanan berkenaan sebelum ini dan tidak usah berdemo dijalanan semata-mata kerana mahu PTPTN dimansuhkan. Seterusnya, di sini

Begitu juga dengan pihak yang telah mengapi-apikan kemarahan para mahasiswa untuk menentang PTPTN ini supaya kelak mereka mengambil-alih tanggungjawab PTPTN terhadap pelajar terbabit supaya membiayai pengajian kumpulan para pelajar itu di mana-mana juga pusat pengajian tempat mereka menuntut ilmu.

PTPTN diwujudkan bermatlamat untuk membantu pelajar yang datang dari golongan keluarga miskin dan bukannya golongan kaya seperti Adam Adli serta penyokong beliau yang rata-rata adalah anak orang berada, anak orang kaya, paling tidakpun sebaik mereka berpihak kepada pembangkang khususnya PKR besar kemungkinan kos pengajian mereka juga turut mendapat suntikan daripada parti berkenaan yang kita sudah sedia maklum memang punya wang banyak yang luarbiasa hasil daripada dana asing luar negara..

Ahad, April 15, 2012

Pelarian PTPTN bina khemah dalam bandar elak bayar hutang !

 Ketua pemberontak PTPTN, Adam Adli bersama rakan kelihatan duduk keletihan sementara menunggu nasi bungkus yang akan dihantar sekejap lagi oleh pihak penganjur.

Gara-gara enggan membayar balik pinjaman yang hanya memerlukan mereka menjelaskan 5.4% dari wang yang diterima di mana kerajaan menanggung subsidi yuran sebanyak 85% - 95% menyebabkan pemberontak pimpinan Adam Adli sanggup bergelandangan, berlapar serta berhujan di tengah-tengah bandaraya...
Ini dia rupa bentuk khemah-khemah yang didirikan oleh para pemberontak PTPTN yang cuba lari dari membayar hutang mereka yang masih tertunggak mahupun yang masih lagi belum dilunaskan...

Mereka ini dulu sebelum menandatangani perjanjian pinjaman dengan pihak PTPTN adalah sangat mustahil tidak memahami semua terma ataupun sebarang pra-syarat sebelum pinjaman masing-masing diluluskan.

Tetapi kenapa setelah wang pinjaman yang diluluskan bagi membiayai yuran pembelajaran mereka itu sudah diterima dan dibelanja dan mungkin juga sudah kehabisan baru nak mengata itu dan ini tentang PTPTN konon menipu, zalim, kejam dan sebagainya?

Kenapa dulu sebelum memohon pinjaman daripada PTPTN tidak terlebih membuat pertimbangan yang bijak dan sewajarnya samada mahu meminjam ataupun sebaliknya ataupun kenapa tidak buat saja pinjaman dari agensi-agensi kewangan seperti bank-bank dan lainnya?

Arkib Blog