
Saya kurang pasti samada blog anda semua sudah kena godam ataupun memang anda semua sudah beralih untuk satu perkara yang lain. Untuk makluman, blog Analisa Kumbang catatan artikelnya telah dikirim dengan menggunakan alamat emel vesnakhmer19@gmail.com manakala untuk blog Dr1221 catatan telah dikirim melalui alamat emel sokdara19@gmail.com
Apa yang ingin saya nyatakan disini, semua artikel yang diterbitkan merupakan bahan lucah yang dilarang oleh undang-undang Malaysia dan kepada pembaca semua kira untuk lebih kepastian sila pergi ke pautan yang ada di blog sebelah kanan bawah dan klik pada blog http://analisakumbang.blogspot.com/ , http://dr1221.blogspot.com/ , http://malaysianewstoday.blogspot.com/ dan http://mujahidin09.blogspot.com/ yang dulunya merupakan blog aliran politik dan perpaduan.
Jika anda semua sebagai pemilik blog ini sudah sedia maklum mengenai perkara ini, harap maklumkan agar saya boleh membuat pertimbangan untuk mengeluarkan blog-blog tersebut daripada pautan blog ini. Terima Kasih !