Isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin dua hari yang lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor telah menarik minat saya untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang menjadi dalang disebalik penahanan Dr. Asri itu.Walaupun jika dikira dari segi kewajarannya adalah tidak layak untuk saya menulis mengenai perkara ini kerana isu ini melibatkan kepentingan agama Islam yang hanya boleh diulas oleh orang Islam saja namun sebagai rakyat Malaysia saya rasa mungkin tidak menjadi satu kesalahan bagi diri saya hanya untuk ingin mengetahui kenapa perkara seperti ada sesuatu yang tidak kena telah terjadi ke atas Dr. Asri yang sememangnya dikenali hampir keseluruhan rakyat Malaysia diatas sikap beliau yang berani menyuarakan sesuatu perkara yang benar.
Jawapan yang pasti mengenai perkara itu mula mengisi ruangan dalam kotak soalan saya setelah membaca artikel terbaru pada laman blog Pisau di http://www.pisau.net dengan tajuk "Isu Penangkapan Dr. Asri, ! 1Malaysia ditipu."
Telahan serta andaian saya berkenaan dengan persoalan besar siapa yang menjadi dalang disebalik semua peristiwa itu adalah sama dengan apa yang telah ditulis oleh saudara Pisau. Kita bukan untuk menuduh sesiapa tetapi adalah bukan menjadi suatu kesalahan untuk kita mensyaki orang yang tertentu berkemungkinan turut terlibat didalam hal penahanan Dr. Asri itu.