Pilihlah pemimpin bijaksana yang berani berkata tentang kebenaran. Tolak pemimpin munafiq yang hanya pandai berkata-kata.
Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun
Terima Kasih atas sokongan anda semua !
Jumaat, Ogos 14, 2009
PAS dalam Selangor Guinness Book of Record.
Haiya!!!!! Apa dah jadi dengan kata-kata Datuk Dr Hassan Ali sebelum ini pasal arak dan beer? Berapi-api bagai bunyi halilintar berdentum-dentam dilangit. Bukan main lagi, hari tu kata dah bersedia untuk menghadapi sebarang tindakan termasuk dilucut jawatan sebagai exco kerajaan negeri demi mempertahankan perjuangannya menentang sebarang kegiatan penjualan arak di negeri Selangor. Tapi sekarang apa dah jadi???
Tidak sampai 48 jam, dah berbaik-baik balik lagilah dengan si Ronnie Liur tu...siap bertepuk-tepuk bahu lah lagi...haiyaaa.... macam gaduh budak-budak umur 1,2,3,4,5 tahun kan...sekejap gaduh lePAS tu baik lagi...lePAS tu gaduh lagi...
Budak-budak biasalah, memang sifat semulajadi kanak-kanak begitu, kalau bukan begitu bukan budaklah namanya... mula-mula gaduh, memang...tapi bila dah disogok dengan makanan yang seDAP-seDAP, lePAS tu baik lagi lah mereka, malah berpakat pula nak main sembunyi-sembunyi. Tapi kalau bagi orang tua, sepatutnya sifat sebegini janganlah lagi nak dibawa hingga ke dewasa atau tua sebab bagaimana orang lain hendak membezakan samada kita masih mentah ke ataupun sudah matang. Kan begitu?
Khamis, Ogos 13, 2009
Hina Islam: Barat ditentang, DAP direstui... Mengapa oh mengapa Nik Aziz?
Manakala gambar yang disebelah bawahnya pula adalah wajah Ahli Parlimen negara Belanda atau Holland dalam bahasa PPSMInya, iaitu Geert Wilders dimana beliau telah menghasilkan sebuah filem yang bertajuk "Fitna". Filem tersebut mengundangkan kontroversi hangat diseluruh dunia terutamanya di negara-negara Islam termasuk di Malaysia. Disebabkan filem ini yang sengaja dihasilkan bertujuan untuk menghina agama Islam maka hasilnya juga telah menyebabkan hubungan diantara negara Belanda dengan negara-negara Islam seluruh dunia menjadi tegang.
Dan disebelah itu pula gambar wanita yang agak besar sikit saiznya adalah Ketua Parti Freedom Austria iaitu Susanne Winter yang pernah dikenakan tindakan undang-undang oleh negara Austria kerana kenyataan terbuka beliau yang juga telah menghina Nabi Muhamad SAW sehingga telah menyebabkan keadaan tegang di negara itu apabila rakyat yang beragama Islam di negara itu bangkit menentang. Susanne Winter telah dijatuhi hukuman penjara selama 2 tahun serta didenda sebanyak €24,000 euro.
Disamping itu juga, didalam negara kita tindakan serupa juga turut dikenakan kepada tiga akhbar yang berpengaruh iaitu NST, Sarawak Tribune dan GungMing Daily kerana telah mengikut jejak akhbar dari negara Denmark dengan menyiar semula gambar-gambar kartun Nabi Muhamad SAW itu didalam artikel terbitan mereka. Bukan itu saja, banyak tindakan-tindakan lain turut menyusul bagi membantah penyiaran gambar kartun itu. Ada pihak yang membuat demonstrasi, berhimpun didepan pejabat kedutaan Belanda bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak duta dan seterusnya menuntut penjelasan daripada kerajaan Belanda.
Tidak ketinggalan juga pemimpin-pemimpin politik tanpa mengira fahaman politik mereka turut sama menyertai rakyat biasa bagi mengemukakan bantahan. Ada yang membuat laporan polis terhadap akhbar-akhbar yang menyiarkan semula gambar-gambar kartun itu. Dalam bulan February 2006 Ketua Pemuda PAS YB Salahudin Ayub dan Presiden MAPAN Datuk Dr Maamor Osman telah membuat laporan terhadap mereka-mereka ini yang telah menghina Nabi Muhamad SAW serta agama Islam.
Ya, itu kisah dulu-dulu. Yang dicetuskan oleh orang-orang barat atau orang putih dan disambut pula didalam negara kita oleh pemilik-pemilik akhbar di negara kita. Tetapi nasib baik, kerana perbuatan mereka ini segera diambil tindakan oleh pihak yang berkuasa.
Tetapi hari ini, perkara yang sama berulang lagi. Yang melakukannya bukan orang luar tetapi warganegara Malaysia sendiri iaitu DAP dan dipersetujui pula oleh Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat. Yang peliknya, jika perkara ini dilakukan oleh pihak barat dan akan mendapat kutukan masyarakat antarabangsa tentu sekali Nik Aziz inipun akan turut sama mengecam pihak yang terbabit tetapi kenapa apabila pihak DAP yang melakukannya...kenapalah pulak Nik Aziz kata "tak apa"???
Alasan Nik Aziz ialah sebab orang-orang DAP ini bukan Islam dan sudah semestinya mereka tidak tahu tentang Islam, jadi biarlah DAP ini hina Islam sampai puas. Tapi Nik Aziz seola-olah tidak sedar bahawa orang-orang DAP ini sudah berapa lama sudah duduk dalam negara Malaysia dan memang kesemua mereka ini juga telah lahir sebagai warganegara serta ketika di sekolah pasti tiap-tiap hari ada menyanyikan lagu "Negaraku" serta setiap hari juga diajar menyebut RUKUNEGARA, dan tidak masuk akal sama sekali jika mereka ini tidak memahami sedikitpun tentang apa itu Islam.
Jadi persoalannya disini ialah, jika pihak barat yang melakukan seperti menghina Islam serta Nabi Muhamad SAW pemimpin-pemimpin PAS termasuklah Nik Aziz sanggup pulak turun berarak menentang serta membantah tetapi apabila DAP yang melakukannya mengapa pula Nik Aziz mengambil masa yang begitu lama untuk bersuara??? Tetapi malang sekali, apabila saja beliau muncul dan sudah pasti diikuti oleh kenyataan-kenyataan baru yang tidak sepatutnya terkeluar dari mulut seorang yang bergelar Tok Guru Tokoh Agama.
Rabu, Ogos 12, 2009
Senada Seirama - Tiada Bezanya...
Apabila sudah bergelar Sasterawan Negara, sepatutnya Tok Janggut ini lebih tahu memahami bahasa-bahasa mudah yang orang lain guna...bukan sebaliknya apabila Tok Janggut ini pulak yang seolah-olah tidak mengerti. Pelikkan...
Bila Kementerian Pelajaran Malaysia sudah bersetuju dengan desakan kumpulan Tok Janggut ini supaya PPSMI dimansuhkan, kenapa pula Tok Janggut ini tidak reti-reti nak sabar menunggu tarikh ianya akan dimansuhkan sepenuhnya sebagaimana yang sudah diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin baru-baru ini.
Apalagi yang Tok Janggut serta rakan-rakan beliau tiak berpuas hati, nak berarak lagi diatas jalanraya? Tak serik-serik lagi dengan tindakan yang telah diambil terhadap penganjur Gerakan Anti-ISA tempoh hari? Apa Tok Janggut ini tidak faham ke atau pura-pura tidak faham dengan wabak H1N1 yang sedang melanda negara kita, masih lagi ada hati nak himpun orang ramai berkumpul di tempat awam?
Kerajaan sudah mengeluarkan arahan supaya tidak diadakan sebarang aktiviti luar seperti perhimpunan di tempat terbuka bagi mengelakkan merebaknya virus ini dikalangan masyarakat tetapi gayanya peringatan oleh Kerajaan seperti tidak dihiraukan oleh Tok Janggut ini...
Manakala yang satu orang lagi ini...tak payahlah saya nak bagitau, seluruh duniapun sudah tahu tentang kisah "penentang KeADILan" ini. Perjuangannya hampir sama dengan perjuangan Tok Janggut iaitu demi kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan kepentingan orang lain disekeliling mereka.
Jika Tok Janggut mahu PPSMI dihapus dengan kadar segera, maka Anwar Ibrahim juga mahu tuduhan liwat keatas beliau digugurkan secepat mungkin. Jadi kesimpulannya, kedua-dua pejuang ini hanya mahu memuaskan tuntutan kata hati mereka saja tanpa mereka sedar yang tindakan mereka sebenarnya telah menafikan hak pihak lain untuk mendapatkan kemajuan dan juga keadilan.
Semoga negara kita Malaysia yang tercinta ini terlepas dari segala maha bahaya. Kita mesti tentang habis-habisan pengkhianat bangsa dan negara, jangan sampai negara kita ini hancur dan musnah gara-gara tuntutan daripada segelintir manusia yang mempunyai sejuta muslihat tersembunyi yang memperjuangkan sesuatu untuk kepentingan diri serta keluarga mereka sendiri.
Isnin, Ogos 10, 2009
YB Pakatan Pembangkang melanggar "sumpah taat setia".
Semasa berkempen, terutamanya pakatan pembangkang...menabur seribu janji kepada rakyat entahkan terlaksana entahkan tidak.
Semasa hari pembuangan undi dijalankan, calon-calon serta wakil mereka menggunakan sebarang kesempatan untuk meraih undi daripada rakyat.
Sementara menunggu keputusan undian diumumkan, setiap calon serta juga parti-parti politik yang bertanding berdebar-debar untuk mengetahui samada mereka tewas ataupun menang. Dalam pada itu juga telah mula memasang angan-angan tersendiri, "kalaulah aku menang, aku nak.... kalaulah aku menang, aku nak.... kalaulah aku menang, aku nak....
Setelah keputusan diumumkan, ada yang gembira dan tentu sekali ada yang kecewa...hampa...merana... Yang menang tentulah gembira sebab mereka akan dapat merealisasikan angan-angan mereka tadi. Manakala yang sedih dan kecewa adalah mereka yang kalah dan sudah pastilah angan-angan mereka tadi tu pun sama turut hancur berkecai.
Sesudah itu, untuk mengesahkan kemenangan mereka yang menang tadi tu sebagai Ahli Yang Berhormat(Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri), maka majlis "angkat sumpah" Anggotan Dewan Rakyat dan Anggota Dewan Undangan Negeri yang baru akan diadakan mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan Setiausaha Dewan ataupun mereka yang arif berkenaan dengan upacara sedemikian.
Dalam tempoh upacara Majlis Angkat Sumpah sedang berlangsung, biasanya kita akan mendengar mereka yang telah terpilih sebagai Yang Berhormat atau wakil rakyat akan memulakan lafaz ikrar taat setia tidak berbelah-bahagi kepada Malaysia serta akan mengakhiri lafaz sumpah itu seperti yang berikut :
"Dengan menyebut nama Allah,
Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Amat Belas Kasihan" (bagi yang beragama Islam).
Saya ........................................................... setelah dipilih [1]sebagai Ahli Dewan Rakyat(ahli Parlimen),
[2]sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)
Dengan sesungguhnya bersumpah,
Bahawa saya, akan dengan jujur menunaikan kewajipan-kewajipan saya,
sebagai yang sedemikian, dengan segala daya upaya saya.
Bahawa saya akan menumpahkan taat setia yang sebenarnya kepada Malaysia,
dan akan memelihara, melindungi serta mempertahankan perlembagaannya.
Tetapi setelah itu, apa yang kita lihat tiada seorangpun YB-YB daripada Pakatan pembangkang yang dapat ataupun cuba untuk memahami apa yang telah dilafaz ketika mengangkat sumpah memegang jawatan sebagai wakil rakyat malah apa yang lebih teruk lagi ialah mereka mula bertindak menentang apa yang terkandung didalam sumpah yang mereka sendiri lafazkan itu. Maknanya mereka telah melanggar sumpah yang telah dipersetujui yang lengkap dengan tandatangan mereka sendiri ketika upacara mengangkat sumpah itu selesai.
Jadi persoalannya disini ialah, apakah masih sah lagi sumpah taat setia mereka itu??? ...atau tidak kah secara sendirinya jawatan yang mereka sandang itu terlucut dengan sendirinya apabila sudah jelas bahawa mereka telah melanggar perjanjian atau sumpah yang dibuat sebagai tanda tanggungjawab yang telah diterima???
Ahad, Ogos 09, 2009
Anwar boleh jejak kaki ke Bumi Kenyalang, tetapi dengan syarat !
Namun sekiranya tujuan beliau serta mereka yang tersebut diatas hendak berkunjung ke Bumi Kenyalang dengan niat semata-mata untuk mengelirukan rakyat dengan dakyah-dakyah serta cerita-cerita palsu pembangkang, membawa budaya tidak sihat seperti merusuh, merosakkan harta benda awam, mengadakan demonstrasi dijalanan, berbaring diatas jalanraya dan sebagainya, maka kehadiran mereka memang tidak dialu-alukan malah mungkin mereka juga akan dihalang daripada memasuki negeri Sarawak serta akan diusir keluar sepertimana yang pernah dikenakan terhadap Ahli Parlimen Padang Serai YB N. Gobalakrishnan serta beberapa orang lagi pemimpin pembangkang setelah mereka didapati cuba untuk menghidupkan budaya yang sangat bertentangan dengan nilai-nilai ketimuran kepada penduduk di negeri ini.
Sekiranya kehadiran Anwar Ibrahim ke negeri Sarawak hanya untuk mendatangkan perpecahan dikalangan penduduk Bumi Kenyalang yang telahpun utuh tali perpaduan dikalangan sesama rakyat yang berbilang keturunan ini, maka eloklah Anwar Ibrahim lupakan saja niat beliau kearah itu. Beliau dan sesiapa saja boleh datang untuk melihat perkembangan yang telah berlaku di Sarawak sejak dibawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional, mempelajari apa yang patut sebagai contoh, memberi khidmat nasihat yang baik kepada penduduk di negeri ini dan bukannya datang ke Sarawak untuk mengajar mereka bagaimana cara untuk menentang apa sahaja pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional serta mengajar rakyat di negeri bagaimana cara untuk menyebarkan budaya fitnah-memfitnah terhadap orang yang tidak sebulu dengan parti pembangkang.
Peringatan seperti ini juga telah disuarakan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Anggota Parlimen kawasan Santubong YB Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam dimana beliau menegaskan walaupun negara ini sebagai sebuah negara demokrasi serta mengamalkan cara pentadbiran demokrasi namun semuanya ada had tertentu yang harus difahami oleh semua pihak. Demokrasi bukan bermaksud sesiapa sahaja boleh bertindak sesuka hati tanpa dikawal oleh undang-undang. YB Datuk Dr Wan Junaidi diminta mengulas berkenaan dengan kehadiran Anwar Ibrahim, Chua Jui Meng dan David Yeoh ke Sarawak malam semalam.
Oleh itu, kepada para pemimpin parti politik Pakatan Pembangkang tiada salah bagi mereka daripada memasuki negeri ini jika tujuan mereka bertandang ke negeri Sarawak adalah murni serta tidak menyimpang dari garis panduan dan dari segi peraturan juga undang-undang yang telah termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.
Sabtu, Ogos 08, 2009
"Pelampau bukan Islam" semakin bermaharajalela di Malaysia. Kebalkah mereka?
Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei telah menawarkan wang berjumlah melebihi jutaan dollar Amerika sebagai ganjaran kepada sesiapa yang dapat menangkap Salman tidak kira hidup ataupun mati. Begitu besarnya impak atau kesan yang timbul akibat perbuatan yang paling tidak bertanggungjawab oleh Salman sebagai seorang yang beragama Islam. Walaupun Salman lebih dikenali sebagai Islam sekular iaitu Islam yang mengamal gaya hidup dengan cara orang barat didalam kehidupan sehariannya, namun sebenarnya beliau masih mempunyai satu tanggungjawab yang harus dilaksanakan selaras dengan diri beliau sebagai umat Islam, iaitu mempertahankan agama Islam dari sebarang percubaan untuk menodai kesucian agama Islam bukannya bertindak disebaliknya.
Itu peristiwa yang telah berlaku suatu ketika dulu yang menyaksikan kebangkitan umat Islam bagi membantahkan keterlajuran yang telah di buat oleh Salman Rushdie. Tetapi kita di Malaysia sekarang ini terus berdepan dengan satu cabaran yang serupa walaupun pendekatan yang digunakan dilihat kekadang halus dan adakalanya terlalu biadap serta berbeza dengan cara yang dilakukan oleh Salman yang dilakukan dengan hanya menulis tetapi tujuannya memang sama iaitu untuk menghina serta mempersendakan agama Islam.
Baik, kita merujuk kepada perbuatan yang pernah dilakukan oleh YB Nga Kor Ming yang menggunakan ayat-ayat suci Al Quran untuk menyampaikan ceramah politik mereka baru-baru ini. Begitu juga dengan kes terbaru dimana perbuatan YB Ronnie Liu, YB Jeff Ooi telah jelas cuba untuk menghina agama Islam sehingga mengguris hati dan perasaan orang Melayu serta umat Islam keseluruhannya.
Dalam soal ini saya pasti, seandainya perbuatan yang dilakukan oleh Nga, Ronnie dan Jeff Ooi ini mereka lakukan di negara seperti Sudan, Nigeria, Iran, Maghribi dan negara Islam lainnya tentu sekali mereka ini akan berdepan dengan tindakan keras daripada pihak pemerintah seperti kena pancung ataupun juga akan direjam dengan batu sampai mati. Tetapi di Malaysia mereka bernasib baik kerana tiada peruntukan undang-undang sedemikian di kenakan bagi mereka yang melakukan kesalahan seperti itu.
Persolannya, sampai bila perkara ini hendak dibiarkan? Apakah pihak yang mempunyai tanggungjawab tentang agama Islam tidak berani berbuat apa-apa bagi menghalang "pelampau-pelampau bukan Islam" ini dari terus mengembangkang kegiatan mereka? Mengapakah perkara ini hanya diserahkan kepada umat Islam dari kalangan rakyat biasa untuk bertindak?
Perkara ini tidak akan berjaya diselesai dengan cara hanya membuat bantahan didepan pejabat-pejabat tertentu, membuat demonstrasi jalanan, melaungkan kata-kata dengan pembesar suara tanpa adanya campur tangan daripada JAWI, MAIWP, Majlis Ulama, MUIS, JAKIM dan sebagainya yang berkaitan dengan pembangunan agama Islam itu sendiri.
Yang lebih penting ialah pihak kerajaan seharusnya berani mengambil tindakan lebih tegas terhadap "pelampau bukan Islam" ini dari terus-menerus menjalankan aktiviti yang akhirnya pasti mengundang banyak lagi masalah kepada keselamatan negara serta keharmonian rakyat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini.
Jadi sementara sesuatu yang lebih parah akan berlaku, maka eloklah mulai sekarang "pelampau bukan Islam" ini diambil tindakan sebelum mereka meneruskan misi mereka untuk terus menggugat kestabilan di Malaysia. Jangan sampai "lebam" menjadi barah, jangan pula sampai barah akan menjadi nanah. "Cegah sebelum parah!!!". Mencegah lebih baik daripada mengubatinya.
Jumaat, Ogos 07, 2009
Sesumpah: Drama khas untuk Permatang Pasir
Inilah rupa bentuk reptilia yang lebih dikenali sebagai 'sesumpah' dikalangan masyarakat tempatan di negara ini. Haiwan ini sebenarnya bukan hanya dikenali dengan sifat pemarah semulajadinya yang secara "spontan" akan bertukar warna dari asal hijau kepada warna lain apabila merasakan keselamatan dirinya tergugat, tetapi mungkin masih ada orang yang tidak tahu bahawa ada terdapat satu jenis lagi reptilia dari species ini yang mempunyai sayap dan mampu untuk terbang. Rupa bentuknya juga sama saja cuma yang membezakan diantara keduanya ialah yang satu jenis bersayap manakala yang jenis satu lagi tidak. (serba sedikit keterangan mengenai haiwan ini)Sebenarnya saya ingin menulis berkenaan dengan drama-drama terbaru yang dihasilkan oleh Pakatan Pembangkang sejak beberapa hari yang lalu iaitu hasil sentuhan tangan pengarah serba-serbi boleh iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibantu oleh pelawak "cawat" Datuk Seri Abdul Haji Hadi Awang serta pelakon komedi "surat khabar lama" Lim Kit Siang.
Fokus saya kepada satu drama baru mereka yang dibuat khas untuk rakyat di DUN Permatang Pasir yang akan turun mengundi buat kali kedua dalam tempoh 18 bulan selepas PRU-12 yang lalu. Seperti sebelumnya, drama ini juga penggambarannya banyak dibuat di Negeri Selangor Darul Ehsan dan yang selebihnya dilakukan di Pulau Pinang dengan lokasinya di Kampung Buah Pala.
Jika di Pulau Pinang kita sudah tahu dimana tempatnya, jadi di Selangor Darul Ehsan kawasan yang dipilih adalah sekitar Majlis Perbandaran Shah Alam(MPSA) dan penggambaran ada juga dibuat di tempat lain untuk babak-babak yang memerlukan suasana yang agak berbeza sedikit.
Sebenarnya jika diteliti secara menyeluruh, drama ini dilihat lebih kepada sebuah dokumentari khas yang bertujuan untuk menyelamatkan sesuatu benda hidup daripada terusik oleh tangan-tangan yang tidak bertanggunjawab. Jika dokumentari yang di khaskan hanya untuk memaparkan haiwan umpamanya reptilia hijau iaitu "sesumpah" maka itu bertujuan untuk menyedarkan orang ramai tentang perlunya memelihara sesuatu habitat tersebut daripada terus mengalami kepupusan.
Jadi begitu juga dengan drama bersiri terbaru oleh Pakatan Pembangkang ini, ianya dihasilkan semata-mata untuk menyelamatkan kerusi DUN Permatang Pasir terlepas ke tangan UMNO ataupun Barisan Nasional pada pilihanraya kecil disitu kelak.
Mulanya kita lihat dengan apa yang diperkatakan oleh Anwar selang berapa hari selepas ADUN Permatang Pasir meninggal dunia. Reaksi Anwar ialah, beliau memberitahu DUN itu mungkin akan diwakili oleh calon daripada PKR pada pilihanraya kecil itu nanti dan bukannya PAS. Apa sebenarnya tujuan kata Anwar itu ? ...tujuannya cuma satu iaitu supaya sokongan pengundi PAS disana akan bertambah semakin kuat kepada PAS apabila mereka menentang hasrat PKR untuk bertanding di kawasan itu. Jadi PAS mendapat markah awal disitu dan Anwar pun tidak peduli walaupun dengan cara itu akan menambahkan lagi maruah PKR tergadai demi perjuangan bersama Pakatan Pembangkang, janji DUN Permatang Pasir tetap dalam genggaman mereka.
Yang baru berlalu, apabila Dr. Hassan Ali yang membuat desakan dan disusuli pula oleh desakan demi desakan oleh Dewan Pemuda PAS Selangor terhadap MB Selangor yang mahu agar Tan Sri Khalid Ibrahim memecat ataupun menarik balik portfolio yang sedang disandang oleh Ronnie Liu dari dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(Exco) Selangor. Apa sebenarnya tujuan Dr Hassan Ali itu ? ...tujuannya juga sama, iaitu mereka tentu sekali berpendapat bahawa apabila helah itu digunakan, maka orang Melayu dan Islam di Permatang Pasir akan melihat PAS sebagai sebuah parti Islam memang benar-benar memperjuangkan Islam dan Melayu apabila bangkit menentang DAP berkenaan dengan perkara yang menyentuh tentang kesucian Islam. Semua itu cuma sementara saja, apabila sudah selesai Pilihanraya DUN Permatang Pasir nanti, semuanya akan berubah serta-merta sama juga seperti tabiat "sesumpah".
Berkenaan dengan reaksi daripada KM Pulau Pinang berhubung dengan desakan daripada berbagai pihak agar Lim Guan Eng mempengaruhi Jeff Ooi supaya menarik balik kenyataannya yang telah mengguris hati dan perasaan umat Islam dan orang Melayu, ternyata Lim Guan Eng telah mengambil kesempatan dari kekeruhan itu dengan meminta Jeff Oii menarik balik kesemua kenyataan beliau yang telah menyinggung perasaan orang Melayu. Jadi yang mendapat untung dari situasi itu ialah KM Lim Guan Eng yang masih dibelenggu dengan isu Kampung Buah Pala dan sedikit sebanyak Lim Guan Eng telah mendapat semula point dia yang telah banyak hilang akibat dari permasalahan yang wujud di Kampung Buah Pala sejak beberapa bulan yang lalu. Maknanya jika Lim Guan Eng berjaya memujuk Jeff Oii untuk meminta maaf daripada masyarakat Melayu, maka secara tidak langsung maruah beliau yang sudah begitu teruk sekali tercalar gara-gara makan buah pala, akan sedikit kembali terubat apabila ada lagi segelintir Melayu PAS yang akan menghargai jasa beliau itu.
Sebenarnya diantara ketiga-tiga kisah ini walaupun terdapat perbezaan jalan ceritanya namun pada penghujungnya tetap akan sama dan tentu sekali akan saling membantu demi kemenangan mereka di DUN Permatang Pauh nanti. Jadi kepada rakyat disana, berhati-hatilah jika memilih bakal wakil rakyat...kerana jika tersalah pilih...sengsaralah yang menunggu didepan dan bukannya bahagia. Ambillah perkembangan yang sedang berlaku di dalam kerajaan negeri Selangor sekarang ini sebagai satu iktibar kepada semua.
Khamis, Ogos 06, 2009
Anti-ISA: Pengguna jalanraya juga berhak menuntut gantirugi.

Apa yang telah kita semua sedia maklum sekarang ialah, para peniaga yang terjejas teruk perniagaan mereka akibat daripada perhimpunan haram serta demonstrasi jalanan yang diadakan oleh Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) itu, telahpun bertindakbalas dengan menuntut gantirugi daripada GMI serta dalang-dalang kepada perhimpunan haram itu.
Sehubungan dengan itu, para pengguna jalanraya yang telah mengalami sebarang kesulitan ketika hendak menggunakan kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan Barisan Nasional itu juga berhak untuk menuntut apa-apa juga gantirugi daripada GMI serta daripada pemimpin-pemimpin parti PKR/DAP/PAS atas semua kerugian masa serta kewangan yang terpaksa mereka tanggung setelah terperangkap untuk beberapa jam akibat daripada tindakan penganjur juga dalang-dalang perhimpunanan serta pengikut mereka menyalahgunakan tempat yang telah dikhaskan oleh kerajaan hanya untuk laluan kenderaan bergerak.
Kepada penganjur khasnya dalang-dalang demonstrasi anti-ISA itu mereka tidak lagi boleh menyalahkan sesiapa kecuali diri mereka sendiri apabila telah berdepan dengan tuntutan beratus ribu ringgit oleh para peniaga yang banyak mengalami kerugian akibat daripada kedegilan GMI, DAP, PKR dan PAS yang masih mahu meneruskan perhimpunan haram itu walaupun tanpa permit.Perkembangan ini adalah salah satu pengajaran yang paling baik bagi mereka yang ada keinginan untuk cuba menggugat ketenteraman awam di negara ini. Sebelum bertindak kumpulan ini haruslah memikir akan buruk-baiknya tindakan sedemikian selepas itu dan bukan hanya tahu membuat masalah, tetapi apabila timbul masalah lain maka mereka hanya bertindak lepas tangan dengan menuding jari kepada pihak lain pula sebagai yang bertanggungjawab.
Rabu, Ogos 05, 2009
I.S.A: DAP/PKR/PAS - Melanggar Hak Asasi Manusia, SUHAKAM Harus Bertindak.
Mungkin ramai yang tidak sedar atau mungkin juga kurang setuju dengan pandangan saya mengenai apa yang telah berlaku pada hari Sabtu 01hb. Ogos 2009 yang baru saja berlalu, iaitu suatu perhimpunan haram, perarakan atau demonstrasi jalanan bagi mendesak kerajaan agar menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Alasan yang boleh kita kaitkan diantara perhimpunan serta demonstrasi haram itu dengan pelanggaran hak-hak asasi manusia ialah apabila tindakan "pendemonstrsi" yang terang-terang dan jelas sekali telah menafikan hak-hak para peniaga disekitar kawasan yang terbabit daripada menjalankan perniagaan harian mereka.Disamping itu juga, akibat daripada tindakan penganjur perhimpunan itu yang telah menggunakan kemudahan awam seperti jalanraya sebagai laluan mereka untuk berarak telah mengakibatkan beribu-ribu pengguna jalanraya lain terperangkap sehinggakan memaksa banyak urusan-urusan penting dibatalkan, lewat sampai ke pejabat, tertinggal pesawat dan sebagainya.
Jadi, dalam insiden demonstrsi haram itu saya berpendapat adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk bertindak terhadap penganjur perhimpunan haram anti-ISA itu serta pihak-pihak yang menjadi dalang di sebalik perarakan haram itu.SUHAKAM juga harus bertindak mengikut peruntukkan kuasa yang ada pada suruhanjaya itu, bagi melindungi hak-hak sesiapa saja daripada dicabuli.
Ahad, Ogos 02, 2009
MB Selangor-Khalid salahguna masa ketika MMRR-218 di Kuching, Sarawak.
Nak dijadikan satu cerita, apabila Menteri Kemudahan Awam Sarawak, YB Datuk Amar Awang Tengah bin Awang Ali Hassan mendakwa ketika dalam tempoh selama lima hari berturut-turut bahawa Menteri Besar Selangor Darul Ehsan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim seringkali tidak hadir didalam majlis-majlis rasmi yang melibatkan Raja-Raja diadakan.Yang menjadi persoalannya ialah, dalam tempoh selama lima hari itu sememangnya Tan Sri Khalid telah berada di Bandaraya Kuching bagi mengiringi KDYMM Sultan Selangor untuk ke setiap majlis yang akan dihadiri oleh Baginda sebagai yang telah ditetapkan. Namun untuk beberapa kali majlis diadakan kesemua Menteri-menteri Besar serta Ketua-ketua Menteri lainnya sentiasa hadir untuk menemani Raja-Raja dan juga TYT-TYT negeri masing-masing tetapi malangnya Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid seringkali ponteng.
Anda nak tau dimana tempat Tan Sri Khalid berada dalam tempoh waktu tertentu itu...? Menurut YB Datuk Amar Awang Tengah lagi, Tan Sri Khalid telah menyalahgunakan masa yang telah dipertuntukkan dikhaskan hanya untuk majlis yang berkaitan dengan Majlis Mesyuarat Raja-Raja yang ke-218, tetapi telah digunakan oleh Tan Sri Khalid untuk tujuan yang lain. Maknanya ketika berada di Bandaraya Kuching, beliau telah mengambil kesempatan ataupun menggunakan waktu itu untuk untuk berkempen bagi Parti KeADILan XRakyat (PKR).
Jika diambil kira nilai masa yang diberikan itu adalah masa untuk majlis yang sangat penting, tetapi malangnya masa itu juga telah diselewengkan untuk diguna bagi perkara yang tidak bersangkut-paut dengan tujuan asal Tan Sri Khalid datang ke Sarawak. Perbuatan Tan Sri Khalid Ibrahim itu sebenarnya telah menggambarkan kepada umum bahawa beliau kurang beradab dan tidak menghormati Raja-Raja sepanjang berlangsungnya Mesyuarat Majlis Raja-Raja baru-baru ini.
Ketika beliau didapati jarang kelihatan bersama-sama dengan KDYMM Sultan Selangor di majlis-majlis rasmi yang tertentu, sebenarnya beliau menghadiri beberapa "majlis-majlis kilat" yang dianjurkan oleh PKR Sarawak. Disanalah beliau mula cuba untuk memperkenalkan benih-benih "buah pala" yang tidak subur di Pulau Pinang dan juga berjanji untuk membekalkan baka-baka "lembu" yang pernah beliau korbankan masa Hari Raya Korban dulu di Selangor untuk ditanam serta dibiakkan di negeri Sarawak.
Tan Sri Khalid rupa-rupanya tidak tahu bahawa buah pala tidak akan berjaya ditanam di negeri Sarawak kerana tanah-tanah di sini tidak sesuai untuk tumbuhan seperti itu, manakala Sarawak juga langsung tidak mempunyai "padang rumput" yang sesuai untuk diberikan kepada "baka-baka lembu" itu sebagai bahan makanannya. Jadi sekiranya lembu-lembu itu tidak ada bekalan makanan yang sesuai, sudah pasti ianya akan mengakibatkan kebuluran serta menyebabkan lembu-lembu itu akan mati. Jadi tak payahlah Khalid, lupakan saja semua itu...
Modal kempen yang bakal PKR gunakan sekiranya pilihanraya DUN Sarawak yang akan datang menurut Khalid ialah 'air'. Tan Sri Khalid telah cuba membohongi rakyat Sarawak dengan mengatakan bahawa jika PKR berjaya mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Barisan Nasional, maka mereka juga akan memberikan air percuma atau 'bekalan air bersih percuma' kepada penduduk di negeri Sarawak sebagaimana yang Pakatan Pembangkang "letak perangkap percuma" di negeri Selangor.
Sehubungan dengan itu, YB Datuk Amar Awang Tengah telah mengajak rakyat Sarawak sendiri bertanya kepada MB Selangor itu tentang "air percuma" yang Tan Sri Khalid war-warkan itu iaitu sejak pelaksanaan bekalan air percuma berapa banyak rumah yang sudah diputuskan bekalan airnya. Menurut Awang Tengah lagi, rakyat Selangor fikir ia benar-benar percuma jadi air itu digunakan sembarangan, tidak ditutup pili air pun tidak apa dan ini menyebabkan jumlah penggunaan air terlalu tinggi.
Tambah Datuk Awang Tengah lagi, pengguna air di Selangor tidak dikenakan bayaran selagi penggunaan air tidak mencecah 20 meter padu dan sekiranya selepas penggunaan air melebihi tahap itu maka caj yang dikenakan adalah tiga kali ganda. Caj penggunaan air di Sarawak menurut beliau jika dibandingkan dengan sistem yang digunakan di Selangor masih amat rendah.
Tan Sri Khalid khususnya PKR mungkin berpendapat bahawa rakyat Sarawak tidak mengetahui dengan apa yang sedang berlaku di negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah sekarang. Sedarlah wahai Khalid dan juga pemimpin PKR yang lainnya, letaklah dulu semua pemimpin Pakatan Pembangkang tak kira DAP, PAS dan PKR didepan cermin dan lihat diri sendiri terlebih dulu sebelum membuka mulut untuk mengatakan BN Sarawak itu ini lah, begitu begini lah, macam itulah macam inilah.
Sabtu, Ogos 01, 2009
Wakil-wakil Rakyat Yang Terlibat Dalam Demonstrasi Anti-ISA Harus Letak Jawatan.
Tidak tahu nak kata apa lagi, apabila pihak polis telah mendedahkan bahawa ramai dari kalangan wakil-wakil rakyat baik mereka yang sebagai ADUN ataupun Ahli Parlimen telah turut serta didalam perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA hari ini 01hb. Ogos 2009 di Kuala Lumpur. Malah jika menurut polis, jelas ada diantara wakil rakyat-wakil rakyat terutamanya dari Pakatan Pembangkang telah berucap dikhalayak ramai mungkin bertujuan untuk mengapi-api kan semangat penyokong mereka agar terus bergerak dan bertindak jika ditegah.Di antara nama-nama wakil rakyat seperti mana yang disebut oleh Ketua Polis Kuala Lumpur ialah Pesuruhjaya PAS Pusat YB Datuk Mustapha Ali, Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua, Ahli Parlimen Pokok Sena YB Mahfuz Omar, Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang YB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, YB Saifuddin Nasution, Ahli Parlimen Ipoh Timur YB Lim Kit Siang dan mungkin ramai lagi.
Jika kita ingat semula dengan demonstrasi mansuhkan PPSMI yang baru lalu yang diketuai oleh dua tokoh Sasterawan Negara iaitu Datuk A. Samad Said, Datuk Hassan Ahmad serta turut disokong oleh Tan Sri Professor Ismail Hussein dan Pofessor Firdaus Abdullah. Pada ketika itu kita dapat melihat bahawa wakil-wakil rakyat dari Pakatan Pembangkang terlibat secara langsung dan telah menjadi penyokong kuat kepada gerakan itu untuk mengadakan demonstrasi dengan berarak beramai-ramai di atas jalanraya.
Pada pendapat saya, jika sudah beginilah caranya wakil-wakil rakyat untuk memperjuangkan sesuatu tuntutan atau perkara, adalah lebih baik bagi mereka-mereka semua itu untuk melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat, kosongkan saja kerusi yang sedang mereka sandang sekarang ini dan berikan ianya kepada orang-orang yang benar-benar untuk berkhidmat kepada rakyat serta Negara, dan setelah itu jika mereka bukan lagi sebagai wakil rakyat maka mereka bolehlah teruskan saja buat "demonstrai haram" di atas jalanraya jika itu cara yang mereka suka tanpa mereka untuk memikirkan lagi tanggungjawab sebagai seorang Yang Berhormat yang sudah semestinya menuntut tumpuan khusus kepada hal ehwal rakyat di kawasan yang mereka wakili.
Sangat pelik gelagat wakil-wakil rakyat daripada Pakatan Pembangkang ini, apakah mereka tidak tahu bagaimana caranya untuk menyuarakan bantahan suara ramai ketika berada didalam Dewan Rakyat ataupun DUN. Sepatutnya wakil-wakil rakyat daripada Pakatan Pembangkang ini harus sedar akan kesannya daripada tindakan mereka apabila menyertai atau mungkin juga mendalangi perhimpunan dan perarakan secara haram pada hari ini tadi jika ianya akan mencetuskan rusuhan dasyat.
Apakah mereka langsung tidak memikirkan tentang keselamatan mereka sendiri, keselamatan kedua kumpulan iaitu pro-ISA dan Anti-ISA, orang ramai disekeliling serta harta benda yang ada terdapa di sekitarnya ???
Sekali lagi saya mencadangkan agar mana-mana wakil rakyat yang telah didapati terlibat secara langsung didalam 'perhimpunan atau perarakan haram Anti-ISA' harus segera meletakkan jawatan dan segera mengosongkan kerusi YB yang sedang mereka duduki sekarang.
Jumaat, Julai 31, 2009
PKR berjanji akan beri "Gula DADU" kepada rakyat jika Pakatan Pembangkang Menawan Sarawak.
Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak masih lama lagi, tetapi Pakatan Pembangkang khususnya PKR sudah resah gelisah untuk menghadapinya.Begitu juga dengan DAP dan PAS yang turut sama telah mula mengaturkan langkah awal mereka bagi pilihanraya DUN Sarawak nanti.
Ketiga-tiga parti ini telah berpakat untuk menumbangkan Kerajaan BN yang sedia utuh di Negeri Sarawak tetapi dalam pada itu juga mereka mula turut bertelagah sesama mereka berkaitan dengan pengagihan kerusi kawasan yang akan ditandingi kelak.
Ketua Perhubungan PKR Sarawak, Mustaffa Kamil Ayub(rakyat Perak) ketika diminta mengulas oleh wartawan akhbar Utusan Borneo pada Khamis 30 Julai 2009 mengenai gesaan Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang juga Timbalan Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang mahu Pakatan Pembangkang membuktikan terlebih dahulu kemampuan mereka mentadbir negeri-negeri yang telah berada didalam penguasaan mereka sebelum mereka menyimpan niat untuk merampas Sarawak daripada Barisan Nasional, beliau dengan yakin sekali menyatakan bahawa PKR bukan sekadar "suka-suka" untuk merampas pemerintahan kerajaan daripada Barisan Nasional.
Seterusnya PKR menerusi Mstaffa Kamil Ayub cuba hendak berbohong kepada rakyat Sarawak apabila beliau dipetik sebagai berkata "Jika diberi mandat untuk mentadbir Sarawak kita akan merakyatkan ekonomi negeri seperti yang dilakukan di Selangor yang diperintah kerajaan Pakatan Pembangkang pada ketika ini," katanya ketika dihubungi wartawan UB.Mengulas lebih lanjut cabaran yang dibuat oleh Tan Sri Jabu itu, Mustaffa menambah "Kita terima baik pandangan dia(Jabu) dan memang hasrat kerajaan Pakatan Pembangkang untuk memperbaiki pelaksanaan pembangunan dan kebajikan rakyat dari masa ke semasa. "Setakat ini memang kita menjaga dengan baik negeri-negeri yang ditadbir kita," katanya lagi.
Sebagai sebuah negara demokrasi beliau berkata parti-parti dalam Pakatan Pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS berhak untuk menyebarkan fahaman politik di mana-mana negeri dalam Malaysia, dan berkata kenyataan Tan Sri Jabu adalah perkara normal kepada Pakatan Pembangkang.
Dalam pada itu juga beliau menyatakan bahawa PKR mensasarkan jumlah keahlian PKR di Sarawak kepada seramai 100,000 orang ahli menjelang pilihanraya DUN Sarawak nanti iaitu pertambahan sebanyak 40,000 daripada 60,000 sebelum ini sebagaimana yang beliau dedahkan.
Itulah serba sedikit cerita tentang aktiviti kurang sihat PKR serta Pakatan Pembangkang di Sarawak sempena dengan penganjuran Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu ke-218 di DUN baru Sarawak.
Pandangan saya: ...saya tak nak mengulas terlalu panjang sangat berkenaan dengan angan-angan para pemimpin PKR ini, namun apa yang ingin saya sampaikan kepada Pakatan Pembangkang khususnya PKR ialah mereka harus berpandukan kepada satu perumpamaan lama iaitu "Ukur baju dibadan sendiri" ertinya sebelum seseorang itu mengukur baju yang sedang dipakai oleh orang lain, terlebih dahulu eloklah bagi dia untuk melihat ukuran baju yang sedang mereka sendiri gunakan. Maka maknanya pun lebih kurang sama, iaitu jika ada parti-parti tertentu suka mempertikaikan sumbangan pembangunan yang dibuat oleh parti pemerintah, jadi sebelum itu adalah lebih baik bagi mereka sendiri untuk melihat akan kekerurangan cara mereka mentadbir negeri-negeri masing.
Kepada saudara Mustaffa Kamil, cita-cita PKR anda itu terlalu tinggi, ..tak risau ke nanti seandainya kata pepatah Melayu Lama seperti "Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran" akan terjadi semula ke atas Pakatan pembangkang selepas peristiwa "melencong ke Taiwan".
Ada satu lagi yang saudara Mustaffa Kamil lupa apabila beliau menyatakan bahawa Pakatan Pembangkang akan "merakyatkan ekonomi Sarawak" jika mereka berjaya menubuhkan kerajaan di Sarawak. Bagi saya itu adalah kata-kata untuk menutup kelemahan pentadbiran oleh Pakatan Pembangkang di 4 buah negeri terutamanya di Selangor.
Selepas itu juga beliau menambah bahawa Pakatan Pembangkang memang menjaga baik negeri-negeri yang mereka kuasai.
Baik yang macam mana pulak yang dimaksudkan oleh saudara Mustaffa itu ???
Khamis, Julai 30, 2009
Isu Cawat: Walaupun Terluka, Namun Masyarakat Dayak Tetap Patuhi Undang-undang Negara.
Walaupun pada hakikatnya, hati dan perasaan masyarakat Dayak di Sarawak sangat terluka selepas dihina oleh Presiden PAS Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang yang menyifatkan mereka sebagai kaum yang tidak pernah berubah dari segi berpakaian, cara berpikir dan cara menentukan masa depan mereka setelah Haji Abdul Hadi mengaitkan kekalahan PKR pada pilihanraya kecil DUN Batang Ai 7 April lepas adalah disebabkan oleh kaum tersebut tidak tahu menilai calon wakil mereka kerana masih menggunakan 'cawat' untuk menutup tubuh mereka, tetapi mereka masih boleh mengawal perasaan apabila mereka terpaksa akur dengan nasihat yang telah diberi oleh pihak polis agar membatalkan hasrat untuk mengadakan perhimpunan bagi memprotes kenyataan Haji Abdul Hadi itu.
Pergerakan Pemuda PRS Batang Ai batalkan hasrat membakar bendera PAS
KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Batang Ai terpaksa membatalkan hasrat untuk membakar bendera Parti Islam SeMalaysia (PAS) seperti dalam perancangan mereka sebelum ini.
Timbalan Ketua Pergerakan itu, Edwin Raoh berkata tindakan itu diputuskan apabila permohonan permit perhimpunan mereka tidak diluluskan oleh polis.
"Kami dinasihati polis agar tidak meneruskan tindakan itu atas alasan menjaga ketenteraman awam, kami akur dengan keputusan itu," katanya ketika dihubungi disini, semalam.
Sebelum ini Pergerakan Pemuda PRS Batang Ai bercadang untuk membakar bendera PAS pada Ahad lepas di pekan Engkelili. Tindakan itu dibuat bagi memprotes kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengaitkan kekalahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai 7 April lepas dengan para pengundi disitu 'masih memakai cawat'.
Edwin berkata lagi berikutan kegagalan mendapatkan permit, mereka akan menghantar petisyen kepada Abdul Hadi untuk menuntut permohonan maaf berhubung kenyataan beliau yang mengguris hati kaum Iban.
"Kita akan mendapatkan tandatangan daripada Tuai-tuai Rumah di Lubok Antu dan selepas itu petisyen akan kepada Abdul Hadi," katanya.
Isu cawat timbul apabila Abdul Hadi dalam laporan Malaysiakini dipetik berkata kekalahan parti pembangkang di DUN Batang Ai merupakan kekalahan tunggal mereka dalam beberapa pilihanraya kecil dalam tahun ini.
Pada pilihanraya kecil DUN Batang Ai 7 April lepas, Jawah Gerang daripada PKR tewas ditangan Malcolm Mussen Lamoh daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS). Mussen memperolehi majoriti 1,854 undi.
Sumber dari: Utusan Borneo edisi Khamis, 30 Julai 2009.
Pendapat saya;- Sebarang langkah yang diambil bagi menunjukkan kepada masyarakat sekeliling mengenai rasa tidak berpuashati yang menyelubungi hati dan perasaan terhadap sesuatu perkara itu haruslah terlebih dahulu untuk mengambilkira kepentingan awam serta undang-undang negara sebelum meneruskan sebarang tindakan.
Jadi saya telah melihat keputusan Pemuda PRS yang mengambil langkah untuk membatalkan rancangan sebagaimana yang dijadualkan iaitu untuk mengadakan perhimpunan serta membakar bendera PAS setelah permit untuk tujuan itu tidak dikeluarkan oleh pihak polis, sebagai keputusan mereka yang matang, waras dan bijak.
Jika dinilai dari sudut usia parti serta juga pengalaman Pemuda PRS itu sendiri dalam berpolitik dan dibandingkan pula dengan Presiden PAS, PKR serta DAP dan semua pemimpin-pemimpin yang ada dalam Pakatan Pembangkang termasuk para penyokong mereka yang lebih lama bergiat didalam kancah dunia politik, sudah tentu sekali kita akan terfikir bahawa Pemuda PRS akan mengambil jalan singkat sebagaimana yang sering diamalkan oleh pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Pembangkang.
Tetapi hari ini kita telah melihat bagaimana Pemuda PRS dapat menghormati peraturan serta undang-undang negara dengan membatalkan niat untuk berhimpun setelah pihak polis tidak membenarkan mereka berbuat demikian dan mereka akur dengan nasihat daripada pihak polis, malah mereka akan mengambil langkah berlembut dalam menangani isu cawat ini apabila mereka bercadang untuk menghantar memorandum bantahan secara bertulis kepada Presiden PAS Haji Abdul Hadi Awang bagi mendesak beliau mengemukakan permohonan maaf kepada masyarakat Dayak di Sarawak.
Disinilah kita dapat melihat perbezaan sikap yang sangat ketara diantara pemimpin pakatan pembangkang dengan para pemimpin daripada Barisan Nasional. Saya yakin, jika PAS, DAP dan PKR berada dikedudukan PRS dalam isu cawat ini, sudah pasti penuh dan sesak atas jalanraya tempat mereka berarak sambil berbaring, meraung-raung, melompat-lompat dan sebagainya bagi menunjukkan protes mereka terhadap polis dan kerajaan sekiranya polis tidak mengeluarkan permit.
Tetapi Pemuda PRS mempunyai sikap yang sangat matang dalam menghadapi situasi sebegini dengan menggunakan akal fikiran yang waras sebelum menentukan sesuatu tindakan yang boleh dan tidak boleh di ambil. Pemuda PRS lebih mengutamakan perpaduan diantara kaum, keharmonian serta kesejahteraan negara sebelum bertindak. Mereka telah meletakkan undang-undang diatas segalanya sebelum tindakan boleh dibuat.
Sehubungan dengan itu saya dapat melihat bahawa PRS lebih matang dalam soal mendepani isu getir seperti itu walaupun agak baru sebagai sebuah parti politik berbanding dengan DAP, PAS dan PKR yang jauh lebih lama serta dibarisi pula oleh banyak pemimpin-pemimpin yang sering mendakwa mereka adalah "pejuang keadilan", "pejuang kesaksamaan", "pejuang kesamarataan" dan sebagainya.
SYABAS !!! ...kepada PRS khususnya Pergerakan Pemudanya yang dapat menerima keputusan yang telah dibuat oleh pihak polis dengan hati yang terbuka.
Rabu, Julai 29, 2009
1 Panas, 2 Basi Kisah Pakatan Pembangkang Di Sarawak.
1. Hadi didesak mohon maaf : PRS hantar surat minta Presiden PAS memohon maaf kepada kaum Dayak
==================== --------------------------------------------------------------------------
Oleh : Saibi Gi
KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan menghantar surat meminta Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang memohon maaf kepada komuniti Dayak berhubung isu cawat. Presiden PRS Dato Sri James Jemut Masing ketika dihubungi semalam berkata surat yang ditandatangani oleh 13 wakil rakyat daripada PRS itu dihantar hari ini.
Surat itu merupakan rentetan kenyataan Abdul Hadi mengaitkan kekalahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai ditangan Baisan Nasional (BN) kerana para pengundi di situ masih 'memakai cawat'. Antara lain, kandungan surat itu berbunyi: "Kami mahu permohonan maaf kepada Dayak di Sarawak secara amnya, dan Iban di Batang Ai khususnya dan kami menyarankan agar anda (Abdul Hadi) datang ke sini untuk melawat rumah panjang Iban di Sarawak."
NST Online semalam melaporkan Abdul Hadi mengaku menggunakan perkataan 'cawat' tetapi tidak berniat untuk menjatuhkan maruah masyarakat Dayak. Sehubungan itu, Masing berkata para pemimpin Pakatan Pembangkang khususnya berketurunan Dayak yang memberi reaksi terhadap isu berkenaan disifatkannya sebagai 'tipikal'. Tipikal kerana kenyataan mereka senada yang jelas mempertahankan Abdul Hadi meskipun hakikatnya mereka terguris.
Masing seterusnya dalam mempertahankan keputusan para pengund di Batang Ai berkata mereka adalah bijak kerana memilih organisasi politik yang mempunyai kredibiliti seumpama BN. "Mereka bijak kerana tidak memilih calon daripada parti pembangkang yang sudah diketahui akan gagal mengotakan janji," katanya.
Abdul Hadi dipetik menerusi portal berita Malaysiakini pada 11 Julai lepas dengan menyatakan para pengundi di Batang Ai yang majoritinya adalah berketurunan Iban, tidak tahu mengundi. Beliau dipetik sebagai berkata: "Semua pilihanraya kecil sebelum ini keputusannya memihak kepada kita. Cuma di Batang Ai sahaja kita kalah sebab mereka ini tidak reti nak undi, pakai cawat lagi. Saya bukan nak hina tetapi tempat yang pakai molek, undi PAS."
Dalam pilihanraya kecil DUN Batang Ai pada 7 April lepas, Jawah Gerang daripada PKR tewas di tangan Malcolm Mussen Lamoh daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS). Mussen memperoleh majoriti 1,854 undi.
Ulasan saya: Abdul Hadi harus meminta maaf daripada masyarakat Dayak terutamanya kaum Iban demi keharmonian kaum di negara ini. Abdul Hadi mesti bertanggungjawab terhadap apa jua perkara yang akan berlaku selepas ini jika kedegilan beliau untuk meminta maaf daripada tuai-tuai rumah serta masyarakat Dayak keseluruhannya. Maka, oleh itu...berani buat berani tanggung !!!.
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Dibawah ini pula cerita tentang angan-angan "Mat Jenin" Khalid Ibrahim jika PKR berjaya menawan Sarawak pada pilihan raya negeri kelak.
2. PKR terap sistem pentadbiran Selangor jika tawan Sarawak.
-------------------------------------------------------------------------------------------
KUCHING: Parti Keadilan Rakyat [PKR] Sarawak akan menerap sistem pentadbiran kerajaan negeri Selangor sekiranya PKR berjaya menawan negeri ini dalam pilihanraya akan datang. ( gambar dibawah bukan berlaku di Sarawak, hanya sekadar gambar hiasan sahaja ).
Ahli Majlis Tertinggi PKR yang juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata impian itu bukannya diibaratkan sebagai cerita dongeng, sebaliknya ia akan menjadi kenyataan jelas apabila tiba masanya PKR bertapak di Sarawak.
Malah menurutnya, sekiranya rakyat Sarawak memberi peluang kepada PKR, parti itu akan menunjukkan keupayaan sebenar untuk membela nasib rakyat yang dahagakan kemajuan.
Ulasan saya: Jangan nak bermimpilah Khalid Gagap, ada hatilah konon nak tawan negeri Sarawak. Bagaimana pula dengan nasib rakyat dan negeri Selangor sekarang yang dah semakin huru-hara sejak dibawah pentadbiran PKR, DAP dan PAS ??? ...nak tawan Sarawak konon???..pergi jahanamlah dengan PKR,DAP dan PAS !!!
= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = =
Manakala gambar dibawah ini juga adalah sekadar gambar hiasan sahaja, tetapi memang berkaitan langsung dengan PKR, DAP dan PAS baik bagi mereka yang masih hidup ataupun yang sudah tiada lagi dimuka bumi ini ataupun yang sudah meninggalkan ketiga-tiga parti itu.
Ceritanya berhubung dengan pertikaian atau perebutan kerusi DUN di Sarawak antara PKR, DAP dan PAS bagi menghadapi Pilihanraya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dijangka akan diadakan lebih kurang pada tahun 2011 nanti.
3. DUN Padungan kekal diperuntukkan kepada PKR.
------------------------------------------------------------------------------------------------
KUCHING: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan secara prinsipinya akan kekal dperuntukkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR). Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali yang berkata demikian bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ia akan diberi kepada parti lain dalam pakatan pembangkang.
"Walaupun kita berpegang kepada prinsip itu, jika dipersetujui oleh PAS (Parti Islam SeMalaysia), DAP (Parti Tindakan Demokratik) dan PKR serta ia adalah untuk manfaat semua, ia mungkin dilakukan dengan berpandukan prinsip menang-menang," katanya dalam satu sidang media pada konvensyen PKR di sini semalam.
Menurut beliau buat masa ini tidak ada keputusan muktamad tentang peruntukkan kerusi di DUN Sarawak telah dicapai oleh jawatankuasa khas dalam Pakatan Pembangkang. Beliau diminta mengulas mengenai hasrat DAP yang mahu meletakkan calon di DUN Padungan dalam pilihanraya negeri akan datang. Hasrat itu dimaklumkan Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng kepada media kelmarin.
Kerusi DUN Padungan disandang Dominique Ng daripada PKR selepas menewaskan Lily Yong daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dalam pilihanraya negeri 2006. Pengekalan PKR di kerusi Padungan juga dilihat berdasarkan prinsip 'apa yang dimiliki sekarang akan dikekalkan'.
Menurut ahli jawatankuasa khas itu, Jimmy Donald, parti-parti dalam Pakatan Pembangkang akan mengadakan perbincangan pada 7 Ogos depan berhubung pengagihan kerusi dalam pilihanraya negeri akan datang. "Perbincangan akan dilaksanakan secara berterusan dan tiada keputusan muktamad tentang pengagihan kerusi pada ketika ini," katanya.
Mengenai jawatan Ketua Perhubungan PKR Sarawak, Syed Husin berkata ia akan diberikan kepada pemimpin PKR dari Sarawak secepat mungkin. "Perlantikan Mustaffa (Kamil Ayub) adalah untuk sementara kerana dia adalah penyelaras terbaik. Apabila kita dapat pemimpin tempatan yang sesuai kita akan letak beliau di jawatan itu".
Ulasan saya: Itulah pembangkang. Sementara parti-parti dalam BN selepas pilihanraya sibuk buat kerja dan memberi khidmat kepada rakyat dan masyarakat tetapi Pakatan Pembangkang tak ada kerja lain sibuk dengan agenda basi mereka saja. Tiap-tiap hari politik, tiap-tiap hari politik juga tiap-tiap hari menabur janji palsu kepada rakyat.
Jadi secara umumnya kepada seluruh rakyat Malaysia dan khasnya kepada rakyat Sarawak yang sudah matang sudah biasa dengan suasana politik dan pandai menilai baik buruknya pemimpin, marilah kita sama-sama lap, nyahkan Pakatan Pembangkang dari Bumi Kenyalang.
Semua berita diatas kecuali ulasan saya adalah adalah dari sumber: Akhbar harian Sarawak - Utusan Borneo.
Sarawak Regatta Sempena Majlis Mesyuarat Raja-Raja ke-218 Di Petra Jaya, Kuching Sarawak.
Kepada mereka yang tidak berpeluang untuk sama-sama memeriahkan temasya perlumbaan perahu panjang atau bidar yang terdiri daripada berbagai peringkat mengikut bilangan pengayuh untuk sesebuah perahu itu dan sebagainya, serta juga diadakan perlumbaan boat laju dengan enjin berkuasa kuda yang telah dikategorikan mengikut kelajuan enjin boat masing-masing sempena dengan Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu yang ke 218 di Sungai Sarawak pada 27 Julai 2009 yang baru lalu.
Selain itu, terdapat juga berbagai-bagai jenis permainan lain seperti sukan rakyat serta sukan-sukan riadah khas untuk pengunjung turut diadakan sebagai sebahagian daripada acara gilang-gemilang bagi meraikan kehadiran rombongan Di Raja dan juga para kenamaan, tetamu jemputan, para pelancong luar negara dan dalam negara ke Sarawak Bumi Kenyalang.
Oleh itu saya berusaha untuk mendapatkan video klip bagi acara tersebut, maka setelah itu saya bersyukur kerana telah dapat memperolehinya setelah saya berjaya mencari satu laman web di www.sarawakregatta.com di google yang ada menyediakan video klip terkini berkenaan dengan Sarawak Regatta itu khas untuk Majlis Mesyuarat Raja-Raja ke 218 lalu 'menDOWNLOAD' kannya untuk tatapan semua. Selamat menonton !
Selasa, Julai 28, 2009
Pemuda PRS Batang Ai tangguh bakar bendera PAS, tunggu permit Polis.
====================================
KUCHING: Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Batang Ai menangguhkan niat mereka untuk membakar bendera Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Timbalan Ketua Pergerakan itu, Edwin Raoh semalam berkata rancangan asal untuk mengadakan bantahan pada Ahad lepas ditangguhkan sementara menunggu permit perhimpunan daripada polis.
Bagaimanapun mereka masih menuntut permohonan maaf daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mengaitkan kekalahan Parti KeADILan Rakyat (PKR) dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai pada April lepas.
Kekalahan itu menurut beliau adalah kerana para pengundi di kawasan berkenaan 'masih pakai cawat' seperti yang dilaporkan Malaysiakini baru-baru ini.
"Memang kami berniat untuk membakar bendera PAS sekarang tetapi dalam masa yang sama setiap tindakan perlu berpandukan undang-undang. "kita masih marah dengan Hadi dan kini menunggu kelulusan permit perhimpunan daripada polis. "kami meminta dia (Abdul Hadi) meminta maaf secara terbuka. Kenyataannya seolah-olah merendahkan martabat kaum Iban." katanya lagi.
.............................................................................................................................................................................................
Begitulah keadaan apabila sesetengah pemimpin terutamanya Pakatan Pembangkang yang tidak peka dengan sensitiviti kaum lain apabila dengan sewenang-wenangnya telah membuat kenyataan umum berkenaan dengan kepentingan sesuatu kaum itu. Apabila terjadi kekusutan yang telah mengundangkan rasa marah masyarakat Dayak akibat daripada kenyataan menghina oleh Abdul Hadi, maka beliau dengan mudah pula telah menyalahkan BN Sarawak dalam masalah ini serta telah menuduh Barisan Nasional Sarawak pula yang menjadi punca segalanya. Senangnya Abdul Hadi nak melepaskan diri.
Pelik, bagaimana perkataan yang telah keluar daripada mulut beliau sendiri semasa berkempen di Manek Urai, Kelantan baru-baru ini telah diputar-belit pula dengan mengatakan bahawa kebangkitan kaum Iban menentang isu 'cawat' yang beliau sendiri timbulkan adalah disebabkan oleh pemimpin BN Negeri Sarawak.
Walau apapun alasan yang telah dan akan dikemukakan oleh Abdul Hadi untuk mempertahankan kenyataan beliau itu, namun apa yang penting kini adalah beliau harus bertanggungjawab sepenuhnya untuk berdepan dengan kemaraan kaum Iban serta masyarakat Dayak dan juga rakyat Sarawak keseluruhannya bagi mendapatkan penjelasan secara terbuka daripada beliau berhubung isu perkataan 'cawat' yang digunakannya sebagai merujuk kepada kekalahan PKR di DUN Batang Ai pada April lepas.
Isnin, Julai 27, 2009
Sejarah Dan Perkembangan Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Upacara perasmian Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak yang mempunyai ketinggian setinggi sembilan tingkat itu telah selamat disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong lebih kurang jam 11.25 minit pagi 27hb Julai 2009 dengan disaksikan oleh Sultan-sultan serta para wakil-wakil dari negeri Perlis Indera Kayangan, Perak Darul Ridzuan, Kedah Darul Aman, Kelantan Darul Naim, Terengganu Darul Iman, Negeri Sembilan Darul Khusus, Pahang Darul Makmur, Selangor Darul Ehsan dan Johor Darul Takzim serta juga Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri dari Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, Yang Di Pertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob, Yang Di Pertua Negeri Sabah Tun Ahmad Shah Abdullah dan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Abang Haji Muhammad Sallahuddin bin Abang Barieng.
Sumber berita dari Utusan Borneo :
Oleh - Sandy Mark Luna (23.07.2009)
-----------------------------------------------
KUCHING: Sejarah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak bermula pada 8 September 1867 apabila Majlis Umum (General Council) mengadakan mesyuarat pertama mereka di sebuah pondok di Bintulu.
Badan Perundangan Negeri, mula-mula dikenali sebagai Majlis Umum sehingga tahun 1903. Selepas itu ia dinamakan Majlis Negeri sehingga tahun 1976 dan seterusnya dikenali sebagai Dewan Undangan Negeri sehingga kini.
Majlis Umum mengadakan mesyuarat kedua mereka di Fort Brooke, Sibu pada 15 June 1868. Mesyuarat itu merupakan mesyuarat yang terakhir diadakan di daerah kecil apabila mesyuarat ketiga diadakan di Astana Kuching pada 11 Oktober 1870.
Seterusnya, pada 22 Julai 1918, Majlis Umum telah mengadakan mesyuarat di tempat keempat iaitu di Mahkamah Lama Kuching.
Majlis Negeri mengadakan mesyuarat yang ke-106 di lokasi kelima iaitu di Dewan Pembangunan Tun Abdul Razak pada 28 Disember 1973.
Tiga tahun kemudian, Kompleks Majlis Negeri tiga tingkat telah dirasmikan oleh Yang Di Pertuan Agong Tuaku Yahya Petra pada 17 Ogos 1976. DUN yang bertapak di tanah seluas 90 ekar yang indah dengan lanskap dan taman siap sepenuhnya pada tahun yang sama.
Majlis Negeri telah mengadakan mesyuarat di bangunan baru tersebut untuk julung kalinya pada 16 dan 17 Disember 1976 dan menjurus kepada penukaran nama kepada DUN dengan keahlian yang meningkat kepada 48 orang.
Persidangan-persidangan DUN yang diadakan sejak 33 tahun, telah banyak menyumbang kepada pembangunan Sarawak. Selepas tiga dekad kompleks yang memuatkan 48 ahli itu dibina, keahlian DUN telah bertambah kepada 71. Hal ini menyebabkan DUN kini semakin sesak kerana tidak mampu menampung kapasiti yang semakin bertambah.
Menurut bekas setiausaha DUN Lim Kian Hock, kompleks ini menjalani pengubahan yang besar pada tahun 1992.
Kompleks DUN baru, setinggi sembilan tingkat dan tersergam indah di atas bukit di tebingan Sungai Sarawak mampu menampung 108 ahli DUN dan turut mempunyai kemudahan pejabat persendirian.
Speaker Dewan Undangan Negeri Dato Sri Asfia Awang Nassar berkata kos pembinaan seni bina agung yang menggabungkan elemen kebudayaan dan warisan Sarawak dengan sistem automatik terkini, kemudahan komunikasi media dan bercirikan mesra alam adalah berjumlah RM296.5 juta.
"Ia juga memberi ciri seni kontemporari yang indah dengan latar belakang Malaysia kepada reka bentuk terakhirnya. Ia turut dilengkapi dengan Dewan Santapan yang memuatkan 1,000 orang, tempat letak kereta untuk 315 kenderaan dan padang kawad seluas 172 ekar di tebing Sungai Sarawak," katanya dalam sidang media.
Di tingkat satu, terdapat dewan yang direka dengan 160 tempat duduk dan galeri untuk 224 orang. Pejabat DUN juga berada di tingkat yang sama. Tingkat atas menempatkan Dewan Santapan, dewan seluas 75 kaki kali 120 kaki merangkumi galeri awam, bilik penterjemah dan radio.
Di sekitar dewan adalah pejabat untuk speaker, kerani DUN, bilik rehat untuk ahli dan perpustakaan. Pejabat-pejabat untuk Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri, menteri-menteri lain, bilik mesyuarat dan persidangan, pusat media, kafeteria dan pejabat DUN terletak di tingkat dua. Di sebelah anjung barat tingkat dua pula adalah galeri gambar.
Dinding dalaman, lantai dan siling kebanyakkanya diperbuat daripada kayu tempatan manakala dewannya dilengkapi dengan sistem bunyi dan sistem kelui yang canggih. Manakala kemasan luarannya pula kebanyakannya adalah daripada jubin kaca pada dinding dan bumbung.
...demikianlah serba sedikit penjelasan ringkas mengenai sejarah bagaimana bermulanya DUN Sarawak dan juga gambaran ringkas tentang reka bentuk, struktur dalam dan luar Kompleks DUN baru negeri Sarawak sebagaimana yang telah ditulis oleh Sandy Mark Luna - wartawan Utusan Borneo.
Ahad, Julai 26, 2009
PKR Sarawak Restui Haji Hadi menghina Dayak Sarawak.
Yang sangat dikesali ialah kenyataan menyokong itu datangnya daripada Penasihat PKR Sarawak iaitu Dato Sri Hajjah Hafsah Haji Harun yang ternyata menyetujui apa yang telah disebut oleh Haji Hadi mengenai kekalahan PKR pada Pilihanraya Kecil DUN Batang Ai baru-baru ini dimana Haji Hadi telah mengaitkan kekalahan Pakatan Pembangkang kepada BN yang menurut beliau adalah disebabkan oleh para pengundi disitu tidak tahu mengundi yang membawa maksud tidak bijak menilai calon dan parti.
Lebih buruk lagi, apabila Haji Hadi telah mempersenda pengundi-pengundi di Batang Ai yang kebanyakkannya berketurunan Iban, sebagai kuno dan tidak bertamadun apabila beliau dengan sinisnya cuba menggambarkan bahawa penduduk disitu masih menggunakan cawat maka itulah sebab pembangkang kalah jika dibandingkan dengan penduduk ditempat beliau yang memilih Pakatan Pembangkang kerana mereka berpakaian kemas dan terkini.
Antara lain petikan dari kenyataan yang dibuat oleh Dato Sri Hajjah Hafsah sebagaimana yang telah disiarkan didalam akhbar Utusan Borneo bertarikh pada Ahad 26 Julai 2009, [catatan akhbar: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Dato Sri Hafsah Harun berkata beliau percaya Abdul Hadi bukan berniat untuk merendahkan martabat kaum Dayak. Beliau berkata perkataan 'cawat' yang digunakan bermakna di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai masih mempunyai mentaliti orang lama apabila masih menyokong Barisan Nasional (BN)].
"Kadang-kadang laporan dalam akhbar, pemberita yang membuat liputan di satu-satu majlis atau sidang media tersalah petik ucapan. "Ada kemungkinan dalam kes ini ia membabitkan kesilapan dilakukan oleh pemberita," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut beliau mungkin ada pihak yang mengambil kesempatan untuk menjatuhkan sokongan pembangkang dikalangan rakyat. Beliau turut mencadangkan agar pemimpin PAS di Sarawak menjelaskan kepada rakyat apa maksud sebenar Abdul Hadi apabila menggunakan perkataan 'cawat' agar pengundi tidak terpengaruh dengan agenda BN. "Bagi kita di PKR, kita akan terus berjuang untuk memenangi hati rakyat meskipun ada pihak yang cuba mengalih perhatian," katanya.
Nah ! ...cuba kita lihat apa yang telah cuba diperjelaskan oleh Dato Sri Hafsah seperti yang terdapat didalam maklumbalas beliau seperti yang diatas, sangat-sangat mengelirukan. Dia cuba mempertahankan kenyataan Haji Hadi itu, namun beliau sendiri tidak menyedari dengan apa yang telah cuba beliau terang sebenarnya juga telah turut sama menyumbangkan kepada persetujuan Hajjah Hafsah sendiri kepada kata-kata Haji Hadi yang dipertikaikan itu.
Bagaimana agaknya Hajjah Hafsah boleh membayangkan yang kenyataan Haji Hadi itu hanya bermaksud untuk mengatakan bahawa pengundi di Batang Ai sebagai orang yang mempunyai fikiran masih ditakuk lama yang beerti mereka belum lagi berubah, sebab itulah mereka menolak pembangkang. Apa bezanya kenyataan yang dibuat oleh Haji Hadi yang menyebut "cawat" untuk merujuk kepada masyarakat Dayak dengan kenyataan Hajjah Hafsah yang menyebut tentang "mentaliti orang lama" juga merujuk kepada cara berfikir kaum Dayak.
Jika Hajjah Hafsah bertujuan untuk menjernihkan keadaan yang telah mula keruh kepada keadaan yang tenang dan aman semula, sebaik-baiknya beliau sendiri harus mempunyai fikiran yang lebih terbuka dan jangan terus mengaitkan Barisan Nasional dalam isu 'cawat' ini. Sebagai seorang yang pernah duduk berkhidmat didalam kerajaan Barisan Nasional suatu ketika dulu yang juga pernah memegang jawatan sebagai menteri penuh didalam Kabinet Negeri, sepatutnya beliau lebih memahami keadaan ataupun situasi kehidupan sebenar rakyat di Bumi Kenyalang ini.
Walaupun beliau kini berjuang bersama dengan pemimpin-pemimpin PKR dari luar Sarawak, adalah lebih baik untuk beliau memastikan terlebih dahulu perkara penting iaitu tentang perpaduan yang telah sedia wujud diantara kaum dalam negeri Sarawak supaya terus berkekalan. Oleh itu, agar isu 'cawat' ini tidak akan berpanjangan, adalah sangat diharapkan agar Dato Sri Hajjah Hafsah sendiri mendesak Presiden PAS untuk memohon maaf kepada masyarakat Dayak di negeri ini berhubung dengan isu 'cawat' ini.
Hajjah Hafsah harus sedar bahawa isu ini jika tidak ditangani dengan segera, kemungkinan ianya akan menjadi isu besar yang akhirnya hanya akan merugikan semua pihak. Hajjah Hafsah juga perlu tahu bahawa telah ada dikalangan pemimpin masyarakat Dayak sudah tidak menganggap isu ini sebagai isu politik tetapi mereka telah meletakkan isu ini sebagai isu perkauman. Hajjah Hafsah tentu faham hal ini.
Nik Aziz Mudah Lupa ! Mungkin Ada Udang Di Sebalik Bulan.
Apa pulak drama yang akan dibuat oleh Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat kali ini.Tetiba saja dia cakap nak lupakan sengketa diantara PAS dengan UMNO. Boleh percaya ke...?
Dia mungkin boleh lupa sekejap, ingat sekejap...tetapi bagaimana pula denga orang-orang UMNO yang lainnya, apakah mereka akan dapat melupakan akan kata-kata yang memang tidak elok seperti mana yang pernah dihamburkan oleh Nik Aziz terhadap UMNO suatu ketika dulu serta juga baru-baru ini ?
Sehinggakan beliau sanggup menyamakan UMNO sama dengan Komunis, Ayah Pin dan bermacam-macam lagi. Walaupun setelah beliau dikritik hebat atas tuduhan beliau itu, namun beliau tidak mahu untuk memohon maaf kepada UMNO sebaliknya beliau ingin melepaskan diri dengan mengatakan bahawa apa yang beliau katakan adalah "satu kiasan". Bohong kan...
Apa yang saya lihat dengan perkembangan terbaru ini adalah hanya satu usaha daripada Nik Aziz untuk mengalihkan perhatian atau tumpuan masyarakat daripada isu "Nizar pegang lilin" kepada perkara lain. Segala itu adalah satu tipu muslihat yang telah dirancang bersama PAS, PKR dan DAP untuk memperdayakan UMNO dan BN.
Kita jangan lupa tentang satu idea daripada Presiden PAS YB Datuk Seri Hadi Awang baru-baru ini yang mencadangkan untuk mewujudkan "kerajaan perpaduan" dengan UMNO dan juga BN, tetapi apa yang berlaku...? ...BN yang tertipu dan berjaya diperdayakan oleh Pakatan Pembangkang ini.
Untuk kali ini, UMNO dan BN kalau tidak mahu tertipu lagi, usah layan kemahuan dibalik tabir Datuk Nik Aziz itu, beliau serta rakan-rakan dalam Pakatan Pembangkang memang sudah ada perancangan awal untuk mengenakan UMNO dan BN sekali lagi,..PERCAYALAH... SEGALANYA MUNGKIN !
Arkib Blog
- ► 2009 (257)
- ► 2010 (380)
- ► 2011 (600)
- ► 2012 (335)
Blog-blog dan Laman Web Yang Diikuti
- http://www.robertlauhuiyew.com
- http://tigasungai.blogspot.com
- http://anak2merdeka.blogspot.com
- http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com
- http://nasionalis1982.blogspot.com
- http://myadha.blogspot.com
- http://yanggambi.blogspot.com
- http://azlishukri.blogspot.com
- http://gunungmatcincang.blogspot.com
- http://www.firestartingautomobil.blogspot.com
- http://fikirankami.blogspot.com
- http://tomyampoktek.blogspot.com
- http://unitmediabaru.blogspot.com
- http://theunspinners.blogspot.com
- http://feedproxy.google.com
- http://khairulryezal.blogspot.com
- http://warisanpahang.blogspot.com
- http://jeffrydamien09.blogspot.com
- http://anginperubahan.blogspot.com
- http://novandri.blogspot.com
- http//gomo-no1.blogspot.com
- http://suratdalambotol.blogspot.com
- http://antipkrsarawak.blogspot.com
- www.utusan.com.my
- http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com
- http://suaramelayubaru.blogspot.com
- http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
- www.chedet.cc
- http://buaya-merah.blogspot.com
- http://penembak-tepat.blogspot.com















