Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Memaparkan catatan dengan label Lybia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lybia. Papar semua catatan

Jumaat, Oktober 21, 2011

Video kekejaman pemberontak Lybia: صور حية لجثة القذافي 20/10/2011



Seperti tidak berpuashati setelah Kolonel Muammar Gaddafi berjaya mereka bunuh, para pemberontak rakyat Lybia yang menderhaka terhadap pemimpin mereka telah bertindak dengan lebih jauh lagi, terkeluar dari batas-batas kemanusiaan apabila tergamak memperlakukan sekujur tubuh insan yang sudah tidak bernyawa tak ubah seperti melakukan penganiayaan ke atas haiwan-haiwan.

Sebagai rakyat yang dididik agar menjadi rakyat yang tahu menghormati pemimpin serta sentiasa menjaga maruah dan kedaulatan negara, kita di Malaysia ini tentu sekali rasa sangat tersentuh dengan perbuatan keji melampau yang dilakukan oleh pemberontak rakyat Lybia terhadap jenazah almarhum Kolonel Muammar Gaddafi kerana jika benar matlamat asal rakyat Lybia bangun memberontak hanya untuk memastikan kerajaan Gaddafi boleh ditumbangkan tetapi mengapa setelah beliau tewas dan bukan saja setakat berjaya ditahan malah telahpun dibunuh tetapi mereka tetap terus bertindak seolah-olah Gaddafi masih lagi menjadi satu ancaman besar terhadap perjuangan mereka.

Cuma apa yang dapat saya lihat berkenaan dengan tuduhan yang dibuat oleh pihak Barat sebelum ini tentang pembunuhan beramai-ramai rakyat Lybia yang mayat mereka ditemui telah dikubur dalam satu kubur besar kononnya telah dilakukan oleh pihak Muammar Gaddafi tetapi tidakkah kita sedar bahawa semua itu seperti telah dirancang secara rapi bersama antara puak pemberontak Lybia dengan pihak NATO bagi mengaburi mata masyarakat antarabangsa yang pasti akan percaya bahawa ianya adalah perbuatan tentera kerajaan yang dipimpin oleh Gaddafi.

Itu juga yang sedang dilakukan oleh pihak Barat terhadap kerajaan Syria bagi membangkit semangat rakyat Syria supaya terus bangun menentang kerajaan yang diterajui oleh Basir al-Assad. Barat terus memainkan isu ramai rakyat Syria yang telah menjadi mangsa kononnya telah dibunuh oleh tentera kerajaan pimpinan Basir al-Assad tetapi nasib telah menyebelahi pihak Assad apabila mereka berjaya menghidu taktik kotor yang digunakan oleh pihak Barat yang cuba memerangkap Syria ke dalam permainan yang mereka cipta setelah pembunuhan ramai rakyat Syria sebenarnya telah dilakukan oleh puak-puak pemberontak Syria sendiri yang disokong oleh pihak Barat.

Jumaat, Ogos 26, 2011

Krisis Lybia: pemimpin berani negara Islam diaibkan oleh Barat tanpa pembelaan!!!

Satu ketika dulu, pemimpin Lybia Muammar Gaddafi bertindak mengoyak buku Piagam PBB ekoran rasa ketidakpuasan hati beliau berkenaan dengan cara pertubuhan badan dunia itu dalam mengendalikan isu berpanjangan antara Palestine dengan Israel.

Terkini, tawaran oleh pihak NATO kepada mana-mana rakyat Lybia serta kepada pemberontak yang berjaya menangkap Muammar Gaddafi hidup-hidup ataupun mati biar hanya mendapatkan kepalanya...akan di beri dengan ganjaran yang sangat lumayan.

Perbuatan yang amat mengaibkan umat Islam di seluruh dunia. Tanpa mampu untuk mempertahankan negara dari dicerobohi oleh kuasa asing, jauh sekali untuk membela pemimpin sendiri malahan hampir separuh daripada rakyat Lybia sanggup diperkudakan oleh negara-negara kuasa NATO apabila turut memberontak menentang pemimpin negara sendiri.


Presiden Iraq yang digulingkan, almarhum Saddam Hussein dituduh oleh Barat memiliki serta menyembunyikan senjata pemusnah besar-besaran sehingga membawa kepada pencerobohan haram tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat dan Britain ke dalam wilayah Iraq.

Tanpa sebarang bukti yang ditunjukkan, Amerika Syarikat di bawah pimpinan Presiden George W. Bush tidak menghiraukan teguran pemimpin negara lain tetap mahu memburu Saddam sehinggalah di suatu saat Saddam berjaya di tahan, namun senjata yang didakwa disembunyikan oleh Saddam tidak juga ditemui.
Bagaimanakah perasaan anda tatkala melihat mana-mana pemimpin sesebuah negara yang mana mereka ternyata banyak jasa dan bakti kepada negara serta rakyat yang mereka pimpin sebelumnya namun tiba-tiba sahaja mereka diperlakukan umpama seekor binatang dengan dirantai kaki serta tangan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh kerajaan boneka di Iraq terhadap Almarhum Saddam Hussein setelah mereka berjaya menangkap dan menahan pemimpin berkaliber itu?

Agaknya mungkin begitu juga nasib yang bakaL ditempuhi oleh pemimpin Lybia Muammar Gaddafi kelak sekiranya tempat persembunyian serta kedudukan terkini beliau berjaya dikesan oleh pemberontak juga anggota perisik NATO. Keadaan seumpama itu memperlihatkan kepada semua betapa perjuangan untuk mempertahan maruah negara serta kedaulatannya dari dicerobohi kuasa asing tidak kurang juga peritnya.

Untuk menafikan segala sumbangan besar pemimpin seperti Almarhum Saddam Hussein, Hosni Mubarak dan Muammar Gaddafi terhadap pembangunan negara masing-masing memang tidak masuk akal juga sebab jika dilihat dari segi pembangunan asasnya di tiga negara berkenaan seperti sistem jalanrayanya, bangunan-bangunan sekolah, hospital, klinik-klinik, pusat membeli belah, bekalan elektrik, bekalan air bersih dan sebagainya kelihatan lengkap di kebanyakan tempat dan setanding dengan yang ada di negara-negara lain.

Oleh itu, saya selalu berpikir...atas alasan apa lagi sebenarnya negara-negara Barat khususnya Amerika Syarikat mahu menjatuhkan pemimpin-pemimpin seperti Muammar Gaddafi ataupun Hosni Mubarak yang telahpun berjaya mereka tumbangkan? Hendak dikatakan yang pemimpin Lybia itu kejam dan zalim mustahil juga, kalau hendak diukur dan disamakan pula dengan kekejaman yang pernah dilakukan oleh Pol Pot, Ariel Sharon, Radovan Karadjick dulu memang jauh sekali.

Yang amat menyedihkan apabila para pemberonak, mereka adalah rakyat Lybia sendiri, sanggup pula memperjudikan masa depan negara sendiri apabila merelakan diri mereka untuk dijadikan sebagai galang ganti oleh pihak NATO serta kuasa Barat dalam menjayakan matlamat sebenar mereka iaitu untuk menguasai sumber minyak yang terdapat di Lybia seandainya Muammar Gaddafi berjaya digulingkan.

Khamis, Mac 03, 2011

Amerika Syarikat, negara pengganas mahu serang Lybia pula..


Tidak serik-serik dengan kesilapan yang pernah dilakukan ke atas beberapa negara Teluk sebelum ini, negara pengganas nombor satu di dunia Amerika Syarikat sekali lagi keluar dengan belang baru mereka untuk menyerang negara di utara benua Afrika iaitu Lybia. Hanya berpandukan kepada laporan yang dibuat oleh media barat belaan Amerika Syarikat, masyarakat dunia sudah percaya apa yang telah berlaku di Lybia adalah benar sebagaimana yang digambarkan oleh media negara pengganas Amerika itu.

Masyarakat dunia seakan-akan telah tidak berlaku adil sebenarnya terhadap Muammar Ghadaffi apabila tidak mahu mendengar sendiri daripada pemimpin Lybia itu berkenaan dengan situasi sebenar apa yang sedang berlaku di negara tersebut tetapi lebih suka untuk menerima bulat-bulat apa yang dilaporkan oleh pihak media asing serta dakwaan oleh pihak pembangkang di negara berkenaan yang sememangnya sifat mereka tidak pernah ambil peduli mengenai soal ketenteraman, keamanan, keselamatan rakyat serta kedaulatan negara.

Masyarakat dunia kini juga perlu sedar betapa kita semua telah ditipu hidup-hidup oleh pihak Amerika Syarikat ketika mereka menyerang Iraq dulu dimana sebelumnya pihak negara pengganas Amerika bersama pihak media mereka telah membesar-besarkan isu 'senjata pemusnah' yang kononnya Iraq ada menyembunyikannya namun apa yang sebenarnya ialah semua itu hanyalah propaganda pihat barat bagi membolehkan mereka menyerang serta menghancurkan negara Iraq serta menguasai minyak di negara berkenaan.

Amerika Syarikat yang sebelumnya telah menempatkan beberapa wartawan haram mereka di Tripoli serta beberapa wilayah di negara berkenaan yang telah sedia bergolak juga akibat dari hasutan oleh pihak Amerika Syarikat sendiri, dan tujuan wartawan mereka diletakkan di Lybia adalah untuk menghantar maklumat salah iaitu harus melapor kejadian yang tidak benar mengenai apa yang sebenar berlaku di Lybia bagi mengaburi mata masyarakat dunia terutamanya para pemimpin dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Inilah cubaan seterusnya apabila Amerika Syarikat telah menghantar kapal induk pengangkut pesawat USS Enterprise yang kini telah belayar melalui Terusan Suez, tujuannya cuma satu adalah untuk memusnahkan negara yang kaya dengan hasil minyak itu sepertimana mereka telah lakukan ke atas negara Iraq yang telah musnah. Iraq telah hancur, Saddam Hussein juga telah dibunuh oleh George Bush, tetapi sehingga kini satu senjata pemusnah seperti yang didakwa oleh pengganas Bush telah disembunyikan oleh Saddam Hussein belum lagi ditemu dan tidak dapat dibuktikan.

Walauapapun penduduk dunia tidak lagi harus untuk membiarkan pengganas Amerika Syarikat bermaharajalela menceroboh negara lain sesuka hati mereka. Adalah tidak salah untuk masyarakat dunia yang cintakan keamanan berdiri sekejap dibelakang Presiden Lybia Muammar Ghadaffi bagi memberikan sokongan kepada beliau walaupun mungkin memang ada berlakunya ketidakadilan sepanjang beliau memerintah negara berkenaan termasuklah tidak membenarkan sistem demokrasi bertapak di negara berkenaan.

Arkib Blog