Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Khamis, Jun 03, 2010

Kejadian Israel merampas passport rakyat Malaysia harus dirujukkan ke Mahkamah Antarabangsa The Huge


Peristiwa paling tragis yang telah menimpa seorang Komander Kanan pemimpin Pergerakan Hamas, Mahmoud al-Mabhuh pada subuh Rabu 20 January 2010 disebuah hotel penginapannya di Dubai dimana beliau telah bunuh oleh skuad pembunuh Israel Mossad seharusnya terus diambil sebagai iktibar dan peringatan kepada kita semua kerana ketika pembunuhan itu berlaku pihak rejim zionis telah meyalahgunakan passport antarabangsa negara seperti Britain, Ireland, Jerman, Perancis dan Australia untuk melengkapkan matlamat mereka.

Dan dalam insiden terbaru apabila pengganas serta lanun-lanun laut Israel telah menyerang kapal Mavi Marvara yang dinaiki para sukarelawan dari seluruh dunia dengan membunuh 9 orang sukarelawan iaitu 8 orang rakyat Turki dan seorang warga Amerika Syarikat yang menyertai misi kemanusiaan ke Gaza yang membawa bersama mereka beberapa jenis barang bantuan untuk dihulurkan kepada rakyat Palestine di Gaza dan selain itu pengganas Israel telah mencuri passport antarabangsa milik rakyat Malaysia.

Apabila saya mendapat berita bahawa passport salah seorang daripada rakyat Malaysia telah dirampas dan dicuri oleh pengganas Israel tentu sekali saya akan menunggu apa agaknya tindakan seterus Wisma Putra samada untuk mendapatkan kembali dokumen yang paling bernilai itu dalam bentuk asal atau juga pihak kementerian luar akan membiarkan saja dokumen tersebut terus berada didalam genggaman tangan pihak pengganas Israel tanpa mensyaki apa-apa akan dilakukan oleh pengganas Israel dengan menggunakan passport antarabangsa rakyat Malaysia itu.

Banyak yang dapat saya nampak akan tujuan sebenar pengganas Israel menyimpan passport antarabangsa milik rakyat Malaysia itu dan antaranya ialah akan digunakan untuk membunuh beberapa orang pemimpin rakyat Palestine dan sekiranya ini terjadi sudah tentu hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestine akhirnya akan mula bermasalah dan ini akan menimbulkan rasa tidak percaya rakyat Palestine terhadap Malaysia, maka inilah sebenarnya yang dimahukan oleh pengganas Israel.

Sebaiknya, sebelum terlambat adalah sangat elok untuk Malaysia membawa kes pengganas Israel mencuri dokumen rakyat Malaysia ini ke Mahkamah Antarabangsa agar keputusan dapat diperolehi darinya yang membolehkan passport antarabangsa tersebut dapat dikembalikan kepada Malaysia.

Rabu, Jun 02, 2010

Berdepan kekejaman Israel: Malaysia harus tampil dengan cara tersendiri...

Kejam, zalim, angkuh dan biadap merupakan antara pakaian semulajadi pada diri para pemimpin serta bala tentera rejim zionis Yahudi. Tanpa satu dari sifat yang disebutkan itu maka rejim Yahudi tidak akan bermaya untuk bergerak diatas muka bumi ini.

Tragedi terbaru iaitu serangan ganas dan paling terkeluar dari sifat yang dimiliki oleh makhluk yang bernama manusia, Komando tentera Israel telah menyerang kapal MV. Marmara yang membawa konvoi iaitu sukarelawan beserta pelbagai jenis bantuan untuk rakyat di Gaza. Serangan yang memang tepat sekali diibaratkan sebagai satu serangan oleh lanun-lanun di perairan Somalia.

Rakyat seluruh dunia yang cintakan keamanan dan bencikan Israel hanya mampu mengadakan tunjuk perasaan, menghantar memorandum ke pejabat kedutaan negara-negara yang tertentu sebagai menyatakan rasa marah mereka terhadap kezaliman pihak Israel dan pastinya tidak akan mampu bertindak lebih daripada itu.

Badan dunia seperti PBB yang diharapkan untuk bertindak ternyata gagal dan kecut. Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama juga dilihat terus bersandiwara berhubung dengan serangan tentera Israel terhadap kapal Marvi Marmara itu. Obama hanya mampu bersedih dan lepas itu pula telah menekan Majlis Keselamatan PBB agar jangan mengutuk Israel.

Lain-lain negara seperti Mesir, Jordan, Arab, Turki sendiri yang mempunyai jalinan kerjasama diplomatik dengan negara Zionis itu masih belum ada kata putus tentang status hubungan negara zionis itu malah lebih teruk lagi kebanyakan negara Teluk yang ada hubungan dengan Israel masih lagi belum ada pendirian jelas samada masih mahu mengekalkan hubungan atau meutuskannya akibat tekanan daripada kerajaan Amerika Syarikat.

Walaupun menghadapi tekanan demi tekanan dari rakyat mereka sendiri yang mahukan negara mereka menamatkan sebarang kerjasama dengan Israel namun hampir kesemua pemimpin negara-negara Teluk kecuali Iran mengambil sikap mendiamkan diri serta membisu. Apa yang rakyat mereka mampu lakukan hanyalah dengan membuat tunjuk perasaan, demonstrasi jalanan, baling batu, bakar tayar, lastik dan sebagainya yang terbukti tidak akan mendatangkan kesan apa-apa kepada pihak Israel.

Dan Malaysia selaku negara Islam yang bukan dalam lingkungan negara-negara Liga Arab atau Teluk, rakyat serta pemimpin di negara ini sepatutnya berusaha mencari jalan atau cara berlainan dari cara yang sudah terbiasa dilakukan oleh rakyat negara lain sebelum ini apabila berdepan dengan amcaman berbahaya Israel agar ianya lebih lebih berkesan serta mampu membuka mata, hati serta fikiran pemimpin Yahudi supaya mereka sedar bahawa apa yang mereka lakukan selama ini terhadap umat manusia sejagat akhirnya akan memakan diri mereka sendiri.

Rakyat Malaysia tidak seharusnya terikut-ikut lagi dengan cara luar yang suka berarak serta suka mengadakan tunjuk perasaan apabila berlakunya sesuatu kejadian seumpama itu...biar sekerap manapun demonstrasi kita lakukan, ianya tidak akan membawa apa-apa faedah sama juga seperti kita mencurah air ke daun keladi, kerja sia-sia.

Malaysia boleh bertindak dengan mempengaruhi negara-negara lain seperti negara-negara yang menganggotai pertubuhan ASEAN, OIC, NAM, KOMANWEL, G-15 agar segera memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel dan juga Amerika Syarikat. Jika Amerika Syarrikat boleh menekan negara-negara lain dengan menggunakan kuasa ekomnominya, kenapa tidak negara lain bersatu untuk mengenakan balik Amerika Syarikat dengan cara yang sama ?

Fikirkanlah, jika kesemua negara-negara yang ada didalam pertubuhan yang disebut itu berjaya dipujuk dan diayat-ayat dengan kata-kata yang meyakinkan agar bersatu menekan dan memaksa Amerika Syarikat supaya jangan lagi memberi muka terlampau kepada Israel, maka adalah tidak mustahil jika Malaysia mahu memulakan dengan cara seperti itu saya pasti ianya akan membuahkan hasil yang luarbiasa.

Isnin, Mei 31, 2010

Hargailah beliau seadanya sebelum dia kita rindui...


Sebagai salah seorang daripada jutaan rakyat negara ini yang membesar di era pentadbiran YABhg. Tun Dr Mahathir sebagai seorang Perdana Menteri Malaysia sudah pasti sepanjang tempoh beliau memegang tampuk pemerintahan negara senang sekali untuk diikuti dan sangat mudah untuk diterima oleh hati dan perasaan kita.

Gaya kepimpinan beliau yang amat tegas, berani dan sentiasa segar telah membuat rakyat begitu ingin untuk mengetahui tentang sesuatu pembaharuan yang akan beliau lakukan.

Penjelasan beliau yang begitu mudah tentang sesuatu isu dan sangat senang untuk difahami membuatkan kita merasa tidak jemu-jemu dengan cara kepimpinan beliau tidak mungkin akan dapat diwarisi oleh sesiapapun lagi selepas ini.

Tiada kata-kata lain yang mampu saya gunakan untuk menunjukkan tanda penghargaan bagi mengenang segala jasa dan pengorbanan yang tiada ternilai oleh YABhg. Tun Dr. Mahathir selama 22 tahun terhadap keamanan, kesejateraan dan kemajuan Malaysia serta keharmonian kaum yang berbilang bangsa di negara ini.

Kepada seluruh rakyat Malaysia terutama sekali mereka-mereka dari kalangan bukan Bumiputera yang berpendidikan tinggi iaini yang begitu mudah termakan dengan hasutan oleh Barry Wain iaitu penulis buku "Maverick: Mahathir Mohamad in Turbelent Times" supaya tidak bersubahat dengan raja fitnah tersebut untuk mengaibkan YABhg. Tun Dr. Mahathir iaitu bekas pemimpin negara kita sendiri, maka sedarlah...bahawa tiada untung sama sekali bagi anda semua bersekongkol dengan rakyat luar yang berniat untuk memburukkan pemimpin negara kita sendiri dan tiada rugi satu sen pun bagi diri anda sendiri jika anda tidak untuk bersama rakyat luar bagi mengutuk dan menghina YABhg. Tun Dr. Mahathir.

Sebagai penghuni di Universiti Malaya, sudah pasti pendidikan anda semua sangat jauh tinggi serta sudah tentu lebih bijak berfikir dengan tenang dan juga matang berbandingkan dengan saya yang hanya tamat darjah dua di Sekolah Rendah Bantuan penuh kerajaan namun saya tetap masih mampu untuk menilai mana yang benar dan mana yang tidak dan mana yang harus kita terima dan mana satu yang harus kita tolak.

Lumrah kejadian alam memang tidak diduga dan begitu juga dengan kita sebagai manusia dimana yang hidup pasti akan menempuh kematian dan itu adalah sebahagian daripada kitaran hidup dan sesuai dengan kata Herman Tino didalam lagunya "mati adalah pasti, hidup Insyallah" dan kemanapun kita akan lari untuk mengelak dari kematian namun sebagai insan yang lemah dimuka bumi ini tentu sekali kita tak akan mampu untuk menolaknya.

Siapa yang dulu dan siapa yang kemudian mati itu adalah kuasa Tuhan dan sebaiknya kita sebagai rakyat yang mampu untuk berfikir dengan sempurna maka eloklah sekiranya sematkan sedikit rasa hormat serta tahu terhutang budi dalam sanubari masing-masing walaupun agak keberatan untuk menghargai jasa-jasa dan sumbangan bakti bekas pemimpin negara kita yang terdahulu terutamanya YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan sekurang-kurangnya kita sedar bahawa kita telah menjadi seperti kita hari ini dalam Malaysia adalah hasil sumbangan bakti serta pengorbanan ikhlas YABhg. Tun Dr. Mahathir selama 22 tahun menerajui negara berdaulat ini.

Dan adalah tidak salah dan tidak rugi apapun bagi kita semua untuk menghargai dan menyanjung setinggi manapun yang termampu kita lakukan sebagai tanda terima kasih kita kepada YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga sementara dia masih bersama dengan kita maka giliran kitalah untuk melakukan yang terbaik untuk beliau serta juga sementara kita masih bersama dengan beliau maka ambillah kesempatan yang tersisa ini untuk kita berbuat yang terbaik kepada beliau sebagai menandakan yang kita adalah rakyat negara yang tahu menghargai dan sentiasa mengenang budi.

Rabu, Mei 26, 2010

DHPP akan jadi 'duri dalam daging' kepada PAS kemudian hari...


Apakah pandangan pembaca semua berkenaan dengan usaha oleh sesetengah pemimpin tertinggi dalam PAS yang telah merestui cadangan penubuhan sayap baru parti iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS yang ahlinya nanti adalah terdiri daripada kaum bukan Islam dan juga pastinya bukan Melayu?

Pada pendapat saya, apabila tertubuh sahaja sayap baru untuk parti itu nanti bermakna PAS seolah-olah telah menyedia awal serta turut membersihkan kawasan untuk menguburkan terus parti PAS daripada gelanggang politik negara.

Banyak iktibar yang boleh diambil oleh PAS dari sesuatu yang telah berlaku sejak kebelakangan ini misalnya bagaimana generasi pertama kaum tertentu yang sebelum ini telah bersetuju untuk menerima semua syarat sepertimana yang termaktub didalam perlembagaan negara sekiranya mahu diterima sebagai warga negara Malaysia tetapi kini generasi baru kaum ini pula telah mula mempersoalkannya serta mahu kandungan dalam perlembagaan negara dimansuhkan walaupun telah dipersetujui oleh generasi terdahulu.

Namun PAS seakan-akan tidak sedar bahawa bagaimana beraninya puak-puak ini mempertikaikan syarat-syarat yang terkandung didalam Perlembagaan Negara seperti hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, ketuanan Melayu, Islam sebagai agama persekutuan, Raja Berperlembagaan dan lain-lain lagi yang diakui semua kaum sebelum ini tetapi kini ianya telah diusahakan dengan berbagai-bagai cubaan untuk menekan kerajaan supaya menghapuskan mana-mana saja keistimewaan yang dilihat tidak menguntungkan puak mereka.

Bangga sehingga begitu megah mendabik dada sambil mendakwa lebih 20,000 individu bukan Islam telah berjaya di himpun oleh PAS sebagai penyokong kepada parti itu melalui DHPP menyebabkan para pemimpin tertinggi dalam PAS baik Presidennya, Timbalan Presidennya, Mursyidul Amnya dan sebagainya lagi gagal untuk melihat ke hadapan bagaimana agaknya nanti sekiranya ahli-ahli DHPP dibenarkan untuk mengundi semasa pemilihan parti berlangsung.

Apabila ahli-ahli DHPP ini telah mempunyai hak untuk mengundi pemimpin yang mereka suka jadi secara otomatiknya ini telah meletakkan ahli-ahli DHPP mempunyai kuasa penentu yang sama sebagaimana yang ada pada ahli-ahli asal PAS sendiri sebelum ini.

Tidakkah PAS terfikir sekiranya ahli-ahli DHPP itu nanti jumlahnya semakin bertambah disamping pengaruh mereka dalam PAS juga turut berakar SUBUR dan sudah tentu mereka sentiasa sedar bahawa kuasa untuk membuat keputusan dalam parti adalah juga merupakan sebahagian daripada hak yang ada pada DHPP sebagaimana yang telah diperuntukkan oleh parti itu sendiri dan inilah yang mewujudkan masalah baru kepada orang Melayu dan Islam dalam PAS.

Sekiranya cadangan untuk menubuhkan DHPP diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan parti dan berjaya pula direalisasikan sebagai sebuah sayap baru bagi parti PAS, maka bermula dari saat itulah PAS harus bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan jika tidak mahu apa yang telah berlaku terhadap perjanjian antara kaum dinegara ini sepertimana yang telah termaktub dalam perlembagaan negara yang sering dibangkit oleh puak-puak tertentu agar tidak tertimpa pula keatas parti PAS dikemudian hari.

Sudah bersediakah PAS untuk memenuhi segala tuntutan demi tuntutan daripada puak-puak yang tidak pernah mengenal erti bersyukur dan tidak tahu erti untuk berterima kasih selepas itu ?

Selasa, Mei 25, 2010

Anak DS Samy Vellu muntah susu dalam buaian...


Kalau anak-anak kecil masih diperingkat bayi lagi, sebelum ditidurkan mereka dalam buaian kena bagi susu dulu supaya cepat tidur sambil ayunkan buaian perlahan-lahan dan biasanya untuk mendodoikannya maka akan dinyanyikan lagu-lagu merdu sehingga bayi terlena.

Tapi kalau dah tersedar dari lena, bayi ini akan merengek-rengek sendiri mungkin kehabisan susu, minta susu lagi atau lampin pampers dia sudah lembab kerana tidak mampu lagi menampung air kecing yang dilepas dia sesuka hati, mentang-mentanglah dia pakai pampers percuma yang dibeli mak bapa dia.

S. Vell Paari iaitu anak lelaki kepada Presiden MIC juga bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu yang tewas di kerusi Parlimen Sungai Siput Perak pada PRU-12 2008 dua tahun yang lalu telah menuduh UMNO sebagai punca kepada krisis parti yang sedang dihadapi oleh MIC ketika ini.

Banyaklah macam tuduhan S. Vell Paari ini kepada UMNO, dulu bapa dia kalah di Parlimen Sungai Siput pun dikatakan berpunca dari UMNO, ..dan macam-macam lagilah, malas nak tulis semua.

Dulu HINDRAF serbu rumah terbuka Hari Raya Tun Abdullah di Putra Jaya mencerminkan budaya kurang ajar sesetengah kaum di negara ini yang langsung tidak mahu menyelami sedalam-dalam perasaan kaum-kaum lain pada ketika mereka menyambut hari-hari kebesaran masing-masing.

Sudah duduk lama sebagai warga negara Malaysia tapi tetap gagal mengikis sikap perkauman yang ternyata masih menebal dalam diri mereka.

UMNO yang sentiasa mengamalkan sikap terbuka dan bertoleransi dengan parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional terus dituduh anak Samy Vellu sebagai penindas padahal selama mana memberi ruang, memberi kawasan yang majoritinya adalah Melayu kepada MIC langsung tidak dipandang dan tidak dikenang oleh S. Vell Paari.

Bagi saya, kalau tanpa UMNO berbuat sesuatu untuk kebaikan MIC tidak mungkin MIC akan mempunyai banyak menteri dalam Kabinet Malaysia ketika ini. Boleh dikira berapa saja wakil rakyat MIC yang dipilih rakyat jika dibandingkan dengan wakil rakyat dari lain-lain parti dalam BN seperti PBB, PBRS, SPDP, PBS, PRS, SUPP dan yang lainnya.

Sudah kaum India sendiri mahukan perubahan pada MIC, maka S.Vell Paari harus terimalah kehendak itu walaupun kemenangan DS Samy Vellu yang masih kekal sebagai Presiden MIC terpaksa dikorbankan pada akhirnya.

Demi masa depan MIC lebih baik cerminkan diri dari dalam dulu dan jangan mudah menuduh untuk mengaitkan pihak lain kedalam perbalahan dalam MIC yang ternyata memang berpunca dari masalah kepimpinan parti MIC itu sendiri.

Isnin, Mei 24, 2010

PAS: dari Parti Islam SeMalaysia bertukar menjadi Parti 1Malaysia.


PAS cadang benarkan bukan Islam mengundi
===============================================
KLANG 23 Mei - PAS akan membincangkan kemungkinan untuk membenarkan ahlinya yang bukan Islam mengundi dalam pemilihan parti itu pada masa hadapan.

Presidennya Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang berkata, perkara itu mungkin akan direalisasikan dengan penubuhan sayap baru parti itu iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS(DHPP).

Bagaimanapun kata beliau, banyak pindaan perlu dibuat pada perlembagaan parti yang sedia ada selain perlu mendapat kebenaran Pendaftar Pertubuhan.

"Sebelum itu berlaku, anggota PAS bukan Islam tetap diberi peluang memainkan peranan mereka demi perjuangan parti," katanya kepada pemberita selepas melancarkan DHPP Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, sehingga kini DHPP mempunyai kira-kira 20,000 anggota diseluruh negara.

Tambah beliau, beberapa pemimpin DHPP Kebangsaan telah dilantik hari ini dan mereka akan menggerakan operasi ke peringkat negeri - Utusan Malaysia.

ULASAN;
Inilah kesudahannya, apabila PAS ternyata telah gagal dalam perjuangannya untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Islam secara rasmi dengan mengisytiharkan Hukum Hudud sebagai teras perundangan yang kononnya akan dilaksanakan.

Malang sekali apabila PAS terbukti telah hilang kawalan terhadap dasar parti iaitu Islam yang telah menjadi tunjang utama perjuangan PAS sejak parti itu ditubuhkan apabila kini pemimpin mereka terpaksa cuba untuk mengubah atau meminda perlembagaan parti setelah gentar dicabar oleh DAP sekiranya PAS mahu menubuhkan negara Islam harus melangkah mayat Karpal Singh terlebih dahulu.

Dakwaan PAS bahawa mereka telah berjaya mendekatkan kaum bukan Islam kepada Islam apabila mendapati semakin banyak golongan tersebut menyertai kelab penyokong PAS atau yang terbaru Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DHPP adalah satu pengakuan yang silap kerana PAS gagal menilai samada kemasukan yang bukan Islam menyertai kelab tersebut ikhlas dan jujur kerana tertarik dengan Islam PAS atau mereka tersebut mempunyai niat tersembunyi yang PAS tidak sedar.

Gagal mempertahankan dasar parti, gagal berpegang kepada prinsip parti, gagal memelihara nilai-nilai suci agama Islam daripada dicemari oleh pihak lain...itulah PAS.

Apabila perlembagaan parti hendak dipinda bermakna nama parti pun harus diubah, Parti Islam SeMalaysia sudah tidak sesuai lagi untuk digunakan kerana dalam PAS kini bukan 100% ahlinya beragama Islam sebab sudah wujud mereka yang bukan Islam telah turut berada dalam PAS yang jelas akan mempunyai hak yang samarata untuk membuat keputusan parti disamping mereka tentunya juga mempunyai muslihat sampingan seperti mengawal pergerakan parti dari dalam dan peranan mereka tentunya lebih kurang seperti 'perisik' lah.

Ahad, Mei 23, 2010

Lesen judi Piala Dunia 2010: BN main tarik tali dengan Pakatan Pembangkang


Apabila isu kerajaan meluluskan pemberian lesen judi kepada syarikat Berjaya Group bersempena dengan kejohanan paling berprestij didunia iaitu perlawanan bolasepak Piala Dunia yang akan berlangsung di Afrika Selatan penghujung June depan, maka banyaklah pihak yang bangkit menentang atau membantah dan yang paling kuat suara menentang adalah datangnya daripada pihak Pakatan Pembangkang.

Dan tidak ketinggalan menyuarakan bantahan terhadap keputusan kerajaan itu ialah dari kalangan pihak-pihak yang pro-kerajaan sendiri, rakyat-rakyat yang membayar cukai serta para bloggers baik yang pro-kerajaan mahupun yang protegar pembangkang.

Sebenarnya saya melihat isu ini dari sudut yang agak berbeza dan pandangan saya ianya cumalah salah satu langkah atau percubaan daripada pihak kerajaan untuk mendapat maklumbalas dari semua pihak terutama sekali daripada pihak Pakatan Pembangkang sendiri yang sebelum ini seringkali mendakwa kononnya pihak merekalah yang sangat sempurna dari segala segi seolah-olah tiada cacat celanya lebih-lebih lagi dalam usaha membenteras gejala rasuah, judi dan sebagainya yang secara tidak langsung seakan-akan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bersungguh-sungguh dalam menangani isu tersebut.

Isu lesen judi ini bagaikan untuk menjerat pihak Pakatan Pembangkang sendiri apabila kita melihat bagaimana cepatnya sesetengah daripada pemimpin mereka bangkit menentang walhal jika kita menoleh kembali kepada apa yang sebenarnya sedang berlaku dalam kerajaan yang ditadbir oleh Pakatan Pembangkang di Selangor dan juga di Pulau Pinang, isu judi ini bukan saja setakat gagal untuk mereka hapuskan malah ianya bertambah semakin parah apabila kewujudan pusat-pusat judi di kedua-dua negeri tersebut yang semakin bercambah seolah-olah tiada halangan daripada kerajaan negeri masing-masing.

Jika diperhatikan betul-betul, ternyata seperti tiada kesungguhan yang sebenarnya daripada pihak kerajaan dalam isu meluluskan lesen perjudian tersebut berbanding dengan kesungguhan yang ditunjukkan mereka dalam usaha menghapuskan sebarang kegiatan judi walau dalam bentuk apapun di negara ini. Dan pada akhirnya saya pasti ini akan dibatalkan juga dan yang paling seronoknya nanti bilamana pihak Pakatan Pembangkang terpaksa menutup muka agar tidak terkena air liur yang diludah mereka sendiri ke atas langit.

Khamis, Mei 20, 2010

BN Sarawak harus terima nasihat PM dengan hati terbuka...


Apabila Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib mengulas mengenai kekalahan "bermaruah?" BN semasa Pilihan Raya Kecil P212 Bandar Sibu 16 Mei lalu, ternyata dalam nada kecewa beliau terhadap keputusan rakyat Sibu untuk memilih DAP sebagai wakil mereka ke Parlimen terselit juga banyak harapan beliau agar ada pembaharuan dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional Negeri dari masa ke semasa untuk menjaminkan sokongan padu rakyat kepada BN tidak akan luntur.

Ketika Perdana Menteri mengulas mengenai kekalahan calon BN Robert Lau Jr pada Pilihan Raya Kecil itu, beliau juga turut menyatakan bahawa antara sebab kekalahan BN di Parlimen Sibu adalah kerana Jentera Pilihan Raya BN Negeri kurang kreatif ketika menjalankan kempen namun kenyataan PM itu telah disanggah oleh bebearapa pemimpin komponen BN termasuk Ketua Menteri Sarawak sendiri yang kurang selesa apabila kekalahan BN dikaitkan dengan masalah tersebut.

Sebagai antara jutaan rakyat Sarawak sendiri, saya melihat teguran, nasihat serta pandangan Perdana Menteri itu memang ada asasnya dan saya percaya beliau mempunyai pandangan yang tersendiri mengenai perkara tersebut dan juga tentang masa depan Sarawak khususnya maka semua pemimpin tertinggi kerajaan Barisan Nasional Sarawak haruslah menerima apa yang diluah oleh Perdana Menteri itu dengan hati yang terbuka dan nilailah semula apa yang patut kerana sebagai sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi maknanya apa yang perlu dilakukan selama waktu mentadbir negeri adalah sentiasa amalkan sikap terbuka dalam kepimpinan dan bersedia untuk menerima sebarang kritikan baik daripada pihak lawan maupun dari kalangan ahli parti sendiri.

Bingkisan khas dari Sarawak buat Papa Gomo...


Salam sejahtera dan salam 1Malaysia Papa Gomo, terima kasih diatas kunjungan anda ke Bumi Kenyalang baru-baru ini iaitu sempena PRK P212 Bandar Sibu dan difahami bahawa ada pengalaman baru yang anda perolehi dari tanah tumpah kelahiran kaum Peribumi yang mendiami sebahagian daripada kepulauan Borneo ini.

Ada beberapa artikel yang diterbitkan oleh anda selepas berakhirnya PRK P212 Bandar Sibu lalu seakan-akan tidak menepati citara atau hasrat besar Perdana Menteri YAB Datuk Seri Mohd Najib melalui konsep 1Malaysia apabila saya mendapati ianya bercanggah dengan apa yang dituntut oleh gagasan tersebut.

Orang Iban adalah kaum majoriti di Sarawak dan kebanyakkan mereka beragama Kristian serta ada juga diantara mereka sudah lama memeluk agama Islam dan ada yang sudah menjadi seorang Islam yang lebih baik daripada orang Islam yang memang telah dilahirkan sebagai orang Islam.

Kaum Melanau adalah kaum minoriti di Sarawak dan kebanyakkannya adalah beragama Islam iaitu lebih kurang 70% dan selebihnya beragama Kristian. Yang beragama Islam dan Kristian banyak sudah mencapai kejayaan dalam kehidupan dan kebanyakan kaum Melanau suka hidup berdikari.

Antara yang banyak mengharumkan nama kaum Melanau dalam bidang agama Islam ialah Johan Qariah Peringkat Antarabangsa iaitu Puan Hajjah Amnah binti Haji Ayub, anak kelahiran Kampung Sungai Kut Tengah Dalat, Bahagian Mukah Sarawak.

Manakala bapa beliau iaitu ayahanda Tuan Haji Ayub bin Tanggui merupakan guru agama di Kampung Sungai Tengah Dalat, Mukah dan pernah beberapa kali menjuarai Tilawah Al-Quran peringkat negeri Sarawak dan pernah mewakili Malaysia dalam dalam pertandingan Tilawah Membaca Ayat-ayat Suci Al Quran peringkat Antarabangsa.

Orang Melanau Islam mampu menjadi Islam terbaik dan sudahpun menjadi lebih baik daripada Islam PAS! Terima Kasih.

Selasa, Mei 18, 2010

PAS gagal mempertahankan Islam dan dasar parti...


Kali ini hanya ingin menulis sedikit tentang Parti PAS.
Apa yang dapat saya lihat hari ini ialah PAS sebenarnya telah terbukti dan ternyata gagal didalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah parti yang teras perjuangannya adalah Islam dan Melayu.

Dasar perjuangan PAS sejak mula ditubuhkan adalah mengenai Islam iaitu untuk mengembangkan Islam serta mempertahankan Islam daripada diselekehkan oleh orang bukan Islam tetapi kini PAS bukan saja gagal mempertahankan Islam tetapi telah berjaya memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

Manakala DAP pula semakin kuat cengkemanannya serta tidak pernah mengubah dasar parti DAP walaupun memnjalinkan kerjasama dengan PKR dan PAS.

Isnin, Mei 17, 2010

Isu agama punca utama BN kalah di Sibu...


Kejayaan DAP menguasai serta mempengaruhi keputusan undi penduduk di Sibu kerana puncanya ialah datang dari kegagalan BN itu sendiri kerana kelihatan tiada usaha kukuh diambil untuk menerang dan menjelaskan sesuatu isu yang sangat rapat dengan diri serta amalan majoriti pengundi di Sibu iaitu isu agama atau lebih tepat lagi isu Kalimah ALLAH.

Isu inilah yang menjadi punca utama kegagalan BN pada PRK P212 Bandar Sibu semalam apabila jelas tiada usaha diambil oleh pihak Barisan Nasional untuk menepis segala dakwaan pihak Pakatan Pembangkang berkaitan dengan isu yang ditimbulkan malah yang lebih mengecewakan ialah pihak BN hanya mengambil sikap mendiamkan diri disamping menteri yang bertanggungjawab dalam isu keselamatan dalam negeri ini iaitu Datuk Seri Hishamuddin hanya mampu memberi amaran.

Dalam isu Kalimah ALLAH ini pihak BN memang gagal menjelaskannya kepada penduduk Sibu dan mereka seperti terlupa untuk menerangkan bahawa isu itu sebenarnya tiada menjadi masalah di Sarawak dan Sabah kerana setahu saya isu tersebut sebagaimana yang telah diputuskan oleh kabinet tahun lepas dimana dibenarkan hanya untuk rakyat Malaysia Timur dan tidak dibenarkan untuk rakyat di Malaysia Barat.

Punca lain yang saya nampak ialah kurangnya kerjasama atau sikap saling bantu-membantu dikalangan Ahli-ahli Parlimen Sarawak sendiri untuk memenangkan calon BN dan ini jelas kita nampak apabila hanya beberapa kerat saja wakil rakyat BN dari Sarawak yang turut membantu Robert Lau Jr berkempen, seperti tiada kan...cuma yang ada ialah menteri-menteri kabinet serta ahli-ahli parlimen dari Semenanjung Malaysia yang turut sama turun membantu kempen.

Ahad, Mei 16, 2010

Keputusan PRK Sibu, BN Sarawak harus berani membuat perubahan segera...


Kini sokongan rakyat di Sibu menjelaskan segalanya maka terpulanglah kepada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional Sarawak untuk membuat keputusan yang terbaik demi parti berkenaan dengan masa depannya di Bumi Kenyalang samada mahu terus diterima oleh rakyat atau secara beransur-ansur akan ditolak oleh rakyat sendiri pada akhirnya.

Adakah BN Sarawak telah bersedia untuk membuat pembaharuan dalam semua aspek serta mahu memperbahurui barisan kepimpinannya atau akan membiarkan rakyat untuk menentukannya melalui Pilihan Umum Negeri yang akan datang.

Mudah saja, Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Taib Mahmud serta dua Timbalan beliau iaitu YAB Tan Sri Amar Alfred Jabu dan YAB Tan Sri Dr George Chan supaya berani untuk membuat keputusan yang walaupun agak kasar jika dikatakan ianya adalah merupakan satu cadangan namun hakikatnya ialah itu semuanya merupakan sebahagian daripada kitaran hidup apabila mereka harus berundur dan perlu menyediakan pemimpin pelapis atau lebih tepat lagi sebagai "pengganti" kepada ketiga-tiga mereka ini untuk meneruskan agenda pembangunan di Negeri Sarawak ini pada masa depan.

Rakyat Sarawak ramai yang sangat kecewa dengan keputusan yang telah diterima oleh Barisan Nasional di P212 Bandar Sibu dan jangan sampai kekecewaan rakyat melarat sehingga kepada Pilihan Raya Umum negeri Sarawak yang akan datang...maka ingatlah bahawa biarpun kini rakyat kelihatannya menyokong BN namun apabila harapan mereka berkecai dan tidak kesampaian adalah menjadi perkara yang tidak mustahil apabila rakyat akan terus memboikot Pilihan Raya itu kelak seperti yang berlaku hari ini tadi dengan tidak mahu turun mengundi. Fikir-fikirlah sendiri...~~~

Sabtu, Mei 15, 2010

P212 Sibu: rakyat Sibu, buatlah pilihan bijak esok dan selamat mengundi !


Kurang dari sejam lagi tempoh berkempen untuk semua parti serta calon-calon dan juga jentera-jentera Pilihan Raya masing-masing akan tamat.

Esok adalah hari mengundi untuk semua rakyat Sibu yang telah layak dan telah berdaftar sebagai pengundi bagi memilih wakil mereka ke Parlimen demi untuk meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang dan lebih tepat lagi untuk meneruskan kesinambungan perkhidmatan yang cemerlang oleh Ahli Parlimen yang terdahulu iaitu mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew.

Kepada semua pengundi yang akan turun mengundi di P212 Sibu esok, jalankanlah kewajipan anda semua sebagai seorang pengundi yang berwibawa dan apa yang sangat penting ialah jangan lupa akan tanggungjawab anda sebagai sebahagian daripada rakyat di bumi Malaysia yang bertuah ini untuk mengekalkan suasana yang aman, makmur dan harmoni di antara kita sesama kita dimana ini telah berjaya membentuk kita menjadi rakyat Malaysia yang berjiwa besar dengan memilih calon Barisan Nasional yang berkarisma, muda dan boleh memberi khidmat terbaik serta mampu membawa banyak perubahan untuk rakyat Sibu secara keseluruhannya.

Undilah calon BARISAN NASIONAL ini, saudara Robert Lau Hui Yew sebagai wakil P212 Sibu ke Parlimen ! Hidup BN! Hidup BN! Hidup BN!!!

P212 Sibu: Kalimah ALLAH bukan isu lagi di Sarawak, Pakatan Pembangkang harus sedar!


Isu pertama sekali yang cuba dimainkan oleh pihak Pakatan Pembangkang pada PRK P212 Bandar Sibu kali ini adalah isu 'banjir' iaitu satu fenomena alam dan sesuatu yang sememangnya akan tetap berlaku dimana-mana jua walau bagaimana giat sekalipun usaha dibuat manusia untuk mengelak ianya daripada berlaku namun ia pasti akan tetap berlaku juga.

Tetapi apabila pihak DAP, PKR dan PAS mulai menyedari bahawa isu banjir khususnya di Sibu telahpun lama diberi perhatian serta telah lama dibuat tindakan susulan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional ketika mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew lagi dimana projek tebatan banjir itu sebenarnya sudahpun hampir memasuki fasa kedua apabila fasa pertama telah siap lebih 90% perlaksanaannya maka pihak Pakatan Pembangkang telah menukar strategi kempen kepada isu yang lain pula untuk dijadikan sebagai modal.

Isu besar yang dijadikan sebagai modal oleh mereka untuk menggantikan isu banjir itu ialah isu pendidikan Cina namun isu itu juga sebenarnya lama sebelum ini telah diperjuangkan oleh mendiang Robert Lau Hoi Chew dan seterusnya telah mendapat perhatian khas daripada Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran serta juga oleh Perdana Menteri sendiri YAB Datuk Seri Mohd Najib apabila beliau telah mengumumkan peruntukkan yang begitu besar kepada sekolah aliran Cina di kawasan Parlimen Sibu baru-baru ini.

Menyedari kedua-dua isu itu gagal untuk menambat hati serta perhatian para pengundi yang majoritinya adalah kaum Cina, kini pihak Pakatan Pembangkang menukar langkah lagi dengan mengetengahkan isu nasional yang sebelum ini pernah menghangatkan suasana politik serta suasana hubungan sesama masyarakat di negara ini iaitu Kalimah ALLAH. Isu ini sebenarnya sudah selesai dan semua rakyat Malaysia dikehendaki tidak menimbulkan lagi isu ini walau pada waktu apa-apapun.

Kabinet Malaysia iaitu kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah membuat keputusan yang tetap bahawa perkataan tersebut iaini Kalimah ALLAH tidak menjadi satu masalah di dua buah negeri iaitu Sarawak serta Sabah dan ini bermakna rakyat kedua-dua negeri ini yang beragama Kristian dibenar menggunakannya dan tiada halangan oleh pihak kerajaan Malaysia terhadap orang Kristian di Sarawak dan Sabah untuk menggunakan perkataan tersebut dalam mana-mana istiadat agama yang mereka jalankan.

Jadi kepada pengundi di Sibu khususnya yang beragama Kristian, anda jangan keliru dalam perkara ini. Jangan terpedaya oleh tipu muslihat pihak Pakatan Pembangkang. Kalau kurang faham boleh minta penjelasan lanjut mengenainya daripada mereka yang berkaitan seperti pegawai-pegawai di kementerian Keselamatan Dalam Negeri atau terus saja kepada menterinya iaitu YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn atau juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Nazri Tan Sri Aziz.

UNDILAH BARISAN NASIONAL !!! ...demi untuk memastikan kedaulatan negara kita terus terpelihara dan kemakmurannya tetap abadi untuk selamana. Hidup BN! Hidup BN! Hidup BN! 4500 undi majoriti...

Jumaat, Mei 14, 2010

P212 Sibu: 3 rumah ibadat terbesar Asia Tenggara terletak di Sibu, bukti kebebasan beragama di Malaysia.


Gereja Roman Katolik Scared Heart yang terletak ditengah-tengah Bandar Sibu merupakan Gereja Kristian yang terbesar di sebelah Asia Tenggara. Ini adalah bukti jelas bahawa kebebasan beragama berjalan dengan subur di Malaysia sejak sekian lama di bawah pemerintahan Barisan Nasional walaupun negara ini adalah sebuah negara Islam.

Kuil Buddha Yu Lung San Tien En Si yang boleh dikunjungi orang ramai terletak di KM26 Jalan Sibu - Bintulu yang mana pembinaannya telah menelan kos sebanyak RM60 juta juga merupakan Kuil Buddha terbesar di Asia yang sering menerima ramai pengunjung setiap hari melambangkan kebebasan beragama di Malaysia khususnya di Sarawak sentiasa diberi keutamaan oleh kerajaan Barisan Nasional dan sudah tentu sekali menangkis dakwaan pihak Pakatan Pembangkang yang mendakwa bahawa tiada kebebasan beragama di negara ini.

Ini juga, Pagoda 7 tingkat yang terletak ditebing Sungai Rejang dihadapan terminal bot express lama Sibu merupakan Pagoda tercantik dan tertinggi di Malaysia menjelaskan kepada seluruh masyarakat Malaysia bahawa kebebasan untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing tidak pernah ada halangan daripada pihak kerajaan Barisan Nasional selama ini dan inilah bukti yang nyata bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional lah satu-satunya kerajaan yang mengamalkan cara kepimpinan yang terbuka dan tidak menekan rakyat.

UNDILAH BARISAN NASIONAL !!! ..demi keharmonian kaum dan kebebasan beragama untuk seluruh rakyat Malaysia yang majmuk ini. Hidup BN! Hidup BN! Hidup BN!

P212 Sibu: DAP & PKR sah jadi parti keluarga dan harus tukar nama !


Presiden Parti KeADILan Rakyat adalah Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail iaitu isteri kepada Ketua Pembangkang di Parlimen merangkap Penasihat UMUM PKR yang juga Penasihat Ekonomi tidak diiktiraf di Selangor serta Ahli Parlimen Permatang Pauh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim. Manakala anak perempuan sulung mereka YB Nurul Izzah Anwar adalah wakil rakyat bagi kawasan Lembah Pantai.

Pengerusi DAP pula adalah YB Karpal Singh yang juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor serta Peguam Tangguh kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang selalu di lewat-lewatkan.

Dua anak lelaki YB Karpal Singh iaitu YB Gobind Singh Deo merupakan Ahli Parlimen Puchong dan memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat DAP dalam parti manakala seorang lagi anak YB Karpal Singh ialah YB Jagdeep Singh Deo adalah Pengerusi DAP Pulau Pinang dan beliau juga adalah ADUN Keramat.

Penasihat DAP pula adalah YB Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor dan anak lelaki beliau iaitu YB merangkap YAB Lim Guan Eng adalah Setiausaha Agung DAP disamping menggondol jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang manakala isteri YAB Lim Guan Eng pulak iaitu YB Betty Chew Gek Cheng merupakan Naib Pengerusi Wanita DAP selain menjadi ADUN Kota Laksamana di negeri Melaka.

Fuhhhh!!!... inikah contoh dua parti yang dikatakan sebagai telus, berintergriti serta bebas dari pengaruh keluarga dan bla,bla,bla,bla...

DAP patut ditukar nama kepada Family Action Party atau singkatannya FAP dan PKR tukar kepada nama Parti KeADILan Keluarga atau nama singkatan PKK. Ok?

UNDILAH BARISAN NASIONAL !!! untuk menjaminkan keadilan dalam pentadbiran dapat dikekalkan. Hidup BN! Hidup BN! Hidup BN!

Khamis, Mei 13, 2010

P212 Sibu: DAP, PKR & PAS ! ..di Sarawak, berkempenlah cara orang dewasa dan waras !


Sejak beberapa hari yang lalu sehingga ke hari ini saya sudah dapat melihat banyak sudah petugas ataupun jentera pilihan raya baik daripada Barisan Nasional mahupun daripada Pakatan Pembangkang sudahpun kelihatan berada di sekitar Bandar Sibu serta di seluruh kawasan P212 Bandar Sibu ini.

Kepada seluruh tetamu luar yang datang ke Bandar Sibu sempena dengan Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu tak kiralah mereka ini bloggers pro-BN ke pro-Pakatan, petugas, penyokong serta juga pemimpin daripada parti mana, diucapkan Selamat Datang Ke Bandar Sibu.

Peringatan sering diberi terutama sekali kepada semua pemimpin daripada Pakatan Pembangkang serta para petugas pilihan raya mereka, ingatlah bahawa kedatangan anda semua ke Sarawak tidak diundang dan kedatangan anda ke Bumi Kenyalang ini juga tidak akan dihalang selagi anda semua baik DAP,PKR dan juga PAS tahu akan batas-batas serta peraturan negeri Sarawak sebagaimana yang telah termaktub didalam Perlembagaan Negara yang harus anda semua ikuti dan patuhi ketika sedang berada di negeri ini.

Dan peringatan juga khusus kepada DAP, PAS dan PKR, berkempenlah ikut peraturan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dan jangan sengaja untuk mengada-ngadakan isu yang tidak wujud dan adalah tidak salah sekiranya mahu membangkitkan isu-isu yang benar dan perlukan perhatian jika ada dan jangan sesekali membangkitkan isu perkauman di negeri ini, jangan sesekali menyentuh isu agama di negeri ini kerna semua itu bukan lagi perkara yang kami rakyat Sarawak harapkan daripada pemimpin tetapi keutamaan kami kini ialah untuk sama-sama mencapai kemajuan yang samarata dengan rakyat seluruh Malaysia selagi pemimpin masih mampu mempertahankan keamanan negara, keakraban antara kaum serta keharmonian antara agama sebab itu sebenarnya kunci kepada kemajuan serta kejayaan sesebuah negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti di Malaysia ini.

UNDILAH Barisan Nasional ! ..untuk keamanan, kedaulatan negara juga untuk kejayaan serta kemajuan rakyat keseluruhannya. Hidup BN! Hidup BN! Hidup BN!

P212 Sibu - BN berjaya mengubah wajah Bandar Sibu seperti bandar terancang...


Jika dibandingkan keadaan Bandar Sibu pada awal tahun 1970-an dengan Bandar Sibu yang anda dapat lihat pada hari ini pasti ada diantaranya yang tidak percaya sekiranya saya katakan bahawa Bandar Sibu sekitar awal 70-an merupakan sebuah bandar yang keadaan fisikal bandarnya yang sangat tidak tersusun dan tidak teratur sama sekali umpamanya gerai-gerai tempat menjual makanan dan lain-lainnya malah sistem jalanraya juga begitu teruk sekali berbanding keadaan yang ada sekarang ini.

Kini wajah Bandar Sibu boleh dikatakan hampir keseluruhannya sudah berubah dari sebuah bandar yang agak uzur atau daif keadaan infrastrukturnya namun sejak Team Wawasan BN Sibu yang diketuai oleh bekas Ahli Parlimennya iaitu mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew serta dibantu oleh tiga wakil rakyat dari DUN Bawang Assan, Pelawan dan Nangka serta seluruh jentera BN Bandar Sibu termasuk kawasan Parlimen Lanang mengambil tempat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk membangun serta memajukan Sibu supaya dapat muncul sebagai sebuah bandar yang akan diiktiraf sebagai sebuah Bandaraya keempat di Sarawak telah menjadikan Sibu kelihatan yang telah masyarakat luar atau tempatan dapat saksikan sendiri pada hari ini.

Pembangunan setiap pelusuk Bandar Sibu merangkumi Dataran Sibu, Rejang Esplanned, Terminal Bot Express dan Speedboat Sibu, Sibu Waterfront, Hospital Besar Sibu, Terminal Bas Sibu, Lapangan Terbang Sibu, Sibu Central Market, jalanraya-jalaraya dan banyak lagi semuanya adalah hasil usaha kerja berpasukan yang begitu gigih tanpa mengenal penat lelah Team Wawasan BN Sibu.

UNDILAH Barisan Nasional !!! ...untuk pembangunan yang lebih sempurna lagi...

P212 Sibu - DAP 100% berbohong isu tiada kebebasan beragama !


Jika sesiapa yang baru pertama kali datang ke Bandar Sibu baik melalui jalan air seperti menaiki boat express laju dari Kuching, Sarikei, Tanjung Manis, Bintangor, Konawit, Kapit dan Igan dan juga sekiranya menaiki speedboat laju dari daerah Dalat menuju ke Bandar Sibu, apa yang anda nampak terlebih dulu sebelum kenderaan air yang anda naiki singgah ke terminal yang telah dikhas sebelah hulu Rejang Esplanned? Jawapannya mudah saja iaitu Pagoda 7 tingkat yang terletak ditepi Sungai Rejang berdekatan dengan Sibu Central Market dan juga Cross atau tanda Salib Gereja yang terletak ditengah-tengah Bandar Sibu, tetapi anda akan menghadapi kesukaran untuk mendapat kepastian dimana kedudukan Masjid dari jauh jika tidak berlegar-legar sekitar Bandar Sibu dan anda akan menemui Masjid ditempat yang agak tersorok pinggir bandar.

Dan begitu juga jika anda pertama kali datang ke Bandar Sibu dengan melalui jalan darat atau udara, setiba anda di Pintu Gerbang Sibu..pasti lambang Salib yang tersergam megah ditengah-tengah Bandar Sibu yang akan mula-mula sekali anda dapat lihat selain daripada Bangunan Shanyan, Bangunan Hock Ann(WTK), Hotel Harta Mas dan lain-lain lagi tetapi anda tiada nampak lambang anak bulan atau kubah-kubah Masjid.

Oleh itu apabila DAP mendakwa tidak ada kebebasan beragama di negara ini sebagai salah satu cara mereka untuk memperdayakan pengundi di Sibu, saya ingin minta semua orang yang baru bertandang ke Bandar Sibu agar menangkis apa yang telah disampaikan oleh penceramah DAP,PKR,PAS dalam kempen mereka dengan mencabar penceramah daripada Pakatan Pembangkang supaya mereka mengambil Bandar Sibu sebagai contoh dan tunjukkan dimana letaknya dakwaan mereka itu bahawa tiada kebebasan beragama di Sibu. Cabar mereka agar membuktikan dakwaan yang tidak berasas itu.

UNDILAH BARISAN NASIONAL !!! demi untuk kesejahteraan negara, untuk keharmonian beragama, untuk perpaduan kaum yang berterusan. Hidp BN! Hidup BN! Hidup BN!

Rabu, Mei 12, 2010

P212 Sibu - PAS tak usah sebar Islam di Sarawak dengan cara yang kotor !


"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan(Ogos 1963). Ini adalah antara lain perisytiharan yang juga merupakan tunjang dalam dasar perjuangan PAS selain daripada slogan parti mereka iaitu 'Membangun Bersama Islam.'

Tetapi semua itu kini telah tidak PAS pertahankan lagi malah mereka telah lama mengubur dalam-dalam perjuangan asal mereka untuk menubuhkan sebuah 'Negara Islam' di negara ini setelah digertak oleh DAP agar 'melangkah mayat Karpal Singh' terlebih dulu jika mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan ini semua telah memusnahkan sama sekali dasar tersebut berikutan tindakan mereka sanggup untuk membelakangkan segala kepentingan agama dan hak bangsa sendiri apabila sudah menjalinkan pakatan bersama dengan DAP dan PKR.

Yang paling malang sekali apabila PAS telah sanggup untuk bersama-sama dengan DAP melelong 'Kalimah ALLAH' iaitu satu perkataan yang memang menjadi hak Islam kepada orang-orang yang bukan beragama Islam di Sibu semata-mata untuk membantu calon DAP memenangi kerusi Parlimen P212 Bandar Sibu kelak.

Sekarang, PAS bukan lagi setakat sanggup berkongsi dengan orang-orang bukan Islam untuk memerintah negara ini, malah sanggup bertindak dengan lebih jauh lagi apabila rela berkongsi dan membantu DAP di Sibu untuk mengedar risalah-risalah yang mengandungi kenyataan antara lainnya menyentuh tentang isu Kalimah ALLAH serta berbagai kenyataan lagi yang boleh mengancam ketenteraman awam di Sibu khususnya malah seluruh Sarawak amnya jika pihak berkuasa di Sarawak gagal membendung dengan kadar segera semua tindakan yang tidak bertanggungjawab pihak Pakatan Pembangkang ini hanya kerana untuk mendapat undi daripada rakyat.

Kepada seluruh pemimpin PAS dari Presdennya Haji Hadi Awang, Nik Aziz, Khalid Samad, Hassan Ali serta seterusnya kepada semua pemimpin PAS peringkat bawahan, jika anda semua mendakwa bahawa semua tindakan anda itu kononnya mempunyai motif-motif tertentu seperti yang didakwa PAS selama ini iaitu sebagai salah satu cara untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada agama Islam, maka saya berpedapat sebaliknya dan saya melihat tindakan anda semua itu yang sanggup mengorbankan nilai-nilai murni didalam agama Islam kepada orang bukan Islam sebenarnya bukan bertujuan untuk menyebarkan Islam tetapi sebenarnya anda semua bertindak hanya atas nama Islam demi untuk kepentingan politik anda semata-mata! ..itulah hakikatnya.

Jika cara itu dakwaan PAS sebagai cara untuk menyebarkan Islam, maka ingin saya tegaskan disini bahawa Islam tersebar dan berkembang di negeri Sarawak ini tidak pernah melalui cara yang kotor dan jijik seperti itu sehingga sanggup mencemar nilai-nilai yang sepatutnya dipelihara oleh umatnya tetapi perkembangan Islam berlaku di Bumi Kenyalang ini adalah hasil daripada dakwah yang dijalankan oleh pendakwah-pendakwah yang diiktiraf oleh Kerajaan Negeri atau oleh Jabatan Agama Islam Sarawak dan disamping itu juga Islam sebenarnya berkembang dikalangan orang-orang yang bukan beragama Islam setelah kesedaran timbul dengan sendirinya didalam diri mereka masing-masing untuk rela dan ikhlas menerima Islam sebagai pegangan hidup mereka yang baru tanpa paksaan ataupun kekerasan.

Saya boleh bagi dua contoh disini walaupun sebenarnya Islam telah lama menjadi pilihan pelbagai kaum Peribumi di Sarawak... saya ingin mengambil Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak, Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin Abang Barieng sendiri sebagai contoh terbaik dimana pada asalnya beliau adalah penganut agama Kristian mazhab Roman Katolik namun pada usia emasnya beliau serta Allahyarham isteri pertamanya dengan beberapa orang anak mereka telah memilih Islam sebagai agama baru untuk memandu kehidupan mereka sekeluarga tanpa paksaan daripada sesiapa.

Dan begitu juga dengan kisah Ahli Parlimen Mukah, YB Datuk Sri Dr. Muhammad Leo Toyad yang juga adalah asalnya Roman Katolik namun setelah seruan datang kepada beliau untuk menerima Islam sebagai pedoman hidup maka sudah tentu timbul kesedaran dalam jiwa beliau akan keperluan untuknya beralih daripada seorang Kristian kepada Islam. Ini adalah atas kerelaan masing-masing tanpa perlu pihak lain menggunakan cara yang sememangnya tidak digalak dalam Islam itu sendiri iaitu seperti cara yang digunakan oleh PAS !

UNDILAH BARISAN NASIONAL untuk keamanan negara, untuk kesejahteraan rakyat serta yang paling penting untuk keharmonian beragama dan juga untuk perpaduan kaum di Malaysia.

Hidup BN! Hidup BN! Hidup BN!

Arkib Blog