Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Jumaat, April 13, 2012

Bershit 3.0: Ambiga & Pak Samad adalah ancaman besar kepada ketenteraman awam di Malaysia !

Walaupun sudah berpuluh-puluh laporan polis dibuat oleh rakyat yang cintakan kedamaian dan ketenteraman berhubung penganjuran Perhimpunan Haram Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu oleh S. Ambabiga Sreenavasan, A. Samad Said dan yang lainnya serta tanpa adanya tindakan susulan oleh pihak berkuasa, dan kini pihak yang sama sekali lagi mahu mengadakan satu perhimpunan haram serupa iaitu Bersih 3.0 yang dijangka akan diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Terus bermaharajalela dan mereka semakin berani mencabar undang-undang dan juga kedaulatan negara, pihak S. Ambiga dan Pak Samad nyata semakin angkuh, biadap untuk mengheret seramai mungkin rakyat negara ini untuk berhimpun secara haram mengikut juga menyokong pihak mereka bagi tujuan menentang segala usaha yang telah dan akan dibuat oleh pihak kerajaan.

Sengaja memekakkan telinga serta membutakan mata terhadap semua pembaharuan yang giat dilakukan dari masa ke semasa oleh kerajaan, nyata sekali pihak S. Ambiga dan Pak Samad yang merasakan diri mereka sudah begitu kebal di sisi undang-undang tetap mahu terus menggugat ketenteraman dalam negara tanpa menghiraukan keselamatan orang awam, tanpa peduli perasaan serta hak majoriti rakyat yang tidak suka dengan apa yang sedang pihak Bersih lakukan kini.

Sebagai salah seorang rakyat yang sudah begitu bosan, sudah muak dengan segala tindak-tanduk pihak S. Ambiga dan Pak Samad ini, maka apa masalahnya jika kita sarankan kepada pihak berkuasa di negara ini khususnya pihak polis yang bertanggungjawab penuh terhadap keselamatan dalam negara serta ketenteraman awam supaya menahan, menangkap untuk tempoh beberapa lama Datuk S. Ambiga Sreenavasan, Datuk A. Samad Said, Hishamuddin Rais dan juga mana-mana mereka yang begitu beriya-iya untuk meneruskan perhimpunan haram Bersih 3.0 itu nanti.

Tangkap dan tahan mereka ini mengikut mana-mana Akta yang bersesuaian agar apa juga perkara yang jelas boleh menimbulkan keadaan tidak membantu negara yang selamat untuk rakyatnya berteduh dapat untuk dielakkan daripada berlaku. Cegah sebelum parah.! Bertindaklah sebelum terjadinya sebarang kejadian yang tidak diingini. Lagi satu, sebagai rakyat...saya rasa berhak untuk menyatakan bahawa wang ringgit yang digunakan untuk tujuan mengawal sebarang bentuk keganasan pada hari perhimpunan haram itu nanti adalah lebih baik digunakan untuk tujuan yang berfaedah.

Pada Perhimpunan Bersih 2.0 tahun lepas, kerajaan telah menggunakan begitu banyak wang semata-mata untuk kegunaan mengawal keadaan keselamatan hari berkenaan. Wang telah dibazir untuk perkara yang jelas tidak memberi sebarang faedah kepada rakyat yang terbanyak. Jadi, apa masalahnya bagi pihak kerajaan mahupun pihak berkuasa polis untuk menangkap serta menahan beberapa ekor petualang bangsa dan negara demi keamanan berterusan dalam negara kita. Belanja untuk kegunaan makan minum kalau mereka ditahan bukannya banyak sangatpun...

Khamis, April 12, 2012

Mat Syabu akan 'bercawat' di Miri esok, 13 April..

Jika sebelum ini Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Haji Awang pernah menghina kaum Dayak di Sarawak dengan berkata "Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS."

Kata-kata itu dihambur oleh Haji Abdul Hadi ketika satu sidang media bersama wartawan semasa Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai beberapa tahun lepas dan ianya ditujukan kepada para pengundi berketurunan Iban serta Dayak yang menolak calon pembangkang dan memilih Malcom Mossen Lamuh sebagai Yang Berhormat bagi mewakili rakyat di DUN Batang Ai Sarawak.

Sudah hampir tiga tahun penghinaan yang dilakukan oleh Haji Abdul Hadi itu terhadap kaum Dayak namun sehingga kini beliau belum lagi berusaha untuk memohon maaf daripada masyarakat peribumi terbesar Sarawak itu. Akan tetapi pada hari ini, entah bagaimana tetiba sahaja PAS yang diterajui oleh Haji Abdul Hadi sekali lagi mempermainkan hati dan perasaan kaum Iban dan Dayak Sarawak apabila hendak meletakkan seorang calon dari kaum tersebut untuk mewakili PAS pada PRU-13 bagi kerusi Parlimen Sibuti.

Calon PAS untuk Parlimen Sibuti sudahpun dikenalpasti sebagai Bobby Zaid Tandang, seorang profesional dan sedang bertugas di Semenanjung Malaysia. PAS mahu Bobby menentang calon daripada Barisan Nasional yang berkemungkinan besar sekali lagi akan menurunkan penyandang sedia ada iaitu YB Ahmad Lai Haji Bujang sebagai calon.

Maka untuk mengesahkan perkara tersebut, maka esok Timbalan Presiden PAS Mat Syabu akan berlepas dari KL ke Miri dan akan berada di beberapa tempat dalam kawasan Taman Tunku Miri untuk program-program yang telah diatur oleh PAS cawangan Miri.

Kepada bakal calon PAS di Parlimen Sibuti itu saya ingin melihat seorang pemimpin yang tahu erti bagaimana hendak menjaga maruah bangsa yang pernah dihina. Adakah dengan menerima tawaran tersebut atau akan menolaknya?

Cuma saya terpikir, andaikata Bobby Zaid nanti gagal membantu PAS untuk merampas kerusi Parlimen Sibuti daripada tangan BN pada PRU-13 nanti, apakah jaminan daripada Haji Abdul Hadi Awang yang beliau tidak akan menghina kaum Dayak buat kali yang kedua sebab untuk kesalahan penghinaan beliau yang dulu terhadap kaum Iban pun masih lagi belum selesai.

Yang di-Pertuan Agong XIV: kumpulan Azmin Ali hina majlis Pertabalan

Tidak sangka juga apabila seseorang yang telah diberikan dengan gelaran sebagai "Yang Berhormat" boleh berkelakuan sungguh kurang ajar malah lebih buruk lagi langsung tidak tahu beradat serta tidak bertamadun seperti Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad serta beberapa orang lagi daripada pembangkang ketika berada di dalam Dewan Balairong Seri Istana Negara pada Majlis Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 semalam. AIDC ada butirannya di sini

Sungguh memalukan sebenarnya apabila rakyat mempunyai seorang wakil rakyat seperti mereka itu. Tahap disiplin mereka betul-betul teruk, tidak kira di mana...mereka memang bersifat seperti orang tidak berpendidikan malah Orang Utan lagi tahu malu...

Rabu, April 11, 2012

Daulat Tuanku! DYMM Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

 KDYMM Seri Paduka Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pernah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong V pada 23 Julai 1970
 dan pada waktu yang sama juga Malaysia dpimpin oleh Perdana Menteri kedua YABhg Tun Hj Abd Razak bin Hussein
 hari ini 11 April 2012 tercatat satu lagi sejarah besar buat Malaysia negara tercinta ini apabila buat kali keduanya KDYMM Seri Paduka Tuanku Abdul Halim dilantik semula sebagai Yang di-Pertuan Agong XIV
di mana ketika ini Malaysia baru meraikan genap tiga tahun pentadbiran YAB Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Hj Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6...

Jumaat, April 06, 2012

Bershit 3.0: siapa yang ganggu siapa ni, Pak Samad???

Sentiasa tidak berpuas hati dengan kerajaan Barisan Nasional, itulah dia A. Samad Said. Apa jua yang dilakukan oleh kerajaan BN semuanya tidak betul dimata A. Samad Said. Dalam pemikiran A. Samad Said hanya dia, hanya S. Ambiga Sreenavasan, hanya pihak Pakatan Haram Pembangkang saja yang sempurna, yang betul segalanya.

Setelah kerajaan dibawah pentadbiran Datuk Seri Mohd. Najib nampak semakin banyak melayan hampir separuh dari tuntutan serta kehendak pihak mereka namun itu semua juga seakan-akan masih tidak cukup bagi A. Samad Said serta puak-puak beliau daripada Pakatan Haram. Kerajaan sudah turut kemahuan mereka yang ini, mahu lagi paksa kerajaan menurut semua apa yang ada didalam benak mereka. Memang sial!!!

Lagi mahu berdemo 28 April ini, apakah A. Samad Said langsung tidak terpikir tentang perasaan majoriti rakyat di negara ini yang tidak suka kepada apa yang pihak lakukan. Apakah A. Samad Said pikir seluruh rakyat Malaysia menyokong apa yang puak-puak mereka tu lakukan. Tidakkan beliau terpikir kesannya ke atas ekonomi, keamanan serta keselamatan negara jika sesuatu perkara tidak diingini berlaku andai diteruskan juga rancangan Bershit 3.0 itu nanti.

A. Samad Said kata beliau terus terganggu serta tidak berpuas hati dengan kerajaan(di sini)

Khamis, April 05, 2012

Video Sula: apesal pula perasuah kena hukum sula???



Hukum sula ni kalau tak silap sayalah menghendaki pesalah zina atau yang terbabit di dalam jenayah seksual dihukum mengikut kaedah seperti dimasukkan buluh tajam yang telah diruncing ke dalam dubur si pesalah hingga menembusi jantung.

Tu cara hukuman orang dulu-dulu...agak lapok juga, kejam serta zalim dan kurang sesuai untuk digunapakai terhadap manusia.

Tetapi hukuman sula yang bagaimana pula yang mahu dilaksanakan oleh Anwar Ibrahim ke atas mereka yang terlibat di dalam kegiatan atau gejala rasuah? Mengapa perlu disula kenapa tak dikenakan saja hukuman ikut undang-undang sedia ada?

Nak sula tu pakai apa pula... sebelum lakukan sula tu kena sapu juga ke bahan pelincir supaya buluh mudah masuk dengan lancar ;-)

Selasa, April 03, 2012

Ulang Tahun ke-3 PM ke-6: TDZ yakin DSNR mampu majukan Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sudah bersedia untuk membawa negara ke hadapan setelah diuji dengan pelbagai dugaan serta ranjau yang paling sukar, kata bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata sejak 1976 sehingga kini, Najib telah menunjukkan kebolehan menyelusuri dan mengasah bakat dalam arena politik, berkemahiran, mempunyai kelebihan senioriti, pengalaman serta mempunyai rangkaian yang lebih baik berbanding mereka yang seusia mahupun yang lebih senior dengannya.

"Jika anda membezakan ciri-ciri antara kedua-dua pemimpin, Anwar (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Najib, anda akan terdorong untuk memberi markah yang lebih tinggi kepada Najib. Najib pada hemat saya telah mendapat banyak manfaat sebagai anak kepada Tun Razak.

"Beliau telah berada dalam Pemuda UMNO beberapa tahun sebelum kemasukan Anwar, beliau telah biasa dengan personaliti dan isu-isu yang melanda dan terbukti pemikirannya amat tajam di dalam mesyuarat yang tertutup, beliau sangat berkeyakinan dan mampu untuk berdepan dengan khlayak ramai," katanya dalam satu wawancara yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia.

Daim berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan politik tanah air pada tahun 2012.

Sambil melahirkan rasa optimis dengan suasana politik pada tahun ini, beliau berkata, pembaharuan politik yang diamalkan oleh kerajaan kelihatan lebih berkesan terutama dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Pihak kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif dan tindakan yang dahulunya akan diambil oleh Pakatan (Rakyat) seperti langkah memansuhkan ISA. Saya melihat Akta Perhimpunan Aman adalah pemangkin utama perubahan.

"Pada mulanya, ia mencetus pelbagai kritikan tetapi keputusan untuk membenarkan penyokong Anwar berkumpul di luar mahkamah pada 2 Jun lepas, dalam semangat akta  baru yang pada ketika itu belum diwartakan, telah menyebabkan para pengkritik terdiam," katanya.

Daim yang juga bekas Bendahari UMNO selama 17 tahun, berkata, isu paling penting pada masa ini adalah sama ada Barisan Nasional (BN) bersedia untuk bergerak ke hadapan bersama-sana Najib.

Mengenai Pilihan Raya Umum ke-13, Daim berkata beliau percaya BN mempunyai kelebihan yang lebih baik untuk mendapat keputusan lebih cemerlang sekarang berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Jika anda menonton perlawanan tenis, maka anda akan berkata BN mempunyai kelebihan, ia adalah seperti Nadal vs Federer atau Nadal vs Djokovic. Ini adalah perlawanan hebat, yang pada akhirnya, siapa membuat kesilapan kecil akan memenangi perlawanan," katanya.

Mengenai kempen Anwar memburukkan kerajaan di luar negara, Daim berkata ia bukanlah perkara baru memandangkan Anwar telah berbuat demikian sejak zaman pentadbiran Tun Dr, Mahathir Mohamad lagi.

"Di satu sudut, Najib-Anwar tidak membangkitkan situasi seperti mana banyaknya episod Mahathir-Anwar. Sebahagiannya kerana Najib tak ambil peduli pun untuk menyatakan sentimen yang kuat untuk menentang Anwar," katanya.

Daim berkata, mungkin terdapat pelobi yang menjelajah ke luar negara untuk bercakap dari sudut berita Najib-Anwar untuk memastikan berita itu tidak surur - Bernama.

SELAMAT ULANG TAHUN KE-3 DATUK SERI MOHD NAJIB SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-6 PADA HARI INI, SEMOGA MALAYSIA AKAN TERUS AMAN DAMAI DIBAWAH KEPIMPINAN BELIAU!!!

Isnin, April 02, 2012

PRU13: UNDI PKR untuk Israel, UNDI PAS untuk Yahudi & UNDI DAP untuk Zionis !



Bayangkan, kalau mana-mana rakyat Malaysia mengambil keputusan untuk memilih Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti maka dengan sendirinya mereka juga telah memberi segala sokongan terhadap apa jua usaha mana-mana pihak dalam menjaminkan keselamatan Israel selari dengan kenyataan yang pernah disuarakan oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim di dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

Begitu juga jika ada mana-mana rakyat Malaysia yang memilih untuk mengundi Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada PRU-13 akan datang maka bermakna mereka juga telah bersetuju dan bersedia untuk berurusniaga atau menjalinkan urusan perniagaan dengan ahli-ahli perniagaan Yahudi Israel iaitu satu perkara yang selamanya tidak mungkin akan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional selagi parti berkenaan diberi kepercayaan penuh oleh seluruh rakyat Malaysia untuk memerintah negara ini.

Dan seterusnya, seandainya rakyat Malaysia juga turut menyokong Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada PRU-13 akan datang ini tidak ubah sama seperti merestui kezaliman rejim Zionis yang terkenal dengan sikap mereka sejak dahulu lagi yang suka merampas tanah hak milik rakyat Palestine dan seterusnya mengusir penduduk asal keluar dari penempatan mereka dimana keadaan ini tidak ubah seakan sama dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap penduduk di negeri berkenaan sejak mereka berkuasa empat tahun yang lalu.
Posted by Picasa

Ahad, April 01, 2012

Dua Angkasawan PAS maut di bulan kerana ingkar perintah parti


Fatwa "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963 ini jelas sekali menunjukkan kepada kita bahawa ianya menuntut setiap daripada ahli-ahli PAS perlu patuh serta taat kepada perjuangan parti demi menegakkan hukum Islam di negara ini.

Maknanya, biar selama mana sekalipun perjuangan yang mereka lakukan akan mencapai kejayaan walau apapun rintangan yang melintang didepan mata mereka harus teruskan perjuangan tanpa perlu mengubah biar seinci dasar yang telah dirangka oleh pemimpin parti yang terdahulu.

Namun, adakah PAS sekarang sejak di bawah Presidennya YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan juga Mursyidul Am PAS YAB Datuk Nik Aziz masih berpegang kepada semua itu? Nyata tidak, sebab sejak PAS berkerjasama dan bergabung dengan DAP serta PKR dalam Pakatan Haram Pembangkang parti itu jelas sudah melanggar prinsip atau dasar parti yang sepatutnya mereka sebagai pewarisnya pertahankan.

Kejadian dua orang pengikut PAS yang mati akibat terkena renjatan kuasa elektrik yang berlaku di Kampung Tengah, Bukit Panau Tanah Merah Kelantan semalam ketika sedang menaik dan memasang bendera parti PAS dan juga bendera parti DAP telah memberi petunjuk kepada kita semua betapa disebabkan gila kuasa mereka sanggup lakukan apa saja malah tidak sedar bahawa perbuatan memasang bendera kedua parti yang dulunya berseteru secara serentak sudah cukup untuk menyatakan bahawa PAS sendiri sudah mengingkari larangan yang mereka sendiri sebut suatu ketika dulu.

Tragedi yang menimpa Rosli Hussin, 47, dan Mohd Daisan Ibrahim, 37, itu mungkin bukan kejadian yang pertama atau terakhir yang melibatkan PAS tetapi mana tahu selepas ini ada bermacam lagi kejadian yang tidak diduga akan menimpa Parti Islam Se-Malaysia itu selagi mereka terus menjalinkan kerjasama dengan DAP sebuah parti anti-Islam dan juga sebuah parti yang bersifat perkauman melampau.

Kejadian malang yang membawa padah kepada dua mangsa ini dari sumber blog Sungai Rapat Online

Sabtu, Mac 31, 2012

Perayaan Kubur: wajarkah Jalur Gemilang turut dibakar sama???

 Ini adalah merupakan replika sebuah kapal yang dibuat daripada kertas yang di dalamnya diisi dengan beribau-ribu keping wang kertas yang akan dihanyut dalam sungai dan seterusnya dibakar bersama dengan replika kapal tersebut.
 Pembinaan kapal dari bahan mudah lupus ini adalah bersempena dengan satu perayaan agama bagi masyarakat Cina di seluruh dunia termasuklah juga di Malaysia iaitu perayaan Ching Ming atau perayaan kubur yang dilakukan oleh waris keluarga si mati.

Ada tak nampak imej bendera kebangsaan Jalur Gemilang yang di pasang pada bahagian atas kapal tersebut? Ini suasana menyambut perayaan tersebut di Daerah Bintangor dalam Bahagian Sarikei Sarawak bermula lewat minggu ini sehinggalah selesai pada 4 haribulan April nanti.
Perhatikan betul-betul, ada sehelai lagi Jalur Gemilang dikibarkan pada bahagian hadapan kapal berserta dengan bendera-bendera lain. Kapal yang sudah siap untuk dihanyut serta dibakar ini jelas kelihatan di dalamnya telah dimuatkan dengan beribu-ribu keping wang kertas hantu mengikut kepercayaan masyarakat Cina.

Saya tdak bermaksud untuk menyentuh tentang perayaan kaum ini samada ianya wajar ataupun tidak kerana setiap masyarakat itu mempunyai kepercayaan dan kebudayaan masing-masing yang harus dihormati oleh semua tetapi apa yang cuba saya bangkitkan ialah apabila bendera negara kita Jalur Gemilang turut dihanyut dan dibakar dalam upacara berkenaan.

Tidakkah mereka yang terlibat didalam perayaan ini merasakan bahawa perbuatan ini telah membuat hati ramai rakyat Malaysia yang lain menjadi sedih dan terluka apabila melihat Jalur Gemilang diperlakukan sedemikian?

Saya tidak menentang upacara seumpama itu tetapi wajarkah bagi mereka untuk meletakkan Jalur Gemilang bersama dengan wang kertas hantu itu pada replika kapal tersebut dan kemudian memusnahkannya?

Jalur Gemilang lambang kemegahan rakyat Malaysia dan tanda kedaulatan negara kita maka setiap orang daripada kita memang wajip untuk menjaga sebaik mungkin bendera kebangsaan kita dan bukannya membuat ianya sama seperti barang-barang lain.

Harap ada pihak-pihak yang berwajib mahu tampil dan ambil peduli dengan insiden ini. Bukan nak cari masalah tetapi saya mahu agar sesetengah rakyat di Malaysia yang seolah-olah tidak mahu ambil pusing tentang betapa pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara dan tidak mengambil mudah tentang perkara yang berkait-rapat dengan maruah serta kedaulatan negara.

Jumaat, Mac 30, 2012

Shamsul Akin dalam Bicara Rakyat di TV1 jam 9 malam ini !

Bicara Rakyat yang dikemudikan oleh pengacara hebat Tuan Syed Munawar Syed Mustar pada setiap hari Juma'at jam 9 malam sekali akan menemui penonton pada malam ini.

Ketua Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Akin, Pensyarah Kanan Jabatan Pertahanan Negara dan juga bekas pemimpin PKR Zahid Md Arip merupakan tiga orang ahli panel yang menjadi tetamu kepada Syed Munawar malam.

Kepada yang berkempatan, marilah kita ramai-ramai bersedia dihadapan kaca tv untuk bertanyakan apa saja soalan kepada Sham Kemetot tentang berbagai perkara yang berkaitan dengan isu yang menyelubungi ketua umum mereka Anwar Ibrahim..

Topik pada malam ialah "Mengurus Persepsi" di mana tiga jemputan itu akan membincangkannya secara langsung dan Bicara Rakyat telah menyediakan laman facebook untuk penonton berinteraksi dengan panel jemputan dan juga talian telefon untuk dihubungi.

Rabu, Mac 28, 2012

Anwar, Obama & Khalid Samad korek hidung depan kamera !

 Tabiat gemar mengorek lubang hidung di khalayak ramai memang menjijikkan...
 Kelakuan seperti juga, menggambarkan bahawa orang yang suka mengorek tahi hidung di hadapan orang lain memang seorang yang pengotor
Ini juga tidak mencerminkan seorang pemimpin yang bersih...

Selasa, Mac 27, 2012

Liwat: ikan jerung terlepas, ikan bilis tersangkut!!!

Utusan Malaysia hari ini , bukan cuba untuk mempertikai tetapi cuma untuk mengenang...

Isnin, Mac 26, 2012

Seksualiti Merdeka: perjuangan Ambiga & Anwar makin membuahkan hasil!

Kalau kegiatan homoseksual khususnya hubungan sejenis di antara lelaki sesama lelaki mula menimbulkan keresahan di pihak kerajaan serta masyarakat yang bertamadun di negara ini ekoran amalan songsang tersebut semakin berleluasa dan seakan di terima dengan rasa lega oleh sekumpulan kecil masyarakat sebagai gaya hidup baru dan ini semua adalah gejala bawaan yang sering kita dengar disuarakan oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim kononnya sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia dan wajar diperjuangkan.

Kes terbaru, bagaimana seorang wanita, juga seorang ibu dan nenek boleh terlibat di dalam gejala songsang ini di kala usia beliau semakin menghampiri senja kalau tidak terpengaruh dengan perjuangan haram yang di bawa oleh S. Ambiga Sreenavasan iaitu Seksauliti Merdeka di mana program berkenaan mendapat sokongan daripada golongan yang mempunyai naluri yang sama menyukai pasangan sejenis mereka. Baca tentang penglibatan nenek berkenaan dalam dunia lesbian di sini

Jumaat, Mac 23, 2012

Kini, giliran Datuk Nik Aziz pula mahu buka perniagaan dengan Yahudi !

Setelah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Hj Awang baru-baru ini menegaskan bahawa orang Islam "boleh kerjasama, berniaga dengan Yahudi bukan Zionis" maka gesaan itu disambut dengan hati terbuka pula oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini. Layan Utusan Malaysia

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula berpendapat bahawa berurusniaga dengan bangsa Yahudi adalah tidak haram di sisi Islam selagi pihak Yahudi itu tidak berniat jahat terhadap Islam. Itulah pendapat Ularma PAS itu. Dengan UMNO yang rata-rata pemimpin dia adalah orang Melayu beragama Islam, dulu PAS pernah mengkafirkan mereka hanya kerana kerjasama UMNO dengan MCA, MIC, PBB, SUPP, SNAP, PBS dan lain-lain lagi parti dalam gabungan gagasan Barisan Nasional.

Tetapi kini, bukan lagi setakat dengan orang-orang Cina atau India di Malaysia...dengan bangsa Yahudi yang dipimpin oleh parti Zionis yang terkenal dengan kezaliman dan juga kekejaman mereka terhadap penduduk Palestine, pula PAS bercita-cita mahu melakukan urusniaga atau jual beli. Entah apalah agaknya barang yang hendak dijual-beli oleh PAS dengan bangsa Yahudi tu nanti. Entahlah!

Khamis, Mac 22, 2012

Camelia Ibrahim semakin tidak sabar nak ganti DS Shahrizat..

Perhimpunan Agung UMNO ke-59 pada 25-26 Mac 2009 menyaksikan Naib Ketua Wanita UMNO ketika itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah berjaya menewaskan boss beliau Tan Sri Rafidah Aziz apabila berjaya mendapat 507 undi daripada 796 perwakilan sayap wanita sedangkan selebihnya 280 masih setia dengan Tan Sri Rafidah Aziz.

Walaupun pada awalnya Datuk Seri Shahrizat telah beberapa kali menyatakan keengganan beliau untuk mencabar Tan Sri Rafidah atas prinsip kesetiaan kepada ketua namun akhirnya beliau terpaksa juga akur serta mengenepikan perasaan itu setelah semakin banyak pencalonan yang diterimanya daripada sayap wanita bahagian-bahagian yang mahukan beliau bertanding menentang Tan Sri Rafidah Aziz.

Datuk Seri Shahrizat ketika itu tidaklah keseorangan dalam berdepan dengan Tan Sri Rafidah kerana terdapat seorang lagi yang sangat mengidam-idamkan sesuatu dari jawatan sebagai Naib Ketua Wanita UMNO iaitu Datuk Kamilia Ibrahim yang senantiasa berdiri teguh dibelakang beliau, memberikan kata-kata perangsang agar jangan gusar atau resah dalam mencabar ketuanya.

Tetapi kini apabila musibah telah menimpa kerjaya politik Datuk Seri Shahrizat berikutan isu NFC, tetiba saja Datuk Kamilia beralih angin, beliau cuba mengkhianati ketuanya sendiri yang dipilih secara sah oleh para perwakilan supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO.

Dulu Datuk Seri Shahrizat tak pernahpun melakukan perkara sedemikian terhadap Tan Sri Rafidah tetapi cara Datuk Kamilia nyata tidak kena malahan tindakannya menggesa Datuk Seri Shahrizat agar segera berundur dari jawatan Ketua Wanita UMNO adalah sangat bertentangan dengan kehendak suara ramai pergerakan itu yang sebelum ini memilih DS Shahrizat untuk mengetuai mereka.

Sabtu, Mac 17, 2012

Kali kedua PAS ubah dasarnya: Boleh berniaga dengan Yahudi !

Mangsa kekejaman Rejim Israel. Peristiwa Sabra & Shatila mungkin sudah hilang dari ingatan PAS...
"Boleh kerjasama, berniaga dengan Yahudi bukan Zionis" - DS Hj. Abdul Hadi Awang itulah kata Presiden PAS yang terkini. Pendirian Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang itu sangat bertentangan dengan pendirian yang telah disuarakan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini yang mendakwa bahawa PAS tetap menolak sebarang hubungan dengan Israel.

Pendirian siapa sebenarnya yang hendak dituruti oleh para penyokong serta pengikut PAS? Adakah pendirian Menteri Besar Kelantan ataupun pendirian Ahli Parlimen Marang? Para penyokong PAS tentu sangat pening kepala sekarang ni, cakap siapa mahu mereka ikut, cakap Haji Hadi ke atau cakap Datuk Nik Aziz...

Beza kesalahan liwat antara Malaysia dengan negara Haiti !


PORT-AU-PRINCE 14 Mac 2012 - Dua anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Pakistan dijatuhi hukuman penjara setahun kerana MELIWAT seorang remaja lelaki berusia 14 tahun di Haiti selepas disabitkan pada perbicaraan tentera Pakistan di Haiti, kata pihak berkuasa.

Jurucakap PP Sylvie Van Den Widenberg berkata, hakim tribunal tentera Pakistan datang ke negara miskin rantai Carribbean itu untuk mengetuai perbicaraan minggu lepas yang mendapati tertuduh meliwat mangsa di bandar utara Gonaives 20 January lalu.

Kedua-dua askar yang tidak dinamakan itu dibuang dari angkatan tentera dan dihukum penjara setahun di tanah air mereka - Reuters

Itu bezanya dengan sistem undang2 di negara ini, jikalau kat Haiti perbicaraan tidak menunggu lama untuk diputuskan namun di Malaysia kes ditunda berpuluh kali lagi orang kena tuduh bebas keluar masuk negara tanpa sebarang sekatan.

Arkib Blog