Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label km sarawak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label km sarawak. Papar semua catatan

Rabu, September 07, 2011

PRU-13: anak sulung Taib ke Parlimen Mukah, Dr Leo ke Astana Kuching..

 Ketua Menteri Sarawak YAB Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud dalam ramalan saya akan bersara dari politik Bumi Kenyalang sebelum Pilihanraya Umum ke-13. Beliau yang juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kawasan DUN N.51 Balingian di Mukah. Selain DUN N50 Dalat, DUN N51 Balingian ini juga berada didalam kawasan Parlimen Mukah.

Ketika berucap kepada para tetamu dalam majlis ramah tamah aidil fitri bersama rakyat di Mukah, Pehin Sri Taib dengan jelas memberi bayangan awal kepada penduduk Parlimen Mukah bahawa anak sulung beliau iaitu Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib akan menjadi calon Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke-13 akan datang.

Dalam ucapannya di hadapan tetamu pada majlis berkenaan, Ketua Menteri telah mengingatkan DS Mahmud supaya bekerja keras disamping memastikan tempat asal nenek moyangnya iaitu Bahagian Mukah terus membangun seiring dengan kawasan-kawasan yang lain di negeri Sarawak. Pehin Sri tanpa berselindung mahu agar anak sulungnya itu kembali berbakti dan menabur jasa ke kepada rakyat dalam kawasan asal usul keluarga mereka.
Jika ini menjadi satu kenyataan, maka orang yang pertama sekali melonjak kegembiraan adalah saya sendiri dan selepas itu seluruh penduduk Daerah Dalat serta Mukah. Setelah sekian lama mengharapkan pemimpin baru untuk mewakili rakyat dalam Parlimen Mukah, sudah tentulah dengan pengenalan Datuk Seri Mahmud Abu Bekir bagi menggantikan Datuk Sri Dr. Muhammad Leo Toyad di Parlimen Mukah mampu memberi perubahan sekurang-kurangnya berubah dari seorang pemimpin yang tidak bermaya kepada seorang pemimpin yang baru dan lebih muda.

Andaikata ianya menjadi kenyataan, apabila kelak DS Mahmud dipilih untuk bertanding mewakili BN di Parlimen Mukah bermakna penyandang yang sedia ada iaitu YB Datuk Sri Dr Muhammad Leo akan berpindah ke Astana Negeri Sarawak bagi menggantikan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Tempoh TYT sekarang kurang dua tahun lagi akan berakhir.

Pehin Sri Haji Abdul Taib tidak berminat dengan jawatan berkenaan sebab sebagai seorang pemimpin yang sejati, saya melihat beliau lebih selesa untuk berkhidmat sebagai seorang wakil rakyat dan dengan jawatannya sebagai Ketua Menteri Sarawak telah memberi banyak kelebihan serta membolehkan beliau untuk berkhidmat secara bersungguh-sungguh kepada Sarawak serta rakyatnya dan ini merupakan satu kepuasan tak terhingga bagi dirinya berbeza sekiranya beliau berkhidmat sebagai TYT.

Memandangkan kepada usianya yang sudah menjangkau ke 75 tahun jelas tidak memungkinkan untuk Pehin Sri Taib akan menerima jawatan sebagai TYT Sarawak ke-7. Ketika menjawat jawatan sebagai TYT Sarawak yang ke-3 pada tahun 1977, usia Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin adalah 57 tahun manakala usia YB Datuk Sri Dr. Muhammad Leo Toyad ketika ini ialah 58 tahun...

Pilihan ke jawatan Ketua Menteri Sarawak sekiranya berlaku kekosongan, Pehin Sri Taib lebih cenderung kepada YB Datuk Sri Awang Tengah Awang Ali Hassan. Pehin Sri Taib lebih senang diwakili oleh Datuk Sri Awang Tengah dalam mana-mana majlis rasmi penting yang mana beliau tidak dapat untuk menghadirinya. Ini juga adalah merupakan satu latihan asas yang diberikan oleh Pehin Sri Taib kepada bakal pengganti beliau...

Ahad, Mac 20, 2011

Gambaran awal bakal KM Sarawak yang baru >>>

Mula terlibat secara aktif didalam politik Sarawak pada awal tahun 1980an. Beliau pernah menggagalkan hasrat bekas Ketua Menteri Sarawak yang mahu bergiat semula didalam arena politik negeri.

Beliau juga merupakan bekas ADUN serta pernah menganggotai jemaah menteri negeri Sarawak namun kemudian mengundur diri untuk berkhidmat kepada masyarakat dalam lingkungan yang lebih besar lagi iaitu Parlimen.

Individu ini memang tidak rapat dengan YAB Pehin Sri Taib Mahmud namun Ketua Menteri jelas menaruh keyakinan terhadap kebolehan serta kemampuannya khususnya berkaitan dengan ekonomi.

Pemimpin ini juga adalah sahabat karib kepada YB Senator Datuk Seri Dr. Mohamad Effendi Norwawi. Beliau adalah individu pertama yang menerima kunjungan TYT di kawasannya selepas Pehin Sri berkunjung ke Astana pada 17hb Mac lalu.

Beliau mempunyai penampilan yang simple,mudah mesra, senang di dekati rakyat serta di senangi oleh berbagai lapisan masyarakat dan mempunyai sumber kewangan yang kuat juga tidak terlalu bergantung kepada parti untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat.

Mewakili rakyat di kawasan tengah Sarawak yang penduduknya terdiri daripada para nelayan dan petani. Bukan tiga nama yang di sebut-sebut seperti sebelum ini, tetapi saya yakin beliaulah orangnya.

Arkib Blog