Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label guru agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label guru agama. Papar semua catatan

Selasa, Mei 24, 2011

PRS tak usah gelisah dengan kehadiran guru agama dari Semenanjung !

SIBU 24 Mei : Parti Rakyat Sarawak (PRS) melahirkan kebimbangan terhadap laporan bahawa Kementerian Pelajaran akan menghantar sekitar 80,000 guru dari Semenanjung ke negeri ini tahun depan.

Presidennya, Datuk Sri Dr James Jemut Masing berkata, mereka terutama bimbang kerana di kalangan kumpulan itu, sejumlah besar akan terdiri daripada guru agama.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan praperayaan Gawai Dayak anjuran Sayap Wanita PRS Bukit Assek disini malam tadi, beliau berkata "mereka(guru-guru agama) itu tidak dilihat sebagai Ustaz atau Ustazah tetapi sebagai kaunselor bagi perkara-perkara yang saya tidak pasti."

Hal ini membimbangkan dalam erti bahawa jika mereka sebenarnya sebagaimana dikatakan, kecenderungan untuk mengajar tidak ada tetapi lebih kepada melihat aspek-aspek agama, dakwa beliau.

"Disinilah mungkin timbul implikasi berlainan" katanya.

"Saya harap saya salah, saya senang hati jika saya salah" tambahnya lagi - Bernama.

Komen AM:
Walauapapun sebagai seorang pemimpin DS Dr James Masing harus berjiwa besar dan bersikap terbuka dan tidak harus ada sifat syak wasangka berlebihan dalam diri. Bagi saya jika berlakupun kehadiran guru dari Semenanjung Malaysia tak kiralah samada dalam jumlah yang besar ke ataupun kecil ke negeri Sarawak maka beliau harus melihat perkara tersebut dari sudut pendidikan untuk generasi masa depan dan tidak harus dilihat dari segi kepentingan agama semata-mata.

Sebagai seorang pemimpin yang mempunyai cita-cita besar dalam politik di negeri Sarawak, DS Dr James harus berani menerima sesuatu yang berbeza daripada kebiasaannya asalkan ianya bertujuan untuk membawa kebaikan kepada masyarakat dan beliau tidak perlulah untuk merasa resah gelisah dengan kedatangan 80,000 guru dari Semenanjung walaupun nanti mungkin akan turut disertai oleh kumpulan guru-guru agama.

Arkib Blog