Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Ogos 12, 2010

Panglima Perang Cyber: Siapa lelaki beri bunga dan cium Anwar Ibrahim di ...

Panglima Perang Cyber: Siapa lelaki beri bunga dan cium Anwar Ibrahim di ...: "Selamat berpuasa ! Hari ini kita berpuasa untuk hari kedua. Moga puasa semalam telah selamat diangkat oleh Malaikat ke hadrat Allah Taala y..."

Selasa, Ogos 10, 2010

Selamat Menjalani Ibadah Puasa...

 

Anak Merdeka ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al Mubarak kepada seluruh umat Islam di seluruh Malaysia yang akan disambut bermula esok 01 Ramadhan 1431 Hijrah bersamaan dengan 11 Ogos 2010 Masehi.

Kepada pengunjung dan pembaca blog ini khususnya mereka yang beragama Islam maka Anak Merdeka juga ingin mengambil kesempatan untuk menyampaikan ucapan selamat berpuasa.

Kepada rakan-rakan blogger Anak Merdeka seperti Kumbang, Daniel Arif, Penghuni Gua, ISAC, Joyah AIDC, Faizal Torres AIDC, Jeffry Damien, Yanggambi, Yuhu Ladybird, Brave Heart, Cucu Tok Selampit, Sdra Azli Shukri, Papa GOMO, Panglima Perang Cyber, Ustaz Said, Apai Ngelai, Mamak Penang, The Unspinners, 300, GAP, Dr. Novandri(M.I.M), Yeop Parit juga seluruh rakan-rakan blogger dalam BPN, ahli-ahlinya, para penyokong BPN, AIDC dan ramai lagi nama mereka yang tak tertulis disini maka saya juga teringin sekali untuk memberikan ucapan selamat menyambut awal Ramadhan al Mubarak serta selamat menjalani ibadat puasa dan harapan Anak Merdeka kepada anda semua semoga anda sekalian tetap menang biarpun berdepan dengan segala dugaan disepanjang bulan yang penuh berkat ini.

Mohon Ampun dan Maaf sekiranya ada kesilapan kata dan ape-ape aje...

Terima Kasih.
Posted by Picasa

Isnin, Ogos 09, 2010

Hak Bumiputera: PAS hanya berani bila dibelakang DAP...


Bila mengimbas kembali akan kesemua pendirian PAS sebelum ini tentang berbagai perkara yang berbangkit baik yang membabitkan soal perpaduan kaum Melayu, hal ehwal agama Islam, hak-hak keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera saya rasa macam tak percaya atau tidak yakin lagi dengan apa-apa juga kenyataan yang telah dibuat oleh para pemimpin parti tersebut terutamanya Presiden PAS YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta juga Mursyidul Am PAS YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Jika kita perhatikan betul-betul, seandainya ada sesuatu isu timbul yang sememangnya wajar dipertahankan oleh parti tersebut yang jika diambil kira dasarnya dulu adalah bertunjangkan kepada Islam dan Melayu dan pada awalnya setelah pihak lain ada menyuarakan pendirian masing-masing maka bila tiba giliran para pemimpin PAS ini bersuara maka selalunya kenyataan mereka adalah selari dengan pandangan atau suara-suara pemimpin didalam kerajaan terutamanya UMNO dan segelintir pemimpin parti yang berteraskan kepentingan kaum Bumiputera didalam mempertahankan hak-hak yang sepatutnya sebagaimana yang telah termaktub didalam perlembagaan persekutuan.

Tapi apa yang amat menyedihkan ialah apabila perkara ini telah membangkit rasa kurang senang dikalangan para pemimpin pembangkang didalam sekutu PAS iaitu DAP. DAP sememangnya tidak menyukai bila ada rakan mereka dalam Pakatan Pembangkang menari mengikut alunan muzik pihak lawan dan tidak suka rakan mereka menyanyi senada dengan lagu yang didendangkan oleh pihak yang menjadi seteru sekian lama.

Dan bila perkara ini berlaku maka PAS terpaksa berdepan dengan proses soal jawab oleh DAP dan PAS dikehendaki menjelaskan secara centimeter atau halus lagi secara milimeter kepada pemimpin serta penyokong berkarat dalam DAP akan sebab mengapa dan kenapa PAS berpendirian serupa dengan UMNO dan BN dalam isu yang membabitkan hak-hak kaum Bumiputera.

Jadi dalam perkara ini PAS kelihatan menjadi serbasalah dan ini meletakkan PAS didalam keadaan dimana jika "diluah akan mati bapak, dan jika ditelan mati mati emak", oleh itu sekiranya mereka mengambil pendirian berpihak maka begitulah risiko yang pasti PAS akan tanggung melainkan sekiranya PAS sanggup berpendirian berkecuali didalam isu seperti itu sudah tentu mereka tidak perlu berdepan dengan DAP untuk menyatakan pendirian mereka yang sebenarnya.

Inilah PAS yang sebenarnya, mereka akan bersuara selagi DAP belum membuka mulut dan masih mendiamkan diri dan PAS akan tetap bersuara tentang isu yang sama dengan UMNO selagi Lim Kit Siang dan Karpal Singh belum terjaga dari tidur mereka masing-masing dan PAS biasanya akan mula mengalih haluan atau akan mula menukar nada pendirian mereka sebaik sahaja terdengar suara Karpal Singh menguap dari tidur dan bila kedengaran suara Lim Kit Siang terbatuk dari atas tilam Dreamland.

PAS pasti tidak akan mampu mempertahankan pandangan mereka untuk jangkamasa yang lama selagi mereka masih berpakat dengan DAP dan PKR dalam meneruskan sisa-sisa perjuangan mereka kearah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara Islam sebagaimana yang parti berkenaan impikan sejak sekian lama.

Sabtu, Ogos 07, 2010

Tahap kedegilan Penan Ulu Baram dengan Orang PAS sama saja...


Apabila saya terbaca kenyataan yang telah dibuat oleh dua orang yang boleh dikira sebagai antara pemimpin PAS iaitu Yang Dipertua PAS Kawasan Tenggara merangkap Pengerusi Biro Tanah dan Pembangunan dan beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta Ketua Penerangan PAS negeri Johor, saudara Mazlan Aliman dan seorang lagi iaitu Ustazah Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat berhubung dengan semua perkara mengenai suku kaum Penan yang telah dijadikan sebagai isu oleh NGO-NGO serta juga oleh Pakatan Pembangkang, saya seperti tergamam seketika dan nak tergelak lagi.

Apakah yang mereka-mereka ini iaitu NGO-NGO luar, para pemimpin PAS, DAP dan PKR tahu sangat pasal kaum Penan ini. Apakah mereka ini lebih tahu keadaan sebenar cara kehidupan bersosial kaum ini, tahu apa dia kebiasaan yang dilakukan oleh kaum Penan dalam kehidupan seharian mereka, tahu bagaimana hubungan kekeluargaan kaum Penan ini, siapa ibubapa, siapa abang, siapa kakak, siapa adik, siapa suami, siapa isteri, siapa tunang, siapa balu, siapa janda, siapa sudah kahwin siapa belum dan sebagainya lagi daripada kami sendiri selaku penduduk negeri Bumi Kenyalang ini?

Tahu tak orang-orang PAS, DAP dan PKR betapa payahnya usaha sejak dari awal tahun 1980an sehingga kini untuk membawa suku kaum Penan ini terutamanya yang masih tinggal berselerak di bahagian Hulu Baram seperti di Long Napir, Long Balau, Long Seridan, Sungai Magoh, sepanjang Sungai Kubaan dari Ulu sehinggalah Kuala, Batu Lawi serta sekitar Tutoh Apoh dimana mereka ini memang tetap gemar hidup dengan cara lama iaitu suka berpindah-randah dari satu kawasan ke kawasan yang lain walaupun telah disediakan dengan tapak penempatan yang tetap oleh kerajaan negeri.

Orang PAS, DAP dan PKR belum tahu bagaimana degilnya hampir kebayakkan daripada suku kaum Penan Hulu Baram ini untuk menerima pembaharuan yang dibawa dipersekitaran mereka mungkin disebabkan kurang upaya mereka untuk memahaminya dan yang lebih parah lagi ialah apabila ada diantara kaum Penan ini sudah berjaya dihasut dan diajar bagaimana cara untuk menentang semua usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan negeri Sarawak demi mengubah cara kehidupan mereka dimana suku Penan ini akan terus menentang apa saja usaha yang dibuat walaupun telah dijelaskan berkali-kali sebelum usaha dimulakan.

Saya cuma nak ucapkan terima kasih sajalah kepada dua individu ini iaitu Ustazah Nuridah dan juga saudara Mazlan Aliman atas usaha "banjir kilat" mereka ini selain mereka berdua juga dikhabarkan akan berusaha untuk menimbulkan isu Penan ini agar dapat dibahaskan di Dewan Rakyat dan sebelum itu mereka kini sedang berusaha untuk membawa wakil-wakil Penan yang telah di"service" untuk berjumpa dengan sekutu Pakatan Rakyat iaitu SUHAKAM. ha ha ha... sakit perut saya nak tergelak...

Jadi kepada dua orang namanya tertaip diatas tu saya ucapkan selamat mencuba dan moga anda berdua berjaya dan kalau tak berjaya bolehlah minta bantuan daripada kerajaan negeri Sarawak, kerajan Barisan Nasional dan jumpa dengan Timbalan Ketua Menteri Sarawak YAB Tan Sri Amar Alfred Jabu, tanya bagaimana serta boleh juga minta tips penjagaan kulit daripada YB Datuk Sri William Mawan, Menteri Kabinet kerajaan negeri Sarawak he he he...

Khamis, Ogos 05, 2010

Seribu kemungkinan berkaitan kematian misteri bekas ADUN Permatang


Walaupun pihak berkuasa iaitu pihak polis yang berkuasa menyiasat kes kematian yang telah menimbulkan satu tandatanya bagi seluruh rakyat Malaysia ada menyatakan awal-awal lagi bahawa insiden yang menimpa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Permatang, Selangor Datuk Abdul Aziz Mohd Noh 64, dan bekas pembantu peribadinya, Puan Siti Rohana Ismat 43, sebagai tidak melibatkan individu lain atau tiada pihak ketiga terlibat didalam kejadian itu namun jika kita ingin melihat akan kemungkinan adanya individu lain yang terlibat didalam kes itu maka kita harus ada teori yang boleh membantu untuk mencari jawapannya.

Kejadian itu dikatakan berlaku di KM 455.7 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran susur keluar Sungai Buloh. Dan kedua-dua mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke satu destinasi iaitu tempat dimana mesyuarat UMNO akan berlangsung. Saya ada beberapa teori atau andaian berhubung dengan kematian penuh misteri itu tetapi diharap ianya tidak akan dianggap sebagai satu usaha untuk mencampuri atau cuba untuk mengganggu siasatan oleh pihak polis tetapi niat saya cuma ingin berkongsi pandangan dengan mereka yang lain berkaitan dengan kejadian tersebut.

Kemungkinan pertama yang saya rasa wujud ialah sebelum kedua-dua mangsa bergerak menuju untuk memasuki kenderaan yang akan mereka naiki tentu sekali tidak boleh ditolak secara seratus peratus ada individu-individu tertentu yang berjaya mencuri masuk ke bahagian duduk belakang kereta dengan menggunakan kepakaran yang biasa digunakan oleh pencuri kereta dan bersembunyi dibelakang kerusi tanpa disedari oleh kedua-kedua mangsa.

Dan apabila sudah sampai dikawasan lebuh raya yang dikira agak sunyi dan sesuai untuk bertindak, maka sudah pasti pelaku itu akan mula bertindak mengugut serta mengancam kedua-dua mangsa dari arah belakang dengan senjata yang ada padanya dan dalam situasi yang sedemikian sudah semestinya kedua-dua mangsa ini terpaksa akur dan akan menuruti semua arahan dan kehendak pemangsa itu seperti kenderaan harus berhenti dimana, buka beg, keluarkan pistol, tarik picu, tembak rakan dulu dan lepas tu tembak diri sendiri. Mau tidak mau dalam keadaan begitu semua arahan terpaksa diikuti. Ini hanyalah andaian.

Kemungkinan kedua. Helah perompak warga asing yang jarang diketahui oleh rakyat Malaysia secara umum mungkin digunakan oleh penjenayah dalam kejadian misteri itu iaitu sering memperdayakan para pengguna jalanraya dan lebuhraya dengan berbagai-bagai cara.

Antara cara berkesan yang digunakan ialah, mereka ini ada satu kumpulan dan mereka akan menentukan terlebih dahulu sasaran seperti kenderaan atau kereta mana yang akan akan dirompak, jalan mana, kilometer berapa dan selepas itu langkah seterusnya mereka akan berada ditempat yang telah ditetapkan dan berpecah kepada beberapa posisi seperti berapa orang akan berada didalam semak tepi jalanraya sementara berapa orang harus berada ditepi jalanraya untuk melakonkan watak masing-masing.

Mereka ini akan menggunakan kenderaan kecil seperti motosikal untuk menarik perhatian pemandu kenderaan lain dengan salah seorang daripada mereka akan berbaring ditengah atau ditepi jalanraya kononnya berlaku kemalangan tambahan lagi kelihatan sebuah motosikal turut berada disitu maka tanpa berpikir panjang lagi sudah tentulah pengguna jalanraya lainnya yang diminta berhenti untuk memberikan bantuan segera memberhentikan kereta mereka tanpa mereka sedari bahawa mereka kini sudah terjerat didalam tipudaya penjenayah.

Apabila kenderaan mangsa sudah berhenti dan pemandunya tidak kira samada beliau keluar ke tidak maka semua rakan-rakan penjenayah yang berpura-pura pengsan ditepi jalanraya akan segera keluar dari semak dan akan meminta mangsa menuruti segala arahan mereka sekira mahu selamat dan seperti teori saya yang diatas sudah tentu mangsa ini akan mengikut apa saja kemahuan penjenayah.

Jadi, didalam kejadian yang membabitkan bekas ADUN Permatang Selangor itu serta bekas pembantu peribadi beliau saya mempunyai pandangan bahawa kemungkinan semua itu tetap ada jika kita dapat melihat daripada latar belakang kedua-duanya dan mungkin juga segalanya telah dirancang dengan begitu rapi lebih awal supaya apabila ianya sudah berlaku maka ianya akan kelihatan seperti kes membunuh diri.

Ini hanyalah tafsiran saya dan bukan bertujuan untuk mempengaruhi mana-mana pihak. Dan apa yang sangat penting sekali supaya seluruh rakyat Malaysia dapat menghormati undang-undang negara kita dan kerajaan Malaysia harus tegas didalam semua perkara, contohilah cara kepimpinan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sabtu, Julai 31, 2010

Blog "Dimensi" dikurung buat kali kedua ?


Sejak beberapa hari yang lepas saya telah banyak kali untuk melayarii blog Dimensi milik blogger saudara Jeffry Damien namun hasilnya masih hampa dan saya pasti bahawa laman blog beliau telahpun disekat atau dibatal mungkin diatas sebab-sebab yang tertentu.

Jika benar, maka ini adalah kali kedua laman blog saudara Jeffry Damien berdepan dengan tindakan "mendemokrasikan rakyat" sebagaimana yang biasa-biasa kita dengar selalu didendangkan oleh pihak Pakatan Pembangkang untuk memberikan kebebasan sepenuhnya kepada rakyat untuk bersuara, menulis dan sebagainya jika pihak mereka mendapat kuasa memerintah negara.

Namun apa yang berlaku adalah disebaliknya apabila berlakunya kemungkinan rasa kurang senang pihak-pihak tertentu didalam Pakatan Pembangkang yang tidak selesa dengan apa jua kandungan yang terdapat didalam laman blog Dimensi baik dalam bentuk tulisan atau dalam bentuk gambar yang dihasilkan dikhuatir akan mendatangkan masalah kepada kesemua pemimpin didalam pakatan pembangkang...

Inikah bentuk demokrasi yang sedang diperjuangkan oleh DAP/PKR/PAS..?,,jika blogger yang pro-pakatan pembangkang yang sering menyertakan gambar-gambar para pemimpin Barisan Nasional didalam laman blog masing-masing dalam keadaan yang kadang kala keterlaluan tetapi tiada tindakan serupa diambil oleh pakatan pembangkang tetapi apabila keadaan serupa dilakukan oleh blogger pro-BN terhadap pemimpin mereka maka inilah jawapannya...

Jumaat, Julai 30, 2010

Menyelesai masalah 'Penan Ulu Baram' tak semudah yang disangka~~~


Saya sangat hairan bagaimana boleh beberapa badan bukan kerajaan NGO tempatan dan NGO luar serta juga terdapat sesetengah pemimpin parti politik khususnya dari parti seteru BN seperti Ahli Parlimen Ampang YB Zuraidah Kamaruddin(PKR) serta beberapa lagi rakan beliau dari Pakatan Pembangkang dengan begitu mudah untuk mencari kesilapan kerajaan negeri Sarawak didalam isu yang berkaitan dengan masalah suku kaum Penan di Ulu Baram.

Mungkin bagi YB Zuraidah yang hanya datang ke kawasan tertentu di penempatan suku kaum Penan ini sewaktu isu itu berbangkit akan melihat bahawa masalah masyarakat terbabit sebagai mudah untuk diselesaikan dalam jangkamasa yang singkat hanya dengan menekan kerajaan negeri Sarawak agar tunduk kepada segala tuntutan daripada kaum tersebut terhadap berbagai perkara dan akur kepada desakan NGO-NGO serta individu-individu tertentu yang sentiasa memperalatkan isu Penan ini untuk tujuan kepentingan politik mereka.

Tidakkah mereka ini ingin tahu bahawa bagaimana kerajaan negeri Sarawak sejak YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud mengambil-alih jawatan Ketua Menteri Sarawak daripada YABhg Tun Haji Abdul Rahman Yaakub awal tahun 1980an telah berusaha begitu gigih untuk membawa masyarakat Penan ini bersama-sama dengan kaum Bumiputera lainnya kedalam arus pembangunan negeri agar kaum tersebut tidak ketinggalan serta dapat sama-sama mengecapi erti sebenar nilai politik pembangunan yang menjadi dasar kepimpinan YAB Pehin Sri Taib.

YB Zuraidah serta wakil-wakil rakyat dari Pakatan Pembangkang lainnya mungkin hanya tahu menyalak tanpa mahu mencium bau sebenar apa dia masalah yang membelenggu sebenar masyarakat Penan Ulu Baram ini sehingga begitu sukar untuk kerajaan negeri Sarawak membawa serta membuat perubahan terhadap kaum terbabit. Orang luar memang belum tahu bahawa ada segelintir masyarakat Penan di Ulu Baram ini telah diajar oleh pihak-pihak tertentu bagaimana cara untuk menentang apa-apa jua dasar yang akan dibawa oleh kerajaan walaupun hakikatnya mereka tahu itu semua adalah untuk kebaikan kaum mereka juga.

Itu semua tentu sekali banyak orang akan sedia maklum iaitu apabila ada golongan yang menghasut pasti sekali pihak yang dihasut sedikit sebanyak akan terpengaruh dan golongan inilah yang akan dipergunakan oleh golongan yang menghasut itu tadi untuk mempengaruhi kumpulan masyarakat yang lebih besar lagi sehinggalah penentangan kaum ini terhadap semua usaha oleh kerajaan negeri untuk membawa perubahan kepada mereka sentiasa akan gagal dan tidak berhasil dan bila ini berlaku maka akan menjadi mudah untuk pihak-pihak berkepentingan ini mereka-reka cerita.

Yang menjadi lebih parah lagi apabila dalam masyarakat Penan di Ulu Baram itu sendiri mereka seringkali tidak seiya dan sekata dalam apa-apa jua perkara atau lebih tepat lagi mereka ini dapat bersatu untuk membina kaum mereka agar kuat untuk keluar dari masalah kemunduran semulajadi apabila lebih gemar memilih jalan persengketaan walaupun dalam isu-isu yang kecil dikalangan mereka dan jauh sekali untuk bersepakat.

Untuk memaju atau membawa masyarakat ini keluar bersama-sama dengan masyarakat peribumi lainnya adalah sesuatu yang amat mustahil untuk dilakukan kerana apabila hanya kerajaan negeri yang bersungguh-sungguh berbuat demikian namun tidak bagi masyarakat itu sendiri maka sudah tentu semua usaha adalah hanya sia-sia.

Untuk menyalahkan kerajaan negeri Sarawak seratus peratus didalam isu yang membabitkan isu Penan di Ulu Baram ini maka saya rasa iainya adalah satu kesilapan dan masyarakat luar juga harus melihat kedalam apa masalah yang melingkari kaum Penan terutamanya di Ulu Baram itu sendiri apabila keadaan mereka sangat sukar untuk diubah, orang luar boleh bertanya disitu.

Mana mungkin untuk sesiapa juga mampu menuruti segala jejak-jejak masyarakat terbabit jika berhasrat untuk memberi sebarang bantuan serta kemudahan kepada mereka walau dalam bentuk apapun memandangkan cara hidup mereka yang suka berpindah-randah dan tidak mahu menetap disatu-satu kawasan tertentu sebagaimana kaum peribumi lain di Sarawak.

Lebih sukar lagi apabila suku Penan di Ulu Baram ini kadangkala jumlah mereka didalam satu-satu kumpulan cuma 8 orang, 9 orang dan yang paling menyukarkan sekali mereka ini tinggal dalam jarak yang sangat jauh diantara satu dengan yang lain dan selepas itu berpindah lagi ke kawasan yang sangat payah untuk dijejaki dan inilah diantara cabaran yang paling besar yang dihadapi oleh pihak kerajaan negeri Sarawak didalam menyelesaikan masalah penempatan suku Penan di Ulu Baram sejak dulu lagi. Dibina rumah panjang, tidak mahu tinggal didalam rumah, mereka lebih suka membina para diluar supaya mudah bagi mereka memasang unggun api serta kegiatan yang lain.

Rabu, Julai 28, 2010

Ke mana Bumiputera hendak bawa hak kaum masing-masing ?


Nampak sangat dah sekarang, hari demi hari apabila kerajaan yang sedia ada telah kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen sejak berakhirnya PRU-12 lalu, dimana soal hak-hak tertentu khususnya hak kaum Bumiputera semakin kerap disentuh, dibangkit atau diungkit oleh kaum bukan Bumiputera walaupun mereka sudah sedia maklum bahawa semua itu telah dipersetujui bersama antara tiga kaum terbesar negara ini serta telah dimaktubkan didalam perlembagaan persekutuan Malaysia.

Keghairahan kaum-kaum bukan Bumiputera ini yang galak mendesak kerajaan untuk memansuhkan hak-hak keistimewaan kaum Bumiputera seolah-olah tidak pernah padam dari perjuangan mereka dan seolah-olah mereka ini sentiasa bersedia menunggu ruang dan peluang untuk terus menimbulkan perkara agar terus mendapat perhatian dari kumpulan yang lebih besar lagi dalam kalangan mereka malah jika boleh mereka seperti mahu sokongan masyarakat antarabangsa terhadap mereka dalam perkara ini.

Posting saya ini bukanlah bermaksud untuk menyerang balas dengan apa yang mungkin menimpa nasib kaum Bumiputera dalam negara ini pada masa depan dalam negara ini tetapi cuma untuk menyatakan akan kewajaran kita untuk mempertahankan apa yang telah menjadi hak kita sebagai kaum peribumi atau kaum asal di negara ini daripada terus cuba untuk diganggu-gugat oleh mereka-mereka yang memang punya keinginan besar mahu melihat kesemua hak keistimewaan bumiputera hancur berkecai dan sudah pasti bila ianya terjadi kita semua tidak akan punya apa-apa lagi yang hendak dipertahan dan diperjuangkan.

Maka itu, walaupun bagi saya bahawa sememangnya ideologi politik bumiputera masing-masing tentu sekali berbeza akan tetapi apakah tiada semangat kerjasama yang boleh menyatukan mereka kedalam satu perjuangan untuk mengekalkan yang dulunya telah memberi jaminan kepada kita semua bahawa sehingga kini itulah yang telah meletakkan kita dikedudukan yang boleh dikatakan sebagai stabil politik, ekonomi serta pendidikan dan itulah juga yang telah menentukan kejayaan sesebuah kaum itu membentuk menjadi masyarakat pemimpin yang adil dan saksama kepada warganegara yang menghuni negara Malaysia ini.

Harap kerajaan BN, khususnya UMNO yang telah menjadi tulang belakang pentadbiran negara ini agar benar-benar menjadi pendahulu yang senantiasa peka kepada sebarang peubahan dan juga supaya setiap langkah UMNO akan menjadi ikutan kepada lain-lain komponen didalam Barisan Nasional didalam mempertahankan apa yang telah menjadi hak kaum masing-masing dan bukan mahu hak kaum lain nak dihapuskan namun dalam pada itu mahu terus memperjuangkan atau menambah tuntutan hak ke atas kaum sendiri.

HIDUP BN !!!

Isnin, Julai 19, 2010

Mengapa Nik Aziz gemar bercakap berpusing-pusing...


Jika sebelum ini Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat ada menyatakan bahawa beliau sudah bersedia untuk bersetuju jika PAS dan UMNO mahu berbincang demi perpaduan Melayu dan juga demi kepentingan agama Islam.

Tetapi malangnya, tak lama selepas itu nada beliau mulai berubah sama sepertimana pada kenyataan beliau sebelum ini berhubung dengan perkara yang ada melibatkan kerjasama antara PAS dan UMNO.

Pulak, Datuk Nik Aziz menjelaskan bahawa beliau mahu bertemu untuk berbincang dengan Timbalan Presiden UMNO YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya untuk perkara lain dan tidak kena mengena dengan perpaduan kaum Melayu dan Islam.

Adakah ini boleh dinamakan sebagai "sesumpah politik" ?

Rabu, Julai 14, 2010

Datuk Nik Aziz setuju PAS dan UMNO menjalinkan kerjasama..

Utusan Malaysia Online - Kartun
Berjuta harapan selama ini yang ingin melihat dua parti terbesar orang Melayu di negara ini agar dapat bekerjasama dalam mempertahankan kepentingan kaum Melayu khususnya dan Bumiputera lain amnya serta agama Islam secara keseluruhannya mungkin akan tercapai sekiranya persetujuan yang disuarakan oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat benar-benar diterjemahkan seterusnya didalam bentuk tindakan susulan dan bukannya hanya kata-kata yang akan dinafikan semula selepas itu.

Apa-apapun sebagai salah seorang daripada jutaan rakyat yang amat mengutamakan perpaduan dikalangan antara kaum majmuk serta keharmonian didalam negara ini, maka saya dan mungkin anda juga pasti tertunggu-tunggu akan perkembangan terbaru ini. Kita hanya mampu mengharapkan agar semuanya nanti akan betul-betul terjadi demi agama, nusa bangsa dan negara.

Jumaat, Julai 02, 2010

PKR berlutut depan Yahudi, PAS berlutut belakang DAP !


Berita mengenai kunjungan tiga hari ketua pembangkang YB DS Anwar Ibrahim ke Washington pada 23hb hingga 26hb June lalu untuk memohon keampunan sambil berlutut serta meminta maaf daripada tokoh-tokoh Yahudi Israel di Amerika Syarikat berhubung dengan perkataan sensitif bagi Yahudi "pencerobohan Zionis" yang digunakan oleh DS Anwar ketika memuncaknya bantahan terhadap kekejaman tentera komando rejim Islael ke atas konvoi kemanusiaan ke Gaza telah menjadi isu baru dalam politik Malaysia.

PAS melalui Ketua Dewan Ulama PAS Pusatnya iaitu YB Datuk Harun Taib telah bersuara mengenai perkara ini serta berkira-kira untuk meminta YB DS Anwar Ibrahim menjelaskan pendirian sebenar beliau berhubung dengan isu itu, tetapi malangnya apabila belum apa-apa lagi Datuk Harun Taib sendiri sudah menyatakan bahawa itu adalah tindakan peribadi DS Anwar Ibrahim dan PAS tak perlu bimbang. Apa jenis pemimpin macam ni, belum apa-apa sudah angkat bendera putih !

Apa kurangnya juga dengan sikap Menteri Besar Kelantan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam tuntutan yang hampir serupa sebelum itu iaitu apabila Nik Aziz telah "mencabar" Pengerusi DAP YB Karpal Singh agar membuktikan dimana tak betulnya konsep Islam yang dilaksanakan di Kelantan di bawah kerajaan PAS.

Begitu juga, belumpun sempat lagi YB Karpal Singh menyahut cabaran yang dikemukakan oleh Datuk Nik Nik Mat, Mursyidul Am PAS itu siang-siang sudah menyifatkan bahawa kenyataan YB Karpal Singh itu sebagai pendapat peribadi Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu saja dan bukan melibatkan DAP. Inilah bukti kelemahan yang paling nyata dalam perjuangan PAS, mahu bersuara sekejap tapi takut pula menanggung risiko apabila Datuk Nik Aziz sendiri setelah dia mencabar YB Karpal Singh kemudian dia sendiri pulak yang memintas cabaran yang dikemukakan oleh dia sendiri...

Khamis, Julai 01, 2010

..bukan peribadi!! Karpal Singh satu kapal dengan DAP !


Menteri Besar Kelantan/Penasihat Am PAS YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam nada kesal, terkejut dan marah telah menyifatkan dakwaan oleh oleh Pengerusi Kebangsaan DAP/Anggota Parlimen Jelutong/Peguam Tangguh YB Karpal Singh bahawa konsep Islam yang dilaksanakan di Kelantan sejak PAS memerintah negeri itu sebagai salah atau tidak betul.

Namun demi rasa kasih sayang yang terlalu tinggi Datuk Nik Aziz Nik Mat terhadap sekutu PAS didalam Pakatan Pembangkang itu, maka untuk menyedapkan semula rasa hati beliau serta mungkin sesetengah pemimpin serta ahli-ahli PAS lalu Datuk Nik Mat dengan mudah menyifatkan kenyataan oleh YB Karpal Singh itu sebagai satu kenyataan "peribadi" iaitu bukan sebagai pandangan DAP secara keseluruhannya.

Itu pendapat Datuk Nik Aziz tetapi sebenarnya YB Karpal Singh adalah Pengerusi DAP, jadi tak kira masa dan tak kira tempat apabila terkeluar saja apa-apa kenyataan beliau itu adalah kenyataan DAP juga. 24 jam tanpa henti selagi YB Karpal Singh jadi pemimpin DAP, siang malam hujan panas semua kenyataan yang beliau buat berhubung dengan hal ehwal DAP ada pendirian rasmi DAP. Haaa Datuk Nik Aziz Nik Mat kena faham perkara tu...jangan pula memandai nak mengalih muncung senjata yang YB Karpal Singh telah tuju kepada PAS ke arah lain pula.

Rabu, Jun 30, 2010

Jawatan MB Selangor TS Khalid kini bertaraf Aji-No-Moto...


YAB Tan Sri Mohd Khalid Ibrahim merupakan satu-satunya Menteri Besar daripada kalangan pemimpin tertinggi negeri Pakatan Pembangkang yang tidak punya apa-apa kuasa pemutus dalam parti peringkat negeri apabila kuasa yang sepatutnya kekal untuk beliau sejajar dengan jawatan beliau sebagai Menteri Besar, iaitu jawatan Pengerusi PKR negeri kini telahPUN ditarik dan diberikan pula kepada Naib Presiden PKR YB Azmin Ali yang merupakan bukan anggota dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Kalau dalam Barisan Nasinonal terutamanya UMNO perkara ini juga telah berlaku iaitu di negeri Terenggnu Darul Iman apabila jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Terengganu telah diberi dan dipegang oleh Naib Presiden UMNO iaitu YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan bukannya oleh Menteri Besarnya iaitu YAB Datuk Seri Ahmad Said sebagaimana kelazimannya.

Berbalik kepada krisis kepimpinan PKR di Selangor itu sudah tentu kita dapat melihat bahawa apabila Menteri Besarnya sudah tidak punya apa-apa kuasa dalam membuat sebarang keputusan berkenaan dengan hal ehwal parti sepertimana sebelum ini maka amat jelaslah yang kepimpinan beliau kini bukan saja lagi telah ditolak oleh hampir kebanyakkan rakyat di Selangor malah oleh para pemimpin tertinggi PKR sendiri.

Walau apapun alasan yang telah dikemukakan oleh Penasihat PKR YB DS Anwar berkaitan dengan perubahan yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti dalam kepimpinan PKR negeri Selangor itu, orang diluar parti tetap berpendapat itu semua telah menjelaskan kepada umum bahawa khidmat Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Selangor telah sampai ke penghujungnya.

Peranan Tan Sri Khalid dalam PKR negeri serta sebagai ketua pentadbir negeri kini tak ubah seperti keperluan Aji-No-Moto iaitu sejenis serbuk perasa didalam hampir kesemua masakan.

Keperluan Aji-No-Moto didalam masakan memang wajib namun kuantiti yang diperlukan cuma sedikit berbanding dengan jumlah yang diperlukan untuk bawang merah, bawang putih, garam, halia, kantan, cili, asam dan sebagainya lalu ini bersesuaian dengan peranannya yang hanya dijadikan sebagai pelengkap didalam setiap hidangan.

Inilah lumrahnya dalam hidangan harian kita, ada Aji-No-Moto pun jika tanpa garam, tanpa bawang, tanpa serai, tanpa kunyit, tanpa halia dan lain-lain lagi segala rempah ratus sudah tentu tidak menjadi juga...namun tanpa serbuk perasa itupun jika hanya ada garam sedkit gula beserta lain-lain rempahnya kita masih boleh makan juga.

Ahad, Jun 27, 2010

...bila Ulama masuk UMNO, bukan Islam pula masuk PAS...


Apabila berita tentang sokongan para Ulama terhadap UMNO semakin meningkat dan ditambah lagi dengan penyertaan 40 orang daripada mereka yang masuk kedalam UMNO baru-baru ini diketahui umum terutamanya rakyat Malaysia sudah tentu ini sesuatu yang sangat menarik bagi saya kerana pada perkiraan saya ialah bila saja UMNO semakin mendapat sokongan padu daripada seluruh kaum Melayu serta Bumiputera Islam lainnya di negara ini maka adalah satu perkara yang betul dan tepat masanya untuk orang bukan Islam yang berhajat hendak memilih Islam sebagai pedoman hidup.

Berbeza pula dengan parti PAS apabila sepatutnya orang Islamlah yang masuk dan memberi sokongan berterusan kepada perjuangan mereka namun sayang sekali bilamana ruang itu kini telah diisi oleh 'orang-orang bukan Islam atau kafir' melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP)tanpa perlu mereka ini untuk memeluk agama Islam terlebih dulu.

Harapan agar Malaysia terus aman, maju, harmoni dan sejahtera selalu dibawah pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional...

Rabu, Jun 23, 2010

Tahniah ! ..rakyat Johor Darul Takzim bertuah...


Gembira sangat apabila melihat bagaimana Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan Johor Darul Takzim Tuanku Ibrahim yang begitu sudi telah mencemar duli untuk menemui serta mendekati rakyat jelata disetiap ceruk rantau negeri Johor.

Program 'Kembara Mahkota Johor' yang memang sinonim dengan penjelajahan Baginda untuk menemui seluruh rakyat Johor merupakan aktiviti Baginda sejak dilantik sebagai Tuanku Mahkota Johor lagi dan masih diteruskan walaupun kini Baginda adalah Sultan Johor yang menaiki takhta bagi menggantikan tempat Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Iskandar yang telah mangkat.

Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah harus diberikan kepada seluruh rakyat Johor Darul Takzim kerana mempunyai seorang Sultan yang begitu mudah didekati oleh rakyatnya serta begitu mengambil berat akan masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat Baginda.

Kemesraan Baginda Tuanku Ibrahim ini pasti sentiasa mengingatkan kita semula akan keramahan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah terhadap rakyat Baginda ketika hayat Almarhum sebagai Sultan Selangor Darul Ehsan dulu dan juga kita sebagai rakyat biasa boleh melihat bahawa wujudnya persamaan sifat semulajadi yang mulia diantara Tuanku Ibrahim dengan Sultan Pahang Darul Makmur Sultan Haji Ahmad Shah untuk selalu dengan rakyat bagi membolehkan kedua-dua Baginda lebih faham tentang permasalahan rakyat bawahan.

Mampukah YB-YB yang telah dipilih oleh rakyat negara ini sebagai wakil mereka baik kawasan DUN mahupun kawasan Parlimen mengikuti jejak langkah KBDYMM Tuanku Ibrahim ini untuk sentiasa dekat dengan rakyat ?

Tidak sabar juga menanti giliran KDYMM Sultan Johor ini untuk ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, semoga negara Malaysia terus aman dan makmur dilimpahi dengan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan dibawah naungan Raja yang berjiwa rakyat.

Selasa, Jun 22, 2010

Piala Dunia 2010: RTM, kenapa alang-alang menyeluk pekasam???


Kata orang tua dulu-dulu, alang-alang basah biar mandi sekali. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Ertinya, kalau kita nak buat sesuatu perkara atau benda tu tak kiralah apa dia, biarlah sepenuhnya dan bukan separuh buat separuh tidak.

Oleh itu, kalau rasa nak buat, biar sepenuhnya dan kalau rasa tak nak buat maka tak payah. Mudah saja. Agar tiada pihak yang rasa kecewa.

Begitu juga dengan janji Radio Televisyen Malaysia(RTM TV1 dan TV2) yang sebelum ini pernah menyatakan bahawa pihak mereka telah mendapat hak penyiaran atau lesen bagi membawa siaran secara langsung perlawanan bolsepak Piala Dunia 2010 dari Afrika Selatan untuk tontonan seluruh peminat bolasepak di negara ini.

Tetapi malang sekali, sehingga kini dan sejak bermulanya temasya tersebut iaitu dari 11hb June 2010, berapa kali saja RTM TV1 dan kononnya TV2 mampu membawa siaran secara langsung kerana kebanyakan perlawanan yang disiarkan adalah siaran tertunda atau lebih tepat lagi siaran perlawanan yang telah dirakamkan.

Menteri yang bertanggungjawab terhadap RTM iaitu YB DS Rais Yatim sepatutnya tampil menjelaskan secara terpeinci kepada rakyat mengenai perkara ini yang telah menjadi persoalan banyak pihak.

Jika kita membuka siaran TV maka sudah tentu selang beberapa ketika di kaca TV1 dan TV2, pasti kita akan disajikan dengan iklan "Sorakan 1Malaysia 1Dunia" yang kononnya RTM akan menyiarkan siaran secara langsung untuk setiap kali perlawanan bolasepak.

Seandainya RTM masih mahu dilihat sebagai badan penyiar 'terunggul' di negara ini sepertimana slogan yang biasa kita dengar iaitu "RTM Tetap Unggul" adalah sesuatu yang terbaik bagi pihak RTM untuk berbuat sesuatu supaya perkara seperti ini walaupun mungkin dikira kecil oleh Menterinya tetapi mana tahu ianya sesuatu yang besar bagi rakyat, dikhuatir akan menjejas semula kepercayaan sebilangan rakyat terhadap kemampuan kerajaan Barisan Nasional kerana RTM adalah mata, lidah dan telinga kepada kerajaan BN.

Isnin, Jun 21, 2010

Hari Bapa: Seorang isteri ditangkap khalwat oleh suaminya sendiri !!!

Utusan Malaysia Online - Jenayah
Ini kes yang menarik perhatian saya. Sempena Hari Bapa, seorang isteri yang berusia 28 tahun telah ditangkap oleh Pegawai dari Jabatan Agama Islam ketika sedang berdua-duaan atau lebih tepat lagi sedang berkhalwat dengan pasangannya seorang remaja lelaki berusia 21 tahun didalam bilik sebuah hotel pada waktu masih subuh jam 4:25 pagi.

Yang menariknya ialah tangkapan yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam itu telah disertai oleh suami kepada wanita terbabit yang berusia 26 tahun.

Kes-kes seperti inilah yang juga turut menyumbang kepada kejadian pembuangan bayi merata-rata sejak sekian lama, oleh itu adalah wajar untuk semua pihak turut memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Agama Negeri masing-masing dalam membenteras gejala yang telah meruntuh moral serta tamadun manusia apabila ada yang sanggup membunuh bayi mereka sendiri hasil hubungan terlarang seperti itu.

Sabtu, Jun 19, 2010

Mengimbas kembali sejarah kejuaraan Piala Dunia...


Perlawanan untuk merebut kejuaraan bolasepak Piala Dunia pertama kali diadakan di Uruguay bermula pada 13hb sehingga 30hb Julai 1930 iaitu selama 18 belas hari dimana tuan rumah telah menjuarai piala paling berprestij itu dan pasukan Argentina sebagai naib juara, pasukan Amerika Syarikat ditempat ketiga manakala ditempat keempat ialah pasukan Yugoslavia.

Kali kedua pertandingan Piala Dunia ialah pada 27hb Mei hingga 10hb Jun 1934 di Italy dan sekali lagi menyaksikan pasukan yang menjadi tuan rumah telah muncul sebagai juara dan diikuti tempat kedua ialah Czechoslovakia, ketiga pasukan Jerman dan keempat Austria.

Seterusnya untuk kali ke tiga sehingga saat ini;

04hb June - 19hb June 1938 berlangsung di Perancis,
Juara: Italy, naib juara: Hungary, 3:Brazil, 4:Sweden.

Tahun 1942 sepatutnya perlawanan keempat terpaksa tidak dapat diadakan apabila perang dunia pertama meletus.

Empat tahun berikutnya juga iaitu pada tahun 1946 perlawanan piala dunia tidak dapat diadakan akibat perang dunia kedua.

24hb June - 16hb Julai 1950 diadakan di Brazil,
Juara: Uruguay, naib juara: Brazil, 3:Sweden, 4:Sepanyol.

16hb June - 04hb Julai 1954 perlawanan berlangsung di Switzerland,
Juara: Jerman, naib juara: Hungary, 3:Austria, 4:Uruguay.

08hb June - 29hb June 1958 diadakan di Sweden,
Juara: Brazil, naib juara: Sweden, 3:Perancis, 4:Jerman.

30hb Mei - 17hb June 1962 berlangsung di negara Chile,
Juara: Brazil, naib juara: Czechoslovakia, 3:Chile, 4:Yugoslavia.

11hb Julai - 30hb Julai 1966 diadakan di England,
Juara: England, naib juara: Jerman, 3:Portugal, 4:Soviet Union.

31hb Mei - 21hb June 1970 berlangsung di Mexico,
Juara: Brazil, naib juara: Italy, 3:Jerman, 4:Uruguay.

13hb June - 07hb Julai 1974 diadakan di Jerman,
Juara: Jerman, naib juara: Belanda, 3:Poland, 4:Brazil.

01hb June - 25hb June 1978 diadakan di Argentina,
Juara: Argentina, naib juara: Belanda, 3:Brazil, 4:Italy.

13hb June - 11hb Julai 1982 berlangsung di negara Sepanyol,
Juara: Italy, naib juara: Jerman, 3:Poland, 4:Perancis.

31hb Mei - 29hb June 1986 diadakan di Mexico,
Juara: Argentina, naib juara: Jerman, 3:Perancis, 4:Belgium.

08hb June - 08hb Julai 1990 berlangsung di Italy,
Juara: Jerman, naib juara: Argentina, 3:Italy, 4:England.

17hb June - 17hb Julai 1994 dilangsungkan di Amerika Syarikat,
Juara: Brazil, naib juara: Italy, 3:Sweden, 4:Bulgaria.

10hb June - 12hb Julai 1998 diadakan di Perancis,
Juara: Perancis, naib juara: Brazil, 3:Croatia, 4:Belanda.

31hb Mei - 30hb June 2002 diadakan di Jepun dan Korea Selatan,
Juara: Brazil, naib juara: Jerman, 3:Turki, 4:Korea Selatan.

09hb June - 09hb Julai 2006 berlangsung di Jerman,
Juara: Italy, naib juara: Perancis, 3:Jerman, 4:Portugal.

11hb June - 12hb Julai 2010 sekarang bingit berlangsung di Afrika Selatan,
Juara?..adakah Brazil atau Argentina ? ..naib juara?..adakah Uruguay atau Mexico, mungkin juga Sepanyol, Portugal dan Jerman??? 3:?, 4:?

Ramalan saya ;-) juara Piala Dunia Afrika 2010 : Argentina, naib juara: Uruguay ! ...terlalu awal untuk meramal, betul bola itu bulat, apa-apa saja boleh berlaku...

DS Khaled Noordin, menteri yang gagal ke pusat pengajian tinggi negara !


YB Datuk Seri Mohd Khaled Noordin adalah Menteri Pengajian Tinggi. Kementerian ini diwujudkan selepas persaraan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad dari pucuk kepimpinan negara dan dimana tempat beliau telah diambilalih oleh YABhg Tun Haji Abdullah Ahmad Badawi iaitu Perdana Menteri Malaysia yang ke lima.

Kementerian Pengajian Tinggi buat pertama kalinya telah digalaskan oleh Tun Abdullah kepada Ahli Parlimen Jeli YB Datuk Seri Mustapha Mohamed sebagai menterinya iaitu semasa rombakan kabinetnya pertama oleh Perdana Menteri ke lima itu. Dan pada rombakan yang kedua dilakukan oleh Tun Abdullah terhadap barisan kabinet beliau, menterinya telah bertukar dan ianya telah diberikan kepada YB Datuk Seri Mohd Khaled Noordin sehinggalah ke hari ini membawa langsung kepada pentadbiran YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Jika mengikut pemahaman saya, semua hal ehwal yang berlaku didalam lingkungan institute-institute pengajian tinggi dinegara ini baik ianya bersifat awam ataupun swasta keatas, kolej-kolej hinggalah ke peringkat universiti semuanya adalah dibawah bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi.

Jika tidak tepat pada perkiraan saya tidak mengapa juga tetapi jika ianya lebih kurang atau memang benar maka Kementerian Pengajian Tinggi harus berbuat sesuatu supaya persepsi orang awam terhadap universiti dapat dibentuk mengikut apa yang sebenar telah berlaku dan bukannya hanya direka cipta.

Tak nak bercerita panjang dan kita terus saja kepada tajuk artikel dimana rumusan tidak boleh diambil dari tajuk artikel tetapi dari isi kandungannya sebab saya bukan bermaksud bahawa Menteri Pengajian Tinggi itu telah gagal menamatkan apa-apa jua jenis bentuk pengajian tinggi yang diambil beliau dalan negara ini.

Sebenarnya saya sangat terkilan dengan sikap YB Datuk Seri Mohd Khaled Noordin selaku menteri yang bertanggungjawab penuh mengenai segala perkembangan di Universiti dan kolej-koleg tertentu apabila membiar saja Universiti-universiti serta lain-lain kolej dijadikan sebagai tempat untuk memburuk dan memalukan Negarawan Agung YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad oleh sesetengah pensyarah-pensyarah yang ada diantara mereka sudah bergelar sebagai Professor.

Apakah Datuk Seri Mohd Khaled Noordin tidak sedar ataupun memang sengaja untuk tidak mahu ambil pusing mengenai kenyataan paling tidak bertamadun oleh seorang pensyarah di UM iaitu Professor Dr Azmi Sharom mengenai YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad ?

Arkib Blog