(gambar diatas cuma hiasan)Sebelum saya menulis sekali lagi berkenaan dengan perihal kemalangan yang membabitkan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang mana kereta yang membawa beliau telah melanggar seorang anggota tentera Diraja Malaysia sehingga menyebabkan kematian kepada askar terbabit iaitu Allahyarham Mohd Salleh bin Hamdan, saya ingin menyampaikan ucapan Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yang beriman dan soleh.
Biasanya jika seseorang perajurit, askar ataupun tentera tewas dimedan perang menentang musuh ketika mempertahankan negara baik diperbatasan darat, laut ataupun udara, mereka akan dikenang dan sentiasa diingat sebagai seorang pahlawan serta bunga bangsa oleh pemimpin-pemimpin serta para pembesar negara.
Kerjaya sebagai seorang anggota tentera, satu tugas dan tanggungjawab yang penuh dengan segala risiko yang berbahaya, namun sebagai menyahut seruan perwira dan juga pertiwi segalanya tidak menjadi penghalang kepada semua para anggota tentera kita untuk terus menabur bakti demi kelangsungan keadaan dalam Malaysia yang aman, selamat dan sejahtera untuk selamanya.
Tetapi bagaimana pula dengan keADILan untuk seorang anggota tentera Mohd Salleh Hamdan yang terkorban setelah motosikal yang ditungganginya dilanggar oleh kenderaan yang dinaiki oleh seorang Ahli Parlimen yang memang pakar dalam selok-belok menyusun fitnah, Tian Chua, Anggota Parlimen Batu ?
Akan adakah usaha dilakukan bagi mendapatkan pembelaan untuk Allahyarham Mohd Salleh walaupun beliau telahpun meninggal dunia ? Siapa yang akan berjuang untuk menegakkan keADILan bagi pihak ibubapa, adik beradik serta tunang Allahyarham ? Dimana Angkatan Tentera Malaysia dalam isu ini apabila pihak mereka telah kehilangan seorang anggota akibat kemalangan itu ?
Kementerian Dalam Negeri, bila masa lagi mau memberi penjelasan kepada rakyat, macamana pemandu pacuan empat roda itu serta juga seorang Ahli Parlimen yang masih terikat dengan kes di Mahkamah apabila terlibat dalam kemalangan di jalan raya masih boleh meneruskan perjalanan beliau ke tapak ceramah yang dianjurkan tanpa dibawa bersama ke balai terlebih dahulu untuk ditahan serta untuk diambil keterangan, diperiksa tahap alkohol pada pernafasan mereka ?
Selalunya kalau kemalangan seperti itu melibatkan rakyat biasa atau rakyat bawahan, pasti pemandu serta sesiapa saja yang terbabit akan dimasukkan ke dalam lokap dulu sementara menunggu perintah reman diperolehi daripada pihak Mahkamah. Tetapi saya bukan hendak mempersoalkan prosedur seperti ini, malas nak mempertikaikannya...silap haribulan penulis pula yang kena getahnya.
Walau apapun, kita semua masih menunggu apakata Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Nizar, Datuk Nik Aziz, Husam Musa, Zuraidah Kamaruddin dan lain-lain lagi dalam PKR dan PAS.
Jika pada kematian misteri TBH mereka ini sanggup bertindak seperti kata pepatah "masuk kandang lembu menguak" dan " masuk kandang kambing mengembek", jadi bagaimana sekarang ?...kandang harimau sudah terbuka...tidak mahu mengaummmm!!! ?









.jpg)












