Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Isnin, April 23, 2012

Sarang pelampau di Dataran Merdeka: saya sokong Papa Gomo !

Saya menyokong 100 peratus tulisan Papa Gomo di sini di mana saya yakin bahawa ianya ditujukan khas kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkaitan dengan kewujudan yang semakin hari semakin banyak sarang-sarang pelampau serta pemberontak kalangan segelintir Mahasiswa yang anti-PTPTN di sekitar Dataran Merdeka.

Saya juga sangat setuju bagaimana pihak DBKL hanya membiarkan kelompok pelampau ini membina sarang haram mereka di situ sedangkan kawasan berkenaan adalah antara kawasan yang sering dikunjungi oleh pelancong asing dan jika dibandingkan dengan tindakan yang sebelum ini terhadap para penjaja kecil-kecilan pasti akan dikenakan tindakan segera oleh DBKL tetapi kenapa tidak kepada kumpulan pemberontan itu?

Oleh itu, apakah pihak DBKL akan menunggu sakit menjadi barah baru nak bertindak? Kenapa tidak cegah lebih awal sebelum perbuatan pelampau mahasiswa yang sewel itu terus memudaratkan keadaan dan apakah Malaysia ini ada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, jika ada siapakah Menterinya? Pelik sungguh bila DS Hisham sendiri kata bahawa perhimpunan BARUA 3.0 sebagai tidak ganas dan bahaya...

1 ulasan:

zgmail berkata...

hairan bin ajaib! pejabat DBKL tak jauh dari Dataran Merdeka...Datuk Bandar, buat lah sesuatu jangan sampai penempatan haram dah penuh kat dataran baru nak bertindak kot!

Arkib Blog