Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label bersih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bersih. Papar semua catatan

Selasa, Jun 14, 2011

KDN: Tangkap dan tahan Ambiga Sreenavasan dibawah Akta ISA !!!

Tak sudah-sudah ! Habis satu, satu lagi masalah mahu ditimbulkan. Apa Malaysia ini sudah tiada undang-undang lagi ke ? Mana Menteri Keselamatan Dalam Negeri kita ? Kenapa biarkan perkara yang nyata akan merosakkan keamanan dan keharmonian hidup dibiarkan berterusan mengambil tempat di dalam negara ini ?

Kepada YB Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, saya dan juga mungkin sebilangan daripada rakyat Malaysia yang lainnya ingin berseru kepada Datuk Seri, bertindaklah dengan tegas terhadap mana-mana kumpulan yang cuba berusaha untuk menggugat keamanan dan keselamatan negara !

Jangan lagi hanya bagi amaran, amaran, amaran yang entah sampai bila lagi amaran, amaran, amaran akan didengari oleh bajingan-bajingan seperti sebelah Pakatan Pembangkang itu.

Cegah sebelum parah !!! KDN harus bertindak awal terhadap Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk Ambiga Sreenavasan, beliau dilaporkan akan menganjurkan perhimpunan haram pada 9 Julai 2011 ini. Tujuan perhimpunan diadakan tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk mencabar kedaulatan undang-undang di Malaysia, jadi kepada Datuk Seri Hisham, tangkap dan tahan Datuk Ambiga ini di bawah Akta Hasutan ke atau Akta Keselamatan Dalam Negeri dan ISAkan dia...mencegah lebih baik dari mengubati !

Isnin, Jun 13, 2011

Apa yang nak di BERSIH kan?

Perhimpunan macam ini diadakan semata-mata untuk mempertahankan nafsu. Nafsu juga sebahagian daripada hak-hak individu dan itulah apabila nafsu menguasai diri, maka mereka juga boleh terlupa akan orang lain yang juga punya hak untuk hidup dengan aman bebas dan selamat di bumi Malaysia ini tanpa perlu menggadaikan keamanan sedia ada..
Seperti yang di hebohkan, Datuk Ambiga Sreenavasan adalah antara dalang yang dikenalpasti disebalik perhimpunan kumpulan haram BERSIH yang juga difahamkan akan turut disertai oleh dua simbol seks atau pemimpin yang memiliki nilai moral terendah iaitu Elizabeth Wong dari PKR(Parti Keadilan Rakyat) dan Mat Syabu daripada PKS(Parti Kebajikan SeMalaysia)

Tujuan sebenar perhimpunan itu hendak diadakan agak kurang jelas, apakah bertujuan untuk membersihkan dosa-dosa pemimpin yang ada dalam ketiga-tiga parti dalam Pakatan Pembangkang, atau sengaja diadakan hanya bertujuan untuk memesong tumpuan rakyat agar tidak berpaling terus kepada kes pembelaan yang sedang dihadapi oleh Anwar Ibrahim sekarang ini apabila beliau didakwa telah meliwat bekas pembncuh kopinya sendiri.

Arkib Blog