Negarawan Terulung

Negarawan Terulung
YABhg Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad, 88 tahun

Terima Kasih atas sokongan anda semua !

Selasa, September 06, 2011

DS Hisham kata "Mat Sabu tak bersenjata, tak perlu diISAkan" !!!

Ahli falsafah pernah berkata "lidah lebih tajam daripada mata pedang" maknanya jika percakapan tidak dijaga dengan sebaik-baiknya pasti akan melukai hati dan perasaan orang lain. Tak semestinya hanya dengan menggunakan objek yang tajam atau berbahaya boleh menyebabkan kelukaan namun dengan kata-kata juga pasti boleh mendatangkan kemudaratan kepada pihak lain.

Ye lah, kata-kata seperti "luka ditangan nampak darahnya, namun luka dihati siapa yang tahu"... luka dihati kerana kata-kata yang menyakiti hati dan luka ditangan akibat senjata atau alat-alat yang tertentu seperti pisau, parang ataupun pedang. Dan untuk mencegah sesuatu perkara yang menjadi kebimbangan kepada orang ramai supaya tidak akan berlaku tidak juga semestinya menunggu sehingga seseorang itu bersenjata baru hendak bertindak.

Alasan yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri mengapa KDN tidak bertindak ke atas Mat Syabun nampaknya sangat mudah. Mudah. Mengambil mudah hal-hal yang boleh mendatangkan keadaaan tidak selamat dan stabil kepada negara  Datuk Seri Hishamuddin kata tindakan ISA atau yang berbentuk pencegahan tak perlu ke atas Mat Syabun kerana beliau tidak bersenjata cuma dia serang para pejuang negara serta polis dengan hujung lidahnya saja. Biarkan. Biarkan.

Kalau Mat Syabun ketika itu mengeluarkan kenyataan sambil memegang senjata macam Rambo ataupun macam gaya Osama Bin Laden, siap sandang senjata otomatik dibahu...maka barulah boleh dihumbankan ke dalam ISA..tetapi selagi dia keluarkan kata-kata biar sangat menyinggung hati dan perasaan orang lain..biarkan, biarkan, biarkan... biarpun sudah ratusan laporan polis telah dibuat ke atas Mat Syabun ekoran penghinaan teruk beliau terhadap anggota Polis khususnya yang terkorban dalam peristiwa Balai Polis Bukit Kepong...tetapi biarkan, biarkan, biarkan saja...sebab Mat Syabun tak bersenjata...hmmmmzzzzzzzz

Tiada ulasan:

Arkib Blog